seni visual
DESCRIPTION
KRAF TRADISI MELAYUTRANSCRIPT
01. PENDAHULUAN
Semenjak zaman pra-sejarah dan era pra-Islam telah menyaksikan kepercayaan anamisme dan
Hindu-Buddha menjadi pegangan orang-orang Melayu. Kedatangan Islam pada kurun ke
14M telah membawa perubahan besar kepada budaya dan perspektif ketamadunan Melayu.
Fenomena ini telah memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan kesenian
Melayu.
Ideologi islam mengangkat seni nusantara iaitu kraf Melayu dalam format seni krafangan
berdasarkan acuan Islam. Seni tekstil seperti, songket, batik dan juga kraf yang lain seperti
anyaman, ukiran kayu dalam memantulkan asimilasi budaya islam dalam karya
senikraftangan Melayu. Ilmu seni Islam mengatakan intipati kerohanian ditentukan oleh grid
yang lebih logik kerana ianya bermain dengan sistem matematik dalam membentuk corak
arabesque dan geometrik. Justeru,Keunikan seni kraftangan Melayu dapat dihayati melalui
gaya, pola dan motif-motif yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan variasi yang terasimilasi
hasil acuan budaya tempatan dan kepercayaan dalam seni islam.
1.1 Definisi Kraf
Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan
kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian,
kecekapan dan ungkapan seperti ‘pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam
bukunya “Craft Today’ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya
mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi
elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf
tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.
Tuntasnya, kraf merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan
kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan yang
mudah yang dijalankan secara individu dan juga diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kraf
dengan menggunakan tenaga buruh yang ramai. Kraftangan pula membawa maksud apa-apa
keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan hasil daripada
sesuatu proses yang bergantung kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa jua
barang, walau bagaimanapun dihasilkan akan menghasilkan reka bentuk batik pada atau di
mana-mana bahagiannya.
1.2 Pengaruh Kesenian Islam Dalam Kraftangan Melayu
Apabila Islam masuk ke alam Melayu, Kesenian Melayu banyak bercampur baur antara
agama, adat dan kebudayaan dalam menghasilkan rekaan karya-karya kesenian terutamanya
kraftangan seperti songket, batik, ukiran kayu, tenunan dan sebagainya. Antara kepercayaan
dalam agama, adat resam dalam kebudayaan dan mitos-mitos dari pemikiran lama telah
menghasilkan kepelbagaian dalam kesenian kraftangan yang kemudiannya diolah berdasarkan
prinsip seni dalam islam . Bagi menerangkan konsep seni islam dalam kraftangan Melayu,
kepercayaan dalam islam telah menggariskan peraturan yang wajib diikuti iaitu konsep
tauhid. Islam membenar umat berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka, perlu
dijaga dan disuburkan dlm ruang dan batasan syariat. Elemen yang diulang-ulang berbentuk
geometri.
Tiada elemen-elemen figura Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan
untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan.
Kesenian islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada
pemisahan antara seni dan agama. Peranan Kesenian Islam pengkarya perlu memahami
ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina,
seni pentas. Ragamhias yang dihasilkan perlu mempunyai mesej yang jelas boleh mendidik
manusia supaya menjadi insan yg baik dan insan yg hampir kepada Allah.
Kemasukan Islam yang bersifat akomodatif (tidak secara peperangan atau paksaan)
ini menyebabkan ianya mudah diterima di alam Melayu.Kajian terhadap gaya dalam seni
islam dalam kraftangan melayu boleh diliha menerusi olahan ragamhis seperti tradisi Awan
Larat, geometrikal, kaligrafi dan campuran /kombinasi. Gaya Awan Larat Melayu merupakan
ikonografi yang paling popular dalam ragamhias kraftangan melayu khususnya dalam ukiran
kayu, batik, songket dan seni logam.
Ragamhias dalam krafangan ini dipercayai berasal dari pengamatan seniman Melayu yang
mendalam terhadap alam yang dijelmakan menerusi perspektif budaya setempat yang seiring
dengan kepercayaan agama Islam itu sendiri.
