simpulan bahasa dan

12
Simpulan Bahasa dan Maksudnya ada angin-- berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati --mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu air muka-- rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam-- tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat --mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut --makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan anak angkat-- anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa --anak yang disayangi oleh bapa

Upload: sharon-goh

Post on 21-Jul-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

simpulan bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Simpulan Bahasa Dan

Simpulan Bahasa dan

Maksudnya

ada angin-- berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

ada hati --mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan

untuk melakukan atau memiliki sesuatu

air muka-- rupa atau wajah seseorang

ajak-ajak ayam-- tidak bersungguh-sungguh semasa

mempelawa seseorang

ada bakat --mempunyai tokoh atau perwatakan

alas perut --makanan yang dimakan untuk sementara waktu

sebelum memakan makanan yang mengenyangkan

anak angkat-- anak orang lain yang dipelihara sebagai anak

sendiri

anak bapa --anak yang disayangi oleh bapa

anak buah --orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau

anak saudara

anak emas --anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

angkat kaki-- meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu

sebab

Page 2: Simpulan Bahasa Dan

atas angin-- negara-negara di sebelah barat

atas pagar-- tidak menyebelahi mana-mana pihak

ayam tambatan-- orang yang menjadi harapan dalam sesuatu

pertandingan

bahasa pasar --bahasa Malaysia yang tidak betul

tatabahasanya

banyak mulut --orang yang banyak bercakap

batu api --orang yang suka menghasut

batu loncatan --sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan

sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang --tali persaudaraan yang jauh

bawah angin --negara-negara di sebelah timur

bekas tangan-- hasil kerja tangan seseorang

beralih akal --berubah fikiran atau pendapat

beralih angin-- pergi ke sesuatu tempat untuk berehat

berat hati --enggan; malas

berat mulut --pendiam atau tidak suka bercakap banyak

berat tulang-- orang yang malas bekerja

Page 3: Simpulan Bahasa Dan

berat sebelah-- tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk

membuat keputusan

berhati batu-- degil dan sukar menerima nasihat

berhutang budi-- patut membalas kebaikan seseorang dengan

kebaikan juga

bermuka dua-- tidak jujur

bertikam lidah-- bertengkar; berdebat

besar hati --bergembira atau berbangga akan sesuatu

besar kepala-- degil; sukar menerima pandangan orang lain

buah hati-- orang yang dikasihi atau dipuja

buah mulut-- sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai

buah tangan --hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

bulat hati-- bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu;

sudah nekad

buruk siku-- mengambil balik sesuatu yang telah diberikan

kepada orang lain

buta hati --tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

cahaya mata-- anak

cakar ayam --tulisan yang buruk

Page 4: Simpulan Bahasa Dan

campur tangan --turut serta atau mencampuri urusan orang lain

cari jalan-- berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu

c epat tangan-- suka mencuri

dalam tangan-- sudah pasti akan diperoleh

darah daging --anak kandung

durian runtuh-- keuntungan yang diperoleh dengan tidak

disangka-sangka

gaji buta --mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau

bekerja bersungguh-sungguh

gelap mata --hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh

wang atau harta

harga diri --maruah atau kehormatan seseorang

harga mati-- harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

hati batu --degil atau keras hati

hidung tinggi --sombong atau tinggi diri

hilang akal--tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang

pertimbangan diri

ikat perut --menahan lapar kerana berjimat

Page 5: Simpulan Bahasa Dan

iri hati --menyimpan perasaan dengki atau cemburu isi hati

perasaan dalam hati

jalan buntu-- tidak ada jalan penyelesaian

kacang hantu --orang yang jahat dan suka mengganggu orang

lain

kaki ayam-- tidak berkasut atau berselipar

kaki bangku --tidak berkebolehan bermain bola

kaki botol --suka minum minuman keras

kecil hati --berasa tersinggung atau merajuk

kepala angin-- perangai yang tidak menentu

kepala batu --degil dan tidak mendengar nasihat

kera sumbang --orang yang tidak suka bergaul dengan orang

lain

khabar angin --berita yang belum tentu benarnya

langkah kanan-- bernasib baik langkah seribu cepat-cepat lari

kerana ketakutan

lidah bercabang --kata-kata yang tidak dapat dipercayai

lipas kudung --cepat membuat kerja

Page 6: Simpulan Bahasa Dan

lintah darat --mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman

yang diberikan

makan angin-- bersiar-siar untuk berehat

makan suap --menerima rasuah

malu-malu kucing-- berpura-Aura malu di hadapan orang

mandi peluh bekerja kuat

mati katak-- mati dengan sia-sia

membabi buta --melakukan sesuatu tanpa berfikir

membawa diri--tahu menjaga diri

membuka jalan --memberi laluan kepada orang lain

membuka tembelang --menceritakan keburukan seseorang

kepada orang lain

memeras otak --terlalu kuat berfikir atau belajar

menarik diri --tidak turut serta; meletak jawatan

mencari jalan --berusaha untuk melakukan sesuatu

mencuci mata --gembira memperhatikan sesuatu yang indah

mencuit hati-- lucu; menggelikan hati

mengabui mata --cuba memperdaya; menipu

Page 7: Simpulan Bahasa Dan

mengadu domba--memperlagakan seseorang untuk memecah

belahkan persahabatan dan sebagainya

mengambil angin-- bersiar-siar untuk berehat

mengambil berat-- memberi sepenuh perhatian

mengambil hati--dapat memikat atau mempengaruhi

mengasah bakat --latihan untuk mengembangkan bakat

muka tembok --tidak berasa malu

mulut murai --kuat bercakap atau berbuat bising

mulut tempayan --tidak dapat menyimpan rahsia

murah hati-- suka bederma; tidak kedekut

naik angin --terlalu marah

nyawa-nyawa ikan --hampir-hampir mati

orang atasan --orang yang berpangkat tinggi

otak cair --pintar atau bijak

otak kering-- kurang siuman

otak udang-- bebal atau bodoh

paku belanda-- barangan yang tetap harganya

panas hati --meradang atau mara

panjang tangan-- suka mencuri

Page 8: Simpulan Bahasa Dan

pasang telinga --mendengar dengan teliti

pekak badak --kurang jelas pendengarannya; tidak dapat

mendengar bunyi yang kuat pembasuh mulut-- makanan atau

minuman yang dihidangkan selepas makan nasi

perang mulut-- pertengkaran

pilih kasih --memberi layanan yang lebih kepada orang yang

disukai

pisau cukur-- perempuan yang suka menghabiskan harta

benda lelaki

puteri lilin --tidak tahan terkena panas matahari

putih hati-- ikhlas; jujur

putih mata --mengalami kekecewaan

rabun ayam-- penglihatan yang kurang jelas

rambang mata --sukar membuat pilihan

ringan tangan-- suka membuat kerja: menolong orang

sampai hati --tergamak melakukan sesuatu kerja

serkap jarang --membuat tuduhan secara agak-agak atau

tanpa usul periksa

tangan terbuka-- menyambut sesuatu dengan senang hati

Page 9: Simpulan Bahasa Dan

tangkai jering --orang yang kedekut

tawar hati --tidak mempunyai minat lagi

tebal muka --tidak tahu malu

telinga kuali --tahan hati menerima kemarahan

telinga lintah --tajam pendengaran

telinga nipis-- cepat marah atau meradang

terang hati-- mudah memahami sesuatu

tidur-tidur ayam-- tidur yang tidak nyenyak

tin kosong-- bercakap besar tanpa ilmu

titik peluh-- hasil usaha yang bersungguh-sungguh