rahsia resume kerja - · pdf filecara sekalipun. e-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja...

Download Rahsia Resume Kerja - · PDF filecara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Menulis resume ini lebih tertumpu kepada teknik untuk memikat bakal majikan

If you can't read please download the document

Upload: trinhmien

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • Rahsia Resume Kerja

    Tim Infokerjaya

    Panduan Lengkap Persediaan Resume Kerja

    www.resumekerja.com

  • DisclaimerUntuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk persediaan memohon kerja melalui penulisan resume yang baik. E-book ini bakal membantu anda mencipta resume yang memenuhi permintaan bakal majikan anda. Oleh itu, diharap e-book Rahsia Resume Kerja ini dapat membantu anda mencipta resume yang

    baik seterusnya memudahkan anda terpilih ke temuduga.

    Amaran E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain. Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.resumekerja.com Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan- kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.resumekerja.com sahaja. Jika anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

    Ditulis Oleh

    www.ResumeKerja.com

  • Isi Kandungan

    Apa Itu Resume? 5Bagaimana Nak Hantar Resume? 7Proses Penapisan Resume 9

    Proses Manual 9Proses Automatik 15

    Bagaimana Nak Tulis Resume 99% Berjaya Dipanggil Ke Temuduga? 16

    Teknik 1 Soal Diri, Apa Saya Perlu Buat? 18Teknik 2 Senaraikan Ciri-Ciri Yang Anda Miliki Yang Dikenalpasti Dapat Membantu Syarikat Capai Matlamat 20Teknik 3 Berapa Tahun Pengalaman Anda Dalam Industri? 23

    - Lepasan Graduan (Fresh-graduated) 24- Berpengalaman (Experienced) 27

    Teknik 4 Senaraikan Skil Terhebat Anda Yang Dapat Membantu Syarikat Mencapai Matlamat Dan Cabaran Dimasa Hadapan 29Teknik 5 Senaraikan Pengalaman Professional Dan Kelayakan Anda 33Teknik 6 Bagaimana Skil Terhebat Anda Dapat Menyelesaikan Masalah Syarikat Atau Capai Sesuatu Yang Berharga Untuk Syarikat? 37Teknik 7 Senaraikan Pendidikan Tertinggi Yang Dapat Membantu Anda Dapatkan Jawatan Yang Diigini 40

  • Apa Perlu Ada Dalam Resume? 441. Gambar Professional 44

    - Kod Pakaian 452. Butiran Diri 503. Jawatan Dimohon 554. Objektif 565. Ciri-ciri dan Skil Hebat 566. Kata Kunci (Keyword) 587. Pendidikan, Pengalaman dan Pencapaian (3P) 608. Gaji / Pendapatan 639. Hobi, Sukan dan Aktiviti Sosial 6510. Rujukan 70

    Selain Resume, Apa Lagi Patut Saya Buat Untuk Dapat Kerja? 73

    Surat Iringan 75Follow Up Call 78Kekemasan Resume 80

    Kesimpulan 88

  • Rahsia Resume Kerja | 6

    Resume adalah satu ringkasan mengenai kelayakan diri anda semasa memohon sesuatu pekerjaan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan dan membawa maksud yang sama iaitu Curriculum Vitae (CV).

    Resume boleh dikatakan sebagai satu alat untuk mempromosikan diri anda kepada majikan sebelum anda diterima kerja.

    Resume boleh juga disimbolikkan sebagai satu produk terhebat anda yang bakal dijual kepada pelanggan anda (bakal majikan) melalui seorang ajen jualan iaitu diri anda sendiri.

    Apa Itu Resume?

  • Rahsia Resume Kerja | 7

    Menulis resume ini lebih tertumpu kepada teknik untuk memikat bakal majikan anda.

    Resume wajib memuatkan segala informasi terhebat anda sebelum ini sebagai sokongan untuk mendapat jawatan yang anda idam-idamkan.

    Secara ringkasnya perkara yang perlu ada di dalam sesebuah resume adalah seperti berikut :

    GambarprofilprofessionalButirandiriPendidikanPengalamanPencapaianandasebeluminiAnugerahterhebatAktivitisukandansosialSiaparujukananda(reference)DesignresumeSusunanformat

  • Rahsia Resume Kerja | 8

    Resume kebiasaannya dihantar melalui dua cara iaitu melalui pos (offline) ataupun online. Terdapat juga resume yang dibawa sendiri semasa sesi temudugadijalankan seperti temuduga jawatan kerajaan.

    Bagi jawatan kerja swasta, resume selalunya dihantar secara online sama ada melalui email atau pun melaluilampiran fail (file attachment) ke website syarikat tersebut contohnya seperti syarikat Intel, Petronas, Shell dan syarikat-syarikat besar yang lain.

    Resume disediakan di antara 1 hingga 2 muka surat sahaja. Resume yang kemas, susunan yang menarik dan isi kandungan yang hebat menjadikan resume anda mempunyai daya tarikan yang tinggi.

    Bagaimana Nak Hantar Resume?

  • Rahsia Resume Kerja | 9

    Tujuan utama anda adalah untuk mendapatkan kerja. Halangan pertama anda adalah menulis resume yang hebat sebelum anda menjejak kaki ke dunia perkerjaan.

