rph azan dan iqamah.docx
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
1/28
: :::
: :5
:7 3172(:1.21-1.21(01:40: :-
:
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
2/28
::""
.LCD
::-7-3-2-
:/
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
3/28
/(2)
.- -.-.-
-.
:--
:-
(5
)
- -
- .- .- .- .-
:-- :--LCD
:-
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
4/28
. 7(75
(
: .:
- .- .-
.-
" " .
- .
: * **
:***LCD
*:
*- *
3:
.:
- .: *
*
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
5/28
(75
(
- ..-
.- " "
.- .
*:
***LCD
*:
**-
*
3(75
(
:
.
-
.-
:-
-:
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
6/28
.- .-
. - .
---LCD
""-:
--
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
7/28
(
)
-:7
.3
2.
- :1 3
3
-
.
-
.
:* *:***
.1.............................................................................................
.............................................................................................
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
8/28
.............................................................................................
.........................................................
....................................................................................
.2.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
................................................
.3.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................................................................
2.0 Huraikan langkah-langkah rekabentuk pengajaran Model ASSURE berasaskan penggunaan
media pengajaran di atas.
2.1 - Pengenalan
Pendidikan adalah asas utama dalam pembangunan sesebuah negara. Justeru itu,
pengurusan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus dipertingkatkan untuk
memastikan seseorang guru itu dapat mencapai kompetensi dalam pengajarannya. Hasil
daripada kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang teknologi pengajaran dan
pembelajaran mendapati model ASSURE adalah model yang paling baik dan sesuai digunakan
dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka bentuk pengajaran dalam
bilik darjah.
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
9/28
Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi
memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada
pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan
perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses
pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985)
yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan
ianya perlu disusun secara berperingkat-peringkat.
Model ASSURE menumpukan kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar
dalam bilik darjah. Model ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan
media dalam bilik darjah masing-masing. Dengan kata lainnya, model ASSURE ini sangat
berguna kepada guru dalam proses menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi
setiap mata pelajaran.
2.2 - Langkah-Langkah Rekabentuk Pengajaran Model ASSURE Berasaskan Penggunaan
Media Pengajaran
Maklumat yang kami perolehi sebagai guru Pendidikan Islam Tahun 5 Mawaddah dan
pengalaman sedia ada kami sebagai guru dengan pelajar ialah seperti berikut :
: :
: :5
:40: : "".LCD
2.2.1 Analyse Learners - Analisis Pelajar
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
10/28
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis murid. Proses ini dilakukan
bagi memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar digunakan dan dilaksanakan
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam situasi pembelajaran yang
sebenar. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan kepada aspek-aspek berikut:
i. Ciri-ciri Umum Pelajar
Pemilihan media yang dibuat iaitu video klip azan adalah sangat bersesuaian dengan ciri-ciri
umum pelajar berdasarkan kepada umur pelajar tahun lima sekolah rendah iaitu sebelas tahun.
Sukatan dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran dirangka untuk semua pelajar tahun
lima samada lelaki mahupun perempuan. Bagi melaksanakan aktiviti ini, pemilihan kaedah
pengajaran menggunakan media berbentuk power point dan video pendek berkenaan topik
yang diajar iaitu Azan dan Iqamah dijangka dapat membantu pelajar memahami isi kandungan
pengajaran dengan lebih jelas melalui video berkenaan. Pelajar juga secara tidak langsung
akan tertarik dengan tajuk pengajaran yang akan disampaikan pada hari berkenaan kerana
penggunaan media dan reka bentuk pengajaran yang menarik. Penggunaan media sebagai alat
bantu mengajar (ABM) ini penting bagi pemahaman pelajar sebelum amali azan dan iqamah
sebenar dilakukan. Ini dapat memudahkan dan melancarkan lagi tugas-tugas guru sebagai
pemudah cara.
ii. Pengetahuan / Pengalaman Sedia Ada
Pengetahuan sedia ada pelajar ini termasuklah pengalaman atau pemahaman yang diperolehi
hasil daripada penceritaan atau pembacaan pelajar itu sendiri. Analisis pengetahuan atau
pengalaman sedia ada murid akan dapat membantu guru dalam penyediaan yang lengkap dan
lebih sistematik dalam proses pengajaran pembelajaran. Guru boleh memperolehi dan
mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada murid daripada ujian ataupun interaksi bersama
mereka.
