sains sosial 1.docx

22
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES Name /NOMATRIKS FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) SEMESTER 2 / SEPT 2014 ABXS1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES TAJUK TUGASAN: i. Huraikan secara terperinci perbezaan antara pemikiran sains sosial Islam dengan pemikiran sains sosial Barat. ii. Bincangkan bentuk-bentuk pemikiran yang disumbangkan oleh tokoh-tokoh terkemuka sains sosial Islam. iii. Analisis secara terperinci kesan-kesan pemikiran sains sosial Islam kepada tamadun manusia. NAMA TUTOR M. ELANGKO A/L MUNIANDY 1

Upload: durai-segaran-lachimanan

Post on 17-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER 2 / SEPT 2014

ABXS1103

INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES

TAJUK TUGASAN:

i. Huraikan secara terperinci perbezaan antara pemikiran sains sosial Islam dengan pemikiran sains sosial Barat.

ii. Bincangkan bentuk-bentuk pemikiran yang disumbangkan oleh tokoh-tokoh terkemuka sains sosial Islam.

iii. Analisis secara terperinci kesan-kesan pemikiran sains sosial Islam kepada tamadun manusia.

NAMA TUTOR

M. ELANGKO A/L MUNIANDY

NAMA : NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON :

E-MEL :

1

Page 2: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan M/S

1 1.0 Pengenalan

1.1 Pemikiran Sains Sosial Islam

1.2 Sains Sosial Barat

3 - 6

2 2.0 Perbandingan antara Pemikiran Sains Sosial Barat

Dan Sains Sosial Islam 7- 8

3 3.0 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam dan Sumbangannya

3.1 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam

3.2 Sumbangan Tokoh-Tokoh Kepada Sains Sosial Islam

9 - 12

4 4.0 Kesan-Kesan Pemikiran Sains Sosial Islam dan Barat 13

5 5.0 Kesimpulan 14

6 6.0 Rujukan 15

2

Page 3: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

1.0 Pengenalan

Sains sosial adalah mengkaji bidang kemanusiaan dengan menggunakan kaedah saintifik di

dunia ini. Menurut Rohana (2003), secara umumnya, maksud penggunaan kaedah saintifik

dalam Sains Sosial adalah penggunaan kaedah yang sistematik dan kaedah yang objektif

dalam sesuatu penyelidikan yang dibuat. Sains sosial lebih dikenali sebagai Kajian sosial. Isu

atau fenomen ynag berlaku di dalam dunia sosial yang melibatkan manusia. Menurut A New

Dictionary of Sociology (Mitchell1979), mengkemukakan sains sosial adalah satu bentuk

pengajian yang berkait rapat dengan manusia dan masyarakat. Penggunaan kaedah ilmiah dan

saintifik diberi penekanan kerana memberi tumpuan sepenuhnya terhadap hubungan yang

rumit dan kompleks antara manusia. Namun penelitian yang dijalankan terhadap hubungan

kemanusiaan dan kemasyarakatan. Ia perlu dilakukan dengan cara yang sesuai iaitu saintifik,

kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta dikaji oleh masa dan tempat. Memurut Hunt dan

Colander (2002),beberapa bidang memainkan peranan penting memberi penekanan mengenai

sains sosial adalah seperti berikut:-

Ekonomi

Antropologi

Linguistik

Etimologi

Psikologi

Sosiologi

Pendidikan

Komuikasi

Dalam satu bidang terdapat bidang ilmiah atau ilmu, sains sosial. Bidang sains tulen

mempunyai asas yang logical dalam menjelaskan sesuatu isu-isu sosial . Tambahan pula,

kenyataan terdapat dalam sains sosial yang diterima oleh akal dan pemikiran manusia kerana

ia adalah logical dan munasabah. Selain itu, kenyataan mestilah selari dengan alam nyata. Ini

bermakna ahli sains sosial membuat kenyataan yang mempunyai kebenaran serta boleh

diterima oleh manusia dengan mempunyai bukti yang kukuh. Bagi membuktikan sesuatu

kenyatan perlu disokong oleh hasil pemerhatian yang dibuat. Menurut Rohana (2003),

berpendapat abahawa sains sosial adalah satu disiplin akademik yang mempersoalkan tentang

kemanusiaan dalam konteks sosial atau mempelajari kehidupan sosial. Secara amnya, siauns

