refleksi permainan bola sepak semester 3

5
Refleksi permainan bola sepak semester 3 Bagi pelajar Pendidikan Jasmani semester 3, subjek major yang wajib dipelajari adalah permainan bola sepak. Subjek bola sepak ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pembelajaran teori di dalam kuliah dan amali yang akan diuji di padang. Selain itu, para guru pelatih juga perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang perlu dipersembahkan dan pembentangan RPH ini akan diambil penilaian oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Wan Mohd Din Bin Wan Mohammad. Beliau bertanggungjawab dalam memberi pengajaran secara teori dan amali kepada kami sekelas. Pada 1 februari 2010, kami telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan bola sepak dan masa yang di beri adalah selama 1 bulan. Kami diberi tugas untuk memilih salah satu kemahiran di dalam permainan bola dan membuat satu pembelajaran mikro. Di dalam tugasan ini, kami perlu merancang pendekatan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Setelah membahagikan kumpulan, kumpulan saya yang dianggotai oleh Mazlan Bin Mohamed, Habbib Emir A/L Hassan dan juga saya sendiri telah bersepakat dan bersetuju untuk mengambil kemahiran hantaran leret. Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi bagaimana sebagai seorang guru ingin merancang sesi pengajaran sukan yang sangat di dunia ini. Walaupun terdapat pelbagai tugasan lain yang perlu disiapkan,kami telah merancang masa dengan sebaiknya supaya tugasan permainan bola ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pada permulaannya kami telah berusaha mendapatkan segala maklumat yang

Upload: ramesh-nathan

Post on 30-Sep-2015

170 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

Refleksi permainan bola sepak semester 3Bagi pelajar Pendidikan Jasmani semester 3, subjek major yang wajib dipelajari adalah permainan bola sepak. Subjek bola sepak ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pembelajaran teori di dalam kuliah dan amali yang akan diuji di padang. Selain itu, para guru pelatih juga perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang perlu dipersembahkan dan pembentangan RPH ini akan diambil penilaian oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Wan Mohd Din Bin Wan Mohammad. Beliau bertanggungjawab dalam memberi pengajaran secara teori dan amali kepada kami sekelas.Pada 1 februari 2010, kami telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan bola sepak dan masa yang di beri adalah selama 1 bulan. Kami diberi tugas untuk memilih salah satu kemahiran di dalam permainan bola dan membuat satu pembelajaran mikro. Di dalam tugasan ini, kami perlu merancang pendekatan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Setelah membahagikan kumpulan, kumpulan saya yang dianggotai oleh Mazlan Bin Mohamed, Habbib Emir A/L Hassan dan juga saya sendiri telah bersepakat dan bersetuju untuk mengambil kemahiran hantaran leret. Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi bagaimana sebagai seorang guru ingin merancang sesi pengajaran sukan yang sangat di dunia ini. Walaupun terdapat pelbagai tugasan lain yang perlu disiapkan,kami telah merancang masa dengan sebaiknya supaya tugasan permainan bola ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pada permulaannya kami telah berusaha mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan kemahiran hantaran leret ini dengan menggunakan internet dan sumber rujukan dari perpustakaan. Ianya bukanlah semudah yang disangka kerana kami perlu mendapatkan maklumat yang lebih terperinci kerana RPH yang kami akan kami laksanakan ini dibuat khas untuk pelajar tahun 5. Selain itu, saya juga turut merasakan terdapat sedikit perubahan pada diri saya berlaku beberapa perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan dengan murid-murid. Perubahan yang dapat saya gambarkan setelah memahami dan menghayati kepentingan tugasan kali ini ialah sentiasa teliti melakukan tugasan, membuat perancangan rapi untuk melakukan aktiviti. Namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu dan saya perlulah memilih bahan rujukan dan kelebihan tersebut dengan betul dan teliti bagi mengelakkan tugasan RPH kami tidak menepati kriteria yang diinginkan oleh pensyarah supaya boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya dan ahli kumpulan juga ada membuat rujukan bersama pensyarah pembimbing dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani bagi memastikan tugasan kumpulan kami sempurna dan dapat memperbetulkan kesilapan yang ada. Ini merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih berkesan ke atas pelajar.Seterusnya perkara yang saya perolehi hasil dari tugasan RPH ini adalah kesedaran emosi. Melalui RPH ini, ia banyak memberi kesedaran kepada saya supaya berubah ke arah pemikiran yang lebih positif. Baru kini saya sendiri sebagai seorang guru hendaklah sentiasa bersabar dan kuat dalam mengajar subjek bola sepak ini. Disini juga saya dapat memperbaiki segala kelemahan yang terdapat di dalam diri saya supaya dapat menjadi seorang guru pendidikan jasmani yang cemerlang. Walaupun cuma perlu mengajar kemahiran hantaran leret sahaja, sekiranya guru tersebut tidak dapat mengawal emosi dengan baik maka ilmu yang disampaikan tidak dapat diturunkan dengan lebih berkesan. Oleh itu, saya telah mempelajari serba sedikit teknik untuk memastikan emosi saya supaya lebih stabil dan segala pengajaran yang saya berikan dapat diterima oleh pelajar.Selain itu,di dalam membuat RPH ini juga turut mengajar saya supaya lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu tugasan. Pada mulanya saya berasa tidak yakin saya mampu melakukan tugasan ini dengan sempurna. Setelah diberi bimbingan dan kata-kata semangat oleh pensyarah pembimbing dan juga rakan sekumpulan, saya berasa lebih yakin untuk memastikan tugasan bola sepak ini dapat disiapkan dengan cemerlang. Ia juga turut mempengaruhi keyakinan saya dalam mengendalikan tugasan mengikut masa, keterampilan, dan berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling terutamanya pelajar-pelajar.Kepimpinan berinspirasikan RPH mengajar saya supaya menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan memimpin diri ke arah matlamat yang jelas. Komunikasi semasa melakukan sesi pengajaran mikro mengajar saya supaya pandai berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Selain itu juga, saya dapat menghantar maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Ia juga mengajar saya supaya pandai mengambil hati orang lain, mempunyai tarikan pada mata manusia. Dalam pada itu juga, disebabkan cuti yang banyak menyebabkan kami susah untuk mengadakan sesi diskusi dan perbincangan dalam kumpulan untuk menyatakan masalah yang dihadapi oleh semua ahli dan cuba mencari jalan penyelesaian. Namun Alhamdulillah, semuanya dapat kami atasi apabila kami kembali ke institut dan dalam masa yang terhad itulah kami berbincang dan menyatakan masalah masing-masing. Kami satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang sama-sama menyumbangkan idea serta buah fikiran dalam usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi.Hal ini perlu kerana saya memerlukan sokongan ramai dalam melangsungkan kehidupan harian. Pemangkin perubahan sesi pengajaran mikro mengajar saya supaya memulakan hala tuju yang baru dan membawa arus perubahan dalam organisasi. Pengurusan konflik RPH mengajar saya supaya menyelesaikan percanggahan pendapat dan berupaya mengesan masalah yang timbul dan mengambil langkah-langkah untuk meredakan mereka yang terlibat. Membina perhubungan sesama ahli kumpulan mengajar saya supaya mendorong dan memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan ahli dan berkongsi pemikiran untuk mencapai persefahaman. Kerja berpasukan semasa melaksanakan sesi pengajaran mikro di dalam kelas mengajar saya supaya membina visi yang dikongsi dan bekerja dengan orang lain untuk mencapai matlamat bersama. Kesimpulannya, saya telah mendapat lebih kefahaman, pengetahuan dan mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah dalam proses menyediakan tugasan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini. Tugasan ini dapat saya siapkan hasil dorongan keluarga, rakan, para pensyarah dan bantuan daripada rakan sekumpulan. Saya berharap apa yang saya sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. Yang paling utama adlah diharapkan tugasan ini dapat memuaskan hati pensyarah pembimbing iaitu Encik Wan Mohd Din yang mengajar subjek bola sepak untuk kelas kami. Di akhir refleksi ini juga, saya ingin memohon seribu kemaafan, sekiranya terdapat salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian, wassalam.Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..(CHE AZIZAN BIN CHE RAZALI)PISMP PJ / PK / SV SEMESTER 3 2010