seminar kepustakawanan 2015: memperkasakan … · laporan dasar 60:40 sains dan sastera : sejauh...
TRANSCRIPT
SEMINAR KEPUSTAKAWANAN 2015: Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan.
Anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), 25 Nov. 2015, Hotel Riverside Majestic, Kuching.
• Pembangunan ilmuwan dan cendekiawan muda merupakan sasaran utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
• mempersiapkan negara memacu pembangunan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
• mendepani cabaran tahun 2025.
• peluang perpustakaan meneroka inisiatif dan strategi ke arah mentransformasi fungsi dan kegiatan kearah merealisasikan matlamat PPPM (IPT).
• mendukung objektif universiti dalam merealisasikan PPPM (IPT).
Ketidakseimbangan pembangunan intelek muda terkesan
dengan Dasar (60)sains:(40)sastera (2002 )
Membangunkan negara menerusi pembentukan rakyat
minda kelas pertama
Asas bagi mewujudkan masyarakat yang maju dari segi
sains dan teknologi
Mencapai Wawasan 2020
Penekanan terhadap bidang sains
Penguncupan pengajaran dan
pemelajaran jurusan sastera
Penurunan aktiviti penyelidikan, dan penerbitan
Kurang tumpuan dalam pengajian ilmu dan
kearifan tempatan berteraskan sumber primer;
manuskrip Melayu dan bahan nadir di IPT
1. Apakah berlaku situasi penguncupan/penurunan dalampengajian ilmu dan kearifan tempatan berteraskan sumberprimer, iaitu manuskrip Melayu dan bahan nadir?
2. Apakah terdapat jurang antara ketersediaan sumber pengajianilmu dan kearifan tempatan berteraskan sumber primer, iaitumanuskrip Melayu berbanding dengan hasil penyelidikan danpenerbitan khususnya di peringkat universiti?
3. Peranan dan sumbangan perpustakaan dan pustakawan dalammempergiatkan pengajian berteraskan sumber primer, iaitumanuskrip Melayu .
Pengalaman Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dalammengupaya kompetensi kepustakawananuntuk memartabatkan bahasa Melayusebagai wahana bahasa ilmu tinggi danmemperkasakan bahasa dan persuratanMelayu dalam dan luar negara menerusisumber primer, manuskrip Melayu.
Semangat PPPM (PT) membina minda dan keperibadian pelajar secara holistik menerusi enam aspirasi iaitu;
etika dan kerohanian; kemahiran memimpin; jatidiri kebangsaan; kemahiran berbahasa; kemahiran berfikir, dan pengetahuan; menyumbang ke arah dinamika budaya dan sastera sebagai penanda aras kemajuan intelektual bangsa.
Laporan Dasar 60:40 Sains dan Sastera : Sejauh Mana Tercapai
Kriteria Pemilihan Pelajar, Halangan dan Intervensi Penyelesaian,
Dasar dan Pelaksanaan. (PPPM 2013 - 2025)/STEM,
• menyentuh bahawa dari segi status pencapaian aliran
sastera mempunyai lebih peluang dalam kejayaan
akademik sungguhpun penguasaan dalam bidang sains
dan teknologi seringkali menjadi satu kayu ukur kepada
ketinggian martabat sesuatu negara bangsa.
• jurusan sastera mempunyai tempat dalam sosio-
budaya dan ekonomi negara yang harus diisi dengan keilmuan dan kemahiran di peringkat pengajian tinggi.
SN Shahnon Ahmad - pentingnya pendidikan kesusasteraan dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia
Seni sastera menjadi nadi kepada tamadun bangsa menyumbang ke arah pembinaan budaya yang besar.
Unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi.
Keunggulan intelek orang-orang terdahulu membina pengetahuan dan kemahiran misalnya teknologi pelayaran, perkapalan, perubatan, kejuruteraan, persenjataan, perdagangan, seni bina sejak dahulu mencerminkan tamadun yang besar terakam dalam khazanah susastera, manuskrip Melayu.
Fungsi membina manusiawi yang global menerusi pendidikan, khususnya pendidikan teknikal, menempuh masa sulit apabila nilai sastera terkeluar daripada keutamaan agenda negara (Md. Salleh Yaapar, 2001).
Sastera merupakan “tapak jati diri kita” jika disorot daripada daripada pengetahuan sejarah, daripada Sulalat al-Salatin, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Pahang, Hikayat Kedah dan lain-lain cerita asal usul dalam bahasa Murut, Kadazan dan juga Iban dan Penan.
“Semangat luntur terhadap bahasa, tamadun dan budaya bangsa sendiri ... “peta budaya Malaysia sangat samar, dan mungkin hilang dakwatnya dalam dua tiga dekad lagi”.
Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh
memainkan peranan dan sumbangan sebagaipengurus maklumat ke arah transformasipendidikan tinggi menerusi pendekatanpengurusan kualiti.
Sembilan norma Amalan Bijak PerpustakaanAkademik bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang dicetuskan oleh PERPUN sebagaigaris panduan melandasi perpustakaan akademikmencapai matlamat organisasinya
(Che Azlan Taib, Hartini Ahmad dan Nor Hasni Osman, 2015. PengurusanKualiti dan Perpustakaan: Ke Arah Tranformasi Pengajian Tinggi Negara. Sintok, Kedah: UUM Press, 2015.
Perpustakaan harus membuat lonjakan melangkaui (beyond) fungsi perpustakaan yang dapat menyumbangkan impak, khususnya dalam pembangunan kesarjanaan dan penyelidikan.
pembangunan
koleksi
penyebaran
maklumat
penyedia/pembekal
perkhidmatanpembinaandigital
• pusat penyelidikan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan, badan bukan kerajaan, perpustakaan, muzium, dan galeri.
• tradisi menyebar dan menyampaikan warisan ilmu manuskrip Melayu menerusi kegiatan pengumpulan, penyelidikan, penerbitan, promosi, pembacaan, transliterasi, penyiaran media massa sesuai dengan teknologi semasa.
PERATURAN PEMERINTAH REPUBLIK INDONESIA. NOMOR 66
TAHUN 2015 TENTANG MUSEUM
Bab VI PENGEMBANGAN; Bhg1 Pengkajian - Fasal 34,
Fasal 35 Tujuan meningkatkan potensi dan nilai informasi
kepada masyarakat, pengembangan ilmu pengetahuan, pengembangan
kebudayaan, dan menjaga kelestarian koleksi.
BAB VII - Pasal 41
Pengelola Museum, Setiap Orang, dan/atau Masyarakat ...dapat
memanfaatkan Museum untuk “Layanan pendidikan, kepentingan sosial,
ilmu pengetahuan dan teknologi, kebudayaan, dan/atau pariwisata”
BAB X - PERAN SERTA MASYARAKAT
“Setiap Orang dan/atau Masyarakat...wujud peran serta masyarakat
terhadap pelindungan, pengembangan dan/atau pemanfaatan...”
Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) diperuntukkan
bagi menggariskan prinsip untuk melindungi, memulihara
dan melestari warisan dan budaya yang sesuai dengan
situasi masa kini, termasuk manuskrip Melayu yang
tergolong di bawah warisan kebudayaan ketara.
Dasar dan akta yang diperuntukkan menunjangi peranan
dan usaha perpustakaan, pusat dokumentasi, muzium
dan galeri di Malaysia dalam mengangkat khazanah
warisan intelektual Melayu kepada pengetahuan
masyarakat dan dunia.
SN Muhammad Haji Salleh (2015) –lebih 25,000 judul manuskrip Melayu yang menyimpan ilmu dan kearifan Melayu tersebar di pusat-pusat pengajian dan perpustakaan seluruh dunia.
Wolrd Culture
Museum, Amsterdam
Leiden University Library
John Ryland University Library
Bodleian Library,
Oxford University
Royal Asiatic Society,
London
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
> 4,600 JUDUL PENERBITANPENDIGITALANPENYELIDIKAN
MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA
3,000 JUDUL PENERBITAN
ISTAC, UNIV. ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
200 JUDUL PENDIGITALAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA
400 JUDUL PENDIGITALAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 500 JUDUL PENERBITANPENDIGITALANPENYELIDIKAN
Jika dilihat daripada taburan manuskrip Melayu di Malaysia,
dijangkakan jumlah sumber primer ini mencecah 10,000 naskhah
(mengambil kira koleksi muzium, galeri dan pemilik individu).
