sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
DESCRIPTION
menerangkan kaedah pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal luar bandarTRANSCRIPT
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
1/14
LAPORAN AMALI:
SISTEM PELUPUSAN
SISA PEPEJAL
LUAR BANDAR
Nama pengajar : PUAN ROBIATUL MUNAWWIRAH BINTI AHMAD
Senarai Nama Ahli Kumpulan :
1. ABDUL ZAUFEQ HAFEZUDIN BIN ABDUL RASID 4573
2. AHMAD ZAIDI BIN ZAINUDIN 4580
3. HAZIMAH BINTI STAPHA@MUSTAPHA 4593
4. LIM WOON HOON 4597
5. MOHAMAD HAFIZAN BIN MOHD YUSOF 46066. MOHAMMAD MUHAIMIN BIN MAZLAN 4614
7. NUR AMIRA BINTI AZIZAN 4654
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
2/14
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN 2
OBJEKTIF 3
PERJALANAN AKTIVITI 3
KAWASAN PROJEK 4
MAKLUMAT PROJEK 5
KRITERIA PEMBINAAN 6
CARA APLIKASI 6
KESIMPULAN7
LAMPIRAN 8 - 12
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
3/14
PENGHARGAAN
Kami memanjatkan syukur pada Illahi kerana dengan izin-Nya, dapat kami menjalani
tugasan amali sistem pelupusan sisa pepejal dengan jayanya. Kami akhirnya telah berjaya
menyelesaikan tugasan sekaligus dapat memberi sumbangan kecil kepada masyarakat di
Kampung Bukit Tampoi, Dengkil Sepang, Selangor. Kami juga mendapat pengalaman banyak
pengalaman berharga terutamanya tentang tugas dan tanggungjawab anggota Pejabat
Kesihatan.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pengajar subjek
KPPS 2213, Puan Robiatul Munawwirah binti Ahmad dan Encik Hasamizi bin Mustafa selaku
yang berusaha merancang dan berusaha mendedahkan kami dengan lebih terperinci tentang
tugasan amali kali ini .Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua anggota PKD Sepang
yang sentiasa sedia memberikan informasi dan membantu kami sepanjang amali berlangsung.
Sambutan mereka terhadap kehadiran kami amat kami hargai. Seterusnya, tahniah dan syabas
kepada ahli kumpulan yang telah berusaha sedaya upaya menyelesaikan tugasan pada kali ini.
Semoga usaha kita semua memberikan manfaat yang luas kepada kita.
Sekian, terima kasih.
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
4/14
PENGENALAN
Pada 9 April 2014, seramai 47 orang pelatih Kumpulan 1 Ibnu Rusyd diiringi dua
orang pengajar, Puan Robiatul Munawwirah binti Ahmad dan Encik Hasamizi bin
Mustapa telah mengadakan latihan amali di luar kawasan kolej bagi subjek Perumahan
dan Pelupusan Sisa Pepejal KPPS 2213. Amali ini adalah khusus untuk tajuk
Pengurusan Sisa Pepejal (Luar Bandar).
Amali yang kami jalankan pada kali ini adalah kerjasama anggota di PejabatKesihatan Daerah Sepang dan penduduk di kawasan terlibat. Pada amali kali ini, kami
belajar dan mempraktikkan pembinaan lubang sampah bagi cara tanam/timbus sisa
pepejal. Kaedah pelupusan sisa ini adalah cara utama yang digunakan di kawasan luar
bandar di daerah ini. Kaedah tanam timbus ini sesuai untuk sisa organic yang boleh
terurai oleh tindakan mikroorganisma tanah sebagai contoh, sisa makanan.
Kami telah bertolak dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh pada
pukul 7.35 pagi dan tiba di kawasan projek atau tapak iaitu Kampung Orang Asli BukitTampoi, Dengkil, Selangor jam 9.40 pagi. Sebanyak 7 buah lubang sampah untuk
projek SPSP (Sistem Pelupusan Sisa Pepejal) dirancang di kawasan ini. Kami telah
dibahagikan kepada 7 kumpulan, dan setiap kumpulan membina satu lubang sampah
untuk pelupusan sisa cara tanam/timbus.
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
5/14
Objektif
OBJEKTIF UMUM
Memberi pendedahan kepada pelatih mengenai Sistem Pelupusan Sisa Pepejal yang dibina.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Mengetahui kaedah yang digunakan bagi pelupusan sisa pepejal di luar bandar.
2. Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas
projek Sistem Pelupusan Sisa Pepejal (SPSP) dilaksanakan.
3. Mempelajari cara pembinaan, ciri-ciri, alatan yang digunakan untuk pembinaan dan
kegunaan lubang sampah untuk pelupusan sisa secara tanam/timbus.
Perjalanan aktiviti
7.35 pg9.25 pg Perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah Sepang
Sarapan pagi
9.25 pg9.40 pg Bertolak ke Kampung Orang Asli
9.40 pg10.10 pg Tiba di lokasi
Taklimat oleh PKA Rizal dari Unit BAKAS
10.10 pg11.40 pg Pembahagian kumpulan
Dibawa ke tapak projek SPSP
Perkenalkan diri dan tujuan kedatangan kepada tuan rumah
Kerja pembinaan lubang sampah SPSP dijalankan
11.40 pg12.00 tgh hari Pembinaan lubang sampah siap
Mengucapkan penghargaan dan penyampaian cenderahati
12.00 tgh hari Bertolak pulang ke KSKB Sungai Buloh
1.10 ptg Tiba di KSKB Sungai Buloh.
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
6/14
Kawasan projek spsp
Kawasan untuk projek SPSP ini dikenali sebagai Kampong Orang Asli Bukit
Tampoi, Dengkil, dalam daerah Sepang, Selangor. Di perkampungan ini terdapat lebihkurang 85 buah rumah dan projek SPSP yang dirancang untuk dibuat pada kali ini
adalah melibatkan 7 buah rumah.
Rajah 1 : Peta lokasi Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Dengkil
Kumpulan kami ditugaskan untuk membuat lubang sampah di rumah bernombor
22. Pemilik rumah tersebut bernama Artik bin Ayek. Rumah tersebut didiami oleh 7orang ahli keluarga. Kami dimaklumkan bahawa sebelum ini cara pelupusan sisa yang
mereka gunakan adalah cara pembakaran.
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
7/14
Maklumat projek
Anggaran kos pembinaan sebuah projek SPSP adalah RM100-RM150
Proses kerja pembinaan projek SPSP :
kajian kawasan dan bancian bagi mengetahuikeperluan pembinaan SPSP
mengenalpasti tapak yang sesuai dan jumlahprojek yang diperlukan di kawasan tersebut
membuat permohonan dengan memberi
anggaran bilangan projek dan kos yangdiperlukan
menerima kelulusan dan peruntukan
pelaksanaan projek SPSP
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
8/14
Kriteria pembinaan
Cara aplikasi
-Bahan sisa yang boleh di bakar akan di asingkan .
-sisa organan dikambus (elak bau busuk).
sisa dikumpul dan dibuang ke dalam lubang .
Timbus segera dengan tanah sehingga meliputi permukaan sisa(elak
pembiakan serangga )
Ketebalan tanah mencukupi (7.5-15 cm) Timbus keseluruhan lubang apabila mencapai paras 20 cm daripada
permukaan .
Lapisan akhir tidak melebihi tanah asal .
-Sisa bukan organan ditanam untuk elakkan kecederaan dan menakung air .
Lubang jauh dari kawasan puncaair, tidak ditenggelami air.
(Kawasan belakang rumah)Kawasan sekeliling bersih
Kedalaman lubang 1-1.25meter.Bagi projek ini lubang dibina
kedalaman 4 kaki.
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
9/14
Kesimpulan
Melalui amali yang telah dijalankan, kami dapat menambahkan
pengetahuan dan mendapat pengalaman baru yang boleh diaplikasikan
pada masa hadapan terutama setelah bertugas kelak. Kami lebih jelas
tentang kaedah pembinaan lubang sampah untuk pelupusan sisa melalui
projek SPSP ini. Kami juga lebih faham tentang kriteria pembinaan dan
kegunaannya terutama kepada masyarakat luar Bandar. Selain itu, kami
juga dapat mengenali dan mengetahui budaya hidup masyarakat Orang
Asli di Bukit Tampoi, Dengkil.
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
10/14
lampiran
Rajah 1: Papan tanda ke Perkampungan Orang asli ,Bukit Tampoi,Dengkil .
Rajah 2: Penutup fiber lubang yang hendak di gali .
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
11/14
Rajah 3 : Pemilik rumah Artik bin Ayek yang bernombor 22.
Rajah 4 :Pandangan rumah Artik bin Ayek .
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
12/14
Rajah 5 : Penandaan ditapak untuk mengukur kedalaman yang hendak di gali.
Rajah 6 :Acara penggalian lubang .
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
13/14
Rajah 7 : Penggalian lubang di teruskan lagi .
Rajah 8 : Penggalian yang sudah siap di gali mencecah 2 kaki setengah .
-
7/13/2019 sistem pelupusan sisa pepejal luar bandar
14/14
Rajah 9 : Penggalian yang sudah siap .
Rajah 10 : inilah wajah baharu sistem Pelupusan Sisa Pepejal.