sesi - universiti malaysia sabah
TRANSCRIPT
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM ASASI
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN
TEKNOLOGI
Sesi 2020/2021
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI,
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : (+6088) 320000 ext. 212700
Emel : [email protected]
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 1
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan:
• Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Pribumi Sabah/ Sarawak dan Orang Asli
Semenanjung.
• Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan.
Akan diambil tindakan seperti berikut:
• Surat tawaran ditarik balik, dan
• Dikenakan tindakan undang-undang
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.
PERINGATAN PENTING
SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT
DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK
LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS
❖ Visi 3
❖ Misi
❖ Sistem pengajian di UMS
PANDUAN PENDAFTARAN
❖ Tindakan yang perlu diambil oleh Calon 4 - 7
❖ Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS
❖ Pengguguran tawaran
CARTA ALIR PENDAFTARAN PROGRAM ASASI SAINS SESI 2020/ 2021
❖ Carta alir proses pendaftaran Universiti 8 - 11
❖ Carta alir proses pendaftaran secara talian (E-daftar)
❖ Carta alir semasa hari lapor diri
PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI
❖ Dokumen yang perlu disediakan 12 - 18
❖ Borang yang perlu dilengkapkan
❖ Proses pembayaran yuran pengajian pelajar
❖ Kaedah pembayaran yuran pengajian pelajar
❖ Bantuan Kewangan/ Biasiswa/ Tajaan
❖ Akaun Bank Islam
❖ Struktur yuran pengajian
❖ Penyediaan Gambar
❖ Keperluan Peribadi
SEMASA LAPOR DIRI
❖ Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai Pelajar UMS 19 - 21
❖ Sahsiah Rupa Diri/ Pakaian Semasa Mendaftar
SELEPAS LAPOR DIRI
❖ Pemeriksaan Kesihatan 22 - 23
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
❖ Pengangkutan Bas 24 - 29
❖ Pusat Kesihatan
❖ Perpustakaan
❖ Perkhidmatan ICT
❖ Kemudahan-Kemudahan Lain
SENARAI SEMAK 30 - 31
MAKLUMAT UMUM 32 - 33
SOALAN-SOALAN LAZIM 34 - 36
KANDUNGAN
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 3
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Pusat ini menawarkan Program
Asasi dengan matlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat
yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana
Muda di Universiti Malaysia Sabah.
VISI
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran
untuk persediaan bagi program prasiswazah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan gabungan amali dan teori bagi perkembangan sains dan teknologi yang mapan.
MISI
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi berdedikasi di dalam penyediaan pelajar untuk program
prasiswazah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dengan menyemai nilai-nilai
murni di dalam kecemerlangan akademik beserta tanggungjawab etika.
SISTEM PENGAJIAN
Pelajar hendaklah mengikuti minimum 50 kredit kursus atau yang ditetapkan oleh Senat untuk layak
dianugerahi sijil asasi. Kalender Akademik Program Asasi UMS dibahagikan kepada dua semester.
Pelajar mestilah mengikuti program asasi selama tidak kurang daripada dua (2) semester dan tidak
lebih daripada empat (4) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk ke Pusat Persediaan Sains dan
Teknologi.
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 4
PANDUAN PENDAFTARAN
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 5
PANDUAN PENDTARAN
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON
1. Calon hendaklah mencetak surat tawaran dalam talian dan hendaklah dibawa bersama semasa
Pendaftaran Program Asasi Sains.
2. Calon hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran melalui talian dalam
tempoh 7 hari (04 Jun 2020-10 Jun 2020) bermula daripada tarikh surat tawaran diterima. Sekiranya
dalam tempoh tersebut Universiti tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah
menolak tawaran tersebut. Pengesahan tawaran boleh dibuat melalui pautan laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Untuk makluman, pihak Universiti tidak akan menghantar
sebarang PERINGATAN.
Nota:
Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama
ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat, keputusan tersebut tidak
boleh lagi dipinda.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
1. Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
i. Saudara/i diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS yang dibuka bermula 04 Jun 2020-10 Jun 2020.
ii. Tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti Malaysia Sabah.
iii. Program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak
dibenarkan.
iv. Tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya sekiranya pihak Universiti mendapati
maklumat kelayakan masuk adalah tidak benar / manipulasi maklumat.
v. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran
sekiranya menerima tawaran ini. Tawaran ini dianggap terbatal sekiranya calon gagal
melaporkan diri pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu
dari pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS;
vi. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak dengan mana-
mana pihak.
vii. Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan
pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
viii.
ix.
x.
