proposal

6

Click here to load reader

Upload: za

Post on 08-Jul-2015

117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal

[TUGASAN KE 3 – PEMANFAATAN APLIKASI WEB MENGGUNAKAN TWEENTY-TEN ID MODEL]

[SITI ZAHARAH BT MUHAMAD & AKMAL FARHA BT ADENAN] 1

BAB :1

PENGENALAN

Model ID merupakan proses sistematik bagi membangunkan dan menyampaikan

arahan. Tujuan utama model sistematik atau rangka kerja adalah untuk memastikan kualiti

dan keberkesanan proses instruksional, dan output yang terhasil adalah keberkesanan dan

kejayaan proses pembelajaran. Model yang dicipta untuk membantu tenaga pengajar dalam

memikirkan strategi pelaksanaan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Model ID digunakan sebagai pemandu arah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran oleh guru-guru. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, model ID

dikategorikan sebagai rancangan mengajar yang digunakan oleh guru setiap kali

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kesimpulannya, model ID merupakan salah satu

pendekatan bagi merancang dan menyampaikan arahan yang mengintegrasikan

penggunaan teknologi dan media dalam proses pembelajaran.

Tweenty-Ten ID Model digunakan dalam memanfaatkan aplikasi web bagi

merancang mengadakan kelas. Tweenty-Ten ID model merupakan salah satu pendekatan

sistematik dalam menyusun prosedur instruksional. Disamping itu juga, ia merupakan

rancangan yang digunakan untuk membantu guru membuat kajian tentang kaedah

pembelajaran yang sesuai digunakan dalam setiap peringkat umur pelajar . Aplikasi web

yang dipilih untuk dimanfaatkan ialah aplikasi Facebook yang semakin popular di kalangan

semua peringkat umur tidak kira pelajar atau yang telah bekerja. Terdapat lima fasa dalam

Tweenty-Ten ID Model iaitu Requirement analysis, Specification Design, Coding, Test

Integration dan Installation Maintenance. Kelima-lima fasa ini dijadikan pemandu arah

dalam menghasilkan satu proposal untuk mengadakan kelas dengan memanfaatkan

aplikasi web.

Page 2: Proposal

[TUGASAN KE 3 – PEMANFAATAN APLIKASI WEB MENGGUNAKAN TWEENTY-TEN ID MODEL]

[SITI ZAHARAH BT MUHAMAD & AKMAL FARHA BT ADENAN] 2

1.0 OBJEKTIF

Secara amnya, objektif mengadakan kelas dengan memanfaatkan aplikasi web adalah

untuk melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan aplikasi web terhadap

pemahaman pelajar bagi tajuk Anatomi dan Fisiologi iaitu yang melibatkan penerangan

secara gambar bergerak dan rajah.

Secara khususnya, aktiviti ini bertujuan untuk :

i. Mengenalpasti samada kaedah pengajaran dengan memanfaatkan aplikasi web

dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai tajuk Anatomi dan Fisiologi.

ii. Menentukan samada adakah wujud perbezaan dari segi pemahaman pelajar

mengenai tajuk Antomi dan Fisiologi yang menggunakan kaedah aplikasi web

dengan pemahaman pelajar yang menggunakan buku teks sepenuhnya.

iii. Menentukan adakah wujudnya hubungan pemahaman pelajar mengenai tajuk

Anatomi dan Fisiologi menggunakan kaedah aplikasi web dan menggunakan kaedah

buku teks.

Page 3: Proposal

[TUGASAN KE 3 – PEMANFAATAN APLIKASI WEB MENGGUNAKAN TWEENTY-TEN ID MODEL]

[SITI ZAHARAH BT MUHAMAD & AKMAL FARHA BT ADENAN] 3

BAB : 2

PENERANGAN FASA-FASA ID MODEL

1.1 Requirement analysis

Aktiviti yang akan dilakukan dalam fasa Requirement analysis ialah mengenalpasti siapa

pelajar, tahap umur, bilangan pelajar dan tahap penerimaan ilmu (kebolehan pelajar).

Ciri-ciri umum Pelajar:

Unit pembelajaran ini akan dijalankan bagi satu kelas pelajar tingkatan lima untuk subjek

Biologi bagi tajuk Anatomi dan Fisiologi yang akan diadakan di makmal komputer. Guru

mengenalpasti dan menetapkan bilangan pelajar adalah seramai 30 orang pelajar dan

majoriti pelajar adalah berbangsa melayu. Terdapat seramai lima orang pelajar Cina dan

tiga orang pelajar India. Kesemua pelajar ini datang daripada pelbagai latar belakang sosio

ekonomi yang berbeza-beza. Tidak seorang pun pelajar dalam kelas ini mengalami masalah

pembelajaran dan kesemua mereka terdiri daripada pelbagai budaya. Secara umumnya,

pelajar diharapkan berkelakuan baik ketika kelas dijalankan dengan guru

mengintegrasikan aktiviti interaktif yang berfokus pada topik yang dipilih.

1.2 Specification Design

Aktiviti yang akan dilakukan dalam Specification Design ialah menentukan kaedah

pengajaran, pemilihan media dan cara pelaksanaan.

Ciri-ciri Media :

Media yang dipilih haruslah bersesuaian dengan aplikasi web yang akan digunakan iaitu

aplikasi Facebook. Untuk memanfaatkan aplikasi Facebook, makmal komputer tersebut

mestilah mempunyai sambungan internet untuk capaian domain Facebook. Selain itu,

media komputer sebagai pengantara guru dan pelajar dalam menjalankan proses

Page 4: Proposal

[TUGASAN KE 3 – PEMANFAATAN APLIKASI WEB MENGGUNAKAN TWEENTY-TEN ID MODEL]

[SITI ZAHARAH BT MUHAMAD & AKMAL FARHA BT ADENAN] 4

pengajaran. Guru harus memastikan bilangan komputer mencukupi kerana setiap pelajar

mengakses akaun Facebook secara individu. Setiap pelajar perlu ada akaun Facebook

kerana pelajar boleh mengakses Facebook dengan hanya memiliki akaun sendiri.

Pemilihan Kaedah Pengajaran :

Pemanfaatan aplikasi Facebook bagi tajuk Anatomi dan Fisiologi ialah aplikasi memuatnaik

video mengenai Anatomi dan Fisiologi serta aplikasi memuatnaik gambar iaitu gambarajah

Anatomi dan Fisiologi. Kaedah pengajaran yang paling sesuai dilaksanakan mengikut

kedua-dua aplikasi ini ialah melalui kaedah demonstrasi (demonstration). Kaedah

demonstrasi merupakan kaedah di mana, pada permulaan pelajar akan ditayangkan

dengan video dan gambarajah mengenai tajuk Anatomi dan fisiologi. Kaedah demonstrasi

paling sesuai kerana di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, akan berlaku proses

komunikasi dua hala antara pelajar dan guru. Aplikasi Facebook mempunyai satu ciri yang

membolehkan pelajar meninggalkan komen pada video atau gambarajah yang dimasukkan.

Setelah pelajar menonton video yang dimuatnaik, pelajar seterusnya akan diberi masa oleh

guru untuk saling memberi komen tentang video yang ditayangkan tadi.

Penentuan Cara Pelaksanaan :

Aspek pelaksanaan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Setelah kaedah pengajaran dipilih, guru seharusnya menentukan cara

pelaksanaan yang paling sesuai dan paling efektif dalam menarik minat pelajar supaya

pelajar tidak merasa bosan dan mengantuk dengan kaedah yang dipilih. Di samping itu

juga, cara guru melaksanakan dan mengawal kelas penting untuk mengelak pelajar

mengakses capaian lain serta supaya pelajar tidak lalai atau lari dari topik yang

dibincangkan. Dalam melaksanakan kelas biologi, guru boleh melaksanakan kaedah

pengajaran dengan member peluang kepada pelajar ulang tayang video serta perbincangan

secara meninggalkan komen dan berbalas komen di antara mereka. Komen yang

ditinggalkan adalah merupakan pemahaman pelajar mengenai topik yang dibincangkan.

Guru tidak boleh membuat kesimpulan bahawa pendapat pelajar itu betul atau salah.

Page 5: Proposal

[TUGASAN KE 3 – PEMANFAATAN APLIKASI WEB MENGGUNAKAN TWEENTY-TEN ID MODEL]

[SITI ZAHARAH BT MUHAMAD & AKMAL FARHA BT ADENAN] 5

1.3 Coding

Aktiviti yang akan dilakukan dalam fasa coding ialah mengadakan aktiviti secara

berkumpulan.

Aktiviti Kumpulan Besar :

Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh melaksanakan aktiviti secara

berkumpulan. Pada permulaan, aktiviti kumpulan dijalankan dalam kumpulan besar iaitu

kesemua pelajar terlibat. Aktiviti yang dilakukan oleh guru ialah, guru bertanya soalan

kepada pelajar dan meminta setiap pelajar menjawab soalan. Di sini, guru boleh

mengetahui pelajar mana yang menjawab dengan betul dan pelajar mana yang menjawab

dengan salah. Disamping itu juga, guru boleh menganalisis pelajar samada pelajar tersebut

mengambil bahagian dalam aktiviti memberi pendapat atau sebaliknya.

Aktiviti Kumpulan Kecil :

Pelajar diletakkan dalam kumpulan yang lebih kecil seramai 4 atau 5 orang bagi

mengadakan perbincangan mengenai tajuk Anatomi dan Fisiologi. Pelajar juga dikehendaki

merekod segala kefahaman tajuk yang dibincangkan. Perbincangan adalah tertumpu pada

setiap komen yang telah diberi oleh pelajar pada video dan gambarajah tadi. Kemudian

guru akan meminta salah seorang wakil pelajar untuk menerangkan apa yang mereka

faham di hadapan kelas menggunakan gambarajah dalam aplikasi Facebook tadi.

1.4 Test Integration

Aktiviti yang akan dilakukan ialah menyediakan 50 soalan tentang tajuk Anatomi dan

Fisiologi

Pelaksanaan soalan :

Page 6: Proposal

[TUGASAN KE 3 – PEMANFAATAN APLIKASI WEB MENGGUNAKAN TWEENTY-TEN ID MODEL]

[SITI ZAHARAH BT MUHAMAD & AKMAL FARHA BT ADENAN] 6

Setelah selesai aktiviti berkumpulan, setiap pelajar akan diedarkan dengan 50 soalan yang

berkaitan tajuk Anatomi dan Fisiologi. Guru akan meminta pelajar menjawab soalan dalam

masa yang ditetapkan.

1.5 Installation Maintenance

Aktiviti yang akan dilakukan ialah pemeriksaan dan perbincangan jawapan serta penilaian.

Pemeriksaan dan Perbincangan Jawapan :

Setelah kesemua soalan dijawab, akan berlaku proses pemeriksaan dan perbincangan

jawapan antara pelajar dan guru.

Penilaian :

Penilaian keseluruhan akan dibuat setelah kelas yang dirancang dilaksanakan sepenuhnya.

Disini guru boleh membuat penilaian ke atas pelajar mengenai tahap kefahaman mereka

menggunakan kaedah pengajaran yang dipilih. Pelajar juga boleh membuat penilaian ke

atas diri mereka sendiri samada kaedah pengajaran menggunakan aplikasi Facebook dapat

membantu pelajar meningkatkan tahap kefahaman mereka atau sebaliknya.