proposal 3 redo (1)

57
1.0 PENDAHULUAN Bahagian ini menceritakan latar belakang berkaitan situasi dan masalah yang dihadapi oleh pengkaji ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman yang telah diterima, pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi serta menyatakan cadangan bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi. Daripada masalah yang dihadapi, pengkaji mengenalpasti masalah utama dan cuba mencari penyelesaiannya. 1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Semasa saya mengajar kelas 5 Cerdas tentang topik kesan perubahan populasi terhadap siratan makanan, saya dapati terdapat pelajar yang tidak memahami istilah populasi dan bagaimana untuk mengaitkannya kepada siratan makanan. Pelajar cenderung untuk mengatakan bahawa sesuatu organisma itu akan pupus atau akan bertambah sahaja. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran hari itu, saya telah menggunakan kaedah bercerita secara lisan bagi membantu pemahaman pelajar walaupun ianya tidak terdapat dalam rancangan pengajaran saya. 1

Upload: ummu-zay-el-zahra

Post on 24-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PROPOSAL SAINS

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini menceritakan latar belakang berkaitan situasi dan masalah yang dihadapi oleh

pengkaji ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman yang telah diterima,

pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi serta menyatakan cadangan bagi mengatasi

permasalahan yang dihadapi. Daripada masalah yang dihadapi, pengkaji mengenalpasti masalah

utama dan cuba mencari penyelesaiannya.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya mengajar kelas 5 Cerdas tentang topik kesan perubahan populasi terhadap siratan

makanan, saya dapati terdapat pelajar yang tidak memahami istilah populasi dan bagaimana

untuk mengaitkannya kepada siratan makanan. Pelajar cenderung untuk mengatakan bahawa

sesuatu organisma itu akan pupus atau akan bertambah sahaja. Semasa proses pengajaran dan

pembelajaran hari itu, saya telah menggunakan kaedah bercerita secara lisan bagi membantu

pemahaman pelajar walaupun ianya tidak terdapat dalam rancangan pengajaran saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya menyemak tugasan yang saya edarkan kepada pelajar tahun

5 Cerdas, saya dapati kebanyakan mereka masih gagal menjelaskan kesan perubahan populasi

sesuatu organisma kepada organisma lain dalam siratan makanan dengan betul. Kebanyakan

mereka menyatakan bahawa haiwan itu akan pupus sedangkan jawapan yang tepat adalah

populasi haiwan tersebut akan berkurangan. Ini merisaukan saya memandangkan saya telah

mengajar pelajar topik ini termasuklah istilah ‘populasi menurun’ dan ‘populasi meningkat’.

Apabila saya tanyakan kepada mereka mengapa mereka menjawab sedemikian (pupus), mereka

mengatakan bahawa sumber makanan organisma itu telah tiada. Dalam situasi ini, pelajar

percaya bahawa jika populasi sesuatu organisma dalam siratan makanan berkurangan, organisma

1

yang lain akan pupus kerana sumber makanannya tiada. Istilah pupus sebenarnya tidak sesuai

untuk terus digunakan kerana pupus bermaksud sesuatu organisma itu tiada lagi di muka bumi

dan tiada cara untuk kembali. Dalam sesuatu siratan makanan, apabila populasi sesuatu

organisma tiada ataupun berkurangan, ia akan memberi kesan kepada organisma lain sama ada

populasinya meningkat atau menurun.

Apabila saya bertanya mengapa pelajar tidak menggunakan istilah populasi, mereka mendakwa

mereka tidak mengingat istilah tersebut selain tidak memahaminya. Saya percaya saya telah

menyebut dan menggunakan istilah tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh

itu, saya percaya bahawa saya perlu menjadikan istilah “populasi meningkat” dan “populasi

menurun” lebih bermakna kepada pelajar.

Di manakah silap saya dalam membantu pelajar memahami kesan perubahan populasi kepada

rantai makanan? Adakah saya perlu mengajar kesan perubahan populasi seluruh rantai makanan

yang ada di dunia ini kepada pelajar? Saya percaya saya telah menjalankan tugas dengan

sepatutnya. Walaupun bercerita secara lisan tidak dinyatakan dalam rancangan pengajaran saya,

saya menyelitkan juga bahagian itu apabila saya melihat pelajar tidak memahami apa yang akan

terjadi kepada siratan makanan jika populasi sesuatu organisma berubah.

Saya berpendapatan kelemahan pelajar terhadap istilah populasi dan perkaitannya dengan siratan

makanan adalah kerana pelajar jarang didedahkan dengan istilah ini selain pelajar tidak

memahami istilah ini. Istilah ‘populasi’ tidak digunakan dalam kehidupan harian pelajar

menyebabkan mereka gagal mengaitkan dan menggunakannya semasa menulis jawapan pada

tugasan mereka. Saya rasa bertanggungjawab bagi membetulkan kesilapan ini supaya mereka

tidak terus berada dalam keadaan tidak tahu. Hal ini bukan sahaja mengganggu kelancaran

2

pembelajaran pelajar namun memberi kesan kepada kefahaman pelajar serta menyebabkan

kemerosotan pencapaian dalam akademik pelajar.

1.2 Refleksi Sorotan Literatur

Berikut merupakan beberapa sorotan literatur berkaitan teori dan kajian lepas melalui pembacaan

yang telah dijalankan oleh pengkaji berkaitan dengan tajuk kajian.

1.2.1 Teori-Teori Berkaitan

Bahagian ini akan menerangkan tentang teori, konsep dan pendapat berkaitan pengajaran dan

pembelajaran, cerita dal;am pendidikan, miskonsepsi dalam sains, maksud istilah populasi dalam

matapelajaran sains, kesan populasi kepada siratan makanan serta motivasi dalam pelajaran

sains.

1.2.1.1 Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.

Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru

secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan

yang memungkinkan terjadinya proses belajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan

yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit

(Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub 2003). Pengajaran juga merangkumi proses

merekabentuk kurikulum, penyampaian kurikulum, dan sistem penilaian pelajar. Pengajaran

yang baik dirancang secara sistematik oleh guru dan dilakasanakan dengan kaedah dan teknik

yang sesuai. Ringkasnya, komponen asas yang membentuk sesuatu proses pengajaran seharusnya

3

mengandungi ciri-ciri berikut iaitu guru, pelajar , kandungan, kaedah, tujuan, hasil (perubahan

yang kekal secara relatif) dan penilaian.

Secara umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau

kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku

atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan

proses pertumbuhan.

Menurut Woolfolk (1980), pembelajaran dapat dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku

kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baharu, atau sebagai potensi yang boleh

menghasilkan tindak balas yang baharu. Oleh itu, sebarang perubahan tingkah laku yang dapat

dilihat pada pelajar menunjukkan bahawa pelajar telah mengalami proses pembelajaran. Hasil

daripada pembelajaran itu akan dapat dilihat dalam bentuk perubahan tingkah laku pelajar.

Dalam masa yang sama, guru juga dapat melihat sebarang ketidakfahaman pelajar berdasarkan

perubahan tinkah laku yang ditunjukkannya.

1.2.1.2 Cerita Dalam Pendidikan

Cerita dan bercerita telah digunakan sejak sekian lama dalam mengajar sama ada secara formal

atau tidak formal. Dalam budaya Melayu sendiri khususnya, terdapat pelbagai cerita yang

menyampaikan mesej nasihat dan budaya.

“Storytelling is an age-old and powerful means of communication that can be used as an

effective teaching strategy in the science classroom. Listening to a story involves imagination,

activation of prior experiences, knowledge, and imagery. A community of learners, characterized

by inquiry and discovery, can be initiated through the process of storytelling.”

4

(A.D Isabelle, 2007)

Kenyataan daripada Isabelle di atas menunjukkan bahawa cerita adalah satu strategi yang

berkesan untuk menyampaikan pelajaran atau ilmu sains dalam bilik darjah. Menurut Isabelle

lagi, mendengar cerita melibatkan imaginasi, pengaktifan pengetahuan lepas, pengetahuan dan

bayangan. Beliau percaya bahawa satu komuniti pelajar boleh dicipta melalui kaedan bercerita.

Menurut M.C. Green (2004), cerita mempunyai beberapa peranan di dalam bilik darjah,

termasuk menaikkan minat murid, membantu perjalanan kuliah (pengajaran), menjadikan bahan

bermakna, mengatasi halangan dan rasa cemas pelajar, dan juga membina hubungan yang baik

antara guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar.

Ini dapat dilihat secara lansung kerana apabila guru bercerita, pelajar lebih relaks dan berada

dalam keadaan tenang. Mereka juga amat berminat untuk mendengar cerita itu dan lebih

gemarkan guru tersebut.

1.2.1.3 Miskonsepsi Dalam Sains

Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang

dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al.,2002). Manakala Novak dan

Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi konsep-

konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Ia digelar sebagai miskonsepsi

kerana penerangan tentang sesuatu konsep oleh kana-kanak tadi tidak sama dengan penerangan

yang diberikan oleh ahli sains

Miskonsepsi dan sains tidak dapat dipisahkan terutama sekali pada kalangan kanak-kanak.

Miskonsepsi atau juga dikenali sebagai kerangka istilah adalah idea yang diperoleh oleh kanak-

5

kanak tentang persekitaran berasaskan daripada pengalaman mereka sendiri (Poh Swee Hiang,

2003). Pengetahuan ini kadangkala tidak bersesuaian dengan idea sains dan sebarang

perselisihan idea antara miskonsepsi mereka dengan idea sains yang sebenar mampu

menyebabkan mereka menjadi keliru dan menghalang pembelajaran sains mereka.

1.2.1.4 Maksud Istilah Populasi Dalam Matapelajaran Sains

Populasi ditakrifkan sebagai satu kumpulan kolektif organisma dari sebarang jenis atau spesies

yang sama hidup dalam satu kawasan tertentu. Populasi mempunyai ciri-ciri kepadatan,

keupayaan biotik penyebaran, taburan usia dan mempunyai ciri-ciri genetik yang berhubung

secara langsung dengan ekologi atau adaptasi.(Eldon D. Enger & Bradley F.Smith,2000).

Secara ringkasnya, populasi merujuk kepada jumlah sekumpulan haiwan yang sama jenis yang

tinggal di kawasan yang sama pada masa yang sama.

1.2.1.5 Kesan Perubahan Populasi Kepada Siratan Makanan

Menurut Sopia Mohd Yasin, Mohd Yatim Dolir, et al (2006), perubahan populasi sesuatu

organisma mampu memberi kesan kepada populasi organisma lain dalam siratan makanan

tersebut. Jika sesuatu organisma hanya makan sejenis makanan sahaja dalam siratan makanan

itu, maka populasinya akan terjejeas dengan sangat ketara apabila berlakunya kekurangan

bekalan makanan.

Namun, ini jarang berlaku kerana dalam sesuatu siratan makanan, sesuatu organisma cenderung

untuk mempunyai lebih daripada satu jenis sumber makanan. Perubahan populasi kepada sumber

makanan boleh memberi kesan kepada pengguna sama ada populasinya akan meningkat atau

menurun.

6

1.2.1.6 Motivasi Dalam Pelajaran Sains

Pembelajaran adalah satu poses kompleks di mana motivasi merupakan salah satu pemboleh

ubah utamanya. (Mojca Juriševič, Saša A. Glažar, Janez Vogrinc, Iztok Devetak, tahun tidak

dinyatakan)

Menurut Taidin Suhaimin (2012), perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan bahasa

inggeris - "motivation". Perkataan asalnya ialah "motive" yang juga telah dipinjam oleh bahasa

melayu / bahasa malaysia kepada motif, yakni bermaksud tujuan. Perkataan motif di sini boleh

kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu perkara itu dilakukan. 

Secara ringkasnya dalam konteks kajian ini, motivasi adalah sebab tujuan atau pendorong, maka

tujuan seseorang pelajar itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha

keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

Pelajar perlu diberikan sebab, tujuan ataupun pendorong yang dapat meningkatkan minatnya

dalam mempelajari sains.

1.2.2 Kajian-Kajian Lepas

Gilbert, Hipkins Dan Cooper (2005) dalam kajian mereka telah menulis:

The “narrative” mode, on the other hand, also aims to make sense of the world. However, it

does this in a very different way. People, rather than being excluded, are foregrounded. Their

actions, motivations, and relationships are structured and explained through stories.

Naratif mod dalam kajian mereka bermaksud bercerita. Ianya juga digunakan untuk memahami

alam sekitar namun dalan mod naratif, masyarakat tidak diketepikan tetapi dilibatkan dari awal

lagi. Tindakan, motivasi dan perhubungan mereka diterangkan melalui cerita itu. Ini menjadikan,

7

maklumat dalam sesuatu cerita itu lebih dekat di hati pendengar kerana mereka dapat mengaitkan

diri mereka atau alam sekeliling mereka daripada cerita tersebut.

Izzat Adli Galanay (2012) dalam kajiannya mendapati bahawa kaedah bercerita dalam

pengajaran dan pembelajaran sains Berjaya meningkatkan kefahaman murid sehingga min skor

kefahaman 4.21 hingga 5.0 daripada min skor kefahaman 1.0 hingga 1.8. kaedah bercerita juga

mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.

Manakala Loi Kuang Siang (2012), yang telah menjalankan kajian Kesan Penggunaan Kaedah

Bercerita Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tahun Lima mendapati bahawa

pelajar menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dalam ujian pos berbanding ujian pra

mereka. 80% daripada keseluruhan responden beliau mengaku bahawa mereka lebih mudah

memahami tajuk yang diajar melalui kaedah bercerita.

Hazirah Azhar (2010), menyatakan bahawa bercerita sebagai satu proses pembelajaran yang

menggalakkan murid membina dan memahami suatu pembelajaran melalui urutan cerita

tersebut. Murid memahami dan membina konsep berdasarkan sebab dan kesan daripada cerita

yang disampaikan kepada mereka dan membantu mereka mengingat dengan baik.

Hazirah (2010) mendapati bahawa responden beliau mampu mengenalpasti pembolehubah dan

menunjukkan peningkatan dalam menjawab soalan sains bahagian B selepas beliau

menggunakan keadah bercerita dengan gambar dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Melalui laporan kajian Jaimah dan Zakaria (2007), murid-murid dapat memberi tumpuan yang

lebih tinggi semasa pengajaran dengan menggunakan bercerita bersama buku besar berbanding

dengan teknik pengajaran tanpa menggunakan bercerita. Tambahan, lebih ramai murid telah

memberi pendapat dan menyatakan kembali fakta yang diberikan oleh guru berbanding dengan

8

pengajaran kaedah kuliah. Hasil kajian yang sama juga ditunjukkan dalam penyelidikan ini di

mana responden-responden menyatakan mereka dapat menumpukan perhatian semasa guru

mengajar dengan menggunakan buku besar kerana mempunyai cerita dan gambar yang cantik.

Robiatul A’dawiah Jamaludin dan Halimah Badioze Zaman (2011) dalam kajian mereka yang

menggunakan perisian cerita animasi interekatif untuk pelajaran sains mendapati bahawa prestasi

kemahiran melakukan proses sains responden mereka menunjukkan peningkatan yang

memberangsangkan. Kemahiran memerhati meningkat kepada 66.7%, kemahiran merekod

meningkat kepada 85.7%, kemahiran melakukan perbandingan meningkat kepada 90.5% dan

kemahiran meramal meningkat kepada 100%. Jumlah fakta yang boleh diingati dalam tempoh 45

minit juga lebih tinggi setelah menggunakan perisian myScience.

2.0 FOKUS KAJIAN

Bahagian ini akan menerangkan bagaimana hasil dari tinjauan masalah dan analisis tinjauan

masalah dan analisis tinjauan masalah yang menjadikan aspek ini sebagai fokus kajian.

2.1 Tinjauan Masalah

Masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah mereka tidak memahami kesan perubahan populasi

kepada siratan makanan. Masalah ini dapat dilihat berdasarkan jawapan pelajar dalam tugasan

yang telah diedarkan kepada mereka selepas pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga tidak

dapat menggunakan istilah ‘populasi’ dan ‘pupus’ dengan betul.

Pengkaji telah menggunakan instrument analisis dokumen (lembaran kerja pelajar dan rekod

keputusan Ujian 1), pemerhatian dan temu bual bagi tujuan tinjauan masalah.

9

Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan

masalah ini:

1. Pelajar tidak faham maksud populasi.

2. Pelajar tidak dapat mengaitkan kesan perubahan populasi sesuatu organisma dengan

organisma lain dalam siratan makanan.

3. Pelajar menggunakan istilah pupus yang tidak sesuai dalam konteks siratan makanan

tersebut.

4. Pelajar tidak menggunakan istilah ‘populasi meningkat’ atau ‘populasi menurun’ semasa

menjawab soalan.

Sebelum tindakan selanjutnya diambil, pengkaji telah meninjau masalah bagi memahami

masalah yang timbul. Tinjauan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat yang penting. Pengkaji

menggunakan cara analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual bagi meninjau masalah ini.

Berikut merupakan penerangan berkaitan tinjauan yang dibuat oleh pengkaji.

2.1.1 Analisis Dokumen- Lembaran Kerja Pelajar

Dokumen merupakan instrumen yang dapat memberikan maklumat yang tepat kepada isu dan

masalah yang dikaji. Dokumen ialah sumber paling mudah untuk guru mendapatkan maklumat

kerana ianya telah sedia ada. (Buku Manual Kajian Tindakan, edisi ketiga,2008). Pengkaji

menggunakan lembaran kerja pelajar sebagai dokumen yang dikaji.

