rph penyelesaian masalah
DESCRIPTION
contoh rph Matematik thn4 berasaskan modul penyelesaian masalah untuk menyuburkan kreativiti dalam pdp.TRANSCRIPT
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah
Rendah (Kreativiti Dalam P&P)
Topik Model Pembelajaran Berasaskan Masalah
KodKursus MTSR3
Masa 1 jam
Personel Penceramah
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat :
1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model
pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan masalah
B. KandunganKursus
Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan masalah,
perkaitan proses kreatif terarah dengan model pengajaran dan pembelajaran
contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam
pengajaran dan pembelajaran.
C. Kaedah
Penerangan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel
D Bahan Pengajaran
Nota, power-point, kad bentuk
E Alatan
LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung
F Penilaian
1. Pembentangan
2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian
G Rumusan/Refleksi
Satu lagi strategi pembelajaran dan pengajaran yang bermakna boleh dipraktikkan
dalam kalangan guru adalah model pembelajaran berasaskan masalah.
Model Pembelajaran Berasaskan Masalah
Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan
sebenar kepada murid. Masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai
jenis penyelesaian mungkin.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model
pembelajaran berasaskan masalah
Model P &P Proses Kreatif Terarah
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Mengenal pasti masalah
Menjelaskan masalah
Mencari alternatif penyelesaian
Mencari penyelesaian
Melakukan operasi
Menilai penyelesaian masalah
Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat
Peserta guru diingatkan lagi proses kreatif terarah dalam pembelajaran dan pengajaran,
perlu diikuti langkah demi langkah, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi,
perkembangan dan tindakan.
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Masalah CONTOH 1 MATEMATIK TAHUN 4
Bidang : Pecahan
Tajuk : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi:
Tambah, tolak dan darab
Masa : 2 waktu (60 minit)
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
4.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pecahan.
5.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dalam pecahan.
8.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah, tolak dan
operasi darab.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
(a) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan ruang dan pecahan. (b) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dalam
pecahan.
(c) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah, tolak dan darab.
Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi
Persediaan
Pemerhatian dan Analisis
Mengenalpasti masalah
Menjelaskan masalah
Guru memperlihatkan power point berkaitan pecahan segiempat tepat (4 squares).
Soalan : Lihat gambar tersebut dan cuba fikirkan cara mana untuk membahagikan gambarrajah tersebut. Boleh kamu jawab semua soalan tadi? Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan guru tadi? Bagaimana rasanya kamu dapat menyelesaikan masalah ini?
Imaginasi
Mencari penyelesaian
Mencari alternatif penyelesaian
Guru menyatakan satu masalah. 1. Ali sedang mengubahsuaikan dapur
rumahnya. Oleh kerana lantai dapurnya
tidak sekata, dia telah membeli jubin
berbentuk segitiga sama sisi.
Dia perlu mengisikan ruang dapurnya
dengan jubin tersebut,
Berapa jubin yang perlu Ali beli untuk
menutup ruang dapurnya yang
berbentuk seperti rajah dibawah?
Apakah masalah nya? Sebut dan tuliskan. Fikirkan bagaimana kamu nak menyelesaikan masalah itu. Rancang, Sebut dan tuliskan. (Soalan-soalan yang mungkin murid akan tanya) Adakah jubin itu sama ukuran? Boleh tak jubin itu disusun terbalik?
Kalau 2
1 ruang
diletakkan jubin biru, berapakah bilangan jubin biru yang perlu ada?
Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah
Ali juga ingin meletakkan jubin putih dan jubin biru yang sama bentuk di tempat letak kereta, anjung, ruang tamu dan bilik tidur anaknya. Berdasarkan pelan lantai setiap ruang tersebut, cuba selesaikan masalah yang diberi. Kumpulan 1 (Tempat letak kereta)
2
1 ruang jubin biru
.
1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin
putih yang perlu Ali beli?
2. Sekiranya, satu jubin biru berharga
RM 1.50 dan satu jubin putih berharga
RM 1.00, berapa jumlah wang yang Ali
perlu ada ?
Kumpulan 2 (anjung)
4
2 ruang jubin putih,
4
1 jubin biru,
ruang keliling dikosongkan
1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin
putih yang perlu Ali beli?
2. Sekiranya, jubin biru berharga RM
1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,
berapa jumlah wang yang Ali perlu ada
?
Murid diminta menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Guru memberi bimbingan dengan beberapa soalan: 1. Bagaimana kamu nak bahagikan lantai tersebut mengikut bentuk segi tiga. 2. Apakah langkah seterusnya. 3. Bagaimana kamu nak kira bilangan jubin dengan mudah? 4.Perlukah kamu tunjukkan jalan kerja kamu di kertas mahjong tersebut.
Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah
Kumpulan 3 (ruang tamu)
4
3 ruang jubin biru, selebihnya jubin
putih . 1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin
putih yang perlu Ali beli?
2. Sekiranya, jubin biru berharga RM
1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,
berapa jumlah wang yang Ali perlu ada
?
Kumpulan 4 (Bilik tidur anaknya) ½ ruang jubin putih, ½ ruang jubin biru 1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin
putih yang perlu Ali beli?
2. Sekiranya, jubin biru berharga RM
1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,
berapa jumlah wang yang Ali perlu ada
?
