rbt3118.docx

Upload: nasir-yakub

Post on 06-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATANTajuk 1JENIS BAHAN MENTAH

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi bahan dan pembuatan; jenis bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca, simen, komposit, kayu dan getah. Hasil Pembelajaran1. Menjelaskan jenis bahan.2. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan bahan mentah 3. Menjelaskan jenis bahan mentah yang berkaitan dengan bidang pengajian.4. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

KERANGKA KONSEP TAJUK JENIS BAHAN MENTAH

1.0 JENIS BAHAN MENTAHPada masa ini terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan buatan yang telah dihasilkan oleh manusia. Untuk memudahkan penerangan, pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada enam kumpulan utama iaitu logam,polimer, kaca, komposit, kayu dan getah.1.1 LOGAM

Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan yang penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama yang digunakan ialah kuprum, gangsa dan besi.

Tahukah anda??'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam).1.2 BAHAN LOGAM

Aloi

3 jenis bahan logam

Logam ferus

Logam bukan ferus

Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus digunakan dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati, ekonomi dan mempunyai sifat-sifat magnetik yang unik di samping sifat fizikal yang lain. Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijaadikan alat gerudi. Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi waja), besi tempawan dan besi tuang.

Penghasilan logamsecara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain

Bahan Logam

Logam Bukan FerusTimahAluminiumkuprum

Logam Ferus

AloiLoyang Gangsa

Keluli

Besi TuangBesi KelabuBesi PutihBesi Aloi

BerkarbonRendahSederhanaTinggi

AloiKromiumVanadiumKrom-nikelMolibdenumKeluli Tahan Lasak

Besi Tempawan

1.2.1 KELULIKeluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia. Keluli adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Keluli dihasilkan melalui proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon, silikon, mangan, fosforus dn sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap.

1.2.1.1Keluli karbonKlasifikasi Dan Kegunaan Keluli Karbon Biasa.Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan brbanding dengan jenis-jenis yang lain. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi dan karbon. Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan, fosforus, sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan menjadikan lebih keras. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan karbon.Keluli karbon biasa dikelaskan kepada 3 kumpulan.i.Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %Cii. Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 - 0.8 %C. iii. Keluli karbon tinggi mengandungi lebih dari 0.8%C. 1.2.1. 2Keluli aloiKeluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur pengaloian seperti mangan, silicon, sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan yang tinggi antara 0.5% hingga 2%. Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifat-sifat khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna. Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium, mangenese, molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur, kuprum, aluminium, tungsten dan vanadium boleh memberikan sifat-sifat kekuatan, kemuluran dan keliatan yang lebih baik berbanding dengan keluli karbon. Oleh sebab banyak unsur yang terlibat sesetengahnya adalah mahal maka keluli jenis ini menjadi lebih mahal. Keluli aloi boleh dikelaskan kepada dua bahagian dengan mengikut penggunaan dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsur-unsur mengaloian yang utama. i. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels)ii. Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels)

1.2.1.3 Keluli AlatKeluli alat merupakan keluli aloi yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi berbanding dengan jenis keluli yang lain. Keluli alat juga menggabungkan beberapa unsure dengan besi dalam peratusan tertentu. Keluli alat dikelaskan berdasarkan kandungan kimia atau cara pengerasan dan sifat-sifat mekanikal utama unsure pengaloian yang terdapat pada keluli tersebut.

1.2.2 BESI TUANG (CAST IRON)Besi tuang mengandungi karbon antara 2 % hingga 4.5% karbon. Selain daripada itu besi tuang juga lazimnya mengandungi silicon sebanyak 3.5%. Oleh sebab kandungan karbon dan silicon yang tinggi, besi tuang mempunyai cirri tuangan yang sangant baik dan boleh dileburkan dengan lebih mudah berbanding dengan keluli. Besi tuang lebur juga boleh mengalir dengan baik berbanding keluli lebur. Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana suhu penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang sangat baik .1.2.2.1Jenis-Jenis Besi TuangBesi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya, bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam, komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah.

Besi TuangKelabu Putih Boleh Tempa

Carta 1:Jenis-jenis besi tuang

1.2.2.2Besi tuang kelabu

Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai barangan industri yang lain.

1.2.2.3Besi tuang putih

Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih dengan perqtus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai. Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini dihasilkan dengan menggunakan logam dingin. Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam penghasilan besi tuang boleh tempa.

1.2.2.4Besi BolehTempa

Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan. Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip dan peralatan industri pertanian.

Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum.

1.2.3 BESI TEMPA

Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenis-jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-zarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.

1.3 LOGAM BUKAN FERUSLogam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Logam ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen ataupun aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :- a) Aluminium b) Perak c) Kuprum d) Plumbum e) Timah f) Nikel g) Zink h) Kromium i) Emas j) Molydenum k) Magnesium l) Kobalt m) Manganese n) Tembaga1.3.1ALUMINIUMAluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan, pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai. 1.3.2KUPRUMKuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam industry elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen. Kuprum juga menjadi unsure penting di dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang. Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan pembersihan.1.3.3LOYANGLoyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning mengikut sukatan tertentu. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya. Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. Sedikit penambahan unsure-unsur lain seperti plumbum, timah, silicon, aluminium, nikel, fosforus dan arsenic, boleh mengawal sifat-sifat loyang.1.3.4 ALOIDua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink. Kuprum boleh dialoikan denganbanyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus, silikon, tellerium dan arsenik. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Aloi nya tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan haba dan diikuti dengan lindapkejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran semula.1.4KACAKaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian kimia serupa dengan kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur 20000C. Dua bahan lain yang sering dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca ialah Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang akan menurunkan tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Namun begitu kapur (Kalsium oksida) perlu ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

1.4.1Proses penghasilan kacaSilika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan bagi tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Sumber utama soda ialah Natrium karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat. Batu kapur atau kapur mati digunakan sebagai agen kapur. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses penghasilan kaca borosilikat. Bahan binaan berdawai atau berlapis pula digunakandalam proses pembuatan kaca keselamatan. Ia berfungsi untuk memegang serpihan kaca jika kaca tersebut pecah. Kaca lapis pula dihasilkan dengan car a meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang bersalut simen, ianya seterusnya digelek untuk membuang gelembung udara. Kaca lapis ini banyak digunakan sebagai cermin kenderaan. Proses penghasilan gentian kaca pula adalah dengan menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar mengikut saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam proses pembinaan dan kaca gentian.

Kaca ialah bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan melebihi 2000 C.

1.5 PolimerTahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan.. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:- i Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan organik dan bukan organik. ii Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur. Iii Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

Polimer termasuklah;

plastik, getah, beberapa jenis perekat dan lain-lain.

1.5.1 PlastikApa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Secara semulajadinya plastic diperoleh daripada pemprosesan arang, petroleum ataupun tumbuhan sehingga terhasil sifat plastic apabila dipanaskan. Plastik juga boleh didapati secara sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau unsur lain untuk menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. Hasil kajian dan penyelidikan, plastic terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang besar untuk mengambil alih tempat logam dalam industri pembuatan.Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut.

Tahukah anda bagaimana plastik dihasilkan?

Tahukah anda bahawa polimer telah dapat menggantikan komponen yang dahulunya diperbuat daripada logam dalam penggunaan seperti pada automobil, pesawat terbang, kelengkapan rumah dan kelengkapan pejabat. Fikirkan contoh-contoh yang ada disekeliling anda.

Carta 2 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik.

Carta 2:Jenis-jenis plastik

KEBAIKAN PLASTIKKELEMAHAN PLASTIK

Harga murahUkuran boleh berubah disebabkan kelembapan

Tahan lamaSuhu operasi yang rendah

Sebahagiannya boleh dikitar semulaMudah rapuh pada suhu yang rendah

Mudah untuk dibentukLembut dan kurang anjal berbanding logam

Penebat elektrik yang baikSebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu

Sebahagian kalis airSebahagian plastik amat mudah terbakar

Rayapan pada semua keadaan suhu

Plastik Termo ialah

Plastik yang boleh dileburkan semula dan boleh digunakan berulangkali.

Manakala Plastik Termoset ialah

plastik yang boleh dileburkan sekali sahaja dan ia terus mengeras mengikut acuan.

Dan Akrilik ialah

sejenis polimer yang bersifat lut cahaya dan tidak boleh dijadikan legap.

Renung sejenak!Pernahkah anda terfikir bahawa lensa dibuat daripada akrilik?

1.6 Komposit

Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan yang berbeza di sambungkan atau diikat samada secara mekanikal atau metalurgi untuk mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. Komposit mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, seramik-polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer. Komposit dikelaskan kepada beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan. i. Komposit lamina atau lapisanii. Komposit zarahaniii. Komposit bertetulang gentian

1.6.1Komposit laminaBahan rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis, permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis, apitan dan berbagai-bagai lagi. Papan lapis ialah contoh komposit lamina. Komposit lamina boleh dihasilkan dengan cara:i. Menggelekii. Ikatan letupaniii. Penyemperitan bersamaiv. Menekanv. Pateri keras

1.6.1.1.MenggelekKebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksidaoksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan atom ke atom.

1.6.1.2Ikatan letupanProses dilakukan melalui cas letupan. Tekanan yang secukupnya dapat menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan dua kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin penggelek.

1.6.1.3 Penyemperitan bersamaBahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan. Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi bahan yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi mengelilingi dawai pengalir.

1.6.1.4 MenekanProses menekan dilakukan dalam keadaan panas. Bagi komponen yang kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet perekat di dalam lamina.

1.6.1.5 Pateri kerasPateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan logam dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur akan tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan rerambut.

1.6.2Komposit zarahanBahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang lazimnya lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang lebih lembut dan mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar misalnya konkrit atau sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses metalurgi serbuk.

1.6.3Komposit gentian bertetulangBahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. Bahan gentian yang kuat, tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan mulur. Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan kemuluran dan keliatan, manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya yang dikenakan. Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi.Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Jerami telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bata bertetulang keluli menguatkan struktur konkrit. Gentian kaca di dalam matriks polimer menghasilkan gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan dan angkasa lepas.

1.6.4 Aplikasi Komposit: Porsche membina cakera brek komposit silikat gentian karbon prestasi tinggi Pengurangan berat 50%, kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat Tahan lama-rintangan haus tinggi

Rajah 3: Cakera brek komposit

Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan salutan komposit seramik keras Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim diguna dalam enjin jet Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan. Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan

Rajah 4 :Penggunaan komposit : Pemukul kayu besbol

Cuba fikirkan apakah bahan komposit yang terdapat dikeliling anda?

1.7 KAYU

Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti. Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika. Kayu merupakan sejenis bahan binaan paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan tropika. Penggunaannya berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka terutamanya dalam pembinaan istana dan kediaman. Pada masa kini kayu balak telah berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya di luar negara, aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan barn.Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di dunia di masa hadapan.Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine, dan lain-lain.

1.7.1PENGKELASAN KAYUDi Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying Timber For Building Constructions" kayu di kelas kepada empat kumpulan utama iaitu:

KUMPULANJENIS

Kumpulan kayu keras yang berat( HHW-Heavy Hardwood);

Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong, Merbau, Tembusu dan Resak.

Kumpulan kayu keras yang sederhana berat(MHW-Medium Hardwood);

Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang.

Kumpulan kayu keras yang ringan(LHW-Light Hardwood)Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir dan Kayu Getah.

Kumpulan kayu yang lembut(SW-softwood)Damar Minyak, Geronggang, Jelutong, Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan Terentang.

1.7.2Kegunaan KayuKUMPULANNAMAKEGUNAAN

KERAS DAN BERATCENGALKapal, rangka, ukiran

BALAUJambatan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot

KEKATUNGRasuk, rangka pintu/ tingkap, pemegang alat, lantai, parket dan panel

MERBAUKerja hiasan, parket, perabot, venire dan pemegang alat

RESAKPembinaan berat, tiang rasuk, corocok, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu / tingkap

TEMBUSUPembinaan berat, lantai, parket dan perabot

KERAS DAN SEDERHANA BERATKEMPASPembinaan berat, tiang gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerocok dan pemegang alat

KERUINGPembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori

KAPURKekuda, rasuk dan tiang

TUALANGTiang rasuk, lantai, perabot

KERAS DAN RINGANNYATUHPintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, perabot

MERANTIPembinaan, lantai, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel

RAMIN Hiasan perabot, binding dalam dan panel

SEPETIRGerobok, panel dan perabot

KAYU GETAHPerabot, panel, susur tangga dan parket

1.7.3Kebaikan dan kelemahan kayuKEBAIKAN KAYUKELEMAHAN KAYU

Mempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi:i. Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm2.ii. Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg /m3.Mudah terbakar dan api mudah merebak dengan cepat.

Senang dikerjakan berbanding dengan bahan lain seperti besi.la cepat mengecut dan meleding kerana perubahan cuaca yang drastik dan merosakan mutu kayu.

Mempunyai rupabentuk kemasan yang menarik.Kos penyelenggaraan bangunan lebih tinggi kerana mudah reput, lembab dan berkulat serta'ianya mudah diserang serangga perosak

Kelasakan yang tinggi jika diawetkan.

Kepelbagaian penggunaannya

1.7.4Bahagian kayu dan fungsinya

Rajah 5:Keratan rentas kayu1.7.5PENGERINGAN KAYUPengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair yang terdapat dalam rongga sel dan Binding kayu. lanya dapat menurunkan peratus lembapan Bari 8% hingga 15%. Jika kelembapan lebih kayu akan mudah rosak atau reput basah. Carikan maklumat kaedah yang digunakan untuk mengeringkan kayu

1.7.6 TUJUAN PENGERINGANa) Menambahkan kekuatan, ketahanlasakan dan senang dikerjakan.b) Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut dan meleding.c) Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap.d) Menjadikan kayu lebih mudah terbakar, jika digunakan sebagai.e) Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.1.7.7FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PENGERINGANa) Jenis kayu.b) Cara susunan kayu.c) Saiz kayu.d) Keadaan cuaca dan lokasi.e) Cara pengeringan dijalankan.

1.7.8CARA PENGERINGAN KAYUa) Cara semulajadi.b) Pengeringan bertanur/ relau.c) Pengeringan air.

1.7.9 KECACATAN KAYUKecacatan kayu adalah dipengaruhi oleh faktor semulajadi, kecuaian semasa menebang dan semasa proses menggergaji atau membelah, serangan serangga, lumut dan lembapan.

1.7.10 JENIS KECACATAN SEMULAJADI a) Dipengaruhi oleh Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami di sepanjang pertumbuhannya.b) Jenis kecacatan yang sering berlaku ialahi. Gerigis.ii. Buku.iii. Parut.iv. Berongga( teras rosak).v. Ira berpintal.

Rajah 2 : Kecacatan jenis buku

1.7.11 Jenis kecacatan semasa menebang dan mengeluarkan kayu balak dari hutan ialah:i. Rekah cincin/gelang.ii. Rekah bintang.iii. Rekah kipas.iv. Rekah bulat

1.7.12Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami proses pengeringan ialah:i.Pecah.ii. Retak.iii. Terpiuh.iv. Keras meleding.V.Melengkung/Meleper/relangan.vi.Wen atau sisian wen.

Rajah 6: Kecacatan kayu

1.8GETAH

Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkan daripada susu getah ( kulit pokok getah ). Susu getah mengandungi molekul-molekul getah ( C5H8 ), cecair dan resin. Getah diasingkan secara pembekuan menggunakan asid formik atau asid asetik. Susu getah ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai kepekatan sebelum dicampur asid. Getah beku seterus digelek (mesin gelek) jadi kepingan nipis. Kepingan getah ini dibasuh, dikeringkan dan dijemurkan ( getah mentah ). Getah mentah adalah melekit dan lemah dan mempunyai sifat lain yang tidak dikehendaki. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-sifatnya. Proses membaiki ini dinamakan pemvulkanan ( vulcanization ) dan biasanya melibatkan pencampuran 7 % - 42 % sulfur kepada getah itu. Getah mentah dihiris-hiriskan, kemudian dicampurkan dengan sulfur dan bahan pelikat pada suhu vulkan 140 dar C. Seterusnya dibentuk dgn cara menggulung atau menekannya pd tekanan 2.5 12.5 N / mm2

LATIHAN 1Berikan sepuluh rekabentuk yang berasaskan plastik termosett dan termoplastik. Berdasarkan kepada rekabentuk yang anda pilih, jelaskan secara terperinci ciri-ciri keselamatan dan reka bentuknya. Dari perspektif anda sebagai seorang pengguna, berikan komen anda dalam rekabentuk produk tersebut.

LATIHAN 2Sesebuah rumah diperbuat daripada bahan kayu terdapat beberapa struktur saperti rangka bumbung, pintu, tingkap, tangga, lantai dan dinding. Berdasarkan struktur rumah tersebut ;i. Anda dikehendaki mengenal pasti jenis-jenis kayu mengikut pengkelasannya bagi setiap pembinaan struktur rumah tersebutii Berdasarkan soalan diatas, anda perlu melakarkan secara terperinci struktur pembinaan tersebut

Tajuk 2SIFAT BAHAN MENTAH

SINOPSIS Topik ini mendedahkan sifat bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca, simen, komposit, kayu dan getah.

HASIL PEMBELAJARAN1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan sifat bahan mentah.2. Menjelaskan sifat-sifat bahan mentah yang berkaitan dengan bidang pengajian.

KERANGKA KONSEP TAJUK SIFAT BAHAN MENTAH

2.0 SIFAT BAHAN MENTAH

Terdapat banyak jenis bahan yang dapat digunakan dalam kejuruteraan dan pembuatan barangan. Pengetahuan tentang sifat bahan penting supaya bahan dapat berfungsi dengan baik seterusnya dapat menghasilkan produk yang bermutu.

2.1LOGAM Tahukah anda bahawa logam dan aloinya seperti besi tuang, keluli, aluminium, magnesium, zink, titanium dan nikel mempunyai sifat umum antaranya keberaliran haba dan elektrik yang baik, kekuatan dan ketegaran yang tinggi, mulur atau mudah dibentuk dan merintangi kejutan. Logam digunakan meluas sebagai bahan struktur dan bahan galas beban. Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan logam lain yang dinamai aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki. Logam yang mengandungi besi dikenali sebagai logam ferus, manakala logam yang tidak mengandungi besi dikenali sebagai logam bukan ferus.

2.2.1Sifat-sifat Keluli Aloi:i. Menambahkan kekuatan tegangan.ii. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.iii. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses pengerasan.iv. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan.v. Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness).vi. Meninggalkan rintangan terhadap kakisan.vii. Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.

2.2.2 Sifat Besi TuangBesi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di relau kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli. Mempunyai takat lebur di antara 1150C -1250C dan jongkong lebur ini lebih cair dan menghasilkan tuangan yang baik. Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang penting dalam besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi sesuatu sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan karbon. Kandungan karbon lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli.2.2.3 Sifat-sifat utama Logam Bukan FerusSifatAluminiumKuprum

Kekuatan tegangan100 N/mm2215 N/mm2

Kekuatan mampatan100 N/mm2300 N/mm2

Kekerasan40 (NKB) 80 NKB ( jenis tuangan )90 NKB ( kerja sejuk )66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap )

Takat lebur660o C1083 oC

Kemuluran30% pemanjangan25% (jenis tuangan )55% ( sepuh-lindap )3% (kerja sejuk )

Ketumpatan2.6 g/cm38.9 g/cm3

i. Tahan kakisan atmosfera dan airii. Pengalir haba dan elektrik. Pembalik haba dan cahaya.i. Tahan kakisan atmosfera dan air.ii. Pengalir elektrik yang amat baik

NKB = Nombor kekerasan Brinell2.3SIFAT KACA

a. Mudah pecahb. Kerasc. Lutsinar dan lutcahayad. Bahan biasan.e. Boleh dibentuk dengan cara meniup, pengacuan, menekan, menarik atau menggulung.f. Penyejukan serta merta meningkatkan kekuatan sebanyak 400%.g. Takat lebur yang rendah dan lebih stabil dari segi fizikal dan kimia.

2.4SIFAT POLIMERPolimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang, dihasilkan daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomer-monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti. Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaan-perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak. Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna "bahagian". Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molekul relatif yang sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis, membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti protein yang terbentuk. Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopolimer seperti protein dan asid nukleik memerlukan mangkin. Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat dihasilkan.

Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Peter Stensel, Andrew Tung and Soh Beng Seng. (2000). Keeping Up With Design and Technology For Upper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte. Ltd; 381 -389.

2.5 SIFAT PLASTIK

Plastik mempunyai sifat-sifat seperti nisbah kekuatan-berat yang tinggi, ketumpatan yang rendah, kekuatan dan ketegaran yang rendah dan keberaliran haba dan elektrik yang rendah. Disamping itu, plastik juga dapat merintangi bahan kimia dengan baik dan mempunyai pekali pengembangan haba yang tinggi. Plastik juga memberi pilihan yang luas terhadap warna, lutsinaran atau lutcahaya, mudah untuk dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan kos yang agak rendah.

Tahukah anda plastik terbahagi kepada dua kategori utama iaitu plastik termo dan plastik termoset? Kedua-dua kategori ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Dapatkan maklumat mengenainya.

2.5.1Sifat-sifat Am Plastiki. Graviti tentunya rendah.ii. Perintang haba dan elektrik yang baik.iii. Kemasan muka yang baik. iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.

2.6SIFAT KOMPOSITa. Kekuatannya tinggib. Ketegarannya tinggic. Kurang beratd. Prestasi pada suhu tinggie. Rintangan pada lelasanf. Kekerasan yang tinggig. Keberaliran yang baikh. Kos yang rendah

2.7SIFAT KAYUSifat-sifat kayu berbeza diantara satu jenis dengan jenis yang lain daripada aspek berikut:a. Rupa bentukb. Kekerasanc. Berat d. Kekuatane. Kecacatanf. Penebat haba dan elektrik yang baik

2.7.1SIFAT-SIFAT UTAMA KAYU2.7.1.1 Kekuatana) la bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira kayu, kecacatan kayu dan modulus keanjalan kayu.b) Kayu berketumpatan tinggi lebih kuat dari berketumpatan rendah.c) Dinding sel yang tumpat menghasilkan kayu yang kuat.d) Sel ini sediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula, garam dan resin.Ketahanlasakan kayu bergantung pada kandungan lembapan. Kayu yang mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan menari2.7.1.2Kekuatan Tegangana) Sifat rintangan terhadap daya yang menarik kayu ini.b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.c) Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali ganda pada keadaan kering udara.2.7.1.3Kekuatan Mampatana) Diperhatikan dalam arah selari dan tegak kepada ira.b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.c) Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih kurang hingga kekuatan tegangan selari dengan iranya.d) Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaitan rapat dengan kekerasan kayu itu.

2.7.1.4 Kekuatan Riciha) Sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba menggelangsarkan sebahagian dari atas bahagian yang lain.b) Daya ini dinamakan daya ricih.c) 4 jenis ricihan ; ricihan selari dengan ira, ricih tegak dengan ira, ricihan serong, ricihan gelek.

d) Ricihan tegak kepada ira dan ricihan serong berlaku kepada anggota kayu yang ditegaskan berlebihan.e) Ricihan gelek disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu. Ricihan gelek biasanya berlaku pada binaan yang diperbuat daripada papan lapis.

