sample world literature essay

Upload: r-lau-r-piz

Post on 17-Jul-2015

492 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

Latar masyarakat merupakan unsur sastera yang penting dalam sesebuah karya. Latar masyarakat merupakan keadaan atau citra sesebuah masyarakat di sesebuah tempat. Gambaran tentang keadaan itu merangkumi agama, kepercayaan dan pekerjaan. Dengan paparan latar ini, pembaca dapat memahami dengan lebih jelas tentang kenyataan atau realiti kehidupan sesebuah masyarakat yang dirakamkan oleh pengarang. Oleh itu, esei ini ditulis untuk mengupas persamaan latar masyarakat yang wujud dalam novel Okonkwo hasil karya Chinua Achebe dan Isteri Hanaoka Seishu hasil pena Sawako Ariyoshi yang telah dipilih sebagai elemen dalam World Literature Assignment 1 ini. Pendidikan merupakan elemen penting yang perlu diterapkan untuk membentuk peribadi dan sahsiah setiap individu. Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan tidak formal. Latar masyarakat yang mementingkan pendidikan ini telah ditonjolkan oleh Sawako Ariyoshi dalam novelnya Isteri Hanaoka Seishu dan Chinua Achebe dalam novel Okonkwo. Mendasari novel Okonkwo, dapat diperlihatkan bahawa Okonkwo yang bercerita tentang sejarah tanah air dan kisah-kisah yang berunsurkan kepahlawanan kepada Nwoye dan Ikemefuna. Sungguhpun begitu, dalam halaman 55 ada dinyatakan yang Nwoye lebih gemar mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh ibunya seperti kisah sang kura-kura dengan kelicikannya dan cerita pergaduhan bumi dan langit. Hal ini demikian kerana, cerita-cerita sebegini lebih sesuai dengan jiwa Nwoye yang banyak memiliki sikap keibuan.

1

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

Nwoye menjadi seorang lelaki, tetapi terdapat terlalu banyak sifat keibuan di dalam dirinya. (Okonkwo m/s 68) Dia hanya berpura-pura menyukai cerita yang disampaikan oleh ayahnya untuk mengelakkan diri dari dimarahi dan dipukul oleh Okonkwo yang mempunyai perwatakan pemarah, bersesuai dengan gelaran yang dimilikinya iaitu Si Api Marak. Namun, setelah meningkat dewasa baru Nwoye sedar yang cerita-cerita yang disampaikan oleh Okonkwo lebih bermakna kepada dirinya berbanding cerita yang disampaikan oleh ibunya. Melalui penghayatan terhadap cerita dari Okonkwo, sikap kelakian yang gagah dapat dibina dalam diri Nwoye. Dia juga menyedari yang ayahnya mahu dia menjadi seorang lelaki yang tulen. Nwoye sedar adalah menjadi sifat lelaki bila dewasa kelak dia harus bersikap keras1

Sikap kelakian ini dapat dilihat apabila Nwoye berasa seronok membuat kerja-kerja berat seperti membelah kayu api. Bagi pendapat penulis, sikap yang ditunjukkan oleh Nwoye ini adalah hasil pendidikan tidak formal yang telah diterapkan sejak kecil lagi. Perkara yang dilihat dan didengar menjadi guru dalam pembentukan peribadi seseorang. Melewati novel Isteri Hanaoka Seishu, kepentingan pendidikan turut digarap oleh beliau menerusi watak bulat Kae yang mendapat pendidikan tidak formal dari ibunya dengan mempelajari cara memasak dan menjahit. Sewajarnya, kemahiran seperti ini perlu dimiliki oleh seorang wanita yang mana dapat memudahkannya menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kelak. Hal ini dapat dibuktikan apabila Kae mahu menyediakan makanan buat pertama kali untuk suaminya walaupun pada akhirnya dia terpaksa

1

Chinua Achebe, Okonkwo,halaman 55

2

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

membatalkan niatnya itu. Jelas menunjukkan yang Kae mempunyai kemahiran memasak. Selain itu, Kae mempelajari peraturan pergaulan, menulis, membaca dan adat istiadat Jepun yang merupakan sebahagian daripada warisan keluarganya.2 Penting bagi Kae untuk belajar tentang adat istiadat Jepun memandangkan rumahnya merupakan tempat persinggahan raja. Selain itu, Kae mengaplikasi peraturan pergaulan yang dipelajarinya apabila dia mengikut ibunya untuk menyambut tetamu dan orang kampung yang datang ketika upacara pengebumian datuknya. Hal ini disokong oleh Tunku Fairus yang merupakan kerabat diraja Kedah yang menitikberatkan soal protokol kepada anaknya. Ia penting kerana ini merupakan warisan kita3

Di samping itu, turut divisualkan oleh pengarang watak Koriku dan Okatsu yang melakukan kerja tenunan sebagai tugasan harian mereka. Menenun merupakan pendidikan tidak formal yang diterapkan oleh Otsugi untuk anak-anak perempuannya. Kemahiran ini amat berharga kerana melalui hasil jualan tenunan ini mereka dapat menampung kos pengajian Umpei. Kedua-dua watak pipih; Koriku dan Okatsu menunjukkan wanita dalam masyarakat Jepun akan bertungkus-lumus demi kesenangan hidup seorang lelaki. Seterusnya, kedua-dua pengarang telah mengetengahkan persamaan latar masyarakat iaitu masyarakat yang memberi penghormatan tinggi terhadap orang yang berjasa semasa hayatnya melalui upacara kematiannya. Senario ini dapat diimejkan melalui novel Okonkwo iaitu semasa kematian Ezeude. Ezeudu merupakan orang yang

2 3

Sawako Ariyoshi, Isteri Hanaoka Seishu, halaman 5 Mirieatie, Majalah Seri Dewi dan Keluarga, Edisi Februari 2004

3

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

paling tua di kampung itu dan menyandang pelbagai gelaran sepanjang hidupnya seperti yang dinyatakan dalam halaman 127. Pengarang telah mengilustrasikan situasi ini dengan kehadiran semua puak ketika upacara pengebumiannya, tembakan senapang dan meriam serta paluan gendang bertalutalu. Segala yang dilakukan adalah sebagai tanda hormat pahlawan untuk Ezeudu yang merupakan seorang yang ternama di kalangan puak itu. Dari sudut pandangan penulis, mungkin suatu ketika dahulu Ezeudu pernah melakukan sesuatu yang telah memasyhurkan nama kampungnya yang berlatarkan tempat di Umuofia. Bunyi senapang, meriam serta paluan gendang merupakan simbol puak itu untuk memberitahu puak lain ada berlakunya kematian di Umuofia. Begitu tinggi sekali sanjungan yang diberikan terhadap Ezeudu sehingga kematiannya perlu diketahui oleh semua puak. Situasi yang hamper sama turut berlaku ketika upacara pengebumian datuk Kae. Lautan manusia yang datangnya dari setiap pelosok Nate adalah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mantan ketua mereka itu.4 Pada pandangan penulis, datuk Kae telah menjalankan tugasnya dengan baik dan disenangi oleh masyarakat suatu ketika dahulu yang menyebabkan dia disanjung tinggi. Jika diteliti, keadaan yang sama turut berlaku dalam masyarakat di Malaysia iaitu ketika pengebumian Allahyarham Datuk Khailan Hassan, ibu kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang. Pelbagai lapisan masyarakat yang turut disertai orang-orang kenamaan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.5 Hal ini merupakan norma kehidupan manusia.

4

Sawako Ariyoshi, Isteri Hanaoka Seishu halaman 12- merupakan ketua yang amat berkuasa, upacara pengebumiannya dibuat secara besar-besaran. 5 http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf

4

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada sepasang suami isteri. Anugerah ini perlu dilihat sebagai satu nikmat yang perlu dihargai. Penghargaan yang harus diberikan sudah tentu dalam bentuk kesyukuran yang tertinggi dan perlu diterjemahkan dengan menghargai anak itu sendiri6 Berdasarkan kenyataan di atas dengan mengangkat analogi itu dapatlah dikatakan bahawa anak-anak perlu dihargai dengan kasih-sayang yang sama-rata. Jika didasari novel Isteri Hanaoka Seishu, dapat dilihat yang anak lelaki lebih dihargai. Pengarang menggunakan watak bulat Otsugi sebagai seorang ibu yang mana kecantikan dirinya digambarkan secara hiperbola memberi penekanan kepada kedua anak lelakinya sahaja, Umpei dan Ryohei untuk menuntut ilmu dalam bidang perubatan sedangkan anakanak perempuan disuruh melakukan kerja-kerja rumah dan menenun untuk menampung kos pembelajaran Umpei di Kyoto7. Tambahan pula, pada halaman 156 ada dinyatakan bahawa pengalaman melahirkan anak sulung sukar untuk dilupakan kerana kesakitan yang dialami oleh ibu itu. Barangkali disebabkan hal itu, Seishu bagaikan nyawa kepada kehidupan Otsugi dan merupakan anak emas Otsugi. Dengan itu, pengarang telah mewujudkan jurang perbezaan yang hiperbola antara anak lelaki dan perempuan. Anak lelaki berpeluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat yang tinggi manakala anak perempuan mengerah tenaga untuk kesenangan hidup lelaki. Bagi masyarakat Jepun, keutamaan perlu diberikan kepada anak lelaki kerana mereka merupakan tunggak utama dalam keluarga. Apabila berkahwin, anak lelaki yang bertanggungjawab menyara keluarganya.6

Professor Dato Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman, Majalah Seri Dewi dan Keluarga, Edisi Mac 2006, halaman 100

7

Sawako Ariyoshi, Isteri Hanaoka Seishu, halaman 50- Apabila jumlah simpanan itu mencukupi, kesemuanya dihantar kepada Umpei melalui peniaga lain atau sesiapa yang bekerja di kilang pencelupan itu yang bercadang hendak ke Kyoto atas urusan perniagaan

5

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

Menelusuri novel Okonkwo pula, dalam plot cerita ini terdapat babak upacara kehakiman masyarakat Igbo di mana pengarang bijak menunjukkan kewujudan unsur diskriminasi antara golongan lelaki dan wanita. Pada permulaan babak iaitu pada halaman 91, dapat dilihat bahawa kehadiran wanita dalam upacara itu tidak begitu diendahkan. Situasi ini sendiri menjelaskan bahawa golongan wanita tidak mempunyai kepentingan dalam hal-hal pentadbiran. Dalam perbicaraan kes Mgbafo, Mgbafo tidak diberi peluang untuk bersuara bagi membela dirinya tetapi dia diwakili oleh saudara lelakinya. Suaminya, Uzowulu tidak bersetuju dengan tindakan keluarga Mgbafo yang membawa lari isteri dan anaknya. Hal ini demikian kerana Mgbafo kerap dipukul oleh suaminya walaupun ketika dia sedang mengandung. Bagi penulis, seorang wanita berhak untuk bersuara lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan rumahtangganya. Dia perlu berani untuk memperjuangkan haknya tanpa perlu diwakili oleh sesiapa. Oleh itu, berdasarkan kedua-dua novel ini, wujud persamaan latar masyarakat iaitu masyarakat yang membezakan golongan lelaki dan wanita. Berpaksikan novel Okonkwo dan Isteri Hanaoka Seishu, berlatarkan masyarakat yang mementingkan kedudukan dan darjat, Chinua Achebe telah menampilkannya melalui tindakan Okonkwo yang menolak lamaran individu untuk berkahwin dengan Ezinma ketika di Mbanta. Hal ini demikian kerana Okonkwo mahu mendapatkan semula gelaran dan kedudukannya di Umuofia setelah dia dibuang daerah atas kesalahan yang tidak disengajakannya. Okonkwo mahu Ezinma berkahwin dengan orang-orang di Umuofia. Walaupun perbuatan Okonkwo ini memalukan pihak berkenaan, Okonkwo perlu memperoleh semula penghormatan dari masyarakatnya kerana

6

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

sebelum dia dibuang daerah, Okonkwo menyandang pelbagai gelaran dan merupakan orang kuat masyarakat Umuofia. Secara tidak langsung, dengan mengahwinkan Ezinma dan Obiageli dengan orang dari kalangan berkuasa dan berpengaruh, sudah tentu dapat membantu Okonkwo mengangkat darjatnya. Sawako Ariyoshi juga melakarkan watak Sajihei yang menolak lamaran Otsugi untuk menjadikan Kae sebagai menantu keluarga Hanaoka kerana perbezaan kedudukan yang ketara dan ketidaksamaan taraf antara Kae dan Umpei. Memang tidak dapat diterima akal untuk mengahwinkan anak seorang yang berketurunan samurai dengan anak seorang doktor yang miskin yang tarafnya terlalu rendah. Perbezaan taraf dan kedudukan ini dijadikan sebagai kayu pengukur untuk membuat keputusan. Secara dasarnya, Sajihei melakukan pertimbangan yang saksama yang ditunjangi dengan alasan yang kukuh dan munasabah. Sememangnya seorang ayah mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dengan mengahwinkan Kae dengan Umpei, dikhuatiri Kae akan menderita kerana kesempitan hidup. Berdasarkan latar masyarakat Jepun, kedudukan seorang wanita akan berubah serta-merta selepas mereka mendirikan rumahtangga berbanding kedudukan sebelum mereka berkahwin. Kesimpulannya, pengarang untuk kedua-dua novel ini iaitu novel Okonkwo dan Isteri Hanaoka Seishu, pada hemat saya telah berjaya mencerminkan kepada pembaca mengenai persamaan latar masyarakat walaupun mereka datang dari benua yang mempunyai perbezaan yang ketara dari segi latar belakang, amalan adat resam, agama dan kepercayaan. Walaupun berbeza benua, sikap masyarakat tetap sama iaitu masyarakat yang mementingkan pendidikan, masyarakat yang memberi penghormatan tinggi terhadap orang yang berjasa, masyarakat yang membezakan antara golongan lelaki

7

Pemaparan Persamaan Latar Masyarakat Lewat Novel OKONKWO oleh Chinua Achebe dan ISTERI HANAOKA SEISHU oleh Sawako Ariyoshi.

Hamdan, Nur Liyana

dan wanita, dan masyarakat yang mementingkan kedudukan dan darjat. Oleh hal yang demikian, kehidupan masyarakat di Jepun dan di benua Afrika dapat dibaca dengan kehadiran novel-novel ini.

8