(singapore teaching practice) · amalan-amalan pedagogi mencakup proses pengajaran dan aspek...
TRANSCRIPT
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
AMALAN PENGAJARAN SINGAPURA
(SINGAPORE TEACHING PRACTICE)
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Membudayakan Kecemerlangan Profesional Guru Bahasa Melayu Singapura
Apakah itu Amalan Pengajaran Singapura (STP)?
Mengapakah kita perlukan STP?
Untuk…
Untuk…
Membantu setiap guru Singapura
menjadi lebih yakin dan reflektif dalam
amalan pengajaran.
Membantu setiap pelajar belajar
dengan baik dan meningkatkan rasa
seronok dalam proses pembelajaran.
ialah model PdP yang dibina berasaskan pengalaman masa lalu, disesuaikan untuk sekolah-sekolah Singapura membimbing dan mengukuhkan PdP yang berkesan
menjelaskan kepercayaan frateniti pendidik kita, dan menyari (distils) amalan pengajaran yang berkesan
dalam konteks Singapura
dibina bersama-sama oleh pendidik dan pengkaji setempat, bagi frateniti pendidik Singapura
akan terus dipertimbangkan agar sentiasa relevan, selaras dengan usaha pendidik dalam merenung semula dan
belajar daripada amalan pengajaran mereka
STP …
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
STP menyediakan wacana profesional yang sama bagi menyuarakan pemahaman tentang bagaimana pelajar belajar dan bagaimana kita mengajar, tanpa mengira peranan kita dalam pendidikan. Untuk Guru STP membantu kita mengajar dengan berkesan supaya pelajar kita dapat belajar dengan baik.
Untuk Guru Mentor STP membantu kita untuk mementor rakan sekerja supaya mereka dapat berkhidmat dengan lebih cekap.
Untuk Bahagian Kurikulum di MOE HQ STP menyediakan arah untuk membina, melaksanakan dan menilai kurikulum nasional. STP juga diterapkan ke dalam program pembangunan profesional dalam perkhidmatan untuk guru dan pemimpin sekolah.
Untuk Akademi dan Pusat Bahasa STP menyediakan kita dengan wacana yang sama untuk melibatkan diri dalam perbincangan profesional berkaitan pedagogi yang berkesan. Kita boleh menggunakan STP dalam program pembangunan profesional dan semasa mereka bentuk (designing) kursus dan bengkel.
Mengapakah kita perlukan STP?
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Laman web OPAL telah mula beroperasi pada 31 Mei 2017
Pautan ke laman STP
https://opal.moe.edu.sg/stp
Di manakah maklumat berkaitan STP boleh diakses?
Mengakses laman STP
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
3 KOMPONEN UTAMA STP
Asas-asas Pengetahuan
Menyediakan guru dengan pemahaman tentang:
1. Kandungan subjek dan matlamat; 2. Teori-teori dan kajian berkaitan pelajar dan
pembelajaran; dan
3. Teori-teori dan kajian berkaitan pengajaran.
Amalan-amalan Pedagogi
Mencakup Proses Pengajaran dan Aspek Pengajaran asas yang boleh digunakan untuk semua mata
pelajaran dan semua peringkat.
Falsafah Kurikulum Singapura
Menerangkan pegangan teras pendidik kita
tentang pelajar kita, dan bagaimana
kita meletakkan mereka sebagai tumpuan atau pusat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1
2
3
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Falsafah Kurikulum Singapura (SCP) menerangkan pegangan
teras pendidik kita tentang pelajar kita, dan bagaimana kita
meletakkan mereka sebagai tumpuan atau pusat dalam proses
PdP.
1 FALSAFAH KURIKULUM SINGAPURA
Merungkai Komponen STP
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
FALSAFAH KURIKULUM SINGAPURA
Apa yang kita percayai tentang pengajaran dan pembelajaran
Ringkasan Falsafah Kurikulum Singapura
Kami percaya pada pendidikan holistik.
Kami percaya bahawa setiap pelajar mahu dan boleh belajar. Kami memberikan tumpuan pada keperluan pembelajaran pelajar semasa mereka membina pengalaman-pengalaman pembelajaran.
Kami percaya bahawa pembelajaran berkembang:
• dalam persekitaran pembelajaran yang prihatin dan selamat;
• apabila kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif;
• melalui pembangunan kemahiran berfikir dan perwatakan; dan
• apabila penilaian digunakan untuk menangani jurang pembelajaran kanak-kanak.
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Asas-asas Pengetahuan menyediakan guru dengan pemahaman tentang: 1. Kandungan subjek dan matlamat;
2. Teori-teori dan kajian berkaitan pelajar dan pembelajaran;
dan
3. Teori-teori dan kajian berkaitan pengajaran.
2 ASAS-ASAS PENGETAHUAN
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Berkaitan dengan konsep, fakta, teori dan kemahiran.
Mengaitkan perkara-perkara tersebut bagi membentuk disiplin subjek.
Memahami apa dan bagaimana subjek hendak diajar supaya pengetahuan dan kemahiran dapat dikuasai oleh pelajar.
Dengan memahami asas-asas pengetahuan secara mendalam, guru akan dapat membimbing pelajar dengan berkesan dan penuh keyakinan bagi membina pemahaman yang mendalam untuk menjayakan pembelajaran.
Asas-asas Pengetahuan memberi panduan kepada guru dalam mereka bentuk pengalaman pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Ia membantu guru memahami bagaimana pembelajaran berlaku dalam konteks budaya sekolah dan bilik darjah.
Ia menunjukkan hubungan antara pembelajaran, motivasi pelajar dan proses-proses psikologi yang diaktifkan semasa proses pembelajaran berlaku.
Untuk menyokong perancangan dan pelaksanaan pelajaran yang berkesan, asas-asas pengetahuan ini membantu memperdalam pemahaman guru tentang tahap perkembangan pelajar dan perbezaan mereka secara individu.
Asas-asas Pengetahuan
Memahami Kandungan Subjek dan Matlamat
Memahami Pelajar dan Pembelajaran
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Memahami Pelajar dan Pembelajaran – antara lain bermaksud menjelaskan: 1. Konteks pembangunan dan keperluan pelajar
2. Memahami pandangan diri pelajar: Saranan-saranan
pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan teori dalam konteks Singapura (termasuk hal-hal berkaitan harga diri, konsep kendiri, keberkesanan diri dll.)
3. Pembangunan moral 4. Pembangunan sosial 5. Memahami pembelajaran: Perspektif berasaskan teori 6. Fungsi pembelajaran di bilik darjah – perspektif berasaskan
teori 7. Motivasi untuk belajar: Perspektif berasaskan keperluan untuk
memahami faktor-faktor yang menggalakkan pelajar teruja untuk terus terlibat dalam pembelajaran
8. Motivasi untuk belajar: Pencapaian matlamat: Diri,
suasana/sekitaran dan interaksi faktor-faktor yang terlibat 9. Motivasi untuk belajar: Peranan faktor-faktor penyumbang
yang mempengaruhi perlakuan pelajar
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Pengajaran ialah satu proses yang bermatlamat dan tersusun, dan memerlukan kedua-dua perancangan yang baik dan keupayaan mengadaptasikan pandangan dan tindakan dengan sekitaran yang nyata.
Guru perlu memahami faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pilihan yang mereka lakukan, termasuk sekitaran fizikal dan psiko-sosial, hubungan guru-pelajar, keperluan pembelajaran pelajar, dan profil pelajar yang rencam dan berbeza-beza.
Asas-asas pengetahuan ini membantu guru memahami dinamik yang memberi kesan pada kualiti pengajaran dan memahami 'mengapa' dan 'bagaimana' mengurus bilik darjah dengan berkesan.
Memahami Pengajaran – menjelaskan hal-hal yang berkaitan: 1. Pengurusan bilik darjah: Mengurus kepelbagaian 2. Mewujudkan hubungan yang positif 3. Menetapkan sekitaran pembelajaran dalam konteks fizikal dan
psiko-sosial 4. Menetapkan peraturan dan membangunkan insentif dan
kesannya 5. Mengurus pengajaran seluruh kelas dan pembelajaran secara
berkumpulan 6. Memahami dan mengurus tingkah laku 7. Menyokong pelajar yang mempunyai pelbagai keperluan
Memahami Pengajaran
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Amalan-amalan Pedagogi (AP) mencakup Proses Pengajaran dan Aspek Pengajaran asas yang boleh digunakan untuk semua mata
pelajaran dan semua peringkat.
3 AMALAN-AMALAN PEDAGOGI
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Amalan-amalan Pedagogi
4 Proses Pengajaran
24 Aspek Pengajaran
Aktiviti Mengajar / Pertimbangan
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Glosari Amalan Pedagogi
Proses Pengajaran (PP)
Proses pengajaran menjelaskan apa yang menjadi amalan guru dan melakukan refleksi sebelum, semasa dan sesudah interaksi dengan pelajar yang berlangsung dalam semua konteks pembelajaran. Aspek Pengajaran (AP) Aspek pengajaran menyediakan Aktiviti Mengajar dan pertimbangan profesional bagi pendidik mengunakan dan menyesuaikan dalam konteks pembelajaran pelajar. Aktiviti Mengajar / Pertimbangan (AM)
Aktiviti mengajar dilakukan secara sedar dan boleh dilihat. Aktiviti mengajar dilaksanakan menerusi apa yang guru ujarkan dan lakukan untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Pertimbangan ialah perkara yang diambil kira oleh guru semasa perancangan dan pelaksanaan pelajaran.
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
• Mengandungi 4 Proses Pengajaran yang asas.
• Menjadikan eksplisit apa yang guru lakukan, dan mengamalkan refleksi sebelum, semasa dan selepas mereka berinteraksi dengan pelajar dalam semua konteks dan tahap pembelajaran.
• 4 elemen Proses Pengajaran itu tidak semestinya berurutan
secara tegar. • Keempat-empat Proses Pengajaran boleh dirungkai kepada 24
Aspek Pengajaran.
• Setiap Aspek Pengajaran menyediakan guru dengan Aktiviti Mengajar dan Pertimbangan-pertimbangan profesional yang mereka boleh gunakan dan sesuaikan bergantung pada keperluan pembelajaran pelajar.
• Aktiviti Mengajar ialah kegiatan yang dirancang dan boleh
dilihat. Aktiviti-aktiviti tersebut boleh disesuaikan dan diadaptasikan untuk memenuhi keperluan pelajar dan guru.
Amalan-amalan Pedagogi
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
4 PROSES PENGAJARAN
1. Budaya Positif di Bilik Darjah
2. Penyediaan Pelajaran
3. Pelaksanaan Pelajaran
4. Penilaian dan Maklum Balas
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
PR
OSE
S D
AN
ASP
EK P
ENG
AJA
RA
N
Bu
day
a P
osi
tif
di B
ilik
Dar
jah
1
.M
ewu
jud
kan
Inte
raks
i dan
H
ub
un
gan
Rap
at
2.
Men
geka
lkan
Dis
iplin
yan
g Po
siti
f 3
.M
enet
apka
n J
angk
aan
dan
R
uti
n
4.
Mem
bin
a Ke
per
caya
an
5.
Mem
pe
rkas
akan
Pel
ajar
Pe
nye
dia
an P
elaj
aran
6
.M
enen
tuka
n O
bje
ktif
Pe
laja
ran
7
.M
enga
mb
il K
ira
Pro
fil
Pela
jar
8.
Mem
ilih
dan
Men
yusu
n
Uru
tan
Kan
du
nga
n
9.
