program wadi ilmu tahun 2014 filekedudukan malaysia dalam corruption perception index (cpi) telah...
TRANSCRIPT
PROGRAM WADI ILMU TAHUN 2014
PENGUATKUASAAN RASUAH DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
27 Jun 2014
Tuan Salim bin Ahmad Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Ketua Unit Integriti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
OUTLINE
Trend Pelaksanaan Pencegahan Rasuah di
Malaysia
Penambahbaikan Mekanisma Penguatkuasaan
Rasuah
Kes Rasuah Berprofil Tinggi di Malaysia
TREND PELAKSANAAN PENCEGAHAN
RASUAH DI MALAYSIA
Badan Pencegahan Rasuah beroperasi pada
1967
Parlimen meluluskan Akta Biro Siasatan
Negara pada 1973
Nama di tukar kepada Biro Siasatan Negara
Pada 1982 Akta Badan Pencegahan Rasuah
diluluskan
Nama bertukar semula kepada BPR
Pada 2009, Akta Suruhanjaya Pencegahan
Malaysia diluluskan
TREND PELAKSANAAN PENCEGAHAN RASUAH DI MALAYSIA
Semasa Penubuhan Awal BPR
-sumber yang terhad
-tekanan kerja
-sikap pegawai yang independant
Pemantapan BPR
-kemudahan teknologi ICT
-tekanan kerja dapat dikurangkan
-mekanisma kerja lebih efisien (masa,wang,
tenaga)
Penubuhan SPRM
-memberi kuasa yang lebih besar
-dapat menjalankan tugas dengan lebih adil,
telus dan bebas
-melenyapkan keraguan atau
ketidakpuashatian orang awam
Penambahbaikan Mekanisma
Penguatkuasaan Rasuah
Persepsi orang awam terhadap
keberkesanan membanteras rasuah masih
rendah
Berdasarkan survey tahun 2011, hanya 25% orang awam merasakan usaha Kerajaan membanteras rasuah tidak
berkesan berbanding 27%
berkesan
Walau bagaimanpun,
kedudukan Malaysia dalam
Corruption perception Index (CPI) telah naik
daripada tempat ke-54(2012) ke
tempat ke 53(2013)
Penambahbaikan Mekanisma
Penguatkuasaan Rasuah
1. AGENSI PENGUATKUASAAN
INISIATIF 1
• Executive Review Committee dalam SPRM
• Committee ini membantu menyemak kertas siasatan pegawai penyiasat supaya pihak pendakwaan dapat menyegerakan pertuduhan tanpa sebarang kuiri
• Dapat menjimatkan masa dan kualiti kertas siasatan terjamin
INISIATIF 2
• Project Management Office on Prevention
• Executive Transformation Committee diwujudkan dalam SPRM
• Transformasi akan lebih fokus kepada bidang pencegahan rasuah melalui aspek program bersama komuniti, pemantauan dan pakar runding serta pengurusan integriti
INISIATIF 3 • Pemantauan Aktiviti Unit Pematuhan
• SPRM, KASTAM, IMIGRESEN, JPJ dan PDRM
1. AGENSI PENGUATKUASAAN
Penambahbaikan Mekanisma
Penguatkuasaan Rasuah
INISIATIF 4
•Memantau ‘name and shame’ database SPRM yang boleh diakses di laman sesawang SPRM
•Sehingga bulan April 2014, seramai 916 nama pesalah telah dimuat naik ke laman sesawang
INISIATIF 5
•Corporate Integrity Pledge(CIP) adalah international best practice
•Pemantauan CIP ini memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak seperti Institut Integriti Malaysia, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, PEMANDU,JPM dan Bank Negara.
INISIATIF 6
•Pendakwaan kes rasuah dapat diselesaikan dalam tempoh 1 tahun
•Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah telah membantu menyegerakan proses
2. GRAND CORRUPTION
Penambahbaikan Mekanisma
Penguatkuasaan Rasuah
INISIATIF 7
• Akses segera kepada laporan prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan
• Tidak perlu menunggu sehingga pembentangan laporan di Parlimen pada bulan Oktober tahun berikutnya
• Bentang selepas 2 bulan laporan disiapkan dalam tahun yang sama bagi mengelak tampering of evidence
INISIATIF 8
• Jawatankuasa Bertindak kepada laporan Ketua Audit Negara
• Supaya maklumat boleh terus dikongsi dengan SPRM selepas pembentangan di Parlimen
INISIATIF 9
• Online Dashboard Ketua Audit Negara
• Maklumat/isu yang masih belum selesai dikongsi dengan orang awam supaya ia lebih telus dan persepsi dapat diperbaiki
3. PEROLEHAN KERAJAAN
Penambahbaikan Mekanisma Penguatkuasaan Rasuah
INISIATIF 10
•Penyiasatan Putrajaya
•Untuk memuktamadkan isu/masalah yang masih pending
•Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
INISIATIF 11
•Penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah di 27 buah Institut Pendidikan Guru seluruh Negara
•Menerap nilai-nilai murni dalam membanteras rasuah,penyelewangan dan salah guna kuasa melalui pelbagai aktiviti dan program
INISIATIF 12
•Menerap nilai-nilai murni dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah
•Berdasarkan kajian, golongan pelajar institusi pengajian tinggi mempunyai tahap kesedaran yang rendah terhadap bahaya rasuah
4. PENDIDIKAN DAN SOKONGAN RAKYAT
KES RASUAH BERPROFIL
TINGGI DI MALAYSIA
CASE STUDY 1 Salah Guna Kedudukan
Fakta Kes
i. YBhg. Datuk Bakaruddin bin Othman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Selayang meluluskan pembiayaan kerja-kerja selenggaraan rumah miliknya
bernilai RM26,500 di dalam Mesyuarat Sebutharga MPS pada tahun 2001.
ii. YBhg. Datuk Bakaruddin tidak mengisytiharkan bahawa ‘Kediaman Rasmi Yang
Dipertua Majlis Perbandaran Selayang’ seperti dalam Kertas Mesyuarat adalah
rumah beliau sendiri dan tidak menarik diri dalam membuat keputusan.
iii. Pada 3 Mac 2011, YBhg. Datuk Bakaruddin pada masa itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditangkap
SPRM dan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah sek.15 Akta
Pencegahan Rasuah.
iv. Mahkamah mendapati YBhg. Datuk Bakaruddin bersalah dan dijatuhi
hukuman penjara 3 tahun dan denda RM132,500.
YBhg.Datuk Bakaruddin Othman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen
Shah Alam atas tuduhan rasuah sewaktu menjadi yang Dipertua
Majlis Perbandaran Selayang
CASE STUDY 2 Menerima Hadiah Tanpa Balasan Yang Munasabah
Fakta Kes
i. YAB Menteri Besar Selangor, Dr.Khir Toyo pada 2007 telah membeli 2 lot
tanah dan sebuah banglo di Shah Alam daripada syarikat Ditamas Sdn
Bhd dengan harga RM3.5 juta di mana beliau mempunyai hubungan
rasmi dengan syarikat tersebut.
ii. Harga belian hartanah tersebut merupakan diskaun yang tidak munasabah
kerana syarikat Ditamas membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta
pada tahun 2004.
iii. Pada 6 Disember 2010, Dr.Khir Toyo dituduh di Mahkamah Tinggi Shah
Alam di bawah sek.165 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan 12 bulan
penjara. Hak ke atas hartanah tersebut juga dilucut di bawah sek.36(1)
Akta Pencegahan Rasuah.
Dr.Khir Toyo di tuduh kerana menerima satu barangan beharga
tanpa balasan setimpal daripada pihak yang mempunyai
hubungan rasmi.
CASE STUDY 3 Mengemukakan Tuntutan Palsu
Fakta Kes
i. Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB. Dato’ Abdul Rahman Bakri pada 2008
telah menuntut pembayaran bagi 8 program/aktiviti yang dijalankan di DUN
Sungai Air Tawar daripada Pejabat Daerah Sabah Bernam yang berjumlah
RM10,000 setiap program.
ii. Tuntutan dibuat dengan bantuan kerani pejabat beliau dan kenalan
pembekal/kontraktor dalam menyediakan segala dokumen yang diperlukan. YB
sendiri telah menyokong tuntutan tersebut walaupun YB mengetahui sebenarnya
program/aktiviti tersebut tidak pernah dilaksanakan. Malah wang yang dituntut
adalah untuk kegunaan peribadi.
iii. Pada 2009, YB telah dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah sek.11(c)
Akta Pencegahan Rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda
RM50,000.
Datuk Abdul Rahman Bakri dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen Shah Alam atas tuduhan tuntutan palsu
CASE STUDY 4 Meminta dan Menerima Rasuah/Suapan
Fakta Kes
i. Sebanyak 2 kelab malam telah diserbu oleh pihak berkuasa yang melibatkan
penangkapan 12 pekerja wanita beragama Islam atas kesalahan minum arak
dan menggalakkan maksiat.
ii. Kes ini telah didengari oleh Hassan Basri, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh
pada 2006 dan sebanyak RM79,000 wang jaminan telah dibayar oleh ahli
keluarga mereka menggunakan wang yang diberikan oleh pemilik kelab.
iii. Dalam usaha pemilik kelab meringankan hukuman dan mendapatkan semula
wang jaminan tersebut, Hassan Basri telah meminta wang sejumlah RM20,000.
Selain itu, Hassan Basri turut membantu pasangan mendapatkan kebenaran
berpoligami dengan tanpa mengikut peraturan dengan suapan sebanyak
RM1,100 setiap pasangan
iii. Pada 2007, Hasan Basri dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh di bawah sek.10 dan
11 Akta Pencegahan Rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan
denda RM210,000.
Hassan Basri dituduh di
Mahkamah Sesyen Ipoh dan
dijatuhkan hukuman 19 tahun
penjara dan denda RM210,000.
CASE STUDY 5 Pecah Amanah Jenayah(CBT)
Fakta Kes
i. Tan Sri Eric Chia, Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd
pada 1994 telah mengarahkan bayaran kepada NKK Corporation, Jepun bagi
bantuan teknikal yang diterima bagi mendirikan loji beam and section di Gurun,
Kedah.
ii. Bayaran tersebut berjumlah RM76.4 juta yang dibuat kepada Frilsham Enterprise
Incorporated beralamat di Hong Kong (perantaraan) tanpa mendapat
kelulusan lembaga pengarah syarikat(Perwaja). Malah NKK Corporation, Jepun
turut menafikan menerima bayaran tersebut atas bantuan teknikal yang
diberikan.
iii. Pada 2004, Eric Chia dituduh atas kesalahan pecah amanah di bawah sek.409
Kanun Keseksaan. Walau bagaimanpun, Eric Chia dibebaskan daripada
pertuduhan atas apabila Mahkamah menolak keterangan saksi-saksi penting
dari luar Negara atas alasan tidak memenuhi kehendak Akta Keterangan
1950.
iii. Rayuan dikemukakan ke Mahkamah Tinggi namun tidak dapat diteruskan
apabila Eric Chia meninggal pada tahun 2008.
Eric Chia dibebaskan daripada
pertuduhan pecah amanah
oleh Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur