salah tanggapan kedudukan islam di malaysia
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
1/24
PELAN PENGUKUHAN KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA:
PERANAN DAN CABARAN
HAJI MAHAMAD NASER BIN DISA 1
Setelah kemerdekaan dan pembentukan sebuah Negara
Persekutuan menjangkau lebih separuh abad, kemampuan
perundangan Islam Negara untuk menangani segala krisis dan
cabaran mega yang sedang melanda Negara masih di tahap yang
meragukan. Islam dimartabatkan sebagai Agama Negara, tetapi
tahap pematuhan kepada prinsip ajaran Islam tidak dapat dinilai
dan dipantau sebagaimana tahap pematuhan kepada prinsip Hak
asasi manusia (HAM) yang dipantau oleh sebuah suruhanjaya
bebas. Adakah pematuhan kepada prinsip HAM lebih utama dari
pematuhan kepada prinsip agama Negara? Adakah agama Negara
sudah bertukar dari Islam kepada Negara HAM? Prof Ulung
Negara, Tan Sri Prof. Dr Muhd.Kamal Hassan menukilkan i
Krisis-krisis besar yang lahir daripada tamadun manusia moden
masakini, antara lain ialah:
a)krisis sistem ekonomi kapitalisme yang meluaskan jurang
ketidakadilan dan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin,
b) krisis sistem politik dunia yang, atas nama demokrasi liberal dan hak-
hak asasi manusia, mengekalkan ketidakadilan, kezaliman dan
penindasan negara-negara yang kuat ke atas negara-negara,
masyarakat-masyarakat dan minoriti-minoriti yang lemah, termasuk
umat Islam Palestin, Kashmir, Xinkiang, Moro, Chechen dan Patani, dan
c) krisis budaya dan moral yang dijiwai oleh fahaman sekular Barat ,
modernisme, liberalisme,pluralisme, hedonisme dan pasca-modernisme.
Hari ini HAM tidak lagi dipandang sebagai sekadar kefahaman
individualisme dan liberalisme. Tetapi dilihat secara kemanusiaan
1 SEKSYEN SYARIAH,JABATAN PEGUAM NEGARA; PEMBENTANGAN KERTAS KERJAKONVENSYEN PEMACUAN TRANSFORMASI SISTEM PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIAanjuran IKIM dan MAIS pada 5-6 April 2011.
1
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
2/24
sejagat (humanistic) dengan mengangkat hak-hak dan martabat
asasi manusia tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama,
warna kulit dan jantina. HAM disifatkan sebagai suatu standard
umum atau penanda aras utama dalam pencapaian prestasi
kemanusiaan seluruh masyarakat dan negara di dunia.
HAM telah meningkat menjadi sebahagian cara hidup di peringkat
global dan menjadi dasar utama dalam prinsip demokrasi hingga
ada yang berpendapat:
Human rights are those rights which are inherent in our nature
and without which we cannot live as human beingsii
HAM yang dikuatkuasakan menerusi UDHR 1948 adalah suatu
Deklarasi yang berasaskan liberalisme Amerika, pragmatisme
Inggeris, kemanusiaan Perancis dan komunisme Soviet dan China.iii
Justeru, tidak hairanlah kemampuan HAM untuk membawa
kesejahteraan kepada manusia sentiasa dipertikaikan dan
kemampuan HRC di UN untuk memeriksa tahap pencapaian HAM di
sesuatu Negara amat diragui. Lihat saja kepada peristiwa
pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap
umat Islam dan masyarakat Arab di Gaza. Hari ini prinsip HAM
yang boleh ditafsirkan dan dimanipulasi mengikut pemikiran dan
pendekatan Negara yang perkasa sebagai justifikasi untuk negara
yang kuat menyerang negara yang lemah bagi menguasai sumber
utama minyak dunia.
Sebaliknya lihat pula apa yang telah diberikan oleh umat Islam di
Negeri-negeri Kesultanan Melayu/Islam yang belum pun wujud
sebagai sebuah negara ketika mana dunia menganggap Negeri-
negeri tersebut sebagai sangat kecil. Pada 01 Jun 1965, Tun
Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomdalam ucapanya berkata
Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang
tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.Dalam jangka
masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk
kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang
Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang
dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus
2
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
3/24
daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan
mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia
Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga
tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka
tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan
apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua
wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaumindia telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara
seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa
yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu
berkata, Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan
mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan
beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada
tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu),
ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya
nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah
anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib
selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik
yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya
bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga
keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini.
Tetapi saya amat gembira di sini. iv
Umat Islam kini berhadapan dengan krisis yang amat besar. Gejala
sosial di kalangan umat Islam akibat dari kegagalan
memartabatkan agama Islam sebagai agama Negara sebagaimana
yang diikrarkan oleh Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong
(YDPA) mengundang berbagai bencana sosial dan kehilangan
penguasaan ekonomi yang seolah-olahnya mustahil untuk dicari
semula. Selanjutnya Prof Ulung Negara itu meneruskan
penjelasan
Umat Melayu Islam di Asia Tenggara tentunya tidak terlepas daripadacengkaman krisis-krisis besar itu, dan implikasi ke atas sistem
pendidikan yang mampu mendepani krisis-krisis besar itu amat serius.Di samping krisis-krisis dalam era globalisasi atau era dominasi sistemkapitalisme dan liberalisme ini, terdapat juga cabaran merebaknyagerakan Kristianisasi, aliran liberalisme atau neo-modernisme dikalangan cendekiawan Melayu Islam di satu pihak, dan ektremismekelompok-kelompok Muslim radikal di pihak yang lain. Pada masa yangsama aliran budaya hedonistik, konsumeristik, individualistik sertaketagihan dadah atau narkotika dan ketagihan budaya maya di alamsiber di kalangan remaja, peningkatan jenayah seks, gejala
3
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
4/24
pembuangan anak dan lain-lain gejala sosial yang mengerikan ternyatasemakin meluas. Ringkasnya umat manusia dan umat Islam sedangberada dalam satu era pancaroba yang disebut oleh Alan Greenspansebagai The Age of Turbulence(Greenspan, 2008), suatu zaman dalammana kecemerlangan sains moden dan sekular telah mencapaikemuncak kegemilangannya dari segi ciptaan-ciptaan dan penemuan-penemuan saintifik yang menakjubkan (dan yang amat bermanfaat),tetapi kekufuran, keegoan dan keangkuhan akal (reason) bebasnyatelah mencipta pelbagai jenis malapetaka ekonomi, politik, budaya,intelektual dan moral kerana membelakangi petunjuk Allah S.W.T.,bimbingan para Rasul, hukum-hukum Allah S.W.T. dan ajaran-ajaranagama Allah S.W.T. Tamadun timpang dan cacat ini didirikan atas sistempendidikan moden sekular Barat, yang kemudian diterapkan di negara-negara orang Islam termasuk dunia Melayu Islam.
Ternyata pola pemikiran yang beroperasi dan menjadi asas budaya
dan tamadun hari ini adalah berasaskan pemikiran sekular Baratyang mendominasi pemikiran umat Islam dan pemimpin mereka.
Idea-idea barat tentang bentuk Negara dan nature manusia dan
masyarakat dipercayai dan dipegang dengan kuat di seluruh dunia
Islam. Hal ketuhanan dan keagamaan dilihat dari perspektif hak
asasi manusia dan hak kebebasan beragama dan jauh sama sekali
dari prinsip kepatuhan dan penyerahan kepada kekuasaan Ilahi. Di
atas kepura-puraan hak kebebasan beragama, ajaran dan
pegangan Islam mengenai nature kemanusiaan cuba dihapuskandari pemikiran umat Islam dan digantikan dengan keagungan
kekuatan daya intelektual manusia. Keagamaan hanya dieksploit
untuk menghentam Islam dengan berbagai gambaran negative
seperti ekstremist, fundamentalist, penindas terhadap wanita,
kelompok gay , lesbian, minoriti dan berbagai lagi.
Walaupun begitu besar gelombang cabaran yang dihadapi oleh
umat Islam dan pemimpin mereka, Prof Ulung Negara amat optimis
dan menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan umatIslam bagi menghadapi berbagai cabaran ini.
Tetapi semua cabaran di atas -- dari krisis ekonomi dan kemiskinan,politik, budaya dan moral sampai ke budaya korupsi, kolusi, nepotisme,dan tirani -- merupakan dugaan dan cubaan (ibtilaa) dari Allah S.W.T.bagi menguji kekuatan iman, kekuatan ilmu, kekuatan amal dankekuatan rohani para Mukmin sejati yang menjadikan cinta kepada AllahS.W.T. dan Rasul serta iltizam untuk berjuang pada jalan Allah S.W.T.
4
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
5/24
(jihaad fii sabiiliLlaah) sebagai nilai tertinggi dalam kehidupan di dunia.Malah cabaran-cabaran itu boleh dilihat sebagai peluang-peluangkeemasan pejuang-pejuang pendidikan untuk mewujudkan suatusystem pendidikan bagi umat Melayu Islam yang a) membawa rahmatke seluruh manusia, b) membawa penawar bagi umat yang sedangsakit, c) pembawa penyelesaian bagi umat yang berpecah, dan d)mampu mengeluarkan umat dari kubang-kubang korupsi dankemiskinan, dari jerat kegilaan harta dan kuasa, dan dari tipu muslihathubb al-dunyaa dan tipu daya tamadun sekular dengan segala jenisdeception (al-ghuruur) yang memperdayakan golongan pemimpin dangolongan yang berpendidikan tinggi selama ini. Inilah ransangan untukpemimpin umat Melayu Islam bangkit dari kealpaan dan kelekaannya,mengambil semula obor kepimpinan sejagat yang pernah dibawatamadun Islam zaman silam.
Biarpun keyakinan dan harapan tinggi ini ditujukan kepadagolongan pendidik dan pemerintah, namun hakikatnya semua
pihak termasuk pentadbir, pengamal dan pekhidmat undang-undang menggalas tanggungjawab besar untuk membebaskanumat Islam dari jurang kehancuran dan penindasan yangberterusan. Berpaksikan kepada keluruhan perlembagaan dankedaulatan undang-undang, pemikiran umat Islam perlu dirobah(taghyeer) supaya selaras dengan ajaran dan pegangan Islamsebagaimana yang terkandung di dalam al Quran dan ajaranRasulullah SAW dan termaktub di dalam PerlembagaanPersekutuan. Perubahan pemikiran yang perlu dirintis oleh umat
Islam dan pemimpin mereka adalah dengan melakukan pelbagaikoreksi atau pembetulan kepada berbagai salah tanggapan yangpada hakikatnya menjadi sumbangan terbesar kepada segalamacam cabaran dan permasalahan yang mencengkam umat Islam.Umat Islam berkewajipan untuk melakukan transformasi pemikirandalam menanggapi sistem perundangan Negara supaya rohsebenar Perlembagaan dapat dicapai dan direalisasikan secaraberkesan. Berbagai-bagai persepsi salah yang selama inimembelenggu pemikiran kita wajib diperbetulkan.
Antara salah tanggapan terhadap perkara-perkara asas dalamPerlembagaan yang wajib diperbetulkan oleh umat Islam diMalaysia dalam proses transformasi perundangan Islam ini adalah
Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.
5
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
6/24
Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar
sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan Islam is the religion of Federation...
Perkataan rasmi adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya
telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yangsalah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam
sebagai agama resmi. Hakikatnya ketiga-tiga perkataan -
demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam
Perlembagaan.
Banyak pihak yang berhujah bahawa ungkapan ini telah
digunapakai dan diterima oleh banyak pihak sejak Negara
mencapai kemerdekaan. Persoalannya di manakah keluhuranPerlembagaan dan kedaulatan undang-undang seandainya
seandainya penerimaan yang tidak betul ini dibiarkan berterusan?
Apa jadi kepada sumpah Agong di bawah perkara 37
Perlembagaan atas nama suci Allah? Hanya orang yang tidak
mengenali dan beriman dengan Allah sahaja yang tergamak untuk
menghilangkan ketinggian nilai sumpah Agong itu.
Pendekatan untuk menambah perkataan rasmi itu hanyalah suatu
strategi politik ketika negara baru mencapai kemerdekaan dan
berhadapan dengan darurat akibat dari ancaman komunis yang
tidak percayakan tuhan. Bagi mengelakkan masyarakat bukan
Islam dari terus menjauhkan diri dari menyertai pemerintahan
Negara yang baru ini, maka pendekatan sedemikian dilakukan oleh
ahli politik ketika itu. Namun begitu dalam suasana hari ini di mana
agama Negara ini benar-benar mahu dihakis dan prinsip-prinsip
demokrasi sekular sedang melanda dengan hebatnya dalam era
globalisasi ini adakah perlu pendekatan sedemikian diteruskan?
Berdasarkan fahaman yang tersasar ini pemikiran sekular terus
menular dalam pemerintahan Negara. Prinsip dan ajaran Islam
tidak mampu mengawal dan dan mengawasi aktiviti pemerintahan
Negara sama ada dalam penggubalan dasar atau undang-undang.
6
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
7/24
Prinsip ajaran Islam tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam
penggubalan dasar ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, serta lain-
lain dasar yang pernah digubal. Apabila sahaja disebut tentang
Islam, para pentadbir dengan petah dan secepat kilat menolaknya
dengan dalihan kita masyarakat majmuk, Islam tanggungjawab
Negeri. Lebih dahsyat dari itu ada yang mengeluarkan kata-katayang boleh menjerumuskan kepada kemurtadan kalau kita ingin
maju, agama perlu ditinggalkan! Sedangkan Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah tertinggi Negara Dalam kes Lina Joy v
Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan & 1 Lagi [2007] 4 MLJ 585
telah memberikan tafsiran yang lebih luas kepada Islam yang
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual
tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi
semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan,
politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.
Jelas bahawa Mahkamah tertinggi Negara telah mengubah tafsiran
Islam yang sempit yang diberikan oleh Tun Mohd Salleh Abas
dalam kes Che Omar kepada tafsiran yang luas . Akan tetapi
kenapa umat Islam masih mahu berpegang kepada tafsiran sempit
itu dan tidak mempedulikan tafsiran yang luas dalam kes Lina Joy.
Salah Tanggapan Ke 2 - Malaysia Negara Sekular
Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam
sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada
kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor
utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat
bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya
yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya
seorang hakim beragama Islam dari Pakistan.v Namun begitu tidak
ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang
pada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Sebuah
Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White
7
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
8/24
Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-
pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras
dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik,
pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam
proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu
juga telah mengambil pendekatan menerima memorandumPerikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama
Persekutuan tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara
inivi.
Namun begitu perlu diberikan perhatian bahawa hanya Hakim
Abdul Hamid dari Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa White Paper
yang bersetuju menerima memorandum Perikatan untuk
memasukkan Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak
menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama
mereka; dan ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini. Dari
tiga cadangan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama
Negara itu, hanya 2 perkara sahaja yang telah diterima dan
dipersetujui iaitu - Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia
tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis
agama mereka; namun limb ketiga yang berbunyi tidak
menafikan ciri-ciri sekular Negara ini telah ditolak dan tidak
dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan.
Dengan menggugurkan ayat ini perkataan sekular lenyap sama
sekali dari Perlembagaan Persekutuan. Justeru warga negara
Malaysia berkewajipan untuk menerima hakikat bahawa tiada
sepatah pun perkataan sekular yang wujud di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya kenapa Malaysia masih
dianggap sebagai negara sekular?
Adakah hanya kerana ayat kedua dalam perkara 3(1) yangberbunyi but other religion may be practiced in peace and
harmony in any part of Malaysiatelah menukar pegangan negara
dari Islam kepada sekular? Bukankah ajaran Islam itu sendiri
memberikan kebebasan manusia yang tidak beriman untuk
mengamalkan ajaran agama mereka tanpa dikenakan paksaan
untuk menerima Islam atau dihalau dari masyarakat Islam?
8
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
9/24
Ternyata limb kedua tersebut tidak sedikitpun mencacatkan
pegangan Islam Negara ini. Pegangan bahawa Malaysia adalah
Negara sekular boleh dianggap sebagai penghinaan kepada
undang-undang tertinggi negara.
Kecelaruan sebegini terus dicengkam pengaruh pemikiran modensekular Barat yang mendominasi pemikiran pewaris legasi penjajah
British yang kononnya berpaksikan semangat nasionalisme. Ia
ditambah pula dengan sikap simplistik umat Islam dan sebahagian
ulama dan pendokong gerakan Islam yang mengambil jalan
mudah ketika berhadapan dengan pendokong pemikiran sekular
bahawa pemerintahan Negara ini terikat dengan legasi British
termasuk pemikiran dan dasar pemerintahannya sekali. Lantas
mereka mengambil kesimpulan simplistik Malaysia Negara
sekular, Perlembagaan Sekular, wajib ditegakkan Negara Islam.
Kedua-dua pendekatan di atas - mengikat pemikiran dengan
pengaruh sekular barat dan pendekatan simplistik Perlembagaan
sekular - pada hakikatnya telah mengetepikan sumpah Ketua
Utama Negara YDPA atas nama Allah dengan lafaz Wallahi;
Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua
masa. Sumpah Baginda YDPA bukanlah sekadar satu upacara
kerana ia diperuntukkan secara nyata dalam Perkara 37Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpah
dengan lafaz sedemikian yang terkandung dalam Jadual keempat
Perlembagaan Persekutuan. Persoalan yang perlu diberikan
perhatian juga tentang sumpah Agong itu adalah tentang
kedudukan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; yang bukan suatu
lafaz yang hanya berbetuk upacara (ceremonial) sahaja sebaliknya
ia adalah satu sumpah yang mengikat.
Ada pihak yang cuba memberikan hujah mengelirukan dengan
mengemukakan kes Che Omar CheSoh yang sering digunakan
oleh pengamal dan pelajar undang-undang dan sesetengah orang
Islam kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia
adalah negara sekular. Cerita ini amat mengelirukan sama sekali
kerana Tun Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedang
berkuat kuasa adalah undang-undang sekular dan bukannya
9
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
10/24
negara ini negara sekular. Bahkan Tun Salleh memberikan
pendapatnya dalam kes berkaitan hukuman mati sama ada
bercanggah dengan Islam dan bukan isu sama ada negara ini Islam
atau Negara sekular.
Dalam isu ini Prof Dr. Abdul Aziz Bari berpendapat Apa pun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam
perlembagaan hari ini, suatu yang jelas ialah bahawa Malaysia bukan
sebuah negara sekular. Meskipun pihak perikatan mendakwa
sebaliknya, daripada segi konsepnya adalah ganjil untuk mengatakan
bahawa negara ini sekular sedangkan dalam masa yang sama ada
peruntukan mengenai agama dalam perlembagaan. Negara sekular
yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu
menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan
untuk tujuan-tujuan agama.
Salah tanggapan ke 3 Kedudukan Islam lebih rendah dari
Perlembagaan.
Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan- tidak menafikan
kedudukan Islam sebagai agama Negara, malah ia memartabatkanperkara 3(1) - Islam Agama Negara sebagai undang-undang
tertinggi. Kenapa kita perlu menjunjung sistem dan prinsip Barat
yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai
sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara? Sedangkan
peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu
adalah perkara yang pertama sekali disebutkan, dan diikrarkan
oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan hingga tidak
dianggap sebagai undang-undang tertinggi? Terserlah lah sikaphipocracy kelompok sekular dalam menanggapi kedudukan Islam
dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang
amat besar dalam sejarah Malaysia moden. Justeru salah
tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara
mesti dihormati dan dipatuhi. Sebarang dasar dan undang-undang
yang digubal mestilah tidak bercanggah dengan agama Negara
10
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
11/24
dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan
pemerintah.
Kewajipan untuk memastikan segala aspek pemerintahan Negara
perlu mematuhi prinsip agama Islam bukan sahaja berasaskan
kepada kedudukan Islam sebagai agama negara, malah iabertunjangkan kepada komitmen YDPA sebagai Ketua Utama
Negara sebagaimana yang dilafazkan dalam sumpah baginda.
Sumpah Agong yang perlu dilafazkan selaras dengan kehendak
perkara 37 Perlembagaan Persekutuan adalah sepertimana yang
dilakarkan dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.
Salah Tanggapan ke 4 - Hak Kesamarataan agama Equality of Religion
Walaupun Perlembagaan melarang diskriminasi atas dasar agama
semata-mata, namun terdapat pelbagai pengecualian dalam hal
kedudukan agama-agama. Mahkamah tertinggi Negara dalam
banyak kes telah memutuskan bahawa Islam sebagai agama bagi
persekutuan tidak sama dengan agama agama lain.
kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
adalah berlainan daripada kedudukan agama-agama
lain. Pertama, hanya Islam, sebagai satu agama, yang
disebut dengan namanya dalam Perlembagaan
Persekutuan, iaitu sebagai agama bagi Persekutuan
Perkara 3 Fasal (1).
Tun Ahmad Fairuz dalam kes Lina Joy
Agama-agama lain boleh diamalkan selagi ia tidak memecah
keamanan, namun jika amalannya sudah menampakkan tanda-
tanda tidak harmoni dan boleh memecah keamanan, maka amalan
berkaitan perlu dihalang. Hakikat ini perlu ditegaskan dan diterima
oleh pemerintah dan semua rakyat Malaysia bahawa - Negara
Malaysia beragama Islam, bukan sekadar agama resminya
Islam (sbgmana yang sering disalahtafsirkan) sebaliknya agama
11
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
12/24
Negara adalah Islam - "Islam is the religion of Federation" art-3.
Hanya Islam agama Negara, Malaysia bukanlah sebuah negara
syirik yang menganuti berbagai agama. Malaysia bukan negara
pluralisme yang mengiktiraf kebenaran agama-agama lain.
Sumpah YDPA atas nama Allah jelas menunjukkan fahaman
pluralisme tidak diterima dalam Perlembagaan. Agama-agama lainsekadar agama yang boleh diamalkan dan tiada kewajipan atas
kerajaan untuk memelihara atau mempertahankan agama-agama
lain.
Justeru, perkara 12(2) Walaupun Perlembagaan Persekutuan
membolehkan pertubuhan agama-agama menubuhkan institusi
mereka sendiri, namun Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan
hanya dibenarkan oleh perlembagaan untuk menubuhkan atau
membantu menubuhkan apa-apa institusi berkaitan agama Islam.
Suatu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya antara Agama
(Inter-faith Commission-IFC) pernah dicadangkan penubuhannya
sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-
undang termasuk ke atas agama Islam.
IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-
kes berkaitan hak individu dalam mengamalkan kebebasan
beragama. Mereka beranggapan kedudukan agama Islam adalah
sama dengan agama-agama lain di sisi perlembagaan negara
Salah Tanggapan ke 5 Legasi Penjajah yang bercanggah
dengan Islam dianggap sistem konventional manakala
sistem Islam sekadar alternatif.
Sistem perundangan masih bersandarkan undang-undang commonlaw Inggeris, sedangkan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan
yang mewajibkan undang-undang sekular itu diteruskan. Bahkan
undang-undang yang membolehkan ia terus bernafas di negara ini
selepas Merdeka sebenarbya terletak dalam bahagian Temporary
and Transition Sementara dan Peralihan. Civil Law Act 1956
hanya membenarkan rujukan kepada Undang-undang Inggeris
12
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
13/24
sekiranya keperluan setempat memerlukannya. Rujukan kepada
prinsip undang-undang Islam dalam sistem perundangan langsung
tidak dikembangkan. Hanya dalam aspek yang mendatangkan
keuntungan ekonomi, rujukan kepada Islam diberikan seperti
perbankan Islam.
Sistem pendidikan Islam hanya sekadar alternatif sedangkan ia
sewajarnya menjadi sistem pendidikan mainstream berdasarkan
kepada kedudukan Islam sebagai agama Negara.
Kolej Islam Malaya yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan
Hishamuddin Alam Shah dan Raja-raja Melayu serta umat Islam di
Tanah Melayu dan Brunei suatu ketika dahulu pernah muncul
sebagai Kolej Universiti wakaf yang pertama di Tanah Melayu pada
tahun 1955 dan berjaya melahirkan tokoh-tokoh Islam ternamaberterusan pengsan hingga kini setelah Fakulti Pengajian Islam
UKM ditubuhkan. Dalam hal ehwal pentadbiran pula hingga kini
sebahagian besar jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-
negeri masih tidak mahu diberikan kepada lulusan agama. Apakah
jawapan kita kepada gejala sosial berlaku secara meluas di
kalangan remaja Islam? Bukan kah ia berpunca dari sikap
pentadbir dan pembuat dasar di kalangan umat Islam sendiri yang
sentiasa memandang sinis kepada apa saja yang bersifatkeagamaan sedangkan kita juga turut menanggung sumpah Agong
atas nama suci allah untuk memelihara Islam.
Salah tanggapan Ke- 6 Memperjuangkan Islam dianggap
cenderung kepada pembangkang.
Pihak-pihak yang menyuarakan supaya negara ditadbir menurut
prinsip dan dasar Islam dilabelkan dengan pelbagai gelaran
negatif golongsan fanatik, pemecah perpaduan, extremist,
fundamentalis, terrorist, talibanese dan disisihkan dari arus
perdana. Suatu ketika dulu para pendakwah yang lantang
menuntut Islam dimartabatkan dinyahkan sama ada dalam
kurungan atau ditransfer jauh ke pendalaman dan tidak dinaikkan
pangkat. Mereka dilabelkan sebagai anti-establishment. Malah
13
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
14/24
terdapat agensi-agensi tertentu yang bersifat nasionalisme
dianggap patriotik mendominasi pentadbiran kerajaan
melemparkan pelbagai tohmahan kepada golongan pelajar yang
cenderung kepada agama, disisihkan dari program-program
tertentu. Ada juga sekolah-sekolah, bahkan sekolah-sekolah agama
turut serta mengekang para pelajar dari mendalami agama Islammenerusi kegiatan dakwah.
Sekarang apabila kita berhadapan dengan pelbagai tekanan dan
cabaran sekularisme hingga menghasilkan gejala sosial yang tidak
terkawal dan jurang perbezaan ekonomi yang amat lebar,
kelompok nasionalisme ini terus-menerus menyalahkan golongan
agama kerana kononnya tidak pro-aktif dalam menyebarkan ajaran
agama untuk menyekat gejalan sosial.
Sedangkan hakikatnya pihak-pihak yang berusaha untuk
mendaulatkan Islam adalah golongan mainstream yang menepati
kehendak Perlembagaan.
Salah tanggapan ke 7 Islam T anggung jawab Negeri
Oleh kerana hal ehwal pentadbiran agama Islam secara tradisinya
berada di bawah kuasa Sultan/Raja sebagai ketua agama, tuntutan
supaya ajaran Islam dipatuhi dalam sebarang
penggubalan/pelaksanaan dasar atau undang-undang di peringkat
persekutuan sering kali diketepikan atas alasan tanggungjawab
memelihara Islam adalah terletak di bawah urusan Negeri.
Sedangkan sebahagian besar urusan pemerintahan dan
pentadbiran Negara berada dalam senarai Persekutuan. Justeru
adalah menjadi tanggungjawab persekutuan untuk meastikan
penggubalan atau pelaksanaan dasar bagi perkara berkenaan
mematuhi agama Negara atau tidak menjejaskan agama Negara.
Prof Muhammad Imam ketika mengupas kewajipan mengenai Islam
di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berpendapatvii
This provision worded as it is, lends itself to a persuasive interpretation
that it casts upon the Federation a positive obligation to protect,
14
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
15/24
defend and promote the religion of Islam and to assist, enable and
facilitate Muslims, individually or collectively, to order their lives in
accordance with the Injunctions of Islam.
Said Maulana S. Abdul Ala Maududi:
A very large part of the Islamic system of law, however, needs for its
enforcement, in all its details, the coercive powers and authority of the
state. Political power is essential for protecting the Islamic system of life
from deterioration and perversion, for the eradication of vice and the
establishment of virtue and, finally, for the enforcement of all these laws
that require the sanction of the state and the Judiciary for their
operation.
Dalam banyak keadaan sesetengah pihak di Persekutuan ataupun
Negeri tidak begitu selesa untuk merangka atau melaksanakan
dasar atas semangat dan roh bagi bagi tujuan memelihara agamaNegara tetapi lebih memberikan penekanan kepada prinsip-prinsip
lain seperti toleransi perpaduan, kemajuan material,
kecemerlangan duniawi, pengiktirafan antarabangsa, hak asasi dan
sebagainya. Dalam memerangi rasuah sebagai contohnya,
penekangan lebih diberikan kepada undang-undang dan moraliti
tetapi aspek pematuhan kepada ajaran agama amat kurang
diberikan. Justeru berleluasalah politik wang, politik projek dan
sebagainya yang amat bercanggah dengan prinsip Islam. Dalamhal ini Prof.Ulung Negara menyimpulkan
Tetapi sekiranya set minda pembuat dasar masih bersifat
fragmented dan dualistik, dan keutamaan pertumbuhan
ekonomi tidak digabungkan dengan keutuhan etika, integriti
dan nilai-nilai kerohanian secara serius, masyarakat Melayu
Islam akan terus berenang dalam arus perdana yang tidak
semuanya menepati tuntutan agama Islam.
Hakikatnya semua pihak yang ada kaitan dengan pemerintahan
Negara adalah terikat dengan Sumpah YDPA bagi memelihara
Islam sebagai agama Negara ini, Perkara 37(1) Perlembagaan
Persekutuan menjadikan kewajipan kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk melafazkan sumpah untuk memelihara agama Islam pada
setiap masa. Lafaz sumpah yang dimulakan dengan Wallahi;
15
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
16/24
Wabillahi; Watallahi; itu pada hakikatnya adalah juga mengikat
semua pihak yang terlibat dengan urusan pemerintahan Negara ini
kerana Baginda adalah Ketua Utama Negara di bawah Perkara
32(1) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Perkara 39 pula kuasa eksekutif Persekutuan juga terletakhak pada YDPA. Oleh kerana Kabinet dan pekhidmat awam
menjalankan kuasa eksekutif bagi pihak YDPA, semua anggota
kabinet dan pekhidmat awam terikat dengan sumpah YDPA tanpa
mengira kedudukan agama mereka. Sebarang nasihat yang
diberikan kepada YDPA di bawah perkara 40 Perlembagaan juga
mestilah tidak boleh menjejaskan kedudukan agama Islam.
Salah Tanggapan ke 8 - Sejarah Islam Negara Bermula pada
1957
Kegemilangan sejarah Negara bukanlah hanya bermula selepas
kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 atau semasa
pembentukan Malaysia pada September 1963, malah kedaulatan
kerajaan-kerajaan Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-
abad lamanya. Jika disandarkan pada Batu Bersurat Terengganu,
kedaulatan Kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran Islam telahbertapak kukuh sejak kurun ke-13 lagi. Fakta ini diteguhkan lagi
melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun Negeri-Negeri
Melayu (Malay Digest) yang berlandaskan hukum Syarak. Fakta
sejarah juga membuktikan bahawa semasa Sistem Residen berkuat
kuasa di Negeri-negeri Melayu, Raja-raja Melayu tetap berdaulat
The Resident System did not change the status of the Malay States to be
part of British Colony. In 1878 The Colonial secretary has written a letter
to the Resident of Pahang
The Residents have been placed in the native states as advisers, not as
rulers, if they upon themselves to disregard this principle, they will most
assuredly be held responsible if trouble springs out of their neglect of
it.viii
16
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
17/24
Percubaan British untuk menjajah Tanah Melayu melalui gagasan
Malayan Union pada tahun 1946 telah gagal apabila dibantah keras
oleh orang Melayu ketika itu. Justeru, Negeri-Negeri Melayu terus
bernaung di bawah perlindungan dan nasihat Residen British yang
kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948. Perlu disebut bahawa pada waktu itu, Raja-Raja Melayu terusberdaulat, manakala Residen dan Residen Jeneral British hanya
berperanan sebagai penasihat.
Menurut Prof.Dr Abdul Aziz Bari, meskipun perlembagaan yang ada
sekarang mula beroperasi pada 31 Ogos, 1957, bukan bererti
bahawa segala bermula di situ. Sebagai contohnya, selepas
Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dalam tahun 1948, negeri
Melayu mula mempunyai perlembagaan sendiri. Apabila negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sebahagian besar
daripada peruntukan dalam perlembagaan tersebut dikekalkan.
Antara perubahan penting yang diperkenalkan ialah peruntukan
supaya raja Melayu menjadi raja berperlembagaan.
Terdapat beberapa ciri tempatan yang kesemuanya menekankan
bahawa Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang asing.
Kedudukan raja, hak keistemewaan orang Melayu, kedudukanIslam serta Bahasa Melayu adalah lanjutan sistem dan unsur-unsur
tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan British lagi.
Perkara ini boleh dianggap istimewa kerana peruntukan berkenaan
tidak boleh dipinda melalui suara majoriti dua pertiga dalam
Dewan Rakyat dan Negara.ix
Mengenai Islam pula, kedudukan Islam adalah penerusan daripada
peruntukan yang ada dalam perlembagaan negeri Melayu sebelum
tahun 1957. Walaupun perlembagaan bertulis boleh dikatakan
sebagai satu fenomena yang baru, penetapan Islam sebagai
agama negeri boleh dilihat sebagai usaha untuk mengakui dan
menjelaskan nilai dasar negeri Melayu. Sebelum kedatangan
British perkara ini mungkin tidak perlu kerana sebelum itu tidak
wujud masyarakat bukan Islam yang besar jumlahnya. Mungkin
boleh juga dihujah bahawa keadaan sebelum British juga tidak
17
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
18/24
menghendaki perlunya Islam dinyatakan secara rasmi dalam
undang-undang tubuh negeri Melayu.
Umat Islam berkewajipan untuk mempertahankan sejarah
Kedaulatan Islam yang cuba dihakis oleh pihak-pihak yangtidak bertanggungjawab. Ini bagi mengelakkan berulangnya
sejarah Kedaulatan Kesultanan Melayu Johor di Singapura yang
terhakis dari lakaran sejarah Singapura. Begitu juga cubaan
menghakis sejarah kedaulatan kesultanan Kedah di Pulau Pinang
melalui Program Pulau Pinang sebagai Warisan Sejarah Dunia dan
My Balik Pulau. Pengajaran perlu diambil dari Hukum Kanun Melayu
(Malay Digests) terus menerus dihakis daripada menjadi sumber
undang-undang setelah diketepikan dengan kedatangan Common
Law Inggeris.
Kini umat Islam sedang berhadapan dengan cubaan menghakis
Kedaulatan Islam dengan mengutamakan salah tafsiran dan salah
tanggapan mengatasi peruntukkan sebenar dalam Perlembagaan.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3(1))
memartabatkan Islam sebagai Agama Negara, Malaysia masih
dianggap sebagai Negara Sekular dengan Islam sebagai Agama
Rasmi.
Salah Tanggapan Ke 9 Berpolitik Secara Islam; Jangan
mempolitikkan Islam (political bargaining)
Kebelakangan ini, apabila tanggungjawab memelihara agama
Islam dilaksanakan tanpa sebarang pemantauan, wujud
kecenderungan sesetengah pihak untuk menggadai kepentingan
agama Islam demi meraih sokongan politik. Nama suci Allah
tergamak dibiarkan untuk digunakan secara sewenang-wenangnya
oleh agama lain atas nama hak asasi manusia. Sedangkan
hakikatnya ia sebahagian dari usaha untuk mengelirukan umat
Islam dengan merendahkan nama suci Allah yang termaktub
dalam al-Quran kepada hanya sebagai terjemahan kepada
perkataan god dalam bahasa Inggeris. Justeru, mana-mana pihak
18
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
19/24
berhak menggunakan nama Allah kepada makhluk-makhluk yang
mereka anggap sebagai tuhan mereka. Adakah wajar demi
kepentingan politik kita membiarkan orang-orang bukan Islam
mengallahkan apa saja yang mereka anggap tuhan. Tentulah
amalan sedemikian boleh mengakibatkan redha kepada syirik.
Memang kita amat gembira jika penganut agama lain mahumenganggap Allah sebagai tuhan yang maha tinggi, tetapi
perbuatan menyifatkan nama Allah hanya sekadar nama am yang
bermaksud tuhan amatlah merbahaya dan satu penghinaan
kepada ajaran Islam dan umat Islam yang beriman Allah adalah
nama khas yang suci bagi Tuhan pencipta sekalian alam lafzul
jalaalah bukan sekadar a mere word! ALLAH is the one and only
god, other gods are not ALLAH!
Begitu juga keadaannya apabila pertimbangan politik memainkan
pengaruh yang penting dalam isu Bible Bahasa Melayu, amatlah
tidak wajar isu agama dijadikan bahan political bargaining.
Berbagai perkataan bersumberkan ajaran Islam diselewengkan
maksudnya dalam bible Bahasa Melayu itu, namun oleh kerana
suara umat Islam sudah tidak lagi begitu penting, maka pelbagai
pihak cuba menangguk di air keruh dalam situasi politk semasa.
Kesimpulan dan Cadangan
Adalah dijangkakan sekiranya semua salah tanggapan ini tidak
diperbetulkan secara menyeluruh dan berkesan, agama Islam akan
menjadi amalan ritual yang berpusat di masjid-masjid dan tanah
perkuburan sahaja. Pada hari ini fahaman sebegini sudah menular
dengan luas di kalangan umat Islam sendiri. Malah tanggapan
negative terhadap institusi agama semakin meluas di kalangangenerasi muda negara.
Kalau ditafsir secara betul, perlembagaan memberi laluan untuk
negara ini menjadi Islam secara total. Sebaliknya jika ditafsir
secara liberal, liberal lah jadinya negara ini. Sepatutnya semua
dasar, polisi dan undang negara ini perlu digubal atas roh dan
19
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
20/24
semangat artikel 3 - iaitu selaras dengan pegangan agama negara
Islam
Bersandarkan kepada kewajipan Pemerintah untuk memelihara
Islam sebagai Agama Negara, kewujudan badan pemantau khusus
untuk memastikan semua pihak termasuk pemerintah dan agensi-agensi kerajaan mematuhi prinsip Islam adalah satu keperluan
mendesak. Prinsip kedaulatan undang-undang yang diamalkan
dalam negara ini sejak merdeka masih berteraskan prinsip
Common Law yang terus mengenepikan prinsip agama sekalipun
Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan meletakkan undang-
undang Inggeris yang diwarisi sebelum Merdeka boleh dipinda dan
diselaraskan dengan keperluan semasa. Sex bebas masih
dianggap sebagai hak kebebasan asasi sedangkan ia bercanggah
dengan akhlak dan moral. Arak masih dijadikan sumber hasil
negara dan menjadi hidangan berprestij sedangkan ia menimbilkan
pelbagai masalah kepada negara.
Kedaulatan Agama Islam diwarisi oleh Kesultanan Melayu sejak
kedatangan Islam ke alam Melayu. Negara Malaysia terbentuk hasil
dari permuafakan Raja-Raja Melayu yang mewarisi kedaulatan
kesultanan Islam dan bukan atas ihsan penjajah Inggeris. Undang-
undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri Melayu berpaksikankepada ajaran Islam (syariah). Mahkamah Rayuan di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu juga pernah memutuskan bahawa Syariah
adalah lex loci (law of the land) bagi negara ini. Hakikatnya apabila
Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara ini wajib
mendaulatkan Agama Islam dan bukan mengamalkan prinsip
pluralisme agama. Agama-agama lain bebas untuk diamalkan
sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Namun
pemerintah tiada berkewajipan untuk memelihara atau memajukanagama-agama lain.
Jika prinsip Hak Asasi Manusia yang tidak dimartabatkan secara
nyata dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi sehingga
Kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah suruhanjaya, kenapa
prinsip Agama Negara (Islam) tiada mekanisme pengawasan
khusus bagi memastikan prinsip Islam dihormati dan kedaulatan
20
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
21/24
agama Islam terus dijunjung. Adakah hari ini pemerintah dan
rakyat lebih gerun dan akur kepada prinsip HAM yang pada
hakikatnya tiada sepatah perkataan pun yang disebutkan dalam
perlembagaan? Malah prinsip kemanusiaan berlandaskan ajaran
Islam yang dipraktiskan oleh Raja-Raja Melayu dan umat Islam di
Tanah Melayu jauh lebih berkesan dan memberikan manfaatkepada semua manusia tanpa mengira Agama.
Prinsip HAM akhir-akhir ini telah melampaui batas agama Negara.
Hak kebebasan secara melampau telah dipromosikan hingga
menjejaskan hak umat Islam untuk mengamal dan mematuhi
ajaran Islam. Tuntutan untuk membolehkan umat Islam murtad,
hak kepada LGBT, hak persamaan Gender secara melampau, hak
kebebasan dari kawalan ajaran agama, hak kesamarataan agama,
dan berbagai tuntutan lagi dikemukakan dalam suasana politik
Negara yang dirasakan dapat memberi peluang keemasan untuk
menggasak Islam.
Pelbagai tindakan dan kenyataan yang bersifat menghina agama
Negara tidak dapat dikuatkuasakan oleh pihak berkuaasa agama
Negeri kerana undang-undang mengenai agama Islam yang
berkuatkuasa di Negeri-negeri hanya boleh dikuatkuasakan ke atas
orang Islam sahaja. Malah kebanyakan warga negara bukan Islammerasakan mereka tidak perlu mematuhi apa-apa undang-undang
berkaitan agama Islam. Justeru pelbagai perbuatan dan kenyataan
yang bersifat menghina agama Negara tidak dapat diambil
tindakan.
Negara perlu mempunyai sebuah Majlis Negara atau Suruhanjaya
di bawah naugan MRR dan YDPA bagi memastikan ikrar dan
sumpah YDPA atas nama Allah untuk memelihara agama Negara
Islam benar-benar dilaksanakan. Islam tidak sewajarnya dijadikan
bahan pertimbangan politik (political bargain). Pendakwaan
seharusnya boleh dilakukan bagi mengenakan tuduhan kepada
mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. Dalam isu
penyalahgunaan nama suci Allah, lafaz Allah telah diisytiharkan
sekadar terjemahan kepada God dalam bahasa Melayu dan pihak
yang menuntut berhak untuk menggunakannya. Sedangkan
21
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
22/24
terjemahan sebenar dalam bahasa melayu adalah tuhan. Dalam
kes ini, perhatian kepada kewajipan untuk memelihara agama
Islam sebagai mana yang disumpah oleh YDPA langsung tidak
diberikan perhatian. Sebaiknya prinsip HAM yang dijunjung tinggi.
Majlis atau Suruhanjaya ini bertanggungjawab terus kepada MajlisRaja-Raja melalui Yang Di Pertuan Agong dan bebas dari pengaruh
politik. Justeru, ia berhak memberikan teguran dan nasihat
berasaskan prinsip Islam kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri dan agensi-agensi nya sama ada secara terus atau melalui
laporan tahunan kepada MRR. Ia juga bertanggungjawab
mendengar aduan dari mana-mana pihak mengenai apa-
apaperkara yang menyentuh prinsip agama Islam secara langsung
atau tidak langsung.
Antara objektif yang dapat dikenal pasti bagi penubuhan majlis
sebegini adalah seperti yang berikut
o menjadikan kewajipan kepada semua pihak sama adakerajaan atau rakyat jelata tanpa mengira agama danbangsa untuk menghormati kedaulatan Islam sebagaiagama Persekutuan
o meletakkan kewajipan kepada Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri-negeri untuk mengambil kira kedudukanIslam sebagai agama Persekutuan dan Agama Negeri-negeri dalam merangka dasar dan polisi Kerajaan bagimengelakkan sebarang bentuk percanggahan danpenghinaan kepada agama Islam.
o Memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara
dan sistem hidup yang sempurna yang perludilaksanakan dalam semua urusan kehidupan dan bukansekadar agama rasmi atau agama ritual sahaja.
o Memelihara keluhuran dan kesucian agama Islamselama-lamanya dari sebarang bentuk penyelewengan,
22
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
23/24
fahaman moden yang tersasar atau ajaran sesat yangboleh mengelirukan umat Islam.
o Mengembalikan keutuhan Islam sebagai agama baginegeri-negeri Melayu yang tidak pernah dijajah atau
dicemari oleh nasihat-nasihat penjajah dan prinsip-prinsip moden Barat
o Menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan kewajipankerajaan persekutuan untuk memartabatkan kedaulatanIslam dari berbagai-bagai aspek termasuk ekonomi,politik, perundangan, pendidikan budaya dan lain-lainlagi.
Semoga Allah merahmati usaha kecil umat Islam untuk
mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.
23
-
8/6/2019 Salah Tanggapan Kedudukan Islam Di Malaysia
24/24
i PROF. M. KAMAL HASSAN, PENGKAEDAHAN PENDIDIKAN MELAYU ISLAM
iiR. Elisabeth, Understanding Human Rights: An Exercise Book, (SAGE Publications, Inc,
Southern Illinois University, Carbondale, Illinois, 2006
iii (S.A. Farrar, Revelation, Philosophy and International Human Rights: Reconciling The
Irreconcilable? 13 IIUMLJ Vol.13, No.2 2005 at p.262-263)
iv Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa
tarikh, halaman 60:
v Menurut Suruhanjaya Reid (Report of the Federation of Malaya Constitutional Comission, London,
Her Majestys Statitonery Office, 1957 No. 330 or the Reid Commission Report) mengenai agama
Islam:
The observation of this principle shall not impose any liability on non-Muslim natives professing
and practising their religions and shall not imply that the State is not a secular State
Begitu juga dengan kenyataan daripada Hakim Abdul Hamid, salah seorang ahli Suruhanjaya Reid
mengenai Islam as a State Religion, di mana kata beliau, pada perenggan 11:
It has been recommended by the Alliance that the Commission should contain a provision
declaring Islam to be the religion of the State. It was also recommended that it should be made
clear in that provision that a declaration to the above effect will not prevent the State from
being a secular State
vi saranan Kertas Putih (White Paper) iaitu:
There has been included in the Federal Constitution a declaration that Islam is the religion of the
Federation. This will not in no way affect the present position of the Federation as a secular
state
vii
FREEDOM OF RELIGION UNDER FEDERAL CONSTITUTION OF MALAYSIA - A REAPPRAISAL,Mohammed Imam ; [1994] 2 CLJ lvii (June)
viii Colonial Secretary to Residents, May 17, 1878; E.Sadka, The Malay States 1874-1895, p.102.ixPERLEMBAGAAN SEBAGAI SEBUAH PERNYATAAN SEJARAH DAN TRADISI NEGARA, Dr.
ABDUL AZIZ BARI
Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia