rahsia senjata melayu yang

Upload: puterasulung

Post on 08-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    1/8

    Rahsia Senjata Melayu yang Terkubur

    Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yangbesar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatanlogam;kilang melebur besi.

    Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki, khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban. Berperanglagihancur semuanyabangkit kembali membina empayarperang saudarakedatangan bangsaEropah yang tamak.dijajahdijajahdijarah

    Bangkit kembalitentang penjajahakhirnya merdeka.Kemudian bina negarabina peradabankembali.Perlahan-lahan.

    Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegangtombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi..apa dilihat lagi? Gambar lukisan raja Melayu diatas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar

    musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi.gambar gabenor Britishbercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

    Selak lagiselak lagigambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskindan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

    Dalam artikel ini, saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang diSemenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Siri akan mendedahkan betapa antaraorang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Inisekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu hendak buat sebatang jarum pun takmampu

    Benarkah begitu?

    Musketeers dan Gunners Melayu

    Ketika saya masih kecil lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkanzaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalamfilem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperangmenggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya Lela Rentaka.

    Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat

    satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasisawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu real dansuasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengandarah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya, berbanding filem-filem tipikal lainyang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing. Penggunaan meriam yang meluas di dalam filemini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misterikepada saya.

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    2/8

    Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasamelanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya; apakah perananmeriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabilamembaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan

    sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugisseperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

    Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita?

    Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkanorang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam.Ini tidak kalahdengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul darisegi sejarah.

    Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruhdunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas

    Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah, Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidakketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat merekamempelajari cara membuat meriam. Jadi

    ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALINGKAYADI TIMURMENJADI PEKAK, TULI,BUTADANBISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

    Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadipengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabutkemelayuan mereka.

    Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melakayang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siammenggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketikaitu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAANKECIL DI SUMATERADANJAWA,ASKAR-ASKAR UPAHANDARI GOA,JAWADAN SIAM DITAMBAHDENGANPEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMANDARI PARA PEDAGANGASINGDAN ORANG-ORANGMELAYU SENDIRI.

    Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperangmenggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

    Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu

    menggunakan pistol, meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dansesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukaidaging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluarkawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

    Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunyasendiri:

    *Cannon = Meriam,Lela

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    3/8

    *Portable Cannon/swivel gun = Lela Rentaka

    *Flintlock Musket = Istinggar

    *Blunderbuss = Pemuras

    *Pistol = Terakol

    Mari kita lihat antara senjata-senjata terahsia Melayu ini:

    Pemuras

    Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. DalamPerang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakanPemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang DolSaid dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orangBrunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasaInggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar,

    yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

    Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda(Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil, seperti pistol.

    Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usulpistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuanpertahanan.Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di

    dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayuberbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

    Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaanblunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untukpertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuhdengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

    Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapanglantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal

    hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

    *Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

    Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayuyang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    4/8

    lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor Pemuras dan Karga. Karga ialah bekasmenyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

    Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik.Ada juga Pemuras yang dibuatdaripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia baratpenggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan

    terutama ketika mengisi peluru.

    Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambiquemeletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkanblunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.

    Terakol

    Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi wheel lock (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini

    membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan fius. Terakol berbentukseperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalampeperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentangRajah Brooke.

    Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitartahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dansejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat. Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu seringbergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

    Istinggar

    Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat denganpenggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologiflintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkankos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar denganpantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu(matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

    Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) danjuga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjayamembunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagaiseorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggaryang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-mautkepada raja Pagar Ruyung.

    Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerangPortugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    5/8

    Lela Rentaka

    Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat SirAndrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yangdilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang

    disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmadyang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

    Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih danmembuak-buak. Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangatmereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!

    Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad :

    Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengantembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan .

    Kita terlupa pula untuk berbuat begitu

    kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.

    Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya

    adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?

    tanyanya dengan penuh kehairanan!

    Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka diserang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka

    jawab Mat Kilau bangga.

    bolehkah kami melihatnya

    kata Gabenor itu lagi.

    Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akanmengeluarkannya

    kata Mat kilau lagi.

    Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, keranamereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalahsesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yangterkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

    Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    6/8

    dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong.Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagaiarquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa,rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga,buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

    Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia.Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah sertaboleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza denganmeriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan.Ciri mudah alih Rentakajuga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

    Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yangterbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang olehSepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takutdengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang

    menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka.Selain daripada orang Moro, KerajaanBrunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentakaterbanyak dan terbaik di Alam Melayu.kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh duniasekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera,penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

    Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajahbarat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatanrentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka diAlam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyakadalah negara Belanda.

    Meriam/Lela

    *Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian PertahananThailand

    Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriamdigunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajahdi Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggerisdan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenalmengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam palingterbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

    Sebelum kemunculan meriam, pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakanpembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pulamemperkenalkannya.

    Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela. Danmeriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukanorang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    7/8

    Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akanserangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624)telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuaipembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara danMahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaituhanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam

    ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

    Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad(1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkankerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan PanglimaPhraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan SriNagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut diKuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapatdikesan.

    Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yangdinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah ditawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatanmeriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriamkerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerangPattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebutdengan menonton filem Queen of Langkasuka.Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawatidan Pasir Salak pada hari ini.

    Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikirnenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kitaberperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi disebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjatabeginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawaltindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak .Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu

    memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasanpenjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hariini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga standard mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayumempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dangunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiapnegeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-rajaMelayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi danMaharaja Moghul di India. Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknyaInggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkanpengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi RajaPerak sebagaimana James Brooke menjadi Raja Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancursebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukansahaja orang Melayu, malah Mat Salleh pun berdegil mempertahankan takhta raja-raja Melayu .Lucudan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.

    Kesimpulan

  • 8/7/2019 Rahsia Senjata Melayu yang

    8/8

    Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlahbangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriamdan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

    Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.Sehingga ke hari ini sayamasih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an

    itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambilmeniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem laintidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh, saya betul-betul tabik pada pembuatfilem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

    Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang merekamenggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidaksama sekali. Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara penggerun mereka dan membuatkanInggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayudengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia. Alangkah bagusnya kalau

    dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkanblunderbassnya (Pemuras) di bahu.

    Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yangmengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar, dan askar Belanda menggunakanpeluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah TokJanggut juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan,dalam amalanmistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas, masakan orang Melayu ketika itu masihterkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlockmusket, blunderbuss dan cannon?

    Bibliografi:

    Melayu Nusantara

    Sejarah Kesultanan Brunei

    Sulalatus Salatin

    Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus

    Dan kajian persendirian yang lain