sektor psikologi dan kaunseling ... -...
TRANSCRIPT
1
( THE WORTH OF CHARACTER )
Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk
adalah tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata
memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia
menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak
angkuh; boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa
dipelihara.
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
TINGKAHLAKU YANG KURANG SOPAN KEIKHLASAN DAN TIDAK ANGKUH
2
Setiap manusia mempunyai karakter, sifat dan keperibadian yang berbeza.
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Anak yang lahir kembar
“identical” pun pasti memiliki sifat dan “character” yang tidak sama.
Walaupun dengan keperibadian, sikap dan watak berbeza, kita dituntut
menghiasi diri dengan sifat serta keperibadian terpuji agar dengan itu kita
dapat bergaul dengan orang lain dalam pelbagai situasi.
“Your beliefs become your thoughts,
Your thoughts become your words,
Your words become your actions,
Your actions become your habits,
Your habits become your values,
Your values become your destiny.”
Mahatma Gandhi
3
TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 5 : KETINGGIAN PERIBADI
Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) o Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap
tindakan
o Menyempurnakan tugas dengan amanah
o Bersifat ikhlas dalam menjalankan
tanggungjawab
o Berilmu dan berpengetahuan luas
o Mengutamakan keadilan dalam setiap
perbuatan
o Sedia berkorban
o Berlumba-lumba membuat kebajikan
o Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
o Bersifat penyayang
o Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
o Bertimbang rasa tetapi tegas
o Bersopan santun serta sederhana dalam
kelakuan
o Taat setia dan patuh kepada arahan
o Bersyukur dan menghargai kebaikan
o Bersih daripada sifat dengki
o Berani dan berpendirian teguh
o Bertanggungjawab dan sedia berbakti
o Jimat cermat dalam segala aspek
o Tertib dan baik budi bicara
o Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
o Cekal menghadapi cabaran
o Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
o Selalu berpura-pura dalam tindakan
o Bersikap sombong dan suka menunjuk-tunjuk
o Sukar untuk membuat kebajikan
o Suka mengumpat dan menfitnah rakan sejawat
o Tamak dalam mengejar pangkat dan
kedudukan
o Gopoh dalam setiap tindakan
o Mengampu untuk mendapat pujian
o Mungkir janji
o Suka menghina dan meremehkan usaha orang
lain
o Pemarah dan tidak sabar
o Khianat dalam menjalankan tugas
o Berdendam serta hasad dengki
o Bersungguh-sungguh mempertahankan
kelemahan dan keburukan diri
o Suka membangkang tanpa cadangan untuk
memperbaikinya
o Mementingkan diri sendiri
o Lembab dan malas berusaha
o Pengotor dan selekeh dalam kehidupan
o Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
o Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri
o Suka membuat janji palsu
o Bersikap birokratik dan autokratik dalam
membuat keputusan
o Percaya pada perkara tidak masuk akal
o Menfitnah orang lain
o Suka mengintip salah silap orang
o Tidak ada pendirian tetap
o Tidak berdisiplin
4
SIFAT KETINGGIAN PERIBADI
Antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah:
(i) Bersopan santun
(ii) Amanah
(iii) Saling hormat-menghormati
(iv) Sedia membantu.
Sebaliknya, kerendahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, dari
perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah,
menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala
tindak-tanduknya.
Values aren't buses... They're not supposed to get
you anywhere. They're supposed
to define who you are.
Jennifer Crusie
5
Peribadi seseorang ialah “the total personility” – wataknya, sikapnya,
perilakunya dan gaya dia membawa diri dalam pergaulan sesama manusia,
baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat
umum.
Pengalaman hidup biasanya membina watak. Namun watak sahaja tidak
cukup untuk membentuk satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan
terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang
lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut
mewarnakan peribadi.
6
Selain itu, gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan lagi hiasan
luaran peribadi. Sifat dalaman seseorang itu perlu tenang, bercakap belas
kasihan tetapi tegas beramah mesra, berdisiplin dan pemaaf terhadap
kesalahan orang lain. Ketinggian peribadinya akan dilihat sebagai contoh
seseorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
Extend to each person, no matter how trivial the
contact, all the care and kindness and
understanding and love that you can muster, and do
it with no thought of any reward. Your life will
never be the same again.
