refleksi

4
Refleksi Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Kok Boon Shiong, kerana sepanjang saya mengikuti kursus EDU3105 beliau banyak member tunjuk ajar. Pada semester ini saya telah diwajibkan untuk mengikuti kursus EDU3105. Kursus ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada saya sebagai guru pelatih, hal ini demikian kerana ilmu yang saya pelajari daripada mengikuti kursus ini boleh saya gunakan untuk tujuan pengajaran kelak. Selain itu, pelbagai manfaat yang telah saya peroleh didalam menyiapkan kerja kursus ini. Secara jujurnya, saya kurang memahami beberapa topik didalam tajuk kurus ini seperti tajuk konsep asas grafik, asas fotografi, bahan audio, penerbitan video pendidikan. Namun begitu, setelah menyiapkan tugasan ini ketidakfahaman saya ini telah dapat diatasi kerana disepanjang proses menyiapkan tugasan ini semua konsep dan teknik-teknik tersebut harus saya aplikasikan. Pada pendapat saya, pengetahuan didalam bidang ini perlu ada dalam diri setiap guru pelatih kerana pengetahuan seperti ini kerana sesi pengajaran akan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Bukan itu sahaja, nilai kerjasama dan saling tolong- menolong juga turut dipraktikkan didalam tugasan ini. Hal ini kerana, tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Saya dan rakan sekumpulan saya banyak bertukar pendapat dan berbahagi tugasan didalam menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana, bagi saya tugasan ini sangat mencabar diri saya kerana selain

Upload: md-azlan-shah-bustan

Post on 15-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

RefleksiTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Kok Boon Shiong, kerana sepanjang saya mengikuti kursus EDU3105 beliau banyak member tunjuk ajar. Pada semester ini saya telah diwajibkan untuk mengikuti kursus EDU3105. Kursus ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada saya sebagai guru pelatih, hal ini demikian kerana ilmu yang saya pelajari daripada mengikuti kursus ini boleh saya gunakan untuk tujuan pengajaran kelak. Selain itu, pelbagai manfaat yang telah saya peroleh didalam menyiapkan kerja kursus ini. Secara jujurnya, saya kurang memahami beberapa topik didalam tajuk kurus ini seperti tajuk konsep asas grafik, asas fotografi, bahan audio, penerbitan video pendidikan. Namun begitu, setelah menyiapkan tugasan ini ketidakfahaman saya ini telah dapat diatasi kerana disepanjang proses menyiapkan tugasan ini semua konsep dan teknik-teknik tersebut harus saya aplikasikan. Pada pendapat saya, pengetahuan didalam bidang ini perlu ada dalam diri setiap guru pelatih kerana pengetahuan seperti ini kerana sesi pengajaran akan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Bukan itu sahaja, nilai kerjasama dan saling tolong-menolong juga turut dipraktikkan didalam tugasan ini. Hal ini kerana, tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Saya dan rakan sekumpulan saya banyak bertukar pendapat dan berbahagi tugasan didalam menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana, bagi saya tugasan ini sangat mencabar diri saya kerana selain menyiapkan video yang dikehendaki oleh soalan kami juga harus menyiapkan portfolio untuk tugasan ini. Banyak hal yang harus kami pertimbangkan. Sungguhpun, masa yang diberi singkat ianya sangat memuaskan hati saya.Antara masalah yang saya hadapi disepanjang menyiapkan tugasan ini ialah kesukaran untuk menghasilkan video pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan menarik. Hal ini demikian kerana, disebalik penghasilan video ini pelbagai props harus dihasilkan terlebih dahulu sebelum proses pengambaran dijalankan. Contohnya, penulisan cerita, penghasilan skrip, penghasilan boneka, penghasilan latar belakang dan lain-lain. Kesemua hal ini memerlukan kesabaran kerana sebelum ini saya tidak pernah menulis cerita kanak-kanak yang mempunyai mesej harus disampaikan. Namun begitu, hasil usaha dan kerjasama video ini dapat disiapkan tepat pada masanya.Selain itu, masalah yang saya hadapi juga semasa menyiapkan tugasan ini ialah penyesuaian masa. Hal ini kerana, kami perlu menyesuaikan masa pengambaran dengan kuliah kami. Sememangnya, sebagai pelajar saya harus bijak membahagi dan mencari masa yang sesuai didalam meyiapkan apa jua jenis tugasan.Seterusnya, saya menghadapi masalah dari segi orang disebalik tabir penyiapan video ini. Oleh kerana, didalam kumpulan ini hanya saya dan Mohd Hairy sahaja maka agak sukar bagi kami untuk melakukan beberapa tugas dalam satu masanya. Contohnya, pada masa yang sama kami terpaksa menjadi pengurus Camera dan juga memainkan watak-watak dalam cerita, memang agak sukar. Lantaran itu, terdapat beberapa babak yang terpaksa diulang beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Proses terakhir dan saya rasa agak sukar juga bagi saya ialah proses editing. Hal ini demikian kerana, sebelum ini saya tidak pernah melakukan apa-apa jenis video editing. Pada awalnya memang agak sukar kerana harus memotong babak yang difikir tidak sesuai, memasukkan lagu, dan audio suara. Namun begitu, hasilnya kni saya serba sedikit tahu bagaimana untuk melakukan proses editing. Namun begitu, sesi yang sangat menggembirakan saya ialah ketika sesi penilaian bersama rakan rakan lain ketika didalam kelas edu3105. Pada masa ini, setiap kumpulan harus membentangkan hasil video masing-masing. Sememangnya agak menarik kerana setelah berpenat dan bersusah payah akhirnya hasil kerja member kepuasan terhadap pensyarah dan rakan-rakan yang lain.Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus ini. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.