Sebelum pembelajaran dilakukan, guru menguji pelajar dengan cara menyoal pelajar mengenai
tajuk Azan dan Iqamah yang akan diajar dan disampaikan di dalam kelas. Proses ini dapat
membantu guru untuk mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan semasa pelajar
berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar mengenai azan dan
iqamah yang pernah mereka dengar sama ada di masjid ataupun di kaca televisyen. Ini dapat
membantu guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran yang paling sesuai dan kaedah
yang berkesan.
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
11/28
iii. Gaya Pembelajaran Pelajar
Melalui gaya pembelajaran pelajar, guru dapat mengenalpasti tahap keupayaan pelajar dalam
memahami konsep serta takrif Azan dan Iqamah. Setiap pelajar adalah berbeza-beza dari
sudut pemprosesan dan kecerdasan mereka menerima rangsangan maklumat yang
disampaikan. Keadaan ini akan mempengaruhi cara pelajar tersebut memproses maklumat dan
membentuk persepsi, seterusnya menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif. Tumpuan
yang lebih perlu diberikan kepada pelajar Tahun 5 Mawaddah ini yang tahap kecerdasannya
sederhana bagi memastikan semua pelajar faham maksud Azan dan Iqamah serta dapat
mengingatnya. Oleh itu, penggunaan video klip azan didalam langkah yang kedua dianggap
dapat membantu pelajar mengingati lafaz-lafaz azan dengan lebih cepat dan berkesan.
2.2.2 State Objectives - Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran mestilah spesifik iaitu jelas. Objektif utama guru bagi
tajuk Azan dan Iqamah ini ialah, pada akhir pembelajaran murid dapat ;
Aras 1 :
- Melaungkan lafaz azan dengan betul.
Aras 2 :
- Melaungkan lafaz iqamah dengan betul.
Aras 3 :
- Menyebut lafaz azan dan iqamah dengan betul.
Objektif pengajaran merupakan satu komponen yang amat penting didalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sewaktu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian, guru
wajib menyatakan objektif pengajaran yang ingin dicapai. Objektif ini boleh di semak dan
diperolehi di huraian sukatan pelajaran.
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
12/28
Walaupun pada dasarnya, merujuk kepada konsep bilik darjah yang mana guru hanya
perlu memilih bahan dan bukan membina bahan yang lebih berpusatkan kepada sistem,
pembinaan bahan ini dibina adalah disebabkan oleh faktor pelajar yang mendorong guru
berusaha sedaya upaya bagi menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, video
klip azan yang diperlihatkan kepada pelajar adalah merupakan sebagai salah satu cara untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan lebih berkesan dan efektif.
Pernyataan objektif yang jelas secara tidak langsung dapat membantu guru memilih
media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Seterusnya guru dapat menentukan langkah-
langkah dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu,
guru dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang minda pelajar.
Pada akhirnya, guru dapat membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajar.
- Siapakah yang Akan Mencapai Objektif?
Tumpuan utama yang perlu diberi perhatian ialah semua pelajar-pelajar dalam kelas
Tahun 5 Mudah di Sekolah Kebangsaan Jitra. Tumpuan yang diberi perlulah adil dan tidak
tertumpu kepada sesetengah pelajar sahaja. Guru tidak boleh bersikap pilih kasih dalam
pengajaran. Ini adalah kerana objektif yang dimaksudkan adalah berkait dengan pembelajaran
dalam bilik darjah bukan pengajaran oleh guru. Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui aktiviti
yang yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam
aktiviti tersebut.
- Bentuk Tingkah Laku Baharu
Merujuk kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam pengajarannya dalam kelas
Tahun 5 Mudah ialah melalui perkataan penegasan yang menggambarkan nilai atau nisbah
ukuran yang berjaya dicapai oleh murid bagi maksud kejelasan isi dan bahan media yang
disampaikan dan digunakan oleh guru benar-benar berkesan. Perkataan penegasan dalam
objektif guru bagi tajuk pergerakan Azan dan Iqamah ini ialah menyatakan, melaungkan dan
menyebut.
- Situasi atau Syarat Perlakuan
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
13/28
Ianya berdasarkan kepada bagaimana sesuatu objektif yang dinyatakan oleh guru pada
awal pengajarannya dapat dicapai pada akhir pembelajaran pelajar. Selepas penggunaan
media power point atau video klip Azan dan Iiqamah yang di persembahkan kepada pelajar,
pelajar seterusnya dapat memahami cara dan lafaz yang sebenar sepertimana yang
ditunjukkan dalam video Azan dan Iiqamah dan guru mengharapkan penggunaan media-
media ini lebih membantu murid untuk lebih mudah faham.
- Darjah Tahap Pencapaian Minimum Perlakuan
Jelas dinyatakan dalam huraian objektif guru yang ketiga iaitu Di akhir pembelajaran,
pelajar dapat menyatakan Pengertian Azan dan iqamah serta hukumnya. Selain itu, bagi tahap
kedua, pelajar dapat melaungkan lafaz Azan dan iqamah serta mengigantinya dan yang
terakhir, pelajar dapat menyebut jawapan Azan dan iqamah serta mengigatinya.
2.2.3 Select Methods, Media and materials - Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber
Langkah ketiga ialah penggunaan media yang dipilih dengan teliti secara sistematik dan
terancang oleh guru berdasarkan tahap pencapaian dan kecerdasan pelajar Tahun 5 Mudah
Sekolah Kebangsaan Jitra dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah satu
perancangan yang sangat baik dan sangat membantu guru dan pelajar. Proses ini memerlukan
penumpuan yang jitu berikutan faktor keadaan pelajar yang sememangnya berada pada tahap
sederhana yang memerlukan pendekatan yang lebih mudah dan ringkas dalam pengajaran dan
pembelajaran. Proses pemilihan kaedah media dan bahan sumber ini melibatkan tiga langkah
berikut ;
- Penentuan Kaedah
Kaedah yang dipilih ini adalah bersesuaian dengan pelajar Tahun 5 Mudah berdasarkan
analisis awal yang telah dibuat oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Analisis awal yang
dimaksudkan meliputi cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada mereka dan gaya pembelajaran
pelajar. Guru telah sedia maklum bahawa tidak semua pelajar-pelajar boleh membaca dan
menulis dengan baik. Maka dengan itu, kaedah pengajarana berbentuk gambar dan video
adalah merupakan satu simulasi dan tunjuk cara yang paling sesuai dengan tahap pengetahuan
dan pengalaman pelajar.
- Pemilihan Format Media
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
14/28
Format media yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
Tahun 5 Mudah ini dijangka dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan menumpukan
perhatian dalam bilik darjah. Terdapat dua format media yang dipilih dan digunakan oleh guru
iaitu power point tentang perkataan bagi lafaz azan dan Iqamah dan video Klip. Kumpulan
sasaran guru adalah pelajar Tahun 5 Mudah yang mempunyai bilangan pelajarnya seramai 20
orang.