2.7.1.5Kekuatan Lenturan Statika) Ukuran kekuatan bahan ini (sebatang rasuk) yang ditentukan melalui ujian lenturan statik.b) Ujian ini mengira tegasan serat, modula kekenyalan dan kerja melentur.c) Modula patah adalah tegasan yang terbentuk dalam serat. Contoh kayu, ketika ia, gagal atau patah ia dianggap bahawa teori lenturan mudah berlaku.d) Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur contoh rasuk kayu itu sehingga ke peringkat tertentu.

2.7.1.6 Kekerasan Kayua) Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya.b) Kekerasan kayu mempunyai kaitan rapat dengan kekuatan mampatan tegak kepada iranya.c) Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan; bergantung kepada ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel kayu.

2.7SIFAT GETAH Sifat-sifat getah bergantung kpd darjah pemvulkanan Getah tidak mengandungi sulfur peka terhadap perubahan suhu, larut dalam sebilangan bahan uji, mempunyai kecenderungan menjadi lekit dan lemah Getah 7 % sulfur lebih kuat dan diregang 8-10 kali ganda panjang asalnya tanpa putus, tidak mudah larut dalam pelarut getah Kurang peka terhadap perubahan suhu Getah yg mengandungi sulfur dengan peratusan lebih tinggi adalah keras dan rapuh Sifat getah boleh diubah dengan mencampurkan bahan pelikat dan mengubah darjah suhu dalam proses pemvulkanan Kesan bahan pelikat bergantung kpd kehalusan dan banyaknya bahan tersebut. Karbon hitam, zink oksida, magnesium karbonat asas dan tanah liat ( 30 % mikut isipadu ) akan meningkat kekuatan dan ketegangan dan keliatan getah Masa pemvulkanan dipanjangkan sehingga suatu nilai had kekuatan tegangan mutamad akan bertambah tetapi pemanjangannya bkurangan Jika masa melampaui nilai had kekuatan tegangan muktamad getah dan pemanjangannya berkurangan Oleh sebab itu getah boleh berubah bentuk dgn had atau limit yg besar sebelum pecah, putus atau sebagainya, maka satu nilai tegasan mesti diberi Getah lembut mempunyai keupayaan menyerap tenaga per unit isipadu yang terbesar Oleh itu getah banyak digunakan utk membuat tayar, penyerap kejutan dan penimbal

Perbandingan sifat getah asli dengan sifat getah asli tervulkan

Getah asli Getah asli tervulkan

Lembut Lebih keras

Tidak tahan tindakan haba Lebih tahan tindakan haba

Kenyal Lebih kenyal

Mudah dioksidakan oleh oksigen Lebih tahan terhadap pengoksidaan

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Mat Lazim Zakaria (1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka; ms. 110 - 162

2.8SIFAT KERTAS Kertas bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian Biasanya gentian yg digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada kayu pulpa ( kayu lembut ) spt : spruce, bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen dan hem boleh digunakan Ianya seperti gergaji halus dan nipis hingga meyebabkan luka Dihasilkan dengan tangan atau mesin

Tahukah anda?Kertas dibuat daripada pulpa kayu dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga menjadi pulpa. Secara purata 17 pokok berdiameter 20 cm pada paras dada lelaki dewasa untuk menghasilkan 1 tan kertas.

LATIHAN 1Sifat bahan kadang-kadang dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama sifat yang sensitif kepada struktur dikenali sebagai sifat mekanikal sementara sifat yang tidak sensitif kepada sruktur dikenali sebagai sifat fizik.Huraikan perbezaan antara sifat mekanikal dan sifat fizikal strukruk bahan dengan memberikan beberapa contoh.LATIHAN 2Sifat-sifat utama logam aluminium ialah ringan kuat secara relatif, tahan karat daripada tindakan udara keliling dan merupakan pengalir eletrik yang terbaik. Ada kalanya logam ini mudah dirosakkan.Anda dikehendaki mencari punca utama mengapakah berlakunya kerosakan pada bahan tersebut dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut.

Tajuk 3 ASAS PEMBINAAN PRODUK

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang Asas Pembinaan Produk yang melibatkan peringkat-peringkat pembinaan produk dalam proses pembuatan yang bermula dengan peeringkat menentukan tujuan dan fungsi kerja, perkembangan idea, penyusunan idea, membina lakaran dan lukisan kerja dan diakhiri dengan peringkat pembinaan projek.

Hasil Pembelajaran5. Menghuraikan setiap peringkat pembinaan projek.6. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan peringkat pembinaan produk. 7. Menjelaskan kepentingan setiap peringkat pembinaan produk yang berkaitan dengan bidang pengajian.

KERANGKA KONSEP PEMBINAAN PRODUK TUJUAN / FUNGSI KERJA

PERKEMBANGAN IDEA

PENYUSUNAN IDEA

LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA

PEMBINAAN PROJEK

3.0PENGENALANMereka bentuk dan merancang memerlukan pemikiran dan penyelesaian kepada semua masalah berhubung dengan pembinaan dan penggunaan untuk masa depan sesuatu benda kerja itu. Ianya bukan sahaja untuk menambahkan kehalusan atau perhiasan kepada sesuatu benda kerja yang telah siap atau separa siap.Asas bagi pembinaan sesuatu produk adalah perancangan yang teliti dan tersusun yang perlu dilakukan peringkat demi peringkat. Perancangan yang rapi ini akan dapat menjamin hasil akhir sesuatu produk yang berkualiti dan dapat berfungsi seperti mana yang dimahukan. Jika satu daripada masalah reka bentuk utama itu dapat difikirkan berasingan, maka jika ada perkara-perkara penting akan tertinggal dalam reka bentuk akhir. Perancangan sekeping kerja kayu dapat dibahagikan kepada empat peringkat utama. Dalam peringkat 1 dan 2 kita bertanya kepada diri kita beberapa soalan. Jawapan kepada soalan-soalan itu digunakan dalam peringkat 3 dan 4 untuk membolehkan kita menyelesaikan masalah reka bentuk itu secara menyeluruh.Peringkat 1 Tujuan dan fungsi kerjaContoh soalan-soalan: Apakah yang akan disimpan di dalam? Berapa luaskah kawasan yang diperlukan? Berapa tinggi, lebar dan tebalnya? Adakah ia memerlukan cermin muka? Adakah ia digantung pada dinding atau didirikan atas rak?Peringkat 2 Perkembangan pendapat dari Peringkat 1Contoh soalan-soalan:i. Nisbah (keseimbangan reka bentuk)Contoh soalan-soalan:Adakah bentuk atau rupanya kelihatan betul? Adakah ia terlalu tinggi, tidak seimbang dengan lebarnya? Adakah bingkai pintu itu terlalu berat berbanding dengan tepi-tepi rangka?ii. Bahan-bahanKayu keras atau kayu lembut? Papan lapis atau belakang papan keras? Engsel tembaga atau engsel keluli? Pengunci bebola atau kunci?iii. PembinaanTanggam penjuru rangka? Tanggam bajang? Tanggam berparit? Rak terpasang atau boleh laras? Bagaimana cerminnya dipasang? Bagaimana tombol pintunya dipasang? iv. Menghias dan menyudahAdakah hiasan tambahan pada permukaan? Venier? Ukiran? Bentukkan? Penyudah merintang wap diperlukan? Penyudah hening untuk menampakkan urat kayu? Penyudah warna untuk melindungi urat kayu biasa pada kayu lembut?v. Keselarasan Adakah gayanya sesuai? Adakah ia sesuai atau secocok dengan perabot bilik mandi yang lain? Adakah warna atau urat kayunya bertentangan dengan lain-lain benda di sekelilingnya?Peringkat 3 PendapatBuatkan catatan ringkas dan lakaran berdimensi bagi:-i. kerja yang lengkapii. perincian bagi bahagian-bahagian yang memerlukan perhatian yang lebih.Peringkat 4- Lukisan KerjaReka bentuk yang telah siap dan peringkat perancangan. 3.1 PERINGKAT 1 : TUJUAN ATAU FUNGSI KERJASoalan Apakah tujuan (guna atau fungsi) kerja yang telah siap?, kelihatan seperti satu soalan yang mudah dijawab tetapi bagi sesuatu kemajuan yang berguna yang akan dibuat, jawapannya mestilah cukup terang dan lengkap.Fungsi bagfi sebarang kepingan kerja boleh jadi untuk menyimpan benda, bertindak sebagai permukaan kerja dan seterusnya atau boleh digabungkan fungsi-fungsi itu (seperti satu meja dipasang dengan satu laci).3.1.1 Ukuran StandardSebarang perabot yang digunakan untuk kita duduk atau berdiri di atasnya mestilah berukuran betul dan bentuknya hendaklah selesa digunakan. Sebagai contoh kerusi bagi meja makan mestilah lebih kurang 420 mm hingga 440 mm tingginya supaya orang boleh duduk dengan selesa menghadap meja makan.Permukaan bekerja bagi orang dewasa ialah 825 mm hingga 900 mm tinggi. Jika ia duduk, tingginya 720 mm hingga 750 mm dan ini adalah sangat sesuai bagi menulis atau makan. Bolehkah anda fikirkan lain-lain ukuran standard?3.1.2 Lain-lain ukuran standardPanjang, lebar dan tinggi sesuatu kerja itu (atau lain-lain bahagiannya) akan ditentukan oleh kegunaan tertentunya, sama ada ia permukaan kerja atau tempat penyimpanan barang-barang, pendakap lampu atau pintu bagi rumah simpanan arang batu. sebagai contoh, ukuran bahagian dalam bagi gerobok piring hitam bagi piring hitam yang besar berkehendakkan sekurang-kurangnya 325 mm tinggi dan 315 mm lebar supaya piring hitam itu boleh disimpan tegak. Panjang gerobok itu bergantung pada banyaknya piring hitam yang hendak disimpan.Ruang di antara rak-rak bagi rak buku mestilah mencukupi bagi meletakkan buku itu menegak dan buku itu mudah digerak-gerakkan, tetapi tidak terlalu lebar kerana ini akan membazir ruang. mungkin dalam hal ini, rak-rak boleh laras adalah sesuai.

3.2 PERINGKAT 2 : PERKEMBANGAN IDEA3.2.1 NisbahSetelah memutuskan fungsi-fungsi yang tepat bagi kerja yang telah siap dan setelah menimbangkan sebarang ukuran tertentu atau ukuran standard yang terlibat, hendaklah difikirkan pula, nisbahnya. (Nisbah ialah kadar atau keseimbangan di antara panjang, tinggi dan lebar). Adakah ia kelihatan sesuai? Adalah satu soalan yang baik disoalkan pada peringkat ini. Kesimpulan kepada masalah ini ialah dengan menggunakan kayu yang cukup tebal atau cukup lebar supaya ia cukup kuat untuk membuat sesuatu kerja itu. 3.2.2 Bahan-bahanPemilihan bahan-bahan tertentu untuk sesuatu kerja bergantung pada dua faktor utama:3.2.2.1 Tujuan atau fungsi kerja yang siap (seseorang tidak akan menggunakan kayu mahogany untuk membuat pagar taman dan juga tidak menggunakan kayu lembut bergred murah di mana kemasan bergilap terhias dengan cantik)3.2.2.2 Kesesuaian fizikal bahan-bahan. Papan blok mungkin sesuai untuk dibuat bahagian atas meja tetapi tidak sesuai untuk kaki meja atau bingkai pintu. Kayu padu adalah sesuai untuk membuat rel dan sebagainya tetapi tidaklah sebaik papan lapis jika berkehendakkan sekeping bahagian atas meja yang yang besar dan ringan. Papan lapis bergred kalis air boleh digunakan bagi membuat sampan, tetapi papan keras bergred standard yang kalis air tidak boleh digunakan.3.2.2.3 Pembinaan Kaedah pembinaan tanggam atau pemasangan semua bahagian kerja itu bergantung pada:i. Bahan yang digunakan. Biasanya digunakan tanggam tradisional (standard) bagi kayu-kayu semulajadi, tetapi kadang-kadang teknik dan perekat khas diperlukan untuk mengeluarkan papan.ii. Jenis kerja kayu membina almari, menanggam atau kerja-kerja kayu kasar. Anda boleh menanggam bajang (tetapi jangan dipakukan) sisi-sisi almari kayu yang digilap. Paku hanya sesuai digunakan bagi membuat kotak.

3.2.2.4 Hiasan dan kemasanKerap kali rupa benda kerja yang direkabentuk dengan baik menjadi rosak kerana hiasan-hiasan yang tidak bersesuaian. Jika bahagian atas sebuah meja diperbuat daripada kayu yang mempunyai hiasan yang cantik, adalah tidak sesuai jika kita terlalu banyak mengukir, memvenir atau menatah, untuk mewarnanya atau cuba mengubah rupa bentuk asal yang menarik itu.3.2.2.5 HarmoniWalaubagaimana berguna dan menarik sesuatu benda kerja yang siap, perlu diingat bahawa ia hendaklah selaras dengan lain-lain benda dan mestilah sesuai dengan keadaan sekelilingnya. Sebuah almari yang dicat warna hijau terang atau kuning misalnya akan kelihatan menarik jika diletakkan di dinding dapur tetapi ia akan tidak seimbang jika dipadankan dengan hamparan berwarna biru dan bersama perabot dari bahan kayu mahogany.

3.3 PERINGKAT 3 : PENYUSUNAN IDEASetelah kerja menganalisis idea terpilih dijalankan, proses penghalusan perlu Dijalankan sebelum mengambil keputusan memilih idea yang terbaik. Contoh-contoh lakaran produk akan dilukiskan semula mengikut ukuran berskala. Tujuan dilukis semula adalah untuk menganalisis spesifikasi sebenar produk, ukuran dimensi kritikal, pengiraan ukuran serta pemasangan bahagian-bahagian yang kritikal. Idea yang terpilih seterusnya diperhalus dengan mengambilkira faktor-faktor seperti kaedah pemasangan, bahan yang digunakan, saiz serta ciri-ciri keselamatan.

3.4PERINGKAT 4 : LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJAPeringkat ini adalah proses akhir dalam kerja mereka bentuk. Pada peringkat ini, reka bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan. Bagi mendapatkan spesifikasi produk yang lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek mestilah dibuat. Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan dan fungsinya.3.4.1Lukisan ortografik lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk merekodkan dan menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu objek yang mengandungi pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.

Contoh lukisan ortografik3.4.2 Lukisan isometrik Satu lukisan pandangan yang dilukis bagi menunjukkan keadaan sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala penuh.

Contoh lukisan isometrik3.4.3Lukisan perspektif Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis dengan cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai bentuk atau rupa sebenar produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam perspektif, kita akan nampak : Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh daripada kita. Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya apabila semakin jauh daripada kita.

Contoh lukisan perspektif3.4.4Lukisan persembahan - Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir penyampaian idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar rupa bentuk sesuatu produk. Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan seperti bahan dan jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga digunakan dalam mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.