UM - Akademi Pengajian Melayu,
Akademi Pengajian Islam, Pusat Dialog Peradaban
UKM - Pusat Kajian Manuskrip Melayu, Institut Alam dan
Tamadun Melayu (ATMA),
USM –Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK),
Pusat Kearifan Tempatan
UITM - Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu, UITM (PUSKAM
Kekayaan khazanah tesis dan disertasi universiti tempatan
bersumberkan ilmu dan persuratan tradisional Melayu kini
didokumentasi di MyThesisOnline (Myto), sebuah pangkalan data tesis
insitusi pengajian tinggi Malaysia secara terpusat.
Namun belum ada usaha mana-mana pihak yang menilai taburan
bidang kajian, menganalisa kecenderungan dan minat pengkaji supaya
kelompangan tema atau bidang kajian diteroka dan melahirkan ilmu
yang menjalin kerelevanan manuskrip Melayu dalam nilai dan
kehidupan masyarakat masa kini dapat dicetuskan, diketengahkan dan
diterbitkan untuk warisan generasi akan datang.
CARIAN MALREP MYTHO
Manuscripts, Malay 56
Manuskrip/& melayu 55 19
hikayat 58 42
syair 48 30
kitab jawi 9 9
Folk literature 13 33
Carian maklumat berkaitan manuskrip Melayu dalam pangkalan data IPT
Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM), Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Muzium Warisan Melayu,
Universiti Putra Malaysia (UPM)
sebagai penyimpan khazanah
manuskrip Melayu
Perpustakaan atau penghubung
antara penyelidik dan kepustakaan
ilmu kearifan bangsa, dengan
pelbagai khidmat untuk
menyemarakkan usaha
memartabatkan manuskrip Melayu
Intipati kertas kerja.
Inisiatif, peranan dan sumbangan Pusat Dokumentasi Melayu(PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalampengembangan dan pelestarian tradisi tamadun budayailmu, khususnya karya-karya agung persuratan Melayu yang melibatkan khalayak institusi pengajian tinggi menjadidengan tumpuan kepada inisiatif program penataran, pentransliterasian, penyelidikan, dan penguasaan filologimanuskrip Melayu, serta rancangan strategik dalammelestarikan dan memartabatkan persuratan Melayu diperingkat dalam negara dan antarabangsa.
..”untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan
dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam
bahasa kebangsaan;
untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam
percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah,
risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam
bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;”
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995).
Matlamat dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa danPustaka (DBP) pada tahun 1956 untuk mengembangkanbakat sastera dan penerbitan, tugas ini bermula dengan“membongkar dan menyelidik hasil-hasil kesusasteraanMelayu lama” sebagai sebahagian dari usaha untuk“menjaga hal ehwal bahasa dan sastera.”
Tumpuan penyelidikan ketika itu adalah untuk“mengumpul, menyelenggara dan membuat penyesuaianhikayat-hikayat lama” sejak 1960-an.
sebuah “perpustakaan yang khas dan lengkap untokbuku2 bahasa, hikayat, kebudayaan, kemasharakatan dankesusasteraan Melayu”.
Usia Dewan Bahasa dan Pustaka 59 tahun yang melalui penyelidikan, penerbitan dan pengembangan untuk mempersegar kesinambungan manuskrip Melayu mengisi ruang menjangkau khalayak.
Pelbagai pendekatan menjangkau khalayak dalam usaha mempersegar semula apresiasi dan kecintaan khalayak terhadap manuskrip Melayu agar dapat digarap, disebar dalam ruang dunia nyata dan siber.
TUMPUAN 1
Memperkaya dan memperhebat khazanah penyelidikan bahasa dan persuratan Melayu serta meningkatkan kepakaran ilmuwan bahasa dan persuratan Melayu.
TUMPUAN 3
Mengembangkan, memasyarakatkan serta membudayakan bahasa Melayu
TUMPUAN 4
Memperluaskan khalayak bahasa dan persuratan Melayu
Sebuah perpustakaan khusus/penyelidikan yang menumpukan pembinaan koleksi persuratan Melayu dalam pelbagai bentuk ke arah menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu terunggul di rantau ini, selain memeliharanya sebagi khazanah warisan bangsa Melayu yang amat berharga.
Keahlian Rakan Dewan – 80% adalah pelajar universiti dan IPG
1. Memperoleh dan memulihara kepustakaan Melayu
selengkap dengan pengkhususan kepada bidang
persuratan iaitu bahasa, kesusasteraan dan
kebudayaan. Ini termasuklah koleksi manuskrip
Melayu dan nadir serta Koleksi Tokoh.
2. Menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu yang
cemerlang yang mudah diakses melalui teknologi
terkini.
3. Menyumbang kepada pembentukan masyarkat
Malaysia yang berilmu dan kaya maklumat.
Kompetensi pustakawan dalam manuskriptologi merupakan penghubung antara khalayak (pengguna danpenyelidik)
dengan sumber primer, manuskrip Melayu.
Sehingga kini PDM memiliki lebih 400 judul manuskrip Melayu dalam pelbagai bahan, serta artifak berkaitan bahasa, kesusasteraan, sejarah dan salasilah, ilmu tradisional.
Tugas dan tanggungjawab memperkasakan penyelidikan dan memasyarakatkan manuskrip Melayu memerlukan pendekatan berbeza daripada menangani koleksi monograf, bahan bercetak dan audio-visual.
Memerlukan ilmu dan kemahiran khusus dalam pengurusan, pendokumentasian dan perkhidmatan bagi koleksi istimewa ini
MANUSKRIP MELAYU
PUSAT DOKUMENTASI
MELAYU DBP
Usaha utama untuk mempromosikan khazanah manuskrip Melayu DBP dirancang menerusi Muzium Pusat Persuratan Melayu (MPPM)
4.2.1 Muzium Pusat Persuratan Melayu (MPPM)
Selain fungsi pendokumentasian, muzium dilihat sebagaiinstitusi pembinaan minda dan pengembangan ilmu yang unggul dalam menanam kesedaran terhadap budaya bangsa.
Gagasan penubuhan Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu, DBP dicetuskan pada tahun 1995 hasil pemikiran wawasanAllahyarham Dato’ Dr. Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarahketika itu. Selaras dengan visi menjadikan DBP sebagai pusatpersuratan Melayu di rantau ini, pada tahun 2012, muzium inidikenali sebagai Muzium Pusat Persuratan Melayu (MPPM).
MPPM peranan sebagai pusat sumber pendidikan (learning institutioncentre) dan pusat rujukan warisan persuratan Melayu.
peragaan pameran termasuk multimedia, tapak pelancaran (launching pad) bagi pengunjung menghayati dan memperoleh pengalaman baru dengan konsep dan reka bentuk yang menepati citarasa segenap generasi.
Sumbangan khazanah persuratan seperti Sulalatus Salatin,
Hikayat Hang Tuah, Batu Bersurat Terengganu, serta karya
agung lain, dan tokoh persuratan awal seperti Tun Seri Lanang,
Tok Kenali, Nuruddin ar-Raniri, Sheikh Daud Fatani Hamzah
Fansuri, Munshi Abdullah, Syed Sheikh al-Hadi dan ramai lagi
menjadi pengisian kepada MPPM.
Media paparan termasuk multimedia interaktif, meningkatkan
semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa dan sastera
Melayu.
Pustakawan PDM bukan sahaja berperanan mengendalikan
pengurusan muzium dan promosi persuratan Melayu malah
memiliki kecenderungan dan minat mendalam terhadap
penyelidikan, menguasai apresiasi dan aplikasi teknologi agar
dapat menampilkan pameran yang menarik, mendidik dan
interaktif.
Menerusi strategi lautan biru DBP menjalinkerjasama mengoptimumkan sumber tenaga, kepakaran dan perbahanan bagi memperkayakhazanah persuratan dan kepustakaan Melayuantara organisasi dalam dan luar negara.
Mymanuskrip, terhasil dari kerjasama FakultiSains Komputer dan Teknologi MaklumatUniversiti Malayadan DBP dalam mempromosikhazanah manuskrip Melayu dan menjanapenyelidikan.
Mymanuskrip Portal repositori digital manuskripMelayu dengan kerjasamaFakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM.
Sejumlah besar dari masyarakat umum, iaitu pelajar, tidak mempunyai pengetahuan mahupun terdedah kepada manuskrip Melayu atas sebab-sebab;
tidak berkaitan dengan tugas dan pembelajaran,
peluang mengakses dan membaca jarang diperolehi kerana lokasi pusat penyimpanan manuskrip di luar jangkauan serta tertakluk kepada peraturan tertentu organisasi penyimpanan.
kurangnya program dan promosi yang ”mendedahkan” manuskrip Melayu kepada khalayak.