- Pemilihan Bahan Sumber
Video Klip Azan yang telah di sediakan oleh guru digunakan sebagai bahan utama bagi
sesi penyampaian dan penerangan tajuk Azan dan Iqamah kerana ianya dapat menarik minat
pelajar dan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Video
tersebut di muat turun daripada laman sesawang Youtube dalam bentuk video berfomat FLV
untuk tayangan kepada pelajar di dalam kelas.Tiada kos bahan yang dilibatkan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ini kerana hampir keseluruhan media pengajaran bersumberkan
daripada internet. Guru hanya perlu menyumbang tenaga, keringat dan masa bagi menjadikan
fantasi itu satu realiti dan menjadi satu kepuasana bila mana objektif pengajaran guru di dalam
kelas tercapai.
2.2.4 Utilize Media and materials - Gunakan Media dan Bahan Sumber
Guru dan pelajar bersama-sama dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media
dan bahan sumber ini serta berjaya menggunakan media yang dipilih ini dengan sebaik
mungkin bagi kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran dan bagi kemudahan guru dalam
proses pengajaran. Media ini digunakan dengan cara tayangan slaid power point kepada
pelajar. Di dalam slaid power point ini, guru menyusun lafaz-lafaz azan dan Lafaz Iqamah
secara berturutan bersama maksud di dalam Bahasa melayu dan terdapat juga jawapan bagi
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
15/28
menjawab azan. Kemudiannya, pelajar akan dipersembahkan dengan satu tayangan video klip
azan yang memaparkan cara dan adab-adab ketika melaungkan azan. Tayangan video ini akan
dibuat sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dan boleh tiga kali, tetapi bergantung kepada
jangkaan masa yang telah dirancang.Selepas tayangan tersebut, guru akan memilih beberapa
orang murid untuk membuat amali azan bagi lelaki dan iqamah bagi pelajar perempuan.
Penentuan kejayaan penggunaan media dan sumber yang dipilih oleh guru serta proses
menulis refleksi bergantung kepada tindakan-tindakan awal guru sepertimana yang berikut;
2.2.4.1 Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas
2.2.4.2 Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas
2.2.4.3 Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan
2.2.4.4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber
2.2.4.5 Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar
2.2.5 require Learner participation - Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran
Penerangan pengajaran dalam bentuk media iaitu power point dan video ini
dikendalikan oleh guru sepenuhnya semasa di dalam kelas. Pelajar diajar melalui gambar-
gambar pergerakan dalam tayangan slaid power point. Pelajar dikehendaki mengikut dan
melakukan aktiviti pergerakan sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar.
Guru melibatkan pelajar dalam kelompok yang kecil dan besar bagi setiap aktiviti
termasuklah semasa sesi soal jawap dan perbincangan. Dalam erti kata lain, pelajar
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
16/28
dikehendaki melakukan pergerakan yang mudah secara berkumpulan. Ini akan membentuk
pelbagai variasi dan rangsangan yang diterima oleh pelajar.
Guru akan memberikan maklum balas terus kepada pelajarnya sebaik sahaja pelajar
berjaya melakukan pergerakan tersebut. Reaksi positif yang ditunjukkan oleh guru akan
menjamin minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dilakukan secara berterusan, bukan
untuk kelas pada hari tersebut, malahan untuk kelas-kelas yang seterusnsya juga.
Selepas tayangan video dibuat, guru akan menyoal pelajar mengenai pergerakan-
pergerakan lokomotor yang terdapat di dalam tayangan video yang berkenaan. Tayangan video
yang dibina dan dibuat oleh guru diterjemahkan kedalam bentuk slaid power point dan pelajar
sepatutnya boleh menyebut dengan jelas nama-nama pergerakan tersebut.
2.2.6 Evaluate And revise -Nilai dan Semak Semula
Guru dikehendaki menilai dan menyemak semula pengajaran yang dilakukan
oleh guru dan pembelajaran yang diterima oleh pelajarnya di dalam kelas. Pengajaran dan
pembelajaran ini mestilah seiring dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh guru dalam
menetapkan matlamat dan objektif pembelajaran. Guru membuat penilaian disepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dimana beberapa soalan ditimbulkan oleh guru dan
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
17/28
guru melihat sendiri sejauhmana keberkesanan media yang dipilih oleh guru dapat membantu
pelajar-pelajar Tahun 2 Dedikasi memahami tajuk pergerakan lokomotor.
