sejarah tingkatan 4 bab 5
TRANSCRIPT
Kerajaan Islam di Madinah
Syakira Harith
Pengenalan• Madinah al-Munawarah : bandar bercahaya
(nama sebelum ketibaan nabi, Yathrib)• Terletak di utara Makkah & strategik (di antara
Makkah & Syam mendorong pedagang)• Suasana kurang aman sebab pergeseran suku
kaum Arab & penguasaan ekonomi orang Yahudi
• Pertemuan suku Aus & Khazraj dengan nabi di Aqabah pada 621 M telah membuka lembaran baru
Penduduk Madinah
Nasrani Yahudi
Bani Quraizah
Bani Qunaiqa’
Bani Nadhir
Arab
Suku Aus Suku Khazraj
Perjanjian Aqabah Pertama & Perjanjian Aqabah Kedua
• Semasa dakwah Islamiah disebarkan oleh nabi di Makkah, baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang dari suku Khazraj & memeluk Islam. Kemudian mereka menyebarkan Islam kepada penduduk lain
• Musim haji berikutnya, suku Aus & Khazraj mengunjungi nabi & terjalinlah Perjanjian Aqabah Pertama
Perjanjian Aqabah Pertama
Suku Aus & Khazraj beriman
kepada Allah & Rasul
Berjanji akan membantu perjuangan Rasulullah
Tidak akan melakukan
amalan jahiliah
• Nabi menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam
• 622 M Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani
Perjanjian Aqabah Kedua
Suku Aus & Khazraj memeluk Islam & mengukuhkan lagi taat setia kepada
nabi
Suku Aus & Khazraj menjemput nabi &
orang Islam di Makkah berhijrah ke
Madinah
Suku Aus & Khazraj sukarela menyediakan
tempat tinggal & keselamatan nabi & orang Islam Makkah
serta sedia mempertahankan
Islam
Pendorong utama
berlakunya hijrah Makkah
ke Madinah
Hijrah• Makkah ke Madinah • 1 Rabiulawal bersamaan 12 Sept tahun 622 M • Secara rahsia & berperingkat-peringkat• Nabi berhijrah bersama Abu Bakar Al-Siddiq
selepas penghijrahan umat Islam (mengambil masa lebih kurang 12 hari)
• Umar Al-Khattab berhijrah secara sendirian & terang-terangan kerana berani
Konsep Hijrah
• Hijrah berpindah (dari satu tempat ke tempat lain) (Makkah ke Madinah untuk sebarkan Islam) (semangat ingin berubah dari segi sikap, cara berfikir & tingkah laku)
• Orientalis Barat mentafsirkan hijrah sebagai pelarian
Hujah barat
disangkal dengan:
Jemputan orang Madinah (Aqabah ke-2)
Ketibaan orang Makkah
disambut dengan rela &
meriah
Diberikan tempat tinggal & jaminan
keselamatan
Nabi dilantik sbg pemimpin Madinah &
diterima oleh semua golongan
• Nabi berjaya melepaskan diri dari kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda
• Ali B. Abu Talib tidur di tempat baginda dengan menggunakan selimut
• Setelah keluar rumah, nabi bertemu Abu Bakar Al-Siddiq & menyatakan perintah Allah supaya berhijrah
• Nabi & Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur sebelum hijrah ke Madinah
• Perjalanan nabi & Abu Bakar dipandu oleh Abdullah B. Arqat
• Penghijrahan hari ini berbeza kerana:– Manusia pindah akibat peperangan & dianggap
pelarian, tidak diundang & bakal dihantar pulang
Semasa bersembunyi di Gua Thur, nabi dibantu oleh:Abdullah B. Abu Bakar (mengintip kegiatan orang Quraisy
yang ingin menjejak kehilangan bagindaAsma’ Bt. Abu Bakar (menghantar makanan untuk
baginda & Abu Bakar)Amir B. Fuhairah (mengembala kambing berhampiran
Gua Thur agar susu kambingnya dapat diberikan kepada baginda)
Sebab & Tujuan Hijrah• Dakwah Islamiah di Makkah : 13 tahun
Faktor Hijrah
Perintah Allah (niat orang
Quraisy ingin membunuh nabi)
Jemputan masyarakat
Madinah yang menghadapi
pelbagai konflik
Menyatupadukan umat Islam
Menyebarkan Islam
Surah Al-Anfal
- Bertelagah sesama sendiri
- Ekonomi dikuasai oleh orang Yahudi
Aqabah 1
Aqabah 2
Tentangan orang Quraisy
Perintah hijrah
Bersembunyi di Gua Thur
Singgah di Quba’
Tiba di Madinah
Rentetan Peristiwa
Hijrah
Kepentingan Hijrah
Dakwah Islamiah disampaikan
dengan aman & tanpa
berselindung
Mendamaikan suku Arab di
Madinah yang bersengketa
Menjalinkan hubungan
persaudaraan antara orang
Islam Makkah & Madinah
Menyatukan orang Islam Makkah &
Madinah yang berbeza ekonomi
& sosial
• Muhajirin orang Madinah yang berhijrah ke Makkah
• Ansar kaum Aus & Khazraj yang tinggal di Madinah
• Kesannya: ekonomi meningkat, hidup sejahtera & makmur, lahirlah perpaduan rakyat
• Di Madinah, nabi membina Masjid Al-Nabawi• Namun, masjid pertama merupakan Masjid
Quba’• Masjid: tempat beribadat, belajar, bertemu &
membincangkan masalah
• Sempena hijrah, takwim Islam wujud (mula pada zaman Khalifah Umar B. Al-Khattab
• Sambutan “maal hijrah” memperingati perjuangan umat Islam dahulu
• Nabi menukarkan nama Yathrib kepada Madinah Al-Munawarah (kota bercahaya)
• Menjadikan Madinah pusat tamadun Islam & agama Islam menjadi cara hidup (politik, ekonomi & sosial)
• Orang Islam Madinah memberikan tempat tinggal, makanan, harta & isteri untuk dikahwini
• Hijrah berjaya dengan sokongan & pengorbanan sahabat:– Abu Bakar Al-Siddiq: bergadai harta & nyawa– Ali B. Abu Talib: tidur di tempat baginda sewaktu
malam penghijrahan (mengelirukan orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda)
– Abdul Rahman B. Auf: kaya & sanggup menyumbangkan harta membantu masyarakat Islam yang susah
• Hijrah menunjukkan wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan negara– Asma’ Bt. Abu Bakar Al-Siddiq: menghantar
makanan & menyampaikan berita tentang gerakan Quraisy kepada nabi di Gua Thur walaupun bahaya (jalan berbatu besar & berliku)
• Hijrah menunjukkan ketabahan hati & kebesaran jiwa nabi (sanggup berkorban & meninggalkan kemewahan hidup demi memperjuangkan Islam) & tidak berputus asa
• Hijrah menampakkan kebijaksanaan nabi mengatur strategi perjuangan (baginda bersembunyi dahulu di Gua Thur sebelum ke Madinah & memilih jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah kerana berpendapat jalan utara kurang selamat)
• Sebaik-baik berhijrah, nabi menyatukan masyarakat Madinah & merangka sebuah perlembagaan (untuk mentadbir Madinah) iaitu Piagam Madinah
Piagam Madinah / Sahifah Madinah• Perlembagaan bertulis yang dirangka oleh
nabi pada 622 M berpandukan wahyu Allah• Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam
Madinah (yang terdiri daripada masyarakat Islam & bukan Islam)
• Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara & rakyatnya
• Mendapatkan persetujuan orang Islam (Muhajirin & Ansar) & orang bukan Islam (Yahudi & suku Arab lain)
Piagam MadinahDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangPiagam ini daripada Nabi Muhammad SAW antara orang-orang beriman dan yang memeluk Islam yang terdiri daripada orang Quraisy, Yathrib dan orang yang mengikut mereka mempersatukan diri dan berjuang bersama-sama mereka.
Fasal 1Sesungguhnya mereka terdiri daripada satu ummah yang bebas daripada pengaruh dan kekuasaan manusia lainnya.Fasal 2Orang Muhajirin yang terdiri daripada Quraisy mempunyai hak mereka, saling tanggung-menanggung membayar dan menerima wang tebusan darah (diyat) antara mereka kerana suatu pembunuhan, dengan cara yang baik dan adil antara orang beriman.Fasal 16Bahawa sesungguhnya kaum Yahudi yang setia kepada negara kita (Madinah) berhak mendapat bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan daripada pergaulan umum.Fasal 17Tidak diperkenankan, segolongan orang beriman membuat perjanjian tanpa disertai segolongan lain di dalamnya suatu peperangan di jalan Allah kecuali atas dasar persamaan dan adil antara mereka.
Kandungan Piagam Madinah• Mengandungi 47 fasal (23 fasal
membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka & 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap Madinah)
• Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat
• Perlembagaan lain (yang lewat berbanding Piagam Madinah, 622 M) : Perlembagaan Amerika Syarikat (1787), Perlembagaan Peranchis (1795)
Bil. Perkara Rumusan1. Politik • Nabi Muhammad SAW pemimpin di Madinah
• Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam
2. Agama • Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
• Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam
3. Sosial • Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
• Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
4. Perundangan • Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
5. Ekonomi • Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara
• Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan
6.
7.
Pertahanan
Kedudukan Yahudi
• Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
• Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah
• Nabi berperanan menjadi ketua negara, ketua hakim & bertindak menyelesaikan semua masalah masyarakat Madinah (berasaskan musyawarah & keadilan)
• Buruk sangka dari segi agama dilarang sama sekali (nabi tidak pernah memaksa orang yang bukan Islam memeluk Islam)
• Perasaan benci-membenci & mementingkan diri dielakkan demi keharmonian negara
• Dengan mengamalkan undang-undang Islam cara hidup lebih tersusun & diterima ramai
• Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah adil & diterima dengan senang hati
• Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi (riba & penindasan dilarang)
• Masyarakat Madinah diwajibkan mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh
• Hak yang sama diperoleh setiap rakyat untuk menikmati keselamatan dan kebebasan
• Selain dibenarkan tinggal di Madinah, kedudukan mereka terjamin & selamat selagi mematuhi Piagam Madinah
• Rakyat Madinah dilarang bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru-hara
• Pembentukan Piagam Madinah mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa & penganut pelbagai agama mencapai perpaduan & persefahaman
Kepentingan Piagam Madinah
• Panduan menjalankan pemerintahan berasaskan Islam
• Menunjukkan unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama
• Kepintaran nabi berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap (merangkumi peraturan dunia & akhirat)
• Ekonomi Islam mementingkan keadilan & ketelusan dalam perniagaan (sifat bertimbang rasa & bersedekah digalakkan)
• Orang Ansar membantu Muhajirin secara sukarela & ikhlas
• Masyarakat baru berasaskan ummah dibentuk (nilai yang ditanam berasaskan semangat ukhuwah Islamiah)
• Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama (mempraktikkan konsep keadilan sosial)
• Persamaan hak & persaudaraan Islam tidak lagi membezakan taraf
• Amalan & sifat positif di bawah kepimpinan nabi melahirkan semangat perpaduan, bantu-membantu & rela berkorban
• Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil• Cara nabi mendirikan kerajaan berbeza kerana
menyusun perlembagaan terlebih dahulu (menunjukkan masyarakat Madinah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan)
• Sistem pemerintahan nabi meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi
• Kehidupan masyarakat menjadi sistematik kerana terikat dengan undang-undang
• Semua bangsa ada hak dalam Madinah & harus mematuhi peraturan
• Mereka bertanggungjawab mempertahankan keselamatan Madinah daripada serangan luar
• Kerjasama rakyat Madinah menjadikan negara Madinah kuat & disegani negara luar di Semenanjung Tanah Arab
Penyebaran Islam
• Orang Arab Quraisy iri hati dengan pembentukan kerajaan Islam di Madinah & mula mencari sokongan Yahudi & penduduk Arab di sekitar Tanah Arab agar menghapuskan Islam
• Nabi menyedari tindak-tanduk orang Arab Quraisy & lebih berhati-hati
• Baginda menyebarkan Islam dengan menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah & sekitar Semenanjung Tanah Arab
• Nabi tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi, menunjukkan nilai-nilai yang baik, menyeru menerusi warkah & ingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut
• Mengikut ajaran Islam, peperangan tidak dibenarkan kecuali untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara & dengan keizinan Allah (melalui wahyu)
• 622M/1H sehingga pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630M/8H beberapa peperangan telah berlaku
Perang Badar(624M/2H)
Perang Uhud(625M/3H)
Perang Khandak (627M/5H)
Perang Tabuk(630M/8H)
Perang Khandak• Berlaku antara orang
Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah yang bergabung dengan puak Yahudi
• Pihak Islam menggunakan strategi menggali parit di sekeliling Kota Mekah
• Islam menang kerana tenteranya mempunyai kesabaran & ketahanan diri yang tinggi
• Di Makkah, setelah lama ditindas, Allah memberikan izin kepada umat Islam untuk berperang, iaitu setelah orang Arab Quraisy menyerang orang Islam
• Prinsip peperangan Islam: Allah membenarkan orang Islam apabila mereka
diserang musuh Allah membenarkan orang Islam berperang untuk
mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga• Peperangan pada masa ini, lebih kepada menjaga
maruah negara, memusnahkan harta benda & manusia yang tidak berdosa
• Peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman & mempertahankan diri
• Islam menganjurkan perdamaian, seandainya musuh Islam inginkan perdamaian, maka, orang Islam harus memilih perdamaian
• Dakwah Islamiah mestilah dilakukan dengan bijaksana dan menerusi nasihat yang baik
• Peperangan berlaku antara orang Islam Madinah dengan pihak Arab Quraisy Makkah terbukti untuk mempertahankan maruah agama, bangsa & negara
• Islam tidak berkembang dengan paksaan malah secara sukarela & toleransi (dalam Perang Badar: walaupun Islam menang, nabi ampunkan tawanan Arab Quraisy) – tawanan wanita & kanak-kanak dibebaskan– tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 kanak-kanak
Islam membaca & menulis hingga pandai akan dibebaskan
• Tentera Islam di medan perang dilarang membunuh sesuka hati & memusnahkan tumbuh-tumbuhan
• Pengajaran nabi: mengamalkan akhlak mulia, saling bertolak-ansur, menunjukkan teladan yang baik
• Selepas Perang Badar, makin ramai orang Arab Quraisy yang memeluk Islam
Garis panduan tentera Islam
dalam peperangan
Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh
orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak,
wanita, orang yang sakit & orang yang menyerah diri
Dilarang merobohkan
tempat ibadat
Tidak dibenarkan membunuh
binatang ternakan & memusnahkan
tanaman
Perjanjian Hudaibiyah
• 628 M, orang Islam bercadang menziarahi Makkah
• Kota Makkah sangat penting kerana:– Terletaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadat
umat Islam – Tempat asal orang Muhajirin– Tempat turun wahyu pertama
• Nabi & umat Islam berhasrat ingin menunaikan umrah
• Walau bagaimanapun, kedatangan orang Islam Madinah disekat orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
• Mereka rasa tercabar & bimbang dengan kekuatan orang Islam
• Di Hudaibiyah, orang Islam berusaha menerangkan tujuan kedatangan melalui Uthman B. Affan
Faktor-faktor Uthman B. Affan untuk ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah
Mempunyai ramai saudara mara di Makkah Sahabat yang matang & tua berbanding sahabat lain Lemah lembut & bertolak ansur
• Namun, pihak Quraisy tidak memperdulikan hasrat orang Islam
• Orang Arab Quraisy menghantar Suhail B. Amru untuk berunding setelah mendapat tahu orang Islam telah berikrar & bersumpah setia untuk membela kematian Uthman B. Affan
• Setelah beruding, Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada 628 M/6H
Peristiwa Penting ke Arah Termeterainya
Perjanjian Hudaibiyah
1.628 M, rombongan
Islam ke Makkah untuk
menunaikan umrah
2.Disekat di Hudaibiyah, nabi
menghantar Uthman B. Affan ke
Makkah terang tujuan kedatangan
3.Dengar khabar angin kematian
Uthman. Bersumpah setia menuntut bela yang dikenali ‘Bai’ah
al-Ridwan’. Arab Quraisy bimbang &
menemui nabi
4.Termeterailah Perjanjian
Hudaibiyah antara nabi &
Suhail B. Amru
Kandungan Perjanjian
Hudaibiyah
Gencatan senjata 10
tahun
Kabilah Arab bebas memihak kepada
Islam Madinah atau Quraisy Makkah
Orang Islam Madinah yang
berpihak kepada Makkah tanpa
kebenaran penjaga tidak perlu
dipulangkan
Orang Quraisy Makkah yang
berpihak kepada Madinah tanpa
kebenaran penjaga perlu dipulangkan
Umat Islam boleh
mengerjakan umrah tahun
berikutnya (7H)
• Awalnya, sahabat nabi tidak dapat menerima Perjanjian Hudaibiyah kerana dianggap menguntungkan pihak Quraisy
• Akhirnya, mereka menerimanya sebagai pengajaran yang besar
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
• Berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, 629 M
• Memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah & beribadat di Kaabah pada bila-bila masa
• Suku Arab boleh menganut agama yang mereka suka tanpa halangan (sejarawan mengatakan selepas 2 tahun perjanjian, mereka yang memeluk Islam berganda bilangannya
• Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy yang berpengaruh seperti Khalid B. Al-Walid, Amru B. Al-As & Uthman Bin Talhah (setelah mengkaji kebenaran Islam secara rasional)
• Melambang ketokohan Nabi Muhammad SAW (tidak terburu-buru, melihat secara menyeluruh, terperinci & berwawasan)
• Menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah
• Perdamaian ini bertahan 2 tahun sahaja (orang Arab Quraisy langgar perjanjian pertama)
Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah
(gencatan senjata kekal hingga 10 tahun sepatutnya)
Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah
Pembukaan Semula Kota Makkah• Nabi lahir di Makkah di mana Islam lahir• Disebabkan Islam tidak diterima Arab Quraisy,
orang Islam dan nabi berhijrah ke Madinah pada 622 M.
• Setelah 8 tahun di Madinah, kerajaan Islam berjaya didirikan dan dapat menguasai semula kota Makkah pada 630 M/8 H
• Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah & tidak menghormati hak kebebasan
• Pembukaan kota Makkah strategi jangka panjang untuk menyebarkan Islam
• Nabi berpendapat kalau Makkah dikuasai, kerajaan Islam Madinah akan lebih mantap
• Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri orang Arab Quraisy (khususnya pembesar)
• Al-Abbas (bapa saudara nabi) & Abu Sufian (ketua Arab Quraisy) telah mengambil keputusan memeluk Islam sebelum tentera Islam memasuki Makkah kerana menyedari kepalsuan perjuangan mereka sebelum ini
• Nabi menyediakan 4 pasukan tentera yang terdiri daripada 10 000 orang
Pasukan Khalid B. Al-Walid
Pasukan Abu
Ubaidah Al-Jarrah
Pasukan Saad B. Ubadah
Pasukan Zubair B.
Al-Awwam
Semua pasukan ini masuk ke kota Makkah
dari arah yang berlainan (utara, selatan, barat,
barat daya)
Taktik ini memberi kejayaan kepada umat Islam kerana orang Quraisy dikepung rapi
• Semangat ketakwaan & keyakinan tentera Islam berjaya membuka semula kota Makkah tanpa rintangan (hanya penentangan kecil kepada pasukan Khalid B. Al-Walid ditewaskan oleh umat Islam)
Garis masa 622M 628M 630M|________|________________|_______|
Nabi tinggal di Makkah
Hijrah ke Madinah
Perjanjian Hudaibiyah
Fathu Makkah
Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah
• Faktor penting Makkah mudah dikuasai oleh orang Islam: pengislaman Abu Sufian & Abbas (orang Arab Quraisy yang lain turut ikut)
• Faktor utama kejayaan pembukaan semula kota Makkah: nabi menjamin keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah
• Setelah menguasai kota Makkah, nabi bertawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah kemudian berpidato kepada umat Islam dengan membacakan ayat al-Quran yang menekankan kepentingan perpaduan diamalkan dalam masyarakat pelbagai bangsa & agama
• Sebagai warganegara, kita harus berbaik sangka & bantu-membantu demi mengekalkan perpaduan
• Sifat pemaaf nabi terhadap orang Arab Quraisy yang dikepung sangat ketara (nabi tidak membalas dendam terhadap penduduk Makkah yang memusuhi Islam malah memaafkan)
• Sifat pemaaf nabi menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam seterusnya
• Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur Jahiliah setelah pembukaan semula kota Makkah
• Agama menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya & digantikan Islam
• Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
• Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam (menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadat)
• Pembukaan semula kota Makkah:– Membuktikan kekukuhan negara Islam di Madinah
bawah pimpinan nabi– Menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam
ke seluruh Tanah Arab
• Dakwah Islam tersebar secara aman, orang memeluk Islam secara sukarela, tanpa paksaan
• Penguasaan Makkah mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat
• Walaupun Makkah dikuasai, Madinah tetap menjadi pusat penyebaran Islam, Makkah pula menjadi salah sebuah wilayah Islam
• Sebelum wafat, dalam khutbah terakhir baginda, nabi telah berpesan:
Saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka &
kamu tidak akan sesat selama-selamanya selagi kamu masih berpegang
kepada pusaka ini, iaitu kitab Allah (Al-Quran) & sunnah
Rasulullah
• Keseluruhannya, pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh
• Tamadun Islam yang dibina oleh nabi menjadi titik tolak kejayaan pemerintah Islam seterusnya
• Nabi wafat pada 632M/11H & tugas penyebaran Islam diteruskan oleh sahabat-sahabat baginda yang terpilih
• Pemerintahan Islam selepas nabi dinamakan Khulafa’ al-Rasyidin