Guru telah mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar sehari selepas pengajaran dan

pembelajaran mengenai tajuk kesan perubahan populasi kepada siratan makanan. Lembaran

kerja ini pada asalnya dianggap sebagai latihan pengukuhan kepada pelajar namun hasil daripada

jawapan pelajar menunjukkan sesuatu yang mengejutkan kepada pengkaji kerana semasa

10

pengajaran dan pembelajaran pelajaran menunjukkan tingkah laku yang menunjukkan mereka

faham. Pengkaji telah mengumpul kembali dan menganalisis lembaran kerja tersebut

Rajah 1

Lembaran kerja pelajar

11

2.1.2 Pemerhatian

Pengkaji juga meninjau masalah dengan mengingat kembali keadaan pelajar semasa pengajaran

dan pembelajaran. Pemerhatian yang dilakukan adalah pemerhatian tidak berstruktur yang

menggunakan nota lapangan.

Pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan yang dipersembahkan dalam

bentuk naratif iaitu memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan

pemerhatian sera menyebut petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran (Morrison, (1993) dalam Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan).

2.1.3 Temu Bual

Kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji bagi membantu meninjau masalah serta

mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar tentang topik kesan perubahan populasi terhadap

siratan makanan.

Pengkaji menggunakan temu bual tidak berstruktur bagi membantunya memahami masalah

pelajar. Dalam temu bual tidak berstruktur, soalan tidak disediakan tetapi mengikut keadaan

responden berkenaan Pengkaji bertanya kepada 4 orang pelajar pada pelbagai peringkat

akademik bagi mendapatkan maklumat tentang masalah pelajar.

2.1.4 Analisis Dokuman - Rekod Keputusan Ujian 1

Medium tinjauan masalah terakhir yang pengkaji gunakan adalah analisis dokumen bagi ujian 1

yang telah dijalankan pada 14 Mac 2013. Bagi tinjauan masalah ini, pengkaji telah menganalisis

markah keseluruh pelajar dengan menilai peratus lulus dan gagal serta menganalisis soalan 12

kertas 1 yang menyoal tentang kesan perubahan populasi kepada siratan makanan.

12

Rajah 2

soalan 12 ujian 1 sains kertas 1

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

2.2.1 Rekod Lembaran Kerja Pelajar

Pengkaji mula menyedari masalah pelajar semasa menanda lembaran kerja mereka oleh itu,

pengkaji telah menggunakan lembaran kerja mereka bagi mengukur kefahaman pelajar dengan

mendapatkan peratusan betul salah dan juga peratusan bentuk jawapan yang ditulis pelajar.

13

Jadual 1 menunjukkan peratusan pelajar yang menjawab dengan betul dan salah serta peratusan

bentuk jawapan pelajar. Carta 1 dan 2 menunjukkan carta peratusan betul/salah jawapan pelajar

dan peratusan bentuk jawapan pelajar

Jadual 1:

Analisis peratusan betul salah dan bentuk jawapan pelajar

Pelajar Jawapan Bentuk jawapan

Betu

l

Salah Pupus Populasi meningkat/

menurun

Lain-lain (mati, jumlah

meningkat, berpindah)

1 / /

2 / /

3 / /

4 / /

5 / /

6 / /

7 / /

8 / /

9 / /

14

10 / /

11 / /

12 / /

13 / /

14 / /

15 / /

16 / /

17 / /

18 / /

19 / /

20 / /

21 / /

22 / /

23 / /

24 / /

25 / /

26 / /

15

27 / /

28 / /

29 / /

30 / /

Peratus

(%)

47 53 40 10 50

Persembahan grafik

Carta 1

Peratusan pelajar

Carta 2

16

47%53%

Peratusan jawapan pelajar (betul/salah)

betul salah

peratusan bentuk jawapan pelajar

40%

10%

50%

Peratusan bentuk jawapan pelajar

pupus populasi meningkat/ menurun lain-lain

Berdasarkan analisis di atas, peratusan paling tinggi adalah bagi pelajar yang menjawab soalan

dengan salah (53%).

Manakala bagi carta 2, pelajar paling banyak menggunakan istilah atau perkataan lain untuk

menjawab soalan tersebut sama ada ‘mati’, ‘berpindah’ ataupun ‘bilangan menurun’. Hanya 10%

atau tiga orang pelajar yang dapat menjawab dengan tepat iaitu dengan menggunakan istilah

‘populasi ular akan menurun’.

Rajah 3 dan 4

17

Jawapan lembaran kerja pelajar yang salah

Rajah 5 dan 6

18

Rajah 3Rajah 4

Jawapan lembaran kerja pelajar yang betul

2.2.2 Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

19

Rajah 5Rajah 6

Memandangkan pengkaji memilih untuk mengkaji masalah ini setelah selesai pengajaran dan

pembelajaran, pengkaji hanya boleh bergantung kepada pemerhatian tidak berstruktur yang

dilihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk ini. Antara hasil pemerhatian

pelajar adalah:

1. Pelajar tidak mengatahui maksud populasi semasa pengkaji memperkenalkan perkataan

itu.

2. Pelajar mudah hilang tumpuan apabila isi pelajaran dilihat sukar untuk mereka fahami.

3. Pelajar tidak dapat membina perkaitan antara organisma dalam siratan makanan.

4. Pelajar tidak dapat memahami kesan perubahan populasi kepada siratan makanan.

2.2.3 Temu Bual Dengan Pelajar

pengkaji bertanya kepada 4 orang pelajar pada pelbagai peringkat akademik bagi mendapatkan

maklumat tentang masalah pelajar. Berikut merupakan transkrip temu bual pengkaji dengan 4

orang pelajar berkenaan.

Jadual 2

Transkrip temu bual

Peserta Temu bual Refleksi pengkaji

1 S: mengapa kamu menggunakan istilah

pupus untuk menjawab soalan ini?

J: makanan ular itu sudah tiada jadi ia

akan mati.

Pelajar dilihat menjawab dengan tergesa-gesa

selain percaya bahawa jika sesuatu jenis

makanan haiwan itu hilang/habis, haiwan itu

akan mati. Pelajar tidak menimbangkan

kemungkinan lain bagi ular semasa

20

S: ada tidak kemungkinan untuk ular

pergi ke tempat lain.

