quasi experiment

39
GGGCB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 NAMA AHLI KUMPULAN 1: GLORIA ANAK AJIT NO. MATRIKS: GP03694 NAMA AHLI KUMPULAN 2: KATINI MEDIK NO. MATRIKS: GP03700 PROGRAM PENGAJIAN: SARJANA PENDIDIKAN (SOSIOLOGI PENDIDIKAN) KUMPULAN: DUA (PUSAT KUCHING) PENSYARAH: PROF. DR. RUHIZAN MOHD. YASSIN

Upload: izzat-asyraf

Post on 10-Jul-2016

260 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Quasi Experiment

 GGGCB6013KAEDAH PENYELIDIKAN 1

NAMA AHLI KUMPULAN 1: GLORIA ANAK AJIT

NO. MATRIKS: GP03694

NAMA AHLI KUMPULAN 2: KATINI MEDIK

NO. MATRIKS: GP03700

PROGRAM PENGAJIAN: SARJANA PENDIDIKAN (SOSIOLOGI PENDIDIKAN)

KUMPULAN: DUA (PUSAT KUCHING)

PENSYARAH: PROF. DR. RUHIZAN MOHD. YASSIN

Page 2: Quasi Experiment

REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI (QUASI EXPERIMENT)

Page 3: Quasi Experiment

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan2.0 Ciri-ciri reka bentuk eksperimen quasi3.0 Langkah-langkah4.0 Kelebihan5.0 Kelemahan6.0 Kajian-kajian yang menggunakan reka bentuk eksperimen quasi

Page 4: Quasi Experiment

1.0 PENGENALAN Kajian eksperimen quasi merupakan salah

satu reka bentuk kajian eksperimen selain kajian eksperimen tulen, kajian eksperimen makmal, kajian eksperimen lapangan dan eksperimen semula jadi.

Pada amnya, kajian eksperimen merupakan sejenis penyelidikan bagi mengenalpasti kesan sesuatu ransangan atau stimulus (Creswell, 2009; Marican, 2005).

Page 5: Quasi Experiment

1.0 PENGENALAN

Penyelidik akan secara sengaja dan sistematik menggunakan ransangan untuk melihat perubahan-perubahan yang akan berlaku.

Tempoh kajian kuantitatif ini dijalankan adalah berbeza-beza, sama ada dalam jangka masa yang pendek selama sejam ataupun beberapa jam serta boleh dilakukan dalam jangka masa yang panjang, iaitu dalam tempoh beberapa bulan ataupun beberapa tahun.

Page 6: Quasi Experiment

1.0 PENGENALAN

Kaedah kajian ini sering kali digunakan untuk kajian jenis deskriptif atau penjelasan (Marican, 2005).

Data yang diperoleh dari eksperimen merupakan perubahan-perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah bersandar.

Page 7: Quasi Experiment

1.0 PENGENALAN

Pembolehubah tidak bersandar pula akan dimanipulasikan untuk melihat perubahan-perubahan data.

Oleh itu, kawalan yang tinggi dikatakan dilakukan oleh penyelidik terhadap pembolehubah-pembolehubah dan juga persekitaran yang dikaji.

Page 8: Quasi Experiment

1.0 PENGENALAN

Hal ini menyebabkan kaedah eksperimen sukar digunakan dalam penyelidikan sains sosial kerana sukar untuk mengawal perubahan yang berlaku pada persekitaran kajian.

Page 9: Quasi Experiment

2.0 CIRI–CIRI REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI

Kajian eksperimen quasi (quasi-experimental) juga dikenali sebagai kaedah eksperimen separa (semi-experimental) (Bailey, 1994). Reka bentuk kajian eksperimen quasi ialah di mana penyelidik tidak dapat memenuhi mana-mana daripada kesemua syarat dalam kajian eksperimen tulen, iaitu tidak ada sama ada beberapa syarat berikut:

1) Hanya satu sahaja pembolehubah bersandar yang dimanipulasikan pada satu-satu masa tertentu.

2) Kumpulan kawalan.3) Responden perlu dipilih secara rawak sama ada dalam kumpulan kawalan

atau kumpulan eksperimen.4) Kesemua pembolehubah perlu dikawal sama ada memanipulasi secara

fizikal, statistik atau pemilihan secara rawak (Creswell, 2009; Marican, 2005).

Page 10: Quasi Experiment

3.0 LANGKAH-LANGKAH

Dalam kaedah eksperimen kuasi, langkah-langkah kerja adalah seperti berikut:

Pertama, penyelidik akan membuat hipotesis terhadap pembolehubah bebas yang akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap pembolehubah bersandar.

Kedua, pembolehubah bersandar akan diukur.

Page 11: Quasi Experiment

3.0 LANGKAH-LANGKAH

Ketiga, pembolehubah bersandar akan diransang oleh pembolehubah tidak bersandar.

Akhir sekali, pembolehubah bersandar akan diukur bagi melihat sama ada berlakunya perubahan terhadap pembolehubah bersandar apabila pembolehubah tidak bersandar dimanipulasikan (Creswell, 2009; Marican, 2005).

Page 12: Quasi Experiment

3.0 LANGKAH-LANGKAH

Penyelidik akan merekodkan mana-mana perubahan dan tindak balas yang berlaku sepanjang eksperimen dijalankan.

Penyelidik juga akan memerhatikan perkaitan antara ransangan dan pembolehubah bersandar dengan membuat satu lagi ujian yang tidak memberikan ransangan kepada subjek kajian, iaitu kumpulan kawalan.

Page 13: Quasi Experiment

4.0 KELEBIHAN Melalui kaedah eksperimen ini, penyelidik akan lebih yakin

bahawa pembolehubah tidak bersandar telah menyebabkan perubahan ke atas pembolehubah bersandar akibat faktor kawalan (Marican, 2005).

Selain itu, penyelidik juga dapat menentukan pembolehubah yang akan dikaji dan pembolehubah yang akan diambil kira bagi mengukur perubahan yang berlaku.

Seterusnya, kajian eksperimen quasi yang dijalankan dalam jangka masa yang panjang juga memberi peluang kepada penyelidik untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku merentasi masa.

Page 14: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Terdapat beberapa kelemahan bagi kaedah

eksperimen.

Antaranya, kajian yang dilakukan kemungkinan besar tidak memberi gambaran atau mewakili populasi yang lebih besar kerana rata-rata responden yang terlibat dalam kajian sains sosial menawarkan dirinya secara sukarela (Marican, 2005).

Selain itu, responden juga mungkin mengubah tingkah laku mereka kerana mereka diperhatikan.

Page 15: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN

Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah

eksperimen quasi

Page 16: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah

eksperimen quasi

Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

1. Sejarah Masa yang berlalu semasa eksperimen dijalankan mempengaruhi dapatan kajian kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan.

Penyelidik boleh melakukan eksperimen terhadap kumpulan kawalan serta kumpulan eksperimen berdasarkan situasi luaran yang berlaku sepenjang tempoh eksperimen.

Sumber: Creswell, 2009

Page 17: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah

eksperimen quasi

Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

2. Kematangan Kematangan peserta eksperimen dalam tempoh kajian mempengaruhi keputusan kajian

Penyelidik boleh memilih peserta yang mempunyai umur yang sama.

Sumber: Creswell, 2009

Page 18: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen

quasi

Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

3. Regresi Pemilihan peserta eksperimen berdasarkan skor yang tertinggi. Semasa eksperimen dijalankan, responden ini mungkin akan mengalami perubahan skor.

Penyelidik memilih peserta yang tidak mendapat skor terlalu ektrim.

Sumber: Creswell, 2009

Page 19: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah

eksperimen quasi

Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

4. Pemilihan Responden yang mempunyai ciri-ciri positif sahaja cenderung dipilih dalam kajian.

Pemilihan responden secara rawak.

Sumber: Creswell, 2009

Page 20: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah

eksperimen quasi

Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

5. Mortaliti Dapatan kajian bagi peserta yang menarik diri semasa eksperimen berlangsung tidak akan diketahui.

Penyelidik boleh memilih kumpulan sampel yang ramai atau membandingkan keputusan peserta yang menarik diri dengan yang meneruskan eksperimen.

Sumber: Creswell, 2009

Page 21: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah

eksperimen quasi

Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

6. Pemberian rawatan Peserta kumpulan eksperimen dan rawatan yang berkomunikasi antara satu sama lain boleh menjejaskan hasil eksperimen.

Penyelidik boleh mengasingkan kedua-dua kumpulan semasa eksperimen berlangsung.

Sumber: Creswell, 2009

Page 22: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN

Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Page 23: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen

quasi

Bil. Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

1. Interaksi antara pilihan dengan rawatan

Sifat atau ciri peserta yang terhad menyebabkan penyelidik tidak dapat membuat generalisasi terhadap peserta yang tidak memiliki sifat atau ciri yang sama.

Penyelidik perlu menjalankan kajian berasingan terhadap peserta yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari kumpulan.

Sumber: Creswell, 2009

Page 24: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen

quasi

Bil. Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

2. Interaksi antara penetapan tempat dengan rawatan

Penyelidik tidak dapat membuat generalisasi terhadap peserta yang ada di tempat yang berbeza.

Penyelidik perlu menjalankan kajian di tempat yang berbeza untuk melihat persamaan dalam dapatan kajian.

Sumber: Creswell, 2009

Page 25: Quasi Experiment

5.0 KELEMAHAN Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen

quasi

Bil. Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik

3. Interaksi antara sejarah dengan rawatan

Penyelidik tidak dapat membuat generalisasi terhadap keputusan kajian pada masa lalu atau pada masa akan datang.

Penyelidik perlu melakukan kajian replikasi pada masa akan datang untuk mengenalpasti adakah hasil kajian sama seperti kajian sebelumnya.

Sumber: Creswell, 2009

Page 26: Quasi Experiment

6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG MENGGUNAKAN REKA BENTUK

EKSPERIMEN QUASI1) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DID

IK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun’ oleh A. Rahman Haron et al. (2015).

2) Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman (2014).

Page 27: Quasi Experiment

6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG MENGGUNAKAN REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran

dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman (2012)

4) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff (2015)

Page 28: Quasi Experiment

6.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun’ oleh A. Rahman Haron et

al. (2015). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan SALAK

DIDIK elemen nyanyian dan elemen pantun terhadap kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah semasa atau tradisional.

Responden bagi kajian ini melibatkan 34 orang murid dalam kumpulan kawalan dan 40 orang murid dalam kumpulan eksperimen.

Kesemua responden merupakan murid Tahun 4 yang telah dipilih dari kelas-kelas yang sedia ada.

Page 29: Quasi Experiment

6.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun’ oleh A. Rahman Haron et

al. (2015). Murid-murid yang merupakan subjek kajian dipilih

bukan secara rawak atas arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Hasil kajian ini menunjukkan perubahan yang signifikan terhadap pembolehubah tidak bersandar, iaitu penggunaan pendekatan SALAK DIDIK dalam pengajaran karangan.

Page 30: Quasi Experiment

6.2 Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG.

Osman (2014). Kajian yang seterusnya menggunakan hanya satu

kumpulan responden yang sama bagi ujian pra dan ujian pasca, tidak seperti kaedah eksperimen tulen yang mempunyai kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Sebelum faktor pembolehubah tidak bersandar diuji dan dimanipulasikan, kumpulan responden yang terdiri dari 39 orang murid Tahun 5 diberi ujian pra.

Page 31: Quasi Experiment

6.2 Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG.

Osman (2014). Selepas itu, rawatan diberi kepada kumpulan

responden tersebut sebelum ujian pasca dijalankan.

Keputusan kajian ini menunjukkan perubahan yang signifikan terhadap pembolehubah tidak bersandar, iaitu kaedah pembelajaran penulisan berbentuk risalah.

Page 32: Quasi Experiment

3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan

argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan

Azmey Hj Othman (2012) Populasi kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 10

dari dua buah kelas, iaitu 10 B dan 10 C.

Kesemua sampel kajian merupakan 43 orang murid lelaki dalam kelas yang sedia ada.

Sampel kajian tidak dipilih secara rawak.

Page 33: Quasi Experiment

3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan

argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan

Azmey Hj Othman (2012) Kesemua murid dibahagikan kepada kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan.

Kumpulan eksperimen diajar dengan kaedah peta minda manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah tanpa peta minda.

Seterusnya, penyelidik menjalankan ujian pra.

Page 34: Quasi Experiment

3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan

argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan

Azmey Hj Othman (2012) Selepas itu, kedua-dua kumpulan diajar mengenai karangan

jenis argumentatif di mana kumpulan eksperimen menggunakan kaedah peta minda.

Selepas 6 kali sesi pengajaran dan pembelajaran, ujian pasca dijalankan.

Kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan prestasi pelajar yang mempelajari penulisan karangan argumentatif menggunakan kaedah peta minda.

Page 35: Quasi Experiment

4) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur

Liyana Abd Latiff (2015)

Kajian ini dijalankan terhadap emam orang murid bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Peserta kajian ini tidak dipilih secara rawak.

Aktiviti membentuk doh dijalankan selama tiga bulan di sekolah B dan C.

Page 36: Quasi Experiment

4) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur

Liyana Abd Latiff (2015)

Peserta dari Sekolah A merupakan kumpulan kawalan.

Analisis kajian ini mendapati terdapat peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran mengenal huruf bagi murid bermasalah pembelajaran yang menerima rawatan menggunakan aktiviti membentuk doh dan percikan berbanding murid yang tidak menerima rawatan.

Page 37: Quasi Experiment

7.0 SENARAI RUJUKAN A.Rahman Haron, Jamuludin Badusah dan Zamri Mahamod. 2015.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(1): 53 – 60

Bailey, K.D. 1994. Methods of Social Research. Fourth Edition. New York: The Free Press

Creswell, J.W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. Third Edition. California: Sage Publications, Inc.

Marican, S. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor Darul Ehsan: Pearson Prentice Hall

Page 38: Quasi Experiment

7.0 SENARAI RUJUKAN

Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff. 2015. Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(1): 71 – 80

Yahya Othman dan Azmey Hj Othman. 2012. Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(2): 32 – 45

Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman. 2014. Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(1): 19 – 29

Page 39: Quasi Experiment

SEKIAN, TERIMA KASIHTHANK YOU