02. KRAF MELAYU
Kraf tradisional Melayu merupakan khazanah kesenian yang menjadi kebanggaan
masyarakat Melayu kerana mempunyai nilai yang tinggi dari sudut estetik dan pemikiran
disebaliknya, halus, unik dan berperlambangan. Kraftangan Melayu dihasilkan dalam
pelbagai variasi yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri. Ukiran kayu, , tenunan,
anyaman , seni bina dan sebagainya merupakan warisan turun temurun yang digunakan
sebagai hiasan, kegunaan harian serta diperdagangkan. Masyarakat Melayu mencipta kraft
bergantung kepada kekuatan pemikiran dan kreativiti individu terhadap bahan alam yang
terdapat dalam persekitaran.
2.1 Kraftangan Seni Songket
Songket merupakan hasil tenunan tangan yang disulam dengan pelbagai jenis benang seperti
benang sutera, emas, perak, benang bercahaya dan benang berwarna pada kain tenunan biasa
untuk menghasilkan sesuatu corak dan motif. Istilah songket berasal dari teknik proses
‘sungkit’ iaitu menyungkit bunga daripada benang. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun
terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.Motif dan
warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang.
Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas
serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
2.1.1 Ragamhias Songket
Motif dan ragamhiasnya sera cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan
kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini. Motif dalam
reka corak songket biasanya diilhamkan daripada sumber alam semula jadi seperti gunung,
ombak, daun, buah-buahan, bunga-bungaan dan makanan.
Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif
yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-
buahan.
Motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-
bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak
geometri. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bertaburan
atau susunan bercorak. Moif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan di kepala kain.
Manakala awan larat pula dijadikan sebagai kaki kain.
Motif Pucuk Rebung dihasilkan dalam bentuk geometri.
Motif Bunga Lapan dihasilkan dalam bentuk geometri. Corak ulangan dengan susunan bunga penuh.
Terdapat enam corak songket yang biasa dibuat iaitu bunga penuh, bunga bertabur,
corak jalur, siku keluang (zig-zag), tapak catur dan pucuk rebung. Kecantikan songket juga
bergantung kepada penggunaan dan kombinasi warna. Kebanyakan penenun gemar
menjadikan alam semula jadi sebagai sumber warna. Warna putih setar (ungu), kuning kunyit,
biru laut, merah darah ikan, hijau pucuk pisang dan kelabu tahi anjing merupakan antara
warna yang sering menjadi pilihan. Penjagaan songket juga harus dititik beratkan. Songket
seharusnya digulung semasa disimpan dan tidak dipegang dengan tangan yang kotor. Ia perlu
dibersihkan secara minimum dan tidak dijemur di bawah matahari yang cerah.
Motif Bunga Lapan dihasilkan dalam bentuk geometri. Corak awan larat digubah di bahagian kepala kain
Corak awan larat
Corak susunan geometri.
2.1.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Songket Dari Aspek Estetik, Fungsi Dan Makna.
Kehalusan rekaan corak batik diolah bermotifkan kebudayaan dan warisan yang bercirikan
nilai keislaman menjadikan karya songket kelihatan indah sesuai dengan fungsi
pemakaiannya. Corak geometri merupakan elemen kesenian Islam. Elemen geometri ini juga
dilihat sebagi simbol bagi menggambarkan sesuatu bentuk yang mana corak-corak geometri
itu di bentuk berdasarkan beberapa konsep yang digunakan bagi menghasilkan corak geometri
yang menarik dan unik. Ia juga manifestasi ketaqwaan seniman Islam terhadap pencipta-Nya.
Ketaqwaan mereka ini dilahirkan melalui pemilihan unsur-unsur ragam hias yang mereka
terapkan ke atas bahan-bahan seni yang mereka hasilkan. Islam menyampaikan perutusan
melalui simbol tetapi yang membezakan Islam dengan agama-agama lain itu ialah Islam tidak
menggunakan lambang-lambang atau arca-arca dalam bentuk manusia. Islam menggunakan
kaligrafi, motif tumbuh-tumbuhan, arabesque (awan larat) dan geometri yang memerlukan
pemikiran yang tinggi untuk mencipta dan memahaminya. Sekaligus ia melambangkan
ketinggian daya pemikiran umat Islam yang dapat menangkap segala makna yang tersurat dan
tersirat.
2.2 Kraf Batik
Batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu
untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang
dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-
bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan
motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif
batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung
dengan corak-corak geometri atau abstrak.
Pelbagai Corak dan Motif Batik
2.2.1 Ragamhias Batik
Motif-motif yang digunakanbiasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianyalebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialahsegi tiga pucuk r atik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.