3

Page 4: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

sosial adalah satu bidang pengetahuan manusia yang menekankan kepada aspek kehidupan

kelompok manusia di dunia ini ( the field of human knowledge that deals with all aspects of

the group life of human being). Bidang sains sosial boleh dipecahkan kepada bidang sains

sosial Islam dan Barat. Sains sosial Islam berfokus kepada sains semula jadi, kehidupan

masyarakat, sejarah serta agama. Sains sosial Barat berfokus kepada tingkah laku sosial pada

tahap mikro dan makro.

1.1 Pemikiran Sains Sosial Islam

Pemikiran sains Islam dihuraikan mengikut perspektif pemikir adalah mengekalkan elemen

asas dan corak pemikiran utama yang menonjolkan identiti pemikiran masing-masing.

Kefahaman pemikiran para ahli pemikir sains Islam mengenai pengislaman ilmu sains adalah

penting dan mereka membuat kajian dan penilaian terhadap sifat dan bentuk intelektual

dimanan membantu menangani masalah hubungan antara sains, Islam dan modeniti. Tokoh

pemikir Islam yang terkenal adalah Nasr menggunakan pendekatan terhadap sains menerusi

perspektif keagamaan dan tradisional. Beliau mengamalkan kerangka teori metafizik untuk

menghuraikan sains. Selain itu beliau memberi penekanan terhadap sains kudus dan ilmu

Gnostic atau ma’rifah. Beliau mengamalkan ajaran agama samawi seperti Yahudi dan

Kristian. Tambahan pula beliau, melihat bahawa hubungan sains dan realiti wujud dalam

semua sains tradisional. Penggunaan perspektif sejarah adalah tujuan mengkaji sains Islam

dan krisis spiritual di dalam sains moden yang perlu ditangani dengan bijak. Tokoh pemikir

Islam yang kedua adalah Ismail al-Faruqi. Beliau amat terkenal dengan program pengislaman

ilmu. Beliau mengkaji semua ilmu terutamanya di dalam sains sosial dari perspektif Islam.

Penguasaan sains dan teknologi oleh orang Islam semakin penting namun tidak mengabaikan

kepercayaan dan agama. Beliau sangat prihatin terhadap nasib dan situasi kemunduran umat

Islam pada masa sekarang dan kemunduran tersebut dipupuskan melalui transformasi

pendidikan. Beliau juga mengarang mengenai prinsip-prinsip Islam yang perlu diikut oleh

orang Islam yang merangkumi prinsip kesatuan kebenaran, kesatuan ilmu, kesatuan

kemanusian dan kesatuan hidup.

4

Page 5: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

1.1.1 Sejarah Perkembangan Sains Sosial Islam

Kassim Ahmad mengarang sebuah buku yang berjudul Teori Sosial Moden Islam. Dalam

buku tersebut membahagikan pemikiran sosial Islam kepada tiga zaman iaitu zaman klasik,

zaman pertengahan dan zaman moden. Menurut beliau zaman klasik bermula di Madinah

pada 622 masihi dengan pembentukan negara Islam. Ia berkembang sehingga kejatuhan Kota

Baghdad dan Daulah Abbasiyah 1258 masihi. Empayar Uthmaniah Turki pada 1360 masihi

wujud pada zaman pertengahan dan ia berkembanga sehingga pemansuhan kekhalifan Islam

pada 1924 masihi. Zaman moden telah bermula apabila kedatangan pengaruh tamadun

Eropah. Mengikut Kassim Ahmad (1984) memberi ringkasan terperinci mengenai tiga

zaman seperti berikut:-

Zaman Klasik

Zaman klasik merupakan satu peringkat awal yang memainkan peranan dalam

memurniakan sifat keislamannya. Tambahan pula, zaman ini membawa kejayaan di

dalam bidang pentadbiran, ketenteraan, perkhidmatan sosial dan bidang ilmu. Bidang

ilmu terdiri daripada falsafah, teologi, ilmu hokum, sains, perubatan dan sejarah.

