rumusan penilaian rumusan penilaian... · 2016. 6. 29. · rumusan penilaian pada hari akhir...
TRANSCRIPT
RUMUSAN PENILAIANINDEKS PENARAFAN BINTANG TAHUN 2015
19 DAN 20 OKTOBER 2015
TINDAKAN SUSULAN
Rumusan Penilaian pada hari akhir penilaian
Pembentangan kepada JK Kerja MAMPU
Pengemukaan hasil penemuan awal secarabertulis kepada agensi dinilai
Maklum Balas Agensi Dinilai Dalam TempohMasa Ditetapkan
Pembentangan kepada JK Induk MAMPU dan Mesyuarat Panel Merakyatkan PerkhidmatanAwam (MPA)
2
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
KOMPONEN PERKHIDMATAN SOKONGAN
Bil. Soalan Perkara
1. A.1.6
Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA)
a) Adakah agensi telah
mempunyai sijil Amalan 5S/
Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA)?
Penemuan:
KPM tidak pernah dipersijilkan dengan sijil Amalan 5S atau
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Pelaksanaan
persekitaran berkualiti di KPM hanya dijalankan secara mikro
melibatkan Bahagian-Bahagian di KPM. Bahagian-bahagian
tersebut adalah seperti mana berikut:
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU
1. Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan:
Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh MPC
1. Bahagian Buku Teks (Tamat tempoh pada 08 Julai 2015)
2. Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (Tamat tempoh
pada 29 Disember 2014)
3. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (Tamat tempoh pada 15
Jun 2015)
Cadangan Penambahbaikan/Maklumat Tambahan:
KPM dicadangkan untuk memulakan usaha untuk
membudayakan Amalan 5S/EKSA meliputi keseluruhan
bahagian di KPM.
BIDANG FOKUS: PEMATUHAN DAN KUALITI
4
Bil. Soalan Perkara
2. A.1.6
Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA)
b) Adakah agensi mempunyai
dasar dan garis panduan
Amalan 5S/EKSA?
Penemuan:
Hasil semakan mendapati hanya Bahagian Perancangan
Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM mempunyai Dasar dan
Garis Panduan EKSA untuk kegunaan dan rujukan warga
bahagian tersebut.
Cadangan Penambahbaikan/Maklumat Tambahan:
KPM dicadangkan untuk mengambil contoh Dasar dan Garis
panduan dari Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar
Pendidikan untuk ditambahbaik dan disesuaikan dengan
keperluan keseluruhan bahagian di KPM. Dasar dan Garis
Panduan tersebut perlu diedarkan kepada semua warga untuk
dijadikan rujukan untuk pelaksanaan Amalan 5S/EKSA.
BIDANG FOKUS: PEMATUHAN DAN KUALITI
5
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
KOMPONEN PERKHIDMATAN TERAS
Bil. Soalan Perkara
1. B.1.2
Mekanisme Kawalan
Kualiti
b) Agensi melibatkan
pelanggan dalam
penetapan standard
Piagam Pelanggan
Penemuan:
Penglibatan pelanggan dalam penetapan standard Piagam
Pelanggan KPM tidak dapat dibuktikan secara jelas.
Cadangan Penambahbaikan/Maklumat Tambahan:
KPM dicadangkan untuk melaksanakan kajian soal selidik atau
apa jua kaedah lain bagi mendapatkan input pelanggan
mengenai standard Piagam Pelanggan KPM pada masa ini.
Senarai profil pelanggan dan dokumen pembuktian mengenai
penglibatan pelanggan serta laporan analisa dapatan kajian perlu
dikemukakan kepada panel untuk penilaian.
BIDANG FOKUS: KUALITI
7
PROGRAM PERKHIDMATAN TERAS YANG DINILAI DI AGENSI
PROGRAM TRANSFORMASI
PROGRAM INOVASI
Professional Up-Skilling of
English Language
Teachers (Pro-ELT)
8
Inovasi (B2.8 – B2.9)
Inovasi dan Inovasi Sosial
(B2.8 – B2.10)
1. Eksplorasi Cabaran
Sejarah (ECS)
2. Sekolah Dalam
Hospital
Sekolah BimbinganJalinan Kasih (SBJK)
Bil. Soalan Perkara
1. 2.7 (a)
Tahap liputan
warga agensi
yang terlibat
dengan program
latihan atau
kursus berkaitan
inovasi
Penemuan:
Tahap liputan warga ibu pejabat KPM adalah kurang daripada
50%.
Cadangan Penambahbaikan:
KPM wajar memastikan peratus warga yang menghadiri
latihan/kursus berkaitan inovasi dipertingkatkan.
BIDANG FOKUS: INOVASI
TERIMA KASIH
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri