refleksi big fasa 2 khidmat sosial
DESCRIPTION
REFLEKSI BIG IPGTRANSCRIPT
FARAH BINTI JASNI PISMP PAI JAN 2011
REFLEKSI
BINA INSAN GURU FASA 2
SEMESTER 2
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi
kerana dengan taufik dan izin Allah dapatlah saya menjalani program Bina Insan
Guru ( BIG ). Program BIG pada kali ini merupakan program Khidmat Masyarakat
yang telah dijalankan di Masjid Kg. Labuan, Kota Belud, Sabah. Program ini telah
dijalankan selama sehari iaitu pada 17 September 2011 bersamaan dengan hari
Sabtu. Sepanjang menyertai program ini, saya rasa sangat beruntung kerana
mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung dan
menganggap ini merupakan persediaan diri untuk menempuh masa hadapan.
Sebelum menjalani program ini, kami terlebih dahulu telah melaksanakan
tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan
melakukan Progam BIG kali ini, unit kami telah mengadakan mesyuarat yang
membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan
juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Kami telah membuat pelbagai
persediaan termasuk alat-alatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan
sepanjang program tersebut. Ketika menjalankan persediaan sebelum
melaksanakan program ini, saya sedar peranan ketua sangat penting untuk
menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya
berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan
dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.
Semasa menjalankan program ini, kami telah dipantau oleh ketu Imam Masjid
dan juga beberapa orang penduduk kampong yang bekerjasama dengan kami
menjalankan aktivit gotong-royong tersebut. . Aktiviti ini di jalankan pada malam
hari terakhir kami di sana. Aktiviti seperti menghias kelas, mencat tiang bendera,
membuat mural pada dinding sekolah dan sebagainya merupakan aktiviti yang
sangat seronok di samping member latihan kepada kami sebagai persediaan untuk
menggalas tugas sebagai seorang guru kelak.
FARAH BINTI JASNI PISMP PAI JAN 2011
Di samping itu, program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang
sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi
khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Bagi
pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran
sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila
sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam
apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling.
Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh
setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak
Setelah menjalani program ini, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan
dan kelebihan yang ada pada diri saya. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan
kemahiran dan kekeratifan serta fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan
dugaan, ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan
sikap. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat
pengalaman berguna seterusnya dapat merealisakannya di suatu masa nanti.
Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani
program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna yag
sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Saya berharap program ini
bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu
diteruskan pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan
bekalan kepada diri saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anak
bangsa kelak.