sem 5 tamaddun islam

25
ENG AH LIEW (630525-01-5464) 1

Upload: engahliew

Post on 17-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kerja

TRANSCRIPT

ENG AH LIEW (630525-01-5464)

Isi KandunganTajuk Muka Surat1.0 Pengenalan3 - 42.0 Apakah Itu Dialog ?5 - 62.1 Medium Dan Bentuk Dialog3.0 Prinsip-Prinsip Dialog7 - 84.0 Kekuatan Dan Kelemahan Budaya Dialog Antara 9 - 12Kaum / Etnik / Budaya Dan Peradaban4.1 Kekuatan Budaya Dialog4.2 Kelemahan Budaya Dialog5.0 Cadangan-Cadangan Untuk Memperbaiki Dan 13 - 14Mempertingkatkan Perlaksanaan Dialog6.0 Kesimpulan15 - 167.0 Rujukan17 - 18

1.0 PengenalanSebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu didominasi oleh orang Asli, Orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumetera dan Indonesia, tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama.Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena imigrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Setelah penjajahan berlaku, imigrasi ini berlaku secara berleluasa, di samping itu, aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti imigrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.Kemasukan Masyarakat Cina dan India menunjukkan bermulanya proses pembentukan kepelbagaian etnik yang berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Masyarakat Cina daripada Negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Sementara masyarakat India disebabkan negaranya dilanda kemiskinan dan keburukan yang mendorong mereka berhijrah ke negara-negara lain. Setelah abad ke -19, corak masyarakat Malaysia telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. Menurut J.S. Furnivall ( 1967 : 54 ) masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.Masyarakat majmuk di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu ( 54% ), Cina ( 25% ), India ( 7% ), suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah sebanyak 14%. Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang terdapat dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia dan membentuk hubungan atau kepelbagaian kaum. Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia dan Malaysia berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.Masyarakat majmuk di Malaysia hidup berdekatan, saling bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Kewujudan kepelbagaian etnik di alam Malaysia telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat majmuk yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian. Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari tentang kepentingan norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.Abdul Rahman Embong ( 2001 ) menjelaskan bahawa bangsa yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa dengan nama Kolektif ( Bangsa Malaysia ) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan , bersatupadu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri.Dengan memandangkan masyarakat majmuk di Malaysia, maka dialog peradaban tidak boleh diabaikan dan mempunyai peranan dalam hubungan manusia demi usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum dan etnik di kalangan rakyat Malaysia. Dan seterusnya memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional.

2.0 Apakah Itu Dialog ?Dialog dalam Bahasa Malaysia bermaksud percakapan, perbualan dalam lakonan, cerita atau apa sahaja bentuk pertuturan serta pertukaran pendapat, perbincangan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu isu secara terbuka. Justeru, dialog membawa maksud sesuatu pandangan, idea yang dibincang untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau matlamat yang bermanfaat kepada pihak-pihak yang terlibat. Idealisme dialog turut diperincikan oleh Azizan Baharuddin ( 2005 ) yang menekankan dialog adalah suatu bicara dengan pihak yang berfikiran berbeza daripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir yang berlainan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta maknanya, bukan debat untuk mengalahkan dan menundukkan orang lain. Beliau menjelaskan lagi bahawa semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati supaya dapat difahami kedudukan pihak lain dengan setepat yang mungkin dan menonjolkan suatu perlakuan yang begitu murni dan bermoral iaitu menuntut manusia mengatasi tanggapan negatif dan rendah diri serta bersifat jujur dan ikhlas.Berdasarkan pengertian dialog di atas, adalah jelas bahawa secara umumnya dialog adalah satu elemen komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan dan perbincangan mengenai sesuatu isu berbangkit dan perbezaan pendapat, kesangsian dan salah faham antara pelbagai masyarakat majmuk yang tinggal bersama. Dialog tidak hanya terbatas pada perkara yang membincangkan konflik dan kemelut masyarakat tetapi dialog juga berperanan untukmelahirkan sikap persefahaman dan perkongsian bersama.Selain itu, dialog agama merupakan mekanisme berkesan untuk mengeratkan perpaduan kaum dan agama. Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama. Semasa berdialog, terdapat etika khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak tertentu. Ia tidak boleh menjejaskan kerangka dan pemahaman asas yang berteraskan konsep tauhid yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asas tauhid ini seperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah sehingga kiamat ( Ramli, 1998 ).