Pada zaman ini penggunaan dua sumber asas iaitu al-Quran dan Sunnah. Beberapa

tokoh yang memainkan peranan menghuraikan falasafah dan teori sosial Islam.

Tokoh tokoh adalah Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf.

Zaman Pertengahan

Pada zaman pertengahan, pemerintahan Daulah Umawiyah berubah daripada

pemerintahan syariah. Pemerintahan syariah berlandaskan al-Quran dan

Hadis/Sunnah. Pemerintahan yang lebih bersifat monarki.

Zaman Moden

Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah dan penubuhan Republik Turki , pemikiran

sain sosial Islam mula berkembang pada btahun 1924. Pemikiran sains sosial Islam

berkait rapat dengan kebangkitan Islam moden yang bermula pada abad ke-18.

Menurut Kassim Ahmad 1984, membahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat

pertama adalah peringkat keagamaan dan sosial. Pada peringkat ini mengkritik

mengenai tahayul dan perbuatan bidaah, mengecam taqlid dan melaksanakan ijtihad.

5

Page 6: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

Peringkat kedua pula, berkaitan dengan tindakan politik. Pada peringkat ini terdapat

beberapa tokoh meletakkan asas untuk perjuangan antikolonial bagi mencapai

kemerdekaan untuk umat Islam. Peringkat ketiga adalah peringkat pembanguna

semula dari aspek aliran fikiran besar.

1.2 Sains Sosial Barat

Sains sosial Barat merujuk kepada maklumat-maklumat dan pengetahuan yang dikumpul

yang tepat mengenai sifat sosial manusia dan cara manusia berinteraksi dan berubah dengan

menggunakan kaedah penyelidikan yang objektif. Semua disiplin sains berfokus kepada

tingkaha laku sosial manusia. Namun , setiap displin mempunyai perbezaan dalam orientasi.

Para antropologi menumpukan tentang tingkah laku sosial dan budaya masyarakat.

Tambahan pula, ahli ekonomi membuat kajian mengenai cara manusia menghasilkan dan

bertukar barang dan perkhidmatan. Manakala ahli sejarah pula lebih menekankan manusia

dan kejadian pada masa dahulu dan signifikannya bagi kita yang hidup sekarang. Ahli sains

politik menyatakan fungsi dan penggunaan kuasa, perjalanan kerajaan dan hak serta

hubungan antara negara. Ahli psikologi meneliti tentang tingkah laku dan sahsiah manusia.

Pengaruh masyarakat terhadap sikap dan tingkah laku manusia dan cara-cara interaksi

manusia sosial dihuraikan oleh ahli sosiologi.

1.2.1 Pemikiran Sains Sosial Barat

Pemikiran sains sosial Barat dibahagikan dua tahap iaitu mikro dan makro.

Tingkah laku manusa dikaji pada tahap mikro. Misalnya sosiologi mikro dan

sosiologi makro.

Pemikirannya menumpu kepada kajian tingkah laku sosial pada tahap makro.

Pada peringkat makro menekankan fenomena sosial atau sejagat manakala peringkat mikro

penekanan kepada fenomena yang kecil atau fenomena terdapat dalam kelompok yang kecil.