Corak Awan Larat ( Arabes) pada kain Batik
Corak ‘S’ dalam aplikasi Batik, menggunakan unsur-unsur kosmos
Ceplok Jalur kamuning Parang Rusak
Swastika
Ketuk Piring Pilih Berganda S Bentuk Siput
Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara,
bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga
kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi.
Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam. Rebung,segi
empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf “S”,bulatan dan sebagainya.
2.2.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Batik Dari Aspek Estetik,
Fungsi Dan Makna.
Corak arabes diterapkan dalam pemilihan ragamhias baik. Pola geometri ini yang jika
diulang-ulang penggunaannya maka ia menjadi makna kepada istilah seni hiasan bercorak
Arabesque (gaya berulang) yang turut ditambah nilai ketinggian seninya dengan unsur bunga-
bungaan (flora dan fauna) dan terutama sekali kaligrafi khat, ayat-ayat al-Quran. Batik
memiliki pengulangan dari sebuah pola bentuk yang kemudian disusun sedemikian rupa
hingga menghasilkan suatu karya seni yang cantik dalam media selembar kain merupakan
manifestasi ketaqwaan seniman Islam terhadap pencipta-Nya. Ketaqwaan mereka ini
dilahirkan melalui pemilihan unsur-unsur ragam hias yang mereka terapkan ke atas bahan-
bahan seni yang mereka hasilkan dengan mengolah dalam bentuk yang menarik sesuai dengan
ciri seni dalam islam.
Corak Ulangan Geometri
Corak Awan Larat
Simetri dan pengulangan sebagai sebuah makna dalam perancangan artistik ternyata
diterapkan dalam pembuatan motif pada batik. pola simetri dan pengulangan yang terjadi
sehingga menghasilkan corak yang begitu menarik. Elemen geometri yang diterapkan dalam
ragamhias batik mempunyai makna yang tersirat. Ia merupakan seni corak Arabes
berdasarkan penerapan pengulangan corak-corak bentuk geometri dan pola kombinasi yang
pelbagai; bentuk-bentuk ini sering mengunakan tema tanaman (flora) dan kadang- kadang
juga bertemakan haiwan (fauna). Bagi Muslim, bentuk-bentuk ini, diambil bersama-sama,
merupakan pola yang tak terhingga yang melampaui dunia lahiriah yang terlihat
melambangkan sifat penciptaan Tuhan (Allah).
2.3 Seni Kraf Ukiran Kayu
Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam
sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara
dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan
elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Keunikan dan kehalusan hasilan
karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya
2.3.1 Ragamhias Ukiran Kayu
Keunikan seni ukiran Melayu dapat dihayati melalui gaya, pola dan motif-motif yang terdiri
daripada pelbagai bentuk dan variasi. Kajian terhadap gaya dalam seni ukiran tradisi Melayu
boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Awan Larat, geometrikal, kaligrafi dan
campuran /kombinasi. Gaya Awan Larat Melayu dipercayai berasal dari pengamatan seniman
Melayu yang mendalam terhadap alam. Dalam hal ini tompok-tompok awan yang bergerak
menghasilkan pelbagai bentuk dan corak yang menarik menjadi sumber inspirasi kepada
pengukir Melayu.
Rehal, Ukiran Kayu mengaplikasikan corak Flora
Khat, Ukiran Kaligrafi pada dinding-dingi rumah dan juga masjid.
Corak geometri amat sinonim dengan kesenian Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga motif hiasan yang sering menjadi pilihan para seniman Islam kerana sifatnya yang bukan figura (makhluk bernyawa).
Corak ukiran tebuk memperlihatkan Liuk Lentuk Motif Dalam Ukiran Melayu menerangkan
dengan jelas mengenai motif-motif hiasan yang digunakan dengan pengaruh dan kepercayaan
motif itu sendiri. Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Melayu dalam bentuk jiwa
yang diterjemahkan dalam bentuk kata-kata yang indah bagi memudahkan pemahaman
masyarakat tentang makna yang tersirat disebalik keindahan ukiran kayu. Keindahan ukiran
Corak Geomeri dalam ukiran kayu
Corak Awan Larat (arabes) dalam ukiran kayu. Mempunyai falsafah tersendiri.
Melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Melayu
dengan gabunggan ketinggian ilmu, kebolehan minda dan kemahiran untuk mengerahkan
deria disalurkan kepada ukiran kayu sebagai satu nikmat yang boleh dihayati. Ianya dikaitkan
dengan zikir dan sifat Allah yang telah sedia wujud – tiada permulaan dan tiada akhiran yang
digambarkan melalui sifat reka corak yang infiniti.
2.3.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Ukiran Kayu Dari Aspek Estetik, Fungsi Dan Makna.
Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif tumbuh-tumbuhanan dan kaligrafi adalah
alternatif kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadis. Pengolahan eksperimental
dalamreka cipta bentuk geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan dapat
menghasilkan kesenian yang harmoni dan mempunyai nilai yang tinggi. Seni tidak boleh
diklasifikasikan kepada subjek atau objek semata-mata. Ia harus dilihat sebagaimana Islam
sendiri memandang sesuatu. Ia tidak dilihat pada satu sudut tertentu tetapi pada sesuatu yang
menyeluruh. Selari dengan kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah yang dimuatkan
dalam firman-firman-Nya (al-Quran). Cara praktikal atau amalinya pula melalui teladan
kehidupan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, seni Islam mempunyai noktah dan tujuan yang jelas
iaitu sebagai manifestasi beribadah kepada Allah. Manakala kandungannya pula seiring
dengan nilai-nilai Islam.
Seni ukir kraftangan Melayu mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan
komposisi cara pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif
ukiran. Pada umumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri yang
bermotifkan seperti daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalam seni ukir Islam
kelihatan paduan yang hormani antara rasa dan akal yang kelihatan pada ukiran kayu,.
Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatukeistimewaan
seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan Islam. Olehitu, seni ini bukan
semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan
rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu
kesan keindahan yang mendekatkan kepada peri manusia danrasa ketuhanan. Justeru ukiran-
ukiran dari pelbagai motif itu terjalin denagn keindahanayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan
kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia
04. KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU.
Transformasi Islamisai dalam kesenian dan kebudayaan dalam alam Melayu begitu
ketara. Kehadiran islam dalam alam melayu telah mengubah cara hidup serta pandangan
mereka terhadap alam semesta yang sekaligus turut mencorakkan kepelbagaian ragamhias
dalah kraftangan Melayu seiring dengan konsep Islam. Seni dalam dalam kepercayaan
Melayu merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,
menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Semua aktiviti
kesenian mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua
nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Ertinya seni
mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik
dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa
kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.
Penelitian terhadap bahan-bahan kesenian dalam kraf tradisional Melayu
memperlihatkan susunan perutusan Islam berdasarkan konsep ruang yang mencerminkan
fahaman Islam terhadap kekuasaan Allah yang mencipta seluruh alam ini. Ia juga manifestasi
ketaqwaan seniman Islam terhadap pencipta-Nya. Islam menyampaikan perutusan melalui
simbol tetapi yang membezakan Islam dengan agama-agama lain itu ialah Islam tidak
menggunakan lambang-lambang atau arca-arca dalam bentuk manusia. Islam menggunakan
kaligrafi, motif tumbuh-tumbuhan, arabesque (awan larat) dan geometri yang memerlukan
pemikiran yang tinggi untuk mencipta dan memahaminya. Sekaligus ia melambangkan
ketinggian daya pemikiran umat Islam yang dapat menangkap segala makna yang tersurat dan
tersirat.
Unsur-unsur islam yang dimanifesasikan dalam setiap karya kraftangan seni Melayu.
Sesungguhnya islam amat menekankan beapa pentingnyan proses pembelajaran itu melalui
pemahaman nilai seni. Hasil warisan khazana turun temurun turut menjadikan olahan
ragamhias menjadi milik kepada masyarakat melayu. Ketaqwaan pengkarya dibukikan
melalui pemilihan unsur-unsur ragam hias yang mereka terapkan ke atas bahan-bahan seni
yang mereka hasilkan. Sebagai contoh motif-motif flora banyak digunakan dalam ragam hiasa
anyaman, tekat serta ukiran kayu. Motif diolah menggunakan elemen geometri ataupun
organic yang diubah dalam bentuk rupa.
Bentuk corak yang rumit yang dikenali sebagai arabesqueIsi (iaitu pokok persoalan
dan motif yang digunakan dalam karya seni) merupakan dicipta bagi mengelakkan lambang
atau bentuk manusia, maka kebanyakan tukang-tukang pandai Melayu telah mencipta suatu
cara baru bagi menggambarkan hal-hal yang bersifat di luar kemampuan manusia. bukanlah
satu-satunya aspek seni Islam yang memperkuatkan ajaran tauhid tetapi struktur atau
bentuknya yang menjadi sangat penting. .
