psikologi dan emosi
TRANSCRIPT
…PADA PERINGKAT AKIL BALIGH DAN REMAJA
Baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja.
Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus.
Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambaha dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku.
Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh.
TERUNA suara menjadi garau,
misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar.
Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.
DARA buah dada (payudara)
mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan.
Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam,
"Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal".
Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, mereka mula merasai perasaan seksual.
PERKEMBANGAN PSIKOLOGI.Zaman remaja bukan sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remaja tetapi juga keluarganya.
Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu perjalanan yang mudah.
Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial (yang mungkin bertentangan), kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang remaja.
Umpamanya dorongan syahwatnya wajib dikekang menurut ajaran agama serta norma-norma sosial.
Individuasi merupakan proses di mana remaja mula mempunyai satu identitii yang berbeza antara dengan yang lain. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan, amalan dan eksperimen, membaharui perhubungan dan konsolidasi.
Fasa perbezaan yang berlaku pada awal remaja, di mana dia akan tahu bahawa wujud perbezaan antaranya dengan ibu bapa dari segi psikologi.
Semasa amalan dan eksperimen pula, remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan melakukan kesilapan. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar kewibawaan ibu bapa dalam keadaan tertentu.
Pada
peringkat ini,
remaja mula
menunjukkan
identiti diri
sendiri dan
mula belajar
untuk hidup
berdikari.
Remaja mula
jauh daripada
ibu bapa dan
lebih bersosial
untuk
membina
identiti sendiri.
PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri amat penting kepada remaja kerana pelbagai sebab. Oleh kerana mengalami peningkatan kekuatan fizikal dan tahap autonomi semasa ini, remaja mula mempunyai darjah kebebasan yang tertentu.
Konsep kendiri remaja juga berkaitan dengan cara remaja itu mempersepsikan dirinya secara fizikal. Ekoran itulah remaja terlalu prihatin dengan bentuk tubuh badannya, fesyen rambut dan baju menjadi symbol diri dan remaja mula gemar merayau-rayau di kompleks membeli-belah.
Konsep kendiri
merupakan satu
aspek yang
penting kepada
kewujudan dan
tingkah laku
seseorang
individu.
Konsep kendir
juga
membenarkan
seseorang
individu
menghubungka
n diri dengan
persekitaran
dengan cara
yang tidak akan
menggugat
keutuhan
peribadi.
KENDIRI…
INFO…
INFO KENDIRI REMAJA… Pengukuhan melalui kesempurnaan kendiri.
- menekankan soal perkembangan potensi kendiri yang membina dan bukan pada halangan-halangan hidup.
Pengukuhan melalui identifikasi.
- Identifikasi bermaksud kemuncak nilai dan tujuan hidup kendiri.Remaja tidak boleh membuat identifikasi keterlaluan.
Pengukuhan melalui kecemerlangan dan pencapaian.
- menentukan arah kendiri, membuatkan remaja lebih bebas untuk membuat keputusan sendiri, lebih bersedia dengan cabaran dan tuntutan persekitaran dan lebih mempunyai keupayaan daya tindak.
Pengukuhan melalui identiti.
- Krisis identiti pula bermaksud satu tempoh masa bergelut atau satu tempoh masa secara aktif remaja mempersoalkan diri dan hidupnya.
• Jika semasa
ini remaja
mempunyai
konsep kendiri
yang tidak
betul, maka
sudah tentulah
ia amat
membahayakan
kepada diri
mereka dan
orang lain.
Mereka
mungkin akan
menjadi devian,
tiada
keyakinan diri,
tersisih dan
sebagainya.