pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ... · 5 唤醒 mengejutkan...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR3A
Modul 5
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 5
A. Perbendaharaan Kata & Bacaan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思
1 sakti
-ajaib
魔术/神奇
2 sesama sendiri
-antara mereka
互相/之间
3 mengalah
-tidak mahu melawan
认输
4 bertekak
-bertengkar
顶嘴/吵架
5 mengejutkan
-membangunkan daripada tidur
唤醒
6 berpura-pura
-berbuat seakan-akan
假装
7
terkial-kial
-membuat sesuatu dengan payah (penuh upaya)
kerana tidak biasa
挣扎
8 terbongkar
-terdedah
揭露
9 jerat
-perangkap binatang
陷阱
10 rayu
-memohon belas ihsan
哀求
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11 tunaikan permintaan
-memenuhi permintaan
实现承诺/要求
12 syarat
-peraturan
条件
13 dialami
-dilalui, dihadapi
所经历地
道
14
malang tidak berbau
-perkara yang malang berlaku tanpa sebarang
tanda
很不幸的
15 disembunyikan
-disorokkan
被藏起来
16 berangan-angan
-berkhayal, berfikirkan sesuatu
幻想
17 menemui
-menjumpai
遇见
18
setahil
-ukuran yang sama berat dengan 1/16 kati atau
37.8 gram
16 分之 1
两
19 dikabulkan
-ditunaikan, dipenuhi
实现
20 mematuk
-memagut, mencatuk dengan paruh
啄/咬(蛇)
b. Latihan Perbendaharaan kata : Membina Ayat
1. sesama sendiri :
____________________________________________________
2. mengalah :
____________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. mengejutkan :
____________________________________________________
4. berpura-pura :
____________________________________________________
5. terkial-kial :
____________________________________________________
6. terbongkar :
____________________________________________________
7. berangan-angan :
____________________________________________________
8. menunaikan :
____________________________________________________
9. dialami :
____________________________________________________
10. disembunyikan :
____________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tongkat Sakti
Tidak berapa jauh dari Negeri Beringin, tinggallah sebuah keluarga
yang miskin. Mereka terdiri daripada Mak Som dan dua orang anak
perempuannya. Seorang bernama Mawar dan adiknya bernama Cempaka.
Kedua-dua orang adik-beradik ini selalu bergaduh sesama sendiri.
Cempaka lebih banyak mengalah kerana menghormati kakaknya. Cempaka
juga lebih rajin daripada kakaknya.
“Kamu berdua asyik bergaduh sahaja. Pergilah cari kayu api di
hutan,” kerah Mak Som pada suatu hari.
Mendengar perintah Mak Som, mereka berdua pun pergilah ke hutan
untuk mencari kayu api. Mereka berjanji akan pulang sebelum senja.
“Cepatlah Kak Mawar, tolonglah saya kumpulkan kayu-kayu ini. Nanti
terlambat pula kita pulang. Mak tentu risau,” kata Cempaka setelah
melihat Mawar hanya duduk di bawah pokok.
“Aku penatlah, kau buatlah seorang,” balas Mawar. Dia sedikit pun
tidak menolong Cempaka mencari kayu api. Sebaliknya dia tidur sementara
menanti Cempaka mencari kayu-kayu tersebut. Cempaka yang malas
hendak bertekak dengan kakaknya membuat kerja itu seorang diri.
Setelah siap, dia pun mengajaknya pulang.
Sesampai di rumah, Mawar berpura-pura penat kerana takut
dimarahi ibunya.
“Kenapa sikit sangat kayu api ini, Mawar?” tanya Mak Som. Cempaka
hanya mendiamkan diri.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Tak mengapalah, esok kamu boleh pergi lagi mencari kayu api,”
putus Mak Som.
Pada keesokannya, setelah makan tengah hari, mereka berdua pun
masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Kali ini mereka berpecah. Mawar
sangat marah mengikutnya. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat berbuat
apa-apa.
Mawar terkial-kial mencari kayu api kerana dia tidak biasa membuat
kerja-kerja itu. Selalunya dia hanya menunggu Cempaka mengumpul dan
mengikat kayu api itu untuk dibawa pulang. Dia berasa sangat letih. Dia
takut ibunya akan marah kalau dia pulang dengan tangan kosong. Pasti
semua rahsianya akan terbongkar.
Sementara itu, Cempaka yang telah biasa membuat kerja itu
melakukan kerja dengan pantas. Setelah siap dia membawa seikat kayu api
untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan pulang, Cempaka terdengar suara
meminta tolong. Dia mencari-cari suara tersebut. Akhirnya dia terpandang
seekor rusa yang terkena jerat. Cempaka pun mendekati rusa itu.
“Tolong lepaskan aku wahai gadis manis,” rayu rusa itu. “Mintalah apa
sahaja daripada aku. Aku akan tunaikan permintaanmu,” kata rusa itu lagi.
Cempaka kasihan melihat rusa itu. Dia pun melepaskan rusa tersebut.
“Terima kasih, gadis manis,” kata rusa itu. “Kau ambillah tongkat
yang tersembunyi di bawah pokok besar itu. Kau boleh minta apa sahaja
dengan menggosok tongkat itu. Hanya satu syarat yang mesti kaupatuhi,
jangan tamak dan jangan gunakan tongkat ini untuk tujuan yang tidak
baik,” sambung rusa itu lagi.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Baiklah rusa, terima kasih kerana memberi tongkat sakti ini kepada
aku,” kata Cempaka.
Sesampainya di rumah, Cempaka menceritakan peristiwa yang
dialaminya. Dia menunjukkan tongkat sakti itu kepada ibunya. Ibunya
menasihatkan Cempaka supaya tidak menceritakan kepada orang lain
tentang tongkat sakti itu walaupun kepada kakaknya. Hal ini adalah kerana
Mak Som tahu sifat tamak Mawar.
Pada suatu hari, Cempaka mencuba tongkat sakti itu. Dia meminta
sepuluh keping wang perak sambil menggosok-gosok tongkat tersebut.
“Wang perak ini akan aku gunakan untuk membeli makanan dan
pakaian untuk emak dan kakak,” putusnya.
Sejak itu, Cempaka dan Mawar tidak lagi masuk ke hutan untuk
mencari kayu api. Mawar sangat hairan kerana Cempaka tidak lagi
mengajaknya mencari kayu api. Kehidupan mereka juga bertambah senang.
Cempaka menggunakan tongkat sakti itu dengan berhati-hati. Dia tidak
pernah meminta yang bukan-bukan. Mak Som juga sering menasihatinya
supaya menjaga tongkat sakti itu dengan baik. Cempaka tidak pernah
menceritakan hal tongkat sakti itu kepada orang lain. Rahsia tongkat sakti
itu hanya diketahui oleh Cempaka dan ibunya.
Malang tidak berbau, pada suatu hari, Mawar terdengar perbualan
Cempaka dengan ibunya tentang tongkat sakti itu. Dia pun berusaha
mencari tongkat sakti yang disembunyikan daripada pengetahuannya.
Mawar sangat marah kerana tidak diberitahu tentang tongkat sakti
tersebut. Dia berangan-angan untuk menjadi kaya dengan menggunakan
tongkat itu.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Mawar berasa sangat gembira setelah menemukan tongkat tersebut.
Dia menggosok-gosok tongkat itu dan meminta setahil wang emas. Dia
semakin seronok kerana permintaannya dikabulkan. Dia menjadi tamak,
pelbagai permintaan yang dibuatnya. Mawar tidak mengetahui syarat yang
telah diberitahu oleh rusa. Akibat sikap tamaknya, tongkat sakti itu telah
bertukar menjadi seekor ular tedung yang berbisa. Ular tedung itu telah
mematuk Mawar. Mawar meninggal dunia akibat bisa ular tersebut.
