rph ppg

Upload: jessica-collins

Post on 01-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

MATA PELAJARAN

MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN: 4 MelatiBIDANG : Menggambar

AKTIVITI: Menghasilkan jalinan melalui Teknik Frottage (gosokan) dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop

TAJUK: Buah-buahanMASA: 60 Minit OBJEKTIF PENGAJARAN: Guru dapat mendedahkan Teknik Frottage (Gosokan) untuk menghasilkan gubahan buah-buahan tempatan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pelajaran murid dapat: meneroka bahan yang mempunyai kesan jalinan; menceritakan proses untuk mendapat kesan jalinan; menghasilkan kesan frottage pada kertas; dan memilih dan mengaplikasikan jalinan untuk menghasilkan gubahan atau gambar buah-buahan.

PENERAPAN NILAI MURNI: Bekerjasama, menghargai alam ciptaan Ilahi, KEMAHIRAN BERFIKIR : Membanding beza, mengkategori, berfikiran kritis

KEPERLUAN: Alat - Pensil, pensil warna, krayon, oil pastel, gunting, set komputer dan perisian Adobe Photoshop. Bahan : Gam, Kertas lukisan

Rujukan: HSP,Buku sumber Guru, Pendidikan Seni Visual KBSR, contoh-contoh jalinan sentuh dan jalinan tampak.

PROSEDUR: 1. Guru menentukan aras pembelajaran dan pengajaran.2. Guru merancang pengajaran dengan menerapkan strategi KBKK, Teori Kecerdasan pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri dan Pembelajaran Kontekstual.3. Memulakan pelajaran dengan menjalankan set induksi.4. Menunjukkan contoh-contoh berbagai jenis jalinan.5. Menunjuk ajar cara menghasilkan jalinan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.6. Menghasilkan gubahan buah-buahan.7. Pelajaran diakhiri dengan sesi apresiasi dan refleksi.8. Penutup sosial.

BUTIRAN KEGIATANHASIL PEMBELAJARANSTRATEGI PENGAJARAN

Aktiviti 1 (set induksi)1. Guru menunjukkan beberapa jenis buah yang mempunyai berlainan jalinan.2. Guru dan murid berbincang mengenai jenis-jenis jalinan.3. Perbincangan tentang ciri-ciri jalinan sentuh dan jalinan tampak.4. Jalinan boleh didapati dari sumber alam ciptaan Ilahi dan objek buatan manusia.5. Guru memberi definisi Jalinan.6. Guru menunjuk contoh hasil siap.

Aktiviti 2 (set perkembangan) 1. Guru menunjukan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kesan jalinan. 2. Guru menunjukcara untuk mendapatkan kesan- kesan jalinan melalui teknik frotage. 3. Guru menerangkan aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. 4. Guru memilih murid secara rawak untuk menjalankan sesi latihan.

Aktiviti 31. Guru memerhati murid menjalankan aktiviti frottage.2. Guru membimbing murid yang belum mencapai tahap.3. Guru membuat

pengayaan kepada murid yang sudah mencaoai tahap.

Sesi Apresiasi dan Refleksi

Guru memilih beberapa hasilan murid untuk sesi perbincangan baik, sederhana dan kurang mencapai tahap

Guru mempamerkan hasil karya murid.

Guru merumus ketiga-tiga kategori hasil kerja murid.

Penutup

- Kognitif

Guru menunjukkan hasil jalinan yang diperolehi dari pelbagai teknik.Guru menyatakan fungsi aktiviti yang dijalankan.

- SosialGuru dan murid menyanyikan lagu buah-buahan tempatan.

Aras 1Murid mengetahui kesan-kesan jalinan yang terdapat pada permukaan buah.

Murid dapat membezakan ciri-ciri jalinan sentuh dengan jalinan tampak

Aras 2Murid dapat memahami alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan kesan-kesan jalinan

Murid memahami proses untuk menghasilkan gubahan dengan menggunakan teknik frottage

Aras 3Murid menjalankan aktiviti frottage dengan bimbingan guru

Murid berkenaan dapat menyatakan tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada hasil karya mereka.

Murid yang lain dapat memberi komen dan menghargai tentang ilmu dan kemahiran yang diperolehi.

Pembelajaran Kontekstual

Kemahiran Berfikir Menjana idea

http://textures.forrest.cz/http://astronomy.swin.edu.au/~pbouke/texture/http://www.grsites.com/textures/http://www.grsites.com/textures/red009.shtml

Kemahiran Intrapersonal

Pembelajaran Akses Kendiri - bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan

Teori Kecerdasan Pelbagai- Kecerdasan Verbal linguistik- Kecerdasan Interpersonal dan Intra personal

Catatan Refleksi :

Rumusan Pensyarah: