refleksi tugas pdk

3
REFLEKSI TUGAS Subjek PKU3112 Pemulihan Dalam Komuniti memerlukan kami membuat amali pemerhatian di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Kami telah memilih dua lokasi PDK di Miri iaitu PDK Piasau dan PDK Sunflower. Saya sebagai setiausaha kelas, telah ditugaskan untuk membuat surat meminta izin memohon kebenaran kepada Pengarah IPG Kampus Sarawak dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di dalam organisasi program, saya bukanlah setiausaha bagi amali ini. Saya hanya ditugaskan untuk membuat surat permohonan kebenaran sahaja. Organisasi amali ini telah dibuat oleh rakan saya yang lain. Semasa membuat surat meminta izin untuk membuat pemerhatian di PDK Piasau dan PDK Sunflower daripada Pengarah IPG Kampus Sarawak, saya dibimbing oleh Cik Sabtuyah. Saya dan beliau bersama-sama menyumbangkan idea untuk dijadikan isi kepada surat. Kami telah menetapkan tujuan kami untuk membuat pemerhatian di PDK Piasau iaitu sebagai satu daripada perincian kursus subjek PKU3112 Pemulihan Dalam Komuniti ini. Kami perlu memastikan setiap ayat yang digunakan di dalam surat dapat difahami dan membantu kami menyampaikan idea sebenar yang kami ingin sampaikan. Di dalam surat itu juga saya telah menyediakan butiran program seperti tarikh, tempat, bilangan pelajar dan masa. Kekuatan saya semasa menyediakan surat ini ialah saya boleh menaip surat dengan cepat dan menyediakan format surat formal yang betul. Saya juga memastikan tiada kesalahan ejaan yang dilakukan bagi mengelakkan penerima surat meragui

Upload: andrew-anderson

Post on 28-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

dfgffsdfdgf

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Tugas PDK

REFLEKSI TUGAS

Subjek PKU3112 Pemulihan Dalam Komuniti memerlukan kami membuat

amali pemerhatian di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Kami telah memilih

dua lokasi PDK di Miri iaitu PDK Piasau dan PDK Sunflower. Saya sebagai

setiausaha kelas, telah ditugaskan untuk membuat surat meminta izin memohon

kebenaran kepada Pengarah IPG Kampus Sarawak dan Pengarah Jabatan

Kebajikan Masyarakat. Di dalam organisasi program, saya bukanlah setiausaha bagi

amali ini. Saya hanya ditugaskan untuk membuat surat permohonan kebenaran

sahaja. Organisasi amali ini telah dibuat oleh rakan saya yang lain.

Semasa membuat surat meminta izin untuk membuat pemerhatian di PDK

Piasau dan PDK Sunflower daripada Pengarah IPG Kampus Sarawak, saya

dibimbing oleh Cik Sabtuyah. Saya dan beliau bersama-sama menyumbangkan idea

untuk dijadikan isi kepada surat. Kami telah menetapkan tujuan kami untuk membuat

pemerhatian di PDK Piasau iaitu sebagai satu daripada perincian kursus subjek

PKU3112 Pemulihan Dalam Komuniti ini. Kami perlu memastikan setiap ayat yang

digunakan di dalam surat dapat difahami dan membantu kami menyampaikan idea

sebenar yang kami ingin sampaikan. Di dalam surat itu juga saya telah menyediakan

butiran program seperti tarikh, tempat, bilangan pelajar dan masa.

Kekuatan saya semasa menyediakan surat ini ialah saya boleh menaip surat

dengan cepat dan menyediakan format surat formal yang betul. Saya juga

memastikan tiada kesalahan ejaan yang dilakukan bagi mengelakkan penerima

surat meragui kredibiliti saya sebagai pengirim dan penulis surat tersebut. Saya ingin

penerima surat ini iaitu Pengarah IPG Kampus Sarawak sedar bahawa surat yang

saya sediakan bukanlah surat yang sebarangan tetapi saya ingin beliau lihat dan

baca surat ini supaya beliau tahu betapa pentingnya surat ini terhadap rancangan

program amali yang telah kami rancangkan. Saya sedar akan tanggungjawab saya

sangatlah besar kerana keputusan Pengarah untuk mengizinkan kami pergi ke PDK

terletak kepada hasil surat saya itu. Jadi, saya dengan sukarela dan rasa

bertanggungjawab nekad untuk menyediakan surat dengan baik dan kemas.

Kelemahan saya dapat dilihat dari segi pengalaman. Sebelum ini saya tidak

pernah mengambil tugas sebagai setiausaha. Jadi, saya kurang arif untuk menjadi

seorang setiausaha. Saya cuma pakar untuk menulis surat formal dan tidak formal.

Saya sedar bahawa kemahiran itu tidak cukup untuk menjadi seorang setiausaha

Page 2: Refleksi Tugas PDK

yang baik. Akan tetapi saya berinisiatif untuk belajar daripada rakan saya yang mahir

dalam bidang ini. Saya sentiasa berkolaborasi dengan rakan saya untuk membuat

surat permohonan kebenaran tersebut. Saya suka dengan cabaran. Saya sedar

bahawa saya tidak ada pengalaman untuk menjadi setiausaha tetapi itulah yang

saya mahu sahut cabaranya. Bukan selalu saya dapat peluang seperti ini kerana

saya tahun bahawa peluang sebegini sangat bermakna bagi saya sebagai seorang

bakal guru.

Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada semua yang membantu saya

semasa menyediakan surat permohonan kebenaran untuk menjalankan amali iaitu

pemerhatian di PDK Piasau dan PDK Sunflower. Surat permohonan kebenaran itu

tidak akan sempurna jika tiada bantuan yang dihulurkan. Sekian, terima kasih.