saitama - universiti teknologi malaysia...saitama-shi, thailand, 7 september 2017 — seorang...
TRANSCRIPT
-
Saitama-shi, Thailand, 7 September 2017 — Seorang pelajar da-
ripada Universiti Teknologi Malaysia iaitu saudari, Nur Syahirah
binti Mohd Salehuddin telah mengikuti sebuah program latihan
penyelidikan di Shibaura Institute of Technology Jepun. Latihan
penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri pela-
jar sebelum melangkah ke dunia kerjaya mereka kelak. Selain itu,
latihan penyelidikan ini juga membuka ruang bagi pelajar mengem-
bangkan potensi diri mereka dengan mengaplikasikan ilmu yang
telah dipelajari di universiti.
Latihan penyelidikan yang dijalankan selama 3 bulan ini iai-
tu daripada 14 Jun 2017 sehingga 6 September 2017 dimulakan
dengan satu proses pendaftaran dan juga orientasi. Selepas itu,
pelajar di bawa melawati makmal penyelidikan dan diberikan tugas
yang perlu diselesaikan sepanjang 3 bulan berada di makmal terse-
but.
Perkara utama yang dilakukan sepanjang program tersebut
ialah tentang ’Representation and Character Theory’ di mana pela-
jar di minta untuk membaca dan memahami sebuah Graduate Text
Book yang dikarang oleh Jean Pierre Sierre. Pelajar didedahkan
dengan skill membaca dan juga dikhendaki untuk melakukan pem-
buktian terhadap sesuatu teori yang telah diperkenalkan. Selain
daripada itu, sebuah bengkel dan juga seminar telah diadakan se-
tiap minggu bagi mengetahui gerak kerja penyelidikan tersebut
bersama dengan rakan-rakan di dalam makmal yang sama.
Sebagai kesimpulan, program ini sangat bermanfaat dan
memberikan impak yang tinggi dalam bidang pendidikan global dan
juga kepada diri pelajar itu sendiri. Para pelajar bukan sahaja dapat
mengetahui tentang budaya kehidupan dan kerja masyarakat lain
malah dapat belajar banyak perkara seperti nilai berkorban, kema-
hiran berkomunikasi, kepimpinan dan lain-lain. Semoga program
yang bermanfaat seperti ini dapat membawa naik nama UTM I per-
ingkat antarabangsa dan dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang.