rph katak
DESCRIPTION
TH1TRANSCRIPT
Matapelajaran : Dunia Seni Visual
Tahun : 3 Anggun
Tarikh : 8 September 2015
Hari : Selasa
Masa : 12:15 t/hari – 1:15 petang (60 minit)
Bidang : Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti : Origami
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Katak
Jenis-jenis Media : Alat : gunting
Bahan : Kertas warna, gam
Bahan Bantu Belajar : Contoh topi dan origami
EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi serta TMK
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
1. Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada
pada origami.
2. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan origami.
3. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik dalam penghasilan origami secara kreatif.
4. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan
menumpukan pada aspek bahasa seni visual.
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta
ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semulajadi atau objek buatan
manusia dalam penghasilan origami.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan
media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan origami.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan
origami.
4. Aplikasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Ruang – nyata
3.1.2 Prinsip Rekaan
3.1.2.1 Kepelbagaian – bahan dan warna saiz
3.1.2.2 Ritma dan pergerakan – objek
3.2 Aplikasi Seni
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat- gunting
3.2.1.2 Bahan – Kertas warna, gam
3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya
3.2.2.1 Teknik – lipatan dan guntingan
3.3 Ekspresi Kreatif
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan origami
3.4 Apresiasi Seni
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dan proses penghasilan karya
3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
Persepsi Estetik (5 minit)
1. Murid dikehendaki bersedia dan
memberi perhatian kepada guru
untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.
2. Murid ditunjukkan lirik lagu “Bangau
Oh Bangau” di hadapan kelas.
3. Murid dikehendaki menyanyikan
lagu tersebut secara beramai-ramai
bersama guru.
4. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang lagu tersebut.
5. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan aktiviti seni yang akan
dijalankan.
Lagu – “Bangau Oh Bangau”
Soalan :
1. Binatang apakah yang tidak
berkaki dalam lagu tersebut?
- Ular
2. Apakah makanan ular?
- Katak
Nilai : Menghargai flora
dan fauna
Strategi : Rangsangan
Kaedah : Komunikasi dua
hala
Aplikasi Seni (10 minit)
1. Murid mendengar penerangan guru
mengenai aktiviti membuat dan
membentuk origami katak yang akan
dijalankan.
2. Murid melihat contoh origami katak
yang ditunjukkan oleh guru.
3. Murid melihat alat dan bahan yang
ditunjukkan oleh guru untuk
membuat dan membentuk origami
katak.
4. Murid mendengar penerangan
langkah-langkah penghasilan
diorama oleh guru.
5. Murid diberi peringatan tentang
aspek keselamatan yang perlu diberi
perhatian.
Alat & bahan:
- Kertas warna, gunting,
gam
Langkah – langkah :
Kaedah : Berpusatkan
guru
Strategi : Penerangan
Nilai : Keselamatan,
Kebersihan, Kerjasama
Melipat kertas kepada dua bahagian.
Melipat ke bahagian tengah mengikut garisan terputus.
Bahagian kedua juga dilipat ke bahagian tengah.
Garisan terputus segitiga dilipat ke bahagian atas.
Terbalikkan kertas, garisan terputus segi tiga dilipat ke bahagian bawah.
Lukiskan mata.
Ekspresi Kreatif (30 minit)
1. Murid menyediakan alat dan bahan
yang dibawa sendiri.
2. Murid diedarkan bahan-bahan yang
akan digunakan untuk menghasilkan
origami katak.
3. Murid diarahkan untuk memulakan
proses menghasilkan origami katak
mengikut langkah-langkah yang
telah ditunjukkan oleh guru.
4. Murid diberikan peringatan supaya
menggunakan peralatan dengan
berhati-hati dan menjaga
kebersihan.
5. Murid menghasilkan origami katak
dengan bimbingan guru.
Strategi : Berpusatkan
murid
Kaedah : Bimbingan
EMK : Kreativiti
Keusahawanan
Nilai Murni : Bersungguh-
sungguh, tekun,
Kerjasama, Berhati-hati
Apresiasi Seni (10 minit)
1. Murid mempamerkan karya maisng-
masing kepada guru.
2. Guru memilih karya terbaik untuk
dipamerkan di hadapan kelas.
3. Murid membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dengan bimbingan
guru.
Penerapan :
Unsur Seni
Prinsip Rekaan
Nilai : Kreativiti,
Kekemasan
Penutup (5 minit)
1. Murid menyanyikan lagu Bangau Oh
Bangau sebagai penutup aktiviti.
2. Guru membuat rumusan pelajaran
dan menerapkan nilai.
3. Murid membersihkan kelas.
- Nyanyian lagu.
- Rumusan aktiviti.
Nilai : Kerjasama,
Kreativiti