Ketua Kumpulan bentangkan dapatan. Kumpulan menceritakan dapatan dan ulasan mereka. Bagaimana cara murid mendapat jawapan? Kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan banyak cara. Adakah cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapat jawapan dengan lebih cepat?
Tindakan Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.
Murid mempersembahkan hasil tugasan. Murid diminta untuk membuat model anjung, tempat letak kereta, ruang tamu dan bilik tidur anak Ali sebagai projek.
Adakah cara yang kamu lakukan dapat menyelesaikan masalah yang diberi? Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?
Pentaksiran
Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan latihan dan membentangkan jawapan mereka. Guru melihat bagaimana murid menjawab soalan sambil membimbing.
Nilai dan Sikap
Bekerjasama semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sifat kepimpinan semasa pembentangan. EMK - Keusahawanan Menghargai rakan-rakan.
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Masalah CONTOH 2 MATEMATIK TAHUN 5
Bidang : MASA DAN WAKTU
Tajuk : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi.
Masa : 2 waktu (60 minit)
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang masa dan waktu untuk mencari
tempoh masa.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
(d) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan masa dan waktu. (e) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan tempoh masa dalam minit
dan saat.
(f) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan masa dan waktu.
Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi
Persediaan Mengenal pasti masalah Menjelaskan masalah
Guru bertanya: pukul berapa sekarang? Guru meminta seorang murid keluar ke kantin dan balik ke kelas. Ali keluar ke kantin pukul 9.00 pagi dan balik ke kelas pukul 9.08 pagi. Berapa tempoh masa Ali ambil untuk ke kantin dan balik ke kelas?
Sekarang jam menunjukkan pukul berapa? Kalau Ali berlari ke kantin adakah dia akan mengambil masa yang lebih singkat?
Imaginasi
Mencari penyelesaian Mencari alternatif penyelesaian
Guru menampalkan kertas mahjong yang telah tertulis masalah berikut: Maria dan kakaknya Louisa keluar rumah pada masa yang sama dan mengayuh basikal mereka ke sekolah yang jauhnya 9 kilometer. Maria kayuh basikal pada kadar 3 kilometer dalam 10 minit. Berapa lama Maria ambil untuk sampai ke sekolah? Jawapan: ________________________minit Louisa mengayuh basikal pada kadar 1 kilometer dalam 3 minit. Berapa lama Louisa ambil untuk sampai ke sekolah? Jawapan: __________________________minit Siapa sampai dulu ke sekolah? Jawapan: ________________________
Perhatikan masalah yang cikgu tampal. Cuba cari : Apakah masalahnya? Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut? Apakah operasi matematik yang perlu digunakan?
Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah
Guru memberi berlainan situasi dan meminta murid menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Kumpulan 1 Pada setiap pagi Encik Bakar akan bersenam dengan berjalan dan pulang ke tempat dia mula berjalan pada pukul 7.00 pagi. Sekiranya tempoh berjalan Encik Bakar mengambil masa 1 jam dan 30 minit, pada pukul berapa Encik Bakar mula berjalan. Kumpulan 2 Waktu untuk tayangan filem di senaraikan di bawah: Masa Tayangan bermula Pertama 2:00 p.m. Kedua 3:30 p.m. Ketiga 5:00 p.m. Keempat ? Kalau corak masa ini bersambung, pukul berapa masa tayangan untuk tayangan ke empat? Kumpulan 3 Malik mengambil masa 4 minit untuk mencuci satu tingkap. Dia ingin tahu berapa minit yang akan digunakan untuk mencuci 8 tingkap. Kumpulan 4 Yacob suka pergi ke muzium dan boleh menghabiskan masa selama 2 jam di sana. Dia akan mengambil masa 45 minit untuk melihat lukisan dan 50 minit untuk melihat ukiran pasu. Berapa minit lagi yang tinggal untuk dia melihat pameran barangan purba? Ketua Kumpulan bentangkan dapatan. Kumpulan menceritakan dapatan dan ulasan mereka.
Apakah masalah nya? Sebut dan tuliskan. Fikirkan bagaimana kamu nak menyelesaikan masalah itu. Rancang, Sebut dan tuliskan.
Tindakan
Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.
Kumpulan 5 Latif menulis nota untuk ibunya. Dia mengambil masa 68 saat untuk mencari pen, 42 saat untuk mencari kertas dan 41 saat untuk menulis nota nya. Adakah masa yang diambil oleh Latif untuk menulis nota tersebut melebihi 3 minit? Tunjukkan cara kamu mendapat jawapannya. Murid mempersembahkan hasil tugasan. Murid membuat penilaian dan perbandingan di antara kumpulan : Murid menilai kerja kumpulan lain dan memberi markah.
Bagaimana cara murid mendapat jawapan? Kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan banyak cara. Adakah cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapat jawapan dengan lebih cepat? Adakah cara yang kamu lakukan dapat menyelesaikan masalah yang diberi? Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?
Pentaksiran
Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja 2 Guru melihat bagaimana murid menjawab soalan sambil membimbing.
Nilai dan Sikap
Bekerjasama semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sifat kepimpinan semasa pembentangan. Keselamatan di jalan raya. Menghargai rakan-rakan.