refleksi berdasarkan aktiviti

3
Refleksi Berdasarkan Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini, saya berasa amat berpuas hati kerana responden-responden saya boleh mengikuti apa yang telah didedahkan dan diperkenalkan dalam langkah atau aktiviti yang ditunjukkan. Setelah beberapa sesi intervensi dan latihan tropikal diberikan kepada mereka, mereka tidak melakukan kesilapan-kesilapan sebelum ini. Walaupun kaedah ini mempunyai aktiviti yang banyak, namun begitu setiap aktiviti ini adalah penting dan bertujuan untuk membantu responden menguasai kemahiran yang difokuskan. Responden-responden berasa menarik apabila diperkenalkan kepada kaedah GeoLight dan mereka dapat menjawab semua soalan latihan tropikal dengan betul dan tepat. Namun begitu, mereka juga membuat kecuaian sewaktu mengira petak yang dilakarkan dan menulis jawapan yang silap walaupun lakaran gambar rajah mereka adalah betul. Walau bagaimanapun, kaedah GeoLight ini dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran penolakan dua pecahan wajar yang berbeza penyebut hingga 10 dengan lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional. Semasa intervensi dilakukan, Responden D dan E mengalami sedikit kekeliruan ketika melakar dan mengira petak yang dilorekkan tetapi kekeliruan tersebut berjaya diatasi dengan menggunakan unsur dinamik warna. Setelah selesai beberapa sesi intervensi dan soalan latihan tropikal, saya telah melaksanakan aktiviti yang merangkumi semua aktiviti yang dipelajari untuk melihat peningkatan prestasi dan juga kecekapan responden saya. Mereka sudah mula menguasai kemahiran difokuskan dengan menggunakan kaedah GeoLight . Akhirnya, responden-responden saya dapat menggunakan kaedah GeoLight tanpa bimbingan guru untuk memperoleh jawapan yang betul dan tepat. Melalui hasil kerja latihan tropikal responden, saya mendapati bahawa responden menunjukkan pengetahuan konseptual yang kukuh ketika menjawab soalan yang disediakan. Oleh itu, saya amat berpuas hati dengan prestasi responden saya. Justeru, saya telah mentadbirkan Ujian Pasca kepada responden-responden saya untuk melihat kefahaman dan kemahiran mereka dalam penolakan dua pecahan wajar yang berbeza penyebutnya hingga 10 serta

Upload: goh-kokming

Post on 07-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

r

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Berdasarkan Aktiviti

Refleksi Berdasarkan Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini, saya berasa amat berpuas hati kerana

responden-responden saya boleh mengikuti apa yang telah didedahkan dan

diperkenalkan dalam langkah atau aktiviti yang ditunjukkan. Setelah beberapa sesi

intervensi dan latihan tropikal diberikan kepada mereka, mereka tidak melakukan

kesilapan-kesilapan sebelum ini. Walaupun kaedah ini mempunyai aktiviti yang

banyak, namun begitu setiap aktiviti ini adalah penting dan bertujuan untuk

membantu responden menguasai kemahiran yang difokuskan.

Responden-responden berasa menarik apabila diperkenalkan kepada kaedah

“GeoLight” dan mereka dapat menjawab semua soalan latihan tropikal dengan betul

dan tepat. Namun begitu, mereka juga membuat kecuaian sewaktu mengira petak

yang dilakarkan dan menulis jawapan yang silap walaupun lakaran gambar rajah

mereka adalah betul. Walau bagaimanapun, kaedah “GeoLight” ini dapat membantu

murid untuk menguasai kemahiran penolakan dua pecahan wajar yang berbeza

penyebut hingga 10 dengan lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional. Semasa

intervensi dilakukan, Responden D dan E mengalami sedikit kekeliruan ketika

melakar dan mengira petak yang dilorekkan tetapi kekeliruan tersebut berjaya diatasi

dengan menggunakan unsur dinamik warna.