B. Pemahaman
1. Apakah sifat negatif yang ada pada Mawar ?
i. rajin
ii. baik hati
iii. malas
iv. berpura-pura
v. haloba
vi. suka bertengkar
vii. mudah mengalah
A. i, ii, vii B. iii, iv, v C. iii, iv, v, vi D. iv, v, vi, vii
2. Kenapakah Cempaka dan ibunya hendak merahsiakan hal tongkat
sakti daripada pengetahuan Mawar ?
A. kerana mereka tidak mahu Mawar menjadi kaya
B. kerana mereka khuatir bahawa Mawar akan marah
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. kerana ibu Mawar tahu yang Mawar tidak dapat mematuhi syarat
memiliki tongkat sakti
D. kerana tongkat sakti telah ditetapkan oleh si rusa hanya menjadi
milik Cempaka sahaja
3. Berikan nilai yang terlibat apabila Cempaka melepaskan rusa yang
terjerat. (KBAT)
___________________________________________________
4. Apakah syarat yang dikemukakan oleh rusa itu kepada Cempaka
setelah memberikan sebatang tongkat sakti kepadanya ?
___________________________________________________
___________________________________________________
5. Berikan satu pepatah yang berkaitan dengan cerita di atas. (KBAT)
___________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas:
1. Kata Hubung
1. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata
dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
2. Berikut ialah jenis kata hubung, fungsi dan contoh penggunaan kata
hubung.
Bil Kata Hubung Digunakan untuk : Contoh
1 dan
menghubungkan
subjek atau prediket
Lishan dan
kakaknya belajar
di sekolah yang
sama.
2 atau menunjukkan pilihan
Kamu boleh makan
atau berehat di
sini.
Kamu mahu makan
atau berehat
dahulu ?
3 tetapi menunjukkan maksud
yang berlawanan
Perempuan itu
jelita tetapi
kelakuannya tidak
sopan.
4 lalu
menunjukkan
perbuatan yang
berturut-turut
Sita masuk ke
dalam bilik lalu
memasang lampu.
5 sambil/seraya
menunjukkan
perbuatan yang
dilakukan pada masa
yang sama
Adik gemar
membuat kerja
sekolah sambil
mendengar radio.
6 jika/kalau/jikalau/ menerangkan syarat Kuntum akan
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
seandainya /
sekiranya
didenda oleh ibu
tirinya jika
kerjanya tidak
disiapkan dalam
masa yang
ditetapkan.
7 kerana menjelaskan sebab
Kishan muntah
kerana termakan
makanan yang
basi.
8 sejak/semenjak bermaksud “mulai
dari”
Ganesh kelihatan
sedih sejak
kucing
kesayangannya
mati.
9
apabila/ketika /
semasa/sewaktu /
tatkala
menunjukkan masa
sesuatu perkara
berlaku atau “pada
masa”
Seekor burung
terbang ke arah
pintu apabila
pintu bilik dibuka.
Pokok kelapa itu
meliuk-liuk
tatkala ditiup
angin kencang.
10 kecuali / melainkan menunjukkan
pengecualian
Semua murid
memakai pakaian
seragam sekolah
kecuali murid
Tahun Satu itu.
11 supaya / agar menunjukkan tujuan
sesuatu perbuatan
Kami berdoa agar
penyakit yang
dihidapi datuk
akan sembuh
dengan cepat.
12 bahawa menjelaskan sesuatu
perkara
Cikgu berkata
bahawa cuti
sekolah akan
bermula Sabtu
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
depan.
13 yang
menunjukkan kata
keterangan yang ada
pada sesuatu kata
nama
Kereta yang
mewah itu
kepunyaan
seorang jutawan
muda.
14 maka
menyatakan maksud
“setelah itu” atau
“oleh itu”
Negara kita
semakin maju,
maka kehidupan
rakyat juga
bertambah baik.
15 selepas / setelah /
sesudah
menunjukkan perkara
yang berlaku
menyusuri perkara
yang lain
Rina memakai
kasut setelah
memakai stoking.
16 sebelum
menunjukkan perkara
yang berlaku
mendahului perkara
yang lain
Rina memakai
stoking sebelum
memakai kasut.
17 sungguhpun/meskipun/
walaupun / kendatipun
menunjukkan makna
yang bertentangan
Dia tetap
berdegil walaupun
sudah dinasihati
banyak kali.
18 manakala
menunjukkan hal atau
makna untuk
pasangan perkara
yang lain
Kakak suka
menari manakala
abang suka
menyanyi.
19 sementara
menunjukkan perkara
yang berlaku
sementara menunggu
perkara lain untuk
berlaku
Aishah
mengemaskan
bilik sementara
menunggu
kepulangan ayah.
20 serta
menunjukkan erti
“dan” setelah “dan”
digunakan terlebih
dahulu
Ibu dan kakak
serta adik sedang
membeli-belah di
pasar raya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
21 padahal / walhal
Menunjukkan maksud
“sebenarnya tidak
patut begitu”
Cik Siti
berkereta mewah
ke pejabat
padahal dia
hanyalah seorang
kerani.
Latihan 1.1
Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
sambil apabila dan
atau lalu jikalau
supaya tetapi
1. Adik Izzudin kelihatan bergaya apabila berbaju Melayu _________
bersongkok.
2. Laili ________________ Aida yang akan dipilih sebagai penolong
ketua pengawas di sekolah mereka?
3. Shamsul sudah menelan dua biji Panadol ______________ kepalanya
masih terasa sakit.
4. Puan Rohani mengumpul kain-kain yang kotor __________
merendamnya.
5. Encik Karim bersarapan ________________ membaca surat khabar.
6. Izani hendak memancing di sungai itu ________________ dibenarkan
oleh ibunya.
7. Biri-biri peliharaan Abang Zali akan dikurung di kandang ______ hari
menjelang senja.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
8. Kami sentiasa mengemas bilik tidur masing-masing _____________
tidak dimarahi oleh ibu.
( %)
Latihan 1.2
Gariskan kata hubung yang sesuai.
1. Kamal menjadi lumpuh (jika, setelah) terbabit dalam satu kemalangan.
2. Adik menangis ketakutan (untuk, apabila) terdengar ngauman seekor
harimau di Zoo Negara.
3. Semua murid hadir ke sekolah untuk bergotong-royong (kecuali, atau)
Borhan.
4. Murid-murid duduk di tempat masing-masing (tatkala, walhal) guru
besar masuk ke dalam kelas mereka.
5. Sebelum tidur adik menggosok gigi (agar, kecuali) giginya bersih dan
tidak mudah rosak.
6. Adik kehujanan semasa pulang dari sekolah, (maka, supaya) dia demam
selesema.
7. Ayah pergi juga ke laut (sebab, walaupun) cuaca tidak begitu baik.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.3
Betulkan penggunaan kata hubung dalam ayat-ayat di bawah. (KBAT)
1. Bahawa kaya, Tuan Samad tidak pernah bongkak dengan kelebihan yang
dimilikinya.
2. Azam suka bermain bola sepak atau adiknya suka bermain badminton.
3. Juriah hampir lemas kecuali mandi di sungai di kampung datuknya.
4. Kek itu bukan sahaja cantik setelah rasanya juga sedap.
5. Keluarga Suzi terpaksa berpindah ke Parit Buntar dan ayahnya
dinaikkan pangkat.
6. Nazirah suka memakai pakaian yang mahal-mahal kerana keluarganya
tidaklah kaya.
( %)
2. Kata Keterangan
1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja atau kata
adjektif.
2. Contoh:
a. jangan bersikap begitu terhadap orang tua.
(begitu menerangkan kata kerja , iaitu bersikap)
b. Kesihatan sangat penting kepada kita.
(sangat menerangkan kata adjektif, iaitu penting)
3. Jenis-jenis kata keterangan:
Bil Jenis Kata Keterangan Contoh
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
1 cara /
gaya
begini, begitu, demikian,
betapa, diam-diam, tiba-
tiba
Tidak baik awak
berbuat demikian.
Hujan lebat turun
dengan tiba-tiba.
2 masa /
waktu
kelak, kelmarin, tadi,
belum, masih, sedang,
sebentar, sekejap,
selama-lamanya
Dia sedang
membaca buku.
Kami berhenti
sekejap untuk
berehat.
3 darjah agak, amat, sangat, paling,
sungguh, sekali, terlalu,
terlampau, nian, lebih
Harga basikal itu
mahal sekali.
Masakan ibu sedap
sekali.
Soalan Matematik
ini sangat susah.
4 Tanya bagimana, bila, mengapa Bagaimanakah kamu
boleh
terlanggarnya ?
Mengapakah dia
muntah tadi ?
5 ragam /
penentu
agaknya, barangkali,
entah, harus, mesti,
memang, nescaya,
semoga, kerapkali,
acapkali, mungkin, moga-
moga, mudah-mudahan,
wajib
Kita mesti taat
kepada raja dan
negara.
Barangkali pelajar
itu tidak faham apa
yang diajar oleh
cikgu.
Latihan 2.1
Isi tempat kosong dengan kata keterangan yang terbaik . (KBAT)
1. Pelajar yang berkelakuan ______________ itu telah dimarahi cikgu.
2. Ayah dan pak cik berbual ______________ di ruang tetamu.
3. Pekerja yang menjalankan tugas dengan ___________ telah diberi
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
amaran.
4. Dia akan mengingati jasa ayahnya buat __________________.
5. Pelajar yang _____________ melukis itu anak seorang artis.
6. Para penonton ketawa _______________ apabila mendengar gurauan
juruacara.
7. Negara kita _______________ aman berbanding dengan beberapa
negara di Timur Tengah.
8. Kakak _____________ ingat apa yang dikatakan oleh kawan baiknya
tiga tahun yang lalu.
9. “ Ingat, pandu ____________ jiwa selamat,” kata polis trafik kepada
para pemandu.
10. Hanya mereka yang ______________ menanti dapat berjumpa
dengan bintang pujaan mereka.
( %)
Latihan 2.2
Pilih kata keterangan yang terbaik.
1. Ketua pasukan bola keranjang Australia ___________ mengatur
serangan.
A. cermat B. teliti C. bijak D. cerdas
2. Staf yang ____________ bekerja akan diberi bonus.
A. sabar B. tekun C. jujur D. ikhlas
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Kakak melawan serangan perompak dengan _________ sekali.
A. berani B. indah C. bergaya D. jelita
4. Tukang kayu yang _____________ mengukir itu telah dikenal pasti
oleh pihak penggiat seni ukir.
A. bijak B. mahir C. cekap D. tangkas
5. “Jangan buat keputusan secara ______________.” kata penghulu.
A. terkejar-kejar C. cepat-cepat
B. lekas-lekas D. terburu-buru
6. Pemuda itu berjalan ____________ sejak ditimpa kemalangan jalan
raya tahun lepas.
A. termengah-mengah C. terbongkok-bongkok
B. terincut-incut D. terlompat-lompat
7. Lukisan artis terkenal itu cantik _____________
A. masih B. sangat C. lebih D. sungguh
8. Dia akan berehat ___________ sebelum meneruskan persembahannya.
A. ketika B. sebentar C. sewaktu D. semasa
9. Ibu ___________ menyiang ikan di dapur.
A. sedang B. mesti C. lebih D. sangat
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
10. Belajarlah ________________ supaya berjaya dalam pelajaran.
A. bergegas-gegas C. bertekun-tekun
B. bersungguh-sungguh D. berlumba-lumba
( %)
D. Pertuturan
Situasi
Anda gagal dalam ujian Bahasa Melayu dalam Ujian Penggal Pertama.
Berikan penjelasan (masalah dan sebab) anda semasa disoal oleh guru
Bahasa Melayu anda. Beri
Soalan Guru Penjelasan Anda
1. Adakah anda berpuas hati
dengan keputusan ujian
anda ?
2. Berikan penjelasan anda
terhadap keputusan ujian kali
ini.
3. Apakah masalah yang anda
hadapi ?
4. Apakah jenis bantuan yang
anda perlukan ?
5. Apakah rancangan dan
tindakan yang akan anda
ambil untuk mengatasi
masalah ini ?
1.
2.
3.
4.
5.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Jenis Fakta
Panduan Mengarang
1. Karangan jenis ini menyentuh fakta yang benar dan logik.
2. Isi-isi (4 isi) karangan hendaklah disusun mengikut kepentingan
berdasarkan pendapat anda.
3. Jangan tulis keempat-kempat isi anda dalam bahagian pengenalan. Ini
untuk mengelakkan diri anda daripada mengulang,
4. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu
fakta yang hendak ditulis.
5. Setiap isi hendaklah disertai dengan huraian dan contoh yang
bersesuaian.
6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Penanda wacana
biasanya digunakan dalam karangan ini.
Karangan Contoh:
Soalan : Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
memastikan kita berjaya dalam pelajaran ?
Rangka karangan :
Pendahuluan : Semua murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan
tinggi
Isi-isi 1. menelaah pelajaran, membuat rujukan, mengikuti
kelas tambahan
2. sediakan jadual peribadi yang lengkap
3. rajin bertanya kepada guru
4. sikap tidak berputus asa
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penutup : Memeriksa diri sendiri
Murid dan kejayaan adalah dua perkataan yang tidak dapat
dipisahkan. Sejak kecil, kita telah diajar menanam cita-cita untuk menjadi
seorang yang berjaya; baik sebagai doktor, jurutera, peguam ataupun
seorang pemimpin. Kejayaan itu menuntut kita berjaya dalam pelajaran.
Akan tetapi, apakah langkah-langkah yang patut kita ambil bagi
memastikan kita berjaya dalam pelajaran ?
Salah satu cara adalah dengan rajin menelaah pelajaran. Segala yang
dipelajari di sekolah tidak akan kekal lama dalam ingatan jika kita tidak
diulang kaji. Malah, untuk memastikan pengetahun kita bertambah, kita
perlu membuat rujukan dan membaca bahan-bahan bacaan yang diyakini
mutunya, baik majalah mahupun surat khabar. Bagi mereka yang
berkemampuan, bolehlah menyertai kelas tambahan.
Walaupun seseorang murid itu rajin menelaah pelajaran, kegagalan
masih muncul jika tida menyedikan jadual pembelajaran yang lengkap. Oleh
itu, kita perlu menyediakan sebuah jadual waktu belajar, waktu bermain,
tidur dan rehat. Hal ini adalah kerana otak kita bukanlah robot yang boleh
diasak dengan pembelajaran berterusan.
Sikap malu bertanya hendaklah dikikis daripada jiwa kita. Jika ada
masalah atauu tidak faham sesuatu yang diajar, janganlah segan bertanya.
Jangalah sampai tahap di mana masalah menimbun dan ketidakfahaman
menguasai diri kita. Dengan bertanya kepada mereka yang lebih mahir dan
pandai, segala kemusykilan kita dapat dijelaskan.
Tiga ciri di atas akan menjadi lengkap jika tertanam sikap tidak
mudah putus asa. Hal ini adalah kerana walaupun kita belajar bersungguh-
sungguh, kita tidak dapat melawan takdir . Jadi, jika gagal, berusahalah
lagi. Gagal juga, usaha lagi. Ingatlah kepada kata pepatah, “Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan”.
Bagi memastikan apa yang dilakukan itu berkesan, periksalah diri
kita sendiri. Cari kelemahan diri dan cuba atasinya. Selain itu, kita juga
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
perlu bersifat sabar kerana kejayan tidak akan dikecapi dalam masa
sehari dua.
Latihan 1 :
Kebahagiaan dan kegembiraan ibu bapa amat besar maknanya kepada kita.
Apakah cara yang patut kita lakukan untuk memastikan orang tua kita
sentiasa bahagian dan gembira ? (Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 2 :
Kebaikan Aktiviti Kokurikulum (Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Rampaian Bahasa
A. Kata Ganda – Labelkan mengikut maksud 1. Jenis Kata Ganda a. Kata ganda seluruh b. kata ganda semu c. kata ganda separa d. kata ganda berirama e. kata ganda berimbuhan 2. Maksud Kata Ganda
a. banyak b. sejenis hidupan c. kata nama / sejenis benda d. pelbagai jenis e. perbuatan saling
f. perbuatan bersahaja g. perbuatan berulang h. seperti i. menegaskan kata sifat j. semuanya begitu
Bil Kata Ganda Membawa Maksud 1 Jejarum 2 Elok-elok 3 Carut-marut 4 Guna-guna 5 Cebar-cebur 6 Cerai-berai 7 Diam-diam 8 Jejari 9 Cerca-mencerca 10 Gara-gara 11 Contoh-mencontohi 12 Jejawi 13 Jemput-jemput 14 Curiga-mencurigai 15 Dekat-dekat
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
16 Celam-celum 17 Jejentik 18 Celorong-celoreng 19 Jentik-jentik 20 Cengkung-cengking
B. Perkataan Banyak Makna
Perkataan Banyak Makna Perkataan Banyak
Makna Maksud Contoh
1. dahulu a. masa silam b. paling awal c. sebelum ini
a. Pada zaman dahulu, kawasan ini merupakan hutan paya bakau.
b. Arnidalah yang sering sampai ke kelas dahulu pagi ini.
c. Dahulu, dia tinggal di sini.
2. dalam a. jarak yang jauh ke dasar
b. tempat yang lawannya luar
c. bahagian sesuatu bidang (abstrak)
a. Sungai itu dalam. b. Buku ini di simpan
di dalam almari. c. Dia aktif dalam
bidang penulisan 3. dapat a. berupaya,
sanggup, mampu b. menerima,
beroleh
a. Ubat itu dapat menyembuhkan penyakit ganjil ini.
b. Saya mendapat tempat kedua dalam pertandingan
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c. berjaya , berhasil
syarahan kali ini. c. Ronnie dapat
menyiapkan kerjanya dalam masa sejam.
4. dasar a. bahagian bawah sekali
b. asas, prinsip c. latar
a. Dasar laut itu beralun.
b. Mengekalkan
hubungan baik dengan negara lain ialah dasar luar negara kita.
c. Kain songket itu mempunyai dasar berwarna coklat.
5. diam a. senyap b. tinggal c. tidak bergerak
a. Acara pertunjukan hanya akan dimulakan setelah para hadirin diam.
b. Keluarga Ali diam di Kampung Hulu Langat sejak tahun 1960.
c. Murid-murid diam sahaja setelah dimarahi Guru Besar.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Pepatah Melayu
Pepatah Melayu Pepatah Maksud Contoh Ayat
Ada udang di sebalik batu
Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Dia mendermakan wang yang banyak kepada pihak sekolah kerana ada udang di sebalik batu.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Seseorang anak yang mempunyai tingkah laku yang sama seperti bapanya
Sikap panas baran yang ada pada Fashli, saling tak ubah seperti bapanya, bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3A05 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my