4. FALSAFAH, MAKNA, KONSEP SAINS, MATEMATIK DAN NILAI DALAM
SENI KRAFTANGAN ISLAM
Tradisi kesenian Islam yg awal lebih cenderung ke arah menyatakan atau luahan
fikiran bukan semata-mata mengisi ruang dlm penjelmaan motif-motif hiasan. Malahan
terkandung konsep dan falsafah yang berteraskan kepada prinsip tauhid. Kepekaan
kita terhadap prinsip ini bukanlah tidak berasas. Pengkarya krafangan Melayu memang telah
menyedari hakikat nilai estetik adalah sebahagian padu dari pancaran kefahaman keagamaan
islam.
Corak geometri amat sinonim dengan kesenian Islam. Ia merupakan salah satu
daripada tiga motif hiasan yang sering menjadi pilihan para seniman Islam kerana sifatnya
yang bukan figura (makhluk bernyawa). Geometri didefinisikan di dalam kamus Dewan
sebagai salah satu cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik,
garis, sudut permukaan dan bongkah. Batik, anyaman, dan ukiran kayu menggunakan elemen
corak geometri sebagai pilihan hiasan utama dalam kratfangan.
Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran ataupun sebagai
simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang lain.
Kehalusan dan ketepatan sudut yang dihasilkan oleh para seniman Islam dalam menghasilkan
motif geometri adalah amat dikagumi. Ia bukan sahaja mempamerkan bakat seni malah ia
turut mempamerkan kemahiran pengiraan yang pelu dilakukan bagi menghasilkan bentuk
geometri yang tepat. Tidak seperti hari ini yang kebanyakan motif dihasilkan dengan
menggunakan mesin dan pengiraan komputer, para seniman Islam dahulu perlu melakukan
semua pengiraan secara manual dengan ilmu yang mereka perolehi. Antara medium yang
digunakan dalam menghasilkan hiasan corak geometri ialah kayu, gading, kaca dan jubin.
Corak geometri diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat seperti contoh,
bentuk bulatan. Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran ataupun
sebagai simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang lain.
Justeru, unsur geometri dalam ragamhias kratfangan Melayu seperti anyaman tikar dan
songket membukikan penggunaan operasi matemaik dan sains. Tidak sahaja pada corak atau
bentuk yang unik mahupun pemilihan warna, tetapi segalanya berasaskan kepada perkiraan
atau matematik.Tanpa campur, tolak, darab dan bahagi, sesebuah corak berasaskan geometri
tidak mungkin dapat direka dan seterusnya menghiasi medium-medium dalam seni bina
mahupun seni tampak dan budaya yang lain.
05. KESIMPULAN
Kesenian krafangan Melayu terutamanya dalam aspek seni ukiran kayu, songket, anyaman
dan sebagainya seiring dengan nilai kepercayaan agama dan budaya setempat yang
terasimilasi secara langsung mewujudkan nilai-nilai keindahan dalam karya kraftangan
Melayu. Islam pula tidak sekadar dipandang sebuah agama yang terlalu jumud kepada amalan
spiritual semata-mata tetapi Islam juga berkembang meliputi pelbagai aspek sebagaimana
yang ditonjolkan dalam kesenian Islam. Setiap motif yang digunakan dalam rahamhias
krafangan Melayu mengandungi makna atau falsafah tertentu untuk mengingatkan masyarakat
mereka tentang kehalusan budaya atau larangan –larangan tertentu yang berbentuk secara
halus sesuai dengan ciri islam.Selain itu, elemen geometri juga dilihat sebagai pelengkap
kepada keindahan dan kemasyhuran sesuatu binaan itu di mana elemen geometri inilah yang
menjadi dekorasi kepada kebanyakan karya krafangan Melayu.
BIBLIOGRAFI
Cheu Hock-Tong. 2000. Confucianism in Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications.
Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
El-Said. Issam & Parman. Ayse, 1976, Geometric Concepts In Islamic Art, Ed.1, Jil.1, United
Kingdom: World of Islam Festival Publishing Company Ltd.
El-Said, Issam, 1993, Islamic Art And Architecture: The System Of Geometric Design, Ed.1,
United Kingdom: Garnet Publishing Limited
Dewan Budaya Sept. 1984, Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka