sajak kecek

3
SAJAK KECEK – V karya Awang Abdullah SAJAK MAKSUD 1 seseorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah Seseorang yang berjawatan pengarah telah membuka akaun di sebuah bank yang terkenal secara diam-diam dia telah mengambil harta orang lain yang bersusah payah menyimpannya untuk dimasukkan ke dalam akaunnya dan perbuatan ini telah lama dilakukannya. 2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak- anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi Di sebuah kampung seorang petani yang hidup dalam keadaan miskin dan naif tetap menyara kehidupan 12 orang anak walaupun dikelilingi keperitan hidup tetapi dia tidak pernah mengambil hak orang lain untuk membantu hidupnya yang sengsara kerana prinsip ini sudah lama sebati dalam hidupnya 3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut terganga dan mengurung sederet anak- anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya Di pantai seorang nelayan menyara hidupnya yang penuh sengsara di tengah lautan yang ganas dan meletakkan harapan anak-anaknya yang ramai atas rezeki yang diperoleh tetapi dia tidak pernah mengambil kekayaan orang lain untuk mengubati kegelisahannya prinsip ini telah lama dipupuk dalam hidupnya 4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka Tuhan tidak pernah mungkir janji mencatatkan setiap kesalahan walaupun kesalahan yang paling kecil untuk 1

Upload: mohd-nasir-sopin

Post on 10-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Komsas Tg5

TRANSCRIPT

SAJAK KECEK V karya Awang Abdullah

SAJAKMAKSUD

1seseorang pengarahmembuka akaun semasanyadi sebuah bank ternamatetapi dalam diamdia mencantum kemiskinanorang lainke dalam amanahnyayang telah lama pecahSeseorang yang berjawatan pengarah telah membuka akaun di sebuah bank yang terkenal secara diam-diam dia telah mengambil harta orang lain yang bersusah payah menyimpannya untuk dimasukkan ke dalam akaunnya dan perbuatan ini telah lama dilakukannya.

2di kampungseorang petanimembuka akaun kemiskinannyadi ruang kedaifandan mengunci sedozen anak-anaknyadi dalam pagar sengsaratetapi dia tidak pernah mencantumkekayaan orang lainke dalam getirnyayang sudah lamaberumbiDi sebuah kampung seorang petani yang hidup dalam keadaan miskindan naif tetap menyara kehidupan 12 orang anak walaupun dikelilingi keperitan hidup tetapi dia tidak pernah mengambil hak orang lain untuk membantu hidupnya yang sengsara kerana prinsip ini sudah lama sebati dalam hidupnya

3di pantaiseorang nelayanmembuka akaun sengsaranyadi rahang laut tergangadan mengurung sederet anak-anaknyadi bawah pusaran nasibtapi dia tidak pernah mengumpulkesenangan orang lainke dalam kegusarannyayang telah sekian musimberlumutdi papan hidupnyaDi pantai seorang nelayan menyara hidupnya yang penuh sengsaradi tengah lautan yang ganas dan meletakkan harapan anak-anaknya yang ramai atas rezeki yang diperoleh tetapi dia tidak pernah mengambil kekayaan orang lain untuk mengubati kegelisahannyaprinsip ini telah lama dipupuk dalam hidupnya

4Tuhan tidak pernah mungkirmencatatkan setiap angkadan nilai hitungan paling kecilke dalam akaun-Nyadi rumah keadilan

Tuhan tidak pernah mungkir janji mencatatkan setiap kesalahanwalaupun kesalahan yang paling kecil untuk dibuat perhitungandi muka pengadilan

Latihan: Apakah 3 usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin tegas di luar Bandar?

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SAJAK KECEK - V

ItemPernyataanHuraian

Tema

Sikap manusiaMenyindir sikap manusia berada yang tidak jujur dalam mengumpul harta untuk diri dan keluarganya berbanding sikap golongan miskin seperti petani dan nelayan yang tidak pernah menyusahkan orang lain walaupun hidup mereka susah

Persoalan1. Kepentingan bersikap amanahAmanah penting dalam mencari rezeki kerana wang yang diperoleh akan digunakan untuk menyara keluarga

2. Sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggiGolongan berjawatan tinggi sering kali melakukan pecah amanah kerana ingin hidup mewah

3. Tanggungjawab menyara keluarga walaupun menghadapi keperita hidupGolongan miskin seperti nelayan dan petani tidak memikirkan kekayaan asalkan dapat menyara kehidupan keluarga dengan titik peluh sendiri dengan wang yang halal

4. Setiap perbuatan manusia akan dihitung dan diberi pembalasanPerbuatan yang baik pasti mendapat balasan yang baik sementara perbuatan yang jahat pasti akan menerima pembalasan yang setimpal

5. Golongan miskin terus dibelengu kemiskinan dan hidup susahGolongan yang miskin terpaksa mengharungi kehidupan yang susah dan perit dalam menyara diri dan keluarga seolah-olah tiada pembelaan daripada pihak tertentu

Nilai1. AmanahApabila menjalankan tugas, lakukanlah dengan amanah dan penuh tanggungjawab

2. BertanggungjawabBertanggungjawab mencari rezeki yang halal walaupun bergantung pada nasib

3. KegigihanGigih berusaha walaupun mengalami kesusahan

4. SimpatiBersimpati terhadap nasib golongan yang kurang berada

5. RasionalBerfikir semasak-masak tentang akibat yang akan diterima sebelum membuat keputusan

Pengajaran1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugasWalaupun berjawatan tinggi, sikap amanah penting semasa menjalankan tugas kerana ia akan memberi kesan kepada diri

2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab menceri rezeki yang halalWalaupun hidup dalam kesusahan seorang bapa perlu mencari rezeki yang halal supaya menimbulkan keberkatan dalam hidup

3. Jangan kita mencari kekayaan dengan cara merampas hak orang lainWalaupun ingin hidup mewah, seseorang tidak boleh mengambil hak orang lain kerana perbuatan tersebut akan menyusahkan orang ramai

Gaya bahasa1. Diksi mudah difahamiContoh : seorang nelayan

2. MetaforaContoh : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib, papan hidup, rumah keadilan

3. PerlambanganContoh : akaun, musim berlumut

4. AliterasiContoh : dan mengunci sedozen anak-anaknya

5. AsonansiContoh : di dalam pagar sengsara

6. Perulangan perkataan diContoh : di sebuah, di pantai

2. Sekiranya anda anak petani atau nelayan yang miskin tersebut, apakah 3 tindakan anda untuk membantu mengubah nasib keluarga?

2