sistem endokrin (kerja kursus)
TRANSCRIPT
SISTEM ENDOKRIN
Sistem Endokrin meliputi suatu sistem dalam tubuh manusia yang terdiri daripada
sejumlah kelenjar yang menghasilkan zat yang dikenali sebagai HORMON. Kelenjar ini
dinamakan “ENDOKRIN” kerana tidak mempunyai saluran keluar untuk zat yang
dihasilkannya. Hormon yang dihasilkannya itu dalam jumlah sedikit pada saat
diperlukan dan dialirkan ke organ sasaran melalui pembuluh darah bercampur dengan
darah. Kelenjar yang hasilnya disalurkan melalui pembuluh khusus (seperti kelenjar
ludah) dinamakan kelenjar eksokrin.
Kelenjar endokrin terdiri daripada:
1. Kelenjar Hipofisa/Pituitari yang terletak di dalam rongga kepala berdekatan
dengan dasar otak.
2. Kelenjar tiroid/Godok yang terletak dileher bahagian depan
3. Kelenjar Paratiroid terletak dekat dengan kelenjar tiroid
4. Kelenjar Supradrenal/ Adrenals yang terletak di atas ginjal kiri dan kanan
5. Kelenjar Pankreas yang terletak di dalam jaringan pankreas(Pulau Langerhans)
6. Kelenjar Kelamin/Gonad bagi lelaki ianya dikenali sebagai testis sementara bagi
wanita ianya dikenali sebagai Indung Telur
7. Kelenjar Hipotalamus
8. Kelenjar Thymus
Plasenta juga dapat di kategorikan sebagai kelenjar endokrin kerana ia juga turut
menghasilkan hormon sepanjang masa tempoh kehamilan seseorang wanita itu.
Kelenjar Hipofisa/Pituitari
Kelenjar Hipofisa berukuran lebih kurang seperti kacang yang terletak terlindung
didasar tengkorak. Kelenjar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian depan
dan belakang. Bahagia belakang merupakan lanjutan dari Hipotalamus (bahagian dari
atas). Kelenjar ini menghasilkan hormon pertumbuhan, hormon perangsang
tiroid(TSH),Hormon Perangsang Gonad (FSH) dan lain-lain lagi.
Hormo pertumbuhan banyak dihasilkan sepanjang masa pertumbuhan, tetapi
mula menurun setelah manusia mencapai usia dewasa.Jika hormon ini dihasilkan
dalam jumlah berlebihan sepanjang masa pertumbuhan, kesannya anak tersebut akan
menjadi sangat tinggi, tetapi bila hormon ini dihasilkan setelah usia dewasa akan kita
dapati pada bahagian tubuh tertentu akan tumbuh berlebihan seperti dagu,jari dan
sebagainya. Jika hormon ini kurang pula, terutamanya pada masa anak-anak masih
dalam proses pertumbuhan maka akan menyebaban anak tersebut akan terbantut
pertumbuhannya (kerdil)
Hormon Hipofisa lain ialah follicle stimulating hormon yang merangsang
penghasilan hormon seks dan prolactin yang mengatur pemprosesan air susu ibu
setelah melahirkan.
Kelenjar Tiroid
Kelenjar Tiroid juga dikenali dengan nama lainnya kelenjar Gondok yang
berbentuk seakan-akan kupu-kupu yang boleh didapati dibahagian hadapan batang
kerongkong (trakea).Kelenjar ini ikut turun naik pada waktu menelan.
Pembesaran kelenjar ini disebut Goiter/Struma/Beguk. Pembesaran ini
disebabkan oleh kebanyakan penghasilan hormon atau kerana kekurangan iodin
hingga penghasilan hormon berkurangan atau pada kes lainnya kerana ketumbuhan.
Kadang-kadang tiroid agak membesar pada masa wanita itu haid.
Penghasilan hormon yang berlebihan akan menyebabkan jantung berdebar dan
jika ianya berlarutan akan melemahkan jantung, mengeluarkan peluh yang banyak dan
berat badan akan menurun serta mata akan menonjol keluar.
Kelenjar Paratiroid
Kelenjar Paratiroid menghasilkan Parathormon yang turut mengatur kadar
kalsium darah. Kelenjar ini berukuran sebesar beras,ada empat kesemuanya.Kelenjar
ini terletak di sudut-sudut kelenjar tiroid oleh itu, kelenjar ini akan kadang-kadang
terpotong apabila seseorang itu menjalani pembedahan tiroid. Tanpa kelenjar ini, kita
akan mengalami kekejangan otot kerana gangguan kadar kalsium dalam darah kita.
Kelenjar Pankreas(Pulau Langerhans)
Kelenjar Pankreas melalui pulau-pulau Langerhans yang tersebar didalamnya
menghasilkan hormon insulin dan glukogen. Kedua-dua hormon ini mengatur kadar dan
penggunaan glukosa dalam darah. Gangguan penghasilan hormon insulin akan
mengakibatkan terjadinya penyakit diabetes mellitus.
Adakalanya juga, seseorang itu sangat sensitif terhadap karbohidrat atau gula.
Pengambilan makanan yang berkhabohidrat akan menyebabkan peningkatan
penghasilan insulin sehinggayang bersangkutan akan kekurangan gula. Sebagai
akibatnya, ia akan makan kembali dan perkara yang sama akan berulang lagi, lama
kelamaan orang itu akan menjadi gemuk kerana terus makan dan adar gula dalam
darah naik kerana kandungan gula terlalu banyak dan insulin yang dikeluarkan tidak
dapat mengimbanginya.
Kelenjar Tymus
Kelenjar Tymus terletak di belakang tulang dada anak-anak pada usia
pertubuhannya. Setelah kanak-kanak ini dewasa,kelenjar ini akan mengecil dan tidak
akan ditemukan lagi. Selama masih aktif, kelenjar ini menghasilkan sel darah putih yang
disebut T-lymphocyte. Sel ini selanjutnya akan menetap di dalam tubuh dan mempunyai
ingatan terhadap benda asing yang pernah masuk tubuh dan sel tubuh`yang abnomal
(termasuk sel kanser)Jika zat yang sama masuk tubuh maka sel ini akan
memperbanyakkan diri dan meneutralkan kesan zat tersebut terhadap tubuh. Fungsi ini
merupakan sebahagian daripada sistem imun badan manusia.
Kelenjar Adrenal
Terbahagi kepada dua iaitu bahagian pinggir(cortex) dan
tengah(medulla).Bahagian cortex menghasilkan hormon pengatur keseimbangan cairan
dan elektrolit tubuh(ACTH) dan vital untuk kehidupan. Bahagian medulla menghasilkan
adrenalin dan juga merupakan bahagian dari sistem simpatis. Kelenjar ini juga
menghasilkan sex-hormone dalam jumlah sedikit.
Kelenjar Gonad
Gonad terdiri daripada testis pada lelaki dan indung telur (ovari) pada wanita.
Ianya berperanan untuk menghasilkan hormon seks pada lelaki mahupun wanita.Pada
setiap lelaki dan wanita sebenarnya terdapat hormon seks wanita dan lelaki bersama-
sama dihasilkan oleh gonad dan kelenjar suprarenal/Adrenal. Pada wanita
keseimbangannya terletak pada hormon wanita yang lebih banyak dan pada lelaki
hormon lelakinya.
Salah satu akibat hormon seks lelaki dan wanita diluar pengaruh terhadap fungsi
seksual itu sendiri, adalah dalam pertumbuhan lapisan lemak tubuh. Hormon
testosteron membantu terbentuknya jaringan otot yang baik, sedangkan hormon
estrogen pada wanita membantu tumbuhnya jaringan lemak.Kepala botak pada lelaki
merupakan akibat hormon seks lelaki begitu juga tumbuhnya jerawat.
Jadual dibawah adalah ringkasan pada fungsi kelenjar andokrin dan hormon-hormon yang dihasilkan
oleh kelenjar-kelenjar tersebut:
Kelenjar Hormon yang dirembeskan
Fungsi
Pituitari
(Kelenjar agung)
a. Hormon pertumbuhan (GH)
Merangsang pertumbuhan badan
b. Hormon perangsang tiroid (TSH)
Merangsang kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksina.
c. Hormon antidiuresis (ADH)
Merangsang penyerapan semula air dari tubul ginjal.
d. Hormon perangsang folikel (FSH)
Merangsang perkembangan folikel Graaf dan tubul semen.
e. Hormon peluteinan (LH)
Menyebabkan pembebasan ovum daripada ovari dan perkembangan folikel menjadi korpus luteum.Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis.
f. Hormon adrenokortikotrof (ACTH)
Merangsang korteks adrenal menghasilkan hormon.
g. Hormon prolaktin Merangsang perembesan susu oleh kelenjar susu.
h. Hormon oksitosin Merangsang pengecutan otot uterus semasa bersalin.
Tiroid Tiroksina Mengawal kadar metabolisme sel badan, khususnya respirasi dalam mitokondria.Mengawal aras aktiviti, menggalakkan pertumbuhan yang normal bagi rangka dan perkembangan mental.
Kelompok sel Langerhans dalam
Insulin
Glukagon
Menyebabkan penukaran glikosa kepada glikogen.Menyebabkan penukaran glikogen
pankreas kepada glukosa.Adrenal Adrenalina
Aldosteron
Menyediakan badan untuk menentang atau lari dalam keadaan kecemasan dengan merangsang peningkatan aras glukosa dalam darah.
Mengawal tekanan osmosis darah melalu penyerapan semula ion natrium.
Ovari Estrogen
Progesteron
Merangsang perkembangan organ seks perempuan dan ciri seks sekunder seperti perkembangan kelenjar susu dan pembesaran buah dada.
Menyebabkan dinding uterus menebal untuk penempelan uterus.
Testis Testosteron Merangsang perkembangan organ seks lelaki dan ciri seks sekunder seperti pertumbuhan misai dan suara menjadi kasar.Merangsang spermatogenensis.
Jadual nama dan letak kelenjar endokrin dalam tubuh.
No kelenjar Nama Lain Letak1 hipofisis Kelenjar pituitari Dibahagian dasar cerebrum, dibawah
hipotalamus2 Tiroid Kelenjar gondok Didaerah leher dekat halkum3 Paratiroid Kelenjar anak
gondokDibahagian (dorsal) belakang dari kelenjar tiroid
4 Kelenjar pankreas
Kelenjar pulau-pulau langerhans
Dekat lambung
5 Kelenjar gonad
Kelenjar kelamin Lelaki : testis
Perempuan: ovarium6 Kelenjar
adrenalinKelenjar supra renalis
Di atas ginjal
7 Kelenjar timus
Kelenjar kacangan Di kawasan dada
HORMON
Hormon adalah zat yang dilepaskan ke dalam aliran darah dari suatu kelenjar atau
organ yang mempengaruhi kegiatan di dalam sel-sel. Sebahagian besar hormon
merupakan protein yang terdiri dari rantai asid amino dengan panjang yang berbeza-
beza. Sisanya merupakan steroid, iaitu zat lemak yang merupakan hasil daripada
kolestrol. Hormon dalam jumlah yang sangat kecil boleh meninggalkan kesan yang
sangat luas kepada tubuh manusia.
Dalam hal struktur kimianya, hormon diklasifikasikan sebagai hormon yang larut
dalam air atau yang larut dalam lemak. Hormon yang larut dalam air termasuk
polipeptida (contohnya insulin, glukagon, hormon adrenokortikotropik (ACTH), gastrin)
dan katekolamin (contohnya dopamin, norepinefrin, epinefrin). Hormon yang larut dalam
lemak termasuk steroid (misal estrogen, progesteron, testosteron, glukokortikoid,
aldosteron) dan tironin (misal tiroksin). Hormon yang larut dalam air bekerja melalui
sistem mesenger-kedua, sementara hormon steroid dapat menembus membran sel
dengan bebas.
Hormon terikat kepada reseptor di permukaan sel atau di dalam sel. Ikatan
antara hormon dan reseptor akan mempercepatkan, memperlambatkan atau merubah
fungsi sel. Pada akhirnya hormon mengendalikan fungsi dari organ secara
keseluruhannya. Antaranya :
Hormon mengendalikan pertumbuhan dan perkembangan,pembiakan dan ciri-ciri
seksual.
Hormon mempengaruhi cara tubuh dalam menggunakan dan menyimpan
tenaga.
Hormon juga mengendalikan jumlah cairan dan kadar air dan garam di dalam
darah.
Beberapa hormon hanya mempengaruhi 1 atau 2 organ,sedangkan hormon yang lainya
mempengaruhi seluruh tubuh. Misalnya TSH dihasilkan oleh kelenjar hipofisa hanya
mempengaruhi kelenjar Tiroid. Sedangkan hormone tiroid dihasilkan oleh kelenjar tiroid
mempengaruhi sel-sel diseluruh tubuh manusia. Insulin yang dihasilkan oleh sel-sel
pankreas pula akan mempengaruhi metabolism gula,protein dan lemak di seluruh
badan
CARA KERJA HORMON
KLASIFIKASI HORMON
1. Hormon perkembangan / Growth hormon – hormon yang memegang peranan di
dalam perkembangan dan pertumbuhan. Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar
gonad.
2. Hormon metabolisme – proses homeostasis glukosa dalam tubuh diatur oleh
bermacammacam hormon, contoh glukokortikoid, glukagon, dan katekolamin.
3. Hormon tropik – dihasilkan oleh struktur khusus dalam pengaturan fungsi endokrin yakni
kelenjar hipofise sebagai hormon perangsang pertumbuhan folikel (FSH) pada ovarium
dan proses spermatogenesis (LH).
4. Hormon pengatur metabolisme air dan mineral – kalsitonin dihasilkan
5. oleh kelenjar tiroid untuk mengatur metabolisme kalsium dan fosfor.
Organ dari Sistem Endokrin:
Organ dari sistem endokrin :
1. Hipotalamus
Hipotalamus sebagai sebahagian dari sistem endokrin yang mengawal sintesa dan
sekresi hormon-hormon hipofisa. Hipotalamus melepaskan sejumlah hormon yang
merangsang hipofisa. Beberapa di antaranya memicu pelepasan hormon hipofisa dan
yang lainnya menekan pelepasan hormon hipofisa. Hipotalamus terletak di batang otak,
tepatnya di dienchepalon, dekat dengan ventrikel ot ketiga (ventrikulus tertius) yang
berfungsi sebagai pusat tertinggi sistem kelenjar endokrin yang menjalankan fungsinya
melalui humoral (hormonal) dan saraf.
Hormon-hormon hipotalamus antara lain:
a. ACTH : Adrenocortico Releasing Hormon
b. ACIH : Adrenocortico Inhibiting Hormon
c. TRH : Tyroid Releasing Hormon
d. TIH : Tyroid Inhibiting Hormon
e. GnRH : Gonadotropin Releasing Hormon
f. GnIH : Gonadotropin Inhibiting Hormon
g. PTRH : Paratyroid Releasing Hormon
h. PTIH : Paratyroid Inhibiting Hormon
i. PRH : Prolaktin Releasing Hormon
j. PIH : Prolaktin Inhibiting Hormon
k. GRH : Growth Releasing Hormon.
l. GIH : Growth Inhibiting Hormon
m. MRH : Melanosit Releasing Hormon
n. MIH : Melanosit Inhibiting Hormon
2. Hipofisis / Hipofise (Pituitary)
Hipofis terletak di sella tursika, lekukan os spenoidalis basis cranii.
Berbentuk oval dengan diameter kira-kira 1 cm dan dibagi kepada dua lobus Lobus
anterior, merupakan bahagian terbesar dari hipofise kira-kira 2/3 bahagian dari hipofise.
Lobus anterior ini juga disebut adenohipofise. Lobus posterior, merupakan 1/3 bagian
hipofise dan terdiri dari jaringan saraf sehingga disebut juga neurohipofise. Hipofise
stalk adalah struktur yang menghubungkan lobus posterior hipofise dengan
hipotalamus. Struktur ini merupakan jaringan saraf
Hipofisa menghasilkan hormon tropik dan hormon nontropik. Hormon tropik akan
mengontrol sintesa dan sekresi hormon kelenjar sasaran sedangkan hormon nontropik
akan bekerja langsung pada organ sasaran.
Kemampuan hipofise dalam mempengaruhi atau mengontrol langsung aktivitas
kelenjar endokrin lain menjadikan hipofisa dijuluki “master of glands”.
3. Kelenjar Timus (Thymus)
Thymus terletak di dalam mediastinum di belakang os stemum. Hanya dijumpai
pada anak-anak di bawah 18 tahun. Setelah itu kelenjar ini mengecil dan tidak
ditemukan lagi. Kelenjar ini berwarna kemerah-merahan dan terdiri atas 2 lobus.
Beratnya sekitar 10 gram pada bayi yang baru lahir, namun bertambah seriring masa
remaja, yaitu sekitar 30-40 gram, kemudian berkerut lagi setelah dewasa. Selama
masih aktif, kelenjar ini menghasilkan sel darah putih yang disebut T-lymphocyte. Sel
ini selanjutnya akan menetap di dalam tubuh dan mempunyai memory atau ingatan
terhadap benda asing yang pemah masuk tubuh dan sel tubuh yang abnormal
(termasuk sel kanker). Jika zat yang sama masuk tubuh maka sel ini akan
memperbanyak dan menetralkan efek zat itu terhadap tubuh. Fungsi ini merupakan
suatu bagian sistem proteksi tubuh atausistem imun (cell mediated immune system)
yang bersifat seluler
4. Kelenjar Tiroid (Kelenjar Gondok)
Kelenjar tiroid merupakan kelenjar berwarna merah kecoklatan dan sangat vascular.
Terletak di anterior cartilago thyroidea di bawah laring setinggi vertebra cervicalis 5
sampai vertebra thorakalis 1. Kelenjar ini terselubungi lapisan pretracheal dari fascia
cervicalis. Beratnya kira-kira 18-25 gr tetapi bervariasi pada tiap individu. Kelenjar tiroid
sedikit lebih berat pada wanita terutama saat menstruasi dan hamil.
Lobus kelenjar tiroid seperti kerucut. Ujung apikalnya menyimpang ke lateral ke
garis oblique pada lamina cartilago thyroidea dan basisnya setinggi cartilago trachea 4-
5. Kelenjar ini terdiri atas dua lobus yaitu lobus kiri kanan yang dipisahkan oleh isthmus.
Masing-masing lobus kelenjar ini mempunyai ketebalan lebih kurang 2 cm, lebar 2,5 cm
dan panjangnya 4 cm. Tiap-tiap lobus mempunyai lobuli yang di masing-masing lobuli
terdapat folikel dan parafolikuler.
Di dalam folikel ini terdapat rongga yang berisi koloid dimana hormon-hormon
disintesa.kelenjar tiroid mendapat sirkulasi darah dari arteri tiroidea superior dan arteri
tiroidea inferior. Arteri tiroidea superior merupakan percabangan arteri karotis eksternal
dan arteri tiroidea inferior merupakan percabangan dari arteri subklavia.Lobus kanan
kelenjar tiroid mendapat suplai darah yang lebih besar dibandingkan dengan lobus kiri.
Dipersarafi oleh saraf adrenergik dan kolinergik. saraf adrenergik berasal dari ganglia
servikalis dan kolinergik berasal dari nervus vagus.
5. Paratiroid (Kelenjar Anak Gondok)
Kelenjar paratiroid berukuran kecil, kuning kecoklatan oval, biasanya terletak antara
garis lobus posterior dari kelenjar tiroid dan kapsulnya. Ukurannya kira2 6x3x2 mm.
Beratnya 50 mg.
Kelenjar ini berjumlah empat buah, biasanya 2 pada tiap sisi, superior dan inferior.
Normalnya paratiroid posterior bergeser hanya pada kutub paratiroid posterior, tapi bisa
juga turun bersama timus ke thorax atau pada bifurcation karotis.
Kelenjar paratiroid superior letaknya lebih konstan daripada inferior dan biasanya
terlihat di tengah garis posterior kelenjar tiroid walaupun bisa lebih tinggi. Bagian inferior
sangat bervariasi pada beberapa situasi (tergantung perkembangan embriologisnya)
dan bias tanpa selubung fascia tiroid, di bawah arteri tiroid, atau pada kelenjar tiroid
dekat kutub inferior.
Kelenjar ini terdiri dari dua jenis sel yaitu chief cells dan oxyphill cells. Chief cells
merupakan bagian terbesar dari kelenjar paratiroid, mensintesa dan mensekresi
hormon paratiroid atau parathormon disingkat PTH.