    Untuk mendapat kerja yang hebat, resume anda semestinya hebat dan mesra majikan. Apa yang kami maksudkan dengan hebat adalah resume anda mempunyai pencapaian-pencapaian terhebat anda sebelum ini dan nampak menarik.

    Apa yang dimaksudkan dengan mesra majikan pula adalah teknik-teknik memikat yang anda bakal gunakan melalui ebook ini.

    Anda sebagai Romeo yang ingin memikat Juliet iaitu majikan baru anda. Pastikan resume anda mempunyai ciri-ciri ini.

  • Rahsia Resume Kerja | 10

    Terdapat satu perkara yang anda perlu anda tahu sebelum anda menulis resume. Perkara yang kami maksudkan adalah Proses Penapisan Resume.

    Proses ini dikategorikan kepada dua bahagian iaitu secara manual dan automatik. Sebelum anda menulis resume, apa kata luangkan masa anda sekejap untuk fahami proses yang dimaksudkan ini.

    Proses Penapisan Resume

    Proses Manual

    Proses Penapisan Resume secara manual ini dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia. Dalam konteksini dinamakan orang yang menilai resume sebagai Penilai.

  • Rahsia Resume Kerja | 11

    Untuk satu-satu jawatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat, berkemungkinan terdapat beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu resume yang dihantar oleh calon yang ingin memohon jawatan kerja tersebut.

    Penilai selalunya diberi tarikh akhir (dateline) oleh majikannya untuk menilai dan memilih beberapa resume yang hebat, menepati kriteria jawatan yang ditawarkan dan mesra majikan.

    Untuk menapis resume sudah semestinya penilai mempunyai sistem penapisannya sendiri.

    Kebiasaannya penilai akan menyediakan 3 ruang (folder sama ada folder berbentuk fizikal atau digital) untuk membezakan tahap dan pencapaian resume yang dihantar.

    Folder fizikal seperti fail yang biasa anda lihat di kedai-kedai buku (untuk resume yang dihantar secara hardcopy).

    Folder digital pula adalah folder yang dicipta di dalam komputer (rightclick-newfolder) jika resume itu dihantar melalui emel atau lampiran fail (softcopy).

  • Rahsia Resume Kerja | 12

    Resume yang menepati kriteria jawatan, menarik, kemas dan mesra majikan. Berjaya menambat hati penilai. 99% berjaya dipanggil ke sesi temuduga.

    Resume yang berjaya memikat hati penilai tetapi sedikit tersasar daripada memenuhi kriteria jawatan yang dipohon. Menjadi backup jika sekiranya calon di Folder A terlalu demand dengan gaji yang ditawarkan dan sebagai standby list untuk jawatan lain yang ditawarkan. 50% berjaya dipanggil ke sesi temuduga.

    FOLDER A

    FOLDER B

  • Rahsia Resume Kerja | 13

    Resume yang tidak menepati kriteria jawatan yang ditawarkan. 0% berjaya dipanggil ke sesi temuduga (tidak berjaya/gagal).

    Penilai diberi sasaran untuk memilih beberapa resume jenis 99% berjaya di dalam satu jangkamasa yang ditetapkan atau mungkin dalam beberapa hari sahaja (time constraint).

    Jika anda lihat, keadaan ini memberi tekanan kepada penilai. Lazimnya sesebuah resume hanya akan dinilai beberapa saat sahaja (

  • Rahsia Resume Kerja | 14

    Kebiasaannya kurang daripada 5 minit ( < 5 minit) dan akan ditempatkan ke Folder A.

    Kemudian penilai akan meneruskan menilai resume yang lain, jika terjumpa resume 50% berjaya beliau akan tempatkan resume tersebut ke Folder B tanpa luangkan banyak masa.

    Beliau akan luangkan masa membaca resume jenis ini semula setelah selesai menyemak kesemua resume yang ada.

    FOLDER B

    FOLDER A

  • Rahsia Resume Kerja | 15

    Setelah berpuluh-puluh resume yang disemak sudah tentu beliau penat, letih mata dan otak. Beliau akan mula kembali menyemak resume setelah berehat sebentar.

    Kali ini, momentum penilai untuk mulakan semakan kali kedua ini telah menurun sedikit. Pada waktu ini resumeyang benar-benar menarik dan dapat merehatkan mata penilai akan berpotensi untuk dipilih.

    Jika tidak dipilih masuk ke Folder A sekalipun, sekurang-kurangnya resume anda ditempatkan ke Folder B. Anda tidak perlu risau jika resume anda ditempatkan di Folder B.

    Mengapa?

    Kebiasaannya majikan akan menetapkan kuota untuk memilih calon daripada Folder A.

    Selalunya resume yang ditempatkan ke Folder A akan memohon gaji yang agak tinggi (demanding) untuk sesuaikan dengan pencapaian mereka.

    Terdapat juga calon daripada Folder A yang pencapaiannya cemerlang tetapi sikap dan etika semasa temuduga kurang menarik minat panel.

    Oleh itu, peluang untuk calon di Folder B terbuka luas disini. Resume sebegini akan menjadi backup untuk m