Og Mandino (1923-1996); Essayist, Psychologist
7
TIGA PERKARA YANG PERLU DITINGKATKAN
UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PERIBADI
1. Selalu berusaha meningkatkan pengetahuan, kecerdasan, kecerdikan,
dan akal sihat, serta tidak lupa selalu berusaha mengembangkan daya
analisis yang teliti.
2. Selalu berusaha menjaga dan meningkatkan kematangan emosi dan
selalu mampu untuk bersikap bijaksana.
3. Selalu berusaha meningkatkan moral, dan mental yang lebih baik.
Langkah peningkatkan tiga hal tersebut, maka harus banyak membaca
buku-buku yang bermanfaat, berdiskusi dengan menggunakan pemikiran
buruk atau baik sesuatu dan memiliki akal sihat, perlu setiap saat selalu
berusaha menambah pengetahuan yang dimiliki.
8
LANGKAH SEDERHANA UNTUK MENINGKATKAN
KUALITI PERIBADI
1. MEMBACA
Membaca adalah sesuatu yang sangat sederhana, tetapi dalam
pelaksanaannya tidaklah mudah. Membaca merupakan perbuatan yang
memerlukan konsentrasi tinggi. Namun dengan membaca banyak kita
memperolehi manfaat darinya. Membaca adalah proses input data yang
tepat. Dengan membaca, banyak informasi kita perolehi. Dari membacalah
seorang ahli fikir biasa mengatakan sebuah teori dengan jelas. Membaca
harus dibiasakan sejak kanak-kanak lagi. Tanpa membaca, otak kita akan
kering, sempit dan tidak memiliki gambaran tentang dunia sebenar.
Membaca akan melengkapi data kita. Otak akan lebih kreatif dalam
menyikapi segala situasi.
9
2. MENDENGAR
Mendengar juga adalah pekerjaan yang sangat memerlukan konsentrasi
yang tinggi. Namun mendengar banyak sekali manfaat yang biasa kita
perolehi. Terbiasa mendengar, banyak informasi yang kita dapat, yang
mungkin, kita tidak perolehi pada buku-buku bacaan kita. Mendengar akan
melatih kesabaran, ketelitian dan konsentrasi. Kesannya, jika kita
mendengarkan huraian seseorang, maka orang tersebut akan lebih hormat
kepada kita. Ingat! Orang berpengaruh lebih banyak mendengar daripada
berbicara.
10
3. MENULIS
Kegiatan menulis, akan menguji kemampuan kita dalam menyerap ilmu
dan informasi dari kegiatan membaca dan mendengar. Menulis akan
melatih kita menerapkan pola fikir yang kritis, dan kaya akan ilmu
pengetahuan. Walaupun terasa berat, namun menulis sangat bermanfaat.
Melalui tulisanlah kita biasa meluangkan “idea-idea” kita. Menulis
menjadikan kita saranan untuk membentuk karakter, publikasi atau
merupakan kesenangan tersendiri. Bahkan biasa dijadikan alternatif mata
pencarian.
11
4. BERTINDAK (“Action”)
Kita cuba melihat “kegiatan menulis” sebagai salah satu langkah
peningkatan diri. Inilah tips yang paling penting. Melakukan Sesuatu!
Kerana ia berkaitan dengan bukti. Walau seseorang telah melakukan
kegiatan baca dan dengar, sebagai sarana menimbah ilmu pengetahuan.
Namun tanpa mencuba untuk menulis sesuatu yang diyakininya. Sesuatu
yang menurutnya mampu membawanya pada gerbang kejayaan. Maka
ilmu pengetahuan yang diperolehnya, akan mengalami kegagalan. Tidak
terbiasa melakukan atau bertindak maka ilmu yang diperolehinya akan
membazir. Lambat laun akan jadi lemah dan lumpuh.
12
5. MENGHAYATI
Menghayati adalah proses perenungan dari apa yeng telah dilakukan
selama ini. Biasakan aktiviti menghayati setiap kegiatan, melakukan
pembetulan diri dan peluang dalam setiap kesempatan.
Sebagai manusia biasa, tentunya kita tidak luput dari segala kesalahan.
Kadang-kadang kita melangkah dengan penuh semangat, namun lupa akan
penghayatan dari apa yang kita lakukan. Sehingga kita tidak mampu
melihat, bidang-bidang yang mungkin akan memberikan peluang yang luar
biasa bagi kemajuan kualiti diri kita yang lengkap.
Dengan menerapkan kelima perkara di atas, pastilah kita akan dapat
manfaat dalam meningkatkan kualiti peribadi kita.
I am thankful for nights that
turned into mornings, friends
that turned into family, and
dream that turned into
reality.
13
10 KUALITI PERIBADI YANG HARUS KITA MILIKI
1. KETULUSAN
- Ketulusan menempati peringkat pertama sebagai sifat yang disukai
semua orang.
- Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai, kerana
yakin bahawa dia tidak akan dibodohi dan dibohongi,
- Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-
ada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar balikkan fakta,
prinsipnya ya di atas ya, dan tidak di atas tidak.
- Tentu akan lebih “ideal” bila ketulusan yang selembut merpati itu
diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan
tidak menjadi sikap bersahaja yang biasa merugikan diri sendiri.
14
2. RENDAH HATI
- Beza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendahan
hatinya justeru mengeluarkan perasaan kekuatan.
- Hanya orang yang kuat jiwanya yang biasa bersikap rendah hati. Dia
seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk.
- Orang yang rendah hati biasa mengakui dan menghargai keunggulan
orang lain. Dia biasa membuat orang yang diatasnya merasa OK dan
membuat orang yang di bawahnya tidak merasa KO.
3. KESETIAAN
Kesetiaan sudah menjadi sesuatu yang jarang berlaku dan sangat tinggi
harganya. Orang yang setia selalu biasa dipercaya dan boleh dipercayai. Dia
selalu menepati janji, punya komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak
suka berkhianat.
15
4. BERSIKAP POSITIF
- Orang yang bersikap positif selalu berusaha melihat segala dari kaca
mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun.
- Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang
lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada putus asa, lebih
suka mencari “solution” dari “frustration”, lebih suka memuji dari
mengkritik.
5. KECERIAAN
- Kerana tidak semua orang dikurniakan “temperament”, maka
keceriaan tidak harus diertikan sebagai “expression” wajah dan tubuh
tetapi adalah sikap hati.
- Orang yang ceria adalah orang yang biasa menikmati hidup, tidak
suka sedih dan selalu berusaha meraikan kegembiraan. Dia biasa
mentertawakan situasi orang lain dan juga dirinya sendiri. Dia punya
potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain
16
6. BERTANGGUNGJAWAB
- Orang yang bertanggung jawab akan melaksanakan kewajibannya
dengan bersungguh-sungguh.
- Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika
mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk
disalahkan.
- Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan
menyalahkan sesiapa pun. Dia menyedari bahawa dirinya yang
bertanggung jawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya
7. KEPERCAYAAN DIRI
- Rasa kepercayaan diri memungkinkan seseorang menerima dirinya
sebagaimana menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
- Orang yang mempercayakan diri mudah menyesuaikan diri dengan
lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus
dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
You’ll never believe in yourself, if you keep
comparing yourself to others.
17
8. KEBESARAN JIWA
- Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan
orang lain.
- Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh
rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia
tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan
keputusasaan
9. “EASY GOING”
- Orang yang “easy going” menganggap hidup adalah ringan.
- Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Tetapi berusaha
mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkitkan
masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu
ambil tahu dan “stress” dengan masalah-masalah yang berada di luar
kawalannya.
18
10. “EMPATHY”
- “Empathy” adalah sifat yang sangat mengkagumkan.
- Orang yang “empathy” bukan saja pendengar yang baik tapi juga
biasa menempatkan diri pada tempat orang lain. Ketika terjadi konflik,
dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak
suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu
berusaha memahami dan mengerti keadaan orang lain.
TREAT PEOPLE AS IF THEY WERE
WHAT THEY OUGHT TO BE AND
YOU HELP THEM TO BECOME
WHAT THEY ARE CAPABLE OF
BECOMING.
GOETHE
19
Jika ada kesilapan bahasa atau
kata-kata yang menyinggung perasaan.
Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,
mohon ampun dan maaf.
Sekian, terima kasih.
Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila
hubungi kami :
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
No. Telefon : 05-5015258
No. Fax : 05-5267945
e-mel : 1govuc\khadijah.mohd.moe