sek 20 award 18279
DESCRIPTION
SEK 20 AWARD 18279TRANSCRIPT
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KES NO: 16/4-447/11
DI ANTARA
ENCIK TAN POH THIAM
DAN
DAILY FRESH FOODS SDN. BHD.
AWARD NO: 162 TAHUN 2013
Di Hadapan : Y. A. TUAN ROSLAN BIN MAT NOR- PENGERUSI
Tempat : Mahkamah Perusahaan MalaysiaCawangan Johor
Tarikh Rujukan : 29.12.2010.
Tarikh Sebutan : 20.06.2011; 20.07.2011.
Tarikh Perbicaraan : 16.01.2012; 26.03.2012; 31.05.2012;13.08.2012; 14.08.2012; 18.10.2012;02.11.2012.
Perwakilan : Dr. Clarence Edwin dan Encik R. Paramanandan Dari Tetuan Clarence Edwin Law OfficesMewakili Pihak Menuntut
Puan Rajeswary GirupaiDaripada Tetuan Nora, S. W. Lam & AssociatesMewakili Pihak Responden
1
Rujukan :
Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3), Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Tan Poh
Thiam (selepas ini disebut sebagai “Pihak Menuntut”) oleh Daily Fresh Foods Sdn.
Bhd. (selepas ini disebut sebagai “Pihak Responden”) pada 02.07.2009. Kes ini
telah dirujuk oleh Y. B. Menteri Sumber Manusia pada 29.12.2010 dan diterima
oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 30.03.2011.
AWARD
Fakta Kes
1. Pihak Menuntut telah mula bekerja di syarikat Pihak Responden pada
01.08.2002 sebagai Pengurus Besar Jualan. Pihak Menuntut telah diberikan
bayaran gaji pokok sebanyak RM8,000.00 sebulan. Pihak Menuntut telah
menyatakan di dalam pernyataan saksi bahawa beliau telah diberi kenaikan gaji
kepada RM10,000.00 mulai 15.04.2006. Walau bagaimanapun, Pihak Responden
telah mengurangkan kembali gaji pokoknya kepada RM8,000.00 sehingga Pihak
Menuntut dibuang kerja.
2. Pada 08.05.2009, Pihak Responden telah memberikan surat tunjuk sebab
seperti yang terdapat di halaman 8 hingga 12 COB. Pihak Menuntut telah
menjawab surat tunjuk sebab tersebut pada 15.05.2009 seperti di halaman 13
hingga 19 COB. Pihak Responden telah mengemukakan notis siasatan dalaman
2
seperti di halaman 20 hingga 22 COB. Siasatan dalaman dilakukan pada
19.06.2009. Nota siasatan dalaman terdapat di halaman 271 hingga 382 COB.
Hasil daripada dapatan siasatan dalaman tersebut, Pihak Menuntut telah dibuang
kerja oleh Pihak Responden melalui surat bertarikh 02.07.2009 di halaman 383
COB. Pihak Menuntut telah dikenakan lima pertuduhan seperti yang tertera di
halaman 21 hingga 22 COB seperti berikut :
CHARGE # 1 CONTRACT RENEWAL:-
1. You have failed, omitted and/or neglected to monitor the status
of the Company's agency/stockist contract with BFM which
expired on 30.3.2004 and to inform the Company's Managing
director of the expired status.
2. You have failed and/or neglected to make the
recommendations for renewal or termination of the contract
with BFM and EIT following the said expiry.
3. Whereas the earlier contract with EIT which application as
stockist was recommended by you expired on 31.8.2006 you
failed omitted and/or neglected to take steps to prevent the
Company from dealing with a different entity that is EDARAN
INNOVATIVE TRADING (REG NO: 001718648-T).
4. You also failed to prepare and/or submit any application form
in respect to EDARAN INNOVATIVE TRADING (REG. NO.
001718648-T) to the Managing Director.
3
You thereby misled the Managing Director in continuing to pay
subsidies to a party who had not complied with procedures for
stockist appointment and failed to protect the Company's best
interest.
CHARGE # 2 FAILURE TO VERIFY VALIDITY STATUS OF COMPANY
1. As General Manager of Sales who recommended that the
Company grant distribution rights to EIT, and signed
application form. You failed and/or neglected to monitor the
legal status of EIT.
Despite EIT no longer existing as of 20.12.2002, you
recommended it to be a distributor. By submitting and
recommending the application form dated 1st Mac 2006. You
failed and/or neglected to exercise prudence and due care in
the exercise of your duties.
2. That you have failed and/or neglected to notify/report and
keep the company informed of this situation and to take any
steps to remedy the same timeously.
CHARGE # 3 FAILURE TO VERIFY SALES MADE TO PETRONAS STATIONS
1. You failed and/or neglected to verify whether EIT was in fact
(in order to qualify for subsidy) distributing the Company's products to the Petronas petrol stations such as Stesen
Minyak Mali and Gasing Mewah Enterprise (“the said
customers”) as indicated in the reports supplied by EIT.
4
2. You prepared a summary report that contained false
information and data for purposes of rebate payment to
Petronas Dagangan Bhd.
CHARGE # 4 APPROVAL OF REBATES TO PETRONAS DAGANGAN BHD
1. You approved rebates to Petronas Dagangan Bhd. for supplies
by BFM and EIT which were not wholly to Petronas stations.
2. You mislead the Managing Director into believing the amounts
you approved for rebates to Petronas Dagangan Bhd. were true
and correct.
See invoices from BFM and not EIT to Petronas stations.
C) IN RESPECT OF CHAN LAI KUAN & ECONOMIC FORCE SDN. BHD.
CHARGE # 5
1. That you recommended one individual CHAN LAI KUAN (IC NO:
810606-06-5488) (“CLK”) as stockist. However, our
investigations show that EF billed the customers including
Petronas petrol stations. However, payment for stocks were
made to the Company by EF. Further, stocks were sent to the
Company directly to the Customers which is not the usual
course of business with a stockist. You further arranged for
the Company to charge a lower transport fee to CLK. You
failed, omitted and/or neglected to monitor the sales to CLK.
2. You further failed to inform the Managing Director that there
5
were no sales to CLK and make recommendations accordingly.
3. You failed to prepare and submit an application form for EF to
be appointed as stockist or other wise for approval by the
Managing Director of the Company before commencement of
business dealings with EF.
4. You permitted sales to continue with EF although there was no
application form or agreement with EF.
5. You have also failed to declare to the Company and Managing
Director at any time that your brother is running EF whereby
clearly, you have given preferential treatment/rates to CLK who
is acting on behalf of EF in respect of transport charges and
your failure to increase the price of goods supplied to CLK as
instructed by the Managing Director.
Siasatan Dalaman
3. Pihak Menuntut di dalam pernyataan kesnya telah mempersoalkan siasatan
dalaman yang dilakukan. Ini dapat dilihat di dalam perenggan 6.18, 6.19, 6.20
serta 6.21 pernyataan kes. Pihak Menuntut di dalam perenggan-perenggan
tersebut menyatakan di antara lain pengerusi siasatan dalaman adalah terdiri
daripada seseorang yang bukannya kakitangan syarikat iaitu seorang ahli parlimen.
Pihak Responden juga telah merekodkan prosiding siasatan dalaman namun
demikian sehingga penyataan kes disediakan, syarikat gagal membekalkan
rakaman video tersebut serta transkrip siasatan dalaman tersebut kepada Pihak
Menuntut. Pihak Menuntut juga menegaskan bahawa dalam siasatan dalaman
6
tersebut, Pihak Responden telah gagal membuktikan keterangan bagi menyokong
pertuduhan yang dikenakan terhadap Pihak Menuntut. Pihak Menuntut juga di
dalam siasatan dalaman tersebut telah mengemukakan keterangan yang
mencukupi untuk menangkis segala pertuduhan yang dikenakan dalam kertas
pertuduhan.
4. Sebaliknya, Pihak Responden di dalam pernyataan jawapan menegaskan
bahawa siasatan dalaman telah dijalankan dengan mematuhi prinsip keadilan asasi
dan telah memberi peluang sepenuhnya kepada Pihak Menuntut untuk menjawab
segala pertuduhan terhadapnya di hadapan panel siasatan dalaman. Ini dapat
dilihat melalui persediaan Pihak Menuntut semasa siasatan dalaman tersebut dan
mengemukakan soalan-soalan kepada saksi-saksi semasa siasatan dalaman
dijalankan. Ini dapat dilihat di perenggan 18 pernyataan jawapan Pihak
Responden.
5. Pihak Menuntut di dalam hujahannya melalui peguambela beliau telah
menyatakan berkenaan siasatan dalaman seperti berikut :
14. Concerning the fact that the dismissal was grounded on a
charge not leveled against Tan in the charge-sheet and the
invitation of an outsider to chair the panel of the domestic
inquiry, we are cognizant of the decision of the Federal Court in
Dreamland Corp (M) Sdn. Bhd. v. Choong Chin Sooi & Industrial Court of Malaysia [1988] 1 CLJ 1 which
established that any defect in natural justice could and ought
7
to be cured by the inquiry in the Industrial Court.
15. Thus, based on that principle and premised thereon that the
hearing before Yang Arif is a fresh hearing, we turn to each
ground stated in the letter of dismissal and whether the
Company has proved on a balance of probabilities that Tan's
dismissal was with just cause and excuse. Only these grounds
are relevant and ought to be considered by this Court.
Fakta bahawa prosiding siasatan dalaman tersebut direkodkan melalui rakaman
video telah disahkan oleh COW1 yang merupakan individu yang merakamkan
siasatan dalaman tersebut. COW1 telah menyediakan nota siasatan dalaman
seperti di halaman 271 sehingga 382 COB. Selain itu, di halaman 272 COB juga
telah menyatakan bahawa siasatan dalaman tersebut akan direkodkan seperti
berikut :
Chairman : The whole conversation will be recorded.
T : Will I be extended a copy of the recording?
Chairman: Yes.
T : Yes. I want to be sure. Everything I ask is for
confirmation. But I want to qualify that any video
that is taken will not be linked to outside. Can you
give me the assurance?
Chairman : Will not be leaked to outside?
T : Will not be linked and will not be leaked to outside,
both. Can I have the assurance Mr Chairman?
Chairman : Yes.
8
Di dalam kes ini, mahkamah telah meneliti rakaman video siasatan dalaman
tersebut yang digunakan sebagai eksibit yang ditandakan sebagai COB3. Rakaman
video tersebut dilihat bersama-sama dengan nota siasatan dalaman seperti di
halaman 271 hingga 382 COB bagi menentukan sama ada siasatan dalaman telah
dilakukan dengan mematuhi prinsip keadilan asasi dan perbicaraan yang adil.
Pada masa yang sama, mahkamah juga perlu melihat sama ada Pihak Menuntut
telah diberi peluang untuk mengemukakan soalan-soalan kepada saksi-saksi di
dalam siasatan dalaman tersebut. Jika diteliti kepada nota siasatan dalaman,
adalah jelas menunjukkan bahawa Pihak Menuntut telah membuat bantahan
terhadap keanggotaan panel siasatan dalaman terutamanya dipengerusikan oleh
seorang yang tidak bekerja di dalam syarikat. Ini dapat dilihat di halaman 272a
COB. Bantahan tersebut telah ditolak oleh panel siasatan dalaman. Ketika
mahkamah meneliti rakaman video prosiding siasatan dalaman di COB3,
mahkamah mendapati Pihak Menuntut telah diberikan peluang untuk
mengemukakan soalan kepada saksi-saksi yang dikemukakan oleh syarikat. Ia
juga dapat dicerminkan melalui nota siasatan dalaman yang dikemukakan di
halaman 271 hingga 382 COB. Mahkamah gagal mengesan apa-apa petanda yang
menunjukkan bahawa Pihak Responden telah menghalang Pihak Menuntut
daripada mengemukakan mana-mana saksi atau soalan kepada saksi-saksi Pihak
Responden. Malahan di dalam rakaman video COB3, dapat dilihat dengan jelas di
mana Pihak Menuntut telah mengemukakan dokumen-dokumen kepada panel serta
soalan-soalan kepada saksi bagi mempertahankan dirinya daripada pertuduhan
yang dikenakan kepada Pihak Menuntut. Selain itu, setiap pertuduhan telah
9
dibacakan kepada Pihak Menuntut sebelum saksi-saksi memberikan keterangan
berkenaan pertuduhan-pertuduhan tersebut. Oleh itu, mahkamah berpendapat
bahawa dakwaan siasatan dalaman ke atas Pihak Menuntut telah dilakukan secara
tidak adil dan melanggari prinsip perbicaraan yang adil dan keadilan asasi tidak
dapat disokong dengan keterangan dan tidak dapat ditunjukkan berlaku melalui
rakaman video di COB3 dan nota siasatan dalaman di halaman 271 hingga 382
COB. Mahkamah berpendapat bahawa siasatan dalaman tersebut telah dilakukan
dengan mematuhi prinsip keadilan asasi dan perbicaraan yang adil. Mahkamah
akan menggunakan nota prosiding siasatan dalaman tersebut bersama-sama
dengan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi semasa perbicaraan di
mahkamah bagi memutuskan sama ada pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah
adil dan beralasan atau sebaliknya.
Keterangan Berkenaan Pertuduhan-Pertuduhan
6. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pihak
Responden dan Pihak Menuntut terhadap pertuduhan-pertuduhan yang
dikemukakan kepada Pihak Menuntut, adalah dapat dilihat seperti berikut :
a) Pertuduhan Pertama dan Kedua
i. Keterangan Pihak Responden
COW2 dalam keterangannya semasa perbicaraan menyatakan perjanjian di antara
Pihak Responden dan Petronas Dagangan Berhad di halaman 24 hingga 26 COB
tidak ditandatangan oleh Petronas Dagangan Berhad. Ia hanya ditandatangani oleh
10
Pengarah Urusan Pihak Responden iaitu COW4. Ini telah menyebabkan Pihak
Responden telah mengalami kerugian yang dinyatakan oleh COW2 seperti berikut :
“S: Apakah kesan perjanjian tidak disempurnakan?
J: Pihak Responden tidak akan terikat dengan syarat dalam
perjanjian ini kerana ia tidak ditandatangani oleh Pihak
Petronas Dagangan Berhad.
S: Apakah syarikat mengalami apa-apa kerugian akibat hal ini?
J: Pihak Responden mengalami kerugian di atas urusniaga
bersama dengan Petronas Dagangan Berhad berikutan
dengan terdapat perbezaan kuantiti di antara rebat jualan
bulanan dengan invois sebenar pihak pelanggan.
S: Apakah dokumen yang menunjukkan kerugian ini?
J: Untuk jalankan urusan dengan Petronas Dagangan Berhad,
Pihak Menuntut perkenalkan dua agen iaitu Bagus Foods
Marketing dan Edaran Innovative Trading. Rujuk muka surat
142 sehingga 156 COB sebagai Edaran Innovative Trading dan
muka surat 157 hingga 205 COB sebagai Bagus Food
Marketing.”
COW2 juga menyatakan bahawa adalah menjadi tugas Pihak Menuntut untuk
memastikan bahawa perkara sedemikian tidak berlaku dan memastikan laporan
kuantiti di halaman 157 hingga 205 COB adalah teratur iaitu kuantiti sebenar
disahkan sebelum membuat bayaran rebat kepada Bagus Food Marketing.
7. COW2 juga menyatakan dalam keterangannya bahawa contoh perbezaan
laporan tersebut dan kesannya kepada Pihak Responden seperti berikut :
11
“S: Bagaimana terdapat perbezaan dalam laporan ini?
J: Pihak Menuntut sepatutnya memastikan kuantiti dalam
laporan 157 hingga 205 COB untuk Bagus Food Marketing,
kuantitinya benar sebelum bayaran dibuat.
S: Apakah yang syarikat dapati?
J: Syarikat mendapati perbezaan kuantiti. Sebagai contoh muka
surat 164 COB, Wajah Sutera Petroservices. Kuantiti yang
dinyatakan dalam report, invois asal adalah 3 sahaja. Invois di
muka surat 165 COB arahan pembayaran rebat
berdasarkan laporan bulanan di 164 COB.
S: Rujuk muka surat 136 COB, siapa yang menyediakan
dokumen ini?
J: Saya yang menyediakannya untuk melihat perbezaan jumlah
yang kita terlebih bayar kepada pihak Petronas Dagangan
Berhad.
Apabila dalam laporan jualan kuantiti lebih tinggi dari jualan
sebenar, pengiraan rebat dibuat atas pengiraan tersebut.
Pihak Petronas Dagangan Berhad mengenakan charge antara
2% daripada jumlah jualan bulanan. Malangnya jumlah
sebenar adalah kurang dari laporan yang disediakan.
Rujuk muka surat 164 dan 165 COB, jualan sebenar ialah
RM1,035.00. Laporan di muka surat 164 RM1,306.00.”
COW2 juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa hasil siasatan yang
dilakukan oleh syarikat, terdapat unsur-unsur penipuan daripada Bagus Food
Marketing dan ada menunjukkan bahawa syarikat Edaran Innovative Trading telah
tamat tempoh operasinya. Namun, ia tetap dicadangkan oleh Pihak Menuntut
untuk berurusan dengan syarikat. COW2 menyatakan seperti berikut :
12
“J: Untuk muka surat 206 COB dibuat ke atas Syarikat Bagus
Food Marketing setelah saya mendapati ada unsur-unsur
penipuan dari Bagus Food Marketing iaitu perbezaan kuantiti.
Muka surat 208 COB, laporan ini dibuat ke atas Syarikat
Edaran Innovative Trading atas alasan syarikat ini telah tamat
tempoh beroperasi setelah saya semak dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Rujuk muka surat 59 hingga muka
surat 71 COB, syarikat ini didaftarkan sebagai agen syarikat.
Pada tahun 2006, syarikat ini tidak beroperasi semenjak
20.12.2002 (muka surat 66 COB). Saya rujuk muka surat 117
COB alamat Edaran Innovative adalah rumah kediaman.
S: Bagaimana anda nyatakan Encik Tan perkenalkan kepada
Syarikat?
J: Berdasarkan dokumen di muka surat 59 COB, ia diluluskan
oleh Pihak Menuntut.
S: Adakah muka surat 59 COB tandatangan Encik Tan?
J: Ya.”
COW2 meneruskan keterangannya dengan menyatakan bahawa sebagai seorang
pengurus, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Menuntut bagi membuat
pemeriksaan berkenaan kedudukan syarikat Edaran Innovative Trading sebelum
memperkenalkan kepada pihak pengurusan syarikat. COW2 menyatakan bahawa
syarikat telah membuat bayaran kepada Edaran Innovative Trading sebanyak
RM3,000.00 setiap bulan. Semasa pemeriksaan balas, COW2 mengakui bahawa
bayaran yang dibuat kepada Bagus Food Marketing adalah berdasarkan kepada
invois yang dibekalkan oleh Petronas Dagangan Berhad dan bukannya didapati
13
secara langsung daripada Bagus Food Marketing. COW2 juga di dalam
keterangannya semasa pemeriksaan balas tidak dapat mengemukakan bukti
berkenaan dengan kerugian yang dialami oleh syarikat ekoran daripada kegagalan
Petronas Dagangan Berhad menandatangani perjanjian di halaman 24 COB. COW2
menyatakan seperti berikut semasa pemeriksaan balas :
“S: Kamu telah menyatakan bahawa akibat perjanjian di muka
surat 24 hingga 24 COB tidak ditandatangan, syarikat tidak
dilindungi oleh terma-terma dan syarat-syarat perjanjian ini
di dalam urusniaga dengan Petronas Dagangan Berhad.
Bolehkah kamu kemukakan bukti kepada mahkamah bahawa
pihak Petronas Dagangan Berhad telah tidak mematuhi terma-
terma ini yang telah mengakibatkan syarikat tidak dilindungi?
J: Tiada bukti.
S: Saya cadangkan bahawa fakta bahawa perjanjian di muka
surat 24 COB tidak ditandatangan oleh Petronas tidak sama
sekali menjejaskan urusniaga dan kedudukan syarikat.
Setuju atau tidak? Kalau tidak setuju, bolehkah kamu
kemukakan bukti sebenar “actual proof” bahawa syarikat
memang dijejaskan?
J: Tidak setuju, saya tiada bukti mengenainya.”
Walau bagaimanapun, COW2 tetap menyatakan bahawa pengeluaran invois kepada
Bagus Food Marketing adalah dikeluarkan oleh Jabatan Jualan dan Pemasaran dan
bukannya Jabatan Akaun walaupun bersetuju bahawa cek bayaran rebat tersebut
disediakan oleh Jabatan Akaun dan ditandatangani oleh COW4.
14
8. Berkenaan dengan urusan syarikat dengan Edaran Innovative Trading, COW2
semasa pemeriksaan balas bersetuju bahawa Pihak Menuntut telah gagal untuk
membawa kepada perhatian syarikat berkenaan perbezaan dengan Edaran
Innovative Trading (2N) dan Edaran Inovative Trading (1N) serta bersetuju bahawa
maklumat dalam borang permohonan kredit tersebut yang diluluskan pada 2006
adalah merujuk kepada Edaran Inovative Trading (1N). COW2 menyatakan seperti
berikut :
“S: Saya cadangkan bahawa berdasarkan fakta bahawa Edaran
hanya didaftar pada 2007 dan ia adalah bahawa nombor
pendaftaran Edaran Inovative Trading yang wujud atas borang
Credit Application Form yang diluluskan pada 2006, ia adalah
jelas bahawa borang Credit Application Form di muka surat 59
COB sebenarnya merujuk kepada Edaran Inovative Trading
dan bukan Edaran? Setuju atau tidak?
J: Setuju.
S: Rujuk kepada muka surat 11 CLB-1. Adakah kamu setuju ini
adalah delivery order cum invoice syarikat kepada Edaran
Inovative Trading pada 09.09.2005 dan barangannya diterima
oleh Bagus Food Marketing?
J: Setuju.
….............
S: Rujuk kepada muka surat 23 CLB-1. Adakah kamu setuju ini
adalah delivery order cum invoice syarikat kepada Edaran
Inovative Trading pada 09.09.2005 dan barangannya diterima
oleh Edaran?
J: Setuju.
15
S: Adakah kamu setuju bahawa walaupun ada perbezaan dalam
nombor pendaftaran Edaran Inovative Trading dan Edaran,
syarikat telah berurus dengan individu yang sama iaitu Encik
Kamarudin bin Drahim iaitu pemilik Bagus Food Marketing?
J: Ya, setuju.”
9. Seterusnya, COW4 di dalam keterangannya menyatakan berkenaan dengan
kesilapan yang dilakukan oleh Pihak Menuntut dalam mengesyorkan syarikat
Edaran Innovative Trading (2N) kepada Pihak Responden tanpa semakan terlebih
dahulu. Ia adalah merupakan tanggungjawab Pihak Menuntut. COW4 menyatakan
seperti berikut :
“Q: What is Mr. Tan duties in relation to the appointment of
Edaran Innovative Trading?
A: He should check or verified that the company is still existed.
The registration form must be attached to the application Form
49. We paying the RM3,000.00 every month for a long time. It
is Bagus Food Marketing receiving RM2,000.00.
The person who sell the goods are Bagus Food Marketing as
been seen in page 81 COB. Refer to page 143 COB, sales
registered with Petronas Dagangan Berhad outlet A21511
prepared by Edaran Inovative Trading. Invoice No. A21511
stated Bagus Food Marketing.”
Walau bagaimanapun, COW4 mengakui bahawa beliau boleh memberikan kata
putus bagi pelantikan sesebuah stokis tetapi ia adalah bergantung kepada syor
yang dibuat oleh Pihak Menuntut. COW4 menyatakan seperti berikut :
16
“Q: Refer to ground (a) and (c) of the letter of dismissal. Do you
agree that these grounds refer to the issue of the appointment
of stockist Bagus Food Marketing and Edaran Inovative
Trading and renewal of their stockist contracts that have
expired and the claimant's alleged failure to renew those
contracts? Agree or disagree?
A: I agree.
Q: Whose job is it to recommend stockists to the company?
A: The claimant.
Q: Who recommend Bagus Food Marketing and Edaran Inovative
Trading as stockists?
A: The claimant.
Q: Refer to pages 1 to 2 and 5 to 7 of the CLB. I put it to you that
regardless who recommends stockists to the company, the final
authority to appoint any party as a stockist rests with you as
Managing Director and that is the reason you are the person
who signed the letters of appointment to Bagus Food Marketing
and Edaran Inovative Trading to appoint them as stockists.
Agree or disagree?
A: I agree reliance to the Mr. Tan.”
COW4 juga menyatakan bahawa kegagalan untuk memperbaharui kontrak stokis
telah menyebabkan Pihak Responden mengalami kerugian dan tidak bersetuju
bahawa ia tidak memberi kesan kepada syarikat. COW4 menyatakan seperti
berikut :
“Q: I put it to you that the renewal or non-renewal of the stockist
17
contracts with Bagus Food Marketing and Edaran Inovative
Trading did not in any way cause any disruption or
impediment to the company's business operations. Agree or
disagree? If you disagree, can you explain what were the
disruptions and impediments to the company's business?
A: I disagree. The contract never renewed. The appointment of
Bagus Food Marketing and Edaran Innovative Trading, we
paying subsidiary RM2,000.00 to RM3,000.00 which must
make sure they do the stockist job. We found Edaran
Innovative Trading had never do any stockist facility but they
received RM3,000.00 every month for many years.”
COW4 mengakui bahawa melalui rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (selepas ini
disebut sebagai 'SSM') seperti yang terdapat di halaman 63 COB, sebenarnya Pihak
Responden telah mendaftarkan Edaran Innovative Trading (2N) seperti yang
terdapat di halaman 59 COB. COW4 menyatakan seperti berikut :
“Q: I put it to you that in light of the fact that Edaran was only
registered in 2007 and that Edaran Inovative Trading's
business registration number appears on the credit
application form which was approved in 2006, that it is
obvious that the credit application form appearing at page 59
of COB refers to Edaran Inovative Trading and not Edaran.
Agree of disagree?
A: Yes.
Q: Refer to page 296 and 297 of COB. In the domestic inquiry you
had testified that the company never dealt with Edaran
Inovative Trading but only with Edaran based on the credit
application form at page 59 of COB. Since Edaran (double N)
18
was not a stockist, the company's contention was why was a
subsidy being paid? It was your evidence at the domestic
inquiry that there were never any invoices issued to Edaran
Inovative Trading (single N) and all dealings were with Edaran
(double N). Yes or no?
A: Yes.
Q: Refer to pages 11 to 13 of CLB-1. I put it to you that these are
invoices the company issued to Edaran Inovative Trading spelt
with 1 N. Agree or disagree?
A: Yes.”
ii) Keterangan Pihak Menuntut
Pihak Menuntut di dalam keterangannya menyatakan bahawa bukanlah
tanggungjawab beliau untuk memastikan pembaharuan kontrak stokis. Ia adalah
seperti yang dinyatakan oleh beliau seperti berikut :
“Q: You agree that it is in fact your duty as the General Manager in
charge of the Administration, Accounts and Personnel
Department to ensure that a proper contract with the
stockist/agent is drawn up and renewed accordingly when it
expires to fully protect the company?
A: I disagree.
Q: And it is your duty as the General Manager to check if the
stockist/agent that you admit to have recommended to the
company actually exists before recommending your Managing
Director to accept and enter into a contract with this
stockist/agent?
A: I disagree to physical checking that is Sales and Marketing
Department function. SSM report is not my duty. I check
19
whether the company go cold room and whether the other
company have a dealing with the company. SSM check by the
account department.”
Sementara itu, berkenaan dengan cadangan Pihak Menuntut untuk menjadikan
Edaran Innovative Trading sebagai stokis kepada syarikat adalah berdasarkan
kepada dokumen yang dikemukakan bagi maksud Edaran Inovative Trading dengan
1N. Ia juga berdasarkan semakan yang dibuat oleh Pihak Menuntut dari syarikat
lain berkenaan dengan syarikat Edaran Inovative Trading (1N). Pihak Menuntut
menyatakan seperti berikut :
“Q: I refer to page 59 COB – agreed that this is your signature
approving the opening of new account for credit for Edaran
Innovative Trading (EIT)?
• Agreed that the company found following investigations and
CCM search page 69 that in Edaran Innovative's case, this
company does not even exists and yet you continued to allow
the company through it sales department to trade with and
to approve and recommend subsidies to it?
• Agreed that it is your duty to verify the status of the
company your recommended as the General Manager,
including conducting site etc, and taken due care, to protect
the company's interest, and not expose it to risks or potential
risks?
A: Yes, this is my signature. I disagree that I yet continued to
allow the company through the company sales company.
This the company at page 59 COB referred at page 66 COB.
Q: The company double “N” not exist the Form 59?
20
A: When I approved it is mean for single “N” that why the
business representation number refer to single “N”. I approved
the credit at page 59.
Q: If you recommend the stockist you can do diligently by
checking SSM registration?
A: I approved credit because I check with other company, who is
deal with the Edaran Innovative Sdn. Bhd. and they have a
good payment record.
Q: You fail to protect the interest of the company?
A: I totally disagree.”
Sementara itu, berkenaan dengan apakah syarikat yang sebenarnya yang
dicadangkan kepada Pihak Responden sama ada Edaran Inovative Trading (1N) atau
Edaran Innovative Trading (2N), Pihak Menuntut memberikan penjelasan semasa
pemeriksaan balas di mahkamah seperti berikut :
“Q: When you open page 59 COB did Edaran Innovative Trading
exist?
A: I don't know.
Q: I put to you never approved for the company with single “N”?
A: I disagree.
Q: You never recommend to Managing Director to issue a stockist
agreement for single “N”?
A: I disagree.
Q: Your never recommend for double “N” Edaran Innovative
Trading?
A: I agree.
Q: Which Edaran the company pay the subsidy?
A: To a single “N” refer to page 60 COB.
21
Q: Refer to page 14 to 31 CLB1 which company you issue the
invoice?
A: It sends to the single “N”.
Q: Did you verify the single “N” or double “N”?
A: No, because we get our collection.”
Dalam erti kata lain, Pihak Menuntut tidak bersetuju bahawa semasa beliau
mencadangkan Edaran Innovative Trading (2N), ia adalah merujuk kepada syarikat
yang masih beroperasi pada masa tersebut dan bukannya syarikat yang tidak
beroperasi. Pihak Menuntut telah melakukannya dengan membuat semakan
dengan syarikat lain serta berdasarkan kepada butiran yang dinyatakan di dalam
borang permohonan. Walaupun pada masa itu tiada keterangan yang
menunjukkan Pihak Menuntut telah membuat carian di SSM berkenaan dengan
kedudukan syarikat Edaran Innovative Trading (2N) dan Edaran Inovative Trading
(1N).
10. Keterangan Pertuduhan Ketiga, Keempat dan Kelima
i) Keterangan Pihak Responden
Pihak Responden melalui COW2 telah memberikan keterangannya bahawa
sepatutnya menjadi tugas Pihak Menuntut untuk membuat semakan sama ada
bayaran rebat yang diberikan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
COW2 telah merujuk kepada halaman 46 COB iaitu bayaran rebat kepada Petronas
Dagangan Berhad sebanyak 2% yang dikatakan telah dibuat secara tidak teratur.
COW2 menyatakan seperti berikut semasa pemeriksaan balas :
22
“S: Selain Pihak Menuntut sebagai General Manager, termasuk
Managing Director yang memeriksa sales report yang berkaitan
jualan oleh ejen atau stokis sebelum Jabatan Akaun membuat
bayaran atau rebat kepada stokis atau agen ini?
J: Laporan jualan akan hanya diperiksa oleh Pihak Menuntut,
beliau akan membuat arahan kepada Jabatan Akaun. Rujuk
COB muka surat 46. Ini contoh bayaran kepada Petronas
Dagang Berhad iaitu rebat 2%.
S: Adakah syarikat mengemukakan aduan ini kepada Pihak
Menuntut mengenai kegagalan penyemakan laporan jualan.
J: Pihak Menuntut tidak mengaku di atas kesalahan tersebut
kerana beliau berdasarkan laporan jualan bulanan ini. Saya
telah memeriksa dan untuk COB muka surat 142 hingga 156
laporan jualan bagi Edaran Innovative Trading dan setelah
check, tiada sebarang invois yang dikeluarkan oleh Edaran
Innovative Trading.”
Semasa pemeriksaan balas, COW2 mengesahkan bahawa keadaan tersebut telah
menyebabkan kerugian kepada Pihak Responden. COW2 juga di dalam
keterangannya telah menjelaskan tindakan Pihak Menuntut yang melantik syarikat
yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Pihak Menuntut sebagai stokis
syarikat. Pihak Menuntut telah tidak memaklumkan kepada COW4 berkenaan
hubungan tersebut sebelum mencadangkan syarikat tersebut sebagai stokis.
COW2 menyatakan seperti berikut :
“S: Rujuk kepada perenggan (h) di muka surat 170 CLB. Adakah
23
kamu setuju bahawa alasan-alasan ini adalah berkaitan
dengan isu hubungan yang didakwa di antara Encik Tan
dengan Chan Lai Kuan dan hubungan beliau dengan
Economic Force dan konflik kepentingan (conflict of interest)
yang didakwa?
J: Setuju.
S: Adakah kamu terlibat dalam proses pelantikan Chan Lai Kuan
sebagai stokis?
J: Saya tidak terlibat.
S: Adakah kamu tahu bahawa Economic Force adalah dipunyai
dan diurus oleh abang Encik Tan?
J: Saya tidak tahu.
S: Kamu telah memberi keterangan sebelum ini bahawa syarikat
tidak pernah dimaklumkan Encik Tan ada kaitan dengan
Chan Lai Kuan atau Economic Force Sdn. Bhd. Bolehkah
kamu beritahu mahkamah bagaimana kamu dapat tahu
bahawa abang Encik Tan tersebut adalah tuan punya
Economic Force? Saya cadangkan bahawa Encik Chay telah
memberitahu kamu. Setuju atau tidak?
J: Saya tahu setelah menjalankan semakan syarikat.
S: Kamu telah memberi keterangan sebelum ini bahawa syarikat
tidak pernah dimaklumkan Encik Tan ada kaitan dengan
Chan Lai Kuan atau Economic Force Sdn. Bhd. Bolehkah
kamu beritahu mahkamah bagaimana kamu dapat tahu
bahawa abang Encik Tan tersebut adalah tuan punya
Economic Force? Saya cadangkan bahawa Encik Chay telah
memberitahu kamu. Setuju atau tidak?
J: Saya tidak setuju.”
Namun begitu, COW2 tidak begitu pasti sama ada Pihak Menuntut ada
24
memaklumkan perhubungan tersebut kepada COW4. Selain itu, COW2 juga
menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah melakukan tindakan yang melanggar
peraturan syarikat dengan menghantar stok kepada pelanggan stokis. Ia bukanlah
menjadi amalan kepada syarikat. COW2 tidak bersetuju bahawa COW4 telah
mempunyai pengetahuan berkenaan dengan penghantaran stok kepada pelanggan
stokis seperti yang dilakukan oleh Pihak Menuntut. Sementara itu, COW3 di dalam
keterangannya pula menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah enggan untuk
menaikkan harga jagung kepada Bagus Food Marketing, Edaran Innovative Trading
(2N) dan Chan Lai Kuan seperti yang diarahkan oleh COW4. COW3 menyatakan
seperti berikut :
“S: Rujuk 115 COB. Apakah ini?
J: Mr. Chay Hong Choong ada mengarahkan kenaikan harga
jagung kepada semua stokis pada 25.06.2008 dari RM14.60
kepada RM15.60 per pack. Sales and Marketing telah
mengeluarkan notis ini kepada semua ejen dan stokis.
S: Bagus Food Marketing, Edaran Innovative Sd. Bhd. dan Chan
Lai Kuan, adakah hanya kepada ejen-ejen ini?
J: Encik Tan ada beritahu saya supaya tiga ejen ini tidak
dinaikkan harga jagung.
S: Encik Tan beritahu secara peribadi atau lisan?
J: Dia beritahu saya secara lisan.
S: Apakah tindakan awak selepas itu?
J: Setelah mendengar arahan itu, saya ada menyatakan kepada
Encik Chay Hong Choong, Pengarah Urusan. Saya beritahu
Encik Tan bahawa ketiga-tiga ejen ini tidak perlu dinaikkan
harga jagung tetapi Pengarah Urusan tidak bersetuju.
25
S: Apakah sebab tiga ejen ini tidak dinaikkan harga oleh Encik
Tan?
J: Encik Tan ada beritahu saya kebanyakan pelanggan Edaran
Innovative Sdn. Bhd. dan Bagus Food Marketing kebanyakan
pelanggan adalah petrol station terutama Petronas Dagangan
Berhad.
S: Adakah anda menyampaikan kepada Pengarah Urusan alasan
Encik Tan ini?
J: Ada, Encik Chay tidak bersetuju dan minta saya beritahu
Encik Tan supaya membuat laporan jualan bagi menyokong
tindakan Encik Tan yang tidak naikkan harga itu.”
11. COW4 di dalam keterangannya di mahkamah menyatakan bahawa beliau
hanya mengetahui Economic Force Sdn. Bhd. adalah kepunyaan keluarga Pihak
Menuntut setelah melakukan penyiasatan pada awal 2009 atau Disember 2008.
Pihak Menuntut tidak pernah memaklumkan berkenaan hubungan beliau dengan
pemilik tersebut kepada COW4. COW4 menyatakan seperti berikut :
“Q: Do you know that Economic Force is owned and run by the
claimant's brother?
A: I knew about my investigation. I knew about it somewhere
early 2009 or December 2008.
Q: Isn't it true that the claimant was the one who informed you
that his brother was the owner of Economic Force?
A: I don't agree.
Q: Isn't it true that the claimant at the outset before the
appointment of Chan Lai Kuan as a stockist had disclosed to
you the fact that Chan Lai Kuan was recommended by
26
Economic Force?
A: I disagree.”
Seterusnya, COW4 menyatakan seperti berikut :
“Q: I put it to you that the decision to appoint Chan Lai Kuan as a
stockist was made by you after full disclosure had been made
by the claimant regarding his connection to Economic Force
and Economic Force's connection to Chan Lai Kuan. Agree or
disagree?
A: I disagree.
Q: During examination in chief you testified that during
investigations you found out that Chan Lai Kuan is related to
the claimant. Can you tell the Court what investigations these
were?
A: I do the SSM search. I found the name of shareholder and
director page 99 COB and page 103.
My staff, Puan Yati recognised his name as claimant's
brothers. He asked Mdm. Suria to type a letter contains the
name of brothers and his wife.
Q: I put it to you that the company never had any dealings with
Economic Force. Agree or disagree?
A: I agree.”
COW4 juga ada memberi arahan berkenaan kenaikan harga kepada barangan
keluaran syarikat namun ia tidak dipatuhi oleh Pihak Menuntut terhadap ketiga-
tiga syarikat yang berkenaan dengan menyatakan seperti berikut :
27
Q: Refer to ground (j) of the letter of dismissal at page 170 of CLB.
Do you agree that this ground of dismissal deals with the issue
of the claimant's alleged insubordination in relation to the
claimant's alleged failure to follow your instructions to increase
prices to Bagus Food Marketing, Edaran Inovative Trading and
Chan Lai Kuan despite your lawful instructions to do so?
A: I agree.
Q: Can you tell the Court when you gave these instructions?
A: 15.07.2008 (page 115 COB).
Q: Based on what you say, can you tell the Court for how long
these so-called instructions went unattended?
A: Until claimant was dismissed i.e. one year one month.
Q: Can you produce to this Court your written instructions to the
claimant to increase prices?
A: I cannot produce it.
Q: Did you send any written reminders to the claimant?
A: No.
Q: Isn't it true that part of the claimant's remuneration package
included sales commissions for goods sold?
A: Yes.
Q: Do you agree that if prices are increased the claimant would
also benefit in terms of getting higher commissions due to the
price increase?
A: Yes, of course.
Q: I put it to you that the claimant has always complied with the
company's decision to increase prices to its stockists. Agree or
disagree?
A: Only the price increase related to this three companies.
Q: I put it to you that any price increases is a decision made by
you and you directly send announcements of price increases to
the company's customers and stockists. Agree or disagree?
28
A: I make decision to increase the price. I don't send directly.
Q: Refer to pages 1225 to 130 of CLB. Can you confirm that these
are notices of price increases you signed?
A: Yes.
Q: Refer to pages 143 to 144 of CLB. Can you confirm that this is
an internal letter the claimant sent to the relevant departments
of the company and copied to you wherein the claimant was
complying with your decision to increase prices?
A: Yes, I agree.
Q: I put it to you that you never gave any instructions to the
claimant that were never unattended in relation to price
increases. Agree or disagree?
A: I disagree.”
ii) Keterangan Pihak Menuntut
Pihak Menuntut di dalam keterangannya di mahkamah menyatakan bahawa
kesilapan yang berlaku dalam mengesahkan mengenai rebat kepada Petronas
Dagangan Berhad bukan dilakukan oleh Pihak Menuntut. Beliau juga tidak
mengetahui syarikat telah terlebih bayar kepada Petronas Dagangan Berhad. Pihak
Menuntut juga menyatakan beliau tidak pernah diarahkan oleh COW4 untuk
menaikkan harga kepada stokis-stokis. Semasa merujuk kepada halaman 115
COB, Pihak Menuntut menyatakan ia bukan bermaksud harga dinaikkan. Pihak
Menuntut juga menyatakan beliau tidak mengarahkan COW3 dan kakitangan lain
untuk tidak menaikkan harga kepada Chan Lai Kuan. Pihak Menuntut
menyatakan berkenaan kenaikan harga seperti berikut :
29
Q: Agree that you continued to refuse to increase the price
although your Managing Director issued reminders through
your staff called Yati pending your complying with his request
for a proper report to justify your refusal to increase for these
three special stockists?
A: I disagree. Managing Director given instruction to Yati not to
increased price for time being until the resolution with the
Petronas Dagangan Berhad because we just increased in
March and they want to increase in July. I told the Managing
Director about it.
Q: If the good had the high price, the stockist can decide to
increase to Petronas Dagangan Berhad?
A: No. Refer to page 1 CLB, the stockist need a protected margin
for their expences.
Q: Where it is says in the agreement between stockist and
Petronas Dagangan Berhad and had to follow the company
price?
A: In order to await confusion and undue complaint the company
had to regulate the price.
Q: Where is the evidence?
A: Through my discussion with Petronas Dagangan Berhad. I told
Managing Director. There is no document about it.
Q: If the company decided to increase the price to stockist, the
stockist can maintain the old price?
A: They had no choice. Refer to page 130 CLB.
Q: There is no recommend price to the Petronas Dagangan
Berhad. Is there any agreement with Petronas about it?
A: Refer to page 24 COB. I don't know whether the Petronas
Dagangan Berhad return to the company.”
30
12. Pihak Menuntut juga di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa
beliau tidak menyembunyikan hubungan kekeluargaan beliau dengan syarikat
Economic Force Sdn. Bhd. dan menyatakan bahawa Chan Lai Kuan itu tidak
mempunyai hubungan keluarga dengan beliau. Beliau tidak menyembunyikan
fakta tersebut bagi membolehkan ahli keluarganya mempunyai keistimewaan
semasa berurusan dengan syarikat. Sementara itu, berkenaan dengan tindakan
beliau menghantar barangan stokis kepada pelanggan, Pihak Menuntut
menyatakan bahawa ianya adalah dalam makluman COW4 iaitu Pengarah Urusan
syarikat. Pihak Menuntut menyatakan seperti berikut :
“Q: Agreed you had approved, instructed the company staff (Yati)
and made special transport arrangements to send the stock to
this Chan Lain Kuan/Economic Force Sdn. Bhd., without the
consent or knowledge as the Company Managing Director
whereas it has never been the company policy to transport
goods to the any of the stockists' warehouses?
A: It is not true. Managing Director is fully aware of this
arrangement.
Q: Do you tell lie in request at page 112?
A: I disagree.
Q: The Managing Director is not authorised stated in 112?
A: I disagree because the Account Department authorised it.”
13. Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut dan
Pihak Responden semasa perbicaraan dan siasatan dalaman, dapatlah difahami
bahawa Pihak Responden ingin menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah gagal
31
menjalankan tugasnya sebagai Pengurus Besar Jualan Dan Pemasaran. Pihak
Menuntut telah dikatakan gagal menyelia kontrak-kontrak stokis sehingga ada di
antara kontrak tersebut telah luput tempohnya. Pihak Menuntut juga dikatakan
telah membuat cadangan syarikat yang masih belum didaftarkan oleh SSM untuk
menjalankan perniagaan dengan syarikat. Pihak Menuntut juga telah dikatakan
melantik syarikat yang mempunyai hubungan keluarga dengan beliau sebagai salah
satu syarikat yang berurusan dengan Pihak Responden. Selanjutnya, Pihak
Menuntut juga dikatakan telah gagal untuk mematuhi arahan pengurus besar bagi
menaikkan harga barangan yang dibekalkan kepada stokis. Kenaikan harga
tersebut tidak dilakukan oleh Pihak Menuntut kepada tiga syarikat yang dikatakan
mempunyai kaitan dengan Pihak Menuntut. Syarikat juga menyatakan bahawa
Pihak Menuntut telah membuat urusan pengangkutan yang melibatkan stokis-
stokis yang tertentu dengan menghantar barangan syarikat kepada pelanggan
stokis. Ianya bukan amalan biasa syarikat. Sebaliknya, Pihak Menuntut di dalam
keterangannya menyatakan bahawa bukanlah menjadi tanggungjawab beliau untuk
menguruskan pembaharuan kontrak. Ia adalah sepenuhnya di bawah
tanggungjawab Jabatan Akaun. Selain itu, Pihak Menuntut juga menyatakan
bahawa COW4 sebagai Pengarah Urusan mempunyai kata putus dalam melantik
stokis syarikat. Pihak Menuntut juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan syarikat stokis yang dikatakan mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan Pihak Menuntut. Selain itu, Pihak Menuntut juga
menyatakan tindakan beliau tidak menaikkan harga seperti yang diarahkan oleh
pengarah urusan adalah di dalam pengetahuan pengarah urusan. Urusan
32
pengangkutan yang melibatkan pelanggan stokis seperti yang dilakukan oleh Pihak
Menuntut adalah di dalam pengetahuan pengarah urusan syarikat juga.
Penilaian Keterangan Dan Undang-Undang
a) Pertuduhan Pertama
14. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa tugas mahkamah di dalam kes ini ialah
untuk menentukan sama ada Pihak Responden telah berjaya pada tahap
perimbangan kebarangkalian membuktikan salah laku Pihak Menuntut dan
seterusnya mempunyai alasan yang adil dan beralasan untuk membuang kerja
Pihak Menuntut. Tugas ini seperti yang dinyatakan di dalam kes Milan Auto Sdn.
Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449. Persoalan di dalam kes ini ialah adakah
tugas Pihak Menuntut sebagai Pengurus Besar Jualan Dan Pemasaran untuk
memastikan bahawa kontrak-kontrak stokis diperbaharui? Bagi menjawab
persoalan ini mahkamah perlu melihat sama ada terdapat senarai tugas yang
diberikan kepada Pihak Menuntut di dalam surat pelantikan. Jika diteliti kepada
surat pelantikan di halaman 1 COB, adalah dinyatakan bahawa tugas Pihak
Menuntut adalah seperti berikut :
(i) You shall report to your immediate superior who is at present
Mr. Chay Hong Choong, the Managing Director or any other
person designated by the Company from time to time.
(ii) You are accountable for the sales achievements of the Regions
in Malaysia under your charge, and shall endeavour to ensure
its relisation.
33
(iii) You will be expected to direct, train, guide, motivate and
maintain discipline of the sales team under your charge and
encourage teamwork in achieving positive sales.
(iv) You are to utilise your sales experience and put in place a
system which should promote better monitoring and
accountability of sales matters and account receivables.
(v) You will be measured by the sales generated vis-a-vis
company's sales forecast and the overall achievements of the
department under your jurisdiction.
Jika dilihat kepada senarai tugasan tersebut, tidak dinyatakan dengan jelas bahawa
Pihak Menuntut perlu memastikan bahawa kontrak-kontrak stokis tersebut perlu
dipastikan diperbaharui setelah ianya luput. Namun demikian, mahkamah tidak
boleh mengenepikan keterangan COW4 yang menyatakan bahawa Pihak Menuntut
telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan jualan
dan pemasaran. COW4 juga menyatakan bahawa beliau bergantung kepada
cadangan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut berkenaan stokis syarikat.
Sebaliknya, Pihak Menuntut menyatakan bahawa urusan menentukan sama ada
kontrak telah luput adalah tanggungjawab Jabatan Akaun. Ini ditambah pula
dengan fakta bahawa kontrak tersebut telah tamat pada 30.03.2004 bagi Bagus
Food Marketing dan 31.08.2006 bagi Edaran Innovative Trading (2N). Jabatan
Akaun syarikat terus membuat pembayaran kepada syarikat tersebut walaupun
kontraknya telah tamat dan ianya hanya disedari oleh syarikat sekitar bulan Mei
34
2009. COW4 menyatakan bahawa sebenarnya Pihak Menuntut bertanggungjawab
untuk mengawasi Jabatan Akaun. Bagi menjawab persoalan ini, mahkamah perlu
meneliti carta organisasi syarikat bagi melihat bidang tugas Pihak Menuntut sama
ada ia meliputi tanggungjawab terhadap Jabatan Akaun. Namun begitu, tiada
sebarang carta organisasi yang jelas menunjukkan perhubungan di antara Pihak
Menuntut dan Jabatan Akaun. Di samping itu, tiada juga sebarang keterangan
yang menyatakan apakah hubung kait di antara Jabatan Akaun dan Pihak
Menuntut melainkan dakwaan Pihak Responden yang menyatakan bahawa Pihak
Menuntut adalah merupakan orang kedua dalam struktur organisasi syarikat. Ini
seolah-olah membawa maksud bahawa walaupun tiada sebarang carta organisasi
yang jelas dikemukakan, kedudukan Pihak Menuntut sebagai orang kedua dalam
syarikat mencadangkan bahawa Pihak Menuntut adalah bertanggungjawab
terhadap segala urusan yang berkaitan dengan syarikat termasuklah perkara yang
berkaitan dengan pembaharuan kontrak stokis. Mahkamah perlu berhati-hati
dalam perkara ini kerana terdapat keterangan daripada COW2, COW3 dan COW4
yang menyatakan bahawa syarikat adalah merupakan milik keluarga Chay dan
COW2 serta COW4 bersetuju bahawa apabila COW4 iaitu Pengarah Urusan syarikat
berada di luar negara, beliau tidak pernah menyatakan Pihak Menuntut mengambil
alih tugas mengurus syarikat bagi pihak COW4. Oleh sebab itu, peguam Pihak
Menuntut telah berhujah bahawa sebenarnya Pihak Menuntut bukan merupakan
orang kedua di dalam struktur organisasi syarikat. Sebaliknya, Pihak Menuntut
adalah merupakan kakitangan biasa di syarikat yang tidak mempunyai kuasa
bersamaan dengan pengarah-pengarah syarikat. Ini dapat dilihat di perenggan 167
35
hujahan Pihak Menuntut.
15. Mahkamah berpendapat di dalam kes ini berkaitan dengan pertuduhan
pembaharuan kontrak Bagus Food Marketing dan Edaran Inovative Trading (1N)
ialah sama ada Pihak Menuntut telah cuai dalam menjalankan tanggungjawabnya
bagi memastikan pembaharuan kontrak tersebut dilakukan setelah ianya luput.
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas berkenaan undang-undang
kecuaian adalah perlu untuk dibuktikan bahawa pihak yang dikatakan cuai
tersebut mempunyai tanggungjawab untuk melakukan sesuatu (duty of care).
Tindakan pihak tersebut telah memungkiri tanggungjawab tersebut dan ekoran
daripada pemungkiran tersebut terdapat kerugian yang dihadapi oleh pihak yang
memberikan tanggungjawab tersebut. Dalam konteks kes ini, mahkamah melihat
adakah Pihak Menuntut diberi tanggungjawab untuk melanjutkan kontrak-kontrak
tersebut, adakah Pihak Menuntut telah gagal menunaikan tanggungjawab tersebut
dan akhirnya adakah tindakan Pihak Menuntut tersebut telah memberikan
kerugian kepada Pihak Responden? Apa yang jelas daripada surat pelantikan dan
senarai tugas Pihak Menuntut, tiada dinyatakan dengan jelas berkenaan
tanggungjawab beliau untuk memastikan kontrak-kontrak tersebut diperbaharui
tempohnya setelah tamat. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kedudukan Pihak
Menuntut sebagai pegawai kanan syarikat berkaitan jualan dan pemasaran adalah
menjadi harapan syarikat terutamanya COW4 untuk Pihak Menuntut memastikan
bahawa segala kontrak yang melibatkan syarikat tidak akan menimbulkan masalah
kepada syarikat. Ketiadaan tanggungjawab yang dinyatakan di dalam surat
36
pelantikan serta senarai tugas Pihak Menuntut tidak menyebabkan Pihak Menuntut
boleh dikatakan bahawa berdasarkan kepada kedudukannya sebagai Pengurus
Besar Jualan Dan Pemasaran, beliau tidak bertanggungjawab berkenaan dengan
kontrak yang melibatkan syarikat. Halnya adalah berbeza sekiranya Pihak
Menuntut adalah kakitangan bawahan syarikat yang hanya mengendalikan tugas-
tugas pengkeranian yang tidak diharapkan oleh syarikat untuk menyemak
keesahan kontrak sesuatu syarikat. Pada masa yang sama, mahkamah juga perlu
meneliti keterangan Pihak Menuntut berkenaan dengan ketidakperluan Pihak
Menuntut untuk memastikan kontrak-kontrak di antara Bagus Food Marketing dan
Edaran Inovative Trading (1N) diperbaharui setelah kontraknya luput. Ini adalah
disebabkan menurut Pihak Menuntut, tindakan Pihak Responden meneruskan urus
niaga dengan Bagus Food Marketing dan Edaran Inovative Trading (1N) setelah
tamatnya kontrak tersebut menunjukkan bahawa kontrak di antara syarikat dan
Bagus Food Marketing dan Edaran Inovative Trading (1N) tidak perlu diperbaharui
setelah kontraknya luput dan COW4 tidak boleh menyatakan bahawa beliau tidak
mengetahui berkenaan dengan kontrak tersebut telah luput. Ini dapat dilihat di
halaman 286 COB di mana Pihak Menuntut menyatakan seperti berikut :
“T: If in the absence of a recommendation and they say the
contract has expire. I say is expire but subsisting as implied
by the conduct because they ask you paying through the CN.
The Invoices that have been generated originate from the
accounts department. And when a deduction have been made
it also goes to the accounts department in which they generate
a CN to contra amount. All these is done internally. So
37
Managing Director cannot come now tell me that he has no
knowledge of this thing, that is No. 1. No. 2 is if in the absence
of the recommendation for renewal the document has expired,
where is the due diligent of account department. Are you
saying they continue to pay without any basis? Without a
document to signal them to pay? Or there must be some kind
of instruction of there is absence of document. Nothing to that
and in fact the payment keep going out. You are not talking
about isolated case pay 1 time RM5,000.00 and that's it. Is on
a monthly scale involving 2 stock-points. There is RM5,000.00
flow outward from the company's funds. So are you saying
that account department has an appetite for risks? I think
accounts department should trigger, should bring to the
Managing Director look these people are deducting, do you
agree then he will come and discuss with me and I say that no
I probably have to recommend improvise an talk to them to
renew or do you have a separate arrangement again now
because the whole idea of that extension of the subsidy was to
cut the operating cost.”
16. Bagi menentukan sama ada Pihak Menuntut mempunyai tanggungjawab
untuk memastikan pembaharuan kontrak tersebut di mana kegagalan tersebut
boleh dikatakan sebagai kecuaian adalah wajar untuk mahkamah meneliti undang-
undang berkaitan dengan kecuaian. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa bagi
menentukan tanggungjawab Pihak Menuntut, ujian yang digunakan adalah seperti
di dalam kes Donoghue v. Stevenson [1932] AC 532, Hedley Byrne v. Heller [1964]
AC 465, Anns v. Merton London Borough Council [1978] AC 728, Caparo Industries
plc v. Dickman [1990] 1 All ER 568 dan Murphy v. Brentwood District Council [1990]
38
2 All ER 908. Berdasarkan kepada perkembangan undang-undang berkaitan
dengan kecuaian kedudukan selepas daripada kes Murphy v. Brentwood District
Council [1990] 2 All ER 908 telah dirumuskan di dalam buku Law of Tort, John
Cooke, 6th Edition seperti berikut :
By 1990 the courts had arrived at a position where the standard test
for duty of care was a three – or four – stage test :
1 reasonable foreseeability of damage to the claimant (the
'neighbour test');
2 proximity between the defendant and claimant;
3 was it fair, just and reasonable to impose a duty;
4 policy.
Prinsip di dalam kes Murphy v. Brentwood District Council [1990] 2 All ER 908 serta
Caparo Industries plc v. Dickman [1990] 1 All ER 568 telah diterima pakai oleh
mahkamah di Malaysia di dalam kes Majlis Perbandaran Ampang Jaya v. Steven
Phoa Cheng Loon & Ors [2006] 2 CLJ 1. Walaupun di dalam kes tersebut isu yang
ditekankan berkenaan dengan sama ada prinsip berkaitan dengan kerugian
ekonomi semata-mata (pure economic loss) terpakai di bawah bidang kuasa di
mahkamah ini, namun rujukan telah dibuat berkenaan dengan ujian yang
dikatakan dalam kes Caparo Industries plc v. Dickman [1990] 1 All ER 568 dan
Murphy v. Brentwood District Council [1990] 2 All ER 908. Ini dapat dilihat melalui
penghakiman Mahkamah Persekutuan seperti berikut :
[12] In Australia, it is accepted that pure economic loss in the law of
39
negligence is not restricted to particular categories or approaches.
The High Court of Australia in Perre & Ors v. Apand Pty Ltd [1999]
164 ALR 606 seems to have adopted the "open-ended approach" in
assessing claims for pure economic loss in the law of negligence.
Although the various members of the High Court have expressed
differing views, they all agree that claims for pure economic loss in
the law of negligence are not precluded and will depend on the facts
of individual cases. The New Zealand courts have also adopted the
"open-ended approach" to claims for pure economic loss: (see South
Pacific Manufacturing Co. Ltd v. New Zealand Security Consultants &
Investigations Ltd [1992] 2 NZLR 282.) In Singapore too, the courts
have recognized the "open-ended approach". In RSP Architects
Planners & Engineers (Reglan Squire & Partners F.E.) v. Management
Corporation Strata Title No. 1075 [1999] 2 SLR 449, the Court of
Appeal has held that whether a defendant owes the plaintiff a duty of
care not to cause the particular type of loss depends on the
circumstances and facts of that case. This view has been confirmed
in the recent case of Man B & W Diesel S E Asia Pte Ltd & Anor v. P.T.
Bumi International Tankers & Another Appeal [2004] 2 SLR 300, 318
where the Court of Appeal also expresses the view that the principle
in Donoughue v. Stevenson [1932] AC 562 was still evolving and could
offer redress for loss suffered by the plaintiff as a result of
defendant's acts and omissions in circumstances where a remedy for
such losses would not otherwise exist.
[13] Having had the benefit of reading the various authorities on this
subject, I am more inclined to accept the positions taken by the
courts in Australia and Singapore. In adopting the sentiments and
observations expressed by the Singapore Court of Appeal in PT Bumi
International Tankers (supra) I would also endorse the view that
caution should be exercised in extending the principle in Donoghue v.
40
Stevensen to new situations. Much would depend on the facts and
circumstances of each case in determining the existence or otherwise
of a duty of care.
[14] The Court of Appeal in the instant case is correct in adopting the
view expressed by Lord Oliver in Murphy v. Brentwood (supra) that
the critical question is not the nature of the damage itself, whether
physical or pecuniary, but whether the scope of the duty of care in
the circumstances of the case is such as to embrace damage of the
kind which the plaintiff claims to have sustained. The decision in
Murphy involves, as I have mentioned earlier, the application of the
Caparo test which takes into account the elements of foreseeability,
proximity and the additional requirement of justice, fairness and
reasonableness.
Prinsip yang sama juga telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes
Amal Bakti Sdn. Bhd. & Ors. v. Affin Merchant Bank (M) Bhd. [2012] 4 CLJ 813.
Walaupun ianya berkaitan dengan tanggungjawab untuk memberikan kenyataan
yang tepat kepada pihak ketiga. Apa yang menarik di dalam kes tersebut ialah
rujukan telah dibuat kepada ujian yang perlu digunakan bagi menentukan terdapat
tanggungjawab untuk seseorang untuk memberikan kenyataan yang tepat seperti
berikut :
[20] For the purposes of this judgment, it is useful to also examine
the same test formulated in an earlier judgment of the English Court
of Appeal in the case of Candler v. Crane, Christmas & Co. [1951] 2
KB 164. The usefulness of this test is that it was approved
41
unanimously by the Law Lords in Caparo Plc v. Dickman (see the
judgment of Lord Oliver of Aylmerton at p. 637 of the judgment).
Denning LJ in a dissenting judgment in this case, formulated the test
in this manner:
Let me now be constructive and suggest the circumstances in
which I say that a duty to use care in statement does exist apart
from a contract in that behalf. First, what persons are under such
duty? My answer is those persons such as accountants, surveyors,
valuers and analysts, whose profession and occupation it is to
examine books, accounts, and other things, and to make reports
on which other people - other than their clients - rely in the
ordinary course of business.
Secondly, to whom do these professional people owe this duty? I
will take accountants, but the same reasoning applies to the
others. They owe the duty, of course, to their employer or client;
and also I think to any third person to whom they themselves show
the accounts, or to whom they know their employer is going to
show the accounts, so as to induce him to invest money or take
some other action on them. But I do not think the duty can be
extended still further so as to include strangers of whom they have
heard nothing and to whom their employer without their
knowledge may choose to show their accounts. Once the
accountants have handed their accounts to their employer they are
not, as a rule, responsible for what he does with them without
their knowledge or consent ... The test of proximity in these case is:
did the accountants know that that accounts were required for
submission to the Plaintiff and use by him?
Thirdly, to what transaction does the duty of care extend: it extends,
I think, only to those transactions for which the accountants knew
42
their accounts were required. For instance, in the present case it
extends to the original investment in & pound;2,000.
17. Persoalan bagi kes ini ialah adakah Pihak Menuntut mempunyai
tanggungjawab bagi memastikan kontrak-kontrak yang melibatkan stokis
berkenaan diperbaharui? Ia tidak dinyatakan di dalam senarai tugas Pihak
Menuntut. Apakah munasabah untuk syarikat mengharapkan Pihak Menuntut
memastikan kontrak-kontrak tersebut diperbaharui di mana kegagalan Pihak
Menuntut berbuat sedemikian menyebabkan Pihak Responden telah mengalami
kerugian? Dalam konteks ini, mahkamah perlu berhati-hati dengan hujahan yang
dikemukakan oleh Pihak Responden yang telah menukilkan kes Tan Poh Thiam v.
Nestle Products Sdn. Bhd. [2009] 9 CLJ 504 dan berhujah bahawa adalah menjadi
suatu terma yang tersirat dalam perhubungan di antara Pihak Menuntut dan Pihak
Responden yang memerlukan amanah daripada Pihak Menuntut berdasarkan
kepada kedudukan Pihak Menuntut di syarikat. Peguam Pihak Responden yang
bijaksana telah menukilkan pandangan Y. A. Hakim di dalam kes Tan Poh Thiam v.
Nestle Products Sdn. Bhd. [2009] 9 CLJ 504 tersebut seperti berikut :
[29] It cannot be denied that apart from competence and industry,
honesty and integrity are amongst the key characteristics that any
employee should possess, no matter what form of employment the
employee is engaged in. However, such characteristics assume
significant importance especially for someone holding the position
held by the applicant who was a senior employee of the company,
being the vendor manager. The applicant clearly owed a fiduciary
43
duty to the company and by committing the offences set out, had
defrauded the company and breached that duty. The company was
fully justified in dismissing him.
Mahkamah perlu mengambil kira dalam kes tersebut pertuduhan yang melibatkan
Pihak Menuntut di dalam kes tersebut adalah seperti berikut :
[4] The four charges that the applicant had to answer were as
follows:
First charge
That you have gained unfair pecuniary advantage from the
Company by claiming mileage charges for at least two (2)
outstation trips when on record you had also for the same two (2)
trips been issued with airline tickets in your name, the particulars
of which are as follows:
(a) Outstation trip to Johor Bahru between 13.11.1998 and
16.11.1998; and
(b) Outstation trip to Penang between 13.4.1998 and
14.4.1998.
Second charge
That you have breached clause 6.3 of the Company's Standing
Instruction (CSI) (revised on 02.5.1988) under reference no. CSI
B.4 which stipulates as follows:
6.3. Entertainment expenses at hotels or restaurants shall not
44
be settled via a direct billing to the company. The most senior
person (other than visitors to the market unit) shall settle the
bill and claim reimbursement via a Travel Expense Statement
to be approved by his superior who would not have attended
such entertainment.
The Company now has reason to believe that you were fully aware
of the full implication of the said CSI when you breached the same.
The particulars of the breach are as follows:
On at least 14 different occasions you participated in having
meals with at least two of your subordinates and in each of
these 14 occasions you allowed your subordinates to pay for
such meals expenses. Your subordinates in turn claimed these
meal expenses in their routine expense statement; some of
which were authorized by yourself, and these expense
statements were subsequently honoured by the company .
Despite having participated in all of the 14 occasions stated in
above paragraph, you in turn gained unfair pecuniary
advantage from the Company by claiming in your own right,
meal expenses not in excess of RM10.00 per occasion under the
unreceipted system.
Your conduct as aforesaid, clearly demonstrate your state of
mind in that by doing so, you willfully and intentionally attempt
to defraud the Company by gaining unfair pecuniary advantage
in claiming for meal allowances on occasions in which you had
already enjoyed the meals at the expense of the Company.
Third charge
That you intentionally breached the Company's policy on
45
market returns in that on at least one (1) occasion you
instructed your subordinate to prepare a Survey Sale
Document No. 157730 dated 25.08.1998, knowing fully well
that you were not able to show to the said subordinate the
physical stock to be jobbed. It was further alleged that when
queried by your subordinate, you assured your subordinate
that the subject matter of the market return had been
destroyed by you the previous day. We now have reasons to
believe that you were fully aware that you acted in breach of the
required practices of the Company pertaining to market returns
in that of the need to be fully transparent in market returns
exercise.
Fourth charge
That you abused your position as a senior officer of the
company by committing certain unfair practices against a
vendor called Nippy Trading in that on 24.04.1998 you
approved two (2) Survey Sale Document nos. 156411 and
156153 (written by two separate persons) when in the normal
course of business only one Survey Sale document would
suffice thus creating the impression of the possibility of
fictitious market returns being recorded.
Sebaliknya di dalam kes ini, ia membabitkan isu sama ada Pihak Menuntut
mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kontrak-kontrak tersebut
diperbaharui dan adakah Pihak Menuntut telah gagal menunaikan tanggungjawab
tersebut. Oleh itu, pandangan umum Y. A. Hakim di dalam kes Tan Poh Thiam v.
Nestle Products Sdn. Bhd. [2009] 9 CLJ 504 perlu diteliti tanpa menimbulkan
46
prejudis kepada Pihak Menuntut di dalam kes ini dan harus diputuskan
berdasarkan keterangan dan fakta di dalam kes ini.
18. Di dalam kes ini mahkamah berpendapat, berdasarkan kedudukan Pihak
Menuntut di syarikat dan tugas Pihak Menuntut, adalah sesuatu yang munasabah
untuk Pihak Menuntut diharapkan oleh Pihak Responden untuk memastikan
bahawa kontrak-kontrak stokis yang berkenaan telah diperbaharui sebelum
pembayaran dibuat oleh Pihak Responden. Oleh itu, mahkamah berpendapat
bahawa Pihak Menuntut mempunyai tanggungjawab (duty of care) bagi menentukan
pembaharuan kontrak-kontrak stokis tersebut. Persoalan seterusnya yang perlu
diteliti oleh mahkamah ialah adakah Pihak Menuntut telah memecahkan
tanggungjawab tersebut? Ini adalah disebabkan COW4 sebagai Pengarah Urusan
syarikat telah mengakui bahawa beliau juga pernah bertanggungjawab kepada
Jabatan Akaun seperti yang dinyatakan semasa siasatan dalaman. Ia
menunjukkan bahawa COW4 juga sepatutnya mempunyai tanggungjawab bagi
memastikan bahawa pembayaran dibuat kepada stokis-stokis tersebut setelah
kontrak stokis tersebut diperbaharui. Dalam kes ini, Jabatan Akaun yang berada
di bawah kelolaan COW4 menunjukkan COW4 juga tidak terlebih dahulu
memastikan pembayaran dibuat kepada stokis yang masih mempunyai kontrak sah
dengan syarikat. Walau bagaimanapun, mahkamah perlu meneliti keterangan
COW4 yang menyatakan bahawa beliau telah membuat pembayaran berdasarkan
kepada tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Pihak Menuntut dalam
memastikan kontrak-kontrak stokis itu diperbaharui. Dalam erti kata lain, COW4
47
bergantung sepenuhnya kepada Pihak Menuntut. Oleh itu, menurut COW4 dan
hujahan Pihak Responden bahawa Pihak Menuntut harus dipersalahkan
sepenuhnya di atas kecuaian Pihak Menuntut memastikan kontrak-kontrak
tersebut diperbaharui. Pada masa yang sama, mahkamah juga perlu meneliti
hujahan Pihak Menuntut yang menyatakan bahawa tiada sebarang terma di dalam
kontrak stokis tersebut yang menyatakan bahawa perjanjian stokis itu perlu
diperbaharui setelah tamat tempohnya. Oleh itu, sebarang tindakan untuk tidak
memperbaharui kontrak stokis tersebut tidak menjejaskan keesahan kontrak
tersebut. Ini bermakna pembayaran yang dilakukan oleh Pihak Responden kepada
stokis yang telah tamat tempoh kontraknya tidak akan memberi apa-apa kesan
kerana tiada tempoh tamat kontrak yang dinyatakan dalam perjanjian stokis.
19. Namun demikian, jika dilihat kepada surat pelantikan stokis misalnya di
halaman 79 COB iaitu pelantikan Bagus Food Marketing sebagai stokis, terdapat
peruntukan yang menetapkan tarikh atau tempoh pelantikan stokis seperti
berikut :
We are pleased to appoint your Company as our stockist for
KL/Selangor/Ipoh for a period of one (01) year commencing form 01st
April 2003 to 30th March 2004, subject to the following terms and
conditions as represented herein :
Begitu juga jika dilihat kepada perjanjian di antara Petronas Dagangan Berhad dan
Pihak Responden seperti yang terdapat di halaman 24 hingga 26 COB, perjanjian
48
ini tidak ditandatangani oleh Petronas Dagangan Berhad dan di halaman 25 COB
terdapat terma-terma berkenaan tempoh di butiran A, namun ia tidak diletakkan
tempoh perjanjian tersebut. Walau bagaimanapun di halaman 26 COB perjanjian
yang sama, dinyatakan bahawa perjanjian tersebut adalah dalam tempoh masa
yang ditetapkan seperti di paragraph A seperti berikut :
1. This Agreement shall remain in force and effective for a
duration mentioned in Paragraph A above and shall continue
there after until terminate by either party by serving the other
a thirty (30) days prior written notice.
Begitu juga di dalam surat pelantikan Edaran Inovative Trading (1N) sebagai stokis,
dinyatakan bahawa tempoh pelantikan tersebut adalah selama setahun bermula
01.09.2005 hingga 31.08.2006 seperti di halaman 60 COB. Dokumen-dokumen
perjanjian tersebut mencadangkan bahawa terdapat tempoh tertentu yang telah
diperuntukkan di dalam terma-terma perjanjian stokis tersebut. Oleh itu, dakwaan
yang menyatakan bahawa kontrak stokis itu tidak perlu diperbaharui adalah
sesuatu yang tidak boleh dipertahankan. Malahan, keterangan kedua-dua pihak
tidak dapat menyokong dakwaan tersebut.
19. Persoalan seterusnya ialah siapakah yang bertanggungjawab untuk
memperbaharui kontrak-kontrak tersebut setelah tamat tempohnya? Mahkamah
berpendapat walaupun COW4 bertanggungjawab pada Jabatan Akaun, namun
adalah sesuatu yang munasabah COW4 bergantung kepada tindakan Pihak
49
Menuntut untuk memastikan kontrak-kontrak tersebut diperbaharui sebelum
pembayaran dibuat kepada stokis-stokis tersebut. Dalam erti kata lain, adalah
menjadi tanggungjawab Pihak Menuntut untuk memastikan kontrak-kontrak
tersebut diperbaharui sebelum COW4 menbenarkan pembayaran dari Jabatan
Akaun kepada syarikat-syarikat tersebut. Mahkamah berpendapat kegagalan Pihak
Menuntut dalam memastikan kontrak-kontrak tersebut diperbaharui adalah
tergolong di dalam tindakan Pihak Menuntut yang bercanggah dengan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Satu lagi elemen yang perlu dilihat oleh
mahkamah ialah adakah ekoran daripada kegagalan Pihak Menuntut menunaikan
tanggungjawab beliau dalam memastikan kontrak-kontrak stokis diperbaharui
telah menyebabkan Pihak Responden mengalami kerugian? Jika diteliti di dalam
keterangan Pihak Responden hanyalah keterangan yang menunjukkan Pihak
Responden telah membuat pembayaran kepada stokis yang tidak sepatutnya
menerima bayaran berkenaan. Dalam erti kata lain, bayaran telah dibuat kepada
stokis yang tidak sepatutnya menerima bayaran. Mahkamah berpendapat ini
sudah mencukupi untuk menunjukkan kerugian yang dihadapi oleh Pihak
Responden akibat kegagalan Pihak Menuntut menunaikan tanggungjawab beliau.
Oleh itu, mahkamah berpendapat setelah meneliti keseluruhan keterangan-
keterangan Pihak Responden dan Pihak Menuntut, mahkamah berpuas hati
bahawa tuduhan pertama terhadap Pihak Menuntut pada peringkat perimbangan
kebarangkalian telah berjaya dibuktikan.
50
b) Pertuduhan Kedua
20. Jika diteliti kepada keterangan yang dikemukakan oleh saksi Pihak
Responden menunjukkan bahawa Pihak Menuntut telah tidak membuat semakan
yang sewajarnya sebelum mencadangkan syarikat Edaran Inovative Trading (1N)
sebagai stokis. Ia adalah berkaitan dengan borang permohonan untuk membuat
akaun di syarikat Pihak Responden seperti yang terdapat di halaman 59 COB yang
menyatakan bahawa nama syarikat tersebut ialah Edaran Innovative Trading (2N).
Ia juga berkaitan dengan surat pelantikan Edaran Inovative Trading (1N) sebagai
stokis di halaman 60 COB. Sedangkan pengesahan daripada SSM di halaman 68
COB menunjukkan bahawa syarikat Edaran Inovative Trading (1N) telah luput
tempoh pendaftarannya pada 20.12.2002. Menurut Pihak Responden, ini
bermakna semasa surat pelantikan stokis kepada Edaran Inovative Trading (1N)
pada 22.08.2005, Edaran Inovative Trading (1N) telah tidak wujud lagi di dalam
pendaftaran perniagaan. Pihak Responden menyatakan bahawa ianya berpunca
daripada kegagalan Pihak Menuntut untuk membuat semakan yang sewajarnya.
Sebaliknya, Pihak Menuntut menyatakan bahawa beliau telah meluluskan
permohonan kredit di halaman 59 COB berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat
serta maklum balas yang diperolehi Pihak Menuntut berkenaan kedudukan urus
niaga syarikat Edaran Innovative Trading (2N) dengan syarikat-syarikat yang lain.
Pada masa yang sama, tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Pihak
Menuntut mempunyai pengetahuan berkenaan rekod SSM seperti di halaman 68
COB yang menyatakan bahawa Edaran Inovative Trading (1N) tidak lagi beroperasi.
Jika dilihat kepada borang permohonan di halaman 59 COB di ruangan business
51
registration number adalah tertera nombor 001185499-P. Jika dibandingkan
dengan maklumat pendaftaran perniagaan SSM di halaman 68 COB nombor
pendaftaran syarikat ialah 001185499-P yang merujuk kepada Edaran Inovative
Trading (1N) sedangkan dalam borang permohonan di halaman 59 COB diletakkan
nama Edaran Innovative Trading (2N) dengan memberi nombor rujukan yang sama
dengan nombor Edaran Inovative Trading (1N) di halaman 68 COB.
Persoalan di dalam kes ini ialah adakah wajar untuk Pihak Menuntut dikatakan
telah gagal menjalankan tindakan beliau secara berhati-hati dengan mencadangkan
Edaran Inovative Trading (1N) dilantik sebagai stokis berdasarkan kepada
maklumat-maklumat yang diperolehi semasa itu oleh Pihak Menuntut? Sekiranya
terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa Pihak Menuntut mempunyai
pengetahuan berkenaan kedudukan Edaran Inovative Trading (1N) seperti di
halaman 68 COB dan masih terus mencadangkan syarikat tersebut dilantik sebagai
stokis, sudah pasti tindakan Pihak Menuntut tidak boleh diterima oleh Pihak
Responden. Namun demikian, berdasarkan kepada keterangan dan dokumen yang
dikemukakan adalah jelas menunjukkan pada masa tersebut maklumat yang ada
pada Pihak Menuntut hanyalah laporan hasil kajian yang dilakukan oleh Pihak
Menuntut dengan syarikat-syarikat lain berkenaan dengan kedudukan urus niaga
Edaran Inovative Trading (1N) dan borang permohonan yang dikemukakan.
Mahkamah berpendapat adalah munasabah untuk Pihak Menuntut membuat
keputusan untuk mencadangkan syarikat tersebut dilantik sebagai stokis dan
membuka akaun di syarikat seperti yang terdapat di halaman 60 dan 62 COB.
52
Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan Pihak
Menuntut membuat syor pelantikan Edaran Inovative Trading (1N) sebagai stokis
kerana Pihak Menuntut hanya mempunyai maklumat yang terhad semasa
permohonan itu dibuat. Pihak Menuntut juga telah menyatakan dalam
keterangannya yang tidak dapat disanggah oleh Pihak Responden bahawa
keputusan beliau untuk mencadangkan Edaran Inovative Trading (1N) sebagai
stokis adalah dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari syarikat-syarikat
lain. Pada masa yang sama, mahkamah juga tidak dapat mengenepikan hujahan
Pihak Responden yang menyatakan bahawa Pihak Menuntut semasa siasatan
dalaman mengakui bahawa Edaran Inovative Trading (1N) adalah berbeza dengan
Edaran Innovative Trading (2N). Sebaliknya, Pihak Menuntut menyatakan semasa
perbicaraan, Pihak Menuntut tidak mengesahkan kedudukan tersebut. Hujahan
Pihak Responden adalah seperti berikut :
We wish to highlight the subsequent Admissions of the Claimant at
the DI that EDARAN Innovative (Single N) is a totally different
company from EIT (2N)/and that stockist receiving subsidies are
different company from that he approved as per the
agreement/application form for stockists & says “.. I have never
instructed RM3,000.00 to be paid to 2N!” & at the Hearing* he admits
he did not verify the status.
Jika diteliti kepada keterangan Pihak Menuntut semasa pemeriksaan balas
berkenaan tindakan beliau menandatangani dokumen di halaman 59 COB dan
sama ada beliau membuat pengesahan sama ada Edaran Inovative Trading (1N)
53
atau Edaran Innovative Trading (2N), Pihak Menuntut menyatakan seperti berikut :
“Q: I refer to page 59 COB – agreed that this is your signature
approving the opening of new account for credit for Edaran
Innovative Trading (EIT)?
• Agreed that the company found following investigations and
CCM search page 69 that in Edaran Innovative's case, this
company does not even exists and yet you continued to allow
the company through it sales department to trade with and
to approve and recommend subsidies to it?
• Agreed that it is your duty to verify the status of the
company your recommended as the General Manager,
including conducting site etc, and taken due care, to protect
the company's interest, and not expose it to risks or potential
risks?
A: Yes, this is my signature. I disagree that I yet continued to
allow the company through the company sales company.
This the company at page 59 COB referred at page 66 COB.
Q: The company double “N” not exist the Form 59?
A: When I approved it is mean for single “N” that why the
business representation number refer to single “N”. I approved
the credit at page 59.
Q: If you recommend the stockist you can do diligently by
checking SSM registration?
A: I approved credit because I check with other company, who is
deal with the Edaran Innovative Sdn. Bhd. and they have a
good payment record.
Q: You fail to protect the interest of the company?
A: I totally disagree.
Q: The date at page 59 COB?
54
A: 01.03.2006.
Q: When you open page 59 COB did Edaran Innovative Trading
exist?
A: I don't know.
Q: I put to you never approved for the company with single “N”?
A: I disagree.
Q: You never recommend to Managing Director to issue a stockist
agreement for single “N”?
A: I disagree.
Q: Your never recommend for double “N” Edaran Innovative
Trading?
A: I agree.
Q: Which Edaran the company pay the subsidy?
A: To a single “N” refer to page 60 COB.
Q: Refer to page 14 to 31 CLB1 which company you issue the
invoice?
A: It sends to the single “N”.
Q: Did you verify the single “N” or double “N”?
A: No, because we get our collection.”
Ia menunjukkan bahawa Pihak Menuntut semasa perbicaraan menyatakan beliau
tidak membuat pengesahan sama ada ia melibatkan syarikat Edaran Inovative
Trading (1N) atau Edaran Innovative Trading (2N) tetapi berdasarkan kepada rekod
pembayaran yang baik oleh Edaran Innovative Trading (2N). Adakah ini
menunjukkan bahawa Pihak Menuntut tidak membuat semakan berkenaan
kedudukan kedua-dua stokis tersebut sebelum mengemukakan cadangan kepada
syarikat? Jika diteliti keterangan semasa siasatan dalaman dan keterangan semasa
perbicaraan adalah didapati seolah-olah terdapat percanggahan iaitu semasa
55
siasatan dalaman, Pihak Menuntut menyatakan beliau mencadangkan terdapat
perbezaan di antara syarikat Edaran Inovative Trading (1N) dan Edaran Innovative
Trading (2N) yang mencadangkan beliau telah membuat semakan. Sebaliknya,
semasa perbicaraan Pihak Menuntut menyatakan semakan tidak dibuat. Apa yang
penting ialah terdapat satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa syarikat
Edaran Innovative Trading (2N) dan Edaran Inovative Trading (1N) tersebut adalah
merupakan syarikat yang berbeza. Pihak Menuntut semasa memberi keterangan
dalam perbicaraan telah membuat perakuan bahawa beliau tidak pernah
memberikan cadangan untuk syarikat Edaran Innovative Trading (2N). Selain itu,
keterangan Pihak Menuntut dan muka surat 60 COB mencadangkan bahawa
bayaran subsidi kepada stokis dibayar kepada Edaran Inovative Trading (1N) iaitu
stokis yang mempunyai nombor pendaftaran SSM yang sama. Mahkamah
berpendapat bahawa dalam keadaan yang sedemikian, mahkamah perlu meneliti
sama ada terdapat tatacara yang ditetapkan oleh syarikat untuk sesuatu stokis
dicadangkan berurus niaga dengan syarikat. Dalam erti kata lain, mahkamah perlu
meneliti sama ada terdapat peraturan bertulis atau amalan yang perlu dipatuhi oleh
Pihak Menuntut dalam mencadangkan stokis untuk berurus niaga dengan Pihak
Responden. Jika terdapat peraturan dan amalan tersebut dan Pihak Menuntut
telah gagal mematuhi peraturan tersebut, maka sudah terang lagi bersuluh Pihak
Menuntut telah melakukan suatu tindakan yang bercanggah dengan peraturan
syarikat untuk stokis berurus niaga dengan syarikat. Di dalam kes ini mahkamah
mendapati tiada sebarang keterangan dikemukakan bagi menunjukkan terdapatnya
peraturan-peraturan atau amalan sedemikian. Apa yang jelas tindakan Pihak
56
Responden mengeluarkan surat pelantikan stokis kepada syarikat tertentu adalah
berdasarkan semata-mata kepada cadangan yang dikemukakan oleh Pihak
Menuntut. Mahkamah berpendapat di dalam kes ini, Pihak Menuntut telah
menggunakan tindakan yang munasabah untuk memastikan bahawa stokis yang
berurusan dengan Pihak Responden adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM.
Oleh itu, tindakan Pihak Menuntut tidak membuat semakan yang terperinci di SSM
adalah tidak boleh dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa Pihak Menuntut
tidak bertindak secara munasabah untuk memastikan bahawa syarikat tersebut
adalah syarikat yang sebenar. Selain itu, mahkamah juga mengambil kira nama
penuh syarikat tersebut yang hanya mempunyai perbezaan ejaan tetapi mempunyai
nombor pendaftaran yang sama. Ini sudah pasti menyukarkan Pihak Menuntut
untuk secara pasti menentukan bahawa syarikat yang ditandatangani borang
kreditnya di halaman 59 COB adalah berbeza dengan halaman 60 COB. Hal ini
berbeza sekiranya kedua-dua syarikat tersebut mempunyai nama yang jauh
berbeza sehingga dengan mudah ditentukan oleh Pihak Menuntut bahawa syarikat
tersebut adalah berbeza. Ini bermakna, mahkamah mendapati bahawa
berdasarkan perimbangan kebarangkalian, Pihak Responden tidak berjaya
membuktikan salah laku Pihak Menuntut bagi pertuduhan kedua.
c) Pertuduhan Ketiga
21. Peguam Pihak Responden di dalam hujahnya menyatakan bahawa Pihak
Responden telah membuktikan bahawa Pihak Menuntut telah gagal dalam
menjalankan tugasnya dan enggan bertanggungjawab terhadap rebat yang
57
diberikan kepada syarikat yang bukannya Petronas Dagangan Berhad. Ini dapat
dilihat di halaman 373 hingga 374 COB yang pada hujahan Pihak Responden
menyatakan bahawa ia adalah suatu petanda Pihak Menuntut menolak
tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Jualan seperti berikut :
“T: It is a report prepared by sales and marketing department.
M: But is signed by you.
T: Yes correct, but I am base on the mandate I have take this and
I just calculate the 2%.
M: Is it prepared by you? You signed it.
T: This is written by me. The sales and marketing department,
they have the detail and figure, they gave it to me, I do some
verification. If I think is alright, I just put these 2%, just
submit.
M: Who prepared this?
T: Fara.
M: Fara prepare this for you?
T: Either Fara or some point it comes to these 2 people and they
just give to me, Mr Tan this is Petronas sales. I only write the
instruction base on the mandate that is there.
M: Can I say the report has been falsified?
T: Which report's falsified?
M: This report is base on the report by Janice and Norain Lee.
Can I say that this report is base on falsified one, false
information and data for the purpose of rebate payment to
Petronas Dagangan Berhad. Can I say that?
T: I don't know. If the documents are falsified or you think the
company is exposed, you make a police report. If you have
done that, why are you asking me now. You wait for the police
58
to investigate anyway.”
Ini turut ditegaskan juga oleh Pihak Menuntut di dalam keterangannya semasa
pemeriksaan balas yang menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui bahawa
terdapatnya lebihan bayaran kepada Petronas Dagangan Berhad sehingga
menyebabkan syarikat mengalami kerugian. Pihak Menuntut menyatakan seperti
berikut :
“Q: In this regard, you had failed to perform your duties by
neglecting to verify whether Edaran Inovative Trading was in
fact (in order to qualify for subsidy) distributing the company's
products to the Petronas petrol stations such as Stesen Minyak
Mali and Gasing Mewah Enterprise (“customers”) as indicated
in the reports supplied by Edaran Inovative Trading thereby
causing the company to over-pay the subsidy to Petronas?
A: I did not verify.
Q: Do you aware the been overpaid to Petronas Dagangan
Berhad?
A: I am not aware.
Q: You agree that the company found that you had approved
rebates to Petronas Dagangan Berhad for supplies by Bagus
Food Marketing and Edaran Inovative Trading which were not
wholly to Petronas stations and therefore as the General
Manager of Sales you had mislead the Managing Director into
believing the amounts you approved for rebates to Petronas
Dagangan Berhad were true and correct?
A: I disagree and not true.
Q: Agree that your misrepresentation has caused financial losses
59
to the company over a period of time – refer police reports – two
police reports which were lodged against the stockists/agents
both dated 12.05.2009 (COB – pages 206 to 207 and COB
pages 208 to 209) respectively?
A; I disagree and not aware of that police report.”
Peguam Pihak Menuntut di dalam hujahan bertulisnya menyatakan bahawa
berdasarkan kepada keterangan Pihak Menuntut, CLW2 dan COW2, adalah
didapati bahawa kesilapan penyediaan laporan berkenaan laporan rebat kepada
Petronas Dagangan Berhad adalah dilakukan oleh Bagus Food Marketing dan
Edaran Inovative Trading (1N) seperti yang dinyatakan oleh CLW2. Oleh itu, Pihak
Menuntut tidak boleh dipersalahkan di atas kerugian yang dialami oleh syarikat
kerana ia adalah disebabkan laporan yang tidak tepat yang telah disediakan oleh
Bagus Food Marketing dan Edaran Inovative Trading (1N). Kesilapan tersebut telah
diakui oleh CLW2 di dalam keterangannya. Peguam Pihak Menuntut telah
berhujah seperti berikut berkenaan dengan perkara ini :
62. So we ask ourselves, did Tan omit to do some act which a man
of ordinary prudence would do under these circumstances?
Tan and CLW2 both testified that the monthly sales reports
that both BFM and EIT submitted to the Company tallied with
the quantity of goods the Company had sold to BFM and EIT.
In other words, Tan had actually checked and verified both
BFM's and EIT's monthly sales report against the Company's
records of the sales to these 2 stockist. Tan could not have
verified BFM's and EIT's monthly sales report against the
invoices BFM and EIT issued to Petronas stations since these
60
invoices, according to the unchallenged testimonies of COW2,
Tan and CLW2, were never in the Company's custody and
control.
63. It is thus respectfully submitted that under these
circumstances, Tan did not omit “do some act which a man of
ordinary prudence would do under the circumstances”.
Therefore, we respectfully submit that the Company has failed
to prove that Tan was negligent in submitting the monthly
sales reports prepared by BFM and EIT to the Company's
Accounts Department for computation of the 2% rebate
payable to Petronas.
22. Di dalam kes ini setelah meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak,
mahkamah tidak menolak fakta bahawa sebagai seorang pengarah urusan
bahagian jualan dan pemasaran, sudah pastilah Pihak Menuntut tidak diharapkan
untuk mengetahui secara mendalam berkenaan invois-invois yang melibatkan
Petronas Dagangan Berhad. Pihak Menuntut sudah pasti akan bergantung kepada
invois-invois yang disediakan oleh pegawai bawahannya yang dalam kes ini
merujuk kepada Cik Fara dan juga maklumat daripada stokis-stokis yang
berkaitan. Dalam konteks ini, stokis adalah Bagus Food Marketing dan Edaran
Inovative Trading (1N). Sekiranya berlaku kesilapan yang dilakukan oleh
kakitangan Pihak Menuntut, Bagus Food Marketing dan Edaran Inovative Trading
(1N) maka Pihak Menuntut boleh menyatakan bahawa beliau sepatutnya tidak
dipertanggungjawabkan atas kesilapan tersebut. Ini adalah disebabkan beliau
bukannya pihak yang menyediakan invois-invois tersebut. Pada masa yang sama,
61
mahkamah juga perlu mengambil kira fakta bahawa ekoran daripada penyediaan
invois-invois tersebut yang berada di bawah tanggungjawab Pihak Menuntut yang
tidak dinafikan oleh Pihak Menuntut menyebabkan Pihak Responden membuat
pembayaran kepada stokis yang berkenaan. Ini adalah disebabkan Pihak Menuntut
menyatakan bahawa beliau bergantung kepada invois-invois yang disediakan oleh
pihak lain sehingga menyebabkan Pihak Responden membuat pembayaran, maka
adalah suatu yang munasabah untuk Pihak Menuntut perlu memastikan bahawa
invois-invois tersebut disediakan dengan betul oleh kakitangannya atau stokis yang
berkenaan. Di dalam kes ini, mahkamah mendapati tiada keterangan yang
dikemukakan bagi menunjukkan bahawa Pihak Menuntut ada membuat semakan
sama ada secara rawak atau memeriksa invois tersebut satu persatu sebelum
diproses untuk pembayaran. Ini pada pandangan mahkamah menunjukkan
bahawa Pihak Menuntut tidak menjalankan tugasnya bagi memastikan syarikat
tidak membuat pembayaran berdasarkan invois-invois yang salah yang disediakan
oleh Bagus Food Marketing, Edaran Inovative Trading (1N) ataupun kakitangan
bawahan Pihak Menuntut. Namun begitu, mahkamah tidak terlepas pandang
dengan keterangan COW4 semasa pemeriksaan balas berkenaan cadangan
daripada Bagus Food Marketing dan Edaran Inovative Trading (1N) untuk
memulangkan semula bayaran terlebih yang telah dibayar oleh Pihak Responden
kepada Petronas Dagangan Berhad berkenaan dengan rebat barang-barang yang
sebenarnya tidak dijual kepada Petronas Dagangan Berhad. COW4 tidak dapat
mengingatinya dan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. COW4 menyatakan
seperti berikut :
62
Q: Isn't it true that Encik Kamaruddin bin Drahim on behalf of
Bagus Food Marketing and Edaran Inovative Trading offered
to you to repay to your company any over payments made by
the company to Petronas Dagangan Berhad in relation to
rebates for goods actually not sold to Petronas Dagangan
Berhad and/or Edaran Inovative Trading when he came to see
you at your office on 13.03.2009?
A: I disagree.
Q: I put it to you, do you that Mr. Kamaruddin did offer to pay
any over payment to the Petronas Dagangan Berhad?
A: I cannot remember. I disagree.
Q: I put it to you that you had informed Encik Kamaruddin that
this was a small matter that could be resolved easily. Agree of
disagree?
A: I cannot remember.
Q: I put it to you on or about a week later, you met with Encik
Kamaruddin in Subang and you requested that he furnish you
with complete documentation of the total overpayment to
Petronas because you wanted to sack somebody. Agree or
disagree?
A: I did meet him in Subang, but I cannot remember what it was
all about.
Q: Refer to pages 13 to 17 of CLB. Do you agree that in
ascertaining the final figure to be recovered by the company in
relation to outstanding payment for goods sold to Bagus Food
Marketing, the company had taken into account the subsidies
given to Encik Kamaruddin bin Drahim in respect of Bagus
Food Marketing?
A: Yes, I agree.”
63
Namun demikian, isu mengenai pembayaran balik kepada Pihak Responden tidak
dikemukakan oleh CLW2 dalam pernyataan saksinya atau keterangannya di
mahkamah. Ini menunjukkan fakta bahawa syarikat Bagus Food Marketing dan
Edaran Inovative Trading (1N) ingin membayar semula kepada Pihak Responden
mengenai bayaran yang berlebihan itu tidak dapat disahkan oleh CLW2 yang
dikatakan telah berjumpa dengan COW4. Oleh itu, mahkamah berpendapat
tindakan Pihak Menuntut ini adalah suatu kegagalan yang menyebabkan kerugian
kepada Pihak Responden. Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa Pihak
Responden telah berjaya membuktikan pada peringkat perimbangan
kebarangkalian pertuduhan ketiga salah laku Pihak Menuntut.
d) Pertuduhan Keempat
23. Pihak Menuntut dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas
menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju adalah menjadi tanggungjawabnya
untuk membuat semakan sama ada rebat dibayar kepada Petronas Dagangan
Berhad terhadap barang-barang yang dihantar oleh syarikat kepada stesen-stesen
minyak Petronas. Malahan, beliau menyatakan bahawa beliau tidak menyedari
terdapat bayaran lebihan terhadap Petronas Dagangan Berhad. Ini adalah
disebabkan bagi Pihak Menuntut, segala bayaran yang dibuat seperti yang
dilaporkan kepadanya adalah berkaitan bayaran kepada stesen-stesen minyak
Petronas. Namun demikian, tiada keterangan yang jelas dapat dilihat melalui Pihak
Responden bagi menunjukkan bagaimanakah Pihak Menuntut telah memberikan
64
maklumat yang mengelirukan kepada pengarah urusan bagi jumlah bayaran rebat
yang dibuat kepada Petronas Dagangan Berhad. Oleh itu, sukar untuk mahkamah
ini meneliti keterangan bagi menentukan sama ada salah laku seperti pertuduhan
keempat itu telah disokong dengan keterangan-keterangan semasa siasatan
dalaman atau perbicaraan. Oleh itu, mahkamah berpendapat Pihak Responden
tidak dapat membuktikan pada tahap perimbangan kebarangkalian mengenai
pertuduhan keempat terhadap Pihak Menuntut.
e) Pertuduhan Kelima
24. COW4 di dalam keterangannya menyatakan bahawa tindakan Pihak
Menuntut menghantar barangan syarikat kepada pelanggan-pelanggan stokis
adalah bercanggah dengan amalan syarikat. Walaupun COW4 mengakui bahawa
terdapat juga penghantaran barangan oleh syarikat kepada pelanggan stokis, tetapi
ia dilakukan berdasarkan kepada persetujuan yang lain. Namun dalam konteks
stokis yang menjadi isu di dalam kes ini, Pihak Menuntut tidak sepatutnya
menurut COW4 menghantar terus barangan kepada pelanggan stokis. COW4
menyatakan berkenaan dengan pengangkutan yang diaturkan kepada stokis-stokis
seperti berikut :
“Q: I put it to you that any transport arrangements that were made
were in relation to transportation of goods to stockists'
customers and not stockists' warehouses as alleged in the
ground of dismissal. Agree or disagree?
A: I agree.
65
Q: Can you tell Court where is it written that it is never been the
company's policy to transport goods to the stockists'
customers?
A: It was not written it is understood in the market practice.
Q: Do you know that the company has billed the stockist for such
transportation of goods?
A: Later I found out. Before I don't know about it.
Q: I put it to you that as far back as 2004 the company had
special transport arrangements with both stockists and
vendors. Agree of disagree?
A: I cannot remember.
Q: Refer to page 61 of CLB. Can you confirm to this Court that
this document shows that the company has charged a
vendor know as P. A. Food Sdn. Bhd, for the cost of
transporting goods that the company collected on its own from
P. A. Food instead of P. A Food delivering the goods to the
company?
A: Yes, I agree.
Q: Do you agree that part of the “special transportation
arrangements” alleged to have been made by the claimant also
related to goods delivered to the company's customers by its
stockist for which the company issued credit notes to the
stockists i.e. in essence for which the stockists billed the
company?
A: I agree.
Q: Do you agree that such arrangements are made as it is more
cost effective in some instances for the stockists to transport
goods to the company's customers located closer to the
stockists than it is for the company to transport the goods
directly?
A: Yes.
66
Q: I put it to you that as far back as 2005 the company has
adopted the practice of getting their stockist to transport
goods to the company's customers for which the company is
charged accordingly by the stockist. Agree or disagree?
A: I agree.
Q: Refer to pages 62 to 63 of CLB. Can you confirm to this Court
that this document shows that the company had been billed by
a stockist known as E Corn Trading for transportation charges
for goods that were delivered to the company's customers on
the company's behalf?
A: Yes.
Q: I put it to you that not only were you aware of these transport
arrangements but that you accepted this practice as part of
the company's usual business operations. Agree or disagree?
A: I disagree.”
COW4 menyatakan bahawa pelanggan stokis yang seharusnya mengambil barangan
mereka daripada syarikat. Sebaliknya, Pihak Menuntut menyatakan bahawa COW4
mempunyai pengetahuan berkenaan dengan tindakan syarikat menghantar
barangan terus kepada pelanggan-pelanggan stokis. Pihak Menuntut menyatakan
seperti berikut :
“Q: Agreed you had approved, instructed the company staff (Yati)
and made special transport arrangements to send the stock to
this Chan Lain Kuan/Economic Force Sdn. Bhd., without
the consent or knowledge as the Company Managing Director
whereas it has never been the company policy to transport
goods to the any of the stockists' warehouses?
67
A: It is not true. Managing Director is fully aware of this
arrangement.
Q: Do you tell lie in request at page 112?
A: I disagree.
Q: The Managing Director is not authorised stated in 112?
A: I disagree because the Account Department authorised it.”
Namun demikian, jika dirujuk kepada muka surat 112 COB terdapat caj
pengangkutan yang dikenakan kepada stokis. Ia menunjukkan bahawa amalan
penghantaran oleh syarikat kepada pelanggan stokis ada dilakukan dengan bayaran
dikenakan kepada stokis berkenaan sebagai kos pengangkutan syarikat kepada
pelanggan stokis. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk menyatakan bahawa
Pihak Responden tidak mengetahui berkenaan amalan menyediakan kemudahan
pengangkutan oleh stokis syarikat. Jika syarikat berpandangan bahawa
penghantaran tersebut adalah tidak selari dengan polisi syarikat, ia sepatutnya
diberhentikan semasa penghantaran tersebut dilakukan kepada stokis-stokis
dengan cara Pihak Responden tidak membenarkan debit note dikeluarkan kepada
stokis-stokis berkenaan. Oleh itu, adalah sukar untuk menyatakan bahawa Pihak
Responden telah membuktikan bahawa tindakan untuk menyediakan kemudahan
pengangkutan kepada stokis untuk menghantar barangan kepada stokis adalah
bertentangan dengan syarikat. Malahan dengan penghantaran barangan tersebut,
ia mendatangkan hasil kepada syarikat. Mahkamah tidak menolak hujahan dan
pandangan Pihak Responden yang menyatakan bahawa sepatutnya stokis yang
menghantar barang-barang tersebut kepada pelanggan-pelanggan mereka. Namun
ia tidak dapat menolak bahawa amalan sedemikian ada dilakukan oleh syarikat
68
sebelum ini dan tiada sebarang keterangan yang menunjukkan terdapat halangan
secara bertulis atau lisan kepada Pihak Menuntut untuk memberhentikan amalan
tersebut.
25. Di dalam pertuduhan kelima juga dinyatakan bahawa Pihak Menuntut telah
tidak memaklumkan kepada Pihak Responden bahawa salah satu syarikat yang
menjadi stokis kepada syarikat Pihak Responden adalah merupakan syarikat milik
saudara kepada Pihak Menuntut. COW4 dalam keterangannya menyatakan
bahawa syarikat sedar stokis tersebut adalah milik keluarga Pihak Menuntut
setelah siasatan dijalankan. Ini dapat dilihat melalui keterangan COW4 semasa
pemeriksaan utama yang menyatakan seperti berikut :
“Q: Refer to page 92 to 95 COB. What is that?
A: It is a form for a person to open an account purchase and sale.
It is account for credit. This is individual and he run the
trolley to sell corn as per page 94 COB. They cannot act as a
stockist.
Q: What is the name of the person?
A: Chan Lai Kuan. C/o Economic Force Berhad. The contact
number is Mr Tan brother.
Q: Who approved the credit?
A: Mr. Tan, he wrote as covered by the stockist.
Q: The relationship between Tan Boon Guan is related to the
Claimant?
A: Yes.
Q: What is the relationship between Chan Lai Kuan and the
Claimant?
69
A: We went to see Chan Lai Kuan. He said never run the
business. Mr. Tan Boon Guan borrowed his identity card to do
the business.
Q: If you know Chan Lai Kuan, Economic Force Sdn. Bhd. and Mr
Tan Boon Guan related to the Claimant, did you consented
the transaction?
A: No.
Q: Did the Claimant ask your permission?
A: No. He never reveal it to me.”
Semasa pemeriksaan balas, COW4 terus menegaskan bahawa beliau mengetahui
hubungan Pihak Menuntut dengan stokis berkenaan setelah menjalankan siasatan.
COW4 menyatakan seperti berikut :
“Q: I put it to you that the decision to appoint Chan Lai Kuan as a
stockist was made by you after full disclosure had been
made by the claimant regarding his connection to
Economic Force and Economic Force's connection to Chan Lai
Kuan. Agree or disagree?
A: I disagree.
Q: During examination in chief you testified that during
investigations you found out that Chan Lai Kuan is related to
the claimant. Can you tell the Court what investigations these
were?
A: I do the SSM search. I found the name of shareholder and
director page 99 COB and page 103.
My staff, Puan Yati recognised his name as claimant's
brothers. He asked Mdm. Suria to type a letter contains the
name of brothers and his wife.”
70
26. Sebaliknya, Pihak Menuntut menyatakan di dalam keterangannya beliau
menafikan berkenaan hubungannya dengan stokis dan tidak memberikan harga
istimewa kepada stokis yang berkenaan kerana hubungan kekeluargaannya dengan
stokis tersebut. Pihak Menuntut menyatakan seperti berikut :
“Q: I put it to you that you concealed the fact that Chan Lai Kuan
is related to your brother from the company so that you can
give special preference and advantages to your family
members?
A: I disagree.”
Peguam Pihak Menuntut yang bijaksana telah menyatakan bahawa tiada
keterangan yang menunjukkan Pihak Menuntut telah memperolehi keuntungan
daripada urus niaga dengan syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan Pihak Menuntut. Malahan, peguam Pihak Menuntut
menyatakan bahawa Pihak Responden tidak pernah menjalankan urusan dengan
Economic Force Sdn. Bhd. yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Pihak
Menuntut. Sebaliknya, Pihak Responden menyatakan bahawa Pihak Menuntut
mempunyai kaitan dengan pemilik syarikat stokis yang berkenaan tidak dapat
dipatahkan oleh Pihak Menuntut kerana beliau tidak dapat memanggil Chan Lai
Kuan iaitu saudara kepada Pihak Menuntut sebagai saksi dalam perbicaraan dan
siasatan dalaman. Begitu juga bagi mengesahkan sama ada syarikat tersebut
mempunyai bilik sejuk seperti yang ditetapkan oleh seorang stokis syarikat. Dalam
71
hujahan Pihak Responden juga telah menukilkan kes KFH Ijarah House (M) Sdn.
Bhd. v. Aamir Nordin Ariffin [2010] 1 LNS 394. Di dalam kes tersebut fakta kes
seperti yang dinyatakan oleh Y. A. Hakim kes tersebut menunjukkan bagaimana
pekerja telah melakukan tindakan yang mempunyai pertentangan kepentingan. Ini
dapat dilihat seperti berikut :
The evidence of PW2, the General Manager of the plaintiff states that
between October 2000 and April 2001 the defendant as the CEO of
the plaintiff allowed the employees of Tactical Resources Alliance (M)
Sdn. Bhd. to take up space in the plaintiff's premises and to use the
plaintiff's telecommunication system, utilities and the plaintiff's
office. The said company was also allowed by the defendant to
register its own telephone line in the plaintiff's premises. The use of
the plaintiff's premises was never sanctioned by the plaintiff and the
defendant's approval of the same was a misuse of his powers, against
the interest of the plaintiff and constitutes a breach of the terms of
his contract of employment with the plaintiff.
The defendant in his defence merely stated that he was approached
by Tactical Resources Alliance (M) Sdn. Bhd. to rent a portable cabin
within the premises of the plaintiff and he approved it in return of
rental fees. However he claimed to have no knowledge whether any
rental was paid as the matter was dealt by the accounts department.
Upon being cross examined, the defendant admitted that he did not
do anything to ensure that the plaintiff's interest in the transaction is
protected or looked after and also admitted that he should have
signed an agreement for the use of the plaintiff's premises by the said
company. No payment was made to the plaintiff and no
documentation of any sort in respect of this transaction was ever
72
prepared.
Berdasarkan kepada fakta tersebut Y. A. Hakim tersebut telah memutuskan seperti
berikut :
In my considered view, the conduct of the defendant in this instance
is not only negligent but smacks a total lack of responsibility and
accountability to his employer and being totally indifferent. That, I
would opine, automatically constitutes a breach of his contract of
employment with the plaintiff in respect of his covenant to act
responsibly, with care and skill. In this respect I find the defendant
liable for the claims made against him and order that the loss and
damages suffered by the plaintiff resulting from his negligent and
irresponsible conduct be assessed by the Timbalan Pendaftar.
27. Sebaliknya di dalam kes ini, keterangan yang dikemukakan tidak dapat
menunjukkan dengan jelas apakah hubungan di antara pemilik stokis yang
berkenaan dengan Pihak Menuntut? Sekiranya benar terdapat perhubungan di
antara pemilik stokis dengan Pihak Menuntut, ia tidak memadai untuk menyatakan
bahawa Pihak Menuntut telah bertindak berdasarkan pertentangan kepentingan.
Mahkamah berpendapat apa yang lebih penting ialah apakah keputusan yang
diambil oleh Pihak Menuntut yang melibatkan stokis yang berkenaan telah
dibezakan dengan kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh stokis yang lain.
Mahkamah mendapati tiada keterangan yang sedemikian terdapat di dalam kes ini.
73
28. Seterusnya, mahkamah juga meneliti keterangan berkaitan dengan
keengganan Pihak Menuntut untuk menaikkan harga kepada stokis-stokis seperti
yang diarahkan oleh COW4. Arahan untuk menaikkan harga tersebut telah
dinyatakan melalui memo di halaman 115 COB yang turut disahkan oleh COW3
seperti berikut :
“S: Rujuk 115 COB. Apakah ini?
J: Mr. Chay Hong Choong ada mengarahkan kenaikan harga
jagung kepada semua stokis pada 25.06.2008 dari RM14.60
kepada RM15.60 per pack. Sales and Marketing telah
mengeluarkan notis ini kepada semua ejen dan stokis.
S: Bagus Food Marketing, Edaran Innovative Sd. Bhd. dan Chan
Lai Kuan, adakah hanya kepada ejen-ejen ini?
J: Encik Tan ada beritahu saya supaya tiga ejen ini tidak
dinaikkan harga jagung.
S: Encik Tan beritahu secara peribadi atau lisan?
J: Dia beritahu saya secara lisan.
S: Apakah tindakan awak selepas itu?
J: Setelah mendengar arahan itu, saya ada menyatakan kepada
Encik Chay Hong Choong, Pengarah Urusan. Saya beritahu
Encik Tan bahawa ketiga-tiga ejen ini tidak perlu dinaikkan
harga jagung tetapi Pengarah Urusan tidak bersetuju.
S: Apakah sebab tiga ejen ini tidak dinaikkan harga oleh Encik
Tan?
J: Encik Tan ada beritahu saya kebanyakkan pelanggan Edaran
Innovative Sdn. Bhd. dan Bagus Food Marketing kebanyakkan
pelanggan adalah petrol station terutama Petronas Dagangan
Berhad.
S: Adakah anda menyampaikan kepada Pengarah Urusan alasan
74
Encik Tan ini?
J: Ada, Encik Chay tidak bersetuju dan minta saya beritahu
Encik Tan supaya membuat laporan jualan bagi menyokong
tindakan Encik Tan yang tidak naikan harga itu.
S: Adakah Encik Tan sediakan laporan jualan seperti diminta
oleh Pengarah Urusan?
J: Encik Tan tidak menyediakan laporan yang Pengarah Urusan
minta sehingga Pengarah Urusan menamatkan perkhidmatan
Pihak Menuntut.
S: Adakah Encik Tan membenarkan kenaikan kepada tiga ejen
ini?
J: Encik Tan tidak membenarkan untuk kenaikan harga untuk
tiga ejen ini. Sales and Marketing tetap membuat invois
mengunakan harga lama.”
Pihak Menuntut dalam keterangannya mempertahankan tindakan beliau tidak
menaikkan harga kepada stokis-stokis yang berkenaan atas alasan seperti berikut :
“Q: Agree that you continued to refuse to increase the price
although your Managing Director issued reminders through
your staff called Yati pending your complying with his request
for a proper report to justify your refusal to increase for these
three special stockists?
A: I disagree. Managing Director given instruction to Yati not to
increased price for time being until the resolution with the
Petronas Dagangan Berhad because we just increased in
March and they want to increase in July. I told the Managing
Director about it.
Q: If the good had the high price, the stockist can decide to
75
increase to Petronas Dagangan Berhad?
A: No. Refer to page 1 CLB, the stockist need a protected margin
for their expences.
Q: Where it is says in the agreement between stockist and
Petronas Dagangan Berhad and had to follow the company
price?
A: In order to await confusion and undue complaint the company
had to regulate the price.
Q: Where is the evidence?
A: Through my discussion with Petronas Dagangan Berhad. I told
Managing Director. There is no document about it.”
Persoalan di dalam kes ini ialah adakah wajar Pihak Menuntut tidak mematuhi
arahan yang dikeluarkan oleh COW4 bagi menaikkan harga-harga jualan kepada
stokis-stokis yang berkenaan? Selain itu, adakah alasan yang diberikan oleh Pihak
Menuntut berkenaan keengganan beliau menaikkan harga stokis-stokis tersebut
adalah wajar? Mahkamah berpendapat apabila COW4 menaikkan harga kepada
stokis tersebut, Pihak Menuntut sebagai pegawai bawahan COW4 melaksanakan
keputusan yang dibuat oleh COW4 bagi Pihak Responden. Walau bagaimanapun,
mahkamah tidak boleh mengenepikan alasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut
untuk tidak menaikkan harga kepada stokis-stokis tersebut. Walau bagaimanapun,
Pihak Menuntut tidak dapat mengemukakan keterangan bagi mengesahkan bahawa
terdapat perbincangan di antara Pihak Menuntut dengan stokis-stokis tersebut
berkenaan penangguhan kenaikan harga kepada stokis-stokis tersebut. Selain itu,
tiada juga keterangan dari Pihak Menuntut yang menunjukkan bahawa Pihak
Menuntut telah memberikan maklum balas kepada COW4 berkenaan keputusan
76
untuk tidak menaikkan harga kepada stokis tersebut seperti yang diarahkan oleh
COW4 melalui COW3. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa berkemungkinan
setelah Pihak Menuntut memberikan penjelasan kepada COW4 mengenai alasannya
untuk tidak menaikkan harga kepada stokis-stokis tersebut, keputusan Pihak
Menuntut itu mungkin akan direstui oleh COW4. Namun tiada keterangan yang
sedemikian dilihat di mahkamah. Ini bermakna pada masa itu, arahan memo di
halaman 115 COB oleh COW4 masih berkuat kuasa kepada semua stokis tanpa
sebarang pengecualian. Oleh itu, mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan
yang dikemukakan di mahkamah berkenaan keengganan Pihak Menuntut untuk
mematuhi arahan tersebut adalah sesuatu yang tidak munasabah. Ia adalah salah
satu tindakan Pihak Menuntut tidak mematuhi arahan yang sah daripada pegawai
atasan yang boleh dikategorikan sebagai salah laku. Selain itu, ia juga telah
menimbulkan syak wasangka COW4 dan Pihak Responden kepada Pihak Menuntut
mengenai kewujudan saudara Pihak Menuntut di dalam stokis-stokis yang mana
harga mereka tidak dinaikkan seperti yang dinyatakan di halaman 115 COB.
29. Jika diteliti kepada keseluruhan pertuduhan kepada Pihak Menuntut, adalah
didapati bahawa ia tidak disediakan dengan memuaskan. Ini telah menyebabkan
kesukaran kepada Pihak Menuntut untuk mengemukakan keterangan bagi
membela diri ke atas semua pertuduhan tersebut sama ada semasa siasatan
dalaman atau pun perbicaraan di mahkamah. Adalah menjadi amalan
perhubungan perusahaan yang baik untuk pertuduhan yang dikemukakan kepada
pekerja dinyatakan dengan jelas dan teratur bagi membolehkan pembelaan
77
dikemukakan melalui keterangan-keterangan pekerja yang berkenaan. Apa yang
jelas di dalam pertuduhan yang dikemukakan, di dalam setiap pertuduhan terdapat
pertuduhan-pertuduhan kecil yang mungkin menimbulkan kekeliruan kepada
Pihak Menuntut. Walau bagaimanapun, jika dilihat secara keseluruhan dapat
disimpulkan bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepada Pihak
Menuntut adalah kegagalan Pihak Menuntut memperbaharui kontrak stokis,
kegagalan untuk membuat pengesahan kedudukan syarikat yang dilantik sebagai
stokis, kegagalan untuk mengesahkan penjualan barangan kepada stesen-stesen
minyak Petronas, kelulusan rebat kepada Petronas Dagangan Berhad dan hubung
kait di antara seorang yang bernama Chan Lai Kuan dan kepentingan beliau
sebagai keluarga Pihak Menuntut di dalam Economic Force Sdn. Bhd. Oleh itu,
semasa mahkamah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan, ia adalah
menjurus kepada lima pertuduhan tersebut. Mahkamah juga mendapati
pembelaan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut semasa siasatan dalaman dan
perbicaraan menjurus kepada lima pertuduhan tersebut. Mahkamah berpendapat
walaupun sepatutnya pertuduhan-pertuduhan di dalam kes ini disediakan dengan
lebih teratur dan boleh diperbaiki lagi, namun ia tidak menjejaskan keadilan
kepada Pihak Menuntut.
30. Berdasarkan kepada penilaian keseluruhan keterangan yang dikemukakan,
mahkamah berpendapat bahawa Pihak Responden telah berjaya membuktikan pada
tahap perimbangan kebarangkalian salah laku bagi pertuduhan pertama dan
pertuduhan keempat berkaitan dengan kegagalan Pihak Menuntut untuk mematuhi
78
arahan kenaikan harga kepada stokis seperti memo di halaman 115 COB. Oleh itu,
mahkamah berpendapat bahawa pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah adil
dan beralasan (with just cause and excuse). Oleh itu, rujukan Pihak Menuntut
adalah ditolak.
DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 18HB JANUARI 2013.
t.t.
( ROSLAN BIN MAT NOR )PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIACAWANGAN JOHOR
79