review jurnal

3
Sumber: Ding, C & Parks, S. (2007). Fast food and body weight among adolescents. International Electronic Journal of Health Education, 10, 65-77 Pengenalan Jurnal kajian ini mengupas tentang makanan ringan dan berat badan dikalangan remaja. Pengkaji menjalankan kajian ini atas justifikasi bahawa ramai remaja di negara Amerika Syarikat (AS) mengalami masalah kegemukkan (obesiti) kerana mereka mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat banyak memakan makanan ringan dan kurang memakan buah-buahan serta sayur-sayuran. Walaupun sudah banyak kajian telah dijalankan di seluruh negara dengan menggunakan pelbagai kaedah dan sampel yang berbeza, pengkaji mendapati hanya ada satu mesej yang jelas di sini iaitu corak pengambilan makanan ringan dan manisan sangat berkait rapat dengan masalah kegemukkan dikalangan remaja. Objektif kajian adalah untuk mengkaji perkaitan antara pengambilan makanan ringan dan manisan ke atas masalah kegemukan dikalangan remaja dan bagaimana pengambilan pelbagai jenis makanan (makanan ringan serta makanan berkhasiat) dan latihan fizikal dihubungkaitkan dengan tahap pendidikan ibubapa serta beberapa pembolehubah yang lain. Pengkaji mendapati walaupun kebimbangan terhadap masalah kegemukkan dikalangan remaja meningkat, tetapi mereka kurang sedar akan kesan-kesan negatif yang lahir dari masalah ini. Metodologi Kajian ini menggunakan rekabentuk pensampelan berkelompok yang mana mempunyai tiga tahap iaitu kawasan atau mukim sekolah ( school county) sebagai tahap pertama, institusi sekolah itu sendiri sebagai tahap kedua manakala bilik darjah sebagai tahap ketiga. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sampel dikalangan remaja (gred 6 hingga gred 10) di seluruh AS dengan bilangan sampel seramai 15,686 orang pelajar. Sampel kajian telah dikategorikan kepada bangsa/etnik, lokasi tempat tinggal, gred, tahap pendidikan ibubapa dan status berat badan sama ada mereka mengalami obesiti atau tidak. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah menerusi set soal selidik yang dijalankan di dalam kelas. Masa yang diperuntukkan adalah selama 45 minit sahaja untuk melengkapkan soal selidik tersebut. Antara perkara yang diukur adalah kadar pengambilan makanan ringan, manisan, kadar pengambilan makanan berkhasiat, kadar kekerapan senaman, status berat badan, lokasi tempat tinggal dan tahap akademik ibubapa. Kesemua perkara tersebut telah diukur mengikut skala Likert. Dapatan Dapatan kajian menunjukkan bahawa kalangan remaja yang mempunyai tahap pendidikan ibubapa tidak mempunyai pendidikan dari sekolah tinggi ( no high school) dan pendidikan sekolah ( school education) mempunyai berat min tertinggi (SD=260.72). Jika dibandingkan remaja dengan bangsa/etnik, remaja berketurunan Afrika-Amerika (African-American) dilihat mempunyai berat min tertinggi (SD=130.67). Seterusnya, keputusan menunjukkan perkaitan yang tidak signifikan antara lokasi tempat tinggal dengan jenis makanan yang diambil. Apa yang menarik ialah keputusan kajian mendedahkan purata sebanyak 2 kali ganda memakan makanan ringan dan manisan serta hanya 1.12 kali ganda memakan makanan berkhasiat dikalangan remaja lelaki jika dibandingkan dengan remaja perempuan. Selain itu, kadar senaman didapati lebih tinggi apabila tahap pendidikan ibubapa semakin tinggi. Manakala remaja lelaki berkulit putih dilaporkan mempunyai kadar senaman yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan remaja dari lain-lain keturunan bangsa/etnik.