Contoh lukisan persembahan

3.5 PERINGKAT 5 : PEMBINAAN PROJEKPeringkat terakhir dalam pembinaan produk yang melibatkan perancangan dan penyusunan langkah-langkah kerja membuat atau menghasilkan produk dari awal sehingga terhasil produk yang dikehendaki.3.5.1 Merancang kerja Suatu langkah yang penting dan perlu dilaksanakan sebelum sesuatu proses pembinaan produk dimulakan. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan masa dan kos akibat dari kesilapan dalam penyusunan langkah kerja. Merancang kerja juga dapat membantu untuk penetapan masa sesuatu produk dapat disiapkan. Terdapat berbagai kaedah merancang kerja, antara kaedah yang selalu digunakan adalah dengan pembinaan Carta Gantt.3.5.2 Carta Gant merupakan salah satu teknik kawalan masa dan kos yang sering digunakan untuk pembuatan produk. Carta ini digunakan kerana mudah disediakan serta mudah difahami. Ia terdiri dari satu lajur aktiviti pada sebelah kiri dan lajur tempoh masa pada sebelah kanan. Unit masa boleh menggunakan hari atau minggu. Carta ini disediakan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek mengikut turutan yang betul. Pembahagian jangka masa bagi setiap aktiviti dilukis dalam bentuk bar dari kiri ke kanan.3.5.3 Bahan Pemilihan bahan untuk sesuatu pembuatan produk dilakukan semasa peringkat perkembangan idea. Dalam peringkat merancang kerja, semua bahan yang diperlukan perlu didapatkan sebelum projek dapat dimulakan. Jumlah atau kuantiti bahan yang diperlukan juga ditetapkan pada peringkat ini. Penyediaan awal bahan akan mengelakkan masa melahu yang panjang akibat menunggu ketibaan pesanan.3.5.4 Kemasan Dalam pembinaan produk, proses kemasan yang dipilih hendaklah merangkumi kaedah membuat kemasan. Ini bermaksud persediaan prasarana yang sesuai untuk kerja kemasan perlu disediakan awal dan sesuai dengan produk. Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran, menjamin kualiti kemasan dan menjimatkan masa.

Tajuk 4BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN

SINOPSIS Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja kayu merangkumi kertas las, bahan penyumbat dan jenis bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, lekar, cat, varnish dan timbertone. Tajuk ini merupakan sebahagian daripada tajuk empat dalam pro forma meliputi sebahagian bab barangan logam dan kelengkapan

HASIL PEMBELAJARAN1. Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan Kerangka konsep Jenis bahan mentah

4.0PENGENALANKemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Keadah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja.Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut.Antara langkah dalam kerja kemasan ialah: Memilih cat atau kemasan yang sesuai Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat ( Filler power ) Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand paper ) Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada mengunakan berus atau spray Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik Menghilangkan kesan calar atau cacat Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama

Tahukah anda mengapa kerja kemasanperlu dilakukan ?

4.1Jenis Bahan Kemasan Lilin Minyak Linsid Syelek atau sampang syelek Cat Lekar Varnis Stain Timber tone

JENIS BAHANJENIS KEMASAN YANG SESUAI

KayuCat minyakSyelekSampangLekarLilinLekar plasticvinil

KeluliCat minyakCat bitumenlekar

Lepa simen/gypsium

Cat distemperCat air / cat emulasiCat minyak

4.1.1Kemasan Lilin Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut. Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.

Rajah 1 : Antara kemasan lilin

4.1.2Syelek Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek larut di dalam alkohol methylated spirit. Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.4.1.3Sampang (Varnis) Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atai sembur. Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa selama 12 hingga 24 jam. Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.4.1.4Cat minyak Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.4.1.5Cat air atau cat emulsi. Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan memerlukan air sebagai agen pencair. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringanya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan samada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru..4.1.6Lekar (lacquer) Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose). Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.

4.1.7Venier Kayu Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan kayu. Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu. Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:a. Kayu Cengalb. Kayu Nyatohc. Kayu Balaud. Kayu Merantie. Kayu Sepetir

LATIHAN 1 Nyatakan sebab-sebab utama kenapa kita perlu membuat kerja-kerja kemasan selepas kita menyiapkan hasil projek.LATIHAN 2 Dengan ringkasnya terangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk kerja-kerja satu bahan pengemasan projek perabot. Langkah kerja yang perlu dilakukan mesti mengikut peraturan dan mempunyai nilai-nilai murni serta mendapat hasil yang berkualiti.

4.2Barangan logam dan kelengkapan 4.2.1Jenis-jenis paku Paku biasa (common nail) berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.

Paku kotak (box nail) serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku kemasan (finishing nail) digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku. Paku panel (casing nail) sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu.Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakandalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu. Paku venir Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadang-kadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis. Paku payung kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.

Paku berkepala dua mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku. Paku konkrit diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.

Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.4.2.2 Jenis skru Skru kepala rata (countersunk) diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.

Skru kepala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau tembaga dan digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan Nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.

Skru kepala timbul Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat, diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.

Skru kepala segiempat merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin. 4.2.3 Cara Memasang Skru Lubang hendaklah dibuat dengan gerudi untuk menerima batang bajak skru. Bagi kayu lembut, lubang hanya perlu dibuat pada kepingan kayu atas sahaja tetapi untuk kayu keras lubang hendaklah dibuat pada kepingan kayu atas dan lubang panduan diperlukan pada kepingan kayu bawah. Buat lubang benam untuk kepala skru jika diperlukan. Skru mestilah dipasang dengan pemutar skru yang sesuai dan tidak boleh diketuk dengan tukul besi kerana gentian kayu akan terputus menyebabkan daya pegangannya pada kayu berkurangan. Skru boleh dipasangkan dengan lebih mudah jika hujungnya direndam di dalam lilin atau sabun.

4.2.4 Engsel Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya. Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun tingkap. Engsel T Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat ditanggung dengan lebih baik. Engsel cangkuk dan simpai Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan pintu garaj. Engsel spring Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar. Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat yang terhad. Engsel perabot terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge, butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.4.2.5 Tombol penarik Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk memudahkan nya dibuka dan ditutup. Diperbuat daripada bahan seperti plastic, Loyang, tembaga, gangsa, nikalam, besi tuangan, aluminium dan kayu. Terdapat dalam berbagai bentuk. Pemasangannya dengan menggunakan skru.

4.2.6 Pendakap Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang. Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok atau dinding. Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa. Dipasang dengan menggunakan skru. 4.2.7 Kuku Terdapat dalam pelbagai rekabentuk. Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot. Diperbuat daripada keluli, besi, Loyang, gangsa dan plastik. Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari dan kuku Peranchis. 4.2.8 Selak Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam. Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut. Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.4.2.9 Kunci Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu. Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting Jenis Selinder.4.2.10 Penahan Pintu Hidraulik Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka. Mekanismanya menggunakan system hidraulik. Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel.

LATIHAN 1 Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci Puting Jenis Selinder pada pintu. Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengan kunci jenis lain.

Tajuk 5BAHAN HIASAN DALAMAN DAN LUARAN

SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi dalam penghasilan bahan-bahan untuk kerja-kerja hiasan dalaman dan luaran bangunan. Ia adalah juga berkaitan dengan pemilihan bahan yang sesuai dengan keadaan bangunan serta pemilihan warna yang sesuai dengan sesuatu situasi bilik dan bangunan.

Hasil Pembelajaran1. Menjelaskan pengertian dan perlambangan sesuatu warna dan menyenaraikan faktor pemilihan sesuatu warna mengikut keperluan bangunan dan situasi.2. Menghuraikan keperluan pemilihan bahan yang bersesuaian untuk tujuan hiasan dalaman dan luaran.3. Menjelaskan jenis bahan hiasan dalaman yang berkaitan dengan bidang pengajian.4. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

5.1 PSIKOLOGI PEMILIHAN WARNA DALAM HIASAN DALAMAN Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan dan menghasilkan respon secara fizikal kepada manusia. Terdapat pelbagai jenis warna yang boleh dihasilkan melalui perkembangan teknologi masa kini. Penggunaan warna-warna banyak diaplikasikan dengan penggunaan cat untuk hiasan dalaman. Antara warna-warna yang biasa digunakan ialah biru, kuning, hijau, merah, ungu, merah jambu, jingga, coklat, hitam, putih dan kelabu. Biru - mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Warnanya tenang dan nyaman menggambarkan keamanan, kesejahteraan dan selamat. Kuning - menyerlahkan riang dan kegembiraan dan lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Hijau bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Ia memperlihatkan rasa segar dan nyaman. secara tradisi warna hijau dikenali sebagai warna keamanan. Merah warna paling hangat dalam spektrum warna, digunakan untuk merangsang badan dan pemikiran serta memperbaiki peredarannya. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari. Ungu - dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian dan misteri. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Merah jambu - dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Jingga - Warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Coklat - Menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'. Hitam - Adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Putih - Menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral. Kelabu - Warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna.

5.2 Simen Fero (ferosimen) Simen Ferro bermaksud kombinasi simen dengan besi (ferus). Ia juga merupakan sejenis struktur yang terdiri daripada campuran pasir, simen, air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli. Sejarah - Simen Ferro di pelopori oleh Joseph Louis Lombot 1848. Di Malaysia ia diperkenalkan pada tahun 1979 oleh Universiti Pertanian Malaysia. Teknik ferosimen banyak digunakan dalam lanskap keras seperti untuk membuat kerusi dan meja taman, kolam ikan dan sebagainya. Bagi sector pembinaan bangunan, rumah-rumah dan binaan yang lain, penggunaan kaedah ini masih lagi berada ditahap permulaan. Kelebihan Simen Fero 1. Mudah dibentuk 2. Kukuh dan mudah diperbaiki3. Kos binaan yang murah 4. Tidak memerlukan teknologi tinggi5. Tahan kepada cuaca panas dan sejuk Keburukan Simen Fero1. Terlalu berat untuk di ubah 2. Kos mengupahnya mahal3. Perlu kemahiran melorek 4. Perlu kemahiran mengecat5. Perlu kreatif Bahan-bahan yang digunakan1. Simen2. Pasir3. Dawai BRC4. Dawai mata punai5. Dawai halus6. Rod besi7. Cat8. Pengilat9. Air Alatan1. Perata simen2. Sudip simen3. Pemotong besi4. Gunting zink5. Playar gabung6. Pemotong jarring7. Sekup mata rata8. Cangkul9. Baldi simen10. Paku11. Berus cat12. Berus syelek

Aliran Proses Membina Simen Fero1. Membuat lakaran objek2. Tentukan jenis dan saiz objek3. Tentukan anggaran kuantiti bahan binaan4. Membuat rangka5. Membancuh mortar6. Melepa lapisan mortar pertama nipis7. Melepa lapisan kedua mortar tebal8. Melorek atau mengukir9. Mengecat atau mewarna10. Mengilat

Contoh-Contoh Binaan Simen Fero

5.3 Memvenir dan Menatah Memvenir proses kemasan perabot dengan menggunakan kepingan kayu nipis atau venir dari kayu mahal dan cantik untuk dilekatkan kepada permukaan kayu atau papan lapis yang permukaannya tidak cantik. Proses melekatkan vernir menggunakan glu atau perekat khas. Alat-alat yang digunakan dalam proses memvenir adalah Tolok lurus, pisau vernir, pahat, apit venir, gergaji venir, ketam rata, ketam venir, tukul venir, seterika, tolok pemotong, kayu penekan dan ketam pelicin. Menatah proses membina corak atau hiasan di atas permukaan kayu dengan tujuan mencantikkan lagi permukaan kayu tersebut. Antara kaedah menatah adalah dengan menampal vernir yang berlaianan warna yang dipotong mengikut corak tertentu dan dilekatkan diatas permukaan kayu yang hendak ditatah. Permukaan yang dipasang vernir dan ditatah perlu disapu bahan kemasan setelah kerja-kerja menghias selesai,5.4 Kemasan Lantai Terdapat banyak jenis kemasan lantai yang digunakan untuk tujuan menambah kecantikan permukaan lantai asas yang dibina. Antara kemasan lantai yang selalu digunakan adalah jalur kayu atau lantai kayu, jubin, marmar, mozek, terazo dan parket. Jubin terdapat dalam berbagai jenis untuk berbagai kegunaan. Diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Sifatnya keras, kalis air serta sifat khas yang lain mengikut jenis dan fungsinya seperti sifat merintang gelincir, tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam berbagai saiz, warna dan corak hiasan serta licin pada permukaan atasnya sahaja. Saiz yang biasa diperolehi adalah 110 mm x 110 mm, 150 mm x 150 mm, 200 mm x 200 mm, 200 mm x 100 mm, 200 mm x 300 mm, 300 mm x 300, mm 450 m x 450 mm, 450 mm x 600 m dan 600 mm x 600 mm. Pemasangan jubin dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Kelebihan kemasan jenis simen dan konkrit. Mudah diselenggara kerana kesan daripada bahan yang digunakan tidak mahal Boleh digabung berbagai corak menarik pada lantai dengan berbagai corak susunan batu. Kemasan simen bepasir lebih halus amat pada ruang dalaman berbandingan kemasan simen berbatu kerana selesa dipijak. Oleh kerana permukaan yang kasar maka amat sesuai untuk permukaan luaran yang memerlukan tahap geseran yang tinggi. Simen berjalinan tekstur sangat popular pada ruang berkonsepkan mediteranean dan ala Mexico. Papan lantai Terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beroti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun gelegar lantai kayu. Lebar papan jalur tidak melebihi 100 mm dan diperbuat daripada jenis kayu keras seperti jati, cengal dan kempas. Lantai papan jalur ini dikemaskan dengan menggunakan lekar atau syelek. Kelebihan kemasan Jenis lantai kayu Tahan calar dan padat, sesuai untuk kegunaan seharian terutama sekali pada ruang kediaman. Lebih kukuh, tahan cuaca panas sejuk. Senang digandingkan dengan pelbagai gaya penataan. Tidak sejuk pada kaki dan memberikan langkah yang selesa. Risiko terjadinya kecederaan adalah rendah sekiranya terjatuh atas lantai kayu kerana lantai kayu menyerap hentakan dan tidak terlalu. Kemasan lantai dari bahan polimer mempunyai keistimewaan dari segi warna, corak serta lebih mudah digantikan berbanding dari bahan seramik. Terdapat berbagai jenis dipasaran seperti linoleum, tikar PVC, getah asbestos PVC dan Jubin PVC. Linoleum dibuat dengan .menekan lapisan plastic ke atas guni jut, kain kanvas atau kerajang felt tepu bitumen. Bahan plastic terdiri daripada minyak kering daripada biji-bijian, damr dan bahan yang terdapat dalam cat. Boleh diperolehi dalm bentuk gulung yang panjangnya 27 m, tebalnya antara 2 mm hingga 6mm dan lebarnya 1.83 m Dibekalkan mengikut berbagai warna dan reka bentuk seperti bentuk jubin, panel, selitan dan sebagainya. Tikar PVC (polivinil klorida ) Biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan dikilangkan daripada dammar PVC sebagai bahan utama bersama dengan pelekat dan pewarna. Ia dihasilkan dalam bentuk gulung sepanjang 27 m, tebal 2 mm dan lebar 1.83 m. Terdapat dalm bentuk licin berkilat (gloss) dan kesat (flat), berwarna dari warna biasa sehinngga kepada warna seperti marmar. Getah getah dengan campuran sedikit sulfur untuk pemvulkanan dihasilkan dengan ketebalan 3.2 mm, 4.8 mm dan 6.3 mm, dalam bentuk gulung sehingga kepada 1.83 m lebar dan 30.5 m panjang dan boleh didapati dalam berbagai warna dan corak menarik.

Pemvulkanan adalah proses memanaskan getah yang dicampurDengan sulfur pada tekanan tinggi

Gentian kaca - Bahan Gentian kaca banyak digunakan dalam hiasan dalaman dan luaran bangunan komersil kerana sifatnya yang ringan, lutsinar, tidak mudah pecah atau caalar, permukaannya bercorak dan berwarna warni. Gentian kaca boleh didapati dalam bentuk panel hiasan, kepingan bumbung dan lain-lain lagi. Penggunaan bumbung dari bahan gentian kaca dapat menstabil pancaran ultra violet dan menimbulkan suasana lebih selesa. Pada waktu siang Ia juga menjimatkan tenaga elektrik kerana tidak memerlukan banyak lampu untuk pencahayaan kerana sifat lutsinarnya. Saiz yang boleh didapati adalah panjang sehingga 20 kaki, lebar sehingga 5 kaki dan tebal antara 1 mm dan 5 mm.

Contoh penggunaan bahan berasaskan gentian kaca

Mural kaedah menghias bahagian dalam atau luar permukaan yang luas seperti dinding dan siling dengan menggunakan grafik lukisan atau corak yang menarik. Ia disediakan dengan kaedah lukisan terus atau menggunakan cat atau cetakan imej yang dilekatkan pada dinding. Terdapat juga mural yang menggunakan kaedah menampal jubin yang mempunyai motif lukisan yang telah disediakan.

Contoh-contoh mural Arca atau sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan mengguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Secara umumnya, arca adalah karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas. Namun, arca juga ada ada keistimewaannya yang tersendiri. Arca perlulah diletakkan di kawasan yang mudah dilihat kerana ia tarikan utama ke laman. Ringkasnya, arca juga boleh dijadikan titik tumpu laman yang menarik. Arca yang benar-benar menyerlah memberi nilai estetika pada laman.dan boleh menaikkan mood dan keunikan kepada laman dan dalam masa yang sama melambangkan cita rasa individu atau pemilik laman.Ada pelbagai jenis bahan yang sesuai untuk membentuk arca laman daripada batu, besi hinggalah bahan polimer. Pilihan bahan arca yang mahu ditampilkan di laman kediaman bergantung kepada cita rasa selain kedudukan, suasana dan kos untuk membeli atau membinanya.

Contoh-contoh arca Kolaj - Kolaj bermakna potong, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Kerja-kerja kolaj ini dibuat dengan menampalkan cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan kolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja- kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahan ke atas kolaj.

TAJUK 6PERKEMBANGAN INDUSTRI PEMBUATAN TEMPATAN

SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan perkembangan industri tempatan; peranan, fungsi, proses pembuatan dan kepentingan industri tempatan.HASIL PEMBELAJARAN1. Mengkaji konsep daripada perspektif perkembangan industri pembuatan tempatan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk teknologi.2. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.3. Memodeli dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dan koperatif serta menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri.

KERANGKA KONSEP PERKEMBANGAN INDUSTRI TEMPATAN

6.1PENGENALANTeknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.Selain daripada itu teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.Secara ringkas istilah teknologi membawa maksud penggunaan alat, bahan dan proses oleh manusia untuk membolehkan mereka melakukan atau menghasilkan sesuatu, Contohnya, makanan yang kita makan itu telah dihasilkan, dibungkus dan diedarkan dengan menggunakan teknologi tertentu. Begitu juga dengan rumah yang kita diami, kenderaan dan lain-lain barang, yang semuanya dihasilkan dengan teknologi tertentu.Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. Oleh sebab manusia sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk memudahkan kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan berlaku perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia.Istilah pembuatan telah diambil dari perkataan Latin iaitu manu factus, yang membawa maksud diperbuat dengan tangan . Perkataan pembuatan telah digunakan pada kurun ke 16. Istilah ini membawa maksud penghasilan barangan daripada bahan mentah menggunakan pelbagai proses, mesin dan operasi, dan menurut suatu aktiviti yang tersusun serta dirancangkan terlebih dahulu.

6.2TEKNOLOGI PEMBUATAN Pembuatan ialah suatu proses yang mengkoordinasikan kebolehan manusia, alatan dan mesin untuk mengubah bahan mentah menjadi barangan berguna. Teknologi pembuatan telah menjadi teras kepada pembangunann manusia di negara maju. Pembuatan adalah suatu aktiviti ekonomi yang penting. Hampir sepertiga daripada nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara perindustian adalah hasil daripada bidang pembuatan.

6.3Peranan dan Fungsi Industri Pembuatan Tempatan

Tahukah anda apakah peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan? Mari kita teliti maklumat berikut.

Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gentian - import. Bagaimanapun strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970, di mana lebih banyak tumpuan telah di buat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport. Memandangkan kegiatan berorientasikan gentian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana Malaysia di anggap mempunyai skop pasaran yang kecil.

Matlamat pembangunan perindustrian ini telah menghasilkan kemajuan yang pesat dalam tahun 70-an. Peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan adalah seperti berikut:a. Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru;b. Mempelbagaikan industri dan mengembangkannya keseluruh negara;c. Menambahkan tukaran asing menerusi penwujudan industri berteknologi tinggi dan memupuk kemahiran bagi pekerja Malaysia;d. Menambahkan lagi industri kecil dan sederhana;e. Mengurangkan import barangan jentera, mengeksploitasi pertalian pengeluaran dan pemprosesan;f. Menguatkan lagi keupayaan teknologi dalam sektor pembuatan.

Huraikankan bagaimana industri pembuatan dapat membantu penduduk negara ini memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

6.4 KEPENTINGAN INDUSTRI PEMBUATAN TEMPATAN6.4.1 Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.6.4.2 Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import.6.4.3 Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan - sumber bahan mentah industri.6.4.4 Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan. 6.4.5 Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan.6.4.6 Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing.

6.5FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIAa.Modal Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)

b.Sumber tenaga Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang. Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)

c.Banyak kemudahan asas Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).

d. Bekalan bahan mentah Banyak, mudah didapati dan mencukupi.

e.Pasaran Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.

f. Dasar kerajaan Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan. Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya : a. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas. b. Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way. c. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.

g.Tenaga buruh Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.

h. Sistem pengangkutan Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.

6.6GALAKAN DAN PERANAN KERAJAAN DALAM MEMAJUKAN LAGI BIDANG INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA1. Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya. 1. Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA). 1. Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional untuk melatih pekerja mahir. 1. Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk bantu pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan dorongan. 1. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa tertentu). 1. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian cukai eksport dan import. 1. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu barangan. 1. Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (mmbuat kereta dll). 1. Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-bangunan untuk disewa / jual kepada pengusaha-pengusaha kilang.

Rajah 1 : Kilang proton merupakan antara industri pembuatan tempatan yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia

Fikirkan sejenak! Apakah yang terkandung dalamPelan Induk Perindustrian Malaysia? Kenapa ia dilancarkan?

LATIHAN 1Terangkan peranan dan fungsi indusri pembuatan tempatan automatif dalam menjana ekonomi negara dan menurunkan kadar inflasi negara.

LATIHAN 2Teknologi pembuatan telah diciptakan atau dibangunkan dan diigunakan dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Umpamanya bidang komunikasi yang berkaitan penghantaran dan penerimaan maklumat melalui bahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)Anda dikehendaki mencipta satu bentuk perkakasan komputer bidang komunikasi dengan membuat ilustrasi berserta dengan butirannya cara penggunaannya.

Tajuk 7PENGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA

Sipnosis Tajuk ini mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan bahan kitar semula melibatkan bahan kertas, plastik, kaca, logam dan kayu.Hasil Pembelajaran1. Menjelaskan jenis dan sifat bahan.2. Mengaplikasikan teknik pembuatan produk berasaskan kayu dan logam dalam pengajaran dan pembelajaran anda disekolah.3. Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan, barangan logam dan kelengkapan.4. Menghuraikan perkembangan industri pembuatan tempatan5. Menjelaskan penggunaan bahan kitar semula

Kerangka konsep Jenis bahan mentah

Industrialisasi banyak menghasilkan sisa buangan. Pelupusan sisa buangan ini melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, sisa-sisa ini boleh mendatangkan hasil pulangan yang baik jika ianya dikitar semua

7.1 Pengenalan

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, ia bergantung kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi hidup kita.

7.2Tujuan kitar semula ialah:a. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersihSampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.b. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaranLonggokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah me