ptk3 pembelajaran kondusif
DESCRIPTION
Untuk rakan-rakan guru DG44 yang sama-sama berjuang 'memanusiakan' manusia agar menjadi modal insan bergelar 'ulul albab' yang bersifat ensiklopedik, ijtihadik dan quranik.TRANSCRIPT
530303-03-3003
RINGKASAN EKSEKUTIF
SUDAH menjadi matlamat kita dalam Wawasan 2020 untuk melahirkan generasi ulul
albab, yakni modal insan yang celik minda, berilmu pengetahuan, mempunyai benteng
keimanan yang tinggi serta bersifat ijtihadik. Justeru, warga guru perlulah bermuhasabah
seketika menilai kemampuan anak didik di sekolah pada masa ini. Yang jelasnya, anak
didik hari ini mencerminkan rupa bangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sebagai
pendidik, kita seharusnya rasa tercabar untuk memastikan cita-cita murni para pemimpin
kita itu tidak akan tinggal omongan semata-mata.
Dalam esei ini, penulis akan cuba membuktikan bahawa peranan guru amat
penting di sekolah sebagai penyampai ilmu atau mualim. Justeru pengajaran dan
pembelajaran guru seharusnya menjurus kepada iklim pembelajaran yang kondusif,
barulah kita dapat menambahkan keseronokan dan minat anak didik kita. Motivasi demi
motivasi amatlah dituntut, bak kata pepatah “belakang parang jika diasah lagi tajam”.
Penulis juga akan cuba menghuraikan usaha yang dilakukan di sekolah sama ada dalam
bentuk fizikal, kesediaan mental ataupun spiritual. Biarpun begitu, penulis melihat
keperluan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menarik, ditambah dengan
keterampilan guru yang hebat, serta kemampuan bermotivasi yang tinggi mampu
mengubah persepsi lama bahawa tugas ‘memanusiakan’ manusia adalah sukar.
Ingatlah, sesuatu yang kelihatan sukar akan terus kelihatan sukar jika kita
menganggapnya sukar. Sesuatu yang kelihatan senang juga akan kelihatan sukar jika kita
menganggapnya senang. Justeru, warga guru diseru agar berpegang pada pepatah
Inggeris, “It’s not easy but it’s possible…” jika kita betul-betul mahu memastikan anak
didik yang menjadi pelanggan kita beroleh kecemerlangan dalam pelbagai aspek.
1
530303-03-3003
PENGENALAN
Dunia pendidikan semakin hari semakin kompleks. Hampir setiap hari
terdapat berita berkaitan dengan soal pendidikan sama ada dari aspek disiplin,
akademik , kokurikulum dan bermacam-macam lagi. Hal ini demikian kerana
ramai orang berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam dunia pendidikan walaupun seseorang itu tidak mempunyai
anak yang bersekolah. Akan tetapi , aspek perundangan dalam pendidikan
jarang-jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini penting untuk semua
pihak, iaitu para pendidik , ibu bapa dan pelajar-pelajar.
Bagi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan akademik , selain daripada
berusaha bersungguh-sungguh , rajin dan berdedikasi , pelajar-pelajar sekolah
hendaklah mempunyai matlamat yang jelas pada tujuan mereka datang ke
sekolah di samping mematuhi peraturan- peraturan yang ditetapkan oleh sekolah
dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesungguhnya, segala peraturan ini bertujuan
untuk menyenangkan semua pihak, iaitu agar guru dapat menyampaikan
pengajaran yang berkesan, dan pelajar-pelajar pula akan menimba ilmu dalam
suasana yang kondusif dan sesuai lantas beroleh pengetahuan dengan sebaik-
baiknya di samping dapat bergaul mesra dengan rakan-rakan sekelas. Sekiranya
ada dalam kalangan pelajar yang datang ke sekolah semata-mata untuk
menghabiskan masa sahaja tanpa tujuan yang jelas , maka berkemungkinan
besar mereka akan mengganggu pelajar-pelajar lain dan terus keciciran dari segi
ilmu.
Komitmen guru yang tinggi terhadap sekolah adalah antara ciri
terpenting mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Guru
2
530303-03-3003
merupakan faktor paling penting dan menjadi tunjang kepada sekolah berkesan
kerana guru merupakan juruteknik yang bertanggungjawab terhadap ‘core
business ’ sekolah , khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran
dan bimbingan. Seseorang guru yang baik ialah guru yang memiliki tahap
disiplin kendiri yang tinggi dan sifat ingin melakukan kebaikan kepada orang
lain. Guru – guru yang bersifat sebegini akan sentiasa memberikan komitmen
yang tinggi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan pembentukan akhlak
pelajarnya.
Walau bagaimanapun , jika dilihat suasana di sekitar sekolah , masalah
disiplin dalam kalangan pelajar masih wujud. Kebanyakan guru masih
menggunakan kaedah tradisional, iaitu ‘chalk and talk’ (tahap pendeta di atas
pentas) biarpun transformasi pendidikan sudah mencapai tahap ketiga, iaitu tahap
teknologi maklumat yang memerlukan guru berperanan sebagai pendamping. Yang
mengecewakan kita lagi, mereka (bukan semua guru) beranggapan bahawa tugas
mereka sebagai guru hanyalah mengajar sahaja , bukan menimbulkan minat
pelajar terhadap apa-apa yang diajarkan oleh mereka. Guru-guru seperti ini
menghabiskan masa mereka di dalam kelas semata-mata untuk ‘menuangkan’
bahan pengajaran kepada pelajar. Mereka tidak peduli sama ada isi pelajaran
yang disampaikan itu dapat diterima, difahami dan digunakan oleh pelajar ataupun
tidak. Mereka juga tidak langsung mengendahkan sama ada bahan yang diajarkan
itu bermanfaat dan mempengaruhi tingkah laku atau perkembangan pelajar ke
arah yang positif. Lebih menyedihkan lagi, ketika guru mengajar , pelajarnya
pula tidur. Senario ini merupakan ancaman (threat) dalam usaha kita memburu dan
3
530303-03-3003
merintis kecemerlangan dalam dunia pendidikan bagi melahirkan modal insan gemilang
atau ‘ulul albab’, yakni bersifat quranik, ensiklopedik dan ijtihadik.
Guru – guru kita juga ada yang tidak menunjukkan sikap penyayang
terhadap pelajar - pelajar . Mereka mendenda pelajar secara membabi buta
walaupun kesalahannya minimum sahaja. Semua guru pula telah berperanan seperti
guru disiplin dengan memegang sebatang rotan untuk menakutkan pelajar serta
cuba menunjukkan kuasa di sekolah. Sesungguhnya, saya tidak berniat sama sekali
menjatuhkan martabat guru atau membuka pekung di dada dalam profesion pendidikan.
Namun, itulah realitinya yang berlaku di sekolah pada hari ini. Justeru tidak hairanlah
jika ada pelajar yang memberontak atau protes dan bersikap kurang ajar terhadap guru
serta menunjukkan sifat hipokrit, yakni ‘di depan hormat tetapi di belakang membenci
guru’. Jika senario ini terus berlaku, saya kira suasana pembelajaran kondusif tidak
mudah untuk direalisasikan, apatah lagi untuk melonjakkan minat pelajar terhadap
pelajaran hatta melahirkan insanulkamil sebagaimana dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Sambil itu, cuba kita teliti pula prestasi pelajar di sekolah pada masa kini.
Ramai pelajar gagal dalam bidang akademik. Kenapakah mereka gagal ? Inilah
yang menjadi persoalannya kerana pada pendapat saya, tidak ada sebab kita gagal
melahirkan generasi cemerlang yang “celik minda” kerana Wawasan Pendidikan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
dirangka dan dirancang dengan penuh teliti oleh para teknokrat pendidikan negara.
Sekali imbas, sumber manusia bergelar ‘guru’ yang harus dipertanggungjawabkan jika
segala matlamat dan perancangan itu masih gagal. Sambil itu, cuba kita renungi
4
530303-03-3003
beberapa pendapat yang diutarakan oleh beberapa orang tokoh sarjana berhubung
dengan permasalahan pelajar di sekolah yang saya kira turut berlaku di negara kita:
“Mereka gagal kerana mereka takut , bosan , dan bingung… Mereka
gagal dalam memperkembang keupayaan mereka untuk belajar , untuk memahami
dan untuk menjadi kreatif.”
“…Ramai pelajar yang menghadapi kesulitan dalam pelajaran di sekolah
bukan kerana mereka tidak berupaya tetapi kerana tidak ada kesesuaian
antara cara mereka diajar dengan cara mereka belajar.”
