relationship between debtor and creditor from the hadith ... · 2 konsep hutang dan hukum berkaitan...

25
© koninklijke brill nv, leiden, ��7 | doi �0.��63/ ��3��969-� �340047 Al-BayĀn – Journal of Qur ʾ Ān and ḤadĪth Studies �5 ( �0 �7) 90-��4 brill.com/jqhs Relationship between Debtor and Creditor from the Hadith Perspective Hubungan Penghutang dan Pemiutang Menurut Perspektif Hadith Nor Aini Ali Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya [email protected] Nor ʿAzzah Kamri Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya [email protected] Suhaili Sarif Pensyarah, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya [email protected] Abstract Lending and borrowing are fundamental human activities. Islam generally permits such activities provided that they are based on genuine necessities and will not lead to unfavourable consequences. This article discusses the nature of lending and borrow- ing activities from the Islamic perspective and specifically in terms of the relationship between debtors and creditors. The main compilations of hadith (sunnan sittah) and related Sharah (commentaries) are referred to in a discussion and analysis of hadith pertaining to debt activities. The content analysis method, incorporating relevant ha- diths and patterns of discussion, found that borrowers are obliged to repayment ac- cording to a predetermined contract. Additionally, lenders must remain considerate to the borrowers should the latter are unable to fulfil their obligation. In conclusion, a warm relationship between both parties should be established, as lending is a benevo- lent act which guarantees the lender a considerable reward in the afterlife.

Upload: danglien

Post on 07-Apr-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

© koninklijke brill nv, leiden, ���7 | doi �0.��63/��3��969-��340047

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies �5 (�0�7) 90-��4

brill.com/jqhs

Relationship between Debtor and Creditor from the Hadith Perspective

Hubungan Penghutang dan Pemiutang Menurut Perspektif Hadith

Nor Aini AliPensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

[email protected]

Nor ʿAzzah KamriPensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

[email protected]

Suhaili SarifPensyarah, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

[email protected]

Abstract

Lending and borrowing are fundamental human activities. Islam generally permits such activities provided that they are based on genuine necessities and will not lead to unfavourable consequences. This article discusses the nature of lending and borrow-ing activities from the Islamic perspective and specifically in terms of the relationship between debtors and creditors. The main compilations of hadith (sunnan sittah) and related Sharah (commentaries) are referred to in a discussion and analysis of hadith pertaining to debt activities. The content analysis method, incorporating relevant ha-diths and patterns of discussion, found that borrowers are obliged to repayment ac-cording to a predetermined contract. Additionally, lenders must remain considerate to the borrowers should the latter are unable to fulfil their obligation. In conclusion, a warm relationship between both parties should be established, as lending is a benevo-lent act which guarantees the lender a considerable reward in the afterlife.

91

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

Keywords

Hadith – debtor – indebtedness – relationship – creditor

1 Pendahuluan

Keberhutangan merupakan satu masalah yang agak serius yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia masa kini. Berdasarkan Laporan Bank Negara, masyara-kat Malaysia berhutang sekitar RM940.4 bilion iaitu 87.9 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2014. Antara tujuan mereka berhutang adalah untuk membeli rumah, sewa beli kenderaan, pembiayaan peribadi dan kad kredit.1

Aktiviti hutang ini tidak lagi boleh dielakkan memandangkan keperluan manusia amat sukar dipenuhi tanpa terlibat dalam aktiviti peminjaman. Meskipun begitu hutang sering dilihat sinonim dengan urusan perniagaan yang diinstitusikan. Dalam urusan pinjaman antara peribadi pula, sering di-tekankan adalah hanya penyelesaian kepada hutang tersebut. Penghutang dili-hat dari perspektif yang negatif dan membebankan.

Dalam hal ini, apakah yang digariskan oleh Islam dalam memandu umatnya yang berhutang? Artikel ini cuba menyorot aktiviti penting sosial dan kema-syarakatan ini agar aktiviti ini dapat dilihat dari perspektif tabarruk dan tolong menolong sebagaimana yang disarankan melalui hadith-hadith berkaitan.

1.1 Skop dan MetodologiArtikel ini membincangkan aktiviti hutang yang merupakan aktiviti mua-malat. Hubungan yang baik digariskan melalui anjuran yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW melalui hadith-hadithnya. Perbahasan dalam artikel ini tertumpu kepada analisis konsep berkaitan hutang dalam al-Kutub al-Sittah. Hadith-hadith berkenaan hutang dalam kitab ini di kumpulkan dan difahami untuk melihat hubungan antara penghutang dan pemiutang.

Selain itu, dalam memahami hadith-hadith yang menyebutkan tentang hutang, penelitian perlu dilakukan terhadap kitab-kitab al-sharh seperti kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari yang menghuraikan hadith-hadith tersebut secara mendalam dan terperinci.2

1  Bank Negara Malaysia, Financial Stability and Payment Systems Report 2014, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia, 2014.

2  Munirah Abd Razak et al. Warna Hitam dan Kaitannya dengan Genatik dan Taraf Manusia dalam Perspektif Hadith, al-Bayān – Journal of Qurʾān and Ḥadīth Studies, 13 (2015): 47-74.

92

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

2 Konsep Hutang dan Hukum Berkaitan

Istilah hutang atau pinjaman sering digunakan untuk merujuk perkara yang sama. Ianya bermaksud pinjaman untuk penggunaan yang melibatkan pe-mindahan hak milik secara sementara objek pinjaman dari pemberi pinjam (pemiutang) kepada peminjam (penghutang). Menurut rujukan klasikal ianya mempunyai sedikit perbezaan di mana pinjaman (ʿariyah) merujuk kepada pinjaman objek yang serupa (mithly) di mana objek yang dipinjam tidak susut. Hanya manfaat objek tersebut yang digunakan oleh peminjam. Sebagai contoh meminjam kereta atau motorsikal.

Dalam kes hutang (qard), objek tersebut perlulah dari kategori yang boleh dinilaikan (qimy) kerana objek tersebut yang akan digunakan dan mungkin susut secara fizikal. Pinjaman yang melibatkan wang adalah di bawah kes ini. Meskipun begitu majoriti Ulama fiqh bersetuju bahawa hutang (qard) boleh meliputi semua jenis objek dan tidak terbatas kepada objek qimy sahaja. Ini merujuk kepada hadith:

Terjemahan: Daripada Abi Rafiʿ: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berhutang seekor unta muda daripada seorang lelaki, selepas itu Baginda SAW menerima seekor unta sedekah (zakat). Lantas meminta Abu Rafiʿ membayar semula seekor unta muda kepada lelaki tadi tetapi Abu Rafiʿ kembali sambil berkata: Aku tidak jumpa dan yang ada hanya unta rabaʾie. Baginda SAW bersabda: Berikanlah unta kepadanya. Manusia ter-baik adalah manusia terbaik dalam membayar hutang.”3

Hadith tersebut menunjukkan bahawa unta jenis bikr (unta betina muda) (qimy) boleh dipinjamkan. Dalam hal ini, lafaz istaslafa yang membawa maksud ʿmeminjamʾ dijadikan sebagai hujah pengharusan meminjam haiwan tersebut.4

Secara mudahnya, konsep hutang ini merujuk kepada aktiviti peminjaman yang meliputi segala jenis objek yang boleh dipinjamkan. Artikel ini melihat hutang dan pinjaman merupakan aktiviti yang sama di mana konsep qard dan ʿariyah dilihat sebagai konsep yang sama.

3  Maḥyuddin al-Nawawi, Ṣaḥiḥ Muslim bi Syarh al-Imām Maḥyuddin al-Nawawi, no. hadith 4048, Kitāb al-Buyūʿ, Bāb Bayʿ al-Baʿīr wa Istithnāʾ Rukūbihi. Beirut: Dār Maʿrifah, 2005, j. 11, h. 37.

4  ʿAbd al-Raḥmān bin Kamāl Abī Bakr bin Muhammad Sābiq al-Dīn Khan al-Khuḍirī al-Asyūṭī, Syaraḥ Sunan Ibn Mājah. Amman: Bayt al-Afkār al-Dawliyyah, 2007, h. 882.

93

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

Aktiviti pinjaman menurut fiqh dikategorikan sebagai aktiviti tabarruʾatau kebajikan. Oleh yang demikian, tidak ada sebarang tambahan dibenarkan. Sebarang tambahan yang ditetapkan dalam sebarang aktiviti pinjaman meru-pakan riba. Oleh yang demikian, pinjaman ribawi tidak tertakluk kepada ruang lingkup artikel ini kerana ia tidak diiktiraf oleh syarak.

Aktiviti pinjaman selaku aktiviti muamalat tertakluk kepada hukum-hu-kum yang telah ditetapkan bagi mendasari aktiviti tersebut. Secara amnya, ia diharuskan berdasarkan Ibn ʿAbbas:

Terjemahan: Daripada Ibn ʿAbbas berkata: “Aku bersaksi bahawa sesung-guhnya hutang diharuskan mengikut tempoh yang telah ditetapkan, ses-ungguhnya Allah SWT menghalalkannya dan mengizinkannya”, seterusnya Ibn ʿAbbas membaca ayat al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila di kalangan kamu berhutang secara tangguh, maka tulislah”.5

Walaupun secara keseluruhan ayat ini membincangkan tentang pengharusan hutang secara tangguh, secara tidak langsung membuktikan bahawa hutang diharuskan dalam Islam. Keharusan ini adalah untuk mereka yang berke-mampuan untuk membayar balik hutang walaupun tanpa sebab syarak bagi memenuhi keperluan yang bersifat taḥsiniyyāt iaitu meningkatkan keselesaan hidup. Contohnya berhutang untuk membeli perabot rumah. Keharusan hu-tang adalah disepakati oleh keseluruhan ulama empat mazhab.6

Hukum berhutang akan menjadi sunat sekiranya keperluan kepada hutang bersifat ḥājiyyāt. Contohnya berhutang bagi memenuhi keperluan masyara-kat. Dalam hal ini, pemiutang adalah digalakkan melakukan amalan ini kerana Allah SWT telah menyediakan balasan yang baik.7 Firman Allah SWT:

Terjemahan: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah SWT sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) agar Allah

5  Ibn Kathir, Tafsir al-Qurʾān al-ʿAẓim. Riyaḍ: Dār Ṭayyibah, 2009, j. 1, h. 726.6  Syamsuddin al-Sarkhasi, al-Mabsūṭ. Beirut: Dār Maʿrifah, j. 14, h. 31; Mālik bin Anas al-Aṣbahī,

al-Mudawwanah al-Kubrā. Beirut: Dār Kutub al-ʿIlmiyyah, 1994, j. 3, h. 42; Abī Ishāq Ibrāhim bin ʿAlī bin Yūsuf al-Fīrūzābādī, al-Tanbih fi al-Fiqh ʿAla Madhāhib Syāfiʿi. Qahirah: Syarikah Maktabah wa Maṭbaʿah Muṣṭafa al-Bābī al-Ḥalabī wa Awlāduhu, 1951, h. 70; Abī Muḥammad ʿAbdullah bin Aḥmad bin Muḥammad bin Qudāmah al-Maqdisī al-Jammāʾillī al-Dimasyqī, al-Mughnī. Riyād: Dār ʿĀlam Kutub, 1997, j. 6, h. 432.

7  Manṣur bin Yūnus bin Idrīs al-Buḥūtī, Syarḥ Muntahi al-Irādah. Beirut: Muassasah al-Risālah, 2000, j. 3, h. 322; Ibn Qudāmah, al-Mughnī, j. 6, h. 429.

94

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

SWT melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda? Dan (ingat-lah), Allah SWT jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.8

Ayat ini merujuk kepada pemberian ini dilakukan kepada orang yang me-merlukan.9 Daripada ayat ini dapat difahami bahawa pemberian yang dimak-sudkan tidak khusus kepada jihad semata-mata, namun ianya adalah umum untuk keseluruhan pemberian termasuklah hutang.

Walau bagaimanapun, hukum aktiviti ini berbeza sekiranya boleh men-datangkan keburukan. Bagi pihak penghutang, haram apabila berniat meng-gunakan hutang untuk melakukan perkara yang haram atau perkara yang membawa kepada keburukan (mafsadah). Bagi pihak pemberi hutang pula, haram baginya untuk memberikan hutang apabila mengetahui penghu-tang akan menggunakannya untuk perkara-perkara yang haram. Contohnya minum arak, judi, memberikan rasuah ataupun membazir. Haram juga huk-umnya apabila berhutang disertai dengan syarat ataupun manfaat sampingan berdasarkan kepada kaedah fiqh:

�هو ر���ب�ا���ب�ا ���� �ب�ر �����ه� ��� �

ك�ل ����ب�ر��

Semua hutang yang membawa kepada manfaat adalah riba.10

2.1 Asas-asas HutangSecara amnya, hutang hanya boleh berlaku sekiranya asas-asas yang mendasa-ri pembentukan hutang itu berlaku. Asas-asas tersebut adalah lafaz hutang (ṣighah), objek hutang, penghutang dan pemiutang.

Ṣighah (Ījāb dan Qabul)Bagi memastikan akad hutang sah antara penghutang dan pemiutang, maka wajib didatangkan dengan ṣighah akad iaitu ijāb dan qabul. Lafaz ījāb yang digunakan adalah qarḍ, salaf dan semua lafaz yang membawa maksud yang sama. Contohnya, “aku memberikan hutang kepada kamu,” atau “aku mem-

8  Surah al-Baqarah 2: 245.9  Al-Ṭabari, Tafsir Ṭabari. Damsyik: Syarikah Maktabah wa Maṭbaʿah Muṣṭafā al-Bābi al-

Halabī, 1968, j. 2, h. 592.10  Maḥyuddin al-Nawawī, Rawdah al-Ṭālibin wa ʿUmdah al-Muftīn. Beirut: Maktabah al-

Islāmī, 1991, j. 4, h. 34; Muḥammad Muṣṭafā al-Zuḥaylῑ, al-Qawāʾid al-Fiqhiyyah, wa Taṭbīqātuha fī Madhāhib al-Arbaʿah. Damsyik: Dār al-Fikr, 2006, j. 1, h. 654.

95

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

berikan harta ini secara hutang,” atau “milikilah harta ini dengan niat untuk memulangkan kembali,” atau lafaz “ambillah harta ini, setelah selesai meng-gunakannya kamu pulangkan kembali.”11

Lafaz qabul pula adalah kesemua lafaz yang memberi maksud reda dan menerima. Contohnya, “aku terima,” atau “aku meredhainya,” atau kesemua lafaz yang membawa maksud terima hutang daripada pemberi hutang.12 Majoriti ulama setuju bahawa kontrak ini perlu berlaku meskipun ada bebera-pa ulama yang berpendapat memadai hanya ījāb sahaja.13

Penghutang dan Pemiutang (Pihak Terlibat)Ulama bersepakat bahawa syarat untuk menjadi pemberi hutang hendaklah berkelayakan untuk memberikan sumbangan (ahl al-tabarruʿ) iaitu merdeka, baligh, berakal dan baik.14 Manakala penghutang pula, mengikut pendapat maẓhab Syāfiʿi, perlu mempunyai keahlian muamalat (ahliyyah al-muʿāmalah)15 iaitu merdeka, baligh, berakal, kanak-kanak yang mumayyiz. Pada pandangan Hanbali, mereka juga mampu untuk dipertanggungjawabkan (tamtaʿuhu bi dhimmah). Kesan daripada syarat ini, tidak sah memberikan hutang kepada masjid dan madrasah kerana ia tidak mampu untuk dipertanggungjawabkan.16

Syarat-syarat yang dibina ini adalah berdasarkan hadith yang telah diriway-atkan oleh Saidatina ʿĀisyah berikut:

Terjemahan: Daripada ʿAisyah, daripada Rasulullah SAW telah bersabda, “Diangkat dosa bagi tiga golongan ini: orang yang tidur sehingga bangun, kanak-kanak sehingga dewasa (baligh), dan orang gila sehingga dia ber-

11  ʿAlāuddin Abī Bakr bin Masʿūd al-Kāsānī, Kitāb al-Badāʾiʿ wa al-Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al-Syarāʾiʿ. Beirut: Dār al- Kutub al-ʿArabīah, 1982, j. 7, h. 393; al-Nawawī, Rawdah al-Ṭālibin wa ʿ Umdah al-Muftīn, j. 3, h. 273; Ibn Qudāmah, al-Mughnī, j. 6, h. 430. Mālik bin Anas al-Aṣbahī, al-Mudawwanah al-Kubrā, j. 3, h. 175.

12  Al-Kāsānī, Badāʾiʿ wa al-Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al-Syarāʾiʿ, j. 7, h. 393. al-Nawawī, Rawdah al-Ṭālibin wa ʿUmdah al-Muftīn j. 3, h. 273; Ibn Qudāmah, al-Mughnī, j. 6, h. 430.

13  Al-Kāsānī, Badāʾiʿ wa al-Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al-Syarāʾiʿ, j. 7, h. 394.14  Al-Buḥūtī, Syarḥ Muntaḥī al-Irādah, j. 3, h. 323; Syamsuddin Muḥammad bin Abī al-ʿAbbās

Aḥmad bin Ḥamzah ibn Syihābuddin al-Ramlī, Niḥāyah al-Muḥtāj ilā Syarh Minhāj. Beirut: Dār Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 4, h. 224.

15  Mawsuʿah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah. Kuwait: Dār Sofwah, 1995, j. 33, h. 111.16  Al-Buḥūtī, Syarḥ Muntahi al-Irādah, j. 3, h. 323; al-Buḥūtī, Kasyf al-Qanaʾ ʿala Matan Iqna ʾ.

Riyaḍ: Dār ʿĀlam Kutub, 2003, h. 1543.

96

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

akal.” Dan berkata Hammād, “Juga bagi orang yang tidak sedar sehingga dia berakal.”17

Al-Maḥal (Objek yang Dihutangkan)Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, objek hutang boleh berbentuk ba-rangan mithliyyah dan juga qimmiyyah. Meskipun ulama berbeza pendapat, pada umumnya kedua-dua jenis objek boleh dipinjam atau menjadi objek hu-tang. Selain daripada itu, objek hutang juga perlu berbentuk material (ʿayn). Dalam hal ini, mazhab Ḥanafī dan Ḥanbalī mengatakan bahawa tidak sah hutang yang berbentuk manfaat.18 Hujah yang dijadikan asas kepada mazhab Ḥanafī kerana hutang adalah pemberian sesuatu harta yang serupa sebelum dikembalikan dengan bentuk yang sama.19 Namun, manfaat tidak diikti-raf sebagai harta kerana mengikut mazhab Ḥanafī, ia tidak boleh disimpan oleh individu dan mampu digunakan bila-bila masa (tidak seperti barang).20 Manakala hujah bagi mazhab Ḥanbalī pula kerana hutang berbentuk manfaat tidak menjadi kebiasaan dan tidak mengikut adat masyarakat ghayr maʿhūd.21

Berbeza pula dengan pandangan mazhab Syāfiʿī dan Māliki yang tidak me-letakkan syarat objek hutang hendaklah berbentuk material ataupun man-faat. Namun, berpandukan kepada konsep umum diharuskan hutang kepada semua objek yang boleh dibentuk dengan sifat, maka sah hutang manfaat se-lagi mana boleh dibentuk dengan sifat.22

Dilihat kepada ketiga-tiga elemen tersebut, hubungan antara penghutang dan pemiutang merupakan faktor penting bagi memastikan aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan. Lebih-lebih lagi, oleh kerana hutang merupakan kon-trak tabarruʾ yang menekankan ketelusan dan keikhlasan, hubungan kedua-dua pihak perlu berjalin dalam suasana baik dan muhibbah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW melalui hadith-hadith Baginda SAW telah menggariskan be-berapa panduan dan tanggungjawab serta peranan kedua-dua belah pihak.

