sains tingakatan 3
DESCRIPTION
peredaran darah dan sistem penganngkutanTRANSCRIPT
Obejektif Pembelajaran Memahami sistem pengangkutan dalam manusia. Menganalisa darah manusia. Menganalisa sistem pengangkutan tumbuhan
Obejektif Pembelajaran Menjelaskan sistem peredaran adalah sistem yang terdidi dari tiub untuk pengaliran darah searah dengan pam dan injap. Menyatakan fungsi jantung. Kenalpasti struktur jantung. Banding dan beza struktur ateri, vena dan kapilari. Nyatakan kaitan antara ciri-ciri salur darah dan fungsinya. Banding dan beza darah beroksigen dan darah terdeoksigen. Ilustrasi laluan aliran darah dalam sistem peredaran darah. Jelaskan fungsi sistem peredaran darah untuk pengakutan bahan. Jelaskan kepentingan mengekalkan jantung yang sihat
Sistem peredaran darah Sel perlukan oksigen untuk
respirasi. Bahan buangan seperti karbon dioksida perlu dikeluarkan dari badan. Sistem pereadarn darah terdiri dari jantung, darah dan salur darah yang membawa bahanbahan dari dan keluar daripada sel-sel badan. Terdapat 3 jenis salur darah ateri, vena dan kapilari..
Sistem peredaran darah
Sistem peredaran darah Arteri membawa darah keluar dari
jantung ke sel-sel dalam badan. Vena membawa darah dari sel-sel dalam
badan kembali ke jantung Vena mempunyai injap untuk memastikan
darah hanya mengalir dalam satu arah sahaja.
Kapilari Salur darah yang paling halus
yang menghubungkan arteri dan vena. Darah yang kembali kejantung akan dipam ke peparu dan seterusnya sel-sel dalam badan semula
Sistem peredaran darah
Fungsi dan struktur jantung Setiap hari jantung mengepam lebih
kurang 7500 liter darah di seluruh badan. Jantung menngepam darah ke peparu dan keseluruh bahagian badan Jantung ialah organ berotot yang dibahagikan kepada empat ruang/bilik. Dua bilik diatas adalah aterium kanan dan atrium kiri. Dua bilik dibawah adalah ventrikel kanan dan ventrikel kiri. Bilik diatas dan di bawah dipisahkan dengan injap Bahagian kiri dan kanan jantung dibahagikan oleh dinding berotot.
Rajah 2.3
Struktur Jantung
Jantung
Fungsi dan struktur jantungBahagian atas / Atrium Menerima darah masuk ke jantung. Atrium kanan menerima darah dari seluruh bahagian badan. Arterium kiri menerima darah dari peparu. Bahagian bawah / ventrikel. Mengepam darah keluar dari jantung. Ventrikel kanan mengepam darah ke peparu Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian badan kecuali jantung. Ventrikel kiri mempunyai didnding yang tebal kerana mengepam darah ke seluruh bahagian badan
Rajah 2.3
Salur darah
Salur darahArteri Arteri membawa darah keluar dari jantung ke sel-sel dalam badan. Mempunyai dinding yang tebal, berotot dan kenyal. Mengangkut darah dari jantung dengan tekanan yang tinggi. Mempunyai lumen yang kecil. Tidak mempunyai injap
Rajah 2.4,
Salur darahVena. Membawa darah dari sel-sel dalam badan kembali ke jantung Mempunyai dinding yang nipis berbanding arteri. Mengangkut darah pada tekanan yang rendah Mempunyai lumen yang besar Vena mempunyai injap untuk memastikan darah hanya mengalir dalam satu arah sahaja.
Rajah 2.5
Salur darahKapilari Salur darah yang paling halus. Dinding kapilari darah sangat nipis hanya setebal 1 sel sahaja. Dinding yang nipis membolehkan pertukaran oksigen, karbon dioksida, nutrien bahan buangan diantara darah dan sel-sel dalam badan berlaku. Kapilari tidak mempunyai injap
Rajah 2.6
Darah Manusia
Darah Beroksigen dan darah TerdeoksigenDarah Beroksigen / oxygenated blood Darah yang mengalir dalam arteri mempunyai kepakatan oksigen yang tinggi dan kepekatan karbon dioksida yang rendah, Darah beroksigen mempunyai warna merah terang. Warna merah terang ini disebabkan oleh terdapatnya oksiheamoglobin yang terbentuk apabila oksigen bergabung dengan haemoglobin dalam sel-sel darah.
Darah Beroksigen dan darah TerdeoksigenDarah terdeoksigen / deoxygenated blood Darah yang mengalir kembali kejantung melalui vena mempunyai kepakatan oksigen yang rendah dan kepekatan karbon dioksida yang tinggi Mempunyai warna merah gelap. Darah terdeoksigen terbentuk apabila oksihaemoglobin terurai kepada oksigen dan haemoglobin di dalam sel-sel badan Oksigen digunakan untuk respirasi dan membebaskan karbon dioksida
Laluan Pengaliran Darah Dalam Sistem Peredaran Darah
Darah yang mengalir dalam badan adalah pengaliran yang berterusan (tiada permulaan dan tiada pengakhiran). Darah terderoksigen dari seluruh bahagian badan masuk ke atrium kanan jantung melalui dua vena yang besar iaitu Vena Kava. Dari atrium kanan darah terdeoksigen ditolak memasuki ventrikel kanan. Di ventrikel kanan darah terdeoksigen dipam ke peparu melalui injap dan arteri pulmonary. Darah terdeoksigen menjadi darah beroksigen apabila menerima oksigen di peparu
Rajah 2.8/ laluan
berwarna biru
Laluan Pengaliran Darah Dalam Sistem Peredaran Darah
Darah beroksigen keluar dari peparu ke jantung melalui vena pulmonari. Darah dari peparu memasuki atrium kiri jantung dan mengalir ke ventrikel kiri melalui injap. Dari ventrikel kiri darah di pam ke aorta juga melalui injap. Dari aorta darah di bawa keseluruh bahagian badan kecuali peparu. Darah memasuki kapilari dan seterusnya dari kapilari darah memasuki vena semula dimana oksigen dibebaskan (oksihaemoglobin terurai kepada oksigen dan haemoglobin) sebelum darah memasuki vena semula
Rajah 2.8/ laluan
berwarna merah
Laluan Pengaliran Darah Dalam Sistem Peredaran DarahPengaliran darah dibahagikan kepada 2 laluan Laluan Pulmonari Laluan pulmonari adalah peredaran darah diantara jantung dan peparu.(Jantung peparu jantung) Laluan Sistemik Laluan sistemik ialah laluan darah diantara jatung ke bahagian-bahagian lain badan. (jantungbahagian-bahagian lain badan jantung) Oleh yang demikian dalam sistem peredaran darah darah akan melalui jantung sebanyak dua kali bagi setiap pusingan lengakap sistem peredaran darah. Sistem ini dinamakan Sistem Peredaran Darah Berganda
Rajah 2.8/
Peranan Sistem Peredaran Darah dalam pengakutan bahan-bahan.
Fungsi utama sistem peredaran darah ialah untuk mengangkut bahan-bahan dalam badan kita. Darah mengangkut nutrien-nutrien dan oksigen ke sel-sel badan Oksigen dan glukosa (nutrien) digunakan dalam proses respirasi untuk hasilkan tenaga Nutrien-nutrien lain seperti asid amino (protein) asid lemak (lemak), vitamin, menerals digunakan untuk keperluan-keperluan badan yang lain Darah membawa karbon dioksida dan bahan-bahan buangan keluar dari sel-sel badan untuk dikumuhkan Karbon dioksida dan air terhasil semasa proses respirasi, bahan bernintrogen dan mineral berlebihan perlu dikeluarkan untuk mengelakkan ketoksikan pada badan
Kepentingan Mengekalkan Jantung yang sihatJika jantung tidak berfungsi dengan cekap, sistem pengangkutan akan gagal berfungsi. Kegagalan jantung adalah masalah kesihatan utama masa kini. Penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Kita boleh menghindari penyakit jantung Melaui : Elakkan merokok Memgamalkan diet yang sihat dan seimbang (kurangkan kandungan lemak dan kolesterol), Kurangkan pengambilan garam. Bersenam secara tetap (30 minit 2 kali seminggu)
Obejektif Pembelajaran Menyatakan kandungan darah dan fungsinya.
Menyatakan jenis-jenis kumpulan darah. Memadankan kumpulan darah penderma dan penerima. Menjustifikasi kepentingan pendermaan darah.
Menjelaskan bagaimana darah yang didermakan
dikendalikan dan disimpan.
Darah Manusia
Badan kita mengandungi antara 4 hingga 5 liter darah. Darah terdiri dari sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Kesemua bahan-bahan ini terampai di dalam cecair yang dinamakan plasma.
Rajah 2.9
Darah ManusiaFungsi unsur-unsur yang terdapat dalam darah.Plasma Berwarna kuning Kandungan utama adalah air Terdapat bahan-bahan larut seperti urea, hormon, gula, vitamin, minerals protein dan antibodi . Berfungsi untuk mengangkut bahan-bahan yang diperlukan oleh sel dan mengeluarkan bahan-bahan buangan dari sel.
Sel darah merah Berwarna merah kerana mengandungi haemoglobin Dihasilkan di sum-sum tulang Berbentuk cakera dwi cekung. Tidak mempunyai nukleus Mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan.
Darah ManusiaFungsi unsur-unsur yang terdapat dalam darah.Sel darah putih Tidak mempunyai bentuk yang tetap. Tidak mempunyai nukleus Dihasilkan di sum-sum tulang. Saiz yang lebih besar dari sel darah merah Berfungsi membantu badan melawan jangkitan penyakit dan membina ketahanan badan terhadap jangkitan. Platelet Mempunyai saiz yang kecil dari sel Dihasilkan di sum-sum tulang Membantu pembekuan darah dengan menukarkan fibrinogen ke fibrin
Kumpulan darah dan pemindahan darah Pemindahan darah
Memindahkan darah dari pemderma kepada penerima.
Kumpulan darah Kumpulan darah manusia di bahgikan keada 4 kumpulan iaitu A, B, AB dan O. Kumpulan darah penerima dana penderma hendaklah
sesuai sebelum pemindahan darah dilakukan Sekiranya kumpulan darah penderma dan penerima tidak
sesuai maka akan berlaku agglutination (pengumpalan darah) yang merbahaya kepada penerima.
Kesesuaian kumpulan darah.Kumpulan DarahAB A B O
Boleh Derma KepadaAB A dan AB B dan AB AB, A, B dan O
Boleh terima dariAB, A, B dan O A dan O B dan O O sahaja
Individu dengan kumpulan darah O boleh mendermakan darahnya kepada mana-mana penerima (semua kumpulan darah) PENDERMA UNIVERSAL Individu dengan kumplan darah AB boleh menerima mana-mana darah dari semua kumpulan darah PENERIMA UNIVERSAL
Kepentingan pendermaan darah Darah diperlukan untuk pembedahan, menyelamatkan
nyawa mangsa kemalangan danmerawat penyakit heamofilia dan leukimia. Pendermaan darah boleh dilakukan oleh semua individu yang memenuhi syarat di mana-mana hospital atau pusat pendermaan darah. Penderma mestilah Berumur 17 tahun keatas. Berat badan minima 45 kg.
Pendermaan darah penting kerana darah tiada penganti
dan tidak boleh dihasilkan secara sentetik.
Pengurusan darah yang didermakan. Darah akan diuji kumpulan darah, ujian penyakit seperti
penyakit hepatitis B, hepatitis C, HIV (Virus kurang daya tahan terhadap penyakit) dan sifilis. Ujian adalah untuk memastikan darah bebas dari penyakit dan tidak tercemar. Darah yang tidak tercemar akan disimpan dalam tabung darah untuk berikan kepada penerima. Darah yang tercemar akan diasingkan untuk mendapatkan komponen-komponen darah. Sebelum pemindahan darah ujian kesesuaian darah dan pesakit akan dibuat.
Obejektif Pembelajaran Menjelaskan mengapa tumbuhan layu. Menjelaskan apakah transpirasi. Menyatakan fungsi stomata. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar
transpirasi. Menyatakan fungsi transpirasi . Menyiasat laluan air pada keratan batang pokok yangdiwarnakan. Mengenalpasti kedudukan xilem dan floem. Menjelaskan fungsi xilem dan floem.
Pengangkutan dalam tumbuhan. 95 % dari jisim segar tumbuhan adalah
air. Air merupakan medium pengangkutan bahan-bahan dalam tumbuhan. Air juga perlu untuk kekalkan kesegahan sel tumbuhan.
Kelayuan.
Pagi
Tengahari
Air mengenakan tekan pada dinding sel tumbuhan
menyebabkan tumbuhan menjadi segah untuk menyokong tumbuhan. Kehingan air pada tumbuhan pada hari panas menyebabkan sel tumbuhan hilang kesegahan dan menjadikan tumbuhan lembut dan layu.
Transpirasi dan Fungsi Stomata Air tersejat dari daun tumbuhan
melalui liang-liang kecil pada daun (Stomata). Proses sejatan air melalui stomata ini dinamakan TRANSPIRASI. Stomata mengawal kehilangan air dalam tumbuhan. Stomata terdapat pada epidermis daun. Stomata terdiri dari 2 sel pengawal berbentuk seperti ginjal yang membentuk liang stoma.
Rajah 2.10
Sel Pengawal
Liang stoma
Sel Epidermis
Transpirasi dan Fungsi Stomata Liang stoma biasanya akan
terbuka semasa siang hari bagi membolehkan petukaran gas karbon diaoksida dan oksigen untuk proses fotosintesis. Bukaan stoma ini juga menyebabkan tumbuhan kehilangan air melalui transpirasi. Pada hari yang panas liang stomata akan tertutup untuk mengurangkan kehilangan air melalui transpirasi.
Rajah 2.11 dan rajah
2.12.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi. Kadar transpirasi dipengaruhi oleh : Cahaya: Semakin tinggi keamatan cahaya kedar transpirasi akan meningkat. Cahaya marangsang pembukaan liang stoma. Suhu : Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar transpirasi kerana peningkatan suhu akan meningkatkan pergerakan moleul-molekul air yang meningkatkan kadar sejatan air Kelembapan : Semakin tinggi kelembapan udara semakin rendah kadar transpirasi kerana pada kelembapan udara tinggi perbezaan kandungan air di udara pada daun adalah tidak ketara. Keadaan ini mengurangkan kadar sejatan air.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi. Angin : Semakin tinggi kadar ergerakan udara semakin
tinggi kadar transpirasi kerana pergerakan udara membawa wap air dari stomata. Ketinggian : Di attitud tinggi, tekanan atmosfera rendah ini menyebabkan peningkatan kadar transpirasi. Kehadiran air : jika bekalan air berkurangan tumbuhan akan layu dan liang-liang stoma akan tertutup. Kadar transpirasi akan berkurangan untuk mengurangkan kadar kehingan air.
Fungsi Transpirasi 90 % air yang diserap oleh tumbuhan akan hilang
semula keudara melalui proses transpirasi. Namun begitu transpirasi adalah proses yang penting pada tumbuhan. Transpirasi memainkan peranan penting dalam proses pengangkutan air dan garam mineral yang diperlukan oleh tumbuhan. Daun yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus akan menjadi panas, sejatan air dipermukaan daun menyejukan permukaan daun
Xilem dan Floem Air dan garam mineral
diangkut dari akar ke bahagian-bahagian lain tumbuhan melalui tiub khas iaitu XILEM Nutrien seperti glukosa yang dihasilkan melalui proses fotosintesis pada daun diangkut kebahgian-bahagian lain tumbuhan melalui FLOEM
floem Xilem
Keratan rentas batang pokok keebung
Rujuk Rajah 2.17, kedudukan xilem dan floem akar dan daun tumbuhan dikotiliden
Xilem dan Floem Pewarna merah makanan
dilarutkan didalam air didalam bikar. Sebatang pokok keebung diletakan didalam bikar tersebut. Selepas 1 jam pokok dikeluarkan dari bikar dan batang pokok keebung dipotong dan dilihat dengan menggunakan kanta pembesar. Bahagian manakah pada rajah akan berwarna merah
W X
Y Z
Keratan rentas batang pokok keebung yang di letakkan didalam bikar yang mengandungi pewarna merah maknan
Xilem dan FloemLapisan kulit luar pada batang tumbuhan yang ditunjukkan pada Rajah di bawah telah dikeluarkan
1. Apakah yang dapat diperhatikan tentang keadaan tumbuhan selepas 8 minggu? Lukiskan pemerhatian anda di dalam kotak yang disediakan.
2. Jelaskan tentang pemerhatian anda di (b)(i).