(Dutton & Kleiner , 2000)
Kajian yang dibuat oleh Parker J . Palmer (1998) pula mendapati bahawa
suasana bilik darjah turut mempengaruhi perlakuan pelajar. Mereka berasa bosan, rimas
dan tidak selesa untuk belajar dengan tekun. Mereka lebih seronok jika dibawa ke bilik
sumber yang berhawa dingin atau ke perpustakaan. Hakikat ini membuktikan bahawa
“koma bilik darjah” (classroom coma) turut mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Kajian ini seharusnya diambil kira jika kita mahu mewujudkan pembelajaran
yang kondusif dan menyeronokkan.
Justeru, marilah kita bermuhasabah dan berganding bahu mencari titik
penyelesaiannya demi masa depan anak-anak didik kita. Ingatlah, jika seorang doktor
melakukan kesilapan hanya seorang pesakitnya yang terlibat, tetapi jika seorang guru
melakukan kesilapan, “rosak” satu generasi yang kita harap-harapkan sebagai pewaris
Wawasan 2020 nanti.
DEFINISI : IKLIM PEMBELAJARAN
Mengikut Oxford Advance Learner’s Dictionary , “conducive” ,
dikonotasikan sebagai , “ making it easy , possible or likely for something to
happen.” “Iklim pembelajaran” pula merujuk kepada norma – norma serta sikap staf
5
530303-03-3003
dan pelajar yang dapat mempengaruhi pembelajaran di sekolah. Sikap dan
amalan norma yang ditunjukkan bukan wujud dengan sendirinya malah
berpunca daripada dasar yang dikuatkuasakan.
( Program Sekolah Cemerlang 2010 )
PENCIPTAAN IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Sekarang , marilah kita cuba memikirkan bagaimana caranya kita
mencipta iklim pembelajaran di sekolah agar anak didik kita senang belajar ,
tertarik untuk mengetahui lebih jauh lagi daripada apa - apa yang dipelajari
mereka di sekolah.
Terdapat dua pendekatan kewujudan iklim pembelajaran yang kondusif
yang dapat kita lakukan:
Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) yang menarik dan berkesan
Untuk memastikan Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) menarik dan
berkesan, seseorang guru haruslah kreatif dan efektif. Untuk menjayakannya, 4 faktor
utama sentiasa saya pertimbangkan, yakni
memastikan pelajar jelas tentang apa yang diajar
menggunakan pelbagai kaedah / strategi pengajaran
sering memberi dan menerima maklumbalas yang jelas
memantau perkembangan dan pencapaian setiap pelajar
[ Sumber : Teaching for effective learning , Scottish CCC ( 1996 ) ]
Sedarilah kita bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang
kompleks dan melibatkan berbagai-bagai aspek yang saling berkaitan. Oleh
sebab itu , untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif dan
6
530303-03-3003
menyenangkan , diperlukan seorang pendidik yang berkesan dan memiliki pelbagai
keterampilan , antaranya keterampilan mengajar.
Seorang pendidik yang berkesan harus melakukan tindakan yang dapat
meningkatkan pencapaian akademik dan pembentukan akhlak pelajarnya.
Antaranya ialah :
i) mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran dan
penilaian dengan kebolehan pelajar.
ii) sentiasa memberi panduan kepada para pelajar tentang tindakan yang perlu
dilakukan untuk mendapat pencapaian yang baik
iii) memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukannya, terutama dalam soal
pengajaran dan pembelajaran.
iv) memastikan rancangan pengajarannya sentiasa menarik
v) mencabar kemahiran pelajar – pelajar terutamanya kemahiran berfikir.
vi) memberi penekanan kepada pelaksanaan pengajaran berasaskan kemahiran
berfikir secara kritis.
Sementara itu, keterampilan mengajar merupakan kompetensi profesional yang
cukup kompleks , sebagai integrasi daripada berbagai-bagai kompetensi guru
secara utuh dan menyeluruh.
Sebagai pendidik , saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa setiap guru
boleh mempraktikan 10 kriteria yang amat berkesan dalam menentukan kualiti
pembelajaran .
(i) Keterampilan Bertanya
Keterampilan ini sangat perlu dikuasai guru seperti saya untuk mencipta
pembelajaran yang efektif dan menyenangkan kerana hampir dalam setiap
7
530303-03-3003
tahap pembelajaran , guru dituntut untuk mengajukan pertanyaan , dan kualiti
pertanyaan yang diajukan guru akan menentukan kualiti jawapan para pelajar.
Sebagai contoh , dalam pengajaran topik ‘Question – tags’ dalam subjek Bahasa
Inggeris , saya akan menerangkan penggunaannya dalam ‘real life situation’ disertai
banyak contoh bagi membantu pelajar memperoleh jawapan yang betul. Antara
contohnya:
a) “You have prepared well for your coming test , haven’t you ?”
b) “Everyone in the class is satisfied with the English marks , aren’t they ?”
Selepas beberapa contoh diberikan bersertakan latih tubi yang digunakan
saya akan memulakan sesi pertanyaan mengenai ‘Question – tags’ bersesuaian
dengan kebolehan pelajar di kelas itu. Soalan yang mudah untuk pelajar yang
lemah dan soalan yang lebih mencabar untuk pelajar yang cerdik pandai.
Keterampilan bertanya ini akan memberikan lebih keyakinan kepada pelajar
menyerap apa-apa yang mereka sudah belajar dan kemudian mengunakannya dengan
betul bukan sahaja dalam percakapan harian mereka, tetapi juga dalam
penulisan esei mereka .
ii) Penguatan.
Aspek ini merupakan respons terhadap suatu perilaku yang dapat meningkatkan
kemungkinan terulangnya kembali perilaku tersebut. Penguatan bertujuan untuk
meningkatkan perhatian pelajar terhadap pembelajaran , merangsang dan
meningkatkan motivasi belajar , meningkatkan kegiatan belajar , dan membina
perilaku yang produktif.
iii) Mengadakan variasi .
Keterampilan ini haruslah dikuasai oleh guru bertujuan untuk meningkatkan
8
530303-03-3003
perhatian pelajar – pelajar terhadap topik yang relevan , memberikan kesempatan
bagi perkembangan bakat pelajar – pelajar terhadap pelbagai hal baharu dalam
pembelajaran , memupuk perilaku positif pelajar dalam pembelajaran , serta
memberi kesempatan kepada pelajar untuk belajar sesuai dengan tingkat
perkembangan dan kemampuannya. Variasi dapat dilakukan pada gaya mengajar ,
penggunaan media dan sumber belajar , dan pola interaksi dan variasi dalam
kegiatan pembelajaran.
iv) Penjelasan .
Sesungguhnya, penjelasan ialah keupayaan guru mendeskripsikan secara lisan
tentang sesuatu benda , keadaan , fakta dan data selaras dengan waktu dan
hukum - hukum yang berlaku. Penjelasan harus bermakna dan menarik perhatian
pelajar dan sesuai dengan mata pelajaran dan kompetensi dasar. Penjelasan
dapat diberikan untuk memjawab pertanyaan pelajar - pelajar dan harus sesuai
dengan latar belakang dan tingkat kemampuan pelajar - pelajar.
v) Set Induksi dan Penutup Pembelajaran.
Membuka dan menutup pelajaran merupakan dua kegiatan rutin yang
dilakukan guru untuk memulai dan mengakhiri pelajaran. Set induksi adalah
suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran yang
bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong pelajar mempengaruhi hasil
pembelajaran. Bagi penutup pula , guru merumuskan hasil pembelajaran yang
telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik . Rumusan boleh
dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait - bait puisi , soal
jawab dan main peranan.
9
530303-03-3003
Membuka dan menutup pelajaran yang dilakukan secara profesional akan
memberikan pengaruh positif terhadap kegiatan pembelajaran , antaranya ialah
membangkitkan motivasi belajar , pelajar memiliki kejelasan mengenai tugas -
tugas yang harus dikerjakan , pelajar memperoleh gambaran yang jelas
mengenai pembelajaran yang akan berlangsung , pelajar - pelajar memahami
hubungan antara pengalaman belajar yang telah dimiliki sebelumnya dengan
hal - hal baharu yang akan dipelajari . Mereka juga dapat menghubungkan
konsep - konsep atau generalisasi dalam sesuatu peristiwa pembelajaran . Pada
akhirnya, pelajar mengetahui tingkat keberhasilannya terhadap mata pelajaran
yang dipelajari dan guru pula dapat mengetahui tingkat keberhasilan kegiatan
pembelajaran yang telah dilaksanakan.
vi) Membimbing diskusi kelompok kecil yang bermanfaat
Bimbingan ini adalah supaya pelajar mendapat berbagai-bagai informasi dan
pengalaman dalam pemecahan suatu masalah , meningkatkan pemahaman
terhadap masalah yang penting dalam pembelajaran , meningkatkan keterampilan
dalam perencanaan dan pengambilan keputusan , mengembangkan kemampuan
berfikir dan berkomunikasi , membina kerjasama yang sihat dalam kelompok
yang kohesif dan bertanggungjawab . Kita sebagai pendidik akan berperanan
sebagai seorang fasilitator untuk membimbing dan menunjuk ajar cara mendekati
topik yang akan dibincangkan oleh pelajar-pelajar itu.
vii) Pengelolaan kelas .
