projek kajian tempatan
TRANSCRIPT
}{PENDIDIKAN MORAL}{ SMK LA SALLE SENTUL, KUALA LUMPUR
"TOKOH-TOKOH”
“KEMERDEKAAN"
DISEDIAKAN OLEH:
M.GOKULENDRA
J.CHRISTOPHER
TINGKATAN:1 BETA
CIKGU:NUR FARHANA BT TAHIR
PENDAHULUANBUKU SKRAP INI MENGANDUNGI ILMU
TOKOH-TOKOH PENJUAG KEMERDEKAAN
SEBANYAK
11
PENHARGAAN
KAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA
CIKGU NUR FARHANA UNTUK MEMBERI
PELUANG KEPADA KAMI UNTUK HABISKAN
PROJEK INI.
KAMI PUN MEGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA
IBU BAPA KAMI KERANA MEMBERI KEMUDAHAN
UNTUK MEYIAPKAN PROJEK INI.
KANDUNGAN
PENDAHULUAN 1
PENGHARGAAN 2
ONN JAFAR 3-6
TUNKU ABDUL RAHMAN 7-14
ABDUL RAZAK HUSSEIN 15-18
HUSSEIN ONN 19-22
TOKOH-TOKOH PENJUANG KEMERDEKAAN YANG DILUPAKAN 23-27
SAMBUNGAN:V.T SAMBANMAN 28-29
TAN CHENG LOCK 30 32
PENUTUP 33
ONN JAFAR
Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin
Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau
dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat
pendidikanMelayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun
1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga
pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato
Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
KERJAYA POLITIK
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk
menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang
Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang
mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1
Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu
melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah
kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union
dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan
kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak
istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk
Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954,
beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam
pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara
menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan
dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu
kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan
bantuan parti PAS.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang
daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia
pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Garis masa
1895 : Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.
Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.
1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat
bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.
1915 Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn.
Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1919 Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak
termasuk Hussein Onn.
1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada
31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana
pujukan Tengku Ismail.
1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan
elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan
sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita
Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror.
Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara
dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
1930 -1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada
UMNO.
1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak.
Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.
Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang
pertama pada tahun 1955.
1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihan raya Persekutuan.
1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.
TUNKU ABDUL RAHMAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul
Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan
Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerahThailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau
bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah,Sultan Badlishah ibni Sultan
Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya
yang lain. Beliau bebas bermain di luaristana dan pernah membentuk pasukan bola
sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga
menghidapi penyakit puru di kakinya.
Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor
Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang
guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke
sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini,
beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal
Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana
dasaraparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William
Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada
sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian
Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan
dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor
Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada
jurusan sastera(Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta
mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak
dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu
peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau
memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus
semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas
pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun
berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat
British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai
Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai
Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama
Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah
pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940,
beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi
beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu
peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu
bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan
menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku
Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang
membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf
baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera
Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku
kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang
pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh
itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untukPersatuan
Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha.
Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India.
Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya
dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak
antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya,
beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang
merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya
mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada
tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di
England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa
penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan
untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed
Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana
berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh
sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tigaanak
angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang
berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata
perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang
berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu
merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili
kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang
diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam
mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa
Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak,
dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun
1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali
Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang
menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA
berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan
sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya.
Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di
Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam
bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya
perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini
membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa
Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan.
Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan
sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan
Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan
kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan
perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8
Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu
mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin
UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh
Tunku, danMAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan
mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan
jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh
'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa
Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri.
Garis masa
1903 : Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin.
1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni
Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah
Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
1919 (umur 16): Belajar di England.
1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan
dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-
Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke
lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad
Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934 : Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku
berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain
itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga
bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai
Petani.
1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam
bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan
isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di
Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed
Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan
Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian
* 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala
Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya,
dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946 : Menyertai UMNO.
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar
meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang
pertama di Kedah.
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti
Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu
yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali
pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak
antarabangsa.
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC)
(1958 – 1976).
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah
pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai
Muslim.
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang
menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih
besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan
digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik
(RISEAP) (1982 – 1988).
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar
di Alor Star.
Abdul Razak Hussein
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysiakedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan"
Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak
sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan
bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga.
Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia
keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun2009. Anak-anaknya
yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed
Nazir.
Pendidikan
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran
di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk
menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa
ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan
undang-undang. Sewaktu menuntut diEngland, beliau bertemu dengan Tunku Abdul
Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-
undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu
United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai
presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah
wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya.
Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.
Kerjaya
Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam
bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat
sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi
Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak
British.
Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di
samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri dan
Kementerian Pertahanan Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk
perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman
serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970.
Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang kedua.
Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971. Beliau
dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan
ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. NEP
menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
menghapuskan kemiskinan; dan
menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti
Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan,
berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan
dengan gelaran Bapa Pembangunan.
Garis masa
1922 : Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala
Kangsar.
1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam
bidang undang-undang di England.
1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah
air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan
memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini
sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan
raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas
Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua
kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang
lebih saksama.
1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali
ke pangkuan Umno.
1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat leukemia di London pada Januari. Dikebumikan
di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Hussein Onn
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990)
merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981.
Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk
mencapaiperpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang
mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam
pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang
sebagai "Bapa Perpaduan".
Masa muda
Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya
Datin Halimah Hussein.
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau
Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini digelar "Maktab
Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan
Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab
Tentera Sandhurst diDehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen
Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas
peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan
Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor
Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong
Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di
negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.
Kerjaya politik
Hussein Onn yang berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai
semangat nasionalisme dan akar politik yang mendalam, kemudian meletakkan jawatan
perkhidmatan awam untuk menyertai politik. Pada tahun 1949, beliau menjadi Ketua
Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada
tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Bagaimanapun, Hussein Onn
meninggalkan UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang
ditubuhkan oleh ayahandanya.
Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, Hussein Onn pergi ke London untuk
belajar undang-undang di Lincoln's Inn dan berjaya melayakkan diri sebagai Barrister-at-
Lawpada tahun 1958. Beliau pulang ke Malaya sebagai seorang peguam bertauliah dan bekerja
di Kuala Lumpur.
Kebangkitan untuk berkuasa
Hussein Onn kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk
oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan
raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr Ismail yang
meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976 ,
Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul
Razak. [1]
Hussein Onn termasyhur dalam penegasannya terhadap persoalan perpaduan melalui dasar-
dasar yang bertujuan semata-mata untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara
kaum masyarakat. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda pembangunan
Allahyaraham Tun Abdul Razak; usahanya dalam memajukan Malaysia tidak pernah lari dari
sasaran Dasar Ekonomi Baru. Hussein Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup
kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain pada waktu itu.
Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuitibumiputera
dalam ekonomi negara.
Hussein Onn juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan
terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia juga
diperbesar dan dipermodenkan kerana kekalahan Vietnam Selatan oleh pihak komunis yang
menggemparkan seluruh rantau Asia Tenggara.
Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu, beliau
bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-
sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya, Mahathir bin
Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan
gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.
Selepas persaraan
Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, Tun Hussein meneruskan sumbangannya
kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam
pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Tun Hussein juga menjadi Pengerusi Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein
dengan Dr. Mahathir menjadi buruk, dan beliau menyokong 'Team B' bersama-sama
denganTunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik
yang kuat terhadap pentadbiran Mahathir.
Tun Hussein menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur
68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Tun Hussein mempunyai dua anak lelaki serta empat anak perempuan. Isterinya Toh Puan
Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah. Pada 30 Mac 2004, anak lelakinya, Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussein, menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.Kemudian selepas Permulaan
pentadbiran Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Dato' Seri Hishamuddin dilantik pula
sebagai Menteri Dalam Negeri. Sebaliknya, anak perempuan sulungnya, Datin Roqiyah Hanim,
meninggal di Kuala Lumpur pada 17 September 2005 sewaktu berumur 56, kerana
menghidap penyakit barah payu dara.
Garis masa
1922 : Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan
Iraq.
1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin
Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong
Setiausaha Agung UMNO.
1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat
Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak,
Yang DiPertua UMNO
1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja
Tertiggi UMNO) pada Jun.
1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis
Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun
Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden
UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato'
Seri Dr Mahathir Mohamad.
1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika
Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam
Pahlawan Masjid Negara.
TOKOH- TOKOH PENJUANG KEMERDEKAAN YANG DILUPAKAN
Yahya Nassim (PKMM)
"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak."
-- Yahya Nassim dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal:
Di atas robohan kota MelakaKita dirikan jiwa merdekaBersatu-padulah seluruh bakaTuntut hak keadilan pusaka
Zainuddin Andika (API)
"Indonesia punya yang datang tu, semangat tu datang ke mari setengah. Pasal sana Sukarno dah beri semangat tu. Sukarno maklumlah, kata-kata yang dikeluarkannya. Beri saya sepuluh orang pemuda katanya, dia boleh menggoncangkan dunia. Itu dia semangat tu sampai ke mari."
-- Zainuddin Andika dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Zainuddin Andika, 84 tahun, berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Testamen Politik API, tujuan-tujuan API ditubuhkan ialah:
1. Menyatukan pemuda2 yang insaf dalam satu BARISAN.2. Mengokohkan barisan perjuangan untok bangsa dan tanahair.3. Memberi latehan siasat, ROHANI dan JASMANI kepada pemuda2-nya supaya bersedia menjadi pemimpin bila di-kehendaki.4. Membena sa-mula Malaya mengikut faham Democracy yang sejati yang berdasarkan kedaulatan ra'ayat.5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.
Pendek-nya API mahu berjuang untok menchapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa
Majid Salleh (JSFTU)
"Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?... Itulah suara yang biasa kita dengar."
-- Majid Salleh dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.
Hashim Said (API)
"Saya mula-mula sekali masuk politik, saya ada terbaca sebuah buku yang dikarang oleh Cikgu Ibrahim bin Haji Yaakub (Melihat Tanahair). Dia menyatakan nasib orang-orang yang kena jajah, di negara yang kena jajah, termasuklah negeri kita Malaya pada masa itu... dijajah."
-- Hashim Said dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Hashim Said, 85 tahun, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.
Lim Kean Chye (MDU)
"The unity we talked about never mention the racial aspect as is emphasised nowadays. All we wanted was that all the trade unions, all the workers, all the women, all the organisations to join in, in a broad front to oppose the British return of the Governor to rule the country."
-- Lim Kean Chye dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasasMalayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.
SAMBUNGAN
V. T. Sambanthan
Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuahparti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.
Biografi ringkas
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah
di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan
kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di IndiaUtara.
Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC)
ketika berusia 36 tahun.
Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran
antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA)
untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau
bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi
kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.
Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca
pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan
koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS
(National Land Finance Cooperative Society).
Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah
seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik
menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri
Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri
Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah
dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang
kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan
masyarakatpribumi.
Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri
Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979,
akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah
diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.Serta,Sistem Monorail Kuala
Lumpurjuga ada nama stesen selepas namanya Tun Sambathan
Tan Cheng Lock
Tun Dato Sri Tan Cheng Lock (Cina Ringkas: 陈祯禄; Cina Tradisional: 陳禎祿; pinyin: Chén
Zhēnlù, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah
Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada
tahun 1949.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang
untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam
perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada
menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan
memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang,
berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyatBritish, ini
adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.
Kehidupan awal
Dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri
daripada tujuh adik beradik. Pada tahun1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah
Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.
Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum
meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang
Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun1909, beliau
memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad
dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek
Berhad.
Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden
Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan Siew
Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan empat orang anak perempuan.
Kerjaya politik
Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka
serta Jaksa Pendamai Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya
Majlis Bandar untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka.
Pada tahun 1914, Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi
ahli biasanya sehingga 1919. Pada tahun berikutnya, iaitu 1915, beliau menghidupkan
semula Persatuan Orang Cina Peranakan-British (SCBA), sebuah persatuan diMelaka yang
bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat, dan dipilih
sebagai Presidennya. Pada tahun 1923, Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis Perundangan
Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang beliau menyandang sehingga 1934.
Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, Tan melarikan diri ke India [1] dan
tinggal di sana sehingga 1946. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta
sebuah parti politik Cina di Tanah Melayu. Beliau kemudian memulakan Persatuan Cina
Perantauan India (OCAI) yang mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk
memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan dilahirkan di Tanah Melayu.
Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam
penubuhan Malayan Union.
Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April 1946. Penentangan orang-
orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Tan dan Parti Komunis Malaya (CPM)
bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di
bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bersama-sama dengan rakan-rakannya, Tan
menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat
Tindakan Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM.
Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union
dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dasar ini dibantah oleh komuniti-
komuniti perniagaan. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan
memaksakan kerajaan Tanah Melayu mengisytiharkan Keadaan Darurat. Semua pemimpin parti
politik sayap kiri ditangkap. Oleh sebab Tan bukan dianggap sebagai seorang sayap kiri, beliau
terselamat.
Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun
Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu(MCA)
dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;
melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah
Melayu.
Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-
kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan
ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong
gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk
pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa.
Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang,
disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan
kewarganegaraan.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-
orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta
Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato'
Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO
dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang
mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong
UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953,
dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk
mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA,
UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51
daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk
memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika
UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan
kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.
PENUTUP
TERIMA KASIH UNTUK MEMBACAKAN BUKU SKRAP INI YANG KAMI MEMBUATKAN DENGANG BANTUAN.