Setelah selesai beberapa sesi intervensi dan soalan latihan tropikal, saya telah

melaksanakan aktiviti yang merangkumi semua aktiviti yang dipelajari untuk melihat

peningkatan prestasi dan juga kecekapan responden saya. Mereka sudah mula

menguasai kemahiran difokuskan dengan menggunakan kaedah “GeoLight”.

Akhirnya, responden-responden saya dapat menggunakan kaedah “GeoLight” tanpa

bimbingan guru untuk memperoleh jawapan yang betul dan tepat. Melalui hasil kerja

latihan tropikal responden, saya mendapati bahawa responden menunjukkan

pengetahuan konseptual yang kukuh ketika menjawab soalan yang disediakan. Oleh

itu, saya amat berpuas hati dengan prestasi responden saya. Justeru, saya telah

mentadbirkan Ujian Pasca kepada responden-responden saya untuk melihat

kefahaman dan kemahiran mereka dalam penolakan dua pecahan wajar yang berbeza

penyebutnya hingga 10 serta kecekapan mereka dari segi masa menjawab setelah

semua sesi intervensi dilaksanakan.

Page 2: Refleksi Berdasarkan Aktiviti

Refleksi Aktiviti 1:

Responden dapat mengenali nilai pecahan yang ditunjukkan sama ada dengan

menggunakan bahan konkrit ataupun perisian interaktif yang direka cipta. Mereka

dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul dan tepat. Dengan itu, saya dapat

memerhati bahawa responden dapat menjawab soalan dengan lebih yakin dan

bermotivasi.

Refleksi Aktiviti 2:

Pada mulanya aktiviti ini dilaksanakan, terdapat beberapa orang responden tidak

dapat membezakan nilai pecahan yang lebih besar dan jawapan kebanyakan mereka

adalah silap. Setelah itu, responden dapat mengenal pasti nilai pecahan yang lebih

besar daripada satu lagi dengan menggunakan Light Box dan perisian yang reka cipta

sendiri.

Refleksi Aktiviti 3:

Responden berasa gembira apabila warna berubah pada bahagian tertentu apabila

pertindihan dua pecahan wajar dilakukan. Saya mendapati bahawa perisian interaktif

yang direka cipta dapat menarik minat responden untuk belajar.

Refleksi Aktiviti 4:

Kebanyakan responden pada mulanya sering silap mengira bilangan petak untuk

mendapatkan jawapan bagi penyebut. Kesilapan ini berlaku disebabkan kekemasan

lakaran gambar rajah dan kecuaian mereka sewaktu mengira bilangan petak. Untuk

meminimumkan kesilapan mereka, kertas petak telah digunakan untuk membantu

mereka melakar gambar rajah dengan kemas dan memudahkan mereka ketika mengira

petak.

Refleksi Aktiviti 5:

Responden dapat menolak bahagian pecahan yang bertindih terlebih dahulu dan

kemudian mengeluarkan petak-petak yang dipasangkan dengan melorek garisan hijau.

Responden mendapatkan jawapan yang betul berdasarkan baki petak yang berlorek

bagi jawapan pengangka. Tetapi, beberapa orang responden didapati membuat silap

ketika membilang baki petak dan cuai dalam menulis jawapan yang silap walaupun

Page 3: Refleksi Berdasarkan Aktiviti

lakaran gambar rajah yang dibuat itu adalah betul dan tepat. Untuk mengatasi masalah

ini, saya meminta responden untuk membuat lakaran gambar rajah dengan

menggunakan pen warna yang berlainan. Oleh itu, saya membuat inovasi terhadap

kaedah “GeoLight” dengan menggunakan unsur perubahan warna dan unsur muzik

bagi memudahkan responden membezakan petak dengan warna yang berlainan dan

mengekalkan tahap motivasi mereka untuk belajar.

Refleksi Aktiviti 6:

Saya mendapati bahawa responden dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik dan

tanpa bimbingan guru. Responden dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dengan

menggunakan kaedah ini dengan baik. Lakaran gambar rajah yang dihasilkan juga

semakin jelas dan teratur.