Aspek pengelolaan kelas ini mencerminkan keterampilan guru untuk mencipta iklim
pembelajaran yang kondusif , dan mengendalikannya jika terjadi gangguan
dalam pembelajaran. Sebenarnya, pengelolaan kelas berhubung dengan
10
530303-03-3003
pengendalian keadaan belajar , pengelolaan kelompok dengan cara meningkatkan
kerjasama dan penglibatan pelajar, dan menangani konflik dan memperkecil
masalah yang timbul , serta mengatasi perilaku yang menimbulkan masalah .
viii) Kemampuan melakukan humor .
“Sense of humour” merupakan salah satu unsur yang penting dalam pengajaran
guru .Unsur kecindan ini sangat membantu dalam mencipta suasana kelas yang
kondusif yang memungkinkan pelajar - pelajar belajar dengan lebih baik dan
secara optimal . Sementelahan pula, humor itu bersifat universal , untuk semua
budaya dan dapat diwujudkan suatu budaya. ( Susan Trachtenberg ) . Guru yang
“miskin humor” kadang – kadang akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran
membosankan , tidak memikat dan kurang menarik. Oleh itu , sebagai pendidik
saya sentiasa cuba melakukan humor semasa P & P . Dengan adanya unsur
kecindan atau humor, keadaan pelajar yang pada mulanya letih, lesu, tidak
bersemangat dan mengantuk menjadi ghairah untuk belajar. Mereka akan berasa
gembira , senang hati , bergelak tawa , rasa puas , dan bebas daripada tekanan
perasaan yang mencengkam jiwa. Dengan itu, mereka tidak lagi dikuasai situasi,
melainkan menguasai situasi . Komunikasi antara warga kelas menjadi senang ,
dan aspek kebosanan , kesunyian dan kelesuan di dalam kelas akan hilang sama
sekali kerana semua pelajar kelas itu terhibur. Ringkasnya, pengajaran guru diselit
dengan unsur humor ‘segar’ akan membangkitkan semangat belajar dan ini
pastinya mewujudkan situasi “menang – menang” dalam P&P.
ix) Meningkatkan minat belajar melalui ‘e – learning’ .
Kebanyakan pelajar kurang tertarik mempelajari sesetengah mata pelajaran tertentu
seperti Sejarah. Mereka menganggapnya pelajaran “kurang penting”
11
530303-03-3003
dibandingkan dengan Sains dan Matematik , misalnya. pelajar hanya
menganggap mata pelajaran Sejarah adalah untuk kepentingan “sesaat” di
kelas atau ketika menghadapi peperiksaan PMR dan SPM . Situasi ini amat
membimbangkan memandangkan mata pelajaran Sejarah mengandungi nilai -
nilai kearifan yang dapat digunakan untuk melatih kecerdasan , membentuk
sikap , watak dan keperibadian pelajar - pelajar .
Sebenarnya, minat sangat besar pengaruhnya terhadap pembelajaran.
Seandainya bahan pelajaran yang dipelajari tidak sesuai dengan minat , pelajar
tidak akan berfikir secara efektif kerana berasa bosan dan cenderung
memikirkan sesuatu yang lain atau berangan - angan ketika di dalam kelas.
Sebaliknya jika berminat, maka pelajar akan memusatkan perhatian dan akan
melibatkan dirinya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka sebagai
pendidik yang berperanan sebagai ‘the sole authority of knowledge’ saya
sentiasa berusaha mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengubah
proses pembelajaran Sejarah , misalnya dengan memanfaatkan ‘e – learning’.
Dengan kata lain , pembelajaran yang menggunakan teknologi elektronik
yang berasaskan internet dapat memperluas wawasan , dan meningkatkan
keberkesanan proses belajar sehingga pembelajaran lebih bermakna . Pelajar
dapat berinteraksi dengan berbagai - bagai sumber belajar , dan menemukan
berbagai-bagai informasi terkini dalam bidang ilmunya. Pelbagai aktiviti yang
dilakukan melalui ‘e – learning’ akan menjadi tarikan pembelajaran, dan
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar sehingga menghapuskan anggapan bahawa
belajar mata Pelajaran seperti Sejarah atau Sastera itu membosankan.
12
530303-03-3003
USAHA MEMOTIVASI PELAJAR UNTUK BELAJAR .
Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk
melakukan atau mencapai sesuatu maklumat . Motivasi memainkan peranan yang
sangat penting dalam bidang pendidikan . Guru dan pelajar memerlukan
motivasi untuk menggerakkan diri mereka untuk mencapai kualiti kerja atau
kejayaan yang lebih cemerlang . Dalam pengajaran dan pembelajaran , motivasi
dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan pelajar melibatkan diri secara
aktif. Di samping itu, motivasi menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam
situasi yang bermakna , berfaedah , menyeronokkan dan berkesan .
“Motivation is the art of getting people to do what you want them to do
because they want to do it .” ( Dwiaht D. Elsenhower )
Memotivasi pelajar tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam
pelajaran , tetapi juga mengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk
belajar secara terus menerus , walaupun dia berada di luar kelas ataupun
setelah meninggalkan sekolah.
“Motivation is like food for the brain . You cannot get enough in
one sitting . It needs continual and regular top ups.” ( Peter Davies )
Sesungguhnya , usaha memotivasi pelajar dalam pendidikan merupakan
suatu proses :
(i) membimbing pelajar untuk memasuki pelbagai pengalaman, yakni proses
belajar sedang berlangsung ;
(ii) proses menimbulkan semangat dan keaktifan pada diri pelajar sehingga
dia benar - benar bersedia untuk belajar ; dan
13
530303-03-3003
(iii) proses yang menyebabkan perhatian pelajar tertumpu kepada satu arah
atau tujuan pada satu masa , iaitu tujuan belajar .
Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimanakah caranya kita
melakukan pelbagai usaha untuk membangunkan dan mengembangkan motivasi
pelajar semasa belajar ? Menurut Carl Rogers , seorang pakar psikologi, pada
dasarnya sudah ada sifat semula jadi dalam diri setiap pelajar suatu keinginan
yang sangat kuat untuk belajar. Jadi , guru hanya perlu mengembangkan atau
memupuk keinginan itu sehingga keinginan belajar itu dapat direalisasikan
dalam bentuk prestasi yang maksimum . Sementara itu, B. F. Skinner , seorang
pakar pendidikan mengatakan bahawa motivasi pelajar ditentukan oleh
persekitarannya . Pelajar akan termotivasi semasa belajar jika persekitaran
belajar dapat memberikan rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk belajar.
Kita harus mengatur persekitaran atau suasana belajar secara bijaksana
sehingga pelajar termotivasi untuk belajar.
Ada berbagai-bagai cara yang dapat dilakukan oleh kita dalam
membangkitkan motivasi pelajar dalam belajar melalui pengembangan motivasi
intrinsik dan ekstrinsik :
i) Pengurusan Bilik Darjah Yang Dinamik
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan , kerjasama dan
campur tangan ahli untuk mencapai objektif - objektif organisasi atau
kumpulan , gerak kerjanya termasuk proses merancang , mengelola , memimpin
, mengarah dan mengawal . Sementara itu, bilik darjah pula ialah tempat
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P) , dan merupakan tempat
yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan
14
530303-03-3003
utama kerjaya seorang guru. Oleh itu , kita harus memiliki gaya kepimpinan ,
kemahiran merancang , kecekapan mengurus kepelbagaian dalam P & P ,
kemahiran berkomunikasi dan kaunseling serta mampu mengendalikan teknologi
maklumat dan komunikasi ( TMK ) .
Bilik darjah yang lengkap dengan peralatan asas , sudut mata
pelajaran, sudut bacaan , kata - kata motivasi , cahaya yang mencukupi ,
berhawa dingin , kemudahan penggunaan laman web , komputer dan LCD
monitor dapat melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif . Suasana
yang harmoni dan ceria akan memberi semangat kepada pelajar dan guru
untuk berada lebih lama , dan mewujudkan perasaan bersama untuk berusaha
memajukan diri dan kumpulan secara kolektif .
Suasana pembelajaran yang kondusif , menyeronokkan , bermotivasi,
bermoral dan kreatif akan menjadikan P & P lebih berfokus . Kecekapan dan
kreativiti yang ditunjukkan oleh guru dapat menghasilkan bilik darjah sebagai
sebuah rumah sebagaimana slogan “bilik darjahku , rumahku”.
ii) Pengurusan Pelajar
Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Mereka
akan bersama setiap kali p & p berlangsung. Adalah penting bagi guru
memahami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang tindakan dapat
dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal -ehwal pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan
penyayang yang ditunjukkan oleh guru , dapat ‘menjinakkan’ mereka , bercakap
dengan bahasa yang lembut dan bersopan , menegur dan membetulkan
kesilapan dengan cara yang berhemah akan mempercepat proses kecintaan dan
15
530303-03-3003
kesetiaan terhadap guru , dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru
kepada pelajarnya.
iii) Kawalan Disiplin
Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar , seperti mengurangkan
kadar ponteng dan pemasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik
darjah yang berkesan. Bagaimana guru menyusun kedudukan meja ,
mengorganisasikan pelajar sebagai sebuah pasukan yang mantap , melalui
tindakan guru sebagai fasilitator , pembimbing , penyelia , pengawal dan
penggerak serta menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam P&P yang
disertai dengan semangat , minat , dan komitmen guru bagi menjayakan visi
dan misi sekolah.
Adalah penting bagi kita untuk mengawal kelas apabila melangkah
masuk ke kelas kerana P&P yang berkesan tidak boleh dilaksanakan sekiranya
pelajar - pelajar dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik .
Walaupun bukan semua pelajar yang menjadi punca permasalahan, tetapi jika
tiada pengawalan yang baik , jumlah pelajar yang akan menimbulkan
ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan
guru terhadap penyampaian pengajaran .
Strategi bagi mengawal keadaan ini , kita boleh mengenal pasti pelajar –
pelajar yang bermasalah , meneruskan aktiviti P&P dengan banyak berinteraksi
dengan pelajar yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat
perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi tingkah lakunya yang tidak
disenangi guru .
16
530303-03-3003
Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara
dan pendekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu
bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu , pelajar
berkenaan diberikan nasihat , teguran dan kata – kata motivasi yang
menggambarkan bahawa kita menyayanginya . Apabila berlaku perubahan ke
arah kebaikan , kita berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih .
Dalam pengurusan tingkah laku pelajar , kita seharusnya membiasakan
diri datang ke kelas menepati masa , menggunakan pelbagai kaedah p & p
mengikut tahap pencapaian pelajar , memulakan p & p dengan set induksi yang
menarik dan diikuti dengan aktiviti – aktiviti pembelajaran yang menghilangkan
rasa kebosanan mereka . Kita boleh merangsangkan minda pelajar dengan kata-
kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka ( sense of humour),
dan pujian supaya suasana sentiasa ceria , di samping memberi teguran umum
yang berupa nasihat tetapi bukan leteran . Kita perlu menghormati pelajar
seperti orang lain , dan bersikap adil kepada semua pelajar . Hukuman
berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana ini menyebabkan
hubungan kita dengan pelajar akan renggang dan menghilangkan minat pelajar
untuk meneruskan pembelajaran .
iii) Komunikasi Berkesan ( Effective Communication )
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah
pembentukan budaya penyayang . Komunikasi berkesan dijelmakan dalam cara
bertutur , penggunaan bahasa badan , penulisan , dan juga melalui penggunaan
alat - alat tertentu seperti komputer , telefon dan sebagainya . Apabila kita
menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap pelajar, kita dapat menghasilkan
17
530303-03-3003
suasana pembelajaran yang lebih dinamik . Pembentukan kemahiran tertentu
dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan .
Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan . Pelajar mudah
menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah , nilai -
nilai murni yang hendak ditanam dalam diri pelajar akan melalui laluan
yang lebih mudah dan berkesan.
Kita sebagai pendidik yang berwibawa sepatutnya sentiasa melihat
pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik darjah . Kita harus
menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang dengan
menghadiahkan senyuman , memberikan penghargaan apabila mereka
mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya , misalnya
menyusun kelas dengan lebih teratur , menghabiskan ayat hafazan sebelum
jangka masa yang ditetapkan atau mampu menyelesaikan soalan Matematik
dengan betul dalam masa yang singkat dan markah ujian yang semakin baik.
Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan , atau sebatang pen sebagai tanda
penghargaan sudah tentu menunjukkan keikhlasan kita bagi meningkatkan
prestasi mereka .
Komunikasi adalah medan untuk memindahkan pengetahuan ,
menyampaikan pengajaran , mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan
mendapat maklumat . Mengamalkan komunikasi berkesan melibatkan penggunaan
bahasa , kesediaan mendengar , meningkatkan proses interaksi , komunikasi
terbuka , kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan , berhujah dan
berdailog . Kita seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi , dan
memberi ruang kepada pelajar melahirkan pandangan mereka . Kita harus
18
530303-03-3003
mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan , serta mendapat
maklum balas yang benar .
Sebagai pendidik , kita mesti mengelakkan masalah yang boleh
menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan , salah tafsir , bahasa
yang kasar , suara yang tidak jelas , bahasa badan yang tidak sesuai ,
memberi tekanan emosi pelajar , komunikasi tertutup , tidak memberi perhatian
dan tumpuan tentang p & p . Kesemua ini akan meruntuhkan motivasi belajar
para pelajar .
Kejayaan guru sebagai pengurus di bilik darjah dan ‘motivator’ tidak
semata – mata dinilai dari aspek kemahiran dan teknik P&P sahaja , tetapi kualiti
peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada pelajar –pelajar . Pada
amnya , guru yang disukai pelajar , antaranya ialah sentiasa berwajah periang ,
pandai berjenaka , bersangka baik , berperasaan yang matang , jujur dan ikhlas
dalam menjalankan tugas , berfikiran positif , tenang menghadapi sebarang
krisis , pendengar yang aktif , berjaya menyelesaikan konflik dan tidak mudah
menyalahkan orang lain.
Sebagai pendidik serta ‘motivator’ yang berkaliber , kita harus memiliki
rasa simpati kepada setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri .
Berikan nasihat kepada mereka secara lembut dan berhemah supaya
meninggalkan perkara – perkara yang buruk, tidak sekali - kali merendahkan
disiplin ilmu yang lain di hadapan pelajar , mengehadkan pembelajaran
bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar dan tidak
memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan
19
530303-03-3003
bahan pembelajaran yang mudah difahami , jelas dan bersesuaian dengan
tahap perkembangan akal pelajar .
Banyak teknik yang dapat digunakan untuk meningkatkan motivasi
pelajar . Sebagai guru, saya selalu mengingatkan diri saya betapa pentingnya
memberikan alasan - alasan kepada pelajar mengapa mereka harus belajar
bersungguh –sungguh dan berusaha untuk berprestasi sebaik - baiknya . Kita perlu
menjelaskan kepada pelajar - pelajar tentang apa-apa yang diharapkan daripada
mereka selama dan sesudah proses belajar berlangsung .
PENUTUP
Sesungguhnya tugas seorang pendidik bukanlah suatu tugas yang mudah. Hanya
mereka yang bergelar “guru” tahu betapa susahnya untuk menjadi seorang pendidik,
kerana pendidik ialah orang yang berpendidikan untuk mendidik anak didik supaya
menjadi terdidik. Jika diteliti pula harapan dan saranan Y.A.B. Perdana Menteri ketika
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 pada tanggal 16
Januari 2007, tugas menjadi guru semakin tercabar, apatah lagi apabila diletakkan
harapan yang begitu tinggi untuk melahirkan generasi celik minda dan mampu
mendepani persaingan global yang semakin mencabar.
Sebagai guru, saya berkeyakinan bahawa segala rintangan untuk mewujudkan
iklim pembelajaran yang kondusif ke arah pembelajaran yang menyeronokkan dan
berkesan memerlukan komitmen tinggi warga guru. Guru yang menghayati Tonggak 12
seperti keseronokan bekerja , berakauntabiliti, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan
dan kewajipan menjalankan tugas, sudah pasti akan menganggap segala cabaran sebagai
peluang untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang. Pokoknya, pembelajaran
20
530303-03-3003
yang menyeronokkan dan berkesan menguntungkan kedua-dua pihak, iaitu guru yang
menyampaikan ilmu, dan pelajar yang menerima ilmu. Jika situasi ini dapat diwujudkan,
saya pasti sekolah akan menjadi tempat yang menyeronokkan kepada semua pelajar, dan
menepati slogan “Sekolahku, Rumahku”. Apabila guru dan pelajar seronok datang ke
sekolah, pencapaian akademik pasti meningkat kerana situasi yang kondusif akan
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran.
Ringkasnya, untuk mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan memastikan
pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan, motivasi guru dalam bentuk
pengajaran dan pembelajaran, keterampilan guru dan keupayaan guru memotivasi pelajar
amatlah dituntut. Pendek kata, guru haruslah bermuhasabah dan bertanggungjawab
memastikan bukan sahaja ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh pelajarnya, malah
mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan. Harapan saya agar segala
saranan yang terkandung dalam esei ini dapat menyedarkan rakan-rakan guru agar
mengutamakan iklim pembelajaran yang kondusif demi kepentingan bersama.
PERSEKITARAN KONDUSIF
PENCETUS
SITUASI PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN
* * * * *
21
530303-03-3003
BAHAN RUJUKAN
22