Mer
anca
ng
Soal
an-s
oal
an
Uta
ma
10
.Men
yusu
n P
emb
ela
jara
n
11
.Men
etap
kan
Str
ateg
i Pe
nga
jara
n
12
.Men
etap
kan
Ala
t B
antu
dan
B
ahan
Pem
bel
ajar
an
Pel
aksa
naa
n P
elaj
aran
13
.Men
gakt
ifka
n P
enge
tah
uan
Se
dia
Ad
a 1
4.M
eran
gsan
g M
inat
1
5.M
engg
alak
kan
Pel
ibat
an
Pela
jar
16
.Men
ggu
nak
an F
leks
ibili
ti
17
.Mem
be
rika
n P
ener
anga
n
yan
g Je
las
18
.Men
yusu
n L
angk
ah d
an
Men
geka
lkan
Mo
men
tum
1
9.M
emu
dah
Car
a Pe
mb
ela
jara
n K
ola
bo
rati
f 2
0.M
engg
un
akan
So
alan
un
tuk
Mem
pe
rdal
am
Pem
be
laja
ran
2
1.M
enu
tup
Pel
ajar
an
Pe
nila
ian
dan
Mal
um
Bal
as
22
.Mem
anta
u P
emah
aman
dan
M
emb
eri
kan
Mak
lum
Bal
as
23
.Men
yoko
ng
Pem
bel
ajar
an
Seca
ra K
end
iri
24
.Men
yed
iaka
n T
uga
san
yan
g B
erm
akn
a
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
AMALAN PENGAJARAN SINGAPURA
Proses Pengajaran Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar/
Pertimbangan 4 proses pengajaran 1. Budaya positif di bilik
darjah
2. Penyediaan Pelajaran
3. Pelaksanaan Pelajaran
4. Penilaian dan Maklum
Balas
24 Aspek Pengajaran Contoh: 1. Mewujudkan interaksi
dan hubungan rapat
2. Menetapkan jangkaan
dan rutin
Pelbagai aktiviti mengajar
saranan yang penting untuk
disesuaikan dengan keperluan,
kebolehan dan kesediaan
pelajar.
Amalan-amalan Pedagogi
Kandungan Subjek dan Matlamat
Teori-teori dan Kajian Berkaitan
Pelajar dan Pembelajaran
Teori-teori Kajian Berkaitan Pengajaran
Contoh: • Sukatan Pelajaran
• Buku Teks, Buku Aktiviti dan Panduan Guru
Contoh: Teori pembangunan
moral dan sosial
Teori Behaviorisme dan
Konstruktivisme
Teori berkaitan motivasi
dan pembelajaran
Contoh: • Pengurusan bilik darjah
• Membina hubungan positif
• Keperluan pengajaran
pembezaan dan
persekitaran pembelajaran
yang positif
Asas-asas Pengetahuan
Falsafah Kurikulum Singapura
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
ASPEK PENGAJARAN DAN AKTIVITI MENGAJAR
Proses Pengajaran
Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar / Pertimbangan
Bu
day
a Po
siti
f d
i Bili
k D
arja
h
1. Mewujudkan Interaksi dan Hubungan Rapat
1. Mengenali pelajar
2. Membina hubungan positif dengan pelajar
3. Memudah cara interaksi antara pelajar
2. Mengekalkan Disiplin yang Positif
1. Membina hubungan positif antara guru-pelajar
2. Menyediakan persekitaran untuk disiplin positif
3. Mengenal pasti ruang untuk pembangunan
4. Memantau dan mengurus tingkah laku
5. Melaksanakan kesan positif dan negatif
6. Mengurus tugasan secara serentak
3. Menetapkan Jangkaan dan Rutin
1. Mendapatkan perhatian pelajar
2. Memula dan menutup pelajaran
3. SEE (Simple, Efficient, Effective) – Mudah, Cekap, Berkesan
4. S3 (Scan, Scan, Scan) – Imbas, Imbas, Imbas
4. Membina Kepercayaan
1. Berfikiran positif
2. Mengurus emosi
3. Menjadikan pembelajaran menyeronokkan
5. Memperkasakan Pelajar
1. Memberi pilihan
2. Merangsang pelajar untuk berjaya
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Proses Pengajaran
Aspek Pengajaran Pertimbangan
Pen
yed
iaan
Pel
ajar
an
6. Menentukan Objektif Pelajaran
1. Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar
2. Kesejajaran dengan sukatan pelajaran dan penilaian
3. Memastikan pilihan dan keputusan yang diambil bersesuaian
7. Mengambil Kira Pelajar
1. Memahami pelajar contohnya mengumpul maklumat tentang pelajar – kuantitatif dan kualititatif
2. Menjalankan Pengajaran Pembezaan
3. Memahami pengembangan dan pembangunan pelajar mengikut ranah. Contoh: kognitif, psikomotor dll
4. Memahami pembelajaran sebagai satu proses sosial
8. Memilih dan Menyusun Urutan Kandungan
1. Mengekalkan pemahaman tentang pengetahuan, konsep dan struktur kandungan
2. Menyelaraskan kandungan dengan matlamat pelajaran
3. Mengenal pasti urutan dan pengembangan kandungan
4. Mengintegrasikan kandungan dengan Kemahiran Abad ke-21
5. Menyusun kandungan sesuai dengan profil dan kesediaan pelajar
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Proses Pengajaran
Aspek Pengajaran Pertimbangan
Pen
yed
iaan
Pel
ajar
an
9. Merancang Soalan-soalan Utama
1. Tujuan bertanyakan soalan
2. Jenis-jenis soalan sesuai dengan matlamat pembelajaran dan mengikut taksonomi
3. Peranan guru – positif semasa menyoal dan memberi maklum balas
10. Menyusun Pembelajaran
1. Hasil pembelajaran yang perlu dicapai
2. Mengamalkan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan mengambil kira kesediaan pelajar
3. Menyusun pembelajaran sesuai dengan perkembangan pembelajaran pelajar
4. Menyusun pembelajaran bagi menggalakkan pelibatan dan pembelajaran pelajar
5. Merujuk teori pembelajaran bagi pelaksanaan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar
6. Kesesuaian kaedah atau strategi pembelajaran
7. Meletakkan penilaian penting dalam proses PdP
8. Memberikan masa yang cukup dan sesuai
11. Memilih Strategi Pengajaran
1. Memilih strategi pengajaran untuk membantu pelajar mencapai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku yang ingin dicapai
2. Memilih strategi pengajaran agar pelajar berupaya untuk mensintesis pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku yang ingin dicapai
3. Memilih strategi pengajaran agar pelajar mampu untuk mengaplikasi atau mempamerkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku yang ingin dicapai
12. Menetapkan Alat Bantu dan Bahan Pembelajaran
1. Sejauh manakah alat bantu dan bahan mengajar membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
2. Apakah yang kita mahu pelajar lakukan dengan alat bantu dan bahan mengajar, dan apakah kesediaan pelajar untuk menggunakan alat bantu dan bahan mengajar?
3. Sejauh manakah keberkesanan bahan-bahan tersebut memenuhi keperluan pembelajaran pelajar?
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Proses Pengajaran
Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar / Pertimbangan
Pela
ksan
aan
Pel
ajar
an
13. Mengaktifkan Pengetahuan Sedia Ada
1. Fikir-Berpasangan-Berkongsi:Think-Pair-Share (Lampiran 1, halaman 29)
2. KWL – Tahu, Mahu Tahu, Telah Pelajari (Lampiran 2, halaman 30)
3. Kartun Berkonsep (Concept Cartoons) (Lampiran 3, halaman 31)
4. STAR (Scenario Analysis, Team Inquiry, Application and Reflection) – Analisis Senario, Inkuiri Berpasukan, Aplikasi dan Refleksi (Lampiran 4, halaman 33)
14. Merangsang Minat
1. Menggunakan Cerita dan Imejan (Lampiran 5, halaman 35)
2. Peristiwa-peristiwa Bercanggah (Discrepant events) (Lampiran 6, halaman 39)
3. Mengajar Rakan (Teach a Friend) (Lampiran 7, halaman 40)
15. Menggalakkan Pelibatan Pelajar
1. Ulang-Jelaskan-Faham (RCU: Repeat-Clarify-Understand) (Lampiran 8, halaman 42)