Manuskrip Melayu telah diperkenalkan kepada khalayak peringkat remaja dan dewasa di dalam dan luar negara menerusi program baca naskhah yang berkonsepkan pembacaan tanpa henti (uniterrupted readings) dan secara spontan.
Ciri-ciri seperti ketiadaan tanda bacaan, ketidakselarasan ejaan, gaya tulisan khas adalah cabaran kepada peserta untuk membaca manuskrip Melayu.
Pendedahan melalui program yang sesuai dengan khalayak akan memberi impak yang besar untuk mengenali isi kandungan dan mencerna pelbagai pengetahuan terungkap dalam manuskrip Melayu.
Memberi peluang kepada peserta untuk mempersembahkan
pelbagai variasi syair dengan lebih kreatif dalam
meningkatkan penghayatan dan pengajaran puisi tradisional
bersumberkan manuskrip Melayu.
Mencungkil kreativiti pelajar IPT dalam penyampaian dalam
pembelajaran syair, khazanah seni dan budaya, contohnya
dendang Arab, Pak Kadok, Trek tek tek dan Selindang Delima.
Mencari alternatif ke arah pemantapan modul dan kurikulum
pembelajaran jawi kepada pelatih dan pensyarah Institut
Pendidikan Guru.
Melibatkan institut perguruan, pelajar-pelajar IPT dan penyertaan pelbagai
kaum meninggalkan pelbagai impak dan kesan, antaranya ;
Menimbulkan kesan berganda dan meningkatkan
minat pensyarah dan pelajar IPT memperkenalkan
syair dan program mengembangkan kepada
murid-murid di sekolah.
Membuktikan tahap keupayaan peserta khususnya
pelajar IPT menguasai kosakata, cerita, tulisan jawi
dan naskhah dalam keadaan spontan sebagai teras
pengajian dan penyelidikan budaya.
Input penambaikan P&P dan kursus oleh jabatan.
Oleh itu, pemuliharaan dan pemeliharaan naskhah
dan manuskrip Melayu bukan hanya terbatas
kepada memanjangkan hayat fizikal menerusi
pengawetan, pembaikan dan penjilidan.
Pemeliharaan khazanah ilmu warisan persuratan
Melayu dalam minda dan jiwa masyarakat harus
berterusan dari generasi ke generasi agar
kecintaan kepada tradisi ilmu kearifan bangsa
terus relevan.
TAHUN JUDUL ACARA PESERTA
2006 Sulalatus Salatin
Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP
Terbuka
Pebagai kaum
2007 Hikayat Seri Kelantan
Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP
Terbuka
Pebagai kaum
2008 Hikayat Nakhoda Muda
Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP
Terbuka
Pebagai kaum
2011 Syair Nabi Allah Ayob alaihissalam
Bulan Membaca, IPG Kampus Pendidikan Islam
Pelatih
2011 Hikayat Anak Miskin
Bulan Membaca, IPG Kampus Bahasa Melayu
Pelatih
2011 Hikayat Anak Miskin
Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI
Pelajar IPT
2013 Sulalatus Salatin
Kursus Bahasa Melayu dan Patriotisme, Sekolah Malaysia, Manchester.
Tenaga Pengajar
B
A
C
A
N
A
S
K
H
A
H
• Baca Naskhah Syair Nabi Ayob‘Alaihissalam, IntstitutPerguruan Kampus PendidikanIslam, Bangi, 2011
• Baca Naskhah Hikayat AnakMiskin, Institut PerguruanBahasa Melayu Lembah Pantai, 2011
• Baca Naskhah Hikayat AnakMiskin, Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI), 2011
•Baca Naskhah Hikayat AnakMiskin bersempena denganBulan Bahasa Kebangsaan2013, Kangar, Perlis.
Baca Naskhah Hikayat Anak Miskin, 4 Dis. 2014Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok
Usaha DBP melalui Bahagian Penyelidikan Sastera dan Pusat Dokumentasi
Melayu bekerjasama dengan rakan sinergi daripada pelbagai institusi
pengajian tinggi sebagai penganjur bersama;
Siri Kedua dengan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 29 September 2014
Siri Ketiga dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Melaka pada 9 Oktober
2014
Siri Keempat dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok, Kelantan pada 4
Disember 2014.
