sarapa ismail 1 · peranan dan sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa malaysia mempunyai...
TRANSCRIPT
SARAPA ISMAIL 1
SARAPA ISMAIL 2
BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Tajuk 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
Perang Dunia Pertama E
Perang Dunia Kedua E
Kemunculan Blok Dunia
Perang Dingin
Dasar Luar Malaysia E
Komenwell Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
S E E
E
E
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
E
Negara-Negara Selatan E
Pertubuhan Persidangan Islam E
Malaysia, Filifina Dan Indonesia E
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
Globalisasi E
Korodor Raya Multimedia
K-Ekonomi
K-Masyarakat
KEMUNCULAN BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN Maksud Blok Dunia
Blok Dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.
Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk, iaitu sama ada berdasarkan politik, ekonomi atau geografi
Blok Dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik. Maksud Perang Dingin
Perang dingin terbentuk daripada blok dunia berasaskan geopolitik dan tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung
Faktor-faktor tercetusnya Perang Dingin.
Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1989 apabila sistem komunis Soviet Union hancur.
Perang Dingin berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza.
Merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union.
Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung namun kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
Berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.
Negara-negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana-mana negara daripada blok komunis mahupun blok kapitalis.
SARAPA ISMAIL 3
Kesan Perang Dingin
Kesan Perang Dingin iaitu pembentukan blok dunia kepada Blok Kapitalis dan Blok Komunis.
Amerika Syarikat dan sekutunya mewujudkan pakatan tentera iaitu penubuhan NATO untuk menyekat pengaruh komunis.
Soviet Union dan negara-negara komunis menubuhkan Pakatan Warsaw
Amerika Syarikat membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Treaty Organisation ( SEATO ) untuk menyekat pengaruh komunis di Adia Selatan
Berlaku perlumbaan senjata di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis.
Perbandingan Ideologi Blok Kapitalis dan Blok Komunis
Blok Kapitalis Blok Komunis
Blok kapitalis merupakan negara demokratik
Kerajaannya dipilih melalui pilihan raya
Blok kapitalis memberi peluang perniagaan persendirian
Blok kapitalis juga memberi peluang pemilikan persendirian
Blok kapitalis menganjurkan kebebasan individu sepenuhnya
Blok komunis diperintah oleh diktator
Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf
Bagi blok komunis perniagaan dimiliki oleh kerajaan
Kerajaan komunis sahaja menguruskan perniagaan
Blok komunis melindungi / mengawal kebebasan individu
PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA
Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara
Dasar Luar Malaysia merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai.
Matlamat Hubungan Luar Malaysia
Ingin berbaik-baik dengan semua negara
Menjamin keselamatan rakyat dam negara
Memelihar kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
Bentuk Hubungan Luar Malaysia
Bilateral - Merujuk hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu
Multimateral - Merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
SARAPA ISMAIL 4
DASAR-DASAR LUAR MALAYSIA Asas-asas Pengubalan Dasar Luar Malaysia
Penggubalan Dasar Luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan asas dasar luar negara
Faktor-faktor berkenaan adalah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Faktor-faktor yang mempengaruhi Dasar Luar Malaysia Sejarah
Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu
Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan
Hubungan luar berdasarkan serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia,Brunei,Singapura dan Malaysia
Malaysia menjalinkan hubungan luar selepas merdeka dengan menyertai pertubuhan Komanwel termasuk Britain,Australia dan New Zealand
Malaysia menjalinkan hubungan luar yang Pro-Barat
Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana belum mempunyai keupayaan pertahanan
Ekonomi
Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonomi kerana mengamalkan pasaran bebas
Malaysia menjalinkan hubungan luar dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana Malaysia merupakan antara negara pengeluar pertama bijih timah dan getah
Mengharapkan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut untuk menggalakkan pelaburan asing untuk meningkatkan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan
Melalui Dasar Pandang ke Timur,pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea
Menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun untuk pasaran barangan dan pelaburan
Hubungan dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran dan mengadakan pelaburan di negara Islam
Politik
Amalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat
Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan resolusi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia
Geografi
Kedudukan yang strategik dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara Asia Tenggara seperti Indonesia,Singapura,Thailand dan Brunei
Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia,keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap Malaysia
Demografi
Menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin
SARAPA ISMAIL 5
Menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan kerana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing
Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Apertied itu dihapuskan sikap komited terhadap hak asasi manusia
Perkembangan Dasar Luar Malaysia
Dasar Luar Malaysia sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia
Pengaruh Komunis yang begitu kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era perang dingin merupakan faktor yang perlu diambil kira.
Perkembangan Dasar Luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu :
Tahap Pertama : Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970 )
Tahap Kedua : Tun Abdul Razak ( 1972 – 1976 ) dan Tun Hussein Onn ( 1976-1981 )
Tahap Ketiga : Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad Dasar Luar semasa Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia ( Tahap Pertama )
Pro barat yang anti komunis kerana ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara melalui Parti Komunis Malaya
Berbaik-baik dengan negara Komenwel kerana Malaysia memerlukan bantuan pertahanan terutama dari Britain, Australia dan New Zealand
Menandatangani Perjanjian Inggeris – Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyekat pengaruh komunis
Pihak British akan memberi bantuan kepada Malaysia sekiranya di serang mana-mana negara
Berbaik-baik dengan negara jiran bagi mengelakkan berlakunya krisis seperti Konfrantasi Malaysia – Indonesia dan Malaysia – Filifina.
Memelihara hubungan baik dengan negara jiran melalui penubuhan ASA, MAPHILINDO dan asean
Malaysia bergantung kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara kerana merupakan anggota Blok Sterling
Memberikan tumpuan kepada bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan dari negara barat
Pelabur Britain menguasai peratusan yang besar dalam ekonomi malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian
Mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan negara lain bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain.
Dasar Luar semasa Tunku Abdul Razak dan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ( Tahap Kedua )
Malaysia berubah dari dasar pro barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
perubahan ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh
SARAPA ISMAIL 6
British di Timur
kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan kuasa besar iaitu amerika syarikat dan china
Mengisytiharkan ZOPFAN
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, jerman timur, korea utara, vietnam utara dan monggolia
Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.
Masalah pelarian vietnam di malaysia dapat diatasi dengan kerjsama negara jiran
Dasar Luar Malaysia semasa Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ( Tahap Ketiga )
Malaysia mengekalkan dasar-dasar pada tahap kedua Tetapi penekanan diberikan kepada kepentingan ekonomi
Kepentingan berkaitan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dikalangan megara membangun
Mengadakan hubunghan yang erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea
Memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dengan menggunakan Korea Selatan dan Jepun sebagai model pembangunan
Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan yang baik
Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi lawatan Perdana Menteri ke Afrika, Amerika selatan dan lain-lain
Misi lawatan ini disertakan dengan misi perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak
Menjalinkan hubungan politik dan perdagangan dengan negara Dunia Ketiga selain negara maju
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat aktif seperti Komenwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM ), Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC )
PERTUBUHAN KOMENWEL Ciri-ciri Negara-Negara Komenwel
Anggotanya terdiri daripada negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka
Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara yang sedang membangun
Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota setiap dua tahun
SARAPA ISMAIL 7
Penggunaan bahasa Inggeris di kalangan negara-negara anggota
Sistem kerajaan dan pentadbiran mengikut sistem British
Semua ahli Komanwel dianggap setaraf
Raja Britain sebagai Ketua Komanwel
Sistem Perundangan dan kehakiman berasaskan sistem British Matlamat Penubuhan Faedah yang diperolehi oleh Malaysia setelah menjadi Anggota Komenwel
Membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
Perjanjian Pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand
Kerjasama pertahanan dengan membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia
Menjadi tuan rumah Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 di Kuala Lumpur dan Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
Malaysia menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia
Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah
Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan
Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM ( OIC )
OIC ditubuhkan pada tahun 1971 – idea Tunku Abdul Rahman
Ibu pejabat di Jeddah
Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga daripadnya sebagai pemerhati.
Matlamat Penubuhan OIC
Mengeratkan hubungan sesama negara islam dalam segala bidang
Untuk mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam
Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari
Pertubuhan ini banyak memberi bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
Bantuan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada negara- negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad
OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberi perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.
Membina semangat setiakawan dikalangan negara anggota
Mewujudkan kerjasama dalam semua budang dikalangan negara anggota
SARAPA ISMAIL 8
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan OIC
Tahun 1971 - idea Tunku Abdul Rahman, semasa ditubuhkan ahlinya terdiri drpd 57 buah negara dgn 3 buah negara lagi sebagai pemerhati
Tunku Abdul Rahman diberi perghormatan untuk menjadi setiausaha Agung OIC yang pertama
Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan iran –Iraq
Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestine dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel
Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003
Malaysia menganjur persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
Tawaran biasiswa diberikan kepada para pelajar dari negara OIC utk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
Malaysia mendapat penghormatan daripadfa negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara islam
Faedah yang diperolehi oleh Malaysia dalam Pertubuhan OIC.
Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan Rakyat
Bantuan OIC untuk menubuhkan UIAM
Mendapat pinjaman daripada bank pembangunan islam dibawah naungan OIC
Mendapat penghormatan daripada Negara anggota yg lain kerana amat serius dlm memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
Menjadi tuan rumah menganjurkan persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2003
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU
Pertubuhan Serantau merupakan pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain
Perbentukan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial
Sejak mencapai kemerdekaan, tiga pertubuhan Serantau telah dibentuk dan disertai oleh malaysia – ASA ( 1961 ), MAPHILINDO ( 1963 ) dan ASEAN ( 1967 )
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA ( ASA )
Anggota ASA - Malaysia , Thailand dan Filifina
Tujuan dan matlamat penubuhan ASA
Mengadakan kerjasama serantau membendung pengaruh komunis
SARAPA ISMAIL 9
Melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis
Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial
Menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota
Mengekalkan keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau
Pencapaian persatuan ASA
Matlamat ASA tidak ada kerjasama yang erat
ASA di anggap sebagai pertubuhan anti pemerintahan presiden sukarno di indonesia
Timbul kesangsian kerana malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan britain sementara thailand dan filifina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan amerika syarikat
Pertelingkahan antara malaysia dan filifina tentang penubuhan malaysia telah membawa pembubaran ASA.
MALAYSIA, FILIFINA dan INDONESIA ( MAPHILINDO )
Merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filifina dan Indonesia
Untuk menyelesaikan Pertikaian Pembentukan Malaysia. Sebab-sebab Penubuhan MAPHILINDO
Meningkatkan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan Mlaysia – Filifina – Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul antara negara tersebut disebabkan oleh cadangan pembentukan malaysia
Indonesia tidak bersetuju pembentukan malaysia kerana menganggap Neokolonialisme
Filifina menentang kerana menganggap sabah sebahagian wilayahnya
Rundingan diadakan untuk menyelesaikan masalah ini dan akhirnya terbentuk MAPHILINDO
Langkah MAPHILINDO untuk menyelesaikan Pembentukan Malaysia
Bersepakat mendapat bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan penduduk sabah dan sarawak.
PBB menghantar wakilnya Iaitu Lawrence . V . Michael More untuk meninjau pandangan penduduk
Mejoroti penduduk sabah dan sarawak bersetuju dan menyokong pembentukan malaysia.
Filifina dan indonesia tidak berpuas hati siasatan PBB dan meneruskan penentangan.
Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO dibubarkan kerana tidak berperananlagi
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA ( ASEAN )
Sebuah Pertubuhan Serantau yang terdiri daripada 10 buah negara asia tenggara
Ditubuhkan di Bangkok pada 8 Ogos 1967
SARAPA ISMAIL 10
Negara anggota ASEAN terdiri daripada Malaysia, Thailand, Indonesia, Filifina, Singapura, Brunei, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Vietnam
Matlamat Penubuhan ASEAN
Bermatlamat mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
Membantu bidang sosial/ekonomi / kebudayaan
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam pertanian/perdagangan/perindustrian
Kerjasama dalam bentuk latihan / penyelidikan
Mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau/ antarabangsa
Peranan dan sumbangan Malaysia sebagai anggota ASEAN
Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pd November 1971
Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sbg Zon Aman,Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN )
Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea
Menyertai mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea
Membuat keputusan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear
Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya utk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear
Bekerjasama dlm projek perindustrian cth projek baja urea
Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA
Mengemukakan idea mewujudkan perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bg memperluaskan kerjasama ekonomi yg melibatkan China,Jepun dan Korea selatan
Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3
Memberi kerjasama dlm bidang pendidikan dengan menyertai pertubuhan menteri2 pelajaran ASEAN (SEAMEO)
Membina pusat serantau untuk Sains dan matematik (RECSAM) di Pulau Pinang
Mengadakan kerjasama dalam bidnag kebudayaan dan sosial cht festival kebudayaan dan kesenian
Bersama-sama menubuhkan Tabung kebudayaan ASEAN
Tukar mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
Menganjurkan sukan SEA
Menjalinkerjasama menyertai tahun melawat ASEAN 1992
SARAPA ISMAIL 11
CABARAN MASA DEPAN
Penciptaan teknologi memainkan peranan penting dalam sejarah dunia sehingga hari ini yang memperlihatkan hubungan antarabangsa menjadi lebih giat
Kemunculan Revolusi Teknologi Maklumat yang membawa perubahan besar kepada kehidupan kita
Malaysia membuat perancangan awal bagi menghadapi perubahan ini agar dapat sama-sama bersaing dengan negara-negara dunia
GOLBASLISASI
Merujuk pada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan kepesatan atau kepantasan Perkembangan Teknologi Maklumat
Maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasai ( ICT )
Bermaksud kepesatan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia tanpa sempadan
Segala aspek ekonomi dan sosial dapat menyeberangi sempadan dunia dengan singkat
Contohnya berkaitan modal , tenaga manusia , kemahiran dan nilai
Terdapat 2 pandangan berkaitan globalisasi
Pandangan pertama , ia berfaedah kepada pembangunan ekonomi dunia
Pandangan kedua, ia akan meningkatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan
Penduduk luar bandar atau antara negara maju dengan negara membangun.
Memerlukan Peralatan Tekonologi
ICT merujuk satu kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi
Berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan.
Peralatan – komputer , internet dan telefon mudah alih
Faktor pemangkin perkembangan ICT
Perkembangan teknologi komunikasi
Kos pengangkutan murah
Membina prasarana ICT dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia
Projek Koridor Raya Multimedia
Melalui ini kerajaan memulakan e-pendidikan , e-dagang , pemasaran tanpa sempadan dan Penyiaran digital
SARAPA ISMAIL 12
Korodor Raya Multimedia
Kerajaan memperuntukan belanjawan sebanyak RM5.2 bilion bagi proses berasaskan ICT.
RM 1 billion diperuntukan bagi progran luar bandar bagi mengurangkan jurang perbezaan dengan bandar
Kawasan yang sudah diwartakan oleh kerajaan sebagai program ini adalah Putrajaya, Cyberjaya, Taman Teknologi Malaysia dan KLIA
Tujuan Penubuhan Korodor Raya Multimedia
K- ekonomi
Ekonomi berlandaskan Pengetahuan atau Knowledge-Based Ekonomy merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan untuk mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan
Sumber yang paling berharga dakal K-Ekonomi ialah modal intelek dan pekerja berpengetahuan
Modla intelek hanya boleh dihasikan melalui kekayaan pengetahuan, semangat dan daya saing yang tinggi
Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan oleh negara untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan
Kunci kejayaan k-ekonomi adalah inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan
Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar kepada penyelidikan dan pembangunan dalam menggalakkan penciptaan baru
Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara
K-masyarakat
Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri dengan pengetahuan agar dapat terus bersaing
Selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat
Matlamat : untuk melahirkan masyarakat maju dan saintifik
K-masyarakat dibangunkan melalui bidang pendidikan
Usaha dilakukan untuk menyusun semula sistem pendidikan
Menubuhkan sekolah wawasan
Tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan daya saing
Menubuhkan sekolah Bestari
Tujuan memupuk rasa cinta dengan Information technology (IT)
Kurikulum juga diubah suai
Untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat.
Melahirkan masyarakat bermaklumat
Mengalakkan penggunaan ICT di kalangan pelajar sekolah
Dapat membangunkan ekonomi Negara berasaskan pengetahuan K- ekonomi
Nota Pilihan 2019
SARAPA ISMAIL 13
Melahirkan pelajar yang kreatif , dinamis , berfikiran kritis dan analisis.
Melahirkan kumpulan tenaga kerja berpendidikan tnggi , bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi
Matlamat untuk ke arah masyarakat yang maju dan saintifik selari wawasan 2020