17  Abū Muḥammad ʿAbdullah bin ʿAbd al-Raḥman bin al-Faḍl bin Bihrām al-Dārimī, Sunan Dārimī, Kitāb Ḥudud, Bāb Rufiʿa Qalam ʿan Thalath, no. hadith 2342. Riyāḍ: Dār Mughnī, 2000, h. 1477.

18  Al-Buḥūtī, Kasyf al-Qanaʾ ʿala Matan Iqnaʾ, j. 6, h. 1544; Ibn ʿĀbidīn, Radd al-Mukhtār ʿala Darri al-Mukhtār Syarh Tanwīr al-Abṣār, j. 7, h. 388.

19  Ibid, j. 7, h. 388.20  Ibid, j. 3, h. 10.21  Al-Buḥūtī, Kasyf al-Qanaʾ ʿalaMatan Iqnaʾ, j. 6, h. 1544.22  Al-Ramlī, Niḥāyah al-Muḥtāj ilā Syarh Minhāj, j. 4, h. 182.

97

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

3 Hubungan Penghutang dan Pemiutang Menurut Perspektif Hadith

Bagi pihak penghutang, terdapat beberapa tanggungjawab yang harus ditepati sebagaimana yang terkandung dalam hadith-hadith berkaitan. Berdasarkan penelitian kepada sunan sittah, terdapat banyak hadith yang menggariskan bagaimana penghutang dan pemiutang harus berperanan.

3.1 Peranan dan Tanggungjawab Penghutang Tanggungjawab menyelesaikan hutang mengikut kontrakPenghutang hendaklah melunaskan bayaran hutang secara segera. Hal ini be-gitu serius sehingga Allah SWT mengancam orang mati yang tidak membayar hutang, rohnya akan tergantung sehingga hutang tersebut diselesaikan. Secara tidak langsung ia menghalangnya daripada memasuki syurga. Kenyataan ini bertepatan dengan hadith Rasulullah SAW:

Terjemahan: Daripada Abū Hurayrah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Roh orang mukmin akan tergantung sehingga hutang dilunaskan.”23

Berpandukan kepada hadith ini, al-Sāʿātī menjelaskan bahawa roh orang muk-min akan tergantung daripada memasuki syurga sehingga hutang dilunaskan.24

Dalam hadith lain, menunjukkan kesediaan Rasulullah SAW menyegerakan pembayaran hutang tidak melebihi tiga hari iaitu:

Terjemahan: Daripada Abu Dhar berkata: Aku sedang duduk bersama Rasulullah SAW dan pada masa yang sama Baginda SAW memandang bukit Uhud lalu bersabda: “Aku tidak menyukai bukit ini diubah untuk menjadi emas, sekiranya ada padaku sedinar nescaya aku akan gunakan sedinar untuk membayar hutang tidak melebihi daripada tiga hari”. Kemudian Baginda SAW menyambung: “Sesungguhnya golongan yang mempunyai harta di dunia adalah golongan yang mendapat pahala yang sedikit kerana tidak memberikan hak harta yang sebenar kecuali orang yang menggunakan hartanya ke arah begitu dan begini (melakukan seg-ala perkara kebaikan)” – Abu Syihab memberikan isyarat dengan tangan

23  Ibn Mājah, Ṣaḥiḥ Ibn Mājah, no. hadith 2443, Kitāb al-Sadaqāt, Bāb al-Tashdīd fi al-Dayn. Riyāḍ: Maktabah al-Maʿārif li al-Nasyr wa al-Tawziʿ, 1997, j. 2, h. 279, hadith sahih; al-Dārimī, Sunan al-Dārimī, no. hadith 2633, Kitāb al-Buyūʿ, Bāb ma Jāʾa fi al-Tashdīd fi al-Dayn. Riyāḍ: Dār al-Mughnī li al-Nashr wa al-Tawziʿ, 1420H, h. 1688.

24  Ahmad ʿ Abd al-Raḥman al-Bannā al-Sāʿātī, Bulugh al-Amānī min Asrār al-Fatḥ al-Rabbānī. Jordan: Bayt al-Afkār al-Dawliyyah, t.t., h. 2333.

98

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

ke arah kanan dan kiri – “Sedikit sahaja mereka yang melakukan amalan kebaikan ini.” Rasulullah SAW bersabda: Tetaplah kamu pada tempatmu. Lalu aku melangkah beberapa langkah lalu terdengar suara, aku ingin kembali kepada Rasulullah SAW namun teringat akan perintah Baginda SAW: “Tetaplah kamu pada tempatmu sehingga aku datang.” Ketika Baginda SAW datang kepadaku terus aku bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, suara apakah yang aku dengar tadi?” Nabi SAW membalas: “Apakah kamu mendengar sesuatu?” Aku menjawah: “Ya.” Lalu Nabi SAW menjelas-kan: “Jibril datang kepadaku dan berkata: “Barangsiapa yang mati dalam kalangan umatku dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan ses-uatu, pasti diberikan ganjaran syurga.” Aku bertanya: “Sekalipun dia ber-buat begitu begini (melakukan perkara yang buruk)?” Nabi SAW menjawab: “Ya.”25

Hadith tersebut merupakan perbualan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda SAW yang menyentuh kewajipan penghutang adalah untuk menyelesaikan hutangnya.26 Menurut Ibn Baṭal lafaz, “aku tidak menyukai bukit ini diubah untuk menjadi emas, sekiranya ada padaku sedinar, nescaya aku akan gunakan sedinar untuk membayar hutang tidak melebihi daripada tiga hari.” Ia menun-jukkan isyarat agar tidak terbelenggu dengan bebanan hutang yang banyak. Kata- kata Rasulullah SAW itu adalah bukti kezuhudan Baginda SAW terhadap dunia.27

Al-ʿAynī menjelaskan bahawa lafaz, “pasti akan aku membayarnya” ber-maksud gesaan kepada penghutang agar menyelesaikan secara segera.28 Penghutang perlu sentiasa waspada terhadap belenggu dan bebanan hutang. Akibat bebanan hutang yang tidak terkawal boleh menyebabkan penghutang akan bercakap bohong dan memungkiri janji. Selain itu juga, kelakuan peng-

25  Abī Abdullah Muhammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī, al-Jāmiʿ al-Ṣaḥiḥ li al-Bukhārī, no. ha-dith 2385, Kitāb Istiqrāḍ, Bāb Man Akhadha Amwāl al-Nās Yurīdu Addāʾaha aw Itlāfaha. Qāherah: Maṭbaʿah al-Salafiyyah, 1983, j. 2, h. 171-172; Abī al-Husīn Muslim bin al-Ḥujjāj ibn Muslim al-Qusyayrī al-Nīsābūrī, Ṣaḥiḥ Muslim, no. hadith 94, Kitāb al-Zakah, Bāb Targhīb fi Ṣadaqah. Riyāḍ: Dār Ṭayyibah, 2006, j. 1, h. 442; al-Bayhaqī, Sunan al-Kubrā li al-Bayhaqī, no. hadith 20768, Kitāb al-Syahādāt, Bāb Man Tajūzu Syahādathu wa Man lā Tajūzu Min al-Ahrār. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 10, h. 319-318.

26  Syihābuddin Aḥmad Ibnu Muhammad al-Khaṭīb al-Qasṭalānī, Irsyād Sāwī ilā Syarḥ al-Bukhārī. Misr: Maṭbaʿah al-Kubrā al-Amīriyyah, 1905, j. 4, h. 216.

27  Ibid.28  Badruddin Abī Muhammad Maḥmūd bin Aḥmad al-ʿAynī, ʿUmdah al-Qāriʾ Syarḥ Bukhārī.

Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2001, j. 12, h. 320.

99

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

hutang melengah-lengahkan bayaran ketika berkemampuan adalah satu ben-tuk khianat kepada amanah.29

Di samping itu, penghutang perlu sentiasa bersedia mengembalikan barang pinjamannya apabila dikehendaki oleh pemiutang. Hal ini dirakamkan me-lalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sāid al-Khuḍrī yang berbunyi:

Terjemahan: Daripada Abi Said al-Khudri berkata: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah SAW untuk menuntut hutang yang dipinjam oleh Baginda SAW. Lelaki ini meminta dengan cara yang kasar sehingga dia berkata: Aku akan menyusahkan engkau kecuali engkau mem-bayarnya. Lantas para sahabat menegur lelaki itu, mereka berkata: Wahai Arab! Tahukah kamu dengan siapa kamu berbicara? Lelaki itu menjawab: Aku menuntut hak aku. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dia ber-hak menuntut haknya itu. Kemudian Baginda SAW menghantar pesanan kepada Khawlah bin Qays: Jika engkau mempunyai tamar, berikanlah tamar kepada kami secara hutang dan kami akan membayarkannya kem-bali. Lalu Khawlah memberikan hutang kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW membayar hutang kepada Arab Badwi dan memberinya makan. Arab Badwi itu berkata: Semoga Allah SWT memberikan balasan kepadamu atas bayaran ini. Baginda SAW bersabda: Mereka itu adalah manusia yang terpilih, setiap ummah tidak akan mulia jika orang yang lemah dalam kalangan mereka tidak mampu mendapatkan haknya kecu-ali dengan bersusah payah.”30

Hadith ini jelas menunjukkan Rasulullah SAW mengiktiraf pemiutang untuk menuntut haknya semula meskipun cara pemiutang tersebut dilihat agak ber-lebihan. Dalam kes ini, Rasulullah SAW bukan sahaja berusaha memenuhi ke-hendak pemiutang tersebut, tetapi juga memberinya makan, suatu tindakan terpuji lebih dari yang diharapkan.

Menurut ulama maksud lafaz “sesungguhnya dia berhak menuntut haknya itu” menunjukkan pemilik hak (ṣahib al-ḥaq) berhak menuntut haknya apabi-la penghutang tersebut mampu, namun tidak menyelesaikannya. Penghutang

29  Ibid, j. 12, h. 321.30  Ibn Mājah, Sunan Ibn Mājah, no. ḥadith 2426, Kitāb al-Ṣadaqāh, Bāb li Ṣāhib al-Ḥaqqi

Maqāl. Beirut: Dār al-Jīl, 1998, j. 4, h. 79, hadith sahih; Jamaluddin Abī Ḥujjaj al-Mizzī, Tuḥfah al-Asyrāf bi Maʿrifah al-Aṭraf, no. hadith 4021, Bāb Riwayat Sulaymān bin Mahrām al-Aʿmasy. Beirut: Dār Gharb Islāmī, 1999, j. 3, h. 324.

100

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

yang melengah-lengahkan bayaran walaupun mampu adalah merupakan satu kezaliman.31

Seterusnya Baginda SAW menegaskan bahawa satu ummah tidak akan mulia sekiranya mereka yang berhak sukar mendapatkan hak mereka sehingga ter-paksa memaksa dan menagih. Ulama juga menyatakan bahawa pemiutang dalam hadith tersebut yang asalnya kafir telah masuk Islam setelah melihat budi pekerti dan akhlak yang agung ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.32

Selain daripada dua hadith di atas, terdapat hadith lain yang menunjukkan kesungguhan untuk membayar hutang akan mendapat pertolongan Allah. Apabila dia berniat dan berusaha untuk membayar, namun meninggal dunia sebelum menyempurnakan bayaran, pasti Allah SWT akan menolong.33 Hal ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Terjemahan: Daripada Ubaidullah bin ʿAbdullah bin ʿUtbah bahawa Maymūnah isteri kepada Rasulullah SAW telah berhutang dan masih lagi tidak membayarnya. Lalu Maymūnah berkata: “Aku mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: Barangsiapa yang berhutang dan berniat untuk membayarnya kembali, pasti Allah SWT akan menolongnya.”34

Meskipun ulama tidak membincangkan hadith ini secara lebih terperinci, namum maksud matan hadith adalah terang dan jelas mengenai kelebihan seseorang mengambil hutang dengan niat membayarnya kembali. Allah SWT pasti akan menolong untuk mempermudahkan proses pembayaran balik.35 Ini pastinya boleh menjadi motivasi kepada penghutang agar terus berusaha

31  Al-ʿAdawī, Ihdaʾ al-Dībajah bi Syarḥ Sunan Ibn Mājah, h. 381.32  Rāid bin Ṣabri Ibn Abi ʿAlafah, Syarḥ Sunan Ibn Mājah. ʿAmman: Bayt al-Afkār al-Dawli-

yyah, 2007, h. 930.33  Muḥammad bin ʿAlī bin Muḥammad al-Syawkānī, Nayl al-Awṭār. Misr: Syarikah wa

Maṭbaʿah Muṣṭafā al-Bābi al-Halabī wa Awlāduhu, j. 4, h. 27.34  Abu ʿAbd al-Raḥman Aḥmad bin Syuʿaib bin ʿAli bin Sunān bin Baḥr al-Khurasān al-

Nasāʾī, Sunan al-Kubrā li al-Nasāʾī, no. hadith 6240, Kitāb Buyūʿ, Bāb al-Tashīl fih. Beirut: Muassasah al-Risālah, 2001, j. 6, h. 88, hadith sahih; Aḥmad bin al-Ḥusīn bin ʿAli bin Musā al-Khurāsānī al-Bayhaqī, Sunan al-Kubrā li al-Bayhaqī, no. hadith 10957, Kitāb al-Buyuʿ, Bāb Ma jāʾa fi Jawāz al-Istiqrāḍ wa Ḥusn Niyyah. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 5, h. 580.

35  Abu ʿAbd al-Raḥman Aḥmad bin Syuʿaib bin ʿAli bin Sunān bin Baḥr al-Khurasān al-Nasāʾī, Sunan Nasāʾī bi Syarḥ Jalal al-Din al-Suyuṭī wa Hasyiah Imam al-Sanadī. Beirut: Dār Maʿrifah, t.t, j. 7, h. 362.

101

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

melunaskan tanggungjawab mereka di samping berharap agar Allah memberi jalan mempermudahkan urusan mereka.

Balasan yang lebih baik kepada pemiutangHutang merupakan kontrak kebajikan yang lebih berbentuk tolong menolong. Apa yang menarik, dalam hal ini bukan hanya pemiutang yang boleh mem-buat kebajikan, tetapi juga penghutang. Penghutang amat digalakkan supaya mengembalikan barang yang dihutangkan dengan nilai yang lebih atau den-gan lebih baik. Ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abū Rāfiʿ, Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahan: Daripada Abi Rafiʿ:“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah ber-hutang seekor unta muda daripada seorang lelaki, selepas itu Baginda SAW menerima seekor unta sedekah (zakat). Lantas meminta Abu Rafiʿ membayar semula seekor unta muda kepada lelaki tadi tetapi Abu Rafiʿ kembali sambil berkata: Aku tidak jumpa dan yang ada hanya unta rabaʾie. Baginda SAW bersabda: Berikanlah unta itu kepadanya. Manusia baik adalah manusia membayar hutang dalam bentuk yang lebih baik.”36

Berdasarkan hadith tersebut, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah memulangkan semula apa yang dipinjam dengan nilai yang lebih baik. Unta betina muda (bikr) telah diganti dengan unta yang lebih matang (rubaʿiyyah). Hadith ini juga menjadi bukti bahawa objek mithliyyah juga boleh dipinjamkan.37

Meskipun pemberian balasan boleh dibuat dengan lebihan, malah sunat dilakukan. Hal ini tidak boleh dinyatakan dalam akad. Sekiranya telah din-yatakan dalam akad sehingga mewajibkan penghutang membuat bayaran yang lebih, maka ini dikategorikan sebagai riba serta diharamkan dalam Islam.

Oleh yang demikian, amalan pemberian tambahan dengan niat memberi-kan hadiah dan memuliakan pemiutang untuk mengeratkan silaturrahim adalah perkara yang baik dan diharuskan. Al-ʿAdwī menjelaskan lagi bahawa majoriti ahli ilmu iaitu Abu Ḥanīfah, Syāfiʿi dan Ahmad mengharuskan tamba-han secara mutlak iaitu tambahan hutang dibolehkan dalam bentuk bilangan

36  Al-Nawawi, Ṣaḥiḥ Muslim bi Syarh al-Imām Mahyuddin al-Nawawi, no. hadith 4048, Kitāb al-Buyūʿ, Bāb Bayʿ al-Baʿīr wa Istithnāʾ Rukūbih. Beirut: Dār Maʿrifah, 2005, j. 11, h. 37.

37  Al-Sanadī, Sunan al-Nasāʾī bi Hāsyiah al-Sanadī, j. 7, h. 336.

102

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

ataupun sifat. Manakala Mālik pula berpendapat, tambahan hutang hanya di-bolehkan pada sifat yang lebih tanpa melibatkan bilangan.38

Selain itu, penghutang disarankan agar berdoa dan memberikan pujian kepada pemiutang sebaik mengembalikan barangan hutang kepadanya. Kenyataan ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Terjemahan: Diceritakan oleh Ismaʿil bin Ibrahim bin ʿAbdillah bin Abi Rabiʿah al-Makhzūmī, daripada ayahnya daripada datuknya: bahawa Rasulullah SAW telah berhutang dengannya semasa peperangan Hunayn sebanyak 3000 atau 4000, ketika Baginda SAW membayarnya kembali, Baginda SAW bersabda: “Semoga Allah SWT memberkati kamu, keluarga kamu dan harta kamu, sesungguhnya balasan bagi orang yang memberi-kan hutang adalah pemberian dan pujian.”39

Dalam hal ini, Rasululah SAW sentiasa mendoakan pemiutang yang telah membantunya dan memuji dengan kata-kata yang manis. Hal ini penting bagi memastikan hubungan antara individu akan kekal baik dan pertolongan mudah diberikan pada masa-masa akan datang.

Jaminan terhadap hutang melalui hiwālah dan pewarisanRisiko penghutang gagal melunaskan tanggungjawabnya merupakan suatu yang harus ditanggung oleh pemiutang. Dalam hal ini, hadith menggambar-kan beberapa kaedah bagaimana mengurangkan risiko ini dan memberi jami-nan pemulangan kepada pemiutang. Kaedah tersebut adalah melalui hiwālah dan juga pewarisan.

Konsep hiwālah memberikan penghutang untuk melakukan pemindahan hutang daripada pihak penghutang kepada pihak yang ketiga (muhālu ʿalaihi). Terdapat hadith yang menceritakan tentang konsep ini:

Terjemahan: Diriwayatkan oleh Abī Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “menangguhkan bayaran hutang bagi orang yang kaya adalah suatu

38  Ṣafa al-Ḍawī Ahmad al-ʿAdawī, Ihdaʾ al-Dībajah bi Syarh Sunan Ibn Mājah, no. hadith 2424, Misr: Dār Yaqīn, j. 3, h. 380.

39  Abi ʿAbdullah Muhammad bin Yazīd al-Qazwīnī Ibn Mājah, Ṣaḥiḥ Ibn Mājah, no. hadith 2453, Kitāb al-Sadaqāt, Bāb Ḥusn al-Qaḍāʾ. Riyāḍ: Maktabah al-Maʿārif li al-Nasyr wa al-Tawziʿ, 1997, j. 2, h. 282, hadith hasan; Aḥmad bin Ḥanbal, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, no. hadith 16362, Kitāb Musnad al-Madaniyyīn, Bāb Hadith ʿAbdullah bin Abī Rabīʿah r.a. Qāherah: Dār al-Hadith, 1995, j. 13, h. 7-8.