2. Teroka, Terlibat, Aplikasi (Explore, Engage, Apply) Lampiran 9, halaman 43)
3. Pelibatan menerusi kerjasama dan interaksi (Lampiran 10, halaman 44)
16. Menggunakan Fleksibiliti
1. Memberikan respons yang tepat dan sesuai (Lampiran 11, halaman 45)
2. Memberikan tahap perancah yang diperlukan (Lampiran 12, halaman 46)
3. Memberikan respons yang berkualiti (Lampiran 13, halaman 47)
4. Menangani pelajar yang tidak memberikan respons (Lampiran 14, halaman 47)
17. Memberikan Penerangan yang Jelas
1. Menggunakan Analogi (Lampiran 15, halaman 50)
2. Melakukan Tunjuk Cara (Lampiran 16, halaman 51)
3. Menggunakan Model (objek) (Lampiran 17, halaman 52)
4. Model Pemikiran Lantang (Model Thinking Aloud) (Lampiran 18, halaman 53)
5. Menggunakan Penyusun Grafik (Lampiran 19, halaman 54)
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Proses Pengajaran
Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar / Pertimbangan
Pela
ksan
aan
Pel
ajar
an
18. Menyusun Langkah dan Mengekalkan Momentum
1. Berhenti Sejenak dan Lakukan Refleksi (Lampiran 20, halaman 56)
2. Mengurus Peralihan (Managing Transitions) (Lampiran 21, halaman 57)
3. Pengisi Masa (Time Fillers) (Lampiran 22, halaman 58)
19. Memudah Cara Pembelajaran Kolaboratif
1. Perbincangan Papan Putih (Whiteboarding) (Lampiran 23, halaman 59)
2. Jigsaw (Lampiran 24, halaman 60)
3. Pengajaran Reciprocal (Lampiran 25, halaman 61)
4. Fikir-Berpasangan-Berkongsi (Think-Pair-Share) (Lampiran 26, halaman 62)
5. Mencari Informasi (Scouting for Information) (Lampiran 27, halaman 63)
20. Menggunakan Soalan untuk Memperdalam Pembelajaran
1. Rangkaian IRF (Mulakan-Respons-Maklum Balas Initiate- Response-Feedback) (Lampiran 28, halaman 64)
2. Mengepam (Pumping) (Lampiran 29, halaman 65)
3. Perhalus, Perhalus, Perhalus (R3 – Refine)
(Lampiran 30, halaman 65)
4. Menjana Soalan (Generating Questions) (Lampiran 31, halaman 66)
5. Cabar Saya (Challenge Me) (Lampiran 32, halaman 68)
6. Menjelaskan-Memeka-Pengaruhi (CSI: Clarify Sensitise-Influence) (Lampiran 33, halaman 69)
21. Menutup Pelajaran
1. Hulurkan Kertas (Pass It Round) (Lampiran 34, halaman 70)
2. Senarai Semak Pembelajaran Saya (Lampiran 35, halaman 71)
3. Representasi Visual Saya (Lampiran 36, halaman 73)
4. Apa dan Bagaimana Saya Belajar (WHILE – Why and How I Learn) (Lampiran 37, halaman 74)
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
Proses Pengajaran
Aspek Pengajaran Aktiviti Mengajar / Pertimbangan
Pen
ilaia
n d
an M
aklu
m B
alas
22. Memantau Pemahaman dan Memberi Maklum Balas
1. Maklum Balas dalam Bentuk Komen Sahaja
2. Dua langkah MCQ (Two-Step MCQ)
3. Saya Buat, Saya Tahu, Saya Semak (I Do, I Know, Check)
4. Kongsi Pembelajaran Saya (Share my learning)
23. Menyokong Pembelajaran Secara Kendiri
1. Memamer Pemahaman Saya Melalui Peta Minda
2. Memantau Pembelajaran saya Menggunakan Ringkasan 3-2-1
3. Main Peranan
4. Perbincangan Forum Dalam Talian Berstruktur
5. Kajian (Research)
24. Menyediakan Tugasan yang Bermakna
1. Unjuk dan Ujar (Show and Tell)
3. Menerangkan Pemikiran Saya dengan Menjawab Dua Bahagian Soalan
3. Latihan untuk Menguasai (Practice for Mastery)
4. Pilihan Awak (Your Choice)
Diterjemah dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura
24 Aspek Pengajaran STP
Hubung Kait STP dengan PdP Bahasa Melayu