sejarah asia barat

14
1.0 PENGENALAN Sejak tahun 1879 lagi, Mesir telah dijadikan sasaran oleh negara barat seperti British dan Perancis untuk mencampuri hal ehwal Mesir dengan alasan mereka adalah untuk mengendalikan soal kewangan agar Mesir dapat menyelesaikan segala hutang kepada para pemodal asing. Walau bagaimanpun, tumpuan utama mereka adalah tentang Terusan Suez iaitu satu perhubungan air antarabangsa yang dapat mengukuhkan kepentingan politik dan ekonomi mereka selaku kuasa penjajah. Maka itu, British telah melaksanakan beberapa dasar di Mesir untuk mengekalkan kuasa mereka di sana. Walaupun dasar-dasar tersebut membawa kepada pembaharuan di Mesir namun pada masa yang sama juga mengukuhkan kuasa British di Mesir. Perang Dunia Pertama telah menyebabkan kewujudan sebuah parti yang dikenali sebagai parti Wafd tetapi pada akhirnya parti tersebut turut mencetuskan persaingan kuasa dengan pihak istana dan British di Mesir. 1

Upload: sylrene-blade

Post on 01-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

dasar British di Mesir

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah asia barat

1.0 PENGENALAN

Sejak tahun 1879 lagi, Mesir telah dijadikan sasaran oleh negara barat seperti British

dan Perancis untuk mencampuri hal ehwal Mesir dengan alasan mereka adalah

untuk mengendalikan soal kewangan agar Mesir dapat menyelesaikan segala

hutang kepada para pemodal asing. Walau bagaimanpun, tumpuan utama mereka

adalah tentang Terusan Suez iaitu satu perhubungan air antarabangsa yang dapat

mengukuhkan kepentingan politik dan ekonomi mereka selaku kuasa penjajah.

Maka itu, British telah melaksanakan beberapa dasar di Mesir untuk mengekalkan

kuasa mereka di sana. Walaupun dasar-dasar tersebut membawa kepada

pembaharuan di Mesir namun pada masa yang sama juga mengukuhkan kuasa

British di Mesir. Perang Dunia Pertama telah menyebabkan kewujudan sebuah parti

yang dikenali sebagai parti Wafd tetapi pada akhirnya parti tersebut turut

mencetuskan persaingan kuasa dengan pihak istana dan British di Mesir.

1

Page 2: sejarah asia barat

2.0 DASAR BRITISH SEBELUM PERANG DUNIA PERTAMA

Bermula pada tahun 1882 hingga 1918, British telah mempunyai kuasa pengaruh

yang kuat ke atas Mesir. Lord Cromer ataupun dikenali sebagai Sir Evelyn Baring

merupakan seorang pentadbir utama (consul general) pertama yang telah mentadbir

di Mesir bermula tahun 1883 hingga 1907.1 Sebelum perlantikannya sebagai

pentadbir utama Mesir, beliau telah pernah memegang jawatan sebagai salah

seorang daripada Pensuruhjaya Kehutangan Awam di Mesir. Selain itu, beliau juga

menjadi penasihat kewangan kepada wizurai British di India pada tahun 1880 hingga

1883. Semasa beliau berada di India, beliau telah menunjukkan kecekapan dan

kebekesanan yang amat memuaskan dalam bidang pentadbiran dan kewangan.

Dengan itu, Lord Cromer telah dipilih untuk membaiki keadaan di Mesir. Tugas

utama Lord Cromer di Mesir adalah untuk membaiki semula keadaan kewangan di

Mesir di samping memulihkan ekonomi negara tersebut. Semasa zaman

pemerintahan Lord Cromer, beliau merupakan pemerintah tertinggi dan paling

berkuasa sehingga dikatakan sebagai Firaun sebenar di Mesir.2 Walau

bagaimanpun, British tidak menghapuskan jentera pentadbiran yang asalnya di

bawah kepimpinan Khediwi tetapi diletakkan di bawah naungan British.

2.1 Penghapusan Sistem Buruh Paksa

Salah satu kejayaan Lord Cromer ialah menghapuskan sistem buruh paksaan yang

digunakan semasa pemerintahan Mesir sebelum ini untuk membina dan memelihara

terusan dan saluran air.3 Sebenarnya sejak awal lagi buruh memainkan peranan

penting dalam dalam bidang ekonomi mahupun sosial semasa zaman pemerintahan

Mesir. Mereka diberikan kerja-kerja yang berat seperti pembinaan piramid, makam

diraja, dan lain-lain. Mereka tidak dibayar gaji melainkan hanya diberi makanan

semasa kerja dan rumah yang mereka tinggal hanyalah bersaiz sebuah bilik kecil

yang kena menampung bilangan orang yang ramai. mereka sering ditindas dan

tidak mempunyai hak kebebasan oleh pemerintah dan British melihat keadaan

tersebut sebagai satu kelakuan yang tidak bermoral dan berperikemanusian. Oleh

itu, tidak hairan Lord Cromer menghapuskan sistem buruh tersebut.

1Fadhlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pengolakan, Selangor: Thinker’s Library Sdn Bhd, 2000, hlm. 221.2 Jean & Lacouture S., Egypt in transition, London: Methuen & Co, 1958, hlm. 78. 3 Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 222.

2

Page 3: sejarah asia barat

2.2 Penambahbaikan Sektor Pertanian

Dalam sektor pertanian pula, Lord Cromer telah menjemput para jurutera British

untuk datang ke Mesir bagi menyelesaikan masalah sistem perairan di Mesir. Para

jurutera British tersebut berjaya membaiki sistem perairan di sekitar Sungai Nil dan

kawasan delta sekelilingnya. Puncak kejayaan beliau adalah melaksanakan

pembinaan tali air selaras dengan empangan air yang saip dibina di Aswan pada

tahun 1902. Hal ini amat penting kerana melalui sistem pengairan yang semakin

bertambah baik maka menyebabkan hasil pengeluaran kapas di ladang semakin

meningkat dengan pesatnya.4 Hal ini menyenangkan British kerana dasar mereka

adalah untuk memenuhi keperluan kilang-kilang di Lancashire. Pada masa yang

sama Lord Cromer juga membaiki kehidupan para petani dengan menghalang tuan

rumah daripada melakukan penipuan dan penindasan melalui proses undang-

undang. Walau bagaimanpun, kejayaannya adalah terhad kerana kebanyakkan tuan

rumah adalah orang barat ataupun mempunyai hubungan rapat dengan British yang

menyukarkan proses undang-undang berlangsung.

2.3 Meluaskan Sistem Pengangkutan Dan Perhubungan

Selepas membuat pembaharuan dalam sektor pertanian, Lord Cromer telah

memperluaskan sistem pengangkutan dan perhubungan. Hal ini demikian kerana

memudahkan pengangkutan kapas dari kawasan ladang ke kilang kain di Eropah.

Sistem kereta api telah dibina dengan baik untuk menghubungan kota-kota besar di

daerah delta dan seterusnya ke Kaherah, ibu kota Mesir, dan hingga ke hulu Mesir.

Selain itu, segala kemudahan di pelabuhan Iskandariah turut dimodenkan agar

dapat menampung keperluan para pedagang memandangkan proses pembangunan

semakin berkembang pesat. Perkembangan tersebut secara langsung telah

menukarkan ekonomi pertanian Mesir yang bersifat sara diri kepada pertanian

secara tanaman kontan.5 Pertukaran barangan telah berlaku secara meluas antara

kawasan luar bandar dengan bandar turut menyebabkan ekonomi yang bersifat

sara diri tidak lagi terkenal dikalangan petani dan digantikan dengan tanaman

komersil yang lebih menguntungkan.

4 Collins, R. O. & Tignor, R. L., Egypt And The Sudan, A Spectrum Book, New Jersey: Prentice Hall, 1967, hlm. 89.5 Ibid., hlm. 89.

3

Page 4: sejarah asia barat

Walau bagaimanpun, di sebalik pembangunan tersebut, Lord Cromer dan

para penggantinya masih mengekalkan status British sebagai pemerintah mutlak

dan untuk mengelakkan pemberontakkan dan penentangan maka British telah

melaksanakan beberapa dasar untuk mengelak berlakunya kekecohan. Salah satu

ialah:

2.4 Mengekalkan Status Quo Golongan Eropah Dan Penduduk Tempatan

Lord Cromer merupakan seorang yang memperjuangkan dasar perdagangan bebas

oleh itu beliau menekankan bahawa negeri-negeri sepatutnya menjalankan ekonomi

bercorak pengkhususan dan menukarkan sahaja barang-barang pengkhususan

mereka. Dengan itu, beliau yakin bahawa negara-negara seperti Mesir dan India

harus kekal sebagai pengeluar bahan mentah kepada kilang di England dan seluruh

Eropah.6 Oleh itu, British tidak cuba mengurangkan pengaruh golongan kelas

menengah Eropah dalam bidang perdagangan di Mesir. Keistimewaan telah

diberikan kepada firma-firma bank, syarikat-syarikat yang mengendalikan harta-harta

tidak bergerak, dan segala badan perkhidmatan awam kepunyaan rakyat British.

Maka dengan itu pada tahun 1914 modal bangsa Eropah telah meningkat hingga

lebih daripada 90% jumlah kewangan yang terdapat dalam kompeni usahasama

yang bergerak di Mesir. Pada masa yang sama juga, British telah mengukuhkan

struktur sosial yang ada dengan tujuan mengurangkan gangguan yang timbul akibat

perubahan ekonomi.7 Golongan petani merupakan golongan yang paling tertindas,

hal ini demikian kerana British memperkenalkan undang-undang di mana

membenarkan pemimjam wang dan tuan tanah yang kaya merampas tanah

golongan petani yang gagal melangsaikan hutang mereka. Perkara tersebut

menyebabkan golongan tuan tanah semakin kaya manakala golongan petani

semakin menderita dan hidup dalam kesengsaraan.

2.5 Keabaian Dalam Sistem Pendidikan

British mengabaikan soal pendidikan dalam usaha pembangunan mereka hal ini

dapat dilihat pada tahun 1914 wang yang diperuntukkan bagi kegunaan

Kementerian Pelajaran tidak lebih daripada 5% jumlah perbelanjaan tahunan Mesir.8

Selain itu, berbeza dengan zaman pemerintahan Muhammad Ali dengan Ismail, 6 Ibid., hlm. 89. 7 Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 223.8 Collins, R. O. & Tignor, R. L., op. cit., hlm. 89.

4

Page 5: sejarah asia barat

pihak British telah mengenakan yuran pendidikan bagi para pelajar yang menuntut di

sekolah kerajaan. Hal ini bertujuan agar hanya pelajar yang daripada golongan

bangsawan dan kaya mampu mengikut pendidikan barat di sekolah berkenaan.

Fenomena tersebut secara langsung telah memperkukuhkan perbezaan kelas dalam

kalangan masyarakat Mesir. Selain itu, British juga menyediakan latihan dalam

dielek tempatan bagi pelajar yang belajar di peringkat sekolah rendah dalam

sekolah-sekolah agama (kuttab). Manakala penggunaan loghat Misriyah dalam

bidang pendidikan secara formal.

2.6 Dasar Pecah Dan Perintah

Dari segi politik dan pentadbiran, sejak pemerintahan Lord Cromer lagi British telah

menjalankan dasar pecah dan perintah. Misalnya para belia yang berasal daripada

keluarga bangsawan dan kaya kebanyakannya telah menerima ataupun dididik

dengan sistem pendidikan barat sehingga pemikiran dan sikap mereka jauh berbeza

daripada kebudayaan tempatan berbanding dengan golongan ulama yang

berpendidikan agama dan juga orang awam. Hal ini secara langsung menyebabkan

ketegangan dalam bidang aqidah, politik, sosial dan sebagainya kerana masing-

masing mempunyai pendapat dan perspektif yang berbeza. Dari segi pentadbiran,

British masih mengekalkan kuasa memerintah di tangan mereka dan enggan

melaksanakan sistem pemerintahan berparlimen sepenuhnya di Mesir. Namun

British masih membenarkan penubuhan majlis-majlis penasihat di peringkat wilayah

dan kebangsaan tetapi majlis-majlis tersebut tidak mempunyai kuasa untuk

menggubal undang-undang.9Selain itu, British juga mengenakan syarat-syarat

keahlian majlis tersebut iaitu hanya boleh melantik mereka yang dari golongan

bangsawan dan kaya. Oleh itu, majlis itu hanya merupakan sebuah badan yang

mewakili golongan bangsawan dan kaya semata-mata sahaja. Hal ini sejajar dengan

British hanya memberikan jawatan kepada golongan terpelajar yang berasal dari

golongan bangsawan dan kaya serta berorientasikan barat namun jawatan yang

tinggi masih dibolot oleh pegawai British sendiri. Perkara tersebut telah

menyebabkan perasaan kurang puas hati dalam kalangan pelajar Mesir dan secara

tidak langsung telah membangunkan semangat anti British. Walau bagaimanpun,

dasar jangka panjang Brtish berhubung dengan kedudukan peribumi Mesir adalah

jelas. Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Cromer sendiri dalam kenyataannya yang

9 Ibid., hlm. 90.

5

Page 6: sejarah asia barat

berbunyi bahawa England bersedia untuk memberikan kemerdekaan politik

sepenuhnya kepada tanah jajahannya, sebaik-baik sahaja wujud generasi intelek

dan ahli-ahli politik yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris dan mendukung

nilai Inggeris untuk mengambil kuasa.10

3.0 ZAMAN PERANG DUNIA PERTAMA

Perang Dunia Pertama bermula pada 28 Julai 1914 di Balkan dan tamat pada 11

November 1918. Perang Dunia Pertama berlaku akibat pembunuhan terancang

terhadap Archduke Franz Ferdinand yang dari Austria-Hungary dan isterinya oleh

negeri Serbia akibat kegagalan tuntutan Serbia terhadap Bosnia iaitu kawasan kecil

di Austria. Pada masa yang sama juga semangat nasionalisme di Mesir semakin

bergelora selepas menderita dalam Perang Dunia Pertama.11 Antara tahun 1914

hingga 1918, seluruh rakyat Mesir telah hidup menderita. Misalnya, tuan rumah

berasa tertindas dengan adanya penyekatan penanaman kapas yang dijalankan

oleh pihak berkuasa British, golongan menengah di kawasan bandar pula tidak

berpuas hati dengan harga barangan yang melambung naik tinggi manakala

golongan petani pula menjadi mangsa utama bagi rancangan memberi sumbangan

secara paksa kepada pertubuhan palang Merah (Red Cross) dan juga dipaksa untuk

berkhidmat dalam Pasukan Tentera Berunta (Camel Corps) serta dijadikan sebagai

buruh kepada tentera British di Palestine, Gallipoli, dan Perancis.12 Secara

tuntasnya, golongan petani tidak sahaja mengalami kerugian dalam harta dan nyawa

malah terasa terhina kerana diperalatkan oleh British sebagai alat untuk memenuhi

kepentingan mereka sendiri sahaja. Oleh itu, tidak hairan selepas berakhirnya

perang dunia pertama berlakunya kekecohan.

4.0 KEWUJUDAN PARTI WAFD DAN PERJUANGAN KE ARAH

KEMERDEKAAN

Pernindasan dan kesengsaraan rakyat Mesir sepanjang Perang Dunia Pertama

telah menyebabkan semangat nasionalisme dan perasaan anti British semakin

bertambah dan akhirnya melahirkan parti Wafd (delegasi). Parti Wafd mula

ditubuhkan pada 13 November 1918 oleh Saad Zaghlul yang merupakan seorang

10Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 223.11 Sharabi, H. B., Government Dan Politics Of The Middle East In The Twentieth Century, New Jersey: D. Van Nostrand Co., Inc., 1962, hlm. 195-196. 12 Ibid., hlm. 196.

6

Page 7: sejarah asia barat

pemimpin nasionalis yang terkenal.13 Objektif utama parti Wafd adalah untuk

memerdekakan Mesir daripada British. Sebagai permulaan, Saad Zaghlul telah

bertindak bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir iaitu Jeneral Sir

Reginald Wingate untuk memohon kemerdekaan Mesir secara formal. Selain itu,

beliau juga meminta kebenaran untuk menghantar perwakilan untuk ke Perundingan

Damai Paris yang akan diadakan pada 18 Jan 1919 dengan kedudukannya setaraf

dengan Hijaz, Parsi, dan Ethiopia. Permintaan beliau bukan sahaja telah ditolak oleh

pihak British malah British turut mengeluarkan perintah untuk menangkap pemimpin-

pemimpin utama parti Wafd dan dibuang negari ke Malta.14 Tujuan utama British

membuat sedemikian adalah kerana ingin meneruskan penjajahannya ke atas Mesir

memandangkan Terusan Suez adalah salah satu sumber ekonomi untuk

memulihkan ekonomi mereka selepas Perang Dunia Pertama. Walau bagaimanpun,

tindakan terburu-buru Britsih yang membuang negeri para pemimpin parti Wafd

ternyata kesilapan politik yang besar kerana telah menjadi pencetus kepada

pemberontakan yang tidak sedia dihadapi oleh British sendiri.

Pemberontakan bermula pada bulan Mac 1919 yang dijalani oleh para

pelajar, pegawai kerajaan, golongan profesional, petani dan juga buruh di bandar-

bandar. Hal ini secara langsung menunjukkan kesedaran tentang nasionalisme

semakn terang bagi golongan tersebut. Pemberontakan tersebut bermula dengan

rusuhan di luar bandar, pemboikotan para pelajar sehingga ke arah demontrasi dan

mogok simpati oleh golongan proletariat dan profesional yang berjalan dengan

lancarnya.15 Pemberontakan tersebut telah mendatangkan hasil apabila British telah

menganjurkan perudingan dengan para pemimpn nasionalis tersebut. Melalui

perundingan tersebut, Saad Zaghlul dan rakan perjuangannya dibenarkan ke Paris

namun tiada keputusan segera diperolehi. Perjanjian Versailles telah ditandatangani

oleh kuasa-kuasa Eropah pada tahun 1919 telah mengesahkan bahawa British

merupakan pelindung kepada Mesir dan hal ini turu disokong oleh Amerika Syarikat

pada bulan April 1919. Hal ini dengan jelas menyatakan bahawa pihak imperialis

barat walau mempunyai pandangan yang berbeza namun tetap akan

mempertahankan kepentingan bersama iaituterus menjajah dunia bukan barat.

13 Mohammad Redzuan Othman, Pengsekularan dan Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Islam Di Turki, Kuala Lumpur: Alam Raya, 2008, hlm. 16. 14 Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 228.15 Collins, R. O. & Tignor, R. L., op. cit., hlm. 96.

7

Page 8: sejarah asia barat

Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut tidak dipedulikan oleh rakyat Mesir dan

mereka masih memperjuangkan kemerdekaan mereka.16

Penentangan rakyat Mesir tidak pernah berhenti sehingga memaksa British

untuk memilih sama ada teruskan menguasai Mesir dengan paksaan ataupun

memberinya kemerdekaan. Ekoran daripada perkara tersebut, satu misi yang

dihantarkan oleh Kerajaan British ke Mesir pada Disember 1919 bagi meninjau

kedudukan sebenar Mesir. Akhirnya, misi tersebut mencadangkan kemerdekaan

Mesir harus diberikan tetapi dengan syarat iaitu mewujudkan perikatan yang abadi

antara Britain dengan Mesir sendiri. Maka oleh itu, British telah mengambil langkah

untuk menamatkan status perlindungan bagi Mesir pada tahun 1914 dan akan

memberi kemerdekaan pada tahun 1922. Sebagai pulangan, British telah

menetapkan empat undang-undang khas untuk menjamin kedudukan mereka

antaranya ialah:17

1. Keselamatan sistem komunikasi (Terusan Suez) Empayar British di

Mesir.

2. Pertahanan di Mesir, iaitu dari dicerobohi sama ada secara langsung

atau tidak langsung kuasa asing.

3. Perlindungan bagi kepentingan-kepentingan orang asing dan golongan

minoriti di Mesir.

4. Wilayah Sudan.

Berikutnya melalui Kementerian Luarnya sendiri, British telah menyiarkan bahawa

tidak ada mana-mana kuasa dibenarkan menyoal atau membincangkan hak dan

kedudukannya di Mesir.

Maka dengan itu, pada tahun 1923 sebuah Perlembagaan Mesir telah

diumumkan dan Ahmad Faud telah menjadi King Faud I dari Mesir.18 Melalui pilihan

raya pertama di Mesir, maka Saad Zaghlul telah dilantik menjadi perdana menteri

Mesir yang pertama. Namun sedemikian, beliau hanya memegang jawatan sebagai

perdana menteri seketika sebelum berlakunya Pembunuhan Stack. Pada November

1924, Sir Lee Stack yang merupakan Gabenor-Jeneral Sudan dan juga Panglima

Tertinggi Angkatan Tentera Mesir dibunuh di Kaherah. Ekoran pembunuhan tersebut 16 Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 228.17 Sharabi, H. B., op. cit., hlm. 197.18 Mansfield, Nasser’s Egypt, London: penguin books, 1965, hlm. 28.

8

Page 9: sejarah asia barat

Pensuruhanjaya Tinggi British iaitu Sir Allenby telah bertindak sendiri tanpa arahan

Kerajaan British dengan membuat tuntutan yang agar melampau. Berikut

merupakan senarai tuntutan Sir Allenby terhadap Saad Zaghlul:19

1. Hukuman terhadap pembunuh.

2. Permohonan maaf secara rasmi.

3. Pengunduran unit tentera Mesir yang berkubu di Sudan.

4. Membenarkan air sungai Nil yang digunakan untuk mengairkan ke

ladang-ladang di Sudan ditambah pengalirannya dengan segala

perbelanjaan ditanggung oleh Mesir sendiri.

5. Bayaran ganti rugi sebanyak 500 000 paun.

6. Pengharaman tunjuk perasaan politik.

7. Perlantikan penasihat British dan hal-ehwal kewangan dan kehakiman.

Beliau menerima dan bersetuju kesemua permintaan di atas kecuali

pengunduran tentera Mesir dari Sudan. Maka dengan itu, beliau telah meletak

jawatan sebagai perdana menteri.

5.0 PERSAINGAN KUASA: WAFD, ISTANA, DAN BRITISH

Antara tahun 1922 hingga 1936, pola yang sama berlaku secara berulang-ulang iaitu

Raja akan membubarkan parlimen dan cuba memerintah dengan sendirinya. Tetapi

apabila baginda mendapati menghadapi kesukaran dalam pemerintahannya maka

dia akan mengizinkan satu pilihan raya diadakan dan pada kebiasaanya akan

membawa kepada kemenangan besar bagi parti Wafd. Walau bagaimanpun, parti

Wafd menjadi lemah selepas kematian Saad Zaghlul pada tahun 1927. Perdana

menteri kedua iaitu Mustafa Nahas telah dilantik oleh King Faud I pada tahun 1930.

Dalam masa yang sama juga berlakunya kelemesetan ekonomi sedunia. Mesir telah

mengalami kelemesetan ekonomi yang teruk namun Mustafa tidak mempunyai jalan

penyelesaian yang baik oleh itu, beliau telah meletak jawatan.20 Pada tahun yang

sama juga perdana menteri ketiga iaitu Ismail Sidqi telah dilantik untuk

menggantikan Mustafa Nahas.

19 Mohammad Redzuan Othman, Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 211.20 Ibid., hlm. 212.

9

Page 10: sejarah asia barat

Semasa pemerintahan beliau, beliau telah menggantungkan perlembagaan

dan memerintah secara kuku besi selama lima tahun berikutnya.21 Dalam

pemerintahan beliau, isu utama yang harus diselesaikan oleh beliau ialah

kelemesetan ekonomi. Oleh itu, beliau telah menubuhkan dua buah bank kredit

untuk membantu para petani dengan bertujuan menghalang perampasan hak tanah

akibat tidak mampu membayar hutang dan menebus kembali tanah petani yang

telah hilang akibat berhutang. Namun dalam masa yang sama beliau masih

mengekalkan cukai yang tinggi bagi golongan petani. Oleh itu, langkah penubuhan

bank kredit tersebut hanya memberi faedah kepada golongan petani yang tinggal di

kawasan bandar tetapi bukannya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.22

Melalui pentadbiran Ismail Sidqi maka ekonomi Mesir yang merosot akhirnya

dapat dipulihkan. Namun sedemikian, Raja dan golongan istana kurang senang

dengan usaha menjimat-cermat itu memandangkan kedudukan Mesir di peringkat

antarabangsa semakin penting dengan mulanya campur tangan Mussolini, diktaktor

Itali, dan di Afrika Timur. Maka dengan itu, kabinet Ismail Sidqi terpaksa dibubarkan

dan digantikan dengan sebuah kerajaan gabungan serta pemulihan perlembagaan

Mesir. Serentak dengan pertubuhan tersebut maka satu rundingan telah dijalankan

dengan British untuk menyoal status Mesir. Dalam pandangan British, ancaman

Mussolini kemungkinan akan membawa kepada peperangan dan oleh itu British

telah berusaha membaiki hubungan dengan Mesir dengan tujuan agar Terusan

Suez kekal terbuka sebagai pangkalan untuk kepentingan parti Berikat sekirannya

peperangan meletus.

Dalam masa yang sama juga, kerajaan Mesir sedar bahawa sekirannya ingin

mengelakkan diri daripada menjadi kawasan peperangan antara kedua-dua pihak

iaitu Itali dan British maka harus memilih salah satu pihak. Maka dengan itu, raja

Faud telah menyokong British. Dengan itu satu perjanjian telah ditandatangani pada

Ogos 1936 dan British telah menggugurkan satu daripada empat perkara yang telah

ditetapkan dalam pengisytiharaan pada tahun 1922.23 Perkara yang telah digugurkan

ialah perlindungan bagi kepentingan asing di Mesir dan juga bagi golongan minoriti.

Pada tahun 1937 pula, melalui persidangan di Montreux, Perancis sistem Kapitulasi

telah dihapuskan dan syarat bagi kewujudan segala Mahkamah campuran 21 Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 230.22 Mohammad Redzuan Othman, op. cit., hlm. 212.23 Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 231.

10

Page 11: sejarah asia barat

ditentukan atas usaha British. Oleh itu, hak-hak yang ditetapkan oleh British di

bawah perjanjian ini lebih disenangi oleh rakyat Mesir. Antara ketetapan adalah:24

1. British memindahkan tenteranya dai Kaherah dan Iskandariah

ke kawasan Terusan Suez.

2. Membenarkan pemindahan orang-orang Mesir tanpa sekatan ke

Sudan.

3. Menganjurkan kemasukan Mesir ke dalam Liga Negara-negara.

Pada 26 Mei 1937, perjanjian Mesir tersebut dikatakan akan berjalan dengan sahnya

sehingga tahun 1956 dan boleh dipertimbangkan semula selepas sepuluh tahun

ditandatangani. Walau bagaimanapun, dalam masa tersebut Mesir masih kekal tidak

bebas untuk memilih masa hadapannya.

6.0 PENILAIAN

Pada pendapat saya, Mesir seperti juga di Tanah Melayu telah dijajah oleh British

pada zaman revolusi Perancis. Hal ini disebabkan pada masa tersebut mereka

24 Ibid., hlm. 231.

11

Page 12: sejarah asia barat

memerlukan bahan mentah yang banyak untuk menampung revolusi perindustrian

mereka di barat. Selain itu, proses penerokaan dan penjajahan telah berlaku di

antara kuasa-kuasa barat dan secara langsung bahagian Timur yang kaya dengan

sumber bahan mentah menjadi sasaran bagi mereka. Berbalik kepada isu Mesir,

British telah menjalankan dasar pecah dan perintah seperti yang dilakukan di Tanah

Melayu dengan tujuan agar rakyat Mesir tidak akan bangkit menentang mereka.

Selain itu, seperti yang telah dinyatakan oleh saya dalam petikan di atas British telah

mengabaikan soal pendidikan di Mesir. kenapa British hanya memberikan

pendidikan dalam peringkat awal sahaja tetapi telah mengetatkan kemasukan

pelajar ke sekolah menengah dengan mengenakan yuran yang tinggi? Secara

logiknya ialah pendidikan merupakan punca kepada kesedaran dan kebangkitan.

Dengan hanya memberi pendidikan setakat 3M (membaca, mengira dan menulis)

maka mereka dapat melahirkan golongan buruh yang bekerja dengan mereka tanpa

menyedari hak mereka sendiri. Walau bagaimanpun, kewujudan golongan reformasi

seperti Saad Zaghlul telah menyebabkan British terpaksa memerdekakan Mesir

secara luaran tetapi pada dasarnya mereka masih merupakan penjajah yang

terselindung dengan pelbagai undang-undang yang memihak kepada mereka.

7.0 KESIMPULAN

12

Page 13: sejarah asia barat

Secara kesimpulannya, Mesir masih mengalami pengeloraan apabila gerakan

pegawai-pegawai bebas yang dipimpin oleh Gamal Abdul Nasir telah melakukan

coup d’ etet (rampasan kuasa) kerajaan pada 23 Julai 1952 dan dinamakan harikan

tersebut revolusi 23 Julai pada hari kini. Rampasan kuasa tersebut berbeza dengan

rampasan kuasa lain yang berlaku di Iraq ataupun di Syria kerana rampasan kuasa

tersebut tercetus selepas satu persiapan yang sulit telah lama dijalankan. Tujuan

utama rampasan kuasa dibuat adalah disebabkan sikap boros Raja Faruk I yang

menyebabkan kesengsaraan rakyat Mesir. Raja Faruk I menggunakan duit negara

untuk menikmati kehidupan secara mewah tetapi rakyat kekal sengsara. Oleh itu

tidak hairan mereka bangkit menentang baginda dan dibuang negara daripada

Mesir. Semasa Gamel Abdul Nasir menjadi Presiden, beliau telah bertindak

memiliknegarakan kompeni Terusan Suez pada tahun 1956 yang akhirnya

membawa kepada peperangan yang dinamakan Krisis Suez 1956.

8.0 RUJUKAN

13

Page 14: sejarah asia barat

Collins, R. O. & Tignor, R. L. 1967. Egypt And The Sudan, A Spectrum Book. New Jersey: Prentice Hall.

Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pengolakan. Selangor: Thinker’s Library Sdn Bhd.

Mansfield. 1965. Nasser’s Egypt. London: penguin books.

Mohammad Redzuan Othman. 2008. Pengsekularan dan Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Islam Di Turki. Kuala Lumpur: Alam Raya.

Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah Dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharabi, H. B. 1962. Government Dan Politics Of The Middle East In The Twentieth Century. New Jersey: D. Van Nostrand Co., Inc.

14