resepi01

Upload: ibnu-ilyas

Post on 06-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 RESEPI01.

    1/5

    Kari Ayam Mamak

    Bahan-bahan ( seisi keluarga )1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda sukabahan a) 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.

    bahan b) 1 biji bwang bsar, dihiris2. 4 tangkai daun kari, 1 batang kayumanis, 3 kuntum bunga lawangbahan c) 2 biji tomato, 2 btg serai diketuk dan 2 helai daun pandanbahan d) 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya)dcmpur dgn 1/2 sk srbuk kunyit dan cmpur plak dngn serbuk cili kering(byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best) dangaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. seubi kentang - ikut suka byk mana3/4 santan atau susu cairbahan e) serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbukjintan manis. kuantiti, ikut yg anda sukagaram secukup rasa

    Cara-cara tumis bahan a) sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b)dan bahan c). Tumis hingga daun kari agak garing.masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mestianda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat.ni la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai n pandan tu. tumis lebihkurang 3 minit. pastikan anda masak dgn api perlahan. ni ikut petua ygjiran sya bagi tu la.masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. biarkan lebih kurang 5minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkanair mendidih.bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d) masukkan bahan e).masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup

    periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat. jdkena ikut petua la ni.bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkansantan/susu cair dan garam. mengikut kata jiran saya ni garam masuklast. tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masamenumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan nicukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempahlemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, sayabagi resepinya ye. selamat mencuba

    Kuah Kari Mamak (tak perlu santan)Bahan2 yg diperlukan:

    a) 1 bungkus rempah ikan (saya syorkan baba's)

    b) sedikit serbuk cili (kalau nak lebih kick)

    c) 5 ulas bawang merah

    d) 3 ulas bawang putih

  • 8/17/2019 RESEPI01.

    2/5

    e) 1 ulas cili merah

    f) sedikit jintan putih

    g) sedikit halba campur

    h) sedikit lada hitam

    i) daun kari secukupnya

    j) bendi/tomato

    k) ikan (sesuka hati)_________________________________________________

    Kaedahnya:

    1. Mayang (hiris) nipis-nipis bawang putih dan bawang merah.

    2. Tumbuk jintan putih dan lada hitam sehingga hancur kemudian masukkan

    bawang merah dan bawang putih untuk di tumbuk bersama.

    3. Panaskan minyak - masukan cili merah. Apabila sudah garing, masukanpula daun kari dan halba campur bersama.

    4. Masukan bahan yang ditumbuk tadi kedalam periuk. Bila hampir garingdan beraroma, masukan serbuk kari dan serbuk cili (tidak perlu dibancuhair)

    5. Sesudah semuanya hampir garing, masukan air ke dalam bekas campuranbawang dan tuang ke dalam periuk.

    6. Campurkan air asam jawa bersama.

    7. Masukan ikan dan bendi/tomato.

    8. Masak hingga mendidih.

  • 8/17/2019 RESEPI01.

    3/5

    Ayam Masak Merah

    Bahan-bahan ( 4 orang )1/2 ekor ayamsedikit garam kunyit## Bahan-bahan kisar ##

    4-5 biji cili kering1 cm halia2 ulas bawang putih1 labu bawang besar1 biji tomato-potong dadu1/2 cawan sos tomato## Bahan Hias ##1/2 biji bawang besar- potong bulatkacang hijau secukupnyaCara-cara Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.Goreng sehingga 2/3 masakTumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau.

    Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naikminyak.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaulbalikkan.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit.Kemudian padamkan api.

    Ayam Asam Pedas

    Bahan-bahan ( 5-6 Orang )Ayam 1 Ekor

    Cili KeringBawang PutihBawang MerahHaliaKunyit HidupBelancanDaun Kesum dan Asam JawaCara-cara Kisar kan bahan bahan seperti cili kering, bawang merah,bawang putih, kunyit halia dna belacan.Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan yg dikisartadi, Selepas naik bau dan cili sudah masak, masukkan ayam sehinggakeluar airnya.

    Masukkan kan air asam jawa sehingga menjadi kuah, akhir sekali masukkandaun kesum dan tunggu sampai ia betul betul masak..

    oleh: umi_e Gulai Ayam Pakistan [email protected] dengan nasi pilau pakistan tu...

    Created on : 23-12-2006

    Print

    E-mail kepada kawan

  • 8/17/2019 RESEPI01.

    4/5

    Tulis Laporan

    Bahan-bahan ( 6-8 orang )6-8 ketul ayam (biasanya Paki guna kambing TAPI umi_e tukar pada ayam

    sebab tak makan kambing)1 tin plum tomato (bukan tomato puri)1 labu besar bawang (dihiris)5 biji cili hijau (tambah ikut suka pedas)50gm daun ketumbar1 sudu makan serbuk jintan manis1 sudu makan serbuk ketumbarminyak untuk menumisgaram dan perasa secukupnyaCara-cara Bersihkan ayam terlebih dahuluBlend cili hijau bersama daun korianda/ketumbarPanaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga naik bau dan layu

    Masukkan bahan yang di blend tadi, kacau dan masukkan serbuk jintan danserbuk ketumbar. Kemudian masukkan plum tomato bersama jus nya sekali.Lepas tu baru masukkan ayam, garam dan perasa secukupnya...Masak sampai ayam empuk dengan api perlahan dan kuahnya agak pekatp/s: Resepi ini tak gunakan air atau santan

    oleh: waheedeana Asam Pedas Ayam [email protected] kegemaran gak ni...

    Created on : 07-08-2008

    Print

    E-mail kepada kawan

    Tulis Laporan

    Bahan-bahan ( sekekuarga )bahan kisar ** 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu

    * 1 labu bawang besar dan bawang putih* 2 inci halia1 ekor ayam dipotong 12 dan di bersihkansegenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air1 sudu besar halba1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus1 batang serai - diketukdaun kesum - ikut suka banyaknya1 biji tomato - di belah empat1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnyagaram, gula dan bahan perasa secukup rasaminyak untuk menumisCara-cara panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisarsehingga naik bau dan garingmasukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai ,

  • 8/17/2019 RESEPI01.

    5/5

    lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidihmasukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhirsekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2siap untuk di hidang dan dimakan