sinopsis novel silir daksina

7
SILIR DAKSINA (Nizar Parman) Sinopsis Keseluruhan Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal. Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak- watak sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan. Sinopsis Bab BAB SINOPSIS 1 Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek- belek olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa. 2 Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkaikan persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim

Upload: rohiexa-aaron

Post on 13-Apr-2016

304 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

T5

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis Novel Silir Daksina

SILIR DAKSINA (Nizar Parman)

Sinopsis Keseluruhan

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang

gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya,

Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu.

Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih

dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan

nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh

masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya

melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh

ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud

di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu,

malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan

Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup

meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini

diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip

lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

Sinopsis Bab

BAB SINOPSIS1 Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek

olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca.

Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu.

Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama

Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya

memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah

bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu,

dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

2 Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu

Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna

berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang

berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya

perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu

bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkaikan

Page 2: Sinopsis Novel Silir Daksina

persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu

ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak

dikenalinya.

3 i. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan

menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari

zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See

Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam

berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada

Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang

rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula

datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa

dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah

yang terbiar selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah

baik. Dia seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli

tanah kebun ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat

disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia

menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan

anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam

mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di

sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan

kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai

Ling.

ii. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam

dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-

bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling

menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim

yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan

anaknya Aiman.

iii. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin

Purnama meminta Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia

menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi

dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji

dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara

persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk

Page 3: Sinopsis Novel Silir Daksina

menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan agar

majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih

peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman

kegemilangannya dalam bidang tersebut.

iv. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang

menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling

meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak.

Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching

datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya

mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling

dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak

dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam

teringatkan Aiman.

v. Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap

satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan

terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang.

Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula

dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya

dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya

kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling

seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih

sayang.

vi. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut

meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai

Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai

Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan

gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai

persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan

persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk

kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara

peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap agar Amirulnizam

dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan menjadikan

Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

Page 4: Sinopsis Novel Silir Daksina

vii. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya

seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan

aktivitinya. Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai

Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak

Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman berada di

Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan

Aiman dan berkawan dengannya.

viii. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan

Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang

akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan

bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang

ke rumah Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh

Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang

membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan

orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling

bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia

menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga turut bertanya

tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.

ix. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan,

segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan

masanya hingga larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan

dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya. Sakit

kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam itu dia rasa aneh kerana

kerinduan terhadap Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar

anaknya sambil menangis teresak-esak.

4 Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal

berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan

Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu

seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk

meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna

dengan kata-kata dan bahasanya.

5 Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai

persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak

dapat hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya

Page 5: Sinopsis Novel Silir Daksina

menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak

dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana

terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.

6 Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna

menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul

antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung

halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh

Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu,

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak

dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong

keputusannya secara dam-diam.

7 Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia

dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal

menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang

dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

8 Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke

Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan

Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik

warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan

membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong

datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong

terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

9 Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di

halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan

perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta

tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan

untuk makan tengah hari.

10 Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal

untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut

untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal

diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

11 Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama

seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang

ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal

tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit

kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai

Page 6: Sinopsis Novel Silir Daksina

pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan

Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak

mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil

upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku

dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada

Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali

remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji

Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah

petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim.

Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang

menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah

menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

12 Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat

keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai

raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya

itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan

bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang

terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah,

sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah

album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-

gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan

seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab

menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

13 Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya

kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama

oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa

dan Tauke Ong.

14 Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk

bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

15 Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri

Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

16 Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di

Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah

apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung

Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat.

Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya

Page 7: Sinopsis Novel Silir Daksina

terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi

rakan kongsi dalam perniagaannya.

Tema

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca

daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah

kandungnya iaitu Abdullah Kayan.

Persoalan

PERSOALAN CONTOH1 Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkaikan misteri

kehidupan sebenarnya ayahnya.Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah

kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip

yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.

2 Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah

berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung

tersebut.

3 Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan

oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan

menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada

anaknya.

4 Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan

setiap aktiviti dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti

majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ

5 Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan.Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung

begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.