Kelakuan atau tindak balas pelajar boleh terus diukur dan disukat oleh guru secara terus
semasa proses pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung guru dapat menangani dan
bertindak segera menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kelas semasa pengajaran
dan pembelajaran berlaku dengan cara menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan lebih
mudah difahami, serta melakukan perubahan teknik mengajar yang lebih berkesan dan
berupaya membantu pelajar supaya lebih faham bersesuaian dengan tahap pelajar itu sendiri.
Langkah akhir dalam Model ASSURE ini adalah merupakan peringkat paling penting
bagi menilai keseluruahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih, ditetapkan
dan dilaksanakan. Di sinilah refleksi sebenar akan dibuat oleh guru hasil daripada pengajaran
yang dilakukan dalam bilik darjah terhadap tahap keupayaan pelajarnya dan tahap
keberkesanan pengajarannya. Setiap tindak balas positif mahupun negatif yang ditunjukkan
oleh pelajar hendaklah dikaji secara mendalam bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran guru. Refleksi yang dibuat dapat membantu guru untuk
melakukan penambahbaikan dan seterusnya menyediakan satu set perancangan yang lebih
efisyen, efektif, tersusun dan seterusnya memperbetulkan apa-apa jua kesalahan dan kesilapan
yang telah guru lakukan di setiap peringkat proses berdasarkan kepada model ASSURE ini.
3.0 Berpandukan klip video yang dipilih, huraikan jenis-jenis shot yang dapat di saksikan dalam
klip video tersebut.
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
18/28
Rajah 1.1 Jenis-jenis shot yang biasa digunakan
Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, di mana
semua shot dirakamkan dengan teknik-teknik tertentu menjadikan setiap tangkapan yang
dilakukan kelihatan sempurna, tertib serta sesuai dengan situasi, maka telah direkacipta
berbagai-bagai jenis Shot (tangkapan) yang mempunyai rukun-rukun, spesifikasi serta syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Ukuran dan saiz (Shot) gambar serta diskripsinya adalah didasarkan kepada bentuk
tubuh manusia, contohnya seperti Head Shot,Head and Shoulder, Bust Shot, Waist Shot,
Knee Shot, dan Full-Length Shot.Shot pada dasarnya boleh dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu Wide Shot, Mid Shot dan Close-up Shot.
Jenis-Jenis Shot Berdasarkan Klip Video Azan
FLS
(Long Shot)
KS
( Knee Shot)
BUST
( Medium
Long Shot)
TS
( Thight
Shot)HL
( HipLength)
WS
( WaistShot)
ECU
( Extreme CloseUp)
C/UP
( Close UpShot)
MS
( Medium Shot)
MCU
( Medium CloseUp)
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
19/28
Rajah 3.1 Long Shot
Ketika di kawasan air terjun Ketika di dalam mesyuarat
Ketika pelajar berjalan
Long Shot bermaksud shot yang sangat jauh dan menampakkan bidang pandangan
yang lebih dekat berbanding Extreme Long Shot. Objek masih didominasi oleh latar belakang
yang lebih luas. Berdasarkan video klip azan yang telah dipilih, terdapat beberapa shot yangdikenalpasti sebagai Long Shot seperti gambar di atas. Selain itu, ia juga digunakan untuk
mengikuti ruang yang lebar atau ketika adegan berjalan cepat untuk menunjukkan dimana
adegan berada serta menujukkan tempat. Teknik ini juga digunakan untuk menunjukkan
progres dan bagaimana posisi subjek memiliki hubungan dengan yang lain.
Rajah 3.2 Knee Shot
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
20/28
Gambar Ketika di dalam Hutan
Knee shot bermaksud babak yang menampilkan bermula daripada bahagian lutut
hingga sampai ke atas kepala. Teknik ini memfokuskan pengambilan gambar yang
menunjukkan kebiasaan daripada suatu objek, sehingga keadaan objek terlihat jelas seperti
apa yang sedang dilakukannya. Teknik ini akan memaparkan tiga perempat (3/4) dari
keseluruhan objek manusia contohnya daripada hujung kepala sampai ke lutut seseorang.
Fungsi dari teknik ini ingin menyampaikan keadaan objek dengan keluasanlatarbelakang dimana objek berada. Berdasarkan Print screenvideo diatas, kelihatan dua orang
sedang berjalan di dalam hutan dan berlatarbelakangkan air terjun dan pokok-pokok besar.
Rajah 3.3 Medium Long Shot
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
21/28
Gambar ketika pembedahan sedang dijalankan
Medium Long Shot lebih dikenali sebagai shot tiga suku dan ia hampir sekali
dengan teknik makna Knee Shot. Ia biasanya diambil dalam jarak yang tidak jauh dan tidakterlalu dekat. Berdasarkan gambar Print screen di atas, kelihatan jurukamera menggunakan
Medium Long Shot untuk merakam video di dalam bilik pembedahan. Teknik ini juga bertujuan
untuk menunjukkan keadaan atau situasi keseluruhan yang turut mempunyai latarbelakang
sebagai medium penceritaan shot tersebut. Seperti gambar diatas, ianya diambil lebih dekat
berbanding teknik long shot supaya gambar lebih berfokus kepada pembedahan dan alatan-
alatan yang berkenaan.
Rajah 3.4 Thigh Shot
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
22/28
Gambar ketika Anggota JPAM menjalankan tugas
Teknik Thigh shot bermaksud gambar yang di ambil bermula daripada atas lutut
sehinggalah sampai ke hujung kepala. Kamera yang digunakan untuk merakam selalunya
mengenakan shot yang dekat seakan-akan teknik Close-Up. Namun begitu, shot ini masih
berperanan untuk menunjukkan situasi yang sedang berlaku didalam video secara keseluruhan
dan lebih dekat.
Rajah 3.5 Hip Length
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
23/28
Gambar ketika sedang solat
Teknik Hip Length merupakan salah satu teknik fotografi yang kerap digunakan oleh
jurugambar. Teknik ini memerlukan jurugambar atau jurukamera mengambil gambar daripadapunggung hingga ke kepala objek. Salah satu sebab mengapa jurukamera gemar
menggunakan teknik ini kerana hasil imej yang diperolehi akan terang dan jelas. Berdasarkan
video klip azan, terdapat satu babak yang menggunakan teknik Hip Length iaitu seperti gambar
di atas.
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
24/28
Rajah 3.6 Waist Shot
Gambar Pelajar sekolah sedang berbual-bual
Shot jenis ini menunjukkan jumlah objek persekitaran yang lebih kecil dari shot jarak
jauh (Long Shot). Kelihatan kedudukan kamera seolah-olah hampir pada subjek. Contohnya,
apabila menemuramah seseorang, shot yang diambil mestilah menunjukkan kawasan dari aras
pinggang dan ke atas.
Teknik shot ini biasanya digunakan apabila seseorang ingin melihat subjek atau objek
dengan lebih dekat lagi, ataupun bila anda perlu untuk membuat transisi antara shot jarak luas
(wide Shot) kepada shot Close-up (jarak dekat). Adalah sukar bagi penonton untuk mengikuti
transisi antara shot itu, apabila anda terus menukarkan shot dari Wide Shot kepada "Close-up
Rajah 3.7 Medium Shot
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
25/28
Gambar ketika pramugara sedang solat di dalam kapal terbang
Teknik pengambilan gambar yang menunjukkan kebiasaan daripada suatu objek,
sehingga objek dapat dilihat dengan jelas apa yang sedang dilakukannya. Teknik ini akan
memaparkan setengah dari keseluruhan fizikal objek atau manusia misalnya dari ujung kepala
hingga pinggang objek atau seseorang. Berdasarkan gambar diatas, gambar pramugara
diambil daripada bahagian atas pusat hingga hujung kepala. Di sini, objek menjadi lebih besar
dan dominan. Latar belakang masih nampak sebanding dengan objek utama.
Menurut William J. Valmont dalam bukunya yang bertajuk; Creating Videos For School
Use, A medium shot typically contains almost the entire top half of a person in the picture.
Some of the background or furniture usually shows in this type of shot, too.
Berdasarkan petikan daripada buku ini, dapat disimpulkan bahawa shot ini akan
menunjukkan latarbelakang sesuatu objek yang diambil secara dekat dan shot ini adalah shot
yang menarik dan baik untuk digunakan sewaktu individu duduk.
Rajah 3.8 Medium Close Up
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
26/28
Gambar diambil ketika individu sedang solat
Gambar ketika Muazin melaungkan Azan
Teknik pengambilan gambar yang menunjukkan dekat kepada sesuatu objek, sehingga
keberadaan objek terlihat jelas karakternya. Teknik ini akan memaparkan sebahagian dari
keseluruhan objek atau gambar yang dirakam, contohnya dari hujung kepala sampai ke dada
seseorang,
Fungsi daripada teknik ini mirip dengan Close-Up iaitu ingin menyampaikan karakter dari
keadaan objek sebenar secara lebih jelas sehingga karakter utama pada objek manusia dapat
dilihat secara nyata dan jelas oleh penonton. Contoh ini dapat dilihat pada bentuk frameyang
menceritakan ekspresi wajah seseorang yang sedang menangis, takut, terharu, tertawa serta
lain-lain.
Rajah 3.9 Close-Up
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
27/28
Gambar seseorang sedang menunaikan solat
Salah satu teknik yang agak sama dengan Medium Close-Up. Teknik ini menggunakan
pengambilan gambar yang menunjukkan shot dekat kepada sesuatu objek, sehingga
keberadaan objek terlihat jelas karakternya. Teknik ini akan memaparkan sebahagian dari
keseluruhan objek atau gambar yang dirakam, contohnya daripada ujung kepala hingga ke
dada seseorang.
Selain itu, shot dekat dan objek menjadi titik perhatian utama di dalam shot ini. Latar
belakang hanya kelihatan sedikit sahaja. Untuk objek manusia biasanya ditampilkan wajah dari
bahu sehingga atas kepala.
Menurut William J. Valmont dalam bukunya yang bertajuk; Creating Videos For School
Use, The close up shot is typically a head and shoulders shot. To avoid talking head
programmes, however, do not over use this shot, since it tends to become visually boring very
quickly. Oleh itu, shot ini sememengnya perlu didalam sesebuah video, tetapi tidak boleh
digunakan terlalu kerap hingga menyebabkan video menjadi bosan untuk ditonton.
Rajah 3.10 Extreme Close-Up
-
8/14/2019 RPH azan dan iqamah.docx
28/28
Jurugambar menggunakan teknik Extreme Close Up
Teknik Extreme Close-up merupakan Shot yang menampilkan bahagian tertentu
daripada sesuatu objek. Ciri-ciri umum yang dapat dikenalpasti melalui teknik ini adalah objek
mengisi seluruh layar dan lebih jelas perinciannya. Fungsi dari teknik ini adalah ingin
menyampaikan karakter objek secara lebih jelas dengan memfokuskan bahagian-bahagian
tertentu pada objek atau individu.
Ini bertepatan dengan pendapat William J. Valmont dalam bukunya yang bertajuk;
Creating Videos For School Use, An extreme close-up could fill the entire television screen
with a face or with a picture of just an eye, an eye, or a magnified portion of an object. Ofteninserts are extreme close-up, since an insert is design to call the viewers attention to a specific
item or action.