J: (diam)…. Ada.

menjawab soalan dalam lembaran kerja.

2 S: apakah maksud populasi menurun

yang kamu tulis sebagai jawapan

soalan ini?

J: burung pipit sudah tiada jadi

mungkin ular akan pergi ke tempat lain

ataupun mati.

S:jadi maksud populasi adalah…?

J: jumlah ular (haiwan).

Pelajar dapat memahami perkaitan antara

burung pipit dengan ular dengan baik sekali.

Pelajar juga menggunakan istilah yang betul

semasa menjawab soalan.

3 S:mengapa kamu mengatakan bahawa

ular akan berpindah ke tempat lain

apabila burung pipit tiada?

J: ular perlu mencari makanan lain

sebab burung pipit dah tiada.

Pelajar dapat memahami perkaitan antara

ular dan burung pipit walaupun bentuk

jawapannya dalam lembaran kerja bukanlah

seperti diharapkan.

4 S:mengapa kamu kata ular akan mati

bila tiada burung pipit?

J: (mengangkat bahu) sebab ular sudah

tiada makanan.

Pelajar jelas menunjukkan ketidakfahaman

tentang ular. Burung pipit bukan satu-satunya

makanan ular. Pelajar percaya ular akan mati

kerana ia sudah tiada sumber makanan.

21

S: bolah tak guna perkataan lain untuk

menggantikan mati?

J: tak boleh. Ular dah tiada sumber

makanan, ia akan mati.

Berdasarkan temu bual di atas, pengkaji percaya masalah utama pelajar ia terlalu percaya bahawa

ular hanya makan burung pipit (seperti yang tercatat pada rantai makanan) dan tidak mempunyai

sumber makanan lain. Pelajar juga gagal melihat kemungkinan bahawa ular mungkin

mempunyai sumber makanan lain di tempat lain. Ada pelajar yang boleh menjawab dengan betul

namun tetap percaya bahawa ular akan mati. Ini jelas menunjukkan pelajar tidak memahami

kesan keseluruhan perubahan populasi sesuatu organisma dalam sesuatu rantai makanan kepada

organisma lain dalam rantai makanan itu.

2.2.4 Analisis Keputusan Ujian 1

Ujian 1 yang telah dijalankan menunjukkan perolehan markah yang agak merisaukan. Daripada

30 orang pelajar tahun 5 cerdas, hanya 7 orang sahaja yang lulus. Daripada 7 orang itu, hanya 2

adalah pelajar lelaki manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. 23 orang pelajar gagal

dalam ujian ini 14 orang adalah pelajar perempuan dan 9 lagi pelajar lelaki. Secara ringkasnya

hanya 23% pelajar yang lulus dalam ujian 1 ini. Carta di bawah menunjukkan graf pelajar yang

lulus dan gagal.

Carta 3 :

Jumlah pelajar yang lulus dan gagal

22

lulus gagal0

5

10

15

20

25

graf jumlah pelajar melawan lulus/gagal

pelajar

Soalan 12 kertas 1 juga menyoal mengenai kesan perubahan populasi terhadap rantai makanan.

Sebanyak 24 orang ataupun 80% pelajar dapat menjawab soalan ini dengan betul manakala 20%

(6 orang) lagi menjawab dengan salah. Bagi jawapan yang salah ini, 5 orang memilih jawapan B.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian terdiri daripada dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus. Selepas

kajian ini dijalankan, pelajar diharap dapat mencapai objektif berikut:

3.1.1 Objektif Umum

23

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar Tahun 5 Cerdas S.K

Bukit Chempaka tentang kesan perubahan populasi kepada siratan makanan dengan

menggunakan buku cerita digital “Mana Rusa?”

3.1.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini supaya pelajar dapat:

1. Membantu pelajar meningkatkan kefahaman istilah populasi meningkat dan populasi

menurun dengan menggunakan buku cerita digital “ Mana Rusa?”

2. Meningkatkan peratusan pelajar yang dapat menjawab soalan berkaitan dengan betul.

3. Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran sains dengan menggunakan buku

cerita digital “Mana Rusa?”

4. Menunjukkan perubahan tingkah laku dalam matapelajaran sains semasa menggunakan

buku cerita digital “Mana Rusa?”

3.2 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

1. Adakah penggunaan buku cerita digital “Mana Rusa?” dapat membantu meningkatkan

pemahaman murid terhadap istilah populasi meningkat dan populasi menurun?

2. Adakah penggunaan buku cerita digital “Mana Rusa?” dapat meningkatkan peratusan

pelajar yang dapat menjawab berkaitan?

3. Adakah penggunaan buku cerita digital dapat meningkatkan minat murid terhadap

matapelajaran sains?

24

4. Adakah berlaku perubahan tingkah laku pelajar semasa penggunaan buku cerita digital

“Mana Rusa?” ?

3.3 Kepentingan Kajian

Di antara kepentingan kajian ini adalah guru dapat mengaplikasikan kaedah bercerita dengan

cara yang berbeza iaitu dalam bentuk buku cerita digital. Bercerita dilihat sebagai salah satu cara

yang menarik bagi menyampaikan pelajaran. Kaedah menggunakan buku digital yang akan

dipasang pada ebook pelajar diharap dapat menarik minat pelajar yang ternyata amat gemar

menggunakan ebook mereka.

Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan peratusan pelajar yang dapat

menjawab soalan dengan betul. Peratusan yang dapat dilihat sebelum kajian dijalankan agak

rendah dan memerlukan perhatian yang khusus. Jumlah pelajar yang lulus dalam ujian sains juga

sangat rendah namun dapat diperbaiki supaya menjadi lebih baik.

Dalam pada itu, kajian juga bertujuan untuk membantu meningkatkan minat murid terhadap

sains. pelajar memerlukan motivasi bagi meningkatkan minat mereka terhadap sains. Pelajar

yang berminat terhadap sesuatu matapelajaran akan lebih bersemangat dan akan memberikan

kerjasama yang baik selain mengurangkan sikap dan tingkah laku mengganggu di dalam kelas.

selain itu, hasil kajian diharap dapat membantu warga pendidikan sama ada guru , pihak sekolah

serta Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan pemahaman dan minat murid dalam

matapelajaran sains. kajian ini juga diharap dapat menjadi perintis kepada kajian lain.

25

3.4 Definisi Operasional

Bahagian ini membincangkan definisi operasi yang digunapakai dalam kajian ini. Antara istilah

yang digunapakai dalam kajian ini adalah:

3.4.1 Cerita

Kevin strauss (2006) menyatakan cerita sebagai suatu kisah tentang kejadian sama ada benar,

fiksyen, lagenda dan mistik. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga (2000),

bercerita bermaksud menuturkan sesuatu cerita.

3.4.1 Digital

Menurut The American Heritage® Dictionary of the English Language (2000), digital

bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan pekerjaan atau aktiviti yang menggunakan alatan

digital. Dalam kajian ini pelajar menggunakan ebook sebagai alatan digital mereka bagi

membaca buku cerita “Mana Rusa”

3.4.3 Meningkatkan

Menurut Izzat Adli (2012), istilah meningkatkan di dalam kajian beliau adalah menaikkan atau

meninggikan kefahaman murid terhadap mata pelajaran sains.

Dalam kajian ini, istilah meningkatkan membawa maksud menambah dan memajukan tahap

pemahaman pelajar terhadap tajuk kesan perubahan populasi terhadap siratan makanan.

26

3.4.4 Kefahaman

Kefahaman berada pada aras kedua dalam taksonomi bloom di dalam kumpualan aras pemikiran

rendah.

Menurut Esler dan Esler ( 2000), pada aras pemahaman, pelajar dapat menterjemah maklumat,

menginterpretasi maklumat dalam ayatnya sendiri, menulis semula penyataan dalam ayatnya

sendiri, mengedit penyataan daripada maklumat lain dan mengekstrapolasi maksud baharu

daripada maklumat.

Dalam kajian ini, kefahaman merujuk kepada bagaimana pelajar dapat menggunakan maklumat

daripada buku cerita digital bagi memahami kesan perubahan populasi siratan makanan.

3.4.5 Populasi Meningkat/ Populasi Menurun

Menurut Enger dan Smith (2000), populasi ditakrifkan sebagai satu kumpulan kolektif organisma

dari sebarang jenis atau spesies yang sama hidup dalam satu kawasan tertentu. Populasi

mempunyai ciri-ciri kepadatan, keupayaan biotik penyebaran, taburan usia dan mempunyai ciri-

ciri genetik yang berhubung secara langsung dengan ekologi atau adaptasi.

Ringkasnya, istilah populasi membawa maksud jumlah ahli atau haiwan yang sama jenis di

sesuatu kawasan. Dalam konteks kajian ini, populasi meningkat bermaksud jumlah haiwan yang

sama jenis dalam kawasan sama bertambah manakala populasi menurun pula bermaksud jumlah

haiwan yang sama jenis dalam kawasan yang sama berkurangan.

27

3.5 Batasan Kajian

Pengkaji membataskan kajian ini kepada tajuk kesan perubahan populasi kepada siratan

makanan sahaja. Responden yang terlibat pula adalah 30 orang pelajar kelas 5 Cerdik Sekolah

Kebangsaan Bukit Chempaka, Kuala Terengganu. Memandangkan kajian hanya dijalankan di

Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, hasil dapatan kajian dijangka tidak dapat dijadikan

dapatan yang tepat jika dijalankan di sekolah lain. Pelaksaan kajian dilakukan di dalam kelas

berasingan dengan pelajar lain kerana ianya terbatas kepada pelajar yang menjadi responden

sahaja.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian ini adalah 30 orang pelajar kelas 5 Cerdas Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka.

Kelas tahun 5 Cerdas merupakan kelas pertengahan di antara kelas 5 Pintar (kelas pertama) dan

kelas 5Bijak (kelas ketiga). Kelas ini terdiri daripada 11 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan

berusia 11 tahun. Keseluruhan pelajar kelas ini adalah pelajar Melayu dan berbahasa Melayu.

Selain itu, kebanyakan pelajar kelas ini datang dari keluarga bersosioekonomi sederhana.

Kebanyakan pelajar merupakan anak petani dan juga pekerja sendiri. Terdapat dua orang pelajar

merupakan anak pegawai kerajaan dan seorang lagi merupakan anak kepada pemandu lori.

Responden mempunyai pencapaian purata D dalam matapelajaran sains dan mempunyai

pemahaman yang rendah bagi topik kesan perubahan populasi kepada rantai makanan

berdasarkan hasil analisis beberapa instrumen yang telah dijalankan, responden tidak memahami

bagaimana perubahan populasi member kesan ke atas siratan makanan serta tidak memahami

maksud populasi dalam siratan makanan. Ini memberikan inspirasi kepada pengkaji untuk

menjalankan intervensi kepada mereka dengan menggunakan buku cerita digital “Mana Rusa?”.

28

5.0 CADANGAN TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan kajian

tindakan ini.

Menurut Rosinah Edinin (2011), Lewin menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri

daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Rajah di bawah

merumuskan bagaimana langkah kajian tindakan model Kurt Lewin (1948) dijalankan.

Rajah 7

Model Penyelidikan tindakan Kurt Lewin, 1948

29

PERANCANGAN

TINDAKAN

PEMERHATIAN

REFLEKSI

5.1.1 Perancangan

Menurut Rosinah Edinin (2011), model Kurt lewin biasanya digunakan apabila masalah atau isu

kajian telah dikenalpasti dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat

digunakan.

Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan buku certa digital “Mana Rusa?’ bagi

membantu pelajar kelas 5 Cerdas memahami tajuk kesan perubahan populasi kepada siratan

makanan.

Rancangan ini termasuk mengadaan ujian pra dan ujian pos, penggunaan buku cerita digital dan

soal selidik.

5.1.2 Tindakan

Semasa fasa tindakan, pengkaji akan melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan

mengenalpasti hasil dapatan.

Langkah pertama dalam pelaksanaan tindakan adalah menjalankan satu sesi soal selidik bagi

menilai pandangan dan pendapat pelajar tentang sains dan kaedah bercerita dan mengenalpasti

minat pelajar. Seterusnya, pengkaji menjalankan suatu ujian pra bagi mendapatkan peratusan

kefahaman pelajar sebelum penggunaan buku cerita digital “ Mana Rusa?”

Setelah ujian pra dijalankan, pengkaji akan memasukkan buku cerita digital “Mana Rusa?” ke

dalam ebook pelajar. Buku cerita digital “Mana Rusa?” merupakan sebuah buku cerita yang

digunakan secara digital menggunakan ebook pelajar. Buku cerita digital “Mana Rusa?” dibina

menggunakan pelbagai aspek yang akan menarik minat pelajar seperti tulisan, bunyi atau suara

30

dan imej. Tidak seperti buku cerita biasa yang hanya dibaca, “Mana Rusa?” menggunakan suara

digital selain gambar yang menarik dan berkaitan dengan apa yang dibaca.

Pelajar akan mendengar dan membaca buku cerita ini sehingga habis. Setelah pelajar tamat

menggunakan buku cerita digital, pengkaji akan mengadakan ujian pos bagi melihat kesan hasil

penggunaan buku cerita digital tersebut.

Seterusnya, pengkaji akan menilai kembali intervensi yang dijalankan bagi mengenalpasti

sebarang masalah dan kelemahan yang timbul. Selepas itu, suatu penambahbaikkan akan

dilakukan kepada alat intervensi tersebut. Kemudian, pengkaji akan melaksanakan intervensi

sekali lagi dengan penambahbaikkan yang telah dilakukan. Satu lagi ujian pos akan dilaksanakan

bagi menilai keberkesanan penambahbaikkan tersebut.

Setelah selesai, guru akan mengedarkan borang soal selidik bagi menilai pandangan murid

mengenai buku cerita digital.

5.1.3 Pemerhatian

Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud pengkaji

perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian dan juga borang soal

selidik.

Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrument seperti ujian pra

dan ujian pos serta borang soal selidik. Selain itu, pemerhatian berstruktur digunakan bagi

melihat perubahan tingkah laku pelajar.

Data yang diperoleh ini akan digunakan akan dijadikan sebagai pengukur sama ada kajian ini

berjaya atau gagal.

31

5.1.4 Refleksi

Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian yang

berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman pelajar serta perubahan tingkah laku pelajar.

Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji perlu mengenalpasti punca

kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan penambahbaikkan.

5.2 Prosedur Cara Mengumpul Data

Bahagian ini akan membincangkan instrument kajian tindakan yang akan digunakan dan

menerangkan kebolehpercayaan dan kesahan ke atas instrument yang digunakanan.

5.2.1 Instrumen Kajian

Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan ujian pos, borang soal

selidik dan pemerhatian berstruktur.

Pengkaji akan mengunakan ujian pra dan ujian post bagi menilai pemahaman pelajar sebelum

dan selepas menggunakan buku cerita digital.

Borang soal selidik (lampiran 1) akan digunakan untuk mendapatkan penilaian dan pendapat

pelajar mengenai buku cerita digital “mana Rusa?”

Pemerhatian berstruktur akan dilakukan semasa pelaksanaan kajian. Pemerhatian berstruktur

akan dilakukan mengikut set aktiviti yang dikenalpast (lampiran 2). Dalam pemerhatian

berstruktur, aspek yang hendak diperhatikan dikenalpasti terlebih dahalu dan disediakan dalam

bentuk senarai semak.

5.2.2 Kebolehpercayaan Dan Kesahan

32

Menurut Mokhtar (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara

dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang. Kesahan pula

bermaksud keboleh instrument mengukur apa yang sepatutnya diukur.

Ujian pra dan ujian pos memerlukan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi kerana ia

merupakan instrument penilaian yang paling penting. Bagi memastikan kebolehpercayaan dan

kesahan, kedua-dua ujian ini haruslah setara. Dalam masa yang sama, pelajar juga perlu berada

dalam keadaan bersedia, tenang dan selesa semasa kedua-dua ujian supaya kebolehpercayaan

dan kesahan dapat dikekalkan.

Pemerhatian berstruktur akan dijalankan pada sepanjang masa pelaksanaan kajian ini terasuk

semasa ujian pra dan post. Pemerhatian perlu melihat pencapaian dan tindak balas pelajar

terhadap kajian. Pengkaji perlu mengelakkan sebarang unsur peribadi dalam menilai pelajar bagi

mengelakkan berlakunya kepincangan dalam data. Pengkaji sebaiknya perlu menyediakan

borang pemerhatian supaya pemerhatian menjadi seragam.

Semasa soal selidik sebaiknya pengkaji memberitahu pelajar tujuan soal selidik itu supaya

pelajar faham tujuannya dan meminta mereka menjawab soal selidik dengan jujur.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Analisis data akan dijalankan setelah kajian dijalankan dan data dikumpul. Data boleh dikumpul

dalam benuk kualitatif dan kuantitatif. Data biasanya dipersembahkan dalam bentuk graf dan

jadual.

33

Dalam kajian ini, data akan dikumpul dari dua aspek. Aspek pertama adalah pemahaman pelajar

terhadap topik perubahan populasi terhadap siratan makanan manakala aspek kedua adalah

penggunaan istilah populasi dalam memberikan jawapan kepada soalan berkaitan.

Bagi ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik, data akan dikumpul dan depersembahkan

dalam bentuk kuantitatif, manakala bagi pemerhatian berstruktur, data akan dikumpulkan dalam

bentuk kualitatif.

34

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

5.4.1. Jadual Pelaksanaan Kajian

Jadual 3

Pelaksanaan kajian

Bil. Aktiviti Tarikh pelaksanaan

Catatan

1. Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal.

24.2.2013

2. Menulis proposal kajian 3.3.20133. Soal selidik 1 (sebelum intervensi) 1.7.20134. Ujian pra 4.7. 20135. Melaksanakan tindakan intervensi pertama–

penggunaan buku cerita digital11.7. 2013

6. Melaksanakan ujian-pos 1 14.7. 20137. Membincangkan masalah yang wujud dalam

tindakan intervensi pertamaMelakukan penambahbaikkan

16.7. 2013

8. Melaksanakan tindakan intervensi kedua dan ujian-pos 2

18.7. 2013

9. Soal selidik 2 (selepas intervensi) 21.7.201310. Pengumpulan dan analisis data 22.7. 2013

11. Refleksi kajian tindakan 24.3. 201312. Menulis laporan kajian tindakan 28.7. 201313. Pembentangan hasil dapatan kajian tindakan

(seminar)8 - 10.9.2013

35

5.4.2 Anggaran Kos Kajian

Jadual 4

Anggaran kos kajian

Bil. Jenis bahanKuantiti

X harga seunitJumlah

1 Kertas a4 2 X RM 12 RM 24

2 Dakwat printer 4 X RM 15 RM 60

3Perakam suara Sony Walkman NWZ-B152F

1 X RM 200 RM 200

4 Pendrive Sony 8GB 1 X RM 40 RM 40

5 Buku catatan guru 1 X RM 3 RM 3

6 Kos fotostat bahan dan laporan RM 50

7 Jumlah RM 377

36

SENARAI RUJUKAN

______. (2000). The American Heritage Dictionary Of English Language [Fourth Edition].

Boston: Houghton Mifflin

________ . (2008). Buku Manual Kajian Tindakan [Edisi Ketiga]. Putrajaya: Bahagaian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

A.D. Isabelle, (2007). Teaching Science Using Stories: The Storyline Approach. Arlington:

National Science Teacher Association

Chia Chow Ming, Edna Wellington, et al (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan

Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons

Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga).

Selangor:Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Enger, E. D. & Smith F. S. (2000). Environmental Science: A Study Of Interrelationship. New

York: Mcgraw Hill Education

Esler, W.K. & Esler M. K (2001). Teaching Elementary Science: A Full Spectrum Science

Instruction Approach. Belmont: Wadsworth/ Thompson Learning

Gilbert, J., Hipkins, R & Cooper, G. (2005, Jun). Faction Or Fiction. Using Narrative Narrative

Pedagogy In School Science Education. Kertas dibentangkan pada Persidangan The

Redesigning Pedagogy: Research, Policy, Practice, Nnyang University Institute Of

Education, Singapore

Green, M. C. (2004). Storytelling In Teaching. The Association For Psychological Science, 17(4)

37

Hazirah Azhar (2010). Enhancing Mastering Of Determining Controlling Variable Among

Standard 5 Pupils By Using Storytelling With Picture. Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu

Izzat Adli Galanay (2012). Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 5 Mariam Bagi Topik

Kemandirian Spesies Tumbuhan Dengan Menggunakan Kaedah Bercerita. Institut

Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu

Jaimah Abdul Manaf & Zakaria Amin. (2007). Peningkatan Kemahiran Lisan Melalui Teknik

Bercerita: Suatu Kajian Tindakan dalam Kalangan Murid Prasekolah. Institut

PerguruanPerempuan Melayu Melaka.

Loi Kuang Siang (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains Tahun 5. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak

Martin R., Sexton, C., & Gerlovich, J. (2002). Teaching Science For All Children: Methods For

Constructing Understanding. Boston: Allyn And Bacon

Mojca Juriševič, Saša A. Glažar, Janez Vogrinc & Iztok Devetak (Tidak Dinyatakan).

Intrinsic Motivation For Learning Science Through The Educational Vertical In

Slovenia. Faculty Of Education, University Of Ljubljana

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Noriati Abd Rashid, Boon Pong Yong & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid Dan

Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Snd. Bhd.

38

Robiatul A’dawiah Jamaluddin & Halimah Badioze Zaman (2011, Disember). Pembangunan

Perisian Cerita Animasi Interaktif Untuk Pendidikan Sains. Jurnal Teknologi

Pendidikan Malaysia 1 (4)

Novak, J. D. & Gowin D. B. (1984). Learning How To Learn: New York: Cambridge University

Press

Poh Swee Hiang. (2003). Pedagogy Of Science 2: Science Teaching And Learning Strategies.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan (Edisi Kedua). Kuala

Lumpur: Freemind Horizons

Shahabudin Hashim & Rohizani Yaakub (2003). Psikologi Pembelajaran Dan Personaliti.

Gombak: PTS Publications And Distributorssnd Bhd

Sopia Md. Yasin, Mohd Yatim Dolir, Azizah Ngah Tasir & Sewaibatullaslamiah Jalaludin

(2006) Buku Teks Sains Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Strauss, K. (2006). Teaching Science With Stories. Diakses dari

Www.Naturestory.Com/Teachingsciencew.Html pada 22 Februari 2013

Taidin Suhaimin. (2012). Definisi, Makna, Maksud Pengertian Motivasi. Diakses dari

Http://Www.Ugmc.Bizland.Com/Ak-Definisimotivasi.Html pada 29 Mac 2013

Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman, Ting Hun Yong ( 2013). Penyelidikan Tindakan Dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons

39

Lampiran 1

Borang soal selidik

Pandangan pelajar tentang buku cerita digital “Mana Rusa?”

Bil Soalan Ya Tida

k

1 Adakah buku cerita digital ini membantu kamu memahami tajuk kesan

perubahan populasi terhadap rantai makanan?

2 Adakah kamu dapat menjawab soalan yang diberikan setalah menbaca buku

cerita digital ini?

3 Adakah kamu berasa seronok menggunakan buku ini?

4 Adakah kamu suka belajar sains dengan menggunakan kaedah sebegini?

5 Adakah kamu akan menggunakan buku digital ini lagi jika terdapat tajuk

lain?

40

Lampiran 2

Senarai semak

Pemerhatian berstruktur

Item Gundal / tally kekerapan

Menganggu rakan

Kurang tumpuan

Menunjukkan minat

Bermain

Bertanya kepada guru tentang Buku cerita digital

Mengulang baca

41