2.1 Medium Dan Bentuk Dialog :Terdapat beberapa jenis medium dan bentuk dialog seperti berikut di bawah,~ formal atau tidak formal~ komunikasi seharian~ diskusi~ wacana~ forum~ pendebatan ~ pembentangan

3.0 Prinsip-Prinsip DialogUntuk memastikan dialog, khasnya yang bermotifkan perpaduan berasaskan kefahaman yang tulen, mungkin baik sekiranya beberapa prinsip membimbing yang harus diambilkira difahami terlebih dahulu.a. Sebab utama dialog diadakan ialah untuk kedua-dua pihak mempelajari sesuatu, dan sesudah itu melalui atau mengalami perubahan kea rah kebaikan yang lagi dalam konteks situasi yang dihadapi.b. Dialog khasnya dialog peradaban mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua buah pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter peradaban.c. Setiap peserta dialog perlulah hadir dalam keadaan yang ikhlas.d. Setiap peserta mestilah boleh atau berupaya mendefinisikan world-view dan pandangan ( kepercayaan-kepercayaan dan nilai-nilai ) yang dipegangnya dengan jelas.e. Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya.f. Peserta dialog mestilah bersifat kritikal secara minima terhadap interprestasinya terhadap tradisi orang lain.g. Peserta dialog perlulah tidak mempunyai pra-andaian yang tidak boleh diubah lagi tentang apakah perkara-perkara yang tidak akan dipersetujui.h. Litizam kepada perkara yang dibincangkan.i. Dalil yang jelas, logic yang bujak.j. Rendah diri, sopan dan tidak sombong.k. Berbahas dengan cara yang baik, tidak emosional dan provokatif.Daripada prinsip ini kita mungkin dapat memahami, kenapa atau bagaimana secara idealnya dialog dikatakan sebagai :~ Pertemuan di antara hati dan fikiran~ Pengalaman berjalan bersama di dalam projek-projek yang dianggap penting bagi kedua pihak~ Bukan suatu debat di mana ada yang kalah atau menang.Di samping itu, etika dan etiquette berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju, menghormati perbezaan, menghargai ketidakbolehan pihak-pihak tertentu untuk menerima sesuatu pandangan, keikhlasan, simpati dan empati, kesabaran dan alertness ( kepantasan dan menahami sesuatu ).

4.0 Kekuatan Dan Kelemahan Budaya Dialog Antara Kaum / Etnik / Budaya Dan PeradabanMasalah perhubungan yang timbul di kalangan etnik adalah berpunca daripada Interaksi Sosial yang tidak mesra serta kebudayaan yang berbeza-beza. Dalam menangani suasana yang pelbagai, Malaysia mengamalkan dasar integrasi, bertentangan dengan penerapan atau konsep identiti kebangsaan tunggul. Pendekatan sedemikian hanya berlaku menerusi dialog, kompromi, persefakaman, penerimaan dan saling menghormati .Memang tidak boleh dinafikan, manusia yang hidup dalam masyarakat majmuk hari ini yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan bergaul, berkenaan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain melalui dialog dalam kehidupan. Malangnya, terdapat golongan masyarakat yang menganggap dialog adalah sebagai ancaman terhadap kepentingan meraka. Golongan seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati untuk berdialog.

4.1 Kekuatan Budaya DialogAmalan budaya dialog adalah amat penting untuk menyatupadukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan etnik. Melalui dialog kita dapat membawa isu-isu masyarakat dan yang memastikan isu yang berkaitan. Kita juga dapat mengetahui pandangan sebenarnya pihak lain, di samping menyampaikan kebenaran diri, seterusnya dapat mencegah konflik, menghilangkan Mufti Negara Perlis, Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya ( Profesor Adjung Universiti Malaysia Perlis. UNIMAP ) berkata dialog ini juga perlu dijalankan dengan cara dan adab yang paling baik seperti berdialog dengan fakta, data yang betul dan tidak dibuai dengan emosi. Dengan ini, kita dapat membuang salah faham, membantu kefahaman orang lain, dan seterusnya membina persaudaraan, perpaduan dan keharmonian.Selain itu, ,memperbanyakkan dialog untuk menanam rasa hormat, meningkat tahap toleransi antara kaum dan hidup umat beragama dalam kerukunan. Proses dialog ini dapat diterokai berdasarkan dialog peradaban ( Bakas, 1997 ) dan inter-agama ( Cornell, 1994 ). Melalui dialog, persefahaman antara kaum dan agama dapat dipupuk. Ianya melalui proses membina nilai-niali bersama yang mana ia adalah nilai-nilai umum yang boleh dicungkil dari sistem-sistem agama tanpa membezakan sama ada itu Islam ataupun bukan Islam. Melalui dialog juga, kita dapat sedar setiap peradaban tersebut mempunyai nilai-nilai universal yang dapat dikongsi dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Budaya dialog ini mempunyai keunikan karakter yang tersendiri perlu dieksploitasi oleh tiap kaum yang ada di Malaysia kerana ia dapat mewujudkan persefahaman antara satu nsama lain.Menurut Swidler ( 2000 ), kekuatan dialog ialah ia merupakan sebagai perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak yang lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju. Dialog boleh juga menuntut perubahan dari segi pendirian dan adakalanya, kepercayaan. Seterusnya, ia turut merupakan tindak balas kepada masalah dan kemelut yang timbul, atau dengan kata lain, ia bersifat pragmatic. Pendek kata, budaya dialog dapat memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelangsungan dan kemapanan negara seperti yang kita faham hari ini.Tambahan lagi, dialog peradaban boleh dilaksanakan melalui tindakan bersama. Ia dapat direalisasikan apabila setiap manusia yang berbeza bersepakat merancang dan melaksanakan tindakan yang menguntungkan semua pihak. Pada kebiasanya, dialog berbentuk ini dilakukan oleh non-governmental organisation ( NGO ) Islam dan bukan Islam yang bersatu memperjuangkan isu-isu membabitkan kemausiaan sejagat seperti isu alam sekitar, kepenggunaan, kemiskinan, pendidikan, dadah, AIDS, kebebasan demokrasi dan globalisasi.Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik kaum yang berbeza yang menganuti pelbagai agama dan budaya tersendiri, maka dengan melaksanakan dialog peradaban, pastilah dalam berbagai-bagai kaum terdapat nilai-nilai atau ajaran yang serupa walaupun tidak sama. Penduduk Malaysia boleh menggunakan nilai yang serupa sebagai titik asas untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan serta pendapat. Di mana semua agama mengajar nilai-nilai murni yang baik seperti bertolak-ansur, berbudi dan lain-lain, dan ini akan dapat mengelakkan berlakunya rusuhan dan pertelingkahan antara kaum.Melalui pelaksanaan dialog peradaba, kita boleh mengetahui dan memahami sesuatu etnik secara mendalam dan mendekati mereka mengikut kehendak dan peradaban mereka. Selain itu, perbincangan dialog yang terlibat golongan majoriti dan golongan minoriti dapat menyampaikan dan menyuarakan perasaan mereka supaya kepentingan masing-masing terpelihara. Pelaksanaan dialog peradaban memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja.Di peringkat global, dialog menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah antaranya penyebaran teori Clash of Civilisations, oleh Samuel Huntington sekitar 1996 yang pula ada hubungan dengan berakhirnya perang dingin antara Amerika Syarikat dengan Rusia serta robohnya tembok Berlin. Jelasnya, melalui dialog, manusia dapat sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamaddun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia.. Melalui dialog juga, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia demi memelihara kesejahtera hidup manusia.

4.2 Kelemahan Budaya DialogKelemahan budaya dialog disebabkan ada sesetengah pihak enggan berdialog dengan orang kerana dia salah faham bahawa dialog itu ialah peluang atau tempat agama doubahsuai atau dikritik. Aspek atau peradaban yang bersabit dengan articles of faith tidak boleh disentuh di dalam dialog dan mewujudkan dimensi yang intra-paersonal. Mereka inilah beranggapan bahawa dialog tidak wajar diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.Perasaan rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog membuatkan ramai orang tidak bersedia untuk berdialog. Kadang-kala, pendialog itu bukan terdiri daripada golongan pakar yang mempunyai latar belakang pengetahuan yang jelas, tidak dapat memberi penekanan terhadap isu semasa yang dapat memberikan manfaat di samping tidak dapat menyelesaikan permasalahan manusia. Tidak dapat dinafikan, isu sensitif yang timbul dalam masyarakat Malaysia dapat membibitkan rasa prejudis serta kaecurigaan antara kaum dan agama. Perasaan ini perlu ditangani dengan berhemah agar tidak terus membarahkan dalam masyarakat. Malangnya, pihak yang berdialog itu saling menyalahkan pihak lain yang menimbulkan perselisihan. Mereka cuba menjatuhkan maruah serta memperkecilkan pihak lain, dan juga debat untuk mengalahkan dan menundukkan orang lain. Kadang-kala, pembezaan pendapat dalam dialog telah dianggap sebagai alas an untuk menempatkan suatu keputusan dan memberikan penilaian yang berat sebelah. Di samping itu, sikap yang tidak keterbukaan dan toleransi semasa berdialog juga tidak akan mencapai hasil yang baik. Pihak yang menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyelesaian mahu pun kebenaran mutlak mengenai perkara yang ingin didialogkan dan apa yang dia inginkan daripada rakan diaalognya hanyalah penerimaan semata-mata.Tambahan pula, tiadanya sikap keterbukaan dari pihak masyarakat yang bertentangan untuk bersemuka serta berdialog dengan pihak lain. Mereka tidak mengamalkan sifat proaktif dan terbuka untuk memahami sosio-budaya dan agama. Semasa perbincangan dialog diadakan mereka membincangkan sesuatu isu yang bersifat fanatik dan perkauman dan menjadikan dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi peradaban kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Ini tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memupuk perpaduan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju oleh semua kaum dan etnik terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan fanatik dalam diri masyarakat.

5.0 Cadangan-Cadangan Untuk Memperbaiki Dan Mempertingkatkan Perlaksanaan dialogDengan meninjau hakikat tesebut , maka persefahaman dan saling menghormati antara kaum dan etnik adalah amat penting. Hala untuk mencapai matlamat dan hasrat ini dengan wujudnya dialog peradaban. Kriteria dialog memastikan menjatuhkan maruah serta memperkecilkan agama pihak orang lain perlu dihindarkan demi menjayakan tiap dialog yang dianjurkan. Lantaran itu, cadangan-cadangan untu memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan dialog adalah seperti berikut : Pertama, pihak penganjur harus maenubuhkan jawatankuasa untuk mengelolakan sebarang hal yang berbangkit yang berkenaan dengan dialog. Ahli-ahli jawatankuasa mengadakan mesyuarat terlebih dahulu dan membuat keputusan serta memilih alternative terhadap tema dan tajuk dialog yang dapat mendatangkan manafaat kepada semua pihak. Pakar-pakar berilmiah atau organisasi yang berkewibaan diundang berdialog untum menjamin kualitatif dan kuantitatif isu-isu yang dihujah oleh pendialog tersebut.Kedua, pihak penganjur bertanggungjawab mengingatkan pendialog bahawa dialog peradaban dilaksanakan dengan interaksi positif semasa menghujah pendapat atau pandangan masing-masing. Sebarang menjatuhkan maruah atau salah-menyalahkan pihak lain dihindarkan. Pihak penganjur juga bertanggungjawab bertanggungjawab bertemubual dengan pendialog terlebih dahulu untuk memastikan isu dialog yang bernas dan jitu akan disampaikan. Di samping boleh juga menyentuh dialog Antara Peradaban dalam adab-adab berdialog yang boleh diaplikasikan untuk memastikan dialog berlangsung dalam keadaan tenang dan mencapai matlamat yang dicita-citakan.Ketiga, pihak penganjur hendaklah menjamin dan memastikan bahawa dialog yang dilaksanakan itu bukan untuk menimbulkan perselisihan bahawa agama kami benar, agama kamu salah , tetapi ia juga merangkumi dialog seperti dialog ketamaddunan atau dialog dari sudut kebudayaan dan sebagainya. Dialog pula perlulah ada etika-etikanya seperti salam perkenalan, sangka baik dan kehendak untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu ada rasa prasangka atau berhemah diri dari orang lain. Asas-asas kemanusiaan boleh dibincangkan secara terbuka melalui dialog yang dirancangkan oleh pihak penganjur. Keempat, untuk meningkatkan ruang antarbudaya, pihak penganjur boleh melakukan upaya penyerbukan silang antarbudaya melalui program pertukaran pelajar atau mahasiswa. Mereka diberikan peluang dan apresiasi melalui berbagai kegiatan kreatif dan kompetitif di bidang kebudayaan. Dengan adanya dialog antarbudaya antara mereka pengenalan keragaman dilakukan sejak usia ini melalui pendidikan formal, informal dan nonformal dengan tujuan meningkatkan kualiti dan kemahiran berdialog di kalangan pelajar dan mahasiswa kelak. Kelima, untuk meningkatkan kualiti dialog, Perguruan Tinggi perlu terlibat aktif dan konsisten melakukan kajian secara mendalam terhadap langkah-langkah progresif yang dapat dilakukan dengan menumbuhkan kembali akar budaya bangsa berbudi pekerti, toleransi, gotong-royong, musyawarah-mufakat dalam gerakan nasional yang terbentuk dialog budaya untuk menyampaikan paparan dan visi dalam pembangunan dialog peradaban.Keenam, untuk menjadikan dialog peradaban yang dianjurkan itu menarik perhatian orang, pihak penganjur mesti memastikan dialog tersebut tidak terbatas kepada golongan yang tertentu, ia adalah memberikan kesempatan berdialog kepada para sejarahwan, budayawan, seniman, sarjana, pakar agama, cendekiawan, organisasi pemuda, masyarakat majority dan minority untuk berbincang isu-isu semasa atau berilmiah untuk kita mempunyai lebih banyak lagi pilihan mungkin elok kita memahami bentuk-bentuk dan jenis-jenis dialog yang boleh dilaksanakan. Dengan melalui dialog sedemikian demi mempertingkatkan kualiti berdialog serta dinamik selari dengan perubahan dan perkembangan masyarakat majmuk Malaysia.

6.0 KesimpulanSetelah kemasukan imigran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan etnik seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Maka, timbullah jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi sehingga terwujudnya prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing-masing.Seperti mana menurut Furnivall ( 1967: 54 ),walaupun masyarakat majmuk yang mempunyai budaya tersendiri berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli sahaja.Untuk memastikan keharmonian etnik dan kaum sejagat, maka pendekatan dialog boleh dijadikan sebagai wadah utama untuk mengatasi isu polarisasi kaum di antara kaum dari segi budaya, adat resam dan agama supaya interaksi sosial dapat diamalkan.Lantaran itu, pelaksanaan budaya dialog memainkan peranan yang penting untuk menjadikan asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. Melalui dialog peradaban agama antara etnik dapat memberi pemahaman agar masing-masing dapat hormat-menghormati. Sebagai agama rasmi, Islam mesti dihormati kerasmiannya di samping ia tidak menghalang kebebasan beragama. Melalui dialog antara agama yang secara jujur dan bersedia menerima kelemahan masing-masing adalah langkah yang mampu menyelesaikan banyak masalah. Masyarakat majmuk Malaysia mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi yang diingini. Dengan ini, gagasan 1 Malaysia dan wawasan 2020 harus dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi nasional negara demi kesejahteraan dan kemakmuran negara ini.Dengan kewujudan pelbagai etnik di Malaysia telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat majmuk yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian. Kakayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang-undang, amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum dan etnik menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia. Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara secara adil, peluang pendidikan yang sama di antara kaum dan etnik, kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minority serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita. Dan keunikan ini merupakan ciri-ciri tersendiri menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.Kesimpulannya, budaya dialog amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelangsungan dan kemapanan negara seperti yang kita fahami hari ini. Memahami hakikat ini YAB Perdana Menteri kita telah menekankan betapa penting dan perlunya diadakan dialog sebagai satu-satunya jalan mencari keamanan di dalam dunia yang dipenuhi kebencian,kecurigaan dan keganasan. Beliau juga menekankan bahawa hanya melalui dialog akan dapat ditanamkan rasa perhargaan, pemahaman dan penerimaan yang sebenar akan hakikat pelbagainya peradaban, budaya dan agama di dunia hari ini.

7.0 RujukanAbdullah Zhidi Omar (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Asnarulkhadi Abu Saman, Jayum A. Jawan (2007). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Putra MalaysiaWan Azmi Ramli (1993). Dasar Sosial Di Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

17