Siri Kelima Wacana Sulalatus Salatin yang dilaksanakan pada tahun 2015 adalah hasil
kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Hasil penganjuran Siri Wacana Sulalatus Salatin pada tahun 2014 ;
meluaskan sudut bidang kajian yang baharu yang dikaji secara ilmiah;
budaya dan sumptuary law, kearifan Melayu, hubungan diplomatik, edisi
kritikan Sulalatus Salatin, metafora emosi, Sulalatus Salatin sebagai
magnum opus Melayu, etnosentris dan wibawa Melayu,dan pewarisan
Institusi Kesultanan Melayu.
Melalui penganjuran siri wacana ini juga dapat
memperluas khalayak baharu di seluruh negara.
Keunggulan Sulalatus Salatin sebagai karya agung
yang telah diwartakan sebagai warisan dunia Memory
of the World Register oleh UNESCO pada September
2001, dibincangkan secara ilmiah dan mendalam
daripada pelbagai subjek.
Kajian yang dihasilkan oleh kalangan mahasiswa,
sarjana dan peneliti sastera dalam pelbagai latar
disiplin ilmu memberikan natijah yang berguna
terhadap pemartabatan teks Sulalatus Salatin sebagai
kanun susastera Melayu.
Manuskrip Melayu tradisional merupakan wadah untuk menyampaikan pandangan sarwa masyarakat silam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, nilai budaya dan nilai estetika.
Khazanah warisan yang dihasilkan melalui kearifan kreativiti peribumi Melayu ini berperanan penting untuk memahami falsafah dan jati diri bangsa Melayu.
Setakat ini hanya kira-kira 30% manuskrip Melayu yang telah dikaji dengan mendalam.
Penyelidikan dan kajian naskhah susastera Melayu tradisional yang terdapat dalam koleksi tanah air dan di seluruh dunia, sehingga kini begitu langka dilaksanakan jika dibandingkan dengan khazanah manuskrip Melayu yang amat besar jumlahnya.
Penyelidikan dan kajian terhadap manuskrip lama secara berterusan dan berwibawa diharapkan dapat menghasilkan lebih banyak penemuan baharu berkaitan dengan peradaban dan tamadun Melayu yang terdapat dalam hasil persuratan susastera.
Program ini juga sangat besar manfaatnya khususnya untuk mendalami susur galur keperibadian dan peradaban bangsa Melayu sebagai unsur teras kebudayaan nasional
1. Membina kepakaran dan kemahiran secara berterusan dalam
aspek filologi dan keterampilan tulisan Jawi klasik yang
merentas ilmu kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan,
dalam kumpulan pelapis pengkaji dan pengalih aksara
terlatih yang semakin kurang diberikan perhatian di pusat-
pusat pengajian tinggi.
2. Menggemilangkan semula ketamadunan dunia Melayu di
samping memupuk minat masyarakat untuk menghayati
manuskrip Melayu serta menyedari pentingnya khazanah
warisan manuskrip Melayu sebagai sumber sejarah.
3. Menghasilkan sebanyak mungkin hasil kajian, penerbitan
dan pengembangan ilmu yang dicungkil dan digarap
menerusi khazanah manuskrip Melayu.
Sejak PPPM diperkenalkan lebih 300 pelajar IPT berpeluang meningkatkan kemahiran perumian jawi klasik dan 20 orang terlibat sebagai pentransliterasi khaznah manuskrip Melayu PDM, DBP.
Pencapaian sasaran 2 dalam 1 merupakan situasi menang-menang dalam mencapai matlamat universiti dan DBP.
Kejayaan kolaborasi antara PDM, DBP dan universiti memupuk kecintaan tehadap bahasa, sastera dan khazanah tamadun bangsa.
Antara faktor pencapaian dan kejayaan program pemerkasaan persuratan Melayu terlaksana amat bergantung kepada peranan, sumbangan dan kompetensi pustakawan dalam bidang yang amat khusus ini.
Kerjasama dengan Center for Area Studies,
University of Kyoto dan Klasika Media. 17 Nov. 2014
Teras kemahiran kepustakawanan banyakmenyumbang dalam merancang dan melaksanakanpromosi, perkhidmatan, publisiti dan kolaborasi yang berkesan dan berkualiti bagi memperkenalkankhazanah manuskrip Melayu.
Penguasaan pustakawan dalam manuskrip Melayu, kodikologi (sains tentang manuskrip), asas paleografi(sejarah tulisan dan sistem ejaan) Melayu/Arab danpenghayatan jawi klasik, filigranologi (kajian tera air) adalah penting bukan sahaja dalam mengenalimanuskrip Melayu, malah memilih judul-judulnaskhah yang sesuai diketengahkan.
Ciri-ciri penting perlu dimiliki oleh pustakawan;dalamperkhidmatan dan penyelidikan menggunakan sumber primer manuskrip Melayu agar menepati kehendak penyelidik, sarjana dan pelajar universiti, iaitu;
Amanah, minat dan kesabaran Rendah diri dan menghormati karya ilmuwan silam Mengetahui jenis dan sejarah tulisan Jawi/Arab Menguasai bibliografi, katalog dan indeks buku Mengetahui kaedah penyelidikan/kajian; perbandingan, edisi
diplomasi dan edisi kritikan.
Sehingga kini amat kurang pustakawan yang dapat ditonjolkansebagai Pustakawan Sarjana (scholar librarian) dalam ilmu dankepustakawanan manuskrip Melayu yang mampu menyumbangdalam dunia penyelidikan dan kesarjanaan antarabangsa danmemberi impak kepada organisasi/institusi perpustakaan.
Oleh itu peningkatan kepada teras kemahiran dan ciri-ciri yang dinyatakan di atas dengan peluasan tumpuan kepada fokuspengetahuan perlu dibina dalam kalangan pustakawan yang terlibat;
Dunia dan taburan manuskrip Melayu dalam dan luar negara
Kepelbagaian versi, lokasi dan perbezaan. Contoh - 35 versi
Sejarah Melayu, dan Hikayat Hang Tuah 32 versi.
Tokoh-tokoh pengkaji, filologis dan sumbangan kajian dan hasil
penerbitan
Taburan pusat penyimpanan khazanah persuratan Melayu;
misalnya Leiden University Library, British Library, Cambridge
University, Oxford University, St. Petersburgh, dan banyak lagi.
Persatuan dan badan dalam negara dan antarabangsa menaungi
manuskrip Melayu.
Menanda aras promosi dan penyebaran kepustakaan
1. Penambahbaikan terhadap program memasyarakatkan manuskrip Melayu dalam modul yang berstruktur berserta penilaian program dapat memberi input dan impak yang besar ketamadunan dan tradisi ilmu. Kuliah bimbingan, wacana, dan pertandingan berpotensi meningkatkan penghayatan terhadap karya, sumber sejarah dan ilmu tradisional khususnya generasi muda di peringkat universiti, remaja dan dewasa.
2. Keberadaan (availability) dan kebolehcapaian (accessibility) pelbagai judul manuskrip Melayu melalui portal dan pendigitalan di peringkat tempatan, negara dan rantau nusantara perlu dipergiat dan dipertingkatkan untuk membuka minda pembaca kepada kepelbagaian khazanah persuratan yang melatari sejarah, budaya, pemikiran diaspora Melayu.
3. Kerjasama perkongsian sumber dan koleksi saling melengkapi keperluan pembacaan, penelitian dan penerbitan berasaskan manuskrip Melayu agar tersebar luas menjangkau khalayaknya.
Sokongan dan kolaborasi dengan dengan pelbagai
pihak termasuk universiti, sektor kerajaan, swasta,
badan bukan kerajaan, dalam memelihara dan
memulihara warisan ilmu manuskrip Melayu
Kolaborasi memperluaskan khalayak pencinta
persuratan Melayu serta menanam semangat cintakan
sejarah dan tamadun bangsa, khususnya pembinaan
ilmuwan melibatkan pelajar universiti dan ahli akademik.
Pendidikan dan pembinaan pustakawan sarjana,
kurator dan petugas di Fakulti Pengajian Maklumat
dalam bidang manuskrip Melayu/Islam diperkenalkan
dan dimantapkan mengambil kira pengetahuan khusus
seperti kodikologi, filigranologi, dan paleografi.
Kalau bergaul dengan orang luar,
Carilah ilmu baik dan benar
Kalau bersua orang berilmu,
Di situlah engkau duduk berguru
Kalau merantau ke negeri orang,
Mana yang bermanfaat bawalah pulang
Kalau engkau pergi merantau,
Mana yang elok hendaklah jangkau.