sayonara jahiliyah

5
SAYONARA JAHILIYYAH Seorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya itu. Tidak terlintas di hatinya ketika melafazkan kalimah ‘iman’ melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran buat selama-lamanya . Hakikat ini boleh dirasai daripada hadis Rasulullah s.a.w (yang bermaksud) : Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api.” [Riwayat al- Bukhari] Dua golongan berbeza Perbezaan antara mukmin dan bukan mukmin banyak ditonjolkan di dalam ayat-ayat Allah, antaranya ialah (yang bermaksud) : (“ Bagi ) orang-orang yang kafir serta menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah sia-siakan amalan mereka. Sedangkan (bagi) orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa- dosa mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Yang demikian itu kerana orang- orang kafir mengikuti (perkara-perkara) yang salah dan orang-orang yang beriman mengikuti kebenaran dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat kepada manusia contoh perbandingan bagi mereka.” [Muhammad: 1-3] Perbezaan ini bukan sahaja terletak kepada pegangan akidah tetapi juga perbezaan dari sudut ubudiah, amalan, akhlak, matlamat hidup, persoalan yang menjadi perhatian mereka dan juga manhaj hidup yang diamalkan oleh mereka . Meninggalkan jahiliyyah Justeru itu, setiap mukmin tidak cukup untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya sahaja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj Islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliah secara total. Ini adalah kerana Islam tidak menerima sebarang percampuran antara keduanya .

Upload: adeebmoonymoon

Post on 15-Feb-2016

110 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bye2 jahiliyyah

TRANSCRIPT

Page 1: Sayonara Jahiliyah

SAYONARA JAHILIYYAHSeorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang dikecapinya itu. Tidak terlintas di hatinya ketika melafazkan kalimah ‘iman’ melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran

buat selama-lamanya.Hakikat ini boleh dirasai daripada hadis Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):

“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada

kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api.” [Riwayat al-Bukhari]

Dua golongan berbezaPerbezaan antara mukmin dan bukan mukmin banyak ditonjolkan di dalam ayat-ayat

Allah, antaranya ialah (yang bermaksud) :(“Bagi )orang-orang yang kafir serta menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah

sia-siakan amalan mereka. Sedangkan (bagi) orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Yang demikian itu kerana orang-orang kafir mengikuti (perkara-perkara) yang salah dan orang-orang yang beriman mengikuti kebenaran dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat kepada manusia contoh

perbandingan bagi mereka.” [Muhammad: 1-3]

Perbezaan ini bukan sahaja terletak kepada pegangan akidah tetapi juga perbezaan dari sudut ubudiah, amalan, akhlak, matlamat hidup, persoalan yang menjadi

perhatian mereka dan juga manhaj hidup yang diamalkan oleh mereka .

Meninggalkan jahiliyyahJusteru itu, setiap mukmin tidak cukup untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya sahaja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj Islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliah secara total. Ini adalah kerana Islam tidak menerima sebarang percampuran antara

keduanya.“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam

sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.” [Al-Baqarah: 208]

Meninggalkan jahiliah ini secara ringkasnya perlu dilak-sanakan dengan:1 )Akidah yang sejahtera

Setiap muslim perlu memastikan akidah yang dipegang olehnya adalah benar-benar sejahtera, bersih daripada sebarang kekurangan mahupun penambahan. Kebersihan akidah merupakan titik pemisahan utama antaranya dengan jahiliyyah. Akidah yang sejahtera dapat dicapai dengan berpegang kepada pegangan tauhid yang

didatangkan oleh Rasulullah s.a.w .Bertitik tolak daripada akidah ini akan terbina tasawwur imaniah, amal dan akhlak mukmin. Mukmin akan membebaskan dirinya daripada pengabdian kepada selain Allah dalam apa jua bentuk, di samping akan lahirlah amal solih dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa dalam usahanya untuk meninggikan kalimah Allah.

2 )Ibadah yang sahihAl-Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan firman Allah s.w.t (yang bermaksud): “...Untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya” [Al-

Mulk: 2] berkata: “Yang paling ikhlas dan yang paling betul amalannya.”

Page 2: Sayonara Jahiliyah

Dia terus menerangkan: “Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak betul, ia tidak diterima. (Begitu juga) sekiranya ia betul tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, ia juga tidak diterima, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan betul... Maksud amalan yang dilakukan dengan ikhlas ialah yang dilakukan kerana

Allah dan amalan yang betul ialah yang dilakukan mengikut Sunnah.”Beliau kemudiannya membaca firman Allah (yang bermaksud):

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” [al-Kahfi: 110] - [Al-Iman al-Haq,

Dr. Ali Jarishah, m.s 42]

3 )Akhlak yang murniAkhlak merupakan salah satu lambang pemisahan mukmin daripada jahiliyyah. Banyak ayat Allah dan Hadis yang menggesa mukmin meninggalkan akhlak-akhlak

jahiliyyah, antaranya tabarruj al-jahiliyyah, asobiah dan lain-lain.Tiada contoh akhlak terbaik bagi mukmin melainkan Rasulullah s.a.w. Mukmin mestilah menghiasi dirinya dengan akhlak terpuji yang dibawakan oleh kitab Allah dan rasulNya. Ini tidak dapat dicapai dengan hanya pembacaan semata-mata tetapi

memerlukan kepada mujahadah dan latihan yang berterusan.“Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik umat yang dilahirkan bagi manusia,

(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara ma’rufdan melarang daripada segala perkara mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah.” [Ali Imran: 110]

4 )Manhaj hidup yang lurusTokoh penyair, Lubaid berkata: “Ketahuilah bahawa setiap sesuatu yang selain dari-

pada Allah adalah batil”Muhaddith, Maimun bin Zahran pula memberi amaran: “Jauhilah segala hawa yang

dinamakan dengan bukan Islam.”Inilah amaran kepada mukmin seluruhnya agar tidak tertipu dengan segala yang “bukan Islam” walau bagaimana sekalipun bentuk dan tarikh kemunculannya, kerana ia tidak lebih daripada hawa nafsu yang diperangi oleh Islam. Amaran ini menjadi

asas pegangan mukmin berkaitan manhaj hidupnya.Al-Imam as-Syatibi ketika menerangkan firman Allah (yang bermaksud): “Dan ia tidaklah memperkatakan (Al-Quran) itu mengikut hawa nafsu. Tidaklah apa yang dikatakan itu melainkan wahyu yang diwahyukan (kepada-nya).” [An-Najm: 3-4]

berkata:“Allah telah menghadkan sesuatu kepada dua perkara: Wahyu iaitu syariat dan

Hawa. Tiada lagi jenis yang ketiga selain daripada kedua-duanya” [Al-Muwafaqat: 2/121]

Mukmin hanya mempunyai dua pilihan syariat atau hawa yang menyesatkan. Menjadi kewajipan-nya untuk hidup di atas manhaj Islam dan syariatnya sahaja.

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang

demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” [Al-An’am: 153]

5 )Wala’ yang benarAllah s.w.t telah menghadkan wala’ mukmin kepada tiga pihak sahaja iaitu: “Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang

mereka ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah).” [Al-Maidah: 55]Dia juga melarang mukmin menyerahkan wala’nya kepada bukan mukmin: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan

dari kalangan kamu menjadi orang yang dipercayai...” [Ali Imran: 118]

Page 3: Sayonara Jahiliyah

Dr. Ali Abdul Halim Mahmud [Tarbiah an-Nasyi’ al-Muslim] memberi beberapa pengertian wala’ iaitu:

-Al-Qurb (mendekati) -Al-Nusrah (menolong) -Al-Mahabbah (mencintai)

Berasaskan pengertian ini, setiap mukmin perlu berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah, rasulNya dan mukminin, membantu dan mencintai mereka.

Beberapa contoh perlaksanaan wala:’a) Wala’ kepada Allah

*Mentajarrudkan diri kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu . *Allah lebih dicintai olehnya daripada dirinya dan segala-galanya (keluarga, tempat

tinggal, harta benda dsb.) *Merujuk kepada Allah dalam setiap keinginan, tindakan dan diamnya; ketika

berseorangan mahupun ketika bersama orang lain. *MentaatiNya dan beriltizam dengan syariat yang dibawa oleh RasulNya . *Mengimani bahawa manhajNya adalah satu-satunya manhaj yang benar dan tidak

mungkin ditukar ganti, seterusnya berjuang dan berusaha merealisasikannya dalam segenap kehidupan.

*Meletakkan ghayah ‘matlamat’ dalam segala usahanya kerana Allah.

b) Wala’ kepada RasulOleh kerana Rasul s.a.w adalah selaku utusan kepada Allah s.w.t maka wala’nya

dilaksanakan sama dengan wala’ kepada Allah.

c) Wala’ kepada mukminin *Menjadikan akidah sebagai asas ikatan (bukan keturunan, warna kulit, negara,

kepentingan ekonomi, sosial atau politik). *Tiada toleransi dalam masalah akidah dan peraturan hidup antara mukmin dan

bukan mukmin. Toleransi hanya wujud dalam masalah muamalat individu. *Mengambil berat hal ehwal mukminin serta membantu mereka menghadapi

permasalahan mereka dan tipu daya musuh Islam . *Mencintai mukminin kerana Allah selagi mana mereka di dalam ketaatan Allah.

*Menyeru ma’ruf dan mencegah mungkar serta meninggalkan majlis di mana maksiat sedang dilakukan .

*Bekerjasama dalam perkara takwa dan kebaikan. *Membantu memperkuatkan sof mukmin di samping berusaha melemah dan

menghapuskan sof jahili.

Sekiranya perkara-perkara ini dapat dilakukan oleh mukmin, terlaksanalah tuntutan iman yang dipegang olehnya. Jahiliyyah yang berleluasa kini akan

menerima nasib yang sama dengan jahiliyyah 14 kurun yang lalu.