Pemikir-pemikir sains sosial pada abad ke 20 dan 21 menulis mengenai tingkah laku sosial

masyarakat Barat serta masyarkat yang lain. Pada abad awal ke 20, Dukheim dan Weber

menerbitkan penulisan dan mempengaruhi pemikirab sains sosial abad tersebut serta tidak

dimasukkan buku ini kerana pemikiran mereka kukuh dalam fenomena dan isu sosial abad

ke 19. Pemikir-pemikir dari sosiologi dan antropologi membuatr kajian tentang pengaruh

6

Page 7: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

masyarakat terhadap tingkah laku dan sikap manusia, cara manusia berinteraksi, membentuk

masyarakat. Mereka menyentuh tentang tingkah laku manusia yang hubungan antara politik

ekonomi, psikologi dan sejarah. Tokoh-tokoh diperkenalkan dalam perspektif teori iaitu

fungsionalsi, konflik dan interaksionis.

2.0 Perbandingan antara Pemikiran Sains Sosial Islam dam Barat

Bil Pemikiran Sains Sosial Islam Pemikiran Sains Sosial Barat

1 Kaedah konstruktif digunakan dalam

pemikiran sains sosial Islam. Islam

menggunakan pendekatan konstruktif

yang menumpukan pada keinginan dan

keazaman mereka untuk membentuk

sains berdasarkan perspektif Islam yang

autentik. Pemikir Islam mencuba

menjadikan sains diterap di dalam

budaya dan pemikiran masyarakat

Islam.

Menurut John Passmore 1978 menyataka

bahawa pendekatan Barat bersifatkan

kepada dekonstruktif. Pendekatan

dekonstruktif meberi ruang kepada

epistemology kepada bidang kemanusiaan

supaya berperanan membentuk semula

orientasi ilmu sains.

2 Pemikir Islam menganggap bahawa

perspektif Islam mengenai alam tabii

(accept the idea of Absolute truth, which

is identified with the Truth of Islam).

Mereka mempunyi kepercayaan

terhadap wahyu dan sunnah. Menurut

Dellner 1992, Islam merupakan agama

dan kebenaran yang mutlak. Pemikir

metafizik dan falsafah perennial

menentang konsep relativisme. Konsep

reltivisme merujuk kefahaman terhadap

agama sebgai satu produk daripada

masyarakat tanpa mempunyai sumber

yang asas.

Pemikir barat menganggap kebenaran

sains bukan bersifat mutlak namun

mengamalkan sikap relativis terhadap

ilmu. Ia bermakna tiada ilmu mempunyi

kebenaran mutlak kerana ilmu tertakluk

kepada perubahan. Barat berasaskan

kepada falsafah sekular humanisme. Sikap

relativis menekankan tetang kebenaran

bergantung kepada faktor tertentu.

Misalnya ciri-ciri budaya sesebuah

masyarakat melahirkan ilmu sains,

7

Page 8: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

3 Sains sosial islam mempunyai kesetiaan

terhadap Tuhan dan makhluknya.

Pengetahuan sains yang baru merupakan

satu jalan yang memahami kewujudan

Tuhan. Seterusnya meningkatkan taraf

ciptaanya iaitu manusia, binatang dan

sekitaran. Tuhanya mencipta sains, hal

ini menyokong kepada aktiviti-aktiviti

umum.

Sains Sosial Barat setia bersama kumpulan

di mana hasil pengetahuan baru daripada

kajian terhadap aktiviti-aktiviti lain dan

patut diberikan sokongan penuh.

4 Konsep tauhid dan kesatuan ummah

ditekankan dalam sain sosial Islam.

Menurut Syed Naquib Al Atta

mengkemukan tentang kehidupan

masyarakat yang telah mencapai

kehalusan tatsusila dan kebudayaan tang

mendukung konsep tauhid dan ummah.

Segala pembaharauan mengikut

keagamaan. Prinsip-prinsip kidah,

syariah dan akhlak diamalkan. Dalam

aspek kemajuan dan perubahan

menegaskan bagaimana cara mencapai

dan tujuan matlamat. Tetapi Islam

menolak konsep matlamat

menghalalkan cara.

Kefahaman sekular memainkan peranan

dalam sains sosial Barat. Moral berasaskan

kepada kepentingan manusia namun

menafikan pertimbangan kepercayaan

kepada Tuhan. Sekular berasal dari bahasa

Latin ‘saeculum’ bermakna tempat di sini

atau masa-masa kini. Pemikiran dan

kenafsuan menjadi utama dalam

pembangunan dan pembinaan tamadun.

Agama lebih bercorak perubahan

kebudayaan. Perkembangan atau kemajuan

bertumpu kepada keuntungan dan

mengamalkan matlamat menghalalkan

cara.

5

Dalam sains sosial Islam mempunyai

prinsip –prinsip iaitu memelihara

agama, memelihara nyawa, memelihara

maruah dan keturunan, memelihara

harta benda dan memelihara akal

fikiran.

Dalam sains sosial Barat terdapat

beberapa prinsip yang diamalkan.

Antaranya :-

Dibina atas ideology materialistik

Mementingkan harta benda

Dikuasai oleh hawa nafsu

Aspek kerohanian tidak penting

Khayalan,imaginasi, ideologi dan

hasrat manusia memainkan

8

Page 9: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

peranan.

6

Islam mempunyai matlamat yang tidak

menghalalkan cara. Tidak ada

keistimewaan di antara matlamat dan

kaedah sains. Matlamat dan kaedah

sains perlu menuruti halal dan mesti

mempunyai batas-batas etika dan

akhlak.

Matlamat menghalalkan cara memainkan

peranan penting. Hal ini disebabkan,

dalam kaedah peyelidikan sains

merupakan baik dan penting demi

kesejahteraan manusia. Semua kaedaha

merangkumi penggunaan haiwan hidup,

dan janin bayi dibenarkan.

Jadual 1 : Perbandingan antara Pemikiran Sains Sosial Islam dam Barat

2.1 Perbandingan antara Konsep sains Islam dan Barat

Perkara Sains Islam Sains Barat Moden

Asas Allah (Tauhid) Akal Manusia (pemikiran)

Kewujudan

bernyawa

Roh Jirim (bahan)

Asal usul manusia Tanah Binatang (mawas)

Panduan hidup Agama (Islam) Manusia sendiri

Agama Cara hidup Upacara tertentu sahaja

Jadual 2: Perbandingan antara Konsep sains Islam dan Barat

3.0 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam dan Sumbangannya

3.1 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam

Dalam bidang sosiologi dan sejarah, telah dipelopori oleh pemikir Islam iaitu Ibn Khaldun.

Beliau juga dikenali sebagai tokoh dalam bidang ekonomi dan politik. Beliau mengkarya

buku yang bertajuk Muqaadimah atau lebih dikenali Pengenalan kepada Ilmu Sejarah. Ibn

Khaldun meminankan peranan dalam bidang antoroplogi dan sosioplogi iaitu beliau

meminjam dan menganalisis tamdun dan budaya yang diperkenalkan oleh pemikir sains

sosial Barat. Ibn Khaldun menekankan faktor keagamaan merupakan salah satu peraturan

hidup yang menyelamatkan keruntuhan tamadun.Menurut Ismail Yusoff 2001, pemikir Barat

menolak faktor keagamaan dan hanya menekankan value free, empiris, rasionalisis dan

sekular. Kepengaruhan Islam jatuh menyebabkan ilmu sains sosial terdiri alam bidang politik,

ekonomi, sejarah dan sosiologi berkembang maju di Barat. Perkembangan dalam bentuk

sekular, liberal dan ateistik. Semasa penjajahan orang Barat, ilmu sains sosial berbentuk

9

Page 10: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

sekular sampai ke negara-negara Islam. Pada tahun 1960, para sarjana Islam menyedar

bahawa ilmu sains sosial berbentuk sekular tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya

Islam. Oleh itu, mereka memainkan peranan menolak pemikiran tersebut dalam kalangan

masyarakat. Namun, aspek moral dan kerohanian penting dalam kalangan masyarakat moden,

oleh itu ia diterapkan dalam pengajaran sains sosial .

