psm contoh bab 2

7

Click here to load reader

Upload: mohd-khairuddin-yasin

Post on 17-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

xxx

TRANSCRIPT

BAB 5

PAGE - 34 -

BAB 5

METODOLOGI KAJIAN

5.0 Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini adalah lebih menjurus kepada kaedah-kaedah kajian yang di jalankan untuk mendapatkan data dan maklumat. Dalam kajian ini, kaedah yang di gunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta pengumpulan data adalah menerusi soalan-soalan kaji selidik serta kaedah kajian literatur seperti membuat rujukan kepada jurnal dan tesis yang di keluarkan oleh badan-badan profesional.

.

5.1 Kajian Literatur

Di dalam kaedah ini lebih terarah kepada rujukan serta pembacaan terhadap bahan-bahan bertulis seperti jurnal, tesis, buku-buku ilmiah yang berkaitan serta majalah-majalah dari badan-badan profesional yang berkaitan. Segala maklumat dan bahan-bahan yang berkait rapat dengan pengurusan projek akan di kumpulkan dan akan di buat rumusan untuk mencapai objektif kajian. Antara tujuan kaedah kajian literatur ini di jalankan adalah untuk menentukan asas kepada kajian iaitu dengan dapat menjawab segala objektif serta permasalahan kepada kajian selain daripada kaedah kajian yang berikutnya.

5.2 Kaedah Kajian Soalan-soalan Kaji Selidik

Kaedah ini di jalankan adalah bertujuan mengumpulkan data-data daripada pendapat pihak-pihak tertentu terutamanya pihak yang pernah terlibat secara langsung dengan khidmat Perunding Pengurusan Projek. Borang kaji selidik akan di agihkan kepada responden-responden untuk mendapat maklum balas secara bertulis serta mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan yang bersesuaian dengan objektif kajian yang di jalankan.

5.2.1Penyediaan Borang Kaji Selidik

Secara asasnya, soalan-soalan kaji selidik di reka bentuk dengan berpandukan kepada objektif kajian. Soalan-soalan tersebut kemudian di pecahkan kepada tiga bahagian utama supaya memenuhi kehendak objektif kajian dan di antara pecahan-pecahan soalan kaji selidik tersebut adalah :

Bahagian A : Mengenalpasti kritieria-kriteria untuk memilih pengurus projek.

Bahagian B :Mengkaji peranan perunding pengurusan projek.

Bahagian C : Mengkaji keberkesanan perunding pengurusan projek.

Soalan-soalan kaji selidik ini mengandungi sebanyak 31 soalan yang mana setiap soalan di berikan skala antara 1 hingga 4.Setiap bahagian mengandungi sebanyak sepuluh soalan dan di akhir soalan kajian,responden di beri ruang secara bebas untuk memberi sebarang ulasan atau cadangan berkenaan dengan perunding pengurusan projek. Sebelum soalan-soalan kaji selidik di kemukakan kepada responden-responden, soalan-soalan tersebut terlebih dahulu di reka bentuk mengikut objektif kajian. Kemudian soalan-soalan tersebut akan di kemukakan terlebih dahulu kepada penyelia projek untuk di semak mengenai format soalan, isi kandungan soalan agar tidak menyimpang daripada objektif kajian. Setelah soalan-soalan tersebut di semak dan di teliti oleh penyelia, soalan-soalan kaji selidik tersebut akan di edarkan kepada responden-responden yang telah pun di kenalpasti. Kajian menerusi kaedah ini di jalankan dengan menjadikan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan sebagai sasaran yang mana pihak terbabit pernah dan sedang menggunakan khidmat Perunding Pengurusan Projek dalam projek yang di bangunkan. Selain itu, badan-badan berkanun, badan-badan ikhtisas seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Akitek Malaysia, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Juruperundng-juruperunding swasta dan juga beberapa kontraktor tempatan turut menjadi sasaran untuk menjayakan kajian ini. Turut di jadikan sasaran dalam kajian ini adalah golongan-golongan akademik yang terdiri dari kalangan pensyarah-pensyarah institut pengajian tinggi awam tempatan. Soalan-soalan kaji selidik di hantar melaui pos dan juga melalui tangan kepada responden-responden yang telah dikenalpasti dan responden di berikan tempoh selama dua minggu untuk melengkapkan soalan-soalan kaji selidik tersebut.

5.3 Responden

Golongan responden yang menjadi sasaran untuk melengkapkan soalan-soalan kaji selidik ini adalah terdiri dari kalangan yang bertaraf eksekutif dan ke atas. Golongan ini menjadi sasaran di sebabkan mereka akan terlibat secara langsung dengan pihak Perunding Pengurusan Projek sekiranya sesuatu projek yang di bangunkan menggunakan khidmat Perunding Pengurusan Projek. Selain bertanggungjawab kepada projek yang di bangunkan, golongan eksekutif juga merupakan wakil kepada sesebuah jabatan atau agensi dalam jawatankuasa pengurusan projek. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap soalan kaji selidik yang di edarkan, pihak responden yang telah di kenal pasti di terangkan terlebih dahulu tentang objektif kajian dan masa yang di perlukan untuk responden mengembalikan borang kaji selidik berkenaan. Cara perhubungan yang di guna pakai adalah menerusi telefon dan emel. Di sebabkan keadan masa yang terlalu suntuk, penyelidik meminta jasa baik responden mengembalikan borang kaji selidik berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh responden menerimanya menerusi sampul surat beralamat sendiri yang di sertakan bersama-sama borang berkenaan.

5.4 Pengurusan Data

Pada peringkat ini, data-data yang di perolehi daripada responden-responden akan di kumpul dan akan di analisis dalam bentuk penulisan supaya data-data yang di perolehi mudah di fahami. Data-data akan di analisis dengan kaedah statistik serta juga akan di persembahkan dalam bentuk gambarajah seperti jadual dan graf.

5.5Kesimpulan dan Cadangan

Pada bahagian akhir kajian ini akan dikeluarkan beberapa kesimpulan dan cadangan mengenai kajian yang di jalankan. Ia di keluarkan hasil daripada maklumat-maklumat serta penganalisaan data yang telah di perolehi dari kaedah-kaedah kajian yang sebelum ini.

5.5 Rumusan bab

Metodologi kajian merupakan salah satu daripda ciri-ciri penting dalam menjalankan sesuatu kajian. Melalui kaedah-kaedah kajian yang di pilih, penyelidik dapat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tepat dan segala maklumat yang tidak berkenaan dengan kajian dapat di tapis dan di keluarkan agar dapat memenuhi matlamat dan objektif kajian.