103

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

bentuk kezaliman. Dan apabila hutang tersebut dialihkan kepada indi-vidu yang lain, maka ikutilah dia.”40

Ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hukum akad hiwālah kepada dua pandangan:

i) Majoriti fuqaha daripada Mālikiyyah, Syāfiʿiyyah dan Ḥanābilah41 sepakat apabila akad ḥiwālah mencukupi syarat yang telah ditetapkan. Maka penghutang pertama hilang tanggungjawab untuk membayar hutang dan dipindahkan kepada pihak ketiga (muhālu ʿalayh). Sehubun-gan dengan itu, pemiutang tidak ada hak untuk memohon daripada pen-ghutang pertama.

ii) Fuqaha Ḥanafiyyah42 pula berhujah bahawa tanggungjawab membayar hutang akan berpindah kepada pihak ketiga (muhālu ʿalayh) dan pemiu-tang tidak ada hak untuk memohon daripada penghutang pertama kecu-ali dalam tiga keadaan:a. Pihak ketiga meninggal dunia dalam keadaan muflis.b. Pihak ketiga (muhālu ʿalayh) menafikan dengan sumpahan dan

pemiutang tidak mempunyai bukti.c. Pihak ketiga diisytiharkan muflis oleh pihak mahkamah sewaktu

hidup.

Meskipun terdapat sedikit perbezaan dari pandangan fiqh, tidak boleh di-sangkal bahawa hadith telah menunjukkan jalan bagaimana risiko ini dapat diminimumkan. Ianya secara tidak langsung boleh menjadi mekanisme jami-nan terhadap hutang yang diberi kerana adalah tidak adil membiarkan pihak yang telah berbakti dalam keadaan tiada pembelaan.

Selain daripada hiwālah, pewarisan juga dapat menjamin pembayaran hu-tang. Apabila penghutang meninggal dunia, menjadi tanggungjawab waris

40  Al-Bukhārī, al-Jāmiʿ al-Ṣaḥiḥ li al-Bukhārī, no. hadith 2287, Kitāb al-Ḥawālat, Bāb al-Ḥawālat wa Hal Yarjiʾ fi al-Ḥawālat., j. 2, h. 139.

41  Ibn Qudāmah, al-Mughnī, j. 7, h. 56; Abī Isḥaq Ibrāhim bin ʿAlī bin Yūsuf al-Fīrūzābādī al-Shīrāzī, al-Muhaddhab fi Fiqh Imām Syāfiʿi. Beirut: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah, 1995, j. 2, h. 144; Abī al-Walīd Muḥammad bin Aḥmad bin Muḥammad bin Aḥmad bin Rushd al-Qurṭubī, Bidāyah al-Mujtahid wa Nihāyah al-Muqtaṣid. Beirut: Dār Maʿrifah, 1982, j. 2, h. 300.

42  Al-Kāsānī, Badāʾiʿ wa al-Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al-Syarāʾiʿ. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 7, h. 423.

104

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

untuk menyelesaikan hutang si mati sebelum diagihkan wasiat dan harta pu-saka. Kenyataan ini berdasarkan kepada dalil daripada ayat al-Quran berikut.

Terjemahan: Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiat-kan dan sesudah dibayarkan hutangnya . . .43

Hal ini turut dinyatakan dalam hadith Rasulullah SAW:

Terjemahan: Diriwayatkan daripada ʿAlī bahawa Rasulullah SAW telah menyelesaikan hutang, lalu bersabda: “Hendaklah menjelaskan hutang sebelum membahagikan wasiat, namun kamu mendahului wasiat sebe-lum hutang. Dan sesungguhnya bani al-Um (adik beradik lelaki perem-puan sebapa seorang atau seibu seorang) diberikan harta warisan tanpa bani `Allāt (adik beradik lelaki sebapa dan seibu) disebabkan kuatnya pertalian darah keluarga.”44

Ayat dan hadith di atas menunjukkan bahawa hutang merupakan keutamaan yang perlu dibayar oleh waris sebelum harta-harta yang ditinggal oleh penghu-tang boleh diwarisi secara sah. Keutamaan yang ditunjukkan melalui al-Quran dan hadith ini menjadi mekanisme jaminan terhadap hutang yang diberi oleh pemiutang.

Sebenarnya, tanggungjawab penyelesaian hutang yang bertunggak akibat kematian bukanlah semata-mata tanggungjawab waris malah juga masyarakat secara am. Hadith lain turut menyebut hal tersebut.

Terjemahan: Diceritakan Ibn Kaʿab bin Malik, sesungguhnya Jābir bin ʿAbdillah telah mengkhabarkan bahawa ayahnya telah terbunuh di

43  Surah al-Nisaʾ 4:12.44  Abū ʿIsā Muḥammad bin ʿIsā bin Sawrah al-Tirmidhī, Ṣaḥiḥ Sunan al-Tirmidhī, no. hadith

2122, Kitāb Waṣāyā, Bāb Ma Jāʾa Yubdau bi al-Dayn Qabla al-Waṣiyyah. Riyāḍ: Maktabah al-Maʿārif li al-Nasyr wa al-Tawzīʿ, 2000, j. 2, h. 430-431, hadith hasan; Ibn Mājah, Ṣaḥiḥ Ibn Mājah, no. hadith 2765, Kitāb Waṣāyā, Bāb al-Dayn Qabla al-Waṣiyyah, Riyāḍ: Maktabah al-Maʿārif li al-Nasyr wa al-Tawzīʿ, 1997, j. 2, h. 367; ʿAlī bin ʿUmar al-Dārquṭnī, Sunan al-Dārquṭnī, no. hadith 4124, Kitāb al-Farāiḍ, Bāb al-Ikhwah al-Ab wa al-Um wa al-Ukhu-wwah al-Ab. Beirut: Muassasah al-Risālah, 2004, j. 5, h. 153; al-Bayhaqī, Sunan Kubrā li al-Bayhaqī, no. hadith 12328, Kitāb al-Farāiḍ, Bāb al-Ukhuwwah Maʿa al-Banāt ʿAṣabah. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 6, h. 281-282.

105

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

medan Uhud sebagai syahid dan meninggalkan hutang, lalu pemberi hutang dalam mendesak agar haknya dikembalikan. Maka Jābir datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, Baginda SAW meminta agar pemberi hutang menerima tamar daripada kebun milik Jābir sebagai pembayaran hutang, namun pemberi hutang tetap menolaknya sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Tunggu sampai esok.” Keesokan harinya, Rasulullah SAW datang ke kebun pada awal pagi, Baginda SAW mengelilingi pohon-pohon kurma lalu berdoa agar dikurniakan keberkatan pada buah tamar. Maka tumbuhlah buah tamar dengan begitu banyak. Walaupun dibayar den-gan buah tamar kepada pemberi hutang namun masih lagi berbaki tamar dalam kebun untuk Jābir.45

Ulama menjelaskan bahawa hadith ini menunjukkan pengharusan pem-bayaran hutang oleh individu lain mewakili si penghutang yang telah mening-gal dunia apabila pemiutang menghalalkan hutang terbabit.46 Dalam kes ini, menurut al-Qasṭalānī kadar hutang ayah Jābir kepada seorang yahudi adalah berupa 30 cupak. Jābir sebagai pewaris berdepan dengan kesulitan apabila kebun tamar dimiliki oleh arwah ayahnya masih tidak mencukupi membayar hutang. Oleh yang demikian, Jābir mengambil keputusan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW bagi mendapatkan bantuan bagi masalah yang diha-dapinya.47 Ini menujukkan masyarakat secara amnya juga tidak boleh mem-biarkan penghutang dan pemiutang untuk terus dalam masalah mereka. Masyarakat perlu mewujudkan satu jaringan bantuan yang tertentu bagi me-nyelesaikan kekusutan ini.

3.2 Peranan dan Tanggungjawab PemiutangBerdasarkan hadith-hadith berkenaan hutang dalam kutub al-sittah, banyak juga saranan dan panduan yang ditujukan kepada pemiutang. Tolak ansur merupakan sifat penting bagi mereka sebagaimana yang dirakamkan dalam hadith:

45  Al-Bukhārī, al-Jāmiʿ al-Ṣaḥiḥ li al-Bukhārī, no. ḥadis 2395, Kitāb Istiqrāḍ, Bāb Idha Qaḍā Dūna Haqqih wa Ḥallalahu Fahuwa Jāiz, j. 2, h. 173; al-Bayhaqī, Sunan al-Kubrā li al-Bayhaqī, no. ḥadis 11347, Kitāb al-Ṣulh, Bāb al-Ibraʾ wa al-Haqiqah wa mā jāʾa fi al-Syafāʿah. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 6, h. 106.

46  Aḥmad bin ʿAlī bin Hajar al-ʿAsqalānī, Fatḥ al-Bārī. Riyāḍ: Maktabah Malik Fahd al-Waṭaniyyah, 2001, j. 5, h. 73.

47  Al-Qasṭalānī, Irsyād Sāwī ilā Syarḥ al-Bukhārī. Misr: Maṭbaʿah al-Kubrā al-Amīriyyah, 1905, j. 4, h. 220.

106

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

Terjemahan: Diriwayatkan oleh Jābir bin ʿAbdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT merahmati individu yang bertolak ansur apa-bila menjual, membeli dan menuntut hutang.48

Berdasarkan hadith tersebut, yang dimaksudkan bertolak-ansur ialah bermu-rah hati dan saling memudahkan. Dengan kata lain, seseorang itu dianggap bertolak ansur dan berlembut apabila menuntut hutang. Di samping itu, apa-bila seseorang memohon hutang, maka ia disarankan menuntut haknya secara mudah tanpa mendesak. Dalam perbahasan hadith ini juga, terdapat gesaan supaya bersikap toleransi, melaksanakan akhlak yang tinggi, meninggalkan perbalahan, tidak menyempitkan seseorang dalam menuntut hak dan mem-berikan kemaafan dalam urusan muamalat termasuk menuntut hutang.49

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahan: Daripada ʿUbaid bin ʿAbdullah, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya peniaga memberikan hutang kepada masyarakat, apabila melihat mereka dalam kesusahan, maka permudahkanlah, kerana Allah SWT pasti akan mempermudahkan urusan kami dan kamu.50

Merujuk kepada hadith ini, apabila pemiutang menuntut hutang dalam situasi di mana penghutang berada dalam kesusahan, maka pemiutang wajar mem-

48  Abī Abdullah Muhammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ Bukhārī, no. hadith 2076, Kitāb al-Buyūʿ, Bāb al-Suhūlah wa al-Samāḥah fi al-Shirāʾ wa man Ṭalaba Haqqan Falyaṭlubhu fī ʿAfāf. Qāherah: Maṭbaʿah al-Salafiyyah, 1983, j. 2, h. 81; Abi ʿAbdullah Muhammad bin Yazīd al-Qazwīnī Ibnu Mājah, Sunan Ibnu Mājah, no. hadith 2223, Kitāb al-Tijārāt, Bāb al-Samāḥah fil Bayʿ. Riyāḍ: Maktabah al-Maʿārif li Nashr wa al-Tawzīʿ, 1997, j. 2, h. 223; Abi ʿAbdullah Muhammad bin Yazīd al-Qazwīnī Ibnu Mājah, Sunan al-Baihaqī, hadith no. 10978, Kitāb al-Buyūʿ, Bāb Al-Suhūlah wa al-Samāḥah fi al-Syirāʾ wa al-Bayʿ wa man Ṭalaba Ḥaqqan Fayaṭlubhu fī ʿĀfāf. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 6, h. 585; Muḥammad bin Ḥibbān bin Aḥmad bin Hibbān bin Muʿadh bin Maʿbad al-Tamīmī, Ṣaḥīḥ Ibnu Hibbān, no. hadith 4903, Kitāb al-Buyuʿ, Bāb Dhikru Taraḥḥumillah Jalla wa ʿalā al-Masāmiḥ fi al-Bayʿ wa l-Shirāʾ wa al-Qabaḍ wa al-Iʿṭāʾ. Beirut: Muassasah ar-Risālah, j. 11, h. 267.

49  Ahmad ibn ʿAli ibn Hajar al-ʿAsqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari. T.T.T: Dar al-Raiyan li al-Turath, 1986.

50  Abī ʿAbdullah Muhammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ Bukhārī, no. hadith 2078, Kitāb al-Buyū, Bāb man Anẓara Muʿsiran. j. 2, h. 82. Abū al-Hasan Muslim bin al-Hajjāj, Ṣaḥīḥ Muslim, no. hadith 1562, Kitāb al-Musāqah, Bāb al-Faḍlu min al-Muʿāsir., h. 735.

107

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

permudahkan tuntutan hutang. Maksud mempermudahkan ialah menang-guhkan atau melanjutkan tempoh pembayaran. Pemiutang juga tidak boleh mengambil tindakan kekerasan. Ini mengelakkan masalah yang lebih besar.51

Sekiranya penghutang masih lagi tidak mampu untuk menjelaskan huta-ng mengikut masa yang telah ditetapkan, maka Islam memberikan alternatif iaitu menyarankan pemiutang supaya mengurangkan jumlah bayaran hutang. Saranan ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Kaʿab bin Mālik:

Terjemahan: Diceritakan oleh Abdullah bin Kaʿab bin Mālik bahawa Kaʿab bin Mālik telah memohon kepada Ibnu Abī Hadradi membayar hutang pada zaman Rasulullah SAW di dalam masjid, kedua-duanya telah meninggikan suara sehingga didengari oleh Rasullulah SAW yang sedang berada di dalam rumah. Baginda SAW keluar sehingga terbuka tabir rumah Baginda SAW, lalu Rasulullah SAW memanggil Kaʿab bin Mālik: Wahai Kaʿab, lalu beliau membalas: Aku menyahut panggilanmu wahai Rasulullah SAW, Baginda SAW mengisyaratkan tangannya ke arah Kaʿab supaya mengurangkan setengah daripada hutang. Kaʿab membalas, aku menuruti apa yang disuruh olehmu wahai Rasulullah SAW. Seterusnya Baginda SAW bersabda: Wahai Ibnu Abī Hadradi, jelaskanlah hutangmu.52

Hadith tersebut memaparkan kes pertikaian berkenaan hutang antara sahabat Rasululullah SAW. Dalam kes ini, Rasulullah SAW menyuruh pemiutang supaya mengurangkan sebahagian kadar hutang yang didakwa olehnya. Ini menun-jukkan proses perdamaian atau sulh harus dijalankan sekiranya wujud perti-

51  Ahmad ibn ʿAli ibn Hajar al-ʿAsqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari.52  Abī ʿAbdullah Muhammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ Bukhārī, no. hadith 471, Kitāb al-

Ṣalah, Bāb Rafʿi al-Ṣauṭi fi al-Masājid, j. 1, h. 168; Abū al-Hasan Muslim bin al-Hajjāj, Ṣaḥīḥ Muslim, no. hadith 1558, Kitāb al-Musāqah wa al-Muzājaʿah, Bāb Istiḥbāb al-Waḍʿu min al-Dain, h. 732; Abi ʿAbdullah Muhammad bin Yazīd al-Qazwīnī Ibn Mājah, Ṣaḥīḥ Sunan Ibnu Mājah, no. hadith 3595, Kitāb al-Aqḍiyyah, Bāb fi al-Ṣulḥi, Muhammad Naṣiruddin al-Bānī mengtakhrijkan hadith ini adalah ṣaḥīḥ. Riyāḍ: Maktabah al-Maʿārif li Nashr wa al-Tawziʿ, 1998, j. 2, h. 395; Muḥammad bin Ḥibbān bin Aḥmad bin Hibbān bin Muʿadh bin Maʿbad al-Tamīmī, Ṣaḥīḥ Ibnu Ḥibbān, no. hadith 5048, Kitāb al-Buyūʿ, Bāb Dhikru ma Yustaḥabbu li man Tanāzaʿ Huwa wa Akhūhu Muslimu fi Dainin an Yaḍaʿa Mūsiru baʿḍa Dainihi li Muʿsiri. Beirut: Muʾassasah ar-Risālah, j. 11, h. 427-428; Aḥmad bin al-Ḥusīn bin ʿAli bin Musā al-Khurāsānī al-Baihaqī, Sunan Kubrā al-Baihaqī, hadith no. 11346, Kitāb as-Ṣulh, Bāb Ṣulh al-Ibrāʾ wa al-Haṭīṭah wa mā jāʾa fi ash-Shafāʿah fi dhalika. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003, j. 6, h. 105.

108

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

kaian antara penghutang dan pemiutang. Hadith ini boleh ditafsirkan dalam dua keadaan. Mungkin pertikaian mereka berdua adalah mengenai kadar hutang. Pemiutang mendakwa kadar hutang yang lebih tinggi daripada kadar yang didakwa oleh penghutang. Justeru, perdamaian tersebut dilakukan den-gan sebab pengingkaran tersebut.

Selain itu, boleh juga ditafsirkan pertikaian itu adalah mengenai perluna-san hutang pada tempoh yang ditetapkan ataupun tidak. Sedangkan mereka masih sepakat tentang kadar asal hutang.

Lafaz (ه� �������� ����ا pula merupakan perintah dalam konteks kewajipan. Ini (������م kerana apabila pemiutang mengurangkan hutang secara sukarela, maka pen-ghutang mestilah menyegerakan hutangnya supaya tidak berlaku dua perkara ke atas pemilik harta iaitu pengurangan dan penangguhan.53 Ini penting kera-na pengurangan disertai dengan mempercepatkan pembayaran boleh menye-babkan implikasi riba.

Sekiranya penghutang masih lagi tidak berkemampuan untuk menjelaskan hutang, maka digalakkan menghalalkan sahaja hutang tersebut. Galakan bagi pemiutang menghalalkan hutang terdapat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

Terjemahan: Daripada Abi Hurairah, kata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menangguhkan tempoh melunaskan hutang orang yang dalam kesempi-tan atau melepaskan bebanan hutangnya, nescaya Allah melindunginya pada hari Qiamat.54

Hadith ini jelas menunjukkan Allah akan memberikan ganjaran yang besar bagi pemiutang yang memberi penangguhan kepada penghutang atau meng-halalkan seluruh atau sebahagian hutang miliknya.55 Sifat ini amat mulia teta-pi amat sukar untuk dilaksanakan. Tidak hairanlah kenapa Allah menjamin perlindungan kepada mereka yang mampu melaksanakannya.

53  Muhammad bin Ali al-Syaukani, Nail al-Awthar, c. 1 T.T.T: Dar al-Hadith, 1993.54  Abu ʿIsa Muhammad bin ʿIsa bin Surah, Sunan al-Tirmidhi (al-Jamiʿ al-Sahih), Kitab al-

Buyuʿ ʿan Rasulillah salla allahu ʿalayhi wassalam, Bab ma Jaʾa fi Inzor al-Muʾsir wa al-Rifq bihi, no. hadith 1306.

55  Muhammad ʿAbd al-Rahman bin ʿAbdul Rahim al-Mubarakfuri, Tuḥfah al-Ahwazi bi Syarh Jamiʿ al-Tirmidhi, Kitab al-Buyuʿ ʿan Rasulillah salla allahuʿ alayhi wassalam, Bab ma Jaʾa fi Inzor al-Muʾsir wa al-Rifq bihi, no. hadith 1306, Beirut: Dar Kutub al-ʿIlmiyyah.

109

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

4 Taburan Hadith Berkaitan Hubungan antara Penghutang dan Pemiutang

Berdasarkan taburan dalam Jadual 1, didapati hadith berkenaan hutang berjumlah 13 buah hadith yang diriwayatkan dalam kutub al-sittah. Hadith ini menyentuh pelbagai kes dan peristiwa. Melalui pengamatan, hadith-hadith yang menceritakan berkenaan penghutang lebih banyak berbanding hadith tentang pemiutang. Ini menunjukkan tanggungjawab penghutang lebih berat dan perlu diberi penekanan. Ini bukanlah suatu yang tidak dijangka kerana penghutanglah yang mendapat faedah dan perlu membayar semula.

Jadual 1 Taburan Hadith berkaitan Hubungan Penghutang dan Pemiutang dalam Kutub al-Sittah

Aspek Hadith B M IM T AD N

�ه�ل��ل ى ا

��ل

�ه - ����ب�ل��ل ا

ر��سول

ل �ا

: ����ب

ل �ا

���ب�ر��، ����ب

ر

��ى� ��

أ �ع��� ا

ى��

����ب�ه، ���ب�

��� ���د

�ه�

�ه��ب���ل �م�ع

���موأ�م����ل ا

��� �ب� م -:»�����ه���ل ����ب�ه و����ب

ع���

ى �ع����ب�ه«������������

• •

Penghutang��ى��ل����ب� ا

ع

��� ���ب�����ب�

: �ل�

ل �ا

�ه �ع����ب�ه، ����ب

�ل��ل ا

ى���� ر

ر

��ى� ��أ �ع��� ا

ا - �د

���بأى� ا

��

�ر - �����ب� ��������بأ�ا ا

���ب

م، �����ل

��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

����ب

�ى� ��ث �ع����ب�د����ب�ا، �����م�ك

�ه لى� ��

ل

و�ح�ه ��

���ب

أ ا

��� ���ب�

أ: »���ب�ا ا

ل �ا

����ب

». . . ، �ث � �ث�لا

و����

ر �������ب�ا �م����ب�ه �

• •

��ى��ل����ب� ى ا

ل اأ

��ى� را

�ع

أء ا �ا

�ب ��� :

ل �ا

، ����ب

ر�ى�

�د

�ل�ح��ب ��ى� ��س�ع����ب�د ا

أ �ع��� ا

����د ������ث ����ب�ه، ����ا

�� ع��� �ا

����ب�ا ك

���� � �ا �ب ���� ���ه��ا

���

م��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

����ب

. . . ، ى��� ��م�����ب�

ا ��������ل اأ

���ك

����

�ع�ب

���ر

���ب

أ�ه: ا

�ل

ل �ا

ى ����ب

��

����ب�ه، ���ب�ع���

و�� �م�م����مو���ب�ه� ر�

��أ �ع�م�����ه�، ا

���ه ��

�ل��ل �ع����ب�د ا

���ه ��

�ل��ل �ع��� �ع�م�����د ا

�ا: ���ب�ا

�ه�ب

���

����ب�ل، ������ه� ������ ا

����د ������ ا

م��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

����ب��ى��ل����ب� ا

ء؟، . . . �اك و����ب

�ع����ب�د

��� ����ب��������ب����� و�ل ����د �������� ، ���موأ�م����ب�����

�ل ا

�م

أا

110

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

Jadual 1 Taburan Hadith berkaitan Hubungan Penghutang dan Pemiutang dalam (cont.)

م��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

�ه ����ب�ل��ل ا

ر��سول

��أ�ب�ع " ا

��� ��ى� راأ �ع��� ا

�م���

�ل���ب ����ب�ه اأ

�م��� ع��� �د را ، ������ه��ب

�ل ����ل

�ب ���

�� �م��� ر

���ل ��س��م�����ب ا

�ه� . . .����ب

�د

������ �ل ا

���ب اأ

• • • • •

Penghutang

��ث����ب�ا��ى� -ح�د

�ل����ب� ا

��أ�: ا

�د

�ب �������ب�ه �ع��� ���

أ، �ع��� ا

ومى� ����������ر�

�ل ا

�ه�

��������ب��ى� ر

أ ا

���ه ��

�ل��ل �ع����ب�د ا

���ه����ب��م �� را

�� اأ

���ع����ل �� ������م�ا اأ

ا �ر�

�ب ����� �ع� �� �م����ب�ه ���ب��س��م�����ب���ل م - ا

��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

����ب

�ا

�ه�ب �ا �������� �م �د

�ا ����ب

���ب

�ب�ا، �����ل ���ه�

�لأ����� ا �����ب

ر

أو ا

أ����� ا

�ث �����م�����ب�ا �ث�لا��

. . . ،� �ا

���ب اأ

• •

ى��ل

�ه ����ب�ل��ل ا

ر��سول

��أ�ه �ع����ب�ه: ا

�ل��ل ا

ى�������ب�ر�� ر

ر

��ى� ��

أ �ع��� ا

�������ب�ع

أا ا �� �اأ

م، ����ب

��ل �ب ��

ى���

�ب� �ل��� ا

�ل : »�م����ب

ل �ا

����ب

م��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ا

»ع

����ب���م����������

ى ���ب��لى�

��ل

�م �ع�ب

ح�د�ل

أا

• • • • • •

م:��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

����ب�د

ى م�ح���ب

�������� :��لى�

�ع��� �ع�ب

����ب�ل

����ه� ��� ��مو�ل و�� ا �رء ��م �����ه��ب

�������ب

أ، وا

����ه� ��مو�ل ا

����ب�ل

��� �����ل�د ا

��أ»ا

». . . ، �����ل�د ا

• •

�ه�ل��ل �� �ع����ب�د ا

��

��ر �ا

�ب ���

��أ�ل�ك، ا ���ب�ا

���� ���

���ب�

�� ��

�� ى� ا

�ث���د

���ب

�د

���بأ ا

و�م��

� �������ب�ل �ا

���ب

أ ا

��أر�: ا

���

�ب ���

أ���م�ا، ا

�ه �ه �ع�م��

�ل��ل ا

ى���� ر

.. ، ��������ب�ه �

ا، وع��� �ه����ب�د ��م�ث

Pemiutang

ر��سول��

أ���م�ا: ا

�ه �ه �ع�م��

�ل��ل ا

ى�����ه ر

�ل��ل �ع����ب�د ا

��ر �� �� �ا

�ب �ع��� ���

�لا

�ب ����ه ر

�ل��ل ��م ا ���ب

: »ر

ل �ام، ����ب

��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

�ه ����ب�ل��ل ا

ى«���������م� ا ا �ى، واأ��

���ر �ب ���ث ا ا ، واأ��ا ���ب�اع �� �������������ب�ا اأ

• • •

Aspek Hadith B M IM T AD N

111

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

ى�

������ب�ر�� ر

ر

�ا ��

���ب

أ ا

��مع �ه ����ب

���ب

أ�ه، ا

�ل��ل �ع����ب�د ا

���ه ��

�ل��ل �ع��� �ع�م�����د ا

:

ل �ام، ����ب

��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

����ب��ى��ل����ب� ا

�ه �ع����ب�ه، �ع����ل��ل ا

». . . ،��� �ا

�ل����ب ���� ا ا

ر ���ب�د ��� �� ���ب�ا �ا

»ك

• • •

����

���

���ب�

��

��أ�ل�ك، ا ���ب�ا

���� ���

���ب�

�� ��

�ه ��

�ل��ل ا

ى� �ع����ب�د

�ث���د

���ب

�ه����ب�ا �ل

���� �

ر�د

��ى� ���ب

أ�� ا

�� ى ا

��� �ا �ه �����ه��ب���ب

أر� ا

���

�ب ���

أ�ل�ك، ا ���ب�ا

ى����

م��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

�ه ����ب�ل��ل �د ر��سول ا

�ه�ب

ى� �ع�

����ب�ه ��� ع���

�ا ر��سول

�ه�ب

ى ������م���

��

���م�ا ���ب��ه��� وا

��أ��� ا

�ع ر�����ه� �ا

�د، ����ب �ب �ل���م��������� ا

ى� ����م�����ب�ه، . . .و ���

و�ه

م��ل ����ب�ه و����ب

�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

�ه ����ب�ل��ل ا

• • • • •

����ب�ه�ه ع���

�ل��ل ى ا

��ل

�ه ����ب�ل��ل ا

ر��سول

ل �ا

����ب

ل �ا

���ب�ر�� ����ب

ر

��ى� ��

أ �ع��� ا

و�م

�ه ��

�ل��ل �ه ا

��ل �ب ��

أ�ه ا

�ل

ع

�ب� و و����أ�را ا ����ب

�ر �م�ع

�ب ������

أ �م��� ا

م��ل و����ب

�ه��ل �ب ا ��

األ

�ل �ب ا ��

ل

و�م�ه �� �ب ر���ث

�ع

�ل �ب �� ���

�ح�ب�

�� ���ب�ه� ����ا

���ه��ل ا

• •

Singkatan Abjad: B (al-Bukhari), M (Muslim), IM (Ibn Majah), T (al-Tirmidhi), AD (Abu Dawud) dan N (al-Nasaʾi).

Aspek Hadith B M IM T AD N

5 Kesimpulan

Aktiviti pinjaman merupakan aktiviti masyarakat yang lumrah dan tidak dapat dielakkan lagi. Pada asasnya aktiviti ini diharuskan oleh syarak, me-lainkan wujudnya elemen-elemen tertentu yang boleh mengubah hukumnya kepada haram ataupun sebaliknya. Oleh kerana aktiviti ini merupakan ak-tiviti berbentuk kebajikan, maka ianya perlu dilaksanakan bagi mendapat-kan kebaikan dan ganjaran daripada Allah. Oleh yang demikian, hubungan dua pihak yang berkontrak perlu diperjelaskan. Inilah yang banyak ditekank-an oleh Rasulullah SAW melalui hadith-hadith Baginda SAW. Antara tang-gungjawab penghutang adalah membayar pada masa yang ditetapkan serta

112

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

berterima kasih kepada yang membantu. Bagi pihak pemiutang pula, mereka perlu lebih sabar, berlembut dan berlapang dada dengan kerenah penghutang. Oleh kerana itu, Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang ber-jaya memenuhinya.

Setelah diselidiki melalui taburan hadith-hadith dalam kutub al-sittah, be-berapa kesimpulan dapat dikenalpasti. Pertama, dari sudut tanggungjawab penghutang dan pemiutang, jelas menunjukkan tanggungjawab penghuta-ng lebih berat berbanding pemiutang. Daripada keseluruhan 13 teks hadith tersebut, 9 daripadanya menyebut tentang tanggungjawab penghutang. Ini menunjukkan Rasulullah SAW memberi penekanan terhadap tanggungjawab penghutang. Kedua, berdasarkan hadith tersebut, jelas menunjukkan bahawa penghutang menggalas tanggungjawab yang amat besar dalam memenuhi kontraknya iaitu membayar hutang. Ketiga, dari segi pemiutang pula, tang-gungjawab moral mereka lebih mencabar. Mereka berhak menagih apa yang telah diberikan kepada penghutang. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka boleh berlembut dan bersabar, balasan daripada Allah jauh lebih besar.

Penghargaan

Pihak penyelidik mengucapkan terima kasih kepada Equitable Society Research Cluster (ESRC), Universiti Malaya kerana membiayai projek ini di bawah geran penyelidikan RP015C-13SBS.

Bibliografi

ʿAlāuddin Abī Bakr bin Masʿūd al-Kāsānī, Kitāb al-Badāʾiʿ wa al-Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al-Syarāʾiʿ, Beirut, Dār Kutub ʿArabī, 1982.

ʿAlī bin ʿUmar al-Dārquṭnī, Sunan al-Dārquṭnī, Beirut, Muʾassasah al-Risālah, 2004.ʿAbd al-Raḥmān bin Kamāl Abī Bakr bin Muhammad Sābiq al-Dīn Khan al-Khuḍirī al-

Asyūṭī, Syaraḥ Sunan Ibn Mājah, ʿAmman, Bayt al-Afkār al-Dawliyyah, 2007.Abi ʿAbdullah Muhammad bin Yazīd al-Qazwīnī Ibn Mājah, Ṣaḥiḥ Ibn Mājah, Riyāḍ,

Maktabah al-Maʿārif li al-Nasyr wa al-Tawziʿ, 1997.Abi ʿAbdullah Muhammad bin Yazīd al-Qazwīnī Ibnu Mājah, Sunan al-Baihaqī, Beirut,

Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003.Abī ʿAbdullah Muhammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī, al-Jāmiʿ al-Ṣaḥiḥ li al-Bukhārī,

Qāherah, Maṭbaʿah al-Salafiyyah, 1983.Abī ʿAbdullah Muhammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ Bukhārī, Qāherah, Maṭbaʿah

al-Salafiyyah, 1983.

113

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Debtor – creditor relationship

Abī al-Ḥusīn Muslim bin al-Ḥujjāj ibn Muslim al-Qusyayrī al-Nīsābūrī, Ṣaḥiḥ Muslim, Riyāḍ, Dār Ṭayyibah, 2006.

Abī al-Walīd Muḥammad bin Aḥmad bin Muḥammad bin Aḥmad bin Rushd al-Qurṭubī, Bidāyah al-Mujtahid wa Nihāyah al-Muqtaṣid, Beirut: Dār Maʿrifah, 1982.

Abī Isḥaq Ibrāhim bin ʿAlī bin Yūsuf al-Fīrūzābādī al-Shīrāzī, al-Muhaddhab fi Fiqh Imām Syāfiʿi, Beirut, Dār al-Kutub al-Islāmiyyah, 1995.

Abī Ishāq Ibrāhim bin ʿAlī bin Yūsuf al-Fīrūzābādī, al-Tanbih fi al-Fiqh ʿala Madhāhib Syāfiʿi, Qahirah, Syarikah Maktabah wa Maṭbaʿah Muṣṭafa al-Bābī al-Ḥalabī wa Awlāduhu, 1951.

Abī Muḥammad ʿAbdullah bin Aḥmad bin Muḥammad bin Qudāmah al-Maqdisī al-Jammāʾillī al-Dimasyqī, al-Mughnī, Riyād, Dār ʿĀlam Kutub, 1997.

Abū ʿIsā Muḥammad bin ʿIsā bin Sawrah al-Tirmidhī, Ṣaḥiḥ Sunan al-Tirmidhī, Riyāḍ, Maktabah al-Maʿārif li al-Nashr wa al-Tawzīʿ, 2000.

Abu ʿAbd al-Raḥman Aḥmad bin Syuʿaib bin ʿAli bin Sunān bin Baḥr al-Khurasān al-Nasāʾī, Sunan al-Kubrā li al-Nasāʾī, Beirut, Muassasah al-Risālah, 2001.

Abu ʿAbd al-Raḥman Aḥmad bin Syuʿaib bin ʿAli bin Sunān bin Baḥr al-Khurasān al-Nasāʾī, Sunan Nasāʾī bi Syarḥ Jalal al-Din al-Suyuṭī wa Hasyiah Imam al-Sanadī, Beirut, Dār Maʿrifah, t.t.

Abū al-Hasan Muslim bin al-Hajjāj, Ṣaḥīḥ Muslim, Riyāḍ, Dār al-Ṭayyibah li Nasyr wa al-Tawziʿ, 2005.

Abū Muḥammad ʿAbdullah bin ʿAbd al-Raḥman bin al-Faḍl bin Bihrām al-Dārimī, Sunan Dārimī, Riyāḍ, Dār Mughnī, 2000.

Ahmad ʿAbd al-Raḥman al-Bannā al-Sāʿātī, Bulugh al-Amānī min Asrār al-Fatḥ al-Rabbānī, Jordan, Bayt al-Afkār al-Dawliyyah, t.t.

Aḥmad bin ʿAlī bin Hajar al-ʿAsqalānī, Fatḥ al-Bārī, Riyāḍ, Maktabah Malik Fahd al-Waṭaniyyah, 2001.

Ahmad ibn ʿAlī ibn Hajar al-ʿAsqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, T.T.T, Dar al-Raiyan li al-Turath, 1986.

Aḥmad bin al-Ḥusīn bin ʿAlī bin Musā al-Khurāsānī al-Baihaqī, Sunan Kubrā al-Baihaqī, Beirut, Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003.

Aḥmad ibn Ḥanbal, Musnad Aḥmad ibn Ḥanbal, Qāherah, Dār al-Hadith, 1995.Badruddin Abī Muhammad Maḥmūd bin Aḥmad al-ʿAynī, ʿUmdah al-Qāriʾ Syarḥ

Bukhārī, Beirut, Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 2001.Bank Negara Malaysia, Financial Stability and Payment Systems Report 2014, Kuala

Lumpur, Bank Negara Malaysia, 2014.Ibn Kathir, Tafsir al-Qurʾān al-ʿAẓīm, Riyaḍ, Dār Ṭayyibah, 2009.Ibn Mājah, Ṣaḥiḥ Ibn Mājah, Riyāḍ, Maktabah al-Maʿārif li Nashr wa al-Tawziʿ, 1997.Jamaluddin Abī Ḥujjaj al-Mizzī, Tuḥfah al-Asyrāf bi Maʿrifah al-Aṭraf, Beirut, Dār Gharb

Islāmī, 1999.

114

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 15 (2017) 90-114

Aini et al.

Maḥyuddin al-Nawawī, Rawdah al-Ṭālibin wa ʿUmdah al-Muftīn, Beirut, Maktabah al-Islāmī, 1991.

Maḥyuddin al-Nawawi, Ṣaḥiḥ Muslim bi Syarh al-Imām Maḥyuddin al-Nawawi, Beirut, Dār Maʿrifah, 2005.

Mālik bin Anas al-Aṣbahī, al-Mudawwanah al-Kubrā, Beirut, Dār Kutub al-ʿIlmiyyah, 1994.

Manṣur bin Yūnus bin Idrīs al-Buḥūtī, Syarḥ Muntahi al-Irādah, Beirut, Muʾassasah al-Risālah, 2000.

Muhammad ʿAbd al-Rahman bin ʿAbdul Rahim al-Mubarakfuri, Tuḥfah al-Ahwazi bi Syarh Jamiʿ al-Tirmidhi, Beirut, Dar Kutub al-ʿIlmiyyah.

Muḥammad bin ʿAlī bin Muḥammad al-Syawkānī, Nayl al-Awṭār, Misr, Syarikah wa Maṭbaʿah Muṣṭafā al-Bābi al-Halabī wa Awlāduhu.

Muhammad ibn Ali al-Syaukani, Nail al-Awthar, T.T.T, Dar al-Hadith, 1993.Muḥammad ibn Ḥibbān ibn Aḥmad ibn Hibbān ibn Muʿadh ibn Maʿbad al-Tamīmī,

Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, Beirut, Muʾassasah ar-Risālah.Muḥammad Muṣṭafā al-Zuḥaylῑ, al-Qawāʾid al-Fiqhiyyah, wa Taṭbīqātuha fī Madhāhib

al-Arbaʿah, Damsyik, Dār al-Fikr, 2006.Munirah Abd Razak et al. “Warna Hitam dan Kaitannya dengan Genatik dan Taraf

Manusia dalam Perspektif Hadith”, al-Bayān – Journal of Qurʾān and Ḥadīth Studies, 13 (2015), pp. 47-74.

Al-Nawawi, Ṣaḥiḥ Muslim bi Syarh al-Imām Mahyuddin al-Nawawi, Beirut, Dār Maʿrifah, 2005.

Al-Qasṭalānī, Irsyād Sāwī ilā Syarḥ al-Bukhārī, Misr, Maṭbaʿah al-Kubrā al-Amīriyyah, 1905.

Rāid bin Ṣabri Ibn Abi ʿAlafah, Syarḥ Sunan Ibn Mājah, ʿAmman, Bayt al-Afkār al-Dawliyyah, 2007.

Ṣafa al-Ḍawī Ahmad al-ʿAdawī, Ihdaʾ al-Dībajah bi Syarh Sunan Ibn Mājah, Misr, Dār Yaqīn.

Syamsuddin al-Sarkhasi, al-Mabsūṭ, Beirut, Dār Maʿrifah, t.t.Syamsuddin Muḥammad ibn Abī al-ʿAbbās Aḥmad ibn Ḥamzah ibn Syihābuddin al-

Ramlī, Niḥāyah al-Muḥtāj ilā Syarh Minhāj, Beirut, Dār Kutub al-ʿIlmiyyah, 2003.Syihābuddin Aḥmad ibn Muhammad al-Khaṭīb al-Qasṭalānī, Irsyād Sāwī ilā Syarḥ al-

Bukhārī, Misr, Maṭbaʿah al-Kubrā al-Amīriyyah, 1905.Al-Ṭabari, Tafsir Ṭabari, Damsyik, Syarikah Maktabah wa Maṭbaʿah Muṣṭafā al-Bābi al-

Halabī, 1968. T.P. Mawsuʿah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, Kuwait, Dār Sofwah, 1995.