3.2 Sumbangan Sains Sosial Islam

Pemikir-pemikir sains sosial Islam membantu perkembangan tingkah laku dan kebudayaan

dalam kalangan masyarakat. Oleh itu sumbangan mereka dalam bidang – bidang tertentu

amat besar. Antara sumbangan mereka adalah dalam bidang seperti berikut:-

1. Bidang Sosiologi

Dalam bidang ini , dipelopori oleh toloh pemikir Islam adalah Ibn Khaldun pada tahun

1332 sehingga 1406. Beliau bukan sahaja mengumpul bahan empiris mengenai manusia

dan masyarakat namun data yang dikumpul dianalisis dengan sistematik. Beliau juga

menganalisis tentang hukum-hukum yang mempengaruhi perkembangan manusia. Beliau

menyentuh beberapa perkara dalam bidang sosiologi. Antaranya :-

i. Beliau mengemukakan pandangan mengenai perbezaan masyarakat desa dan

masyarakat Bandar. Pandangan ini diperkenalkan sekali lagi oleh Robert Redfield

pada abad 20 di bawah tema “Folk-urban continuum”.

ii. Konsep solidariti sosial atau asabiyyah mempunyai persamaan dalam konsep

solidarity mekanis dan organis.

iii. Perubahan sosial dan tahap persejahrahan masayarakat mempunyai persamaan

dengan konsep historical materialism dan ragam pengeluaran yang diperkenalkan

oleh Karl Marx pada bad ke 19.

iv. Bidang sosiologi sejarah menerangkan hujah yang mempunyai kaitan dengan

kejadian masa lampau dan pergolahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

v. Dalam bidang sosiologi politik menekankan tentang solidarity sosial yang

mempnyai kaitan dengan tulisannya.

vi. Aspek pengeluaran, perdagangan tempatan dan antarabanhsa, perubahan harga

barang dan hubungan antara ekonomi dengan politik ditekankan dalam bidang

ekonomi.

10

Page 11: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

Ibn khaldun mengkarya buku yang berjudul Muqaddimah dimana beilau menyatakan

dalam buku mengenai pembahagian ilmu pengetahuan kepada dua ilmu iaitu ilmu aqliyyah

(pengetahuan mengenai kehidupan di dunia) dan ilmu naqliyyah ( pengetahuan mengenai

kehidupan akhirat).

2. Bidang Sejarah

Dalam bidang ini, seorang tokoh pemikir Islam terkenal iaitu Al-Mas’udi. Beliau terkenal

pada abad ke 4 sehingga 10 masihi. Beliau dikenali sebagai ahli sejarah Islam modenis.

Beliau juga mengkarya buku dengan menggunakan falsafah sains. Menurut al-Mas’udi

berpendapat bahawa Sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang lengkap dan

komprehensif. Sejarah memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat dengan

menyedia dan membentuk sains atau disiplin ilmu sejarah yang sistematis. Beliau

mengkarya buku berjudul Kitab Muruj al-Dhahab dan digunakan dari tahun 1861 hingga

1877. Dalam penulisan beliau menyatakan kronolgi tentang sejaran zaman Khulafa al-

Rasyidin dan bentuk dinastis dan analistis tentang zaman Umayyah dan Abbasiyyah.

Selain itu, beliau menyatakan unsur-unsur sains dan falsafah dalam penulisan. Namun

beliau tidak mengabaikan prinsip-prinsip Islam yang dinyatakan oleh Rosenthal.

3. Bidang Psikologi

Ibn Bajjah merupakan seorang sasterawan. Dalam bidang falsafah, Ibn Bajjah boleh

diletakkan setaraf dengan al-Farabi dan Aristotle. Beliau juga menyatakan gagasan

falsafah ketuhanan yang bertujuan manusia berhubung dengan akal fa’al memalui

perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurut Ibnu Bajjah,

melalui amalan berfikir boleh membantu mendekati Tuhan. Dengan ilmu dan amalan

berfikir merupakan semua keutamaan dan perbuatan moral diarahkan kerana memimpin

dan mnguasai jiwa. Pandangan beliau dipengaruhi oleh idea al-Farabi. Pemikiran falsafah

Ian Bajjah ini dapat diikuti dalam Risalah al-Wida dan kitab Tadbir al-Muttawahid. Al-

Farabi dan Iban Bajjah mempunyai persamaan dalam menekankan ilmu yang mengatasi

segalanya. Ibn Bajjah menyatakan akal manusia mengenali kewujudan benda atau Tuhan.

Akal boleh mengenali diri sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dinpengaruhi oleh

unsur-unsur kerohanian melalui amaln tasawuf.

11

Page 12: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

4. Bidang Geografi

Al-Idrisi merupakan tokoh ilmuwan dalam bidang geografi. Sumbangan beliau dalam

bidang ini adalah menitikberatkan ilmu geografi secara spesifik dengan menghasilkan

penemuan baharu dan beliau merupakan ilmuwan Islam terawal menghasilkan peta dunia.

Beliau menggunakan kaedah ilmiah dalam menghasilkan peta dunia. Beliau juga

membuat glob besar yang melakarkan garisan bulat dan peta dunai di atasnya. Beliau

memainkan peranan menentukan sempadan laut di kawasan Khatulistiwa. Tambahan

pula, beliau mengukur garis pusat bumi iaitu 22900 batu bersamaan 42185 kilometer.

Beliau mengarahkan juruluis dan juru paahat yang arif melukis benua, negara, lautan

sungai dan jalanya. Peta itu membantu mereka dalam pengembaraan dan memudahkan

pengembaraan mereka. Peta dilengkapi dengan ukuran panjang dan lebar mengenai

ssesebuah kawasan. Al-Idrisi mengkarya buku berjudul Nuzhah Al-Musytaq Ikhtiraq AL-

Afaq yang dikarang atas permintaan Raja Sicily Roger II. Dalam buku itu menyelitkan

maklumat yang ditemukan oleh ilmuwan dan menambah pengetahuan yang ditimpa

pengembaraan ke seluruh dunia.

4.0 Kesan-Kesan Pemikiran Sains Sosial Islam dan Barat terhadap Tamadun

1. Pembentukan agama dalam tamadun

Berbanding dengan tamadun lain, tamadun Islam adalah lahir dari sebuah agama. Oleh

itu, semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam.

Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira konsep

mentauhidkan Allah dalam semua perkara.

2. Tamadun yang beradab

Peradaban tamduan bermula apabila pembentukan individu Islam meneruskan kehidupan

mereka dengan mengamalkan dan penghayatan terhadap ajaran Islam. Melalui

pembentukan individu Muslim ini dapat melahirkan sebuah institusi kekeluargaan yang

utuh. Pembinaan institusi kekeluargaan yang kukuh menghasilkan masyarakat yang lebih

baik dan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara.

12

Page 13: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

3. Perkembangan pengetahuan

Kepentingan konsep ilmu dan proses pembudayaan ilmu mempunyai kaitan dalam

tamadun Islam. Ini dibuktikan melalui Wahyu yang mendorong manusia ke arah

mencapai penguasaan ilmu dan pencapaian ilmu. Pembinaan sesebuah institusi

pendidikan dan aktiviti pembudayaan serta penyebaran ilmu menjadi agenda pengisian

yang utama dalam setiap misi perluasan dan perkembangan pengaruh Islam.

4. Pemikiran Manusia

Dalam aspek pemikiran manusia khususnya di dalam Negara yang mengamalkan ajaran

agama islam; ideologi sekularisme sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran manusia.

Contohnya ialah sekularisme dapat melemahkan keimanan, menggoyangkan akidah umat

islam, menimbulkan keraguan terhadap nabi dan rasul yang dipilih oleh Allah,

mengurangkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah, malaikat, hari kiamat atau hari

pembalasan, qadha dan qadar serta Al-Quran itu sendiri. Seterusnya ini telah

mengakibatkan umat islam semakin terkeliru dengan pendapat-pendapat aliran sekular

ini. Hal ini dapat diperhatikan dalam masyarakat Islam yang tinggal di negara-negara

Barat khususnya. Mereka yang lemah keimanannya akan mula mempertikaikan

kebenaran hal-hal keagaman yang mana mereka lebih mendasari kepada logik akal

daripada melandasi sumber utama dalam agama Islam ialtu al-Quran dan al-Sunnah

dalam menyelesaikan masalah mereka.

13

Page 14: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

5.0 Kesimpulan

Sains sosial bermaksud Sains sosial lebih dikenali sebagai Kajian sosial. Isu atau fenomena

ynag berlaku di dalam dunia sosial yang melibatkan manusia. Dalam sains sosial boleh

dibahagikan kepada sains sosial islam dan saisn sosial Barat. Dalam sains sosial barat

terdapat latarbelakang tersendiri iaitu telah mewujudkan sesuatu bentuk kefahaman yang

kukuh kepada masyarakat pada masa kini. Sains sosial Islam berkait rapat dengan konsep

dasar islam. Menurut Abdul Wahab Ismail berpendapat segala aspek kehidupan di dunia

berpunca dari satu asas utama iaitu Kalimah Tauhid dimana membawa dua pengertian utama .

Para pandangan pemikir Islam terhadap sains sosial islam adalah berpandukan kepada alam

semesta (kosmos), kehidupan masyarakat, sejarah serta agama. Manakala pandangan pemikir

Islam mengenai pemikiran sains sosial Barat. Pemikiran sains sosial barat terbahagi kepada

dua tahap iaitu mikro dan makro. Tingkah laku sosial bagi masyarakat dibahagikan kepada

khusus dan secara keseluruhan. Perbezaan antara sains sosial islam dan Barat adalah islam

lebih kepada wahyu manakala barat bertumpu kepada sekular. Para pemikir-pemikir Islam

memberi sumbangan besar perkembangan tamadun Islam yang terdiri daripada pelbagai

bidaang iaitu sosiologi, psikologi, sejarah, geografi dan sebagainya.

Kemusnahan identiti masyarakat Islam kesan penjajahan Barat menyebabkan

berlakunya kelesuan umat sehingga mendorong munculnya gerakan kesedaran

masyarkat.Kepimpinan gerakan umat Islam semakin sedar bahawa umat Islam perlu kembali

semasa zaman keagungannya sebagai pendekatan bagi membebaskan ummah daripada segala

belenggu kejumudan dan kemunduran.Pelbagai cara telah digunakan oleh umat Islam yang

prihatin bagi menimbulkan kesedaran ini.Sebahagian yang lain pula menggunakan

pendekatan pendidikan dan pembangunan insan.

(2991 p.perkataan)

14

Page 15: sains sosial 1.docx

ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS

6.0 Rujukan

Al Faruqi, I. R. & Naseef, A.O. (1989). Sains sosial dan sains tulen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ilyas Ba-Yunus & Farid Khalid. (1985). Islamic sociology: An introduction. Portland, N.Y.: The State University of New York.

Ismail Yusof. (2001). Pengantar sains sosial. Sintok: Penerbitan UUM.Kassim Ahmad. (1984). Teori sosial Islam moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.Machlup, F. 1994. Are the social science really inferior? Dlm. Martin, M. & McIntyre, L.C.

(pnyt). Readings in the philosophy of social science, hlm. 5-19. Massachusetts: The MIT Press

Ritzer, G. 1996. Sociological theory. Ed. Ke-4. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.

Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan sains sosial. Bentong: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

15