projek cadangan membina dan menyiapkan institut...
TRANSCRIPT
PROJEK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA,
SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
2
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan ini bertujuan untuk menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi serta
perkara-perkara yang kurang baik diambil iktibar seterusnya diperbaiki untuk projek-projek yang
dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya melalui yang telah dilaksanakan pada 12 hingga 13 Julai
2018 bagi projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Institut Kemahiran (IKM) Seberang Perai
Utara, Pulau Pinang (Konvensional Perunding) yang telah dihadiri oleh Pasukan Projek
Rekabentuk dan Wakil-wakil Pegawai Penguasa. Selain itu juga, laporan ini juga mencadangkan
beberapa penambahbaikan yang perlu diambil kira bagi projek-projek seumpamanya di masa
hadapan.
PENGENALAN
Projek ini bertujuan mengeluarkan teknologis dalam berbagai bidang untuk memenuhi
keperluan industri. Menyediakan kemudahan latihan kemahiran untuk belia lepasan SPM/SPMV
yang berminat menceburi bidang teknikal elektrikal voltan tinggi dan menyediakan pusat latihan
bagi memenuhi keperluan tenaga buruh selaras dengan perkembangan negara.
LOKASI TAPAK
Tapak projek terletak di atas tanah sedia ada di Lot 398, Mukim 13, Daerah Seberang
Perai Utara dengan keluasan tanah 68.3 ekar (keluasan pembinaan adalah 27.3 ekar sahaja).
Lokasi projek ini berada di dalam ladang kelapa sawit.
SKOP KERJA
1 unit Blok Pentadbiran
1 unit Blok Makmal Gunasama & Bilik
Kuliah
1 unit Blok Bengkel Voltan Rendah
1 unit Blok Bengkel Voltan Tinggi
1 unit Perpustakaan & Theatrette
1 unit Rumah Contoh Latihan Pendawaian
1 unit ‘Sub-Station’ Latihan
1 unit Setor Pusat
1 unit Pondok Pengawal
1 unit Pencawang Elektrik TNB
Gelanggang Riadah (Bola
Keranjang, Bola Tampar, Bola
Sepak, Tenis, Sepak Takraw dan
Futsal).
1 unit Dewan Serbaguna
3 unit Asrama untuk 400 orang
1 unit Dewan Makan untuk 400
orang
1 unit Surau untuk 400 orang
1 unit Rumah Ketua Warden
2 unit Rumah Sampah
4
RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK TAJUK PROJEK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
JUMLAH KOS KONTRAK ASAL RM 51,793,850.00
HARGA KONTRAK ASAL RM 51,793,850.00
HARGA KONTRAK SEMASA RM 46,377,261.66
TARIKH MILIK TAPAK 5/10/2012
TARIKH SIAP ASAL 4/1/2014
TARIKH EOT 5/1/2014 - 1/6/2015
TARILH LAD 2/6/2015 - 26/6/2016
TARIKH SIAP SEBENAR (CPC) 27/6/2016
PEGAWAI PENGUASA PENGARAH KERJA RAYA, JKR PULAU PINANG
KONTRAKTOR UTAMA ZNSOLUTION BUILDERS SDN. BHD.
PEJABAT YANG BERTANGGUNGJAWAB DI TAPAK PROJEK
Bil Pejabat Tanggungjawab
1 Pejabat HOPT
Bahagian Pengurusan Projek 5 (CKBA 2)
2
Pejabat yang menyediakan SST
Bahagian Kerja Bangunan Am (BHN) (CKUB)
3
Pejabat yang menyediakan CPC
Bahagian Bangunan, JKR Pulau Pinang (PNG)
4
Pejabat yang mengendalikan JKR 66
Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Pulau Pinang (PNG)
5
Pejabat yang melakukan serahan
Bahagian Bangunan, JKR Pulau Pinang (PNG)
6
Pejabat yang menyediakan DLP
Bahagian Bangunan, JKR Pulau Pinang (PNG)
7
Pejabat Bahagian Kewangan
Bahagian Kewangan, MARA Kuala Lumpur
6
SESI PENGUMPULAN PEMBELAJARAN PROJEK Bengkel
i. Tajuk
: Bengkel Project Lessons Learned
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Institut Kemahiran Mara (IKM) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Konvensional Perunding
ii. Tarikh
: 12-13 Julai 2018
iii. Tempat : Dewan Serbaguna, Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang
Peserta
Peserta Bengkel terdiri daripada wakil-wakil dari Cawangan di JKR Malaysia seperti berikut:-
HOPT
Cawangan Kejuruteraan Bangunan Am 2, Ibu Pejabat, JKR Kuala Lumpur
HODT
Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat, JKR Kuala Lumpur
Cawangan Kejuruteraan Awam dan Sivil, Ibu Pejabat, JKR Kuala Lumpur
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat, JKR Kuala Lumpur
Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat, JKR Kuala Lumpur
WPP
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Pulau Pinang (WPP Mekanikal)
Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Pulau Pinang (WPP Elektrik)
Bahagian Ukur Bahan, JKR Pulau Pinang (WPP Ukur Bahan)
Pasukan Projek Khas, Bahagian Bangunan, JKR Pulau Pinang (WPP C&S)
LESSONS LEARNED BERDASARKAN ISU KRITIKAL
Berdasarkan isu kritikal yang diperolehi dari sesi perbincangan bersama ahli kumpulan, berikut
adalah kesimpulan yang diperolehi:
Peringkat Perancangan dan Perolehan
1. What Went Well?
Skop projek dimuktamadkan dalam bengkel VM
Kos projek dimukatamdkan dalam bengkel VE
Skor IBS dapat dicapai (>70%) dengan penukaran bahan dinding bata kepada blok
CMU
Tempoh perancangan menepati tempoh yang ditetapkan oleh pelanggan
2. What Could Have Been Done Better?
Skor minimum IBS (>70%) bagi projek JKR perlu diturunkan mengikut kepakaran
kontraktor di Malaysia
Lebih masa diperuntukan di peringkat perancangan.
Koordinasi rekabentuk antara disiplin perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan
Pemilihan perunding yang lebih berkelayakan
Kebenaran Merancang (KM) perlu memenuhi kehendak PBT dan keadaan semasa
tapak bina
Sesi perbincangan bersama perunding, JKR dan PBT diadakan supaya semua
pihak sedar dan maklum isu yang dibincangkan.
Tempoh rekabentuk yang lebih panjang sekiranya skop kerja M&E dilaksanakan
secara pakej dibawah kontrak utama.
Kaedah perolehan secara tender terbuka (Pemilihan kontraktor berwibawa &
harga kompetitif)
8
3. Lessons Learnt:
Perlu mengkaji semula skor minimum IBS yang sesuai bagi projek JKR
berdasarkan pendedahan dan kemampuan kontraktor di Malaysia.
HOPT perlu memberikan tempoh yang munasabah untuk rekabentuk dan
penyediaan lukisan.
Sesi perbincangan mengenai jadual pelaksanaan projek perlu melibatkan HODT
setiap disiplin bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas.
Koordinasi rekabentuk perlu dilaksanakan dan perlu direkod dengan baik
Kriteria pemilihan perunding perlu dikaji semula
Perbincangan awalan dengan PBT perlu diadakan
Maklumat penting keadaan tapak bina perlu diperolehi sebelum KM
dikemukakan
Perlu ada wakil JKR didalam perbincangan Bersama PBT
Perolehan skop M&E secara NSC lebih efektif kerana masa rekabentuk lebih
mencukupi
Kaedah perolehan lantikan terus perlu dikaji semula
Peringkat Pembinaan
1. What Went Well?
Tiada masalah kekurangan dokumen dan penyerahan lukisan pembinaan kepada
pihak Pegawai Penguasa pada peringkat awal pembinaan.
Mesyuarat Tapak dan Mesyuarat Teknikal dilakukan setiap bulan mengikut
perancangan dan berjaya menyelesaikan isu-isu berbangkit di tapak.
Pihak pelanggan memberi penuh kerjasama dan sokongan bagi mempercepatkan
perjalanan dan penyiapan projek
Pembayaran kemajuan kerja dilakukan tanpa kelewatan.
2. What Could Have Been Done Better?
Tempoh masa pembinaan yang ditetapkan semasa peringkat perancangan perlu
lebih realistik dan sesuai dengan skop serta kos projek.
Lukisan pembinaan yang disediakan oleh perunding haruslah disemak sebaiknya
agar mengurangkan ‘missing structure’ dan perubahan rekabentuk lukisan
pembinaan.
Proses perubahan rekabentuk semasa pembinaan perlu dilaksanakan dengan
pantas dan berkesan.
Kerja-kerja koordinasi di antara setiap disiplin boleh dibaiki sekiranya pihak M&E
koordinator dan perunding-perunding memberi kerjasama dan maklumat yang
tepat.
Kontraktor hendaklah mematuhi perancangan Program Kerja (CPM) yang telah
diluluskan.
Kontraktor utama perlu melantik sub-kontraktor dan pekerja-pekerja yang
berkemahiran dalam menjalankan kerja di tapak.
Pengurusan atasan kontraktor dan pengurusan kontraktor di tapak bina perlu
sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.
Tindakan pencegahan untuk penutupan NCP seharusnya menyelesaikan masalah
tersebut dan tidak berulang.
Proses penamatan kerja kontraktor perlu dilaksanakan setelah semua prosedur
kontrak telah dilaksanakan sekiranya kontraktor tidak berkemampuan
menyiapkan projek.
Kontraktor hendaklah mematuhi kaedah pembinaan projek (kaedah konvensional
atau IBS) yang telah ditandatangani pada peringkat awal projek.
3. Lessons Learnt:
Setiap ‘stakeholder’ memahami tanggungjawab masing-masing (latihan/kursus
bagi kefahaman tangggungjawab dan kefungsian).
Tempoh LAD yang dikenakan kepada kontraktor terlalu lama dan telah
menyebabkan aliran tunai kontraktor terjejas, sepatutnya tempoh LAD tersebut
perlulah dihadkan.
10
Pemilihan kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai modal yang kukuh
perlu diambilkira semasa proses pemilihan dibuat.
Program Kerja (CPM) perlu dilaksanakan secara berkesan mengikut keperluan dan mengambilkira sumber-sumber yang ada.
Peringkat Serahan
1. What went well?
Projek dapat diserahkan dengan jayanya.
Tiada masalah bekalan utiliti (TNB & PBA) sebelum penyerahan.
CCC diperolehi daripada PBT.
2. What could have been done better?
Dokumen penyerahan disediakan dengan lengkap sebelum penyerahan projek
Pemantauan kualiti pembinaan dilaksanakan secara berterusan oleh perunding
3. Lesson Learnt:
Penyediaan Dokumen Penyerahan perlu dimulakan dengan lebih awal.
Tindakan yang lebih efektif perlu diambil bagi mengelakkan kelewatan
penyediaan Dokumen Serahan.
Penyediaan Pelan Kualiti Pembinaan perlu merangkumi Inspection & Testing Plan
(ITP).
Pelan kualiti pembinaan oleh perunding perlu dipantau secara berkala oleh
Project Team.
AFTER ACTION REVIEW (AAR)
Peringkat Perancangan dan Perolehan
What was supposed to happen?
Lukisan Tender yang dihasilkan setiap disiplin perunding (Arkitek, Awam & Struktur, Mekanikal dan Elektrikal) telah dikoordinasikan dengan sempurna.
What actually happened? Banyak percanggahan rekabentuk yang berlaku di antara disiplin.
Why did it happened?
Koordinasi rekabentuk tidak dapat dilakukan dengan berkesan kerana:
i. Tempoh untuk menyiapkan rekabentuk tidak mencukupi.
ii. Proses koordinasi tidak disyaratkan sebelum tender.
What are the consequences?
1. Banyak masalah pemasangan di tapak semasa pembinaan. 2. Perlu pindaan rekabentuk bagi penambahbaikan rekabentuk. 3. Lanjutan masa (EOT) terpaksa diberikan kepada kontraktor disebabkan kesilapan perunding. 4. Yuran penyeliaan pembinaan bertambah.
What are the key lessons? Koordinasi rekabentuk perlu dilaksanakan secara efektif antara disiplin sebelum tender.
Suggestion for action Pihak JKR (HODT) perlu memantau proses koordinasi rekabentuk oleh pihak perunding.
12
AFTER ACTION REVIEW (AAR)
Peringkat Pembinaan
What was suppose to happen ? Projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak
What actually happen ? Tempoh kontrak berlanjutan [EOT 4 kali (513 hari)] [LAD 392 hari (RM 9,375.00/hari)]
Why did it happen ?
1. Masalah tapak, paras air bawah tanah yang
tinggi.
2. Terdapat perubahan dan pertukaran
rekabentuk semasa proses pembinaan
disebabkan kemungkiran penghantaran
komponen IBS ke tapak pada masa yang
ditetapkan.
3. Sub-sub kontraktor yang kurang
berkemahiran untuk pemasangan dinding
CMU dan perpaipan air bersih menjadikan
kemasan projek kurang berkualiti.
What are the consequences
1. Pengambilan pelajar terpaksa ditunda
kerana projek belum siap sepenuhnya.
2. Operasi pelanggan tidak dapat dimulakan
mengikut perancangan
What are the key lesson? Tempoh projek perlu disesuaikan dengan skop projek dan kesesuaian tapak
Suggestions for action Laksanakan Risk Management Plan dan Project Management Plan
AFTER ACTION REVIEW (AAR)
Peringkat Serahan
What was suppose to happen ? 1. Tiada aduan kecacatan (major) 2. Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) dikeluarkan pada tarikh yang ditetapkan
What actually happen ?
Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) tidak dapat dikeluarkan pada tarikh yang ditetapkan. Aduan masih belum ditutup sepenuhnya i) Jumlah aduan = 706 aduan ii) Aduan major = 9 aduan
Why did it happen ?
1. Penggajian sub-sub kontraktor yang kurang
berkemahiran semasa pembinaan dan kerja
pembinaan berulang-ulang menjadikan
kualiti projek kurang memuaskan.
2. CPC dikeluarkan setelah mendapat
persetujuan pelanggan dengan syarat
kontraktor menyelesaikan Aduan Kecacatan
Pra-Penyerahan (Kategori 1) dalam masa 2
minggu selepas CPC dikeluarkan.
What are the consequences
Laporan kecacatan tidak dapat ditutup kerana pihak kontraktor tidak menjalankan pembaikan dan pihak JKR terpaksa melantik pihak ketiga bagi menyelesaikan kerja pembaikan kecacatan.
What are the key lesson? CPC tidak boleh dikeluarkan selagi Aduan Kecacatan Semasa Pra-Penyerahan/Penyerahan tidak ditutup sepenuhnya.
Suggestions for action Setiap kecacatan mesti diambil tindakan dengan segera supaya kecacatan tidak merebak lebih teruk.