sejarah tg 5 bab 1

15
SEJARAH TG 5 - BAB 1 MODUL SEJARAH TINGKATAN LIMA BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA A Imperialisme Barat di Asia Tenggara ► Apakah yang dimaksudkan Imperialisme Barat? 1. Dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilauahnya dengan menjajah Negara Lain. 2. Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke 16. 3. Kegiatan ini didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai politik, ekonomi dan social Kawasan ini. ► Senaraikan Negara Imperialis Barat dan Negara Asia Tenggara yang dijajah. Imperialis Barat Negara yang dijajah Potugis Melaka dan Timor-timur Sepanyol Filipina Belanda Indonesia Britain Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, Burma Peranchis Indochina Amerika Syarikat Filipina ► Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat di Asia Tenggara. 1. Kedudukan yang strategic kerana terletak di antara China dan India menarik minat Imperialisme Barat 2. Tanahnya yang subur sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti tebu, kopi, kelapa, getah, Kelapa sawit dan tembakau 3. Kawasan ini kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum 4. Kepesatan sector perindustrian membolehkan pengeluaranpelbagai hasil perkilangan besar-besaran dan memerlukan bahan mentah secara konsisten 5. Memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil pengeluaran kilang. 6. Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dan mempercepatkan Perjalanan antara Barat dengan timur serta menjimatkan kos pengangkutan

Upload: laimin-matong

Post on 10-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

SEJARAH TG 5 - BAB 1 MODUL SEJARAH TINGKATAN LIMABAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARAA Imperialisme Barat di Asia Tenggara Apakah yang dimaksudkan Imperialisme Barat?1. Dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilauahnya dengan menjajah Negara Lain.2. Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke 16.3. Kegiatan ini didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai politik, ekonomi dan socialKawasan ini. Senaraikan Negara Imperialis Barat dan Negara Asia Tenggara yang dijajah.Imperialis Barat Negara yang dijajahPotugis Melaka dan Timor-timurSepanyol FilipinaBelanda IndonesiaBritain Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, BurmaPeranchis IndochinaAmerika Syarikat Filipina Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat di Asia Tenggara.1. Kedudukan yang strategic kerana terletak di antara China dan India menarik minat Imperialisme Barat2. Tanahnya yang subur sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti tebu, kopi, kelapa, getah, Kelapa sawit dan tembakau3. Kawasan ini kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum4. Kepesatan sector perindustrian membolehkan pengeluaranpelbagai hasil perkilangan besar-besaran dan memerlukan bahan mentah secara konsisten5. Memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil pengeluaran kilang.6. Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dan mempercepatkanPerjalanan antara Barat dengan timur serta menjimatkan kos pengangkutan7. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan jarak perjalanan,Selamat dan menjimatkan kos di antara Barat dan Timur8. Penciptaan telegraf dapat menghubungkan antara Barat dengan Timur memberikan arahan Kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dan wakil perniagaan dengan lebih cepat danBerkesan9. Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan Negara-negara di Asia Tenggara menjadiMangsa imperialisme kerana keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaa10. Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa British dan Belanda dalam Imperialisme mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.11. Merasakan bertanggungjawab untuk memimpin orang timur kearah kehidupan yang lebihSejahtera12. Peranchis dengan slogan tugas menyebarkan tamadun di Timur melalui mubalgh kristian Menyebarkan nagama kristian kepada penduduk tanah jajahan. Terangkan sebab-sebab keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat imperialisme Barat.1. Kedudukan yang strategic kerana erletak di antara China dan India menarik minatimperialisme Barat.2. Tanahnya yang subur sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti tebu, kopi, kelapa, getah,Kelapa sawit, dan tembakau.3. Kawasan ini kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum4. Penduduk yang ramai dengan pasaran yang luas. Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh imperialisme Barat di Asia Tenggara1. Memperkenalkan sistem birokrasi barat menggantikan pemerintahan beraja2. Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan3. Pelaksanaan pentadbiran melalui biro atau jabatan untuk melicinkan pentadbiran4. Pelantikan gabenor general sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan5. Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro mengawasi pegawai diperingkat bawah6. Pengenalan undang-undang Barat7. Pemerintahan tempatan dipaksa menerima penasihat dan pentadbir Barat8. Penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Jabatan Pertanian dan Jabatan Pelajaran Apakah yang dimaksudkan Encomienda1. Sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Sepanyol diketuai oleh Encomiendero2. Tugas encomindero menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan pendudukBarangay Mengapakah rakyat Filipina menentang sistem Encomienda1. Mengenakan cukai yang tinggi2. Menjalankan kerahan tenaga3. Memaksa penduduk bekerja di ladang-ladang Terangkan perubahan pentadbiran Filipina semasa penjajahan Sepanyol1. Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral sebagai pemerintah2. Ketua Datuk Bandar mentadbir wilayah3. Gabenor kecil bertindak mentadbir Bandar4. Pentadbiran pada peringkat tempatan dilaksanakan di bawah sistem Encominda yangDiketuai oleh Encomindero5. Penyatuan barangay dikenali encomienda telah menyebabkan kemerosotan terhadap Sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia1. Memperkenalkan pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral menggantikan Pemerintahan beraja2. Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawaiBelanda menggantikan pembesar daerah atau bupati3. Penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian4. Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasaPerundangan5. Penubuhan Volksraad iaitu Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arahKemerdekaan atas desakan Sarekat Islam Nyatakan sistem penjajahan di Burma sebelum kedatangan British1. Sebelum kedatangan British, Burma telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja di Di bawah dinasti Konbaung2. Raja sebagai ketua pemerintah dan penaung kepda sami Buddha3. Terdapat Hluttaw atau Majlis diraja4. Di peringkat pusat terdapat pegawai tinggi kerajaan yang membantu raja5. Di peringkat Bandar terdapat myothugyi atau ketua Bandar mengetuai pentadbiran6. Pegawai diraja atau Ahmudan terdiri daripada pegawai khas raja7. Athi atau pembesar-pembesar tradisional mengetuai pentadbiran daerah Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan di Burma1. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma menghapuskan sistem Beraja Dinasti Konbaung dan jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat2. Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889Telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional3. Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok (pegawai bandaran)4. Sistem undang-undang Barat diperkenalkan dengan penubuhan Majlis Perundangan5. Menubuhkan beberapa jabatan seperti jabatan perhutanan, kesihatan dan pelajaran Terangkan sistem pentadbiran tradisional di Indochina sebelum penjajahan Peranchis1. Negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang Memberikan kuasan penuh kepada pembesar tempatan2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin adalah pengaruh Tanah Besar China3. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Peranchis di Indochina1. Pernchis membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union IndochinoiseTerdiri daripada Vietnam, Kemboja dan Laos2. Pentadbiran di Indochina di ketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungJawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris3. Leftenan Gabenor mengetuai pemerintah wilayah jajahan atau naungan diikuti ResidenJeneral dan Residen Wilayah4. Semua rang undang-undang di Indochina diluluskan oleh Parlimen Peranchis5. Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi perlu mem-Bayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga Jelaskan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh penjajah British di Tanah Melayu1. Penaklukan portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja dan pentadbiranDiketuai oleh kapten2. Semasa pemerintahan Belanda, instisusi raja ini terus terhapus 3. Pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadiNegeri-negeri Selat4. Gebenor merupakan pemerintah tertinggi negeri-negeri selat dan dibantuoleh residenKaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut5. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan N. Sembilan,British telah memperkanalkan sistem residen6. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Kedah Kelantan, Terengganu, Perlis danJohor British memperkenalkan sistem penasihat7. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Ganenor negeri-negeri Selat 8. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati sultan dalam semuaPerkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu9. British telah memperkenalkan sistem kehakiman Barat10. Melaksanakan sistem pemungutan cukai tanah dan hasil hutan11. Pentadbiran negeri dibahagikan kepada beberapa daerah12. Penubuhan Balai Polis untuk mengawal keselamatan13. Peranan raja dan pembesar Melayu terjejas hanya berkuasa dalam agama dan adatIstiadat14. Pentadbiran pada peringkat kampong oleh penghulu dikekalkan Jelaskan pentadbiran Thai di bawah pemerintahan Raja Mongkut dan raja Chulalongkorn1. Birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn2. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai JabatanDi samping melatih pegawai-pegawai tempatan3. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain, penasihat kastam danKetenteraan pula masing-masing dari Amerika Syarikat dan Peranchis 4. Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kebinat Menteri5. Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara6. Pada tahun 1932, sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenal-Kan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak Huraikan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran tradisional di Asia tenggara 1. Sistem pemerintahan beraja terhapus seperti yang berlaku di Indonesia dan Burma digantiDengan Gabenor Jeneral 2. Di Tanah Melayu walaupun sistem pemerintahan beraja dikekalkan tetapi peranan raja Hanya berkuasa dalam bidang agama dan adapt istiadat3. Daerah dan wilayah disatukan dan letakkan dibawah pentadbiran pusat yang diketuai olehGabenor Jeneral atau Pesuruhjaya Tinggi4. Peranan pembesar daerah yang mengetuai pentadbiran daerah terhapus dan digantikandengan Pegawai Barat5. Walaupun jawatan Penghulu dan pembesar tempatan dikekalkan tetapi tugas mereka Sentiasa diawasi oleh pegawai Barat6. Tugas pembesar diperingkat pusat digantikan dengan biro atau jabatan yang diketuai olehPegawai barat7. Sistem perundangan tradisional terhapus dan digantikan dengan sistem perundangan baratDengan mewujudkan badan kehakiman dan mahkamah8. Raja dan pembesar yang bertindak mengutip cukai diambil alih oleh pihak Barat denganMemperkenalkan pelbagai jenis cukai dan peraturan tanah yang ketat9. Menubuhkan balai polis untuk mengawal keselamatan menggantikan tugas pembesarDaerah 10. Menghapuskan sistem orang suruhan yang dimiliki oleh raja dan pembesar tradisional11. Birokrasi Barat yang mengambil alih peranan raja dan pembesar membawa kepada Tercetusnya gerakan nasioalisme di Asia tenggara Apakah yang dimaksudkan nasionalisme.1. Perasaan cinta akan bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan Tanahair daripada dijajah.2. Melibatkan pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan nasionalisme di Asia TenggaraPada awal abad ke 20.1. Dasar penjajahan barat menimbulkan rasa tidak puashati rakyat kerana:1.1 Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberikan peluang kepada rakyat tempatan dalam system pentadbiran moden.2.2 Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.2.3 Dasar penindasan penduduk pribumi dalam ekonomi penjajah seperti sistemTanaman paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina.2.4 Mewujudkan sistem kelas golongan elit dengan golongan rakyat yang Mewujudkan jurang social dikalangan rakyat tempatan.2.5 Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran yang menguasaiekonomi tempatan.2. Pengaruh agama berjaya menyatukan raktyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan BeliaBuddha ( 1906 ) di Burma.Gerakan Islah yang memperjuangkan Pan Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam Menentang penjajahan Barat.Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk pribumi untuk menentang Sepanyol yang menganggap penganut Kristian tempatandianggap kelas dua.3. Karya kesusasteraan berjaya menyampai mesej kesengsaraan dan kekecewaan Terhadap penindasan penjajah yang membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal telah mencetuskan gerakan nasionalisme dan menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme dirantau Asia Tenggara.Di Indonesia,cerpen Kerikil-kerikil Tajam Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh.Di Tanah Melayu novel Puteri Gunung Tahan karya Pak Sako berjaya membangkitkan semangat nasionalisme. 4. Mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan mengutamakan sekolah menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.5. Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah kepada rakyat dan Pendidikan Barat terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.Indonesia,anak golongan priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkanDaripada anak orang kebanyakan bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat Tempatan.Di Burma, pendidikan secular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah menjadiAncaman terhadap sekolah Buddha.DI Tanah Melayupula, lepasan sekolah vernacular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.6 Kemunculan golongan intelektual yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam telah menyedarkanmereka untuk memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.7. Pengaruh Media Massa seperti akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea nasionalisdan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.Contohnya:Di Vietnam, Tribute Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di Tanah Melayu, al Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.8. Perkembangan dalam system pengangkutan jalan keretapi dan jalan raya memudahkanRakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.9. Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan dikalangan nasionalis.10. Pengaruh luar mencetuskan nasionalisme dengan kejayaan Jepun menewaskan ChinaPada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 memberi keyakinan akan keupayaanSebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.11. Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British dengan mengadakan mogok Lapar telah memberikan inspirasi kepada nasionalis. Bagaimanakah pendedahan kepada dunia luar mempengaruhi kebangkitan gerakanNasionalisme di Asia Tenggara.1. Kejayaan Jepun mengalahkan China pada tahun 1895.2. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905. 3. Berlaku revolusi di China pada tahun 1911.4. Berlaku Revolusi Rusia pada tahun 1917. 5. Perkembangan dalam system pendidikan menyebabkan penduduk mendapat idea baru Seperti sosiolisme,liberalisme dan demokrasi.6. Golongan pelajar islam melanjutkan pelajaran di Asia Barat didedahkan pengaruhPembaharuan oleh Muhammad Abduh menentang penjajahan Barat.7. Penentangan Mahatma Gandhi dengan mengadakan mogok lapar menentang penjajahBritish.8. Pengaruh media massa, seperti radio, telegraf akhbar dan majalah menyebabkan idea- ideaDari luar menjadi alat berkesan kepada nasionalis.9. Kejayaan Jepun menjadi kuasa yang kuat di Timur dengan meniru teknologi Barat mempengaruhi gerakan menentang penjajah.10. Perkembangan pengaruh nasionalisme di Turki memberi inspirasi menentang penjajah. Terangkan cirri- ciri pergerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.1. Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat.2. Mengutamakan pendidikan bangsa.3. Tidak meminta kemerdekaan dengan segera.4. Penentangan lebih bersifat individu atau kumpulan yang tidak beroganisasi.5. Menggunakan isu-isu kebudayaan,agama dan hak peribumi sebagai mencetuskan gerakannasionalisme.6. Gerakan dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.7. Para pemimpin nasionalis menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.8. Menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki. Jelaskan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.1. Gerakan nasionalisme yang lebih radikal melakukan penentangan secara revolusi.2. Beroganisasi melalui penubuhan pertubuhan politik dianggotai oleh rakyat.3. Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan barat serta berpengetahuan luas dalam bidangkebudayaan.4. Matlamat untuk menuntut kemerdekaan.5. Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat. Senaraikan tokoh dan pertubuhan politik yang dipimpin menentang penjajahan di Asia Tenggara.Tokoh PertubuhanAndres Bonifacio KatipunanSoekarno Parti Nasionalis IndonesiaNguyen Thai Hoc Parti Viet Nam Quoc Dang DangHo Chi Minh Parti komunis VietnamAung San/ Kyaw Nein/ U Nu Parti Dobama Asiayone Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina.1. Mendahului Negara lain di Asia Tenggara gerakan nasionalisme merupakan gerakan dakyahYang dipimpin oleh Jose Rizal.2. Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.3. Menuntut bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti yang diperolehi bangsa Sepanyol.4. Mendesak bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.5. Setelah gagal Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan Mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.6. Kerajaan Sepanyol berasa terancam lantas Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri keDapitan di Mindanao.7. Beliau dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.8. Gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua dengan penubuhan KatipunanOleh Andres Bonifacio9. Penentangan secara radikal dengan matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.10. Menggunakan media cetak akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi kepadarakyat.11. Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkanpemerintahan Sepanyol tetapi gagal.12. Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh pihak Sepanyol dan padatahun 1897 Emilio Aguinaldo memimpin pertubuhan tersebut.13. Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusirSepanyol pada tahun 1898.14. Penyingkiran Sepanyol itu telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.15. Aguinaldo ditangkap setelah melancarkan revolusi ekoran keengganan Amerika mengesahkan Pengisytiharan kemerdekaan Filipina pada tahun 1899.16. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.17. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan apabila partinya,iaitu PartiNasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907.18. Pada tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal. Huraikan perkembangan pergerakan nasionalisme di Indonesia.1. Tahap pertama memberikan sepenuh tunpuan terhadap isu-isu pendidikan kerana dapatmengubah nasib rakyat Indonesia.2. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita melalui karyanyahabis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan seorang Puteri Jawa telah mendedahkankemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh kerajaan Belanda.3. Perjuangannya memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah.4. Matlamat pertubuhan untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancamansekularisme Barat serta agama Kristian dengan membina sekolah,klinik dan masjid.5. Tahap kedua gerakan nasionalisme memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikalseperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia.6. PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapatmempengaruhi rakyat Indonesia untuk membebaskan Indonesia secara revolusi.7. Belanda telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin- pemimpin yang radikal termasuk Soekarno dipenjara dan buang negeri ke Flores.8. Parti Nasionalis Indonesia diharamkan oleh Belanda.9. Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 1945 tetapi kemerdekaan tercapai pada 1949 dan beliau menjadi Presiden pertama. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di IndoChina.1. Gerakan awal di IndoChina tertumpu di Vietnam dipelopuri oleh golongan bangsawan dan Mandarin memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.2. Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat dipimpin oleh Phan Boi Chau memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal.3. Menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa pemberontakandi Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam.4. Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis.5. Gerakan nasionalisme pada tahap ini memperlihatkan perjuangan secara radikal oleh Viet Nam Quac Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV)6. Perancis bertindakbalas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD termasuklahmenghukum bunuh Nguyen Thai Hoc dan Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong.7. Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana dibawah pimpinan Maharaja Bao Dai dan baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.8. Semasa pendudukan Jepun tamat Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan menjadi Presiden Vietnam Utara yang pertama. Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Burma.1. Tahap pertama di Burma memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golonganelit berpendidikan Barat.2. Menubuhkan Persatuan Belia Buddha bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan dikalangan rakyat Burma.3. Menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.4. Pada tahun 1916 persatuan ini dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma.5. Tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.6. Pada tahap ini tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.7. Golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi telah mencetuskanPemberontakan Saya San diketui oleh Saya San,iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy tetapi gagal.8. Kemudian muncul pula liga antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanyaakan melewatkan kemerdekaan. 9. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang kearah berkerajaan sendiri dan muncul Golongan Thakin siswazah universiti menubuhkan Perti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.10. Para pemimpinnya terdiri daripada Aung san, Kyaw Nein dan U Nu yang menggelarkan diri mereka sebagai Tuan.11. Dr Ba Maw yang memenangi pilihanraya pada tahun 1937 telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang Pertama.12. Aung San mengetuai rombongan kemerdekaan ke Britain dan menubuhkan kerajaan Baru di Burma yang merdeka pada tahun 1948. Walaupun Negara Thailand tidak pernah dijajah oleh imperialis Barat tetapi gerakan nasionalisme turut berlaku. Jelaskan.1. Tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.2. Dicetuskan oleh golongan intelek Thailand yang mendapat pendidikan Barat yang terdedah dengan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berpelembagaan.3. Rakyat tidak berpuashati dengan kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros RajaVajiravudh.4. Parti Rakyat ditubuhkan pada tahun 1932 oleh Nai Pridi Panomyong dan Field MarshallPhibul Songram.5. Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah yang menamatkan system raja berkuasa mutlak.6. Tahap kedua gerakan nasionalisme di Thailand disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.7. Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undangUntuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.8. Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. 9. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha. 10. Pada tahun 1939,Phibul Songram telah menukar nama Negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.11. Kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan Tanah Melayu.