ringkasan penemuan
TRANSCRIPT
3
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Jadual 1 : Perangkaan utama industri petroleum dan gas asli, 2010 dan 2011
Angkubah 2010 2011 Kadar pertumbuhan tahunan,
%
Output kasar (RM bilion) 98.1 109.2 11.3
Input perantaraan (RM bilion) 11.1 16.1 45.1
Nilai ditambah (RM bilion) 87.0 93.1 7.0
Jumlah pekerja (bilangan) 12,919 13,304 3.0
Gaji dan upah (RM bilion) 2.5 2.8 11.9
Nilai harta tetap (RM bilion) 141.2 146.5 3.8
1. Pendahuluan
Penerbitan ini mempersembahkan data bagi industri perlombongan petroleum dan gas asli untuk
tahun rujukan 2011, berdasarkan Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan
yang telah dijalankan pada tahun 2012. Turut dimuatkan di dalam penerbitan ini adalah data
sekunder yang diperoleh dari Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
2. Prestasi keseluruhan
Sumbangan industri perlombongan petroleum dan gas asli kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) pada tahun 2011 adalah sebanyak 8.7 peratus (pada harga malar 2005) berbanding
9.7 peratus pada 2010. Prestasi industri petroleum dan gas asli di Malaysia bagi tahun rujukan 2011
berbanding tahun rujukan 2010 yang diperoleh daripada Banci ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 menunjukkan nilai output kasar pada tahun 2011 berjumlah RM109.2 bilion peningkatan
sebanyak RM11.1 bilion atau 11.3 peratus berbanding RM98.1 bilion pada tahun 2010. Nilai output
kasar dinilai pada harga unit di telaga. Nilai input perantaraan juga mencatatkan peningkatan
45.1 peratus pada tahun 2011. Sehubungan itu, nilai ditambah, iaitu perbezaan antara nilai output
kasar dan input perantaraan meningkat sebanyak RM6.1 bilion atau 7.0 peratus. Manakala, jumlah
guna tenaga menunjukkan peningkatan sebanyak 385 orang pekerja atau 3.0 peratus kepada 13,304
orang pekerja berbanding 12,919 orang pekerja pada tahun 2010.
4
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
3. Guna tenaga
Pada tahun 2011, industri perlombongan minyak mentah dan gas asli mencatatkan jumlah pekerja
seramai 13,304 orang. Taburan pekerja sepenuh masa mengikut kategori pekerja dan gaji & upah
yang dibayar ditunjukkan dalam Jadual 2. Pekerja pengurusan dan profesional merupakan kategori
pekerja terbesar dengan catatan sebanyak 57.8 peratus (7,696 orang) pekerja dalam tahun rujukan.
Mereka menerima gaji & upah tertinggi iaitu sebanyak RM2.2 bilion atau 77.4 peratus daripada
jumlah gaji & upah dibayar. Sementara itu, sebanyak 24.7 peratus atau 3,282 orang merupakan
pekerja teknik dan penyeliaan dan 7.2 peratus atau 958 orang adalah pekerja perkeranian dan
pekerjaan yang berkaitan.
Jadual 2 : Bilangan pekerja mengikut kategori pekerja, 2011
Kategori pekerja
Pekerja Gaji & Upah
Purata
gaji
setahun
diterima
setiap
pekerja
(RM)
Bilangan % (RM ’000) %
a. Pengurusan dan profesional
b. Teknik dan penyeliaan
c. Perkeranian dan pekerjaan berkaitan
d. Pekerja am
e. Pekerja pengeluaran/ operatif diambil
bekerja secara langsung
f. Pekerja pengeluaran/ operatif diambil
bekerja melalui kontraktor buruh
7,696
3,282
958
327
621
420
57.8
24.7
7.2
2.5
4.7
3.2
2,177,155
383,171
59,026
16,055
142,454
33,756
77.4
13.6
2.1
0.6
5.1
1.2
282,889
116,749
61,614
49,098
229,394
80,371
Jumlah 13,304 100.0 2,811,577 100.0 211,333
Nilai harta tetap yang dimiliki pada 2011 meningkat kepada RM146.5 bilion, peningkatan sebanyak
3.8 peratus berbanding RM141.2 bilion yang dilaporkan pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan modal
terbesar adalah bagi jentera dan kelengkapan yang menyumbang kira-kira 46.6 peratus daripada
keseluruhan perbelanjaan modal dalam tahun rujukan.
5
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Jantina Ijazah Lanjutan
Ijazah Universiti /
yang setaraf
Diploma / yang setaraf
STPM / yang setaraf
SPM / yang setaraf
Jumlah Di bawah SPM/SPMV
Lelaki 682 4,734 1,608 1,335 1,515 10,046 172
Perempuan 197 1,842 588 227 379 3,258 25
Bil
an
ga
n o
ran
g (
%)
Analisis guna tenaga mengikut kelulusan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Carta 1
menunjukkan bahawa kumpulan terbesar pekerja adalah daripada golongan pemegang ijazah
universiti atau setaraf dengan 49.4 peratus, diikuti oleh diploma atau setaraf, 16.5 peratus dan SPM
atau setaraf, 14.2 peratus. Dari segi guna tenaga mengikut jantina, pekerja lelaki secara signifikan
lebih dominan dalam industri perlombongan petroleum dan gas asli, dengan catatan sebanyak
75.5 peratus (10,046 orang) daripada jumlah pekerja, manakala selebihnya iaitu 24.5 peratus
(3,258 orang) adalah pekerja perempuan. Pekerja lelaki juga mendominasi industri ini pada setiap
peringkat kelulusan.
Seperti yang dipaparkan di atas, pekerja lelaki yang memiliki kelulusan ijazah universiti atau yang
setaraf adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 72.0 peratus (4,734 orang) berbanding 28.0 peratus
(1,842 orang) pekerja perempuan.
Kategori pengurusan dan profesional mencatatkan purata gaji tahunan yang tertinggi iaitu sebanyak
RM282,889 diikuti oleh pekerja pengeluaran/ operatif diambil bekerja secara langsung
(RM229,394), pekerja teknik dan penyeliaan (RM116,749) dan pekerja pengeluaran/ operatif diambil
bekerja melalui kontraktor buruh (RM80,371) seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.
6
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Sumber : PETRONAS
MMSCF: (Juta) Kaki Padu Standard
To
ng
(ju
ta)
MM
SC
F
Tahun
4. Pengeluaran minyak mentah, peluwap dan gas asli
Prestasi pengeluaran minyak mentah dan gas asli untuk tempoh 2001 hingga 2011 ditunjukkan dalam
Carta 2. Pengeluaran minyak mentah paling tinggi dicatatkan pada tahun 2004 iaitu sebanyak 279 juta
tong, menurun kepada 257 (-8.0 peratus) dan 243 (-5.2 peratus) juta tong pada tahun 2005 dan 2006.
Namun, pada tahun 2007 dan 2008, pengeluaran minyak mentah masing-masing meningkat
sebanyak 2.4 dan 1.1 peratus. Pada tahun 2009, pengeluaran minyak mentah kembali jatuh sebanyak
4.5 peratus daripada 252 juta tong pada tahun 2008. Pada tahun 2010 dan 2011, pengeluaran minyak
mentah terus menunjukkan penurunan masing-masing sebanyak 3.1 peratus dan 10.7 peratus
berbanding tahun sebelumnya. Pengeluaran gas asli pula menunjukkan peningkatan yang positif
bermula tahun 2001 dengan kemuncaknya pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, pada tahun 2009
pengeluaran gas asli menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus dan kembali meningkat
sebanyak 1.9 peratus pada tahun 2010 dengan catatan sebanyak 2,159 juta kaki padu standard
(MMSCF). Pada tahun 2011, pengeluaran gas asli terus menunjukkan peningkatan sebanyak
0.3 peratus kepada 2,165 juta MMSCF.
Produk
2009
2010
2011
Peratusan Perubahan Tahunan
Minyak mentah (juta tong) 240 233 207 (3.1) (10.7)
Gas asli (MMSCF) 2,119 2,159 2,165 1.9 0.3
2010 2011
Nota: Jumlah pengeluaran minyak mentah merujuk kepada pengeluaran minyak mentah dan peluwap, sementara jumlah pengeluaran gas asli merangkumi pengeluaran gas asli bersekutu dan gas asli tidak bersekutu.
7
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Australia, India, Thailand dan Jepun merupakan negara pembeli utama petroleum mentah dari
Malaysia pada tahun 2011. Australia merupakan pengimport terbesar petroleum mentah dari
Malaysia iaitu sebanyak 31.4 peratus. Ini seterusnya diikuti oleh India (18.8 peratus), Thailand
(16.6 peratus) dan Jepun (7.5 peratus), seperti yang dipaparkan dalam Carta 3.
Carta 3 : Eksport petroleum mentah Malaysia mengikut negara, 2011
Australia
Thailand
China
India
Negara lain
Jepun
Jumlah :
RM32.5 bilion
5. Eksport dan import produk berasaskan petroleum
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, eksport produk berasaskan petroleum (termasuk
dieksport semula) pada tahun 2011 adalah berjumlah RM117.5 bilion atau 16.8 peratus daripada
jumlah eksport Malaysia. Gas asli cecair merupakan komoditi eksport terbesar iaitu sebanyak
RM52.0 bilion (44.3 peratus) pada tahun 2011. Manakala, eksport produk petroleum mencatatkan
nilai RM33.0 bilion (28.1 peratus) dan petroleum mentah pula sebanyak RM32.5 bilion
(27.6 peratus).
Komoditi import yang terbesar pada tahun 2011 adalah import produk petroleum yang bernilai
RM32.7 bilion (57.7 peratus), diikuti petroleum mentah bernilai RM24.0 bilion (42.3 peratus).
Jadual 3: Eksport dan import produk berasaskan petroleum, 2011
Produk Eksport (RM bilion) Import (RM bilion) % %
a. Petroleum mentah
b. Produk petroleum
c. Gas asli cecair
32.5
33.0
52.0
24.0
32.7
-
42.3
57.7
-
27.6
28.1
44.3
Jumlah 117.5 56.7 100.0 100.0
Sumber : Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia
8
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
6. Eksport Gas Asli Cecair
Pada tahun 2011, negara Jepun kekal mendominasi hasil eksport gas asli cecair terbesar dari
Malaysia dengan catatan sebanyak 68.3 peratus daripada jumlah eksport komoditi ini, seperti dalam
Carta 5. Ini diikuti oleh Taiwan dan Republik Korea, masing-masing 15.5 peratus dan 11.6 peratus.
Carta 5 : Eksport gas asli cecair Malaysia mengikut negara, 2011
Jepun 68.3%
Republik Korea 11.6%
Taiwan 15.5%
Jumlah : RM52.0 bilion
Negara lain
4.6 %
Seperti yang dipaparkan dalam Carta 4, Arab Saudi dan Qatar merupakan dua negara pengeksport
utama petroleum mentah ke Malaysia, iaitu sebanyak 38.4 peratus, diikuti oleh Vietnam
(15.1 peratus) dan Gabon (12.1 peratus).
Negara lain Arab Saudi
Qatar
Carta 4 : Import petroleum mentah Malaysia mengikut negara, 2011
Jumlah :
RM24.0 bilion
Vietnam
Gabon
Emiriah Arab Bersatu
Iran
Australia
9
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
7. Harga purata bulanan minyak mentah, 2011
Carta 6 menunjukkan harga purata bulanan dan harga purata terkumpul minyak mentah yang
dicatatkan pada 2011. Harga purata bulanan bagi se tong minyak mentah menunjukkan aliran yang
tidak sekata sepanjang tahun. Harga purata bulanan minyak mentah terendah dicatatkan pada
bulan Januari 2011 iaitu sebanyak USD94.13 se tong. Harga purata minyak mentah mencapai
harga purata tertinggi pada bulan April 2011 dengan nilai sebanyak USD124.07 se tong.
8. Penggunaan ICT
Penggunaan ICT dalam industri perlombongan minyak mentah dan gas asli adalah penting kerana
ia banyak melibatkan penggunaan sistem teknologi yang tinggi dalam melaksanakan proses
pengekstrakan minyak mentah dan gas asli. Ini selari dengan maklumat yang dilaporkan dalam
Banci dengan 100 peratus pertubuhan yang menjalankan aktiviti pengekstrakan minyak mentah dan
gas asli dilaporkan menggunakan komputer, internet dan web presence pada tahun 2011
(Carta 7).
Carta 6 : Harga purata bulanan dan harga purata terkumpul minyak mentah, 2011
90
95
100
105
110
115
120
125
130
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
Harga purata bulanan Harga purata terkumpul
Sumber : PETRONAS Bulan
USD124.07
USD94.13
US
D s
e t
on
g
10
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Seperti yang dipaparkan dalam Carta 8, pertubuhan dalam industri perlombongan minyak mentah
dan gas asli 100 peratus menggunakan rangkaian intranet, rangkaian kawasan setempat dan
rangkaian kawasan luas di dalam industri ini dan hanya 50 peratus sahaja pertubuhan yang
menggunakan rangkaian extranet. Extranet adalah merujuk kepada rangkaian tertutup yang
menggunakan protokol internet untuk keselamatan iaitu berkongsi maklumat perusahaan dengan
pembekal, vendor, pelanggan atau rakan kongsi perniagaan lain.
Carta 7 : Penggunaan komputer, internet dan web presence, 2011
Carta 8 : Jenis penggunaan rangkaian komputer dalam industri perlombongan minyak mentah dan gas asli, 2011
11
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Dalam industri perlombongan minyak mentah dan gas asli, sebanyak 94.0 peratus pekerja
dilaporkan menggunakan komputer dan 68.2 peratus pekerja dilaporkan menggunakan internet
pada tahun 2011. Berdasarkan kepada Jadual 4, kumpulan pertubuhan dengan saiz pekerja kurang
daripada 1,000 orang merupakan kumpulan yang paling ramai menggunakan komputer (95.2%).
Manakala, kumpulan pertubuhan dengan saiz pekerja 1,000 orang dan lebih mencatatkan
penggunaan internet yang tertinggi iaitu sebanyak 69.9 peratus.
Pada tahun 2011, penggunaan akses internet dalam industri minyak mentah dan gas asli adalah
lebih tertumpu kepada penggunaan akses internet menggunakan jalur lebar tetap dengan catatan
sebanyak 93.8 peratus, diikuti oleh jalur lebar mudah alih (37.5 peratus) dan jalur sempit
(25.0 peratus) (Carta 9).
Jadual 4 : Kadar pekerja yang menggunakan komputer dan internet dalam industri perlombongan minyak mentah dan gas asli, 2011
Carta 9 : Jenis penggunaan akses internet dalam industri perlombongan minyak mentah dan gas asli, 2011
12
RINGKASAN PENEMUAN
PERANGKAAN PETROLEUM DAN GAS ASLI PETROLEUM AND NATURAL GAS STATISTICS
2012
Jadual 5 menunjukkan peratus pertubuhan yang membuat dan menerima pesanan melalui internet
pada tahun 2010 dan 2011. Seperti dipaparkan dalam Jadual, 37.5 peratus pertubuhan membuat
pesanan untuk pembelian melalui internet pada tahun 2010 dan 2011.
Manakala 18.8 peratus menerima pesanan barangan atau perkhidmatan melalui internet pada tahun
2011, penurunan sebanyak 6.2 peratus berbanding tahun 2010. Daripada jumlah pendapatan yang
diterima berjumlah RM28.5 bilion pada tahun 2011, RM3.7 bilion adalah nilai jualan yang diperoleh
melalui jualan internet.
Jadual 5 : Pembelian atau barangan perkhidmatan dalam industri perlombongan minyak mentah dan gas asli, 2010 dan 2011