Pihak UMS berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya didapati calon
tidak memenuhi syarat kelayakan masuk.
Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan
calon mestilah memenuhi syarat-syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk
oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS.
Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan
ditanggung oleh Universiti Malaysia Sabah.
PANDUAN PENDAFTARAN
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 6
xi.
xii.
Dengan penerimaan tawaran ini bermakna calon bersetuju mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Universiti Malaysia Sabah.
Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang
dibekalkan oleh Universiti Malaysia Sabah.
xiii. Sila bawa kad pengenalan dan sijil-sijil asal (Sijil Lahir, Sijil SPM) dan Slip Gaji, Surat Pengesahan
Pendapatan, Surat dari penaja Kewangan (sekiranya ada) semasa lapor diri.
2.
Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB :
i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU);
ii. Mematuhi Peraturan Kaedah Pengajian Program Asasi Sains, Peraturan Asrama Universiti,
Peraturan Perpustakaan serta peraturan-peraturan Pusat yang berkenaan;
iii. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan
Keselamatan Universiti;
iv. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan
perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga;
v. Menghormati para Pegawai Universiti;
vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat
dan aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Pusat Persediaan Sains dan Teknologi,
Universiti dan Negara;
vii.
viii.
ix.
Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;
Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti;
Mematuhi Etika Pakaian Universiti.
3.
4.
Pelajar DIWAJIBKAN mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) secara atas talian
Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar
syarat-syarat tersebut di atas.
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 7
PENGGUGURAN TAWARAN
1. Pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-
syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen
palsu semasa permohonan/ pendaftaran.
2. Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar pada tarikh dan tempat pendaftaran yang
ditetapkan, tawaran tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
* sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppstv2 untuk keterangan lanjut dan maklumat
terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 8
CARTA ALIR PENDAFTARAN
2020/2021
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 9
CARTA ALIR PROSES SEBELUM PENDAFTARAN
MULA
Membuat pengesahan setuju terima
(bpa.ums.edu.my/semakanUMS)
Mendapatkan maklumat dan panduan
kemasukan sesi 2020/2021 melalui laman
sesawang UMS/PPST (https://
www.ums.edu.my/ppstv2/)
Muat turun dan cetak Surat Tawaran
Kemasukan Pelajar sesi 2020/2021
TAMAT
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 10
CARTA ALIR PROSES SEMASA E-PENDAFTARAN
MULA
Pendaftaran online
dibuka pada 13-19 Julai 2020
web-check in
Membayar yuran
pendaftaran
TAMAT
Mengisi
E-daftarTidak lengkap
Lengkap
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 11
CARTA ALIR PROSES LAPOR DIRI PELAJAR
MULA
Bilik menunggu(BK 1 & BK 2)
TAMAT
Kaunter Pendaftaran (serahan dokumen)(Bilik Tutorial 5)
Kaunter biasiswa (serahan dokumen)
(Bilik Tutorial 4)
Kaunter Bendahari(Bilik Tutorial 3)
Kaunter KIT MSM(Bilik Tutorial 2)
Kaunter kad pelajar(Bilik Tutorial 1)
Kaunter buku rujukan(Foyer PPST)
Kaunter serahan kunci(Kolej kediaman)
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 12
PERSEDIAAN
SEBELUM LAPOR DIRI
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 13
Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;
1. Melengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan dan bawa
Semasa Pendaftaran iaitu;
• Surat Tawaran (2 Salinan Akademik)
• 2 Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa / penjaga
• 2 Salinan Sijil Mati (bagi ibu bapa yang meninggal dunia)
• 2 Salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa / Penjaga
• 2 Sijil Perakuan Cerai yang disahkan (bagi ibu bapa yang bercerai)
• 2 Surat Akuan Hak Jagaan (bagi yang tidak dijaga oleh ibu bapa kandung)
• 2 Salinan Sijil SPM
• 2 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
• 2 Salinan muka depan Buku Akaun BANK ISLAM
• 2 Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
• Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
• UMS/HEP/01 Ikrar
• UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
• UMS/HEP/03 Akujanji
• Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan (*Sekeping gambar perlu disertakan)
• Wajib membuka akaun Bank Islam bagi tujuan biasiswa.
*NOTA : PELAJAR DIWAJIBKAN MEMPUNYAI AKAUN BANK ISLAM sebelum datang mendaftar. Jika
pelajar masih tidak cukup umur untuk membuka AKAUN BANK ISLAM, perlulah ada sokongan
daripada ibubapa (maklumat lanjut pembukaan AKAUN BANK ISLAM bolehlah rujuk laman web
ini https://www.bankislam.com.my/).
2. PROSES PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR
i. Yuran pengajian hendaklah DIJELASKAN sebelum pelajar membuat proses pendaftaran
Universiti melalui e-Daftar secara talian.
ii. Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk pada perkara 6. Struktur Yuran Pengajian
Program Asasi Sains.
iii. Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh
Malaysia.
iv. Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Jabatan Bendahari
menerima pengesahan Terimaan bayaran daripada pihak bank.
v. Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum,
pengesahan bayaran hanya akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.
vi. Sila pastikan status bayaran pelajar di dalam e-Daftar telah dikemaskini oleh pihak Jabatan
Bendahari sebelum tarikh tutup proses iaitu pada 19 Julai 2020.
vii. Sila buat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan kesulitan semasa hari pendaftaran.
PERSEDIAAN SEBELUM LAPOR DIRI
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai
Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan
persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua
Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/
Wakil Rakyat/Pegawai Daerah
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai
Jabatan Pendaftaran Negeri/ Cawangan
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 14
viii. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UMS
seperti berikut:
KAMPUS INDUK K.K
Emel [email protected]
No. Telefon 088-320000 (Samb. 200 506)
No. Faks 088-320235 (u/p: Bahagian Kewangan Pelajar)
Kaunter Jabatan Bendahari, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori.
3. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 15
4. BIASISWA / TAJAAN / PINJAMAN / BANTUAN KEWANGAN ASASI
i.
ii.
Bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah layak dipohon
sekiranya jumlah pendapatan kasar ibu dan bapa calon kurang daripada RM10,000.00
SAHAJA.
Pelajar yang mendapat biasiswa / tajaan / pinjaman DIWAJIBKAN untuk mengemukakan surat
tawaran tajaan tersebut kepada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia
Sabah semasa hari pendaftaran atau pada bila-bila masa setelah mendapat tawaran
daripada pihak penaja.
iii. Sila pastikan maklumat penaja sentiasa dikemaskini di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP)
untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul.
5. AKAUN BANK ISLAM
i. Pihak PPST akan menguruskan pembukaan akaun Bank Islam.
ii. Kad Bank dan Nombor Akaun boleh dituntut dimana-mana Kaunter Bank Islam selepas
mendapat pemakluman rasmi daripada pihak UMS.
6. Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Agri Sains Pusat
Persediaan Sains dan Teknologi:
a) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, 1 tahun (2 Semester):
BIL. YURAN TIDAK BERULANG (A) AMAUN (RM)
1 Wang Hemat Diri 378.00
2 Insuran Kelompok Pelajar 25.00
Jumlah 403.00
BIL. YURAN SEMESTER (B) AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1,011.00
JUMLAH KESELURUHAN (A+B) 1,414.00
Caj Yuran Amaun (RM)
Jumlah Yuran Semester 1 1,414.00
Jumlah Yuran Semester 2 1,011.00
Jumlah Keseluruhan 2,425.00
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 16
b) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Teknologi Maklumat, 1 tahun (2 Semester):
BIL. YURAN TIDAK BERULANG (A) AMAUN (RM)
1 Wang Hemat Diri 378.00
2 Insuran Kelompok Pelajar 25.00
Jumlah 403.00
BIL. YURAN SEMESTER (B) AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1,011.00
JUMLAH KESELURUHAN (A+B) 1,414.00
Caj Yuran Amaun (RM)
Jumlah Yuran Semester 1 1,414.00
Jumlah Yuran Semester 2 1,011.00
Jumlah Keseluruhan 2,425.00
c) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Agrisains, 2 tahun (4 Semester):
BIL. YURAN TIDAK BERULANG (A) AMAUN (RM)
1 Wang Hemat Diri 378.00
2 Insuran Kelompok Pelajar 25.00
JUMLAH 403.00
BIL. YURAN SEMESTER (B) AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1,011.00
BIL. YURAN SEMESTER (C) AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1,011.00
BIL. YURAN SEMESTER (D) AMAUN (RM)
1 Yuran Pengajian 675.00
2 Yuran Asrama 336.00
JUMLAH 1,011.00
JUMLAH KESELURUHAN (A+B+C) 3,436.00
Caj Yuran Amaun (RM)
Jumlah Yuran Semester 1 1,414.00
Jumlah Yuran Semester 2 1,011.00
Jumlah Yuran Semester 3 Latihan Industri
Jumlah Yuran Semester 4 1,011.00
Jumlah Keseluruhan 3,436.00
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 17
d) Buku Rujukan:
Buku Teks/Kursus Amaun (RM)
1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Bahasa Inggeris
6. Lab Manuals
600.00
PERINGATAN : Bayaran buku teks MESTI dijelaskan pada hari pendaftaran
e) Jadual Yuran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Caj Yuran Amaun (RM)
Yuran menduduki peperiksaan MUET 101.00
PERINGATAN : Jumlah, bayaran yuran dan tarikh MUET adalah tertakluk kepada
perubahan dan makluman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Yuran MUET
adalah dibayar berasingan.
f) Semua pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi yang layak perlu memohon bantuan
kewangan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
(Nota : bantuan kewangan adalah layak dipohon sekiranya jumlah pendapatan kasar
ibu dan bapa adalah kurang daripada RM10,000.00 sahaja)
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 18
7. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Anda DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan kesihatan di Poliklinik UMS dengan tanggungan sendiri
selepas melapor diri di PPST.
8. Penyediaan Gambar
Anda diminta menyediakan tiga (3) keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan
membuat permohonan yang berkaitan. Sila sediakan softcopy gambar yang terbaru dalam
bentuk "CD" (format jpg).
9. Keperluan Peribadi
Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:
• Kasut Hitam dan T-shirt putih (wajib bagi keperluan siswa) dan tudung hitam (wajib bagi
keperluan siswi) dan pakaian sukan
• Kemeja putih, seluar hitam dan tali leher (untuk siswa)
• Baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam/blouse putih dan skirt labuh hitam (untuk
siswi)
• Kelengkapan solat/sejadah
Nota : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran
dengan Kampus UMS.
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 19
SEMASA LAPOR DIRI
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 20
1. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR.
Dokumen Asal
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut:
1. Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa
2. Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa
3. Sijil Mati (bagi ibu bapa yang meninggal dunia)
4. Sijil Perakuan Cerai yang disahkan (bagi ibu bapa yang bercerai)
5. Surat Akuan Hak Jagaan (bagi yang tidak dijaga oleh ibu bapa kandung)
6. Sijil SPM
7. Sijil Berhenti Sekolah
8. 2 Salinan muka depan Buku Akaun BANK ISLAM
9. 2 Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
10. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)
11. UMS/HEP/01 Ikrar
12. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
13. UMS/HEP/03 Aku Janji
14. Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan (*Sekeping gambar perlu disertakan)
15. Buku akaun BANK ISLAM (pelajar) beserta 4 salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM
16. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA, Kementerian Pendidikan Tinggi (Tawaran Bantuan
Kewangan Asasi IPTA bagi yang layak)
Nota:
• Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
• Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah
dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.
• Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan
sementara.
Dokumen Salinan
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen salinan seperti berikut:
1. 2 Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
2. 2 Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
3. Sijil Mati (bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia)
4. Sijil Perakuan Cerai (bagi ibu bapa yang telah bercerai)
5. Surat Hak Penjagaan (bagi yang tidak dijaga oleh ibu bapa kandung)
6. 2 Salinan Sijil SPM
7. 2 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
8. 2 Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa
9. Surat Tawaran ( 2 Salinan Online )
10. 2 Salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM (pelajar)
11. 2 Slip gaji ibu bapa/penjaga yang terkini
12. 2 Salinan penyata cukai ibu/bapa/penjaga
13. Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai
Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga
yang tidak bekerja); Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga
Nota :
• Perkara 3 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada
Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil
Rakyat
SEMASA HARI PENDAFTARAN
Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan
Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 21
2. SAHSIAH RUPA DIRI/PAKAIAN SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN
i. Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan
bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal
mahasiswa/i UMS.
ii. Pelajar DILARANG BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENJOLOK MATA seperti berikut:
• Berselipar
• Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut
• Berbaju T tanpa kolar
• Berbaju tanpa lengan
• Berseluar terlalu ketat
• Berpakaian nipis
iii. Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana
menyukarkan pihak berkuasa universiti mengenali pelajar.
iv. Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan
pakaian yang dikuatkuasakan.
v. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk ke kuliah, perpustakaan dan semasa
berurusan di pejabat. Amalkan berpakaian kemas dan sopan di semua aktiviti rasmi dalam
kampus (baju kemeja biasa, baju T berkolar, berkasut, berseluar panjang,berskirt panjang
di bawah paras lutut) terutamanya di khalayak ramai seperti di dewan kuliah,
perpustakaan, pejabat dan dewan makan.
PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ETIKA PAKAIAN DAN RAMBUT SUPAYA KELIHATAN KEMAS
DAN BERSOPAN SEPERTI BERIKUT:
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 22
SELEPAS LAPOR DIRI
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 23
1. PEMERIKSAAN KESIHATAN
➢ Pelajar wajib membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Warga UMS dengan
tanggungan sendiri.
➢ Borang kesihatan dimuatturun di laman sesawang Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
(https://www.ums.edu.my/ppstv2)
SELEPAS LAPOR DIRI
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 24
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
UMUM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 25
PENGANGKUTAN BAS
UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke
Fakulti/ Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00
malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok Fakulti/Pusat, perpustakaan dan
juga kawasan berhampiran seperti Kolej Kediaman USIA-1B dan Taman Eco-Park, Sulaman. Pelajar
dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa menaiki bas.
PUSAT KESIHATAN
Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:
• Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus.
• Pusat Rawatan Warga yang terletak di dalam kampus.
PERPUSTAKAAN
Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 421,938 naskah monograf, 68,339 judul e-jurnal,
28 pangkalan data elektronik, 15,236 judul e-books dan 4,565 judul bahan media dalam pelbagai
bidang. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti;
Perkhidmatan
➢ Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan.
➢ Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan PerkhidmatanPembekalan Dokumen
(PPD)
➢ Perkhidmatan Rujukan dan Informasi
➢ Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book
➢ Perkhidmatan Terbitan Bersiri
➢ Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, Aseana dan Kanak-kanak)
➢ Perkhidmatan Pelanggan
➢ Perkhidmatan Repografi
➢ Perkhidmatan Multimedia dan ICT
➢ Kelas Literasi Maklumat
Kemudahan
➢ Auditorium
➢ Bilik Tayangan
➢ Bilik Latihan
➢ Bilik Multimedia
➢ Bilik Seminar
➢ Bilik Muzik
➢ Bilik Kubikal
➢ Bilik 24 jam
➢ Loker Berkunci
➢ Surau
➢ Peti Cadangan dan E- Aduan
➢ Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal
➢ Wireless
➢ Komputer
➢ Mesin Pinjaman Sualayan
➢ Peti Pemulangan Buku
➢ Xpress OPAC
➢ Taklimat pelawat, dan
➢ Induksi Perpustakaan
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 26
PERKHIDMATAN ICT
BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL
1
Perkhidmatan Internet & Pendaftaran
Akaun Pengguna Rangkaian tanpa
Wayar (Wireless)
ISNIN – KHAMIS
8.00 Pg – 12.15 Tgh
2.00 Ptg – 4.15 Ptg
JUMAAT
8.00 Pg – 11.15 Pg
2.30 Ptg – 4.15 Ptg
SABTU & AHAD
(TUTUP)
Borang boleh didapati di
(Bangunan JTMK, Aras
Bawah Kaunter Teknikal)
2 Perkhidmatan Instalasi Perisian Berlesen
(MS Office, SPSS,Visual Studio)
3 Perkhidmatan Video Conferencing
4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu
Mengajar (ABM)
5 Percetakan Kad Pelajar
Borang boleh didapati di
Bangunan JTMK, Aras
Bawah & di Fakulti masing-
masing.
Kaunter Kad Pelajar
(Bahagian Keselamatan)
6 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smartv3.ums.edu.my
7 Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my
8 Perkhidmatan 1 Megalab (Thin Client)
HARI BIASA
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 10.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
CUTI SEMESTER
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 5.00 Ptg
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
MINGGU ULANGKAJI
ISNIN – JUMAAT
8.30 Pg – 12.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg – 6.00 Ptg
Tiket Penggunaan
Perkhidmatan 1 Megalab
boleh diperolehi dikaunter
Perpustakaan, Aras Bawah
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 27
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
• Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-
lain
• Stadium
• Padang Kawad
• Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)
• Kolej Kediaman
• Kafeteria
• Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati)
SILA HUBUNGI BAHAGIAN-BAHAGIAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT DAN PERTANYAAN:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (KOTA KINABALU)
Pejabat Pentadbiran
No. Tel: 088-320 000 samb. 201 700
No. Faks: 088-329 216
E-mel: [email protected]
PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN HOSPITALITI (KOTA KINABALU)
Kolej Kediaman Tun Mustapha
No. Tel: 088-320 000 samb. 205504
No. Faks: 088-329 227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman E
No. Tel: 088-320 000 samb. 205505
No. Faks: 088-329 227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman Kingfisher
No. Tel: 088-320 000 samb. 205506
No. Faks: 088-329 227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman 1Borneo
No. Tel: 088-320 000 samb. 205507
No. Faks: 088-329 227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman Eco-Park
No. Tel: 088-320 000 samb. 205508
No. Faks: 088-329 227
E-mel: [email protected]
Kolej Kediaman Tun Fuad
No. Tel: 088-320 000 samb. 205503
No. Faks: 088-329 227
E-mel: [email protected]
FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
No.Tel: 089-248 100
No. Faks: 089-220703
E-mel: [email protected]
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
No.Tel: 088-320000
Samb: 212700/212702/102420
No. Faks: 088-329 240
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.ums.edu.my/ppstv2
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 28
JABATAN BENDAHARI
(BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR) KOTA KINABALU
No.Tel: 088 - 320000 Samb: 200 506
No.Faks: 088 – 320 235
E-mel: [email protected]
PERPUSTAKAAN
Kampus Kota Kinabalu
No.Tel: 088 – 320 000 samb. 200 800
No.Faks: 088 – 320 232
E-mel: [email protected]
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kampus Kota Kinabalu
No.Tel: 088-320000 Samb. 201 400
No.Faks: 088 - 320234
E-mel: [email protected]
BAHAGIAN KESELAMATAN UMS
KAMPUS KOTA KINABALU
No.Tel: 088-320000 Samb : 200 300
No.Faks: 088 – 329 215
E-mel: [email protected]
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Kampus Kota Kinabalu
No.Tel: 088-320000 Samb. 21232/
(Farmasi): 212390
E-mel: [email protected]
Poliklinik UMS
No.Tel: 088-435281
E-mel: [email protected]
Pusat Kesiapsagaan COVID19
No.Tel: 019-884 2400
PUSAT ISLAM UMS
Pejabat Am PIUMS
No.Tel: 088-320000 Samb : 203 200
No.Faks: 088-329 220
E-mel: [email protected]
Pejabat Masjid
No.Tel: 088-320000 Samb: 203203
No.Faks: 088-329 220
E-mel: [email protected]
Web Rasmi
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 29
Kota Kinabalu: http://www.ums.edu.my.
UMS Kampus Antarabangsa Labuan: http://wwwkal.ums.edu.my.
HOTLINE (Waktu Pejabat):
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi : 088-320 000 samb. 212700
Jabatan Bendahari : 088-320 000 samb. 200 500
Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 088-320 000 samb. 201 700
HOTLINE (24 Jam):
Bahagian Keselamatan : 088-320 000 SAMB. 200 300
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 30
SENARAI SEMAK
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 31
1. Membuat Pemeriksaan Kesihatan di poliklinik UMS
2. Penyediaan gambar pasport sebanyak enam (3) keping dan sediakan softcopy
gambar terbaru dalam bentuk ″CD” (format jpg).
Dokumen Asal
Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki mengemukakan dokumen asal seperti berikut:
1. Surat Tawaran ( diberi pada hari pendaftaran )
2. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa
3. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa
4. Sijil SPM
5. Sijil Berhenti Sekolah
6. Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa
Nota:
• Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia
• Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah
dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf
• Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan
sementara
Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan serah di Kaunter Serahan
Borang/Dokumen
1. Surat Tawaran (surat tawaran yang asli akan diberi pada hari pendaftaran)
2. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)
• DUA Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;
3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
4. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
5. Salinan Sijil SPM
6. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa
7. Salinan Berhenti Sekolah
8. Salinan muka depan Buku akaun bank BANK ISLAM
9. UMS/HEP/01 Ikrar
10. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
11. UMS/HEP/03 Akujanji
Nota:
Pengesahan benar bagi kad pengenalan, Sijil kelahiran dan siji-sijil lain adalah sepertimana yang
dinyatakan dan jumlah salinan yang diperlukan adalah sebanyak dua (2) salinan.
SENARAI SEMAK SEBELUM PENDAFTARAN
SENARAI SEMAK SEMASA PENDAFTARAN
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 32
MAKLUMAT UMUM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 33
MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN
1. Perkhidmatan pengangkutan;
• Perkhidmatan bas disediakan di dalam kampus sahaja kepada pelajar baru tidak
mempunyai kendaraan.
• Bas UMS akan membawa pelajar daripada Bangunan PPST ke kolej kediaman pelajar.
• Perkhidmatan bas hanya disediakan sepanjang sesi pendaftaran berperingkat berjalan
bermula pada 03 Ogos 2020 sehingga 07 Ogos 2020.
• Perkhidmatan bas akan disediakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Nota Penting :
Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal/tercicir sebelum atau semasa berada di
Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses pendaftaran di Pusat
Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
* sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi
proses pendaftaran dan minggu suai mesra.
Pelajar dikehendaki melaporkan diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat
tawaran. Semasa melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:
➢ Membuat Pendaftaran di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
➢ Mendapatkan aturcara Minggu Suai Mesra (MSM)
➢ Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisikan seperti yang dikehendaki
Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa mendaftar
diri. Sila buka akaun di mana-mana bank yang berdekatan. Diwajibkan membuka akaun di BANK ISLAM
sebelum hari pendaftaran berlangsung.
Bagi pelajar lelaki diwajibkan memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher dan pelajar
perempuan berbaju kurung/formal.
UMUM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 34
SOALAN LAZIM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 35
S1: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM?
J1: Ya, bagi tujuan memudahkan proses mengemaskini data akaun pelajar dalam portal sistem
maklumat pelajar (SMP).
S2: Adakah saya perlu membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran?
J2: Ya.
S3: Bagaimana pula dengan yuran buku teks dan lab manual?
J3: Bagi yuran dan lab manual, semua pelajar WAJIB membayar yuran buku tersebut.
S4: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?
J4: Tidak Boleh.
S5: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan?
J5: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan
munasabah dan mendapat kebenaran daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal.
S6: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi,
UMS dibenarkan?
J6: Penangguhan pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS untuk satu semester
tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan menjadi luput/terbatal. Calon tidak
dibenarkan melapor diri selain daripada tarikh tawaran yang ditetapkan, selain dari tarikh
tersebut, perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah, Pusat Persediaan Sains dan
Teknologi, UMS.
S7: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus?
J7: Ada. UMS mempunyai Pusat Rawatan Warga yang terletak di dalam kampus.
S8: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman?
J8: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Pusat Persediaan Sains dan
Teknologi, UMS tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pelajar
DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan.
S9: Apakah saya perlu membawa wang saku semasa pendaftaran?
J9: Anda perlu membawa wang saku untuk pembayaran buku teks dan lab manual seperti dalam
jadual lampiran surat tawaran dan wang yang berpatutan untuk membeli keperluan harian,
peralatan kuliah dan buku. Selain itu, bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan,
kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.
S10: Jika saya lewat sampai semasa hari pendaftaran ke mana harus saya tuju?
J10: Anda dinasihatkan supaya berhubung terus ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.
S11: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran. Di manakah
penginapan yang terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap?
J11: Banyak penginapan yang terdekat dengan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu. Sila rujuk laman
web http://www.sabahtourism.com
S12: Sebagai pelajar baru, bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri?
J12: Tidak boleh.
S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika
berpakaian pelajar.
SOALAN-SOALAN LAZIM
BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2020/2021 | 36
S14: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM?
J14: MSM ialah Minggu Suai Mesra yang diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan juga
mengenali Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Setiap tahun MSM dijalankan secara
fizikal. Namun, bagi sesi 2020/2021 MSM dijalankan secara atas talian bermula 20-29 Julai 2020