Upload: zurich

Post on 09-Jun-2015

1.345 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Review Jurnal

Sumber: Ding, C & Parks, S. (2007). Fast food and body weight among adolescents. International Electronic Journal of Health Education, 10, 65-77

Pengenalan

Jurnal kajian ini mengupas tentang makanan ringan dan berat badan dikalangan remaja. Pengkaji menjalankan kajian ini atas justifikasi bahawa ramai remaja di negara Amerika Syarikat (AS) mengalami masalah kegemukkan (obesiti) kerana mereka mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat – banyak memakan makanan ringan dan kurang memakan buah-buahan serta sayur-sayuran. Walaupun sudah banyak kajian telah dijalankan di seluruh negara dengan menggunakan pelbagai kaedah dan sampel yang berbeza, pengkaji mendapati hanya ada satu mesej yang jelas di sini iaitu corak pengambilan makanan ringan dan manisan sangat berkait rapat dengan masalah kegemukkan dikalangan remaja. Objektif kajian adalah untuk mengkaji perkaitan antara pengambilan makanan ringan dan manisan ke atas masalah kegemukan dikalangan remaja dan bagaimana pengambilan pelbagai jenis makanan (makanan ringan serta makanan berkhasiat) dan latihan fizikal dihubungkaitkan dengan tahap pendidikan ibubapa serta beberapa pembolehubah yang lain. Pengkaji mendapati walaupun kebimbangan terhadap masalah kegemukkan dikalangan remaja meningkat, tetapi mereka kurang sedar akan kesan-kesan negatif yang lahir dari masalah ini.

Metodologi

Kajian ini menggunakan rekabentuk pensampelan berkelompok yang mana mempunyai tiga tahap iaitu kawasan atau mukim sekolah (school county) sebagai tahap pertama, institusi sekolah itu sendiri sebagai tahap kedua manakala bilik darjah sebagai tahap ketiga. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sampel dikalangan remaja (gred 6 hingga gred 10) di seluruh AS dengan bilangan sampel seramai 15,686 orang pelajar. Sampel kajian telah dikategorikan kepada bangsa/etnik, lokasi tempat tinggal, gred, tahap pendidikan ibubapa dan status berat badan sama ada mereka mengalami obesiti atau tidak. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah menerusi set soal selidik yang dijalankan di dalam kelas. Masa yang diperuntukkan adalah selama 45 minit sahaja untuk melengkapkan soal selidik tersebut. Antara perkara yang diukur adalah kadar pengambilan makanan ringan, manisan, kadar pengambilan makanan berkhasiat, kadar kekerapan senaman, status berat badan, lokasi tempat tinggal dan tahap akademik ibubapa. Kesemua perkara tersebut telah diukur mengikut skala Likert.

Dapatan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kalangan remaja yang mempunyai tahap pendidikan ibubapa “tidak mempunyai pendidikan dari sekolah tinggi (no high school)” dan “pendidikan sekolah (school education)” mempunyai berat min tertinggi (SD=260.72). Jika dibandingkan remaja dengan bangsa/etnik, remaja berketurunan Afrika-Amerika (African-American) dilihat mempunyai berat min tertinggi (SD=130.67). Seterusnya, keputusan menunjukkan perkaitan yang tidak signifikan antara lokasi tempat tinggal dengan jenis makanan yang diambil. Apa yang menarik ialah keputusan kajian mendedahkan purata sebanyak 2 kali ganda memakan makanan ringan dan manisan serta hanya 1.12 kali ganda memakan makanan berkhasiat dikalangan remaja lelaki jika dibandingkan dengan remaja perempuan. Selain itu, kadar senaman didapati lebih tinggi apabila tahap pendidikan ibubapa semakin tinggi. Manakala remaja lelaki berkulit putih dilaporkan

Page 2: Review Jurnal

mempunyai kadar senaman yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan remaja dari lain-lain keturunan bangsa/etnik.

Page 3: Review Jurnal

Perbincangan

Kajian ini telah merungkai persoalan kajian bahawa remaja lelaki lebih kerap mengambil semua jenis makanan berbanding remaja perempuan. Ianya disebabkan oleh remaja lelaki mempunyai saiz badan dan keperluan kalori yang lebih besar. Bagaimanapun, perbezaan ini juga disebabkan remaja perempuan lebih cenderung untuk mengawal pemakanan dan berat badan berbanding dangan remaja lelaki. Selain itu, kemungkinan yang menjelaskan bahawa tahap pendidikan ibubapa boleh menjadi faktor perkaitan antara gaya pemakanan remaja dengan masalah kegemukkan adalah dengan ibubapa boleh menjadi contoh (role model) dan memberikan nasihat atau panduan dalam membantu anak mengamalkan gaya pemakanan secara sihat. Seterusnya, ianya satu bonus jika ibubapa mereka merupakan perunding kesihatan atau mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang ini kerana berkemungkinan besar mereka akan menurunkan ilmu/nilai tersebut kepada anak mereka. Sama seperti dalam kajian yang lain, limitasi kajian perlu diambil kira. Pertama sekali, isu masalah kegemukkan adalah isu yang sangat kompleks (kesan jangka panjang tidak dapat diketahui melalui kajian ini) dan yang kedua kajian ini menggunakan sebahagian kecil sampel daripada keseluruhan yang ada dan ianya terbatas dalam beberapa aspek. Kajian seterusnya harus menekankan kesan jangka panjang dan menggunakan sampel yang lebih besar supaya dapat mewakili keseluruhan populasi.

Ulasan / Kritikan

Walaupun data yang diperolehi tidak dapat membuktikan perkaitan sebab-musabab antara masalah kegemukkan dengan tabiat makan, tetapi ianya ada asas teoritikal bahawa peranan penting yang dimainkan oleh institusi pendidikan dalam mendorong tingkah laku yang sihat terutama sekali terhadap tahap pendidikan ibubapa. Terbukti bahawa kadar peningkatan obesiti dikalangan remaja adalah meningkat saban tahun terutama sekali dikalangan remaja berketurunan Afrika-Amerika (African-American), pendidikan yang lebih berkesan berkenaan dengan pemilihan makanan seimbang sesuatu yang sangat penting untuk setapak melangkah kehadapan dalam membimbing tabiat pemakanan remaja masa kini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini benar jika penekanan tabiat makan secara sihat dapat diterapkan dari usia muda lagi. Atas justifikasi ini, kerjasama antara institusi sekolah dan ibubapa dilihat sebagai “duet” yang hebat dalam kempen kesedaran pemakanan secara sihat sekali gus mengawal masalah kegemukkan dikalangan remaja. Pendidikan jasmani dan kesihatan menggalas tanggung jawab yang besar dalam melaksanakan program ini. Ianya harus seiring dengan arus globalisasi supaya serasi dengan pendekatan remaja masa kini dan konsisten atau berterusan melalui saluran-saluran yang sistematik seperti mesyuarat ibubapa dengan pihak sekolah, laporan berkala sekolah, aktiviti-aktiviti kesihatan dan sebagainya. Maka, dalam mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat dikalangan remaja, pencegahan dan “campur tangan” sepatutnya mencakupi pelbagai perkara yang berkaitan (isu kegemukkan) secara meluas termasuklah tahap pendidikan ibubapa itu sendiri. Memandangkan kita tidak mampu untuk “menidakkan” kewujudan makanan ringan, ibubapa sepatutnya mempunyai pengetahuan untuk cuba menerapkan tabiat makan secara sihat dan seterusnya membantu menanamkan nilai sosial yang positif serta menjadikan pendidikan jasmani dan kesihatan sebagai satu pegangan bagi remaja kerana ianya satu bidang yang luas, tidak terbatas kepada pengalaman pembelajaran di padang sekolah sahaja. Apa saja usaha yang melibatkan usaha jasmani dan berunsurkan pendidikan serta keberkesanannya diukur melalui faedah dalam pendidikan,

Page 4: Review Jurnal

fisiologi, psikologi mahupun disiplin dan semua itu memerlukan perancangan yang baik dan teliti.

Page 5: Review Jurnal

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

KURSUS

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANTR20702

REVIEW ARTIKEL

UNTUK PERHATIAN

EN. RAJA ISMAIL BIN RAJA LOPE AHMAD

DISEDIAKAN OLEH

MOHD SOBRIE BIN LAMUDINPENDIDIKAN DENGAN SAINS

HT2005-4039