program permata prihatin: pusat jagaan dan … · 2020. 2. 3. · jagaan dan rawatan orang tua...
TRANSCRIPT
-
PROGRAM PERMATA PRIHATIN: PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN
ORANG TUA AL-IKHLAS, PULAU MERANTI, PUCHONG
Pada 13 Jun 2015 yang lalu, seramai 28 pelajar Program ASASIpintar, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai Program PERMATA Prihatin di Pusat
Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Program khidmat sosial masyarakat ini yang
membawa konsep ‘give back’ kepada warga Malaysia yang memerlukan perhatian
bertujuan untuk memberi kesedaran dan peluang kepada anak-anak PERMATA untuk
memberi khidmat bakti kepada masyarakat selain merasai keperitan golongan lemah.
Peserta program ini dari ASASIpintar telah diarahkan untuk berkumpul di
kafeteria Kolej Keris Mas (KKM) pada pukul 7.45 pagi. Diiringi oleh Puan Siti Noor
Diana Mohd Kamaruddin, Penyelaras Hal Ehwal Murid ASASIpintar, kami telah menaiki
bas menuju ke destinasi kami, iaitu Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas pada
pukul 8.15 pagi. Kami juga telah diberi taklimat mengenai program yang akan dijalankan
di pusat tersebut oleh Puan Siti Noor Diana. Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak,
Pengarah PERMATApintar Negara, Dr. Azizah Mohd Zahidi, Ketua Unit ASASIpintar
UKM, Puan Rozlina Tan Abdullah, Pensyarah Program ASASIpintar UKM dan Dr.
Rorlinda Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PERMATApintar Negara akan
bersama kami bagi aktiviti tersebut di pusat kemudian.
-
Para Peserta Program PERMATA Prihatin ASASIpintar
Perjalanan mengambila masa selama 45 minit untuk sampai di pusat tersebut.
Kami bersarapan setibanya di situ. Program yang dianjurkan oleh Datin Seri Rosmah
Mansor selaku penaung Program PERMATA Negara ini juga disertai oleh peserta-
peserta lain dari program PERMATA yang lain seperti PERMATA Seni, PERMATA
Insan, PERKASA Remaja dan PERMATA Kurnia. Kami diminta untuk berkumpul untuk
pembahagian kerja. Kerja utama kami pada hari tersebut adalah untuk membersihkan
kawasan dalaman pusat itu.
Di hadapan pusat jagaan dan rawatan orang tua al-ikhlas
-
Kerja-kerja kami adalah untuk menyapu dan megemop lantai, membersihkan
tandas, membersihkan tingkap, mengelap tingkap, memasang langsir, megelap perabot
serta membersihkan bilik stor. Kebanyakan pelajar lelaki ditugaskan untuk
membersihkan bilik stor disebabkan aktiviti seperti mengangkat barang-barangan,
memindahkannya dari tempat ke tempat, menaik turun tangga amat memerlukan
kekuatan fizikal lebih. Selepas kami memperoleh alat-alat pembersihan, kami pun mulai
menjalankan tugas kami pada hari tersebut.
Pelajar sedang mengemop lantai.
-
Pelajar sedang menguruskan barang-barang di bilik stor.
Pelajar menyusun barang-barang di bilik stor.
-
Pelajar membersihkan meja.
Pelajar di dalam bilik stor.
-
Sebahagian pelajar yang telah menghabiskan tugasan dengan cepat sempat untuk
berinteraksi dengan warga emas di situ. Melalui perbualan antara kami dengan mereka,
kami mendengar cerita anak yang tidak menunaikan amanah mereka sebagai anak dengan
meninggalkan ibu bapa di pusat itu; kami merasai penderitaan mereka yang menghidapi
penyakit; kami memperoleh nasihat supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa
depan dan taat setia kepada ibu bapa. Setibanya waktu makan tengah hari dan kami
mehidangkan makanan kepada mereka. Oleh sebab sesetengah daripada mereka pernah
mengalami strok menghadapi masalah semasa makan, kami menolong dengan
menyuapkan mereka. Kami juga mengurut badan mereka yang lumpuh dan tidak
berupaya untuk bangun dari katil.
Pelajar bergambar dengan warga emas.
-
Pelajar menyuapkan makanan kepada warga emas.
Puan Siti Noor Diana berinteraksi dengan salah seorang warga emas.
-
Dr Rorlinda mengurut kaki seorang warga emas.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor
bersama beberapa orang artis tempatan ke pusat tersebut. Beliau telah berinteraksi dengan
warga emas selain memberi dermaan kepada mereka. Baju Melayu dan baju kurung telah
dihadiahkan kepada mereka sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Satu
sambutan hari jadi pun telah dijalankan bagi mereka yang lahir pada bulan Mei dan Jun.
Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi warga emas.
-
Datin Seri Rosmah Mansor memberi dermaan raya.
Prof Datuk Dr Noriah Ishak bersama artis tempatan.
-
Setelah makan tengah hari, beberapa orang dalam kalangan kami berkumpul
untuk melakukan kerja terakhir pada hari tersebut, iaitu melukis mural. Kami telah
melukis logo PERMATA Negara berserta lukisan pokok, bangunan dan burung sebagai
bukti kita berada di situ. Selesai hasil lukisan, kami membersihkan tempat itu dan
menunggu kedatangan bas untuk kembali ke KKM.
Pelajar melukis mural.
-
50% siap.
-
Hasil lukisan kami!!!
Kami balik kira-kira pada pukul 3.30 petang. Semua orang letih tetapi tetap
berpuas hati kerana telah menyumbang kepada warga emas. Banyak pengajaran telah
kami peroleh melalui program yang dijalankan. Jangan sesekali mengabaikan amanah
kita sebagai anak terhadap ibu bapa. Kita tidak akan menjadi insan yang sempurna tanpa
mereka. Merekalah yang telah membesarkan kita, melalui segala detik pahit manis demi
kita secara ikhlas tanpa meminta sebarang ganjaran. Hanya sekadar menunjukkan sedikit
keprihatinan dan kasih sayang merupakan kebahagiaan terbesar bagi mereka. Betapa
mudah caranya. Marilah kita bersama-sama memberi lebih banyak keprihatinan dan kasih
sayang kepada warga emas sebagai tanda penghargaan terhadap segala sumbangan
mereka di dunia ini.
Disediakan oleh,
Nguang Siew Hung